Anda di halaman 1dari 5

20 ADAB MENGIKUT IMAM GHAZALI

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan


sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.

19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan
ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

RIWAYAT HIDUPNama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Beliau
dilahirkan di Tusia, sebuah kota yang terletak di Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058
Masihi. Gelaran "Al-Ghazali" diambil bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai
pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya,
Ghazalah. Bapanya bekerja sebagai penenun pakaian daripada bulu dan menjualnya di Pasar Tusia dan
merupakan seorang yang warak. Biarpun bapanya hanya seorang yang miskin dan bekerja sebagai
penenun kain bulu, namun beliau amat mencintai ilmu pengetahuan. Bapanya selalu mengunjungi rumah
para ulama untuk mendalami ilmu pengetahuan. Beliau selalu berdoa agar dikurniakan seorang anak
yang soleh dan alim. Bapanya sempat berwasiat kepada salah seorang sahabat setianya yang
merupakan seorang ahli tasawuf yang terkenal agar mendidik dan mengasuh Imam Al-Ghazali dan
saudaranya, Ahmad. Pesan bapanya, Sungguh saya menyesal tidak belajar khat (tulis menulis Arab) dan
saya ingin memperbaiki apa yang telah saya alami pada kedua anak saya ini. Maka saya mohon engkau
mengajarinya, dan harta yang saya tinggalkan boleh dihabiskan untuk keduanya.

Imam Al-Ghazali telah diasuh dan dididik sepenuhnya dengan tasawuf oleh teman bapanya bersama
saudaranya Ahmad. Doa bapanya dimakbulkan Allah dengan kelahiran Imam Al-Ghazali. Keagungannya
dalam bidang ilmu falsafah Islam sukar ditandingi sehingga digelar Hujjatul Islam. Ilmu yang pertama
yang telah beliau pelajari ketika masih kecil ialah Ilmu Fiqh daripada Sheikh Ahmad bin Muhammad ArRazikani. Selepas itu beliau terus mengembara ke Jurjan dan berguru dengan Imam Abu Nasar AlIsmaili.
Pengembaraannya diteruskan lagi untuk mendalami ilmu pengetahuan ke Nisapur. Di situ beliau berguru
dengan Imam Haramain. Ketokohannya sebagai seorang ulama besar mulai terserlah di situ apabila

beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan merangkumi ilmu mantik, falsafah, dan fiqah mazhab
Imam Syafie. Keluasan ilmunya ketika itu dikagumi oleh gurunya sendiri iaitu Imam al-Harmain. Beliau
pernah menyanjung ketokohan Imam Al-Ghazali dengan katanya:
Al-Ghazali itu merupakan lautan yang tidak bertepi .

Selepas Imam Al-Harmain kembali ke rahmatullah, beliau berhijrah pula ke Al-Askar dan mendapat
penghormatan daripada seorang menteri Nizamul Muluk, dari Dinasti Saljuk. Dalam usia yang masih
muda iatu pada tahun 484 Hijrah, beliau telah dilantik menjadi profesor di Akademi Nizami (universiti) di
Baghdad dalam bidang Fiqh. Semua ulama di Baghdad ketika itu mengakui keluasan ilmu Imam AlGhazali. Para mahasiswa datang dari seluruh ceruk dunia Islam untuk berguru dengannya. Walaupun
mengajar dalam bidang Fiqh, beliau juga amat meminati bidang falsafah.
Beliau menunaikan ibadat haji pada tahun 488 Hijrah. Selepas itu beliau meneruskan perjalanannya ke
Syam (Syria) menziarahi Baitulmaqdis. Selepasitu beliau bermastautin di Damsyik dengan beribadat di
Masjid Al-Umawi. Beliau membuka sebuah sudut (halqah) ilmu di masjid tersebut yang dikenali sehingga
kini dengan nama Al-Ghazaliah. Sepanjang masa beliau di sana, beliau telah berjaya menyempurnakan
penulisan kitabnya Ihya Ulumuddin yang agung itu. Kitab ini bertanggungjawab memperkukuhkan
mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang paling berpengaruh di seluruh Dunia Islam sehingga kini. Beliau
menjalani hidup dengan penuh kesederhanaan. Dengan hanya berpakaian kain kasar, mengurangkan
makanan dan minuman, namun beliau sentiasa mengunjungi masjid dan menempuhi jalan sufi untuk
mentakarrubkan diri kepada Allah S.W.T.
Sekembalinya beliau ke Baghdad, beliau mengadakan majlis ilmu iaitu pengajaran kitab Ihya
Ulumuddinnya. Selepas itu, beliau berhijrah ke Nasapur dan dilantik menjadi profesor di Universiti
Nizamiah. Kemudian, beliau berhijrah ke kampung asalnya semula. Di situ, beliau telah mendirikan
sebuah institut pendidikannya sendiri yang dikerumuni oleh para ulama dan ahli sufi untuk berguru
dengannya.
Kehidupan sehariannya dibahagikan kepada waktu untuk membaca Al-Quran, mengadakan pertemuan
dengan para ulama dan golongan sufi, mengajar ilmu kepada pelajarnya dan mendirikan solat. Itulah
jadual harian beliau yang diamalkan sehingga akhir hayatnya pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah
bersamaan 1111 Masihi di Tusia. Di penghujung hayatnya, beliau menghabiskan masanya dengan
mempelajari kembali hadis dan berkumpul bersama ahlinya. Berkata Imam Adz Dzahabi, Pada akhir
kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu hadis dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah
shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim). Seandainya beliau berumur panjang, nescaya dapat menguasai
semuanya dalam waktu singkat. Beliau belum sempat meriwayatkan hadis dan tidak memiliki keturunan
kecuali beberapa orang putri.

Kegigihan beliau dalam mempelajari ilmu falsafah akhirnya menjadikan beliau seorang Ahli Falsafah
Islam yang dikagumi kerana kejayaanya menggabungkan falsafah dan tasawuf dengan akidah, syarak,
dan akhlak. Hal ini juga berjaya mendamaikan antara golongan sufi dengan ulama fiqh sehingga kini.
SUMBANGAN
Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu, sumbangannya
terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang

ahli sufi yang bergelar "Hujjatul Islam". Kejayaan seseorang tokoh pemikir Islam seperti Imam Al- Ghazali
menghasilkan karya ilmiah bagi menjelaskan kepada umum tentang kaedah dan metodologi kajian ilmiah
yang bukan sahaja tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran tauhid, tetapi juga boleh dimanfaatkan
dengan cara yang sebaiknya dalam perbahasan ilmu-ilmu Islam tentu sekali membayangkan
ketokohannya yang unggul dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diceburinya.

Imam Al-Ghazali adalah seorang tokoh yang telah terlibat secara langsung dengan disiplin-disiplin ilmu
berkaitan dengan Pemikiran Islam seperti Falsafah, termasuk Logik, Ilm al-Kalam, Usul al-Fiqh dan alTasawwuf Keupayaan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam membuktikan bahawa beliau
merupakan seorang tokoh berpemikiran mantap dan dalam konteks disiplin Logik, beliau diyakini telah
berjaya menguasainya dengan baik. Banyak karya ilmiah yang telah dihasilkan oleh Al-Ghazali dalam
bidang Logik dan karya- karya tersebut menjadi bahan rujukan asas bagi pengajian Logik yang
berlangsung sama ada dalam sistem pendidikan formal atau sebaliknya.
Imam Al-Ghazali banyak menulis buku-buku dan kitab-kitab ilmiah. Dianggarkan beliau telah menulis
lebih 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan sepeti mantik, akhlak, tafsir, ulumul
Quran, falsafah, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus
dibakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota Baghdad.
Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan AlMadhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-orang Yang Bukan Ahlinya).
Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm Al Dhalal
(Penyelamat Kesesatan), Tahafut Al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal),
Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan
Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah). Beliau adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah
meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali
telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntutpenuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Segala hasil penulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir
Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.
Kebanyakan hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian, pengkaji-pengkaji
Barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah.
Selain itu, Imam Al-Ghazali juga merupakan tokoh utama yang banyak memperkatakan tentang
kebahagiaan sebahagian hidup manusia. Kebahagiaan ialah tujuan hidup dan masalah pokok dalam
semua agama dan dalam kebanyakan sistem akhlak. Beliau berpendapat bahawa, untuk mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan
dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga
kekuatan iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Menurut beliau juga kebahagiaan
itu ialah pada kemenangan memerangi nafsu dan menahan kehendaknya yang berlebih-lebihan. Maka
kemenangan di dalam peperangan dengan nafsu ini ialah induk dari segala kemenangan, kerana orang
yang berperang ke medan perang itu sendiri, ada juga yang mencari nama dan kemegahan.
Selain itu juga, Imam al-Ghazali juga pernah menjadi penasihat agung kepada Perdana Menteri Nizam
Al-Mulk, yang merupakan tokoh dan ilmuwan Islam Parsi yang hebat dalam pemerintahan Kesultanan
Saljuk. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar kanan di universiti Nizamiah di Baghdad dan
Naisabur. Beliau juga turut menyokong fahaman Al-Isyairah atau dikenal sebagai mazhab Ahli Sunnah
wal Jamaaah. Selain itu juga, antara sumbangan beliau terhadap pemahaman manusia terhadap Islam

ialah menolak fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam dan telah menjadi pelopor kepada
golongan sufi.
Sememangnya Imam al-Ghazali adalah tokoh seluruh ilmu kerana telah menguasai hampir seluruh ilmu
besar. Ilmu-ilmu yang telah dinyatakan oleh al-Ghazali di dalam buku-bukunya sememangnya amat
berguna dan relevan untuk digunakan sehingga masa sekarang. Perjuangan beliau dalam
mengumpulkan ilmu-ilmu berkenaan juga perlu kita contohi, kerana sesungguhnya perjuangan dalam
menuntut ilmu adalah satu dari ibadah yang terpuji yang membawa seseorang ke syurga.
Bagaimanapun, matlamat di sebalik menuntut ilmu itu lebih penting dari ilmu itu sendiri. Ketulusan
menuntut ilmu dengan matlamat ketuhanan, untuk keredhaan Allah dan berbakti kepada makhluk-Nya,
akan membawa seseorang ke syurga dalam kumpulan para Nabi dan Awliya. Ia juga adalah salah satu
amalan yang tidak terputus pahalanya, sekalipun tulang belulang pemiliknya telah hancur ditelan tanah
namun pahala ilmunya yang diajarkannya tetap mengalir.

IMAM GHAZALI

Anda mungkin juga menyukai