Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

mohd asri b. haji jusoh zainab bt jaafar 970714115094

Kami, Amirah Izzati bt Ahmad Rafee dan Nur Baitie bt dengan nombor kad pengenalan 970417075372 dan dari kelas 4 Rahmah telah menjalankan sebuah kajian untuk kerja kursus Pendidikan Agama Islam yang bertajuk Tokoh-tokoh Islam. Kajian ini telah diberikan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya,Ustazah Kajian ini juga dilakukan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah supaya tidak lari daripada tuntutan kajian yang asal. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 2 minggu.

PENGHARGAAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Kami, Amirah Izzati bt Ahmad Rafee dan Nur Baitie dari kelas 4 Rahmah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Agama Islam saya, kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami, Encik Ahmad Rafee b Che Kassim, Puan Hasliza bt Azizan serta kerana telah membantu kami dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal . Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan kami, Nur Aliah binti Talib dari kelas 4 Syakirah kerana telah menolong dan menyokong kami sepanjang menyiapkan folio ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.

KAEDAH KAJIAN
Internet Kami telah menggunakan kaedah melayari laman sesawang untuk mencari dapatan kajian. Kaedah ini ternyata berkesan kerana ianya mudah untuk didapati dan disalin semula. Buku Teks Saya telah menggunakan buku teks Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 sebagai bahan rujukan. Kaedah ini dilakukan bertujuan supaya segala isi kandungan tokoh tidak lari daripada yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN
Menghuraikan riwayat hidup tokoh semenjak kelahirannya sehingga kematian. Menjelaskan sifat-sifat peribadi, ketokohan dan pendirian tokoh. Menyatakan pendidikan tokoh-tokoh yang dikaji. Menyatakan sumbangan tokoh dalam pemikiran,mazhab dan penulisan.

Imam Abu Hanifah Rahimahullah

RIWAYAT HIDUP Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nukman bin Tsabit bin Zhuthi. Berliau berketurunan Parsi. Lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh Abdullah ibn Masud radhiallahu anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahualaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama Ali bin Abi Thalib radhiallahu anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al-Quran. Beliau sentiasa membawa tintanya ke mana saja beliau pergi untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dicari; Bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadith dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya. Beliau mempunyai seorang anak bernama Hanifah Hanifah juga bermaksud cenderung kepada agama Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada Tahun 150 Hijtah bersamaan dengan 767Masihi di dalam penjara ketika berusia 70 Tahun dan kebumikan di Baghdad. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya.

SIFAT PERIBADI Imam Abu Hanifah Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Beliau juga suka menghulurkan bantuan tanpa mengira usia, pangkat, dan darjat. Seorang yang rajin dan bercita- cita tinggi. Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah Mulia, berani dan pintar. Petah becakap, pendiam, wara, peramah, tenang, sabar, berpakaian bersih dan kemas. Hartawan, berilmu, kuat ibadat, dermawan, amanah, zuhud . Ahli perundangan digelar al Imam al Azam. PENDIDIKAN Pendidikan sempurna sehingga peringkat tinggi. Diberikan kemudahan oleh bapanya yang kaya. Menumpukan minat lebih kepada fiqh dan perundangan Islam. Berguru dengan ulama sezamannya termasuk para sahabat dan tabiin. SUMBANGAN Penulisan Al Fiqhu al Akbar Kitab al FaraidhMasailu al Usulal Jamiu al Kabir, al Jamiu as Shaghir Kitab al Mabsut As Sairu al Kabir, as Sairu as Shaghir. Pengasas Mazhab Mazhab Hanafi. Banyak menggunakan qias dalam sumber hokum.

Pemikiran Kemukakan kaedah penyelesaian masalah terutamanya qias Melarang bertaqlid kepadanya jika tidak tahu asal pendapatnya Berijtihad apabila sesuatu hukum tiada dalam al Quran, as Sunnah dan fatwa sahabat melarang umat Islam beramal dengan perkara bidaah. KETOKOHAN i. Pintar mengeluarkan hukum ii. Gunakan akal untuk membuat kesimpulan iii. Menyelesaikan masalah dengan memberi fatwa iv. Berdikari dan tidak tamak

Al-Imam Malik Rahimahullah


RIWAYAT HIDUP i. Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith ii. Dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. iii. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al- Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam. iv. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan citacitanya untuk menjadi orang yang berilmu v. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama hartawan, dermawan, dan

berjaya memegang jawatan Mufti Besar diMadinah. vi. Beliau pernah menjadi guru seawal usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. vii. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10Rabiulawal179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. viii. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin. SIFAT PERIBADI i. Hormati ibu bapa, orang dewasa dan guru ii. Sopan santun, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kubur iii. Pendiam, hanya bercakap perkara berfaedah sahaja iv. Berpakaian bersih, kemas dan memakai bauan yang harum v. Pemurah, dermawan, suka memberi pertolongan vi. Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat PENDIDIKAN i. Hafaz seluruh al Quran sebelum baligh ii. Pelajari hadis, menjadi tokoh hadis dan ahli hukum terkenal iii. Dalami ilmu pengajian fiqh dengan mengkaji pendapat ulama berlainan aliran iv. Tinggal dengan gurunya beberapa tahun mempelajari ilmu agama KETOKOHAN DAN PENDIRIAN i. Diiktiraf sebagai ulama ketika 17 tahun ii. Majlis ilmunya mendapat sambutan menggalakkan

iii. Menentang bidaah dan taqlid dengan pegangan al Quran dan as Sunnah iv. Sedia mengaku tidak tahu jika tidak yakin dalam berfatwa v. Menolak jawatan ketua hakim kerana tidak sesuai dengan dirinya SUMBANGAN i. Penulisan Kitan al Muwatta. Sumber rujukan bidang hadis dan fiqh ii. Pengasas Mazhab Maliki terkenal sebagai mazhab aliran hadis, pegangannya banyak dengan al Quran dan hadis iii. Murid As-syafie

Al Imam as Syafie Rahimahullah


RIWAYAT HIDUP i. Muhammad b Idris b Usman al Abbas b Usman Syafi b as Saib ii. Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib. iii. Keturunan Quraisy, berhubungan dengan Rasulullah, ibu bapa berasal dari Mekah iv. Lahir: Ghazah, Palestin, 150H, bapanya sudah meninggal dunia v. Digelar as Syafie sempena nama moyangnya vi. Meninggal dunia: 204H, Mesir, 54 tahun Masihi ketika berusia 54 tahun vii. Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "MazhabSyafie". SIFAT PERIBADI i. Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.

ii. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. iii. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan. iv. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung. v. Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. vi. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat. vii. Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. viii. Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan. PENDIDIKAN i. Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafazAl-Quran. ii. Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun. iii. Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan. iv. Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram. v. Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmuilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan AlQuran.

vi. Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: i.1/3 malam untuk berehat. ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. iii.1/3 malam untuk beribadat. vii. Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam. SUMBANGAN i. Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah. ii. Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orangorang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usulfikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hokum daripada Al-Quran dan hadis.Kitab-kitab tersebut ialah: a.Abtal Al-Istihsan. b.Ahkam Al-Quran. c.Ar-Risalah. d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah; i.Al-MukhtasaAl-Kabir. ii.Al-Mukhtasar as-Saghir. iii.Al-Farid. iv.Al-Umm.

e.Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis- hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah; i.Al-Masnad. ii.Al-Amali. iii.Ikhtilaf Al-Hadis. f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lainlain yang member sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam. g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Al Imam Ahmad Bin Hanbal Rahiahullah


RIWAYAT HIDUP iii. Ahmad bin Muhammad bin Hanbal iv. Lahir: Baghdad, Iraq, 164H, zaman Khalifah Abbasiah v. Panggilan: Hanbal untuk menghormati keturunannya vi. Meninggal dunia: 241H, Baghdad, 77 tahun SIFAT PERIBADI i. Suka berpakaian putih bersih dan kemas ii. Peribadi mulia, rendah diri, pendiam, kuat memelihara maruah dan agama iii. Suka bergaul dengan faqir miskin, berani dan tegas pendirian membela kebenaran iv. Bertaqwa, kuat beribadah, khatam al Quran tujuh malam sekali,

solat sunat 300 rakaat sehari v. Zuhud, wara, pemurah, berhemah tinggi PENDIDIKAN i. Membawa dakwat dan kertas ke mana sahaja ii. Telah hafaz al Quran dan hadis sejak kecil iii. Pendidikan awal di pusat ilmu Baghdad sehingga menjadi ulama terkemuka iv. Terpaksa bekerja menampung pengajiannya SUMBANGAN i. Hadis Menyusun hadis dengan tersusun dan rapi dan teliti ii. Pengasas Mazhab Digelar ahli Sunnah kerana mengutamakan al Quran dan as Sunnah. Larang bertaqlid dalam agama iii. Penulisan Tafsir al Quranal Musnad Kitab an Nasikh wa al MansukhKitab Taati ar RasulKitab al Ilalal Manasik al Kabir al Manasik as Shaghir iv. Murid al Imam Ahmad al Imam al Bukharial Imam Muslimal Imam Abu Dawud.

Imam Al-Bukhari Rahimahullah


RIWAYAT HIDUP v. Nama beliau yang sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al- Mughirah. vi. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 13 Syawal tahun 194 Hijrah bersamaan dengan tahun 810 Masihi di Bukhara.

vii. Gelaran Al- Bukhari adalah mengambil sempena tempat kelahirannya. viii. Imam Al- Bukhari terkena penyakit mata dan menjadi buta sewaktu kecilnya. Berkat doa ibu bapanya, akhirnya beliau dapat melihat. ix. Imam Al- Bukhari adalah seorang ulama yang terkenal dalam ilmu hadis. x. Beliau mula menghafaz hadis ketika berusia sepuluh tahun dan mengerjakan haji ketika berusia 16. xi. Berliau berasal dari keturunan orang alim. Bapanya berasal dari keturunan orang alim. Bapanya seorang yang alim, warak, soleh, dan pernah menutut ilmu dengan Imam Malik. SIFAT PERIBADI i. Imam Al- Bukhari berusaha dengan bersungguh- sungguh menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat. ii. Beliau sangat teliti dan berhati- hati dalam melakukan sesuatu perkara. iii. Beliau dianugerahkan daya ingatan yang kuat dan telah hafaz AlQuran sejak kecil dan dapat menulis sebuah kitab ketika berusia 18 tahun . iv. Beliau sangat menghormati ilmu yang dipelajarinya terutama ilmu hadis PENDIDIKAN i. Imam Al- Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia 11 tahun. ii. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengunjungi Kota Mekah dan Madinah dengan tujuan menutut ilmu. Selama 6 tahun beliau mengikuti pengajian hadis daripada ulama- ulama di sana .

iii. Beliau kemudiannya, mengunjungi Basrah, Mesir, Hijaz, Kufah,dan Baghdad untuk mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Nabi. iv. Berkat kesungguhan, usaha gigih, dan mempunyai daya ingatan yang kuat, Imam Al-Bukhari telah hafaz segala hadis yang diperoleh daripada 1000 orang ahli hadis. Mengikut satu riwayat, beliau telah hafaz 600000 buah hadis beserta sanad-sanadnya. SUMBANGAN i. Kitab Sahih Al- Bukhari mempunyai 7 275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600 000 buah hadis. Hadis-hadis tersebut disusun mengikut bab- bab fikah, iaitu ibadat, muamalaf, dan jenayah. ii. Terdapat sebuah kitab lagi yang telah dihasilkan oleh Imam AlBukhari iaitu Turkish Al- Kabir, yang terdiri daripada hadis hadis yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari. iii. Selain itu terdapat beberapa kitab hadis seperti Tarikh- Soghir, Tarikh Al- Ausat, Rafsir Al-kabir dan banyak lagi digunakan oleh ulama- ulama hadis yang terkenal seperti Ibnu Hajar, Al- Asqalani, AlQasatalani, dan lain lain lagi.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah


RIWAYAT HIDUP i. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asySyafi'i ii. Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058 Masihi di bandat Thus, Khurasan (Iran). Beliau berkunyah AbuHamid kerana salah seorang anaknya bernama Hamid. iii. Cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan soleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah

Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. iv. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. v. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 4 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah bersamaan dengan tahun 1111 Masihi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya. SIFAT PERIBADI i. Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Beliau digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. ii. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan. iii. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropah melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. iv. Sejak kecil lagi berliau telah dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riak, megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. v. Beliau mempunyai keahlian dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya fiqh dan siyasah syariah. Oleh kerana itu, beliau disebut sebagai seorang faqih. PENDIDIKAN i. Pada tingkat dasar, beliau mendapat pendidikan secara percuma dari beberapa orang guru kerana kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa

Arab dan Parsi dengan fasih. ii. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, ilmu mantiq, usul fiqh, falsafah, dan mempelajari segala pendapat keeempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut. iii. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad arRazkani dalam bidang ilmu fiqh, Abu Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di Naisabur. iv. Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizhamiah (sebuah universiti yang didirikan oleh perdana menteri) di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula sebagai Naib Kanselor di sana. v. Beliau telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddinang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran manusia dalam semua masalah. SUMBANGAN i. Mendokong fahaman Al-asya'irah ii. Pelopor golongan sufi . iii. Menghasilkan karya pelbagai ilmu iv. Menolak fahaman ahli falsafah dalam ilmu kalam v. Menjadi tenaga pengajar kanan Amir Nizammiah vi. Penasihat agung PM Nizam Al-Mulk

RUMUSAN

Melalui kerja kursus Pendidikan Agama Islam ini, saya telah banyak mempelajari tentang tokoh-tokoh Islam sepanjang masa kajian ini dijalankan. Saya ____________________ telah mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kerja kursus Pendidikan Agama islam ini. Selain itu, melalui kajian ini saya lebih mengenali tokoh-tokoh yang saya kaji seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Al-Bukhari, dan Imam Al-Ghazali melalui riwayat hidup mereka. Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui pendidikan tokoh-tokoh Islam yang telah saya kaji dan barulah saya sedar bahawasanya bukan mudah untuk manusia pada zaman dahulu untuk mempelajari sesuatu ilmu. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui sifat peribadi, ketokohan serta pendirian mereka sebagai insan yang menggemari ilmu. Oleh itu, secara tidak langsung saya akan mempraktiskan segala sifat positif mereka. Akhir sekali, saya juga lebih menghayati sumbangan mereka terhadap dunia Islam daripada dulu hingga kini dan selamanya melalui pemikiran, mazhab dan penulisan.
Imam Abu Hanifah R.H Riwayat Hidup Nama sebenar Nukman bin Thabit Lahir di Kufah tahun 80 Hijrah (699M) Berketurunan Parsi dan anak kepada seorang peniaga kain Beliau salah seorang ulama Islam terkenal dan pengasas Mazhab Hanafi Beliau Digelar Abu Hanifah Kerana: Sentiasa bawa ke mana saja tintanya (pen) untuk mencatat ilmu Salah

seorang anaknya bernama Hanifah Hanifah juga bermaksud cenderung kepada agama Beliau seorang yang berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi Beliau seorang yang berani dan tegas dalam mempertahan agama Ujian Yang Dihadapai Daripada Pemerintah: Dihukum penjara Disebat kerana tolak jawatan kadi di Kufah Meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi ketika usia 70 tahun Pendidikan Beliau berpeluang menuntut ilmu sejak kecil hingga ke peringkat tertinggi Beliau belajar pelbagai ilmu terutama undang-undang Islam Berguru dengan beberapa orang ulama yang hidup sezaman dengannya Guru yang paling banyak memberi sumbangan ialah Imam Hammad bin Ali Sulaiman selama 18 tahun Pernah berguru dengan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.: Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, dan Abdullah bin Abi Al-Hasan Sumbangan Kepada Tamadun Islam Masanya banyak dihabiskan untuk memberi pengajaran di masjid Berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fikah Ulama pertama menyusun kitab fikah ikut bab dan fasal dengan tersusun Kitab karangan beliau yang terkenal: Al-Fikah Al-Akbar dan Kitab Faraid Seorang yang amat teliti dalam tentukan hukum ikut martabat hadis Pengaruh Mazhab Abu Hanifah Aliran mazhab dikenali sebagai aliran mazhab Hanafi Mazhab ini berpengaruh di Iraq dan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah Muridnya yang terkenal sebagai tokoh ulama turut menyebarkan ilmu melalui kuliah dan penulisan khususnya dalam bidang fikah dan perundangan Islam

Imam Malik R.H Riwayat Hidup Nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Amir Al-Harith Dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah bersamaan 713 Masihi Berketurunan Arab yang terhormat dan berasal daripada keluarga yang susah Mempunyai pandangan yang bernas, berpendirian teguh, bijaksana, cerdas dan kuat ingatan

Seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, dan suka menziarahi orang sakit Beliau tidak pernah menunggang kuda di Madinah kerana menghormati bumi yang ada jasad Rasulullah s.a.w. Meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 M ketika usia 86 tahun Pendidikan Banyak mendampingi ulama sejak kecil Boleh hafal hadis Rasulullah s.a.w. sejak kecil Guru pertama ialah Abdul Rahman bin Harman iaitu ulama besar Madinah Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabitabiian Imam Malik Sebagai Guru Mempunyai tahap keilmuan yang tinggi Mula mengajar ketika berusia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik Kebanyakan majlis pengajian dilakukan di Masjid nabawi Beliau sanggup bersusah payah memberi kefahaman kepada anak muridnya tentang sesuatu ilmu Sumbangan Sumbangan beliau yang terbesar ialah kitab Al-Muattok Beliau pengasas mazhab Maliki Banyak kumpul dan analisis hadis-hadis Menghasilkan beberapa buah buku agama yang tinggi nilainya yang terdapat di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai rujukan kepada pelajar Islam

Imam Syafie R.H Riwayat Hidup Nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas ra. bin Usman bin syafie bin As-Saib Beliau sama keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sblh datuknya Abdul Manaf Lahir di Ghazzah, Palestin tahun 150 H (767M Bapanya meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan Beliau digelar As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin Saib Seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin dan

peribadinya yang sangat tinggi Beliau meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah (820M) di Mesir Pendidikan Imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat hafaz alQuran ketika usia 9 tahun Ketika usia 12 tahun, beliau hafal kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik Beliau banyak menghabiskan masa remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram Beliau belajar dengan beberapa tokoh ulama hadis yang masyur seperti imam Malik bin Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami Beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk menuntut ilmu Sumbangan Mengasas kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum Tidak terima kaedah istihsan Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu Berijtihad mengikut tempat dan suasana Berhujah dengan golongan antihadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat Pengasas mazhab Syafie

Anda mungkin juga menyukai