Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

PENDIDIKAN ISLAM AMT 102

TAJUK FOLIO : RIWAYAT DAN SIFAT PERIBADI IMAM SYAFIE

NAMA : NIK MUHAMMAD YUSUFF BIN NIK AKMAR YUSFEE


NO. KAD PENGENALAN : 991121-03-5825
KELAS : KSK1 / TAHUN 1
SEMESTER : 1

GURU PENILAI : ..

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Saya Nik Muhammad Yusuff bin Nik Akmar Yusfee dari kelas KSK1 / Tahun 1 bersyukur ke
hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio yang
ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, ________________________.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Kadir
kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik Nik Akmar
Yusfee bin Nik Ariffin serta Puan Wan Hasni binti Wan Hassan kerana telah membantu saya
dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal .
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
dari kelas KSK1 / Tahun 1 kerana telah menolong dan menyokong saya sepanjang menyiapkan
folio ini.
Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.
KAEDAH KAJIAN
Internet
Saya telah menggunakan kaedah melayari laman sesawang untuk mencari dapatan kajian.
Kaedah ini ternyata berkesan kerana ianya mudah untuk didapati dan disalin semula.
Buku Teks
Saya telah menggunakan buku teks Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 sebagai bahan
rujukan. Kaedah ini dilakukan bertujuan supaya segala isi kandungan tokoh tidak lari daripada
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menghuraikan riwayat hidup tokoh Imam Syafie semenjak kelahirannya sehingga
kematian.
2. Menjelaskan sifat-sifat peribadi, ketokohan dan pendirian tokoh.
3. Menyatakan pendidikan tokoh Imam Syafie yang dikaji.
4. Menyatakan sumbangan tokoh Imam Syafie kepada tamadun Islam

RIWAYAT HIDUP IMAM SYAFIE

BIODATA IMAM SYAFIE


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman Bin Syafie Bin
Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie berasal dari keturunan Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad
S.A.W.
Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang
mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal
dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam
Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara, diseksa dan dirotan kerana tidak mahu
memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak
tawaran untuk menjadi Hakim Kerjaan.
Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal Kitab al-Muwatta
yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Malik) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan
dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya
sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu
naik ke langit. Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan ke bumi. Cahaya dari bintang pecah
yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga
mengalami mimipi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut
isterinya.
Imam Syafie penentang amalan Bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi
Al-Quran dan Sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala manamana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah
yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3
orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin
Hambal (Mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Waljamaah ini dicetuskan oleh ulamak
sebelum mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa
saja. Beliau selalu berpesan: Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai
taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan
ataupun alasan dari Al-Quran dan Hadis. Beliau juga berpesan : Tiap-tiap perkara yang saya
katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih
utama perlu dituruti

SIFAT PERIBADI

i. Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
ii. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
iii. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian
atau cara makan.
iv. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada
hukuman pancung.
v. Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
vi. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan
menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat.
vii. Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
viii. Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong
orang yang memerlukan bantuan.

PENDIDIKAN
i. Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak
kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafazAl-Quran.
ii. Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok,
karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh
tahun.
iii. Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir
dalam bidang penulisan.
iv. Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama
di Masjidil Haram.
v. Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain
dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu
hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
vi. Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan
waktu malamnya kepada tiga bahagian:

i.1/3 malam untuk berehat.

ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.


iii.1/3 malam untuk beribadat.

vii. Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul
sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi
sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

SUMBANGAN
. Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak
Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala
fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Antara kitabkitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usulfikah; kitab yang
membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hokum daripada Al-Quran dan
hadis.Kitab-kitab tersebut ialah:
A) .Abtal Al-Istihsan.
B) .Ahkam Al-Quran.
C).Ar-Risalah.
D).Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab
tersebut ialah;
1.
2.
3.
4.

.Al-MukhtasaAl-Kabir.
.Al-Mukhtasar as-Saghir.
.Al-Farid.
.Al-Umm.
E).Dalam bidang hadis;
beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis- hadis
nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
1. .Al-Masnad.
2. .Al-Amali.
3. .Ikhtilaf Al-Hadis.
f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang
ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang member
sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China,
Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai