Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


42700 BANTING , SELANGOR
PENDIDIKAN ISLAM (A06)

TAJUK : IMAM AL-SYAFIE RAHIMAHULLAH

NAMA PELAJAR : AEZATUL ADLEENA BINTI AZMI


NO. KAD PENGENALAN : 000629-10-1942
NO. MATRIK :
KURSUS : KOSMETOLOGI
SEMESTER/TAHUN : 1/2016
NAMA PENGAJAR : USTAZ JAINI BIN SAIMAN

BIODATA

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Saya Aezatul Adleena Binti Azmi , dari kelas JKM 1 berasa amat bersyukur kepada
Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini yang bertajuk Imam Al-Syafie
Rahimahullah.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menolong saya dalam menyiapkan kerja kursus ini . Pihak yang pertama saya ingin
berterima kasih ialah pensyarah mata pelajaran Pendidikan Islam saya iaitu Ustaz Jaini
Bin Saiman yang telah memberikan bimbingan dan pertolongan dalam menyiapkan
kerja kursus ini . Tanpa beliau saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna .

Selepas itu , saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya . Mereka telah
bertungkus lumus menolong saya menyiapkan kerja kursus ini . Tanpa mereka mungkin
kerja kursus ini tidak lengkap .

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu
saya dalam menyiapkan kerja kursus ini .

Sekian , Terima Kasih .

PENGENALAN

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-SYAFIE RAHIMAHULLAH


Imam Syafii dikenali dengan salah satu imam madzhab empat . Nama
lengkapnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris As SyafiI . Beliau dilahirkan di
Gaza , Palestina pada tahun 150 Hijriah (767-820 M), berasal dari keturunan
bangsawan Quraisy dan masih keluarga jauh Rasulullah SAW. Dari ayahnya, garis
keturunannya bertemu di Abdul Manaf (datuk ketiga Rasulullah) dan dari ibunya masih
merupakan cicit Ali bin Abi Thalib r.a. Semasa dalam kandungan, kedua orang tuanya
meninggalkan Mekkah dan merantau ke Palestin, setibanya di Gaza, ayahnya jatuh
sakit dan telah pulang ke rahmatullah . Kemudian beliau diasuh dan dibesarkan oleh
ibunya dalam keadaan yang sangat prihatin dan serba kekurangan . Pada usia 2
tahun, Beliau bersama ibunya kembali ke mekkah dan di kota inilah Imam Syafii
mendapat pengasuhan dari ibu dan keluarganya secara lebih intensif.
Beliau menghafal Al-Qur'an semasa berusia 7 tahun, dan menghafal kitab Al-Muwattho'
karya Imam Malik semasa umur beliau 10 tahun. Ini menunjukkan betapa cerdasnya AlImam Asy-Syafi'I . Beliau juga belajar dari para ulama Mekah, diantaranya Muslim bin
Kholid Az-Zanji Al-Makky yang telah memberi ijazah kepada Al-Imam Asy-Syafi'i untuk
boleh berfatwa padahal umur beliau masih 15 tahun . Selepas itu beliau bersafar ke
Madinah dan berguru bertahun-tahun kepada Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah.
Pada tahun 195 H beliau pergi ke Baghdad, dan beliau mengajar di sana sehingga
banyak ulama yang berputar haluan dari madzhab ahli ro'yu menuju madzhab Syafi'i. Di
Baghdad , beliau banyak menulis buku-buku lama beliau, setelah itu beliau pun kembali
ke Mekah. Pada tahun 198 beliau kembali lagi ke Baghdad dan menetap di sana
selama sebulan lalu beliau pergi ke Mesir dan menetap di sana meneruskan dakwah
beliau hingga akhirnya beliau sakit bawasir yang menyebabkan beliau meninggal dunia
pada tahu 204 Hijriyah, rahimahullah rahmatan waasi'ah.
Imam Syafi'i adalah seorang sosok yang memiliki banyak keistimewaan, diantaranya :
PERTAMA : Al-Imam Asy-Syafi'i adalah imam dalam lugoh (bahasa).
KEDUA : Sya'ir-sya'ir beliau yang istimewa.
KETIGA : Tegar Di Atas Sunnah dan Memerangi Bid'ah.
KEEMPAT : Kharismatik Al-Imam Asy-Syafi'i.
KELIMA : Inovasi Spektakuler.

SIFAT PERIBADI IMAM AL-SYAFIE RAHIMAHULLAH

A) Ketinggian Akhlak

Sangat memuliakan guru-gurunya . Pernah digelar "tongkat Malik .

Sangat pemurah .

Beliau telah menolak jawatan kadi di Yaman pada masa pemerintahan Khalifah
Harun Al-Rashid .

Imam Syafie seorang yang bertakwa, warak dan tidak cinta kepada dunia seperti
beliau cinta pada Allah dan rasul-Nya

Beliau juga mempunyai suara yang merdu sehingga ada pendengar yang
mengalirkan air mata apabila mendengar bacaan ayat Quran dari beliau. Pada
seawal umur 13 tahun, beliau terkenal sebagai sebagai seorang qari yang masyhur .

Imam Syafie juga seorang yang fasih bercakap. Beliau juga seorang yang berakhlak
mulia. Beliau seorang yang sentiasa menjaga adab dan displin dalam menuntut
ilmu.

B) Ketinggian ilmunya

Imam Syafie berjaya membendung fahaman-fahaman yang mempengaruhi umat


islam.

Membahagikan masa hidupnya satu pertiga untuk beribadat, satu pertiga untuk
berehat, satu pertiga untuk kerjaya .

Imam Syafie Rahimahumullah adalah seorang yang mempunyai kuasa ingatan yang
luar biasa dan cerdas akal fikiran. Buktinya beliau telah menghafaz Al-Quran
sebelum mencapai umur aqil baligh, iaitu ketika beliau berumur 9 tahun. Selain itu
beliau juga telah menghafaz kitab Al-Muwatta (( ) (karangan imam Malik selama
9 hari sahaja. ketika beliau berumur 12 tahun. Selain itu, beliau juga mampu
mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun.

Beliau juga menghafal banyak hadis dan tahu latar belakang sanadnya secara
terperinci sehingga ramai ulama yang mengkaji hadis terpaksa bergantung pada
panduan dan petunjuk beliau .

KEGIGIHAN IMAM AL-SYAFIE RAHIMULLAH DALAM MENUNTUT


ILMU

Dalam menuntut ilmu, kegigihan dan ketekunan Imam Syafii bisa dijadikan teladan.
Meskipun hidup miskin, Imam Syafii tidak putus asa dan menyerah. Peranan
ibundanya begitu besar dalam mendorong Imam Syafii giat menuntut ilmu. Dibawa
ke Makkah oleh ibundanya, Imam Syafii belajar dari ulama-ulama. Imam Syafii
memiliki kecerdasan dan daya ingat luar biasa. Al-Quran telah dihafal beliau ketika
berusia 7 tahun. Setelah mempelajari Al-Quran, Imam Syafii menguasai hadis.
Beliau mendengarkan para muhaddis menyampaikan hadis dan menghafalkannya.
Sekitar usia 10 tahun, Imam Syafii berhasil menghafal kitab al-Muwaththa karya
Imam Malik ibn Anas. Imam Syafii juga biasa berkunjung ke perpustakaan untuk
mengkaji ilmu. Imam Syafii sempat menetap di dusun Bani Hudzail. Imam Syafii
mempelajari bahasa dan adat-istiadat mereka. Bani Hudzail adalah suku Arab yang
bahasanya paling fasih. Imam Syafii pun beroleh kemampuan dan kemahiran dalam
hal bahasa, termasuk banyaknya hafalan syair-syair. Tak lupa pula sejarah dipelajari
Imam Syafii. Imam Syafii juga cekap dalam memanah dan menunggang kuda.
Pengembaraan dalam menuntut ilmu memang dilakukan Imam Syafii. Ketika hafal
kitab al-Muwaththa, Imam Syafii belum pernah bersua dengan Imam Malik ibn
Anas. Sampai suatu ketika Imam Syafii berkesempatan pergi ke Madinah untuk
bertatap muka dengan penulis kitab al-Muwaththa itu. Melihat kecerdasan dan
kecakapan Imam Syafii, Imam Malik ibn Anas dibuat terpesona. Selain belajar
kepada Imam Malik ibn Anas, Imam Syafii juga menuntut ilmu ke ulama-ulama
lainnya di Madinah. Masa belajar Imam Syafii di tempat Imam Malik tidak
menghalangnya untuk mengembara menuntut ilmu dan mencari pengalaman ke
berbagai wilayah yang lain .
Imam Syafii terus tinggal di Madinah sampai Imam Malik ibn Anas meninggal dunia
Imam Syafii kembali lagi ke Makkah, tempat ibundanya tinggal. Seterusnya Imam
Syafii menuju ke Yaman. Imam Syafii juga menyinggahkan diri di Irak dan belajar
kepada Muhammad ibn al-Hasan. Muhammad ibn al-Hasan adalah seorang murid
Imam Abu Hanifah. Pada titik ini, Imam Syafii beroleh pemahaman berkait fikih
Madinah (ketika belajar kepada Imam Malik ibn Anas) dan fikih Irak (ketika belajar
kepada Muhammad ibn al-Hasan). Setelah itu Imam Syafii kembali lagi ke Makkah
dengan membawa dan mengajarkan fikih yang merupakan gabungan fikih Madinah
dan fikih Irak. Fikih Hanafi yang didominasi rayu (nalar) dan fikih Madinah Maliki
yang bernuansa hadis dikombinasikan Imam Syafii, sehingga Imam Syafii terkenal
sebagai ulama dengan metode anyar yang disusunnya sendiri.
Pastinya, keilmuan Imam Syafii terus berkembang. Meneliti, mengkaji, dan
mengajar dilakoni Imam Syafii di berbagai wilayah. Meskipun telah menjadi guru
dan memiliki murid yang banyak, Imam Syafii tak menghentikan aktiviti belajarnya

SUMBANGAN IMAM AL-SYAFIE RAHIMAHULLAH KEPADA TAMADUN


ISLAM

Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti


menggunakan hadis yang sahih untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat
statusnya .
Tidak menerima kaedah istihsan .
Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum .
Berijtihad mengikut tempat dan suasana .
Berhujah dengan golongan anti hadis .
Sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadah
Membuat Mazhab Syahfie

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH IMAM AL-SYAFIE RAHIMULLAH

Pengajaran dari siri kembara ilmu Imam asy-Syafi'e ini adalah bahawa kita tidak
seharusnya menyempitkan ilmu, menjumudkan pemikiran dan kita perlu lah sentiasa
menggali ilmu pengetahuan. Ada yang berdalih dengan mengatakan: "Imam Syafi'e
itu lain, dia istimewa! Dia hebat! Dia sangat 'alim!" Memang benar. Kita tidak
menolak bahawa beliau memang hebat, 'alim dan istimewa. Akan tetapi apakah
dengan alasan itu membuatkan kita menjadi malas ataupun menjadikan kita ini wajib
berpegang kepada pandangan beliau sahaja, bersikap taksub, atau tidak boleh
menyanggah atau bersikap kritis jika ada pendapatnya yang dirasakan kurang
tepat? Maka ini seakan mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Islam ataupun
menanam sikap taksub atau seolah-olah mengatakan bahawa Imam Syafi'e itu
maksum dan tidak melakukan kesilapan.
Maka itu sangat bercanggahan dari contoh yang telah diajarkan oleh Imam Syafi'e
sendiri. Bahawa beliau tidak taksub meskipun telah belajar dari gurunya Imam Malik
selama lebih 20 tahun. Bahkan beliau mengatakan: "Al-Layth lebih faqih dari Imam
Malik." Ini juga bukan bererti kata-kata sedemikian beliau bermaksud untuk
menghina gurunya yang lebih awal iaitu Imam Malik. Beliau hanya menyatakan apa
yang menurutnya adalah benar.
Beliau juga menunjukkan sikap berlapang apabila menuntut ilmu sehingga beliau
bersedia untuk menerima pandangan dan pelajaran dari anak-anak murid Imam Abu
Hanifah dan Imam al-Layth. Ini berlainan dengan sikap sesetengah agamawan hari
ini yang apabila ada sesuatu pandangan yang baru, mereka tetap cuba juga
mempertahankan apa yang telah dipelajarinya dari dulu meskipun mungkin
pandangan itu lemah. Mereka tidak membuka ruang ilmiah kepada ilmu-ilmu baru
untuk dibahaskan atau dibincangkan. Sikap inilah yang perlu dikikis. Bahkan ia
boleh memandulkan intelektual dan menjadikan seseorang itu gemar bertaklid buta
tanpa menganalisis kebenarannya. Wallahu alam.

PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai