Anda di halaman 1dari 13

Nama : Abu Abdullah Muhammad bin Idris.

Dilahirkan : bulan Rejab tahun 150 H / 767 M di Ghazzah,


Palestin
Dari keturunan Rasulullah sebelah datuknya Abdul Manaf
Nama ibunya:Fatimah Al-Azabiah bte Abdullah.
Digelar As-Syafie sempena nama datuknya, Syafie bin
Saib.
Meninggal dunia pada malam Jumaat 29 Rejab tahun 204
H / 820 M ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di
Arafah, Mesir.
SIFAT PERIBADI
Pandai bersyair & bersajak.
Cerdik & kuat ingatan.
Suaranya yang amat merdu apabila membaca Al-
Quran.
Tidak pernah makan hingga kenyang ketika belajar
selama 16 tahun.
Bersikap sederhana dalam semua aspek sama ada
dalam aspek tingkah laku, makanan, dan pakaian.
PENDIDIKAN
Mempelajari Al-Quran pada usia 7 tahun & dalam usia 9
tahun, beliau telah menghafaz Al-Quran keseluruhannya.
Menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-
kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
Ketika berusia 15 tahun, beliau telah diberikan kebenaran
oleh para gurunya untuk memberikan fatwa kpd orang
ramai di Masjidil Haram
Belajar & mendalami bahasa & kesusasteraan Arab
sehingga beliau mahir dalam bidang penulisan.
Telah bermusafir di Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan
negara lain bertujuan untuk menuntut ilmu hadis, fiqah, &
Al-Quran.
KEGIGIHAN MENUNTUT ILMU
~ Membahagikan waktu malamnya kepada 3 bahagian:
a)1/3 menulis ilmu
b)1/3 beribadat
c)1/3 berehat
~ Antara bukti yang menunjukkan kegigihan beliau dalam
menuntut ilmu ialah:
a) mengutip kertas yang dibuang untuk menulis ilmu
yang dipelajarinya .
b) biliknya menjadi sempit kerana dipenuhi dengan
kertas catatan.
c) menghafaz semua catatan untuk membersihkan
biliknya.
KEGIGIHAN MENUNTUT ILMU

~ Sanggup menghadapi kesukaran dalam menuntut ilmu
- Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil
masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat
mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan
berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan
Mufti Kota Madinah.

~ Rapat dengan Al-Quran
- Imam Al-Nawawi di dalam kitabnya Al-Tibyan fi Adaabi Hamalah
Al-Quran, berkata, Di antara mereka yang mengkhatamkan Al-
Quran sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan RA,
Tamim Al-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Al-Syafie dan lain-lain.

KEGIGIHAN MENUNTUT ILMU
~ Sentiasa bersedia dalam menuntut ilmu
- Imam Syafie telah menghafaz isi kitab al-Muwatha ketika
berumur 12 tahun sebelum pergi berguru dengan Imam
Malik ketika berumur 20 tahun.

~ Tidak pernah berasa puas dengan ilmu yang dimiliki
- Di Makkah Imam as-Syafie memulakan perguruannya
dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota
Makkah ketika itu.
- Beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin, dan
Yaman untuk menuntut ilmu.
KETINGGIAN AKHLAK
1.Sangat memuliakan gurunya & digelar Tongkat Malik kerana
selalu memegang Imam Malik berjalan.
2.Sangat pemurah. Khalifah Harun Al-Rasyid pernah
menghadiahkannya 5000 dinar tetapi hanya 100 dinar sahaja
yang diambil & bakinya diberikan kepada orang lain.
3.Telah menolak jawatan qadi di Yaman.
4. Berani membela kesucian agama daripada kesesatan :
~berusaha membetulkan fahaman Islah mengenai Islam di
kalangan puak Syiah, Muktazilah & Khuarij & akhirnya beliau
berjaya.

MODEL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN IMAM AS-SYAFIE

Secara kuliah

Semasa menetap di Makkah, pemusatan
pengajarannya ialah di Masjidil Haram (Muhammad
Abu Zuhrah, 1367).
Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan
dikelilingi oleh murid- muridnya.
Selama Sembilan tahun, Imam as- Syafie menghabiskan
masanya di Makkah bersama-sama para ilmuan yang
lain, membahas , mengajar, mengkaji di samping
berusaha melahirkan satu intisari dari beberapa aliran
dan juga persoalan yang sering bertentangan yang
ditemui pada masa itu.

Secara halaqah

Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk
halaqah. Di sini, beliau mengajar di sebuah masjid
di sebelah barat kota Baghdad. Pada mulanya
terdapat 20 halaqah pengajian di masjid itu.
Setelah kedatangan Imam as- Syafei, halaqah itu
digabungkan menjadi tiga sahaja dan halaqah
yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam as-
Syafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap
lapisan masyarakat yang terdiri daripada para
ulama, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.

Secara imlak

Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun
kitab Al- Umm. Pernah as- Syafei
mengimlakkan kepada murid- muridnya, dan
sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri.
Kadangkala dirombak pula oleh murid-
muridnya apa yang ditulis oleh beliau,
kemudian dibacakan kepada beliau apa yang
telah dirombak itu.

Secara bertukar- tukar fikiran

Kaedah ini dilakukan oleh Imam as- Syafei ketika
berhadapan dengan para ulama Baghdad, di
mana beliau sering bertukar- tukar fikiran tentang
masalah agama, terutama dengan ahli fikah dari
Mazhab Hanafi. Masalah- masalah agama yang
ditimbulkan oleh pembesar- pembesar Harun al-
Rasyid (khalifah) pada masa itu, dapat dijawab
oleh Imam as- Syafei dengan penjelasan yang
memuaskan.

Kaedah usuli

Cara ini digunakan beliau di Baghdad (Iraq)
semasa kebanyakan para ilmuan terpengaruh
dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli
adalah berlandaskan sumber asal rujukan
pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata-
kata al- Karabisi, Kami sebelum ini tidak
mengenal istilah al- kitab, al- sunnah dan
ijmak, sehinggalah datangnya as- Syafei ,
beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab,
al- sunnah dan ijmak.

Anda mungkin juga menyukai