Anda di halaman 1dari 16

UNIT 1 : AL-IMAM AL-GHAZALI ra

Latar Nama sebenar: Muhammad bin Muhammad bin Ahmad


belakang Dilahirkan pada tahun 450 H bersamaan 1058 M di Thus yang terletak
dalam wilayah Khurasan, Parsi.
Gelaran al-Ghazali bersempena nama kampung tempat kelahirannya.
Pendapat lain mengatakan gelaran tersebut diambil daripada nama
bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing yang digelar al-
Ghazal
Imam al-Ghazali merupakan ahli tasauf dan pemikiran agung
Meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 505H bersamaan 1111M di Thus
Sifat peribadi Menggemari semua bidang ilmu sehingga digelar gedung ilmu pada
zamannya
Fasih bercakap, pandai berpidato dan mahir berhujah
Bertaqwa, warak, kuat beribadat dan berhemah tinggi
Ahli sufi yang praktis, melakukan tazkiatun nafs (pembersihan jiwa)
Seorang ahli fiqh yang berfikiran terbuka dan membebaskan diri daripada
taklid
Dilahirkan sebagai pengkritis dan berfikiran bebas yang unggul
Bersikap tegas, berani dan tabah menghadapi ujian
Pendidikan Telah diajar oleh bapanya sejak kecil dengan ilmu pengetahuan dan
akhlak
Mempelajari ilmu asas seperti menulis,membaca dan mengira daripada
guru2nya
Mampu menguasai bahasa Arab dan fungsinya dengan baik
Ia memudahkan penguasaan dalam bidang ilmu yang lebih tinggi seperti
ilmu al-Quran, hadith, usuluddin, fiqh, falsafah, mantiq dan tasauf
Ilmu usuluddin dan ilmu fiqh dipelajari daripada syeikh Ahmad bin
Muhammad At-Thusi dan al-Allamah al-imam Abu Nasir al-Ismaili di Jurjan
Beliau pergi ke Naisabur utk mempelajari ilmu tauhid
Dengan penguasaan ilmu tauhid, beliau mahir berhujah dalam bidang
usuluddin mengikut aliran al-asyairah.beliau digelar hujjatul Islam
Pada thn 469H : melanjutkan pelajaran ke madrasah an-Nizhomiyah,
Naisabur dan berguru dengan imam al-haramain Abu Yula al-Juaini bagi
mempelajari ulum al-kalam, sains tabiI, falsafah, mantiq dan tasauf
Beliau dilantik sebagai professor ilmu fiqh di university an-Nizhomiyah di
Baghdad yang dibina oleh nizhom al-malik iaitu perdana menteri kepada
malik shah, raja saljuk.slps itu beliau dilantik sbg naib canselor di
university tersebut sehingga berhenti pd thn 489H dan memulakan
kehidupan sbg ahli thoriqatul sufiyah
Pandangan al- 1. Pembentukan jiwa
Imam al- - Secara fitrahnya jiwa dicipta dengan potensi mencintai hikmah,
Ghazali ra makrifat dan ibadat.
-kecenderungan kepada hikmah dan kecintaan kepada ibadat
merupakan unsur rabbani
dan lahir secara semulajadi.
2. Peranan pendidikan
-peranan pendidik hendaklah sama dgn peranan doktor
-seorang doktor tidak boleh membuat perskrepsi yang sama dgn semua
pesakitnya
-seorang guru tidak boleh mengajar dan memberi latihan yang sama
kepada semua
pelajarnya tanpa mengira tahap kemampuan dan penerimaan pelajar
dari segi mental
dan fizikal
-guru wajar mengenalpasti sikap, minat, bakat dan latar belakang
pelajar sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran
3. Panduan rumahtangga
- Pendapat beliau bersesuaian denga firman Allah SWT
( surah an-Nisaa 4 : 34 )
Sumbangan 1. Tasauf
dalam bidang -sejak kecil terdedah dengan pengaruh tasauf kerana bapanya seorang
ilmu dan ahli sufi
pemikiran -berguru dan mempelajari ilmu tasauf drpd Yusuf an-Nassaj dan al-Farmizi,
ketua ahli tasauf di Naisabur
-pernah meninggalkan tasauf dan memberi tumpuan kepada usuluddin
dan falsafah.kembali semula kepada tasauf dan menjadi ahli sufi sehingga
akhir hayatnya
-slps meniggalkan jawatannya di universiti an-Nizhomiyah beliau pergi
ke Syam dan Makkah
utk berizlah, berkhaluwah, beriadah dan bermujahadah mengikut
thoriqatul sufiyah
-slps 11 thn, beliau kembali bertugas sebagai guru di madrasah an-
Nizhomiyah di Naisabur.
-menurut imam al-Ghazali org yg ingin mengikuti thoriqatul sufiyah
hendaklah beramal sepenuhnya dengan syariat Allah kerana syariat anak
tangga pertama ilmu tasauf.
-antara kitab tasauf yang dihasilkan oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
1.mizan al-amal 3.mikraj as-sholihin
2.ihya lum ad-din 4.misykatul anwar
2. Falsafah
-terkenal sbg pemikiran islam dan ahli falsafah yang digelar
failasuf.beliau mempelajari dan mengkaji falsafah secara bersendirian
selama dua tahun dan berjaya menguasai keseluruhan ilmu tersebut
-beliau menulis kitab muqosidul falasifah utk menerangkan doktorian ahli
falsafah.penulisannya begitu baik sehingga ramai sarjana barat pd akhir
zaman
pertengahan, menganggapnya sebagai buku karya aliran Aristotle dlm
kalangan org
Arab.beliau tidak menentang kajian mengenai falsafah. Belaiu merupakan
ulama pertama yang terdidik dalam ilmu falsafah.
-al-imam al-Ghazali menulis kitab tahafut al-fulasifah utk mengkritik
kelemahan falsafah barat tentang fizik dan metafizik dari sudut
pandangan islam
-kritikan yang berani terhadap falsafah barat telah membuka lembaran
sejarah yang baru terhadap kesarjanaan islam. Tahafut al-Fulasah
memberi kesan besar terhadap perkembangan falsafah, akibatnya selepas
beliau, tidak muncul seorang pun ahli
falsafah yang terkenal selama seratus tahun
3.Fiqh al-Islam
-al-imam al-Ghazali sangat alim dalam ilmu fiqh, usul fiqh dan siasah al-
syariat.beliau mempelajari fiqh as-Syafie dan usuluddin drpd gurunya
sheikh Ahmad bin Muhammad at-Thusi. Penguasaan beliau dalam bidang2
tersebut meyakinkan nizhom al-malik dengan melantiknya sebagai
professor ilmu fiqh di madrasah an-nizhom di Baghdad.
UNIT 2 : AL-IMAM IBN TAIMIYAH ra

Latar Nama sebenar: Taqiuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim al-Harani
belakang Dilahirkan pd 10 Rabiulawal 661H bersamaan Januari 1262M dibandar
Haran di utara Iraq
Ketika berusia 7 thn kota Baghdad di perintah oleh bangsa Tartar
Bapanya bekerja sbg khatib di masjid Umaiyah dan guru ilmu hadith
Gelaran Ibn Taimiyah diambil sempena nama moyangnya yang ke
Sembilan
Merupakan sheikh al-islam yg bnyk berjasa dlm gerakan pembaharuan
islam
Meninggal dunia pd mlm Isnin 20 zulhijjah 728 H bersamaan 1329M dan
jenazahnya dikebumikan di Damsyik
Sifat peribadi Ulama yang bertaqwa dan berakhlak
Ahli pemikiran islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi
Berfikiran terbuka dan bersikap kritis
Mersifat berani dan tegas dlm menghadapi dan ketegasan dlm
menghadapi cabaran golongan zandik, falsafah barat, ahli bidah dan
penting ahli as-sunnah
pendidikan Al-Imam Ibn Taimiyah sangat mencintai ilmu pengetahuan dan suka
bergaul dengan para ulama
Berjaya menghafaz al-Quran dan hadith sejak remaja
Belajar di sekolah Darul Sikriyah di Damsyik
Mempelajari kitab2 hadith dan Rijalul hadith daripada ulama terkenal di
Damsyik.Antaranya, kitab Musnad Ahmad bin Hanbal, Sahih Bukhari,
Sahih Muslim, Jami at-Tirmidzi, Sanan Abi Daud, Sanan an-Nasaie, sanan
Ibn Majah dan Sanan ad-Dar Qitni
Al-Imam Ibn Taimiyah pernah diuji kecerdasan dan pendiriannya oleh
seorang Yahudi dengan pelbagai soalan, tetapi semua soalan dijawab
dengan tepat sehingga Yahudi tersebut mengaguminya lalu memeluka
agama islam
Beliau menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh ulama
Sejak berumur 19 tahun beliau telah memberi fatwa dan mula
menghimpun dan menyusun fatwa2 dlm kitab
Beliau pernah menggantikan ayahandanya mengajar tafsir al-Quran di
Masjid Jami
Pandangan al- 1. Bentuk kesatuan
Imam Ibn -menurut pandangan beliau: dua kesatuan umat Islam:
Taimiyah Kesatuan agama (Wahaddah ad-Din)
Kesatuan ini diasakan daripada pengakuan
terhadap keyakinan dan keimanan yang
sama seperti kepada Allah yang Esa,
kepada Rasulullah dan rukun2 iman yang
lain
Kesatuan bahasa
Factor penting dalam mencapai kesatuan
keagamaan umat Islam.Imam Ibn Taimiyah
berpendapat Bahasa Arab merupakan
satu2nya bahasa agama yang digunakan
utk memahami dan menghayati Islam
kerana Bahasa Arab ialah Syiar agama
Islam
2. Organisasi
-beliau berpendapat bahawa ummah sebagai penerima risalah Allah
bertanggungjawab yang
sangat penting utk memelihara dan menyebarkan agama Islam kpd umat
manusia
-memelihara agama bermaksud membersihkan penyelewengan akidah
atau perkara2 yg
mencemarkan kemurnian agama.
-penyebarannya bermaksud memberi penerangan tentang kebenaran
agama kepada org
ramai supaya difahami dan diamalkan
-beliau juga berpendapat pembentukan organisasi Negara merupakan
salah satu fungsi
ummah kerana fungsi ummah hanya dpt dilaksanakan apabila organisasi
Negara berjalan
dengan kemas dan ditadbir dengan baik
Sumbangan 1. Akademik
al-Imam Ibn -beliau berusaha membersihkan amalan umay=t Isalm daripadaa kotoran
Taimiyah bidah, khurafat
dan kemungkaran
-beliau menentang sebarang penyelewengan akidah dan perbuatan yang
bercanggah dgn
Islam dan mengajak umat islam kembali menghayati ajaran agama islam
yang diamalkan
umat islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin.
-usaha murni itu mendapat tentangan drpd pelabagai pihak.beliau kerap
dipenjarakan demi
menegakkan kebenaran
-beliau tdk berputus asa walaupun menyedari gejala kemungkaran dan
penyelewengan
akidah amat kritikal. Beliau terus mengkritik aliran falsafah, bathaniah,
Syiah dan tasauf
-beliau mendedahkan keburukan dan kebatialn golongan tersebut dan dlm
masa yang sama
beliau menagjak mereka kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
-beliau berusaha menentang pemiukiran barat yang cuba meracuni
pemikiran umat islam
-kesungguhan dan sikap tegasnya mendorong ramai orientalis mengkaji
pemikiran islam,
bahkan ada yang menganggap Ibn Taimiyah sebagai pendokong mazhab
dlm islam kerana
falsafah dan pemikirannya
2. Hasil karya
Majmuah al-Risalah al-Kubra
Majmuah rasail Ibn Taimiyah
Majmuah Khamsi al-Rasail
Majmu Fatawa
Minhaj al-Sunnah an-Nabawiyah
Ilm al-Hadith

UNIT 3 : ABU AL-ALA AL-MAUDUDI ra

Latar Dilahirakan pada 25 September 1903M di Urgabad, Hidrabad, India


belakang Keturunan : Maudud yang dikatakan seoarang perawi hadith yang
berhijrah ke India bersama-sama panglima tentera islam Muhammad bin
al-Qasim
Terkenal sebagai ahli gerakan dakwah di rantau asia
Beliau menghasilkan buku2 ilmiah islam.tulisan2 al-Maududi merupakan
formula himpunan kea rah pembaharuan dan pembinaan semual
tamaduan islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah
Meninggal dunia pada tahun 1983M
Sifat peribadi Pemikiran islam pada zaman mutakhir
Ulama yang luas pengatahuan dalam pelbagai bidang
Bersederhana dalam kehidupannya, bertaqwa dan beristiqamah
Berhemah tinggi dan bercita-cita untuk mengembalikan masyarakat islam
kepada pegangan dan amalan agama berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah
Gigih dalam menegakkan kebenaran dan keadilan
Pendidikan Mendapat pendidikan awal di rumah drpd bapanya sendiri.bapanya
seorang peguambela lulusan universiti Aliegar
Bapanya enggan menghantar anak2nya ke sekolah Inggeris kerana
kecewa dengan dasar pemerintahan Inggeris dan menolak budaya Barat
Diajar oleh bapanya sendiri bahasa Arab, Inggeris, Parsi, Urdu dan ilmu2
agama.walaupun tidak terdidik secara formal beliau Berjaya menguasai
bahasa Inggeris dengan baik
Dpt membaca bahan2 ilmiah drpd bahasa inggeris dan
menterjemahkannya ke dalam bahasa urdu sejak awal remaja
Pandangan al- 1. Keperluan hidup yang sempurna
Maududi -bagi mencapai keperluan hidup yang sempurna manusia akan
menggunakan anggota badan
dan pancaindera serta akal fikiran yang dikurniakan Allah kepadaNya dan
mencipta bumi ini
lengkap dengan kemudahan sesuai dengan fitrah manusia
-untuk mencapai kemajuan dan kejayaan, Allah mengurniakan manusia
dengan pelbagai
kebolehan, kemahiran dan kepintaran akal yang berbeza-beza antara
satu sama lain.
-perbezaan ini mempunyai hikmah supaya manusia dpt berkenalan,
tolong-menolong dan
berkasih sayang
2. Tahap kemahiran manusia
-glgn yang cerdik akan menjadi ahli sains, juruteknik, ahli pertukangan,
ahli pertanian, ahli
politik dll.
-jika kemahiran dlm semua bidang ini digerakkan secara bersepadu dan
kolektif, ia akan
berfungsi dengan lebih berkesan utk menyempurnakan masyarakat dan
akhirnya
melahirkan satu tamadun yang tinggi
3. Taklid
- mentaati rasulullah amat penting dalam kehidupan manusia kerana
baginda merupakan petunjuk jalan utk membawa manusia kpd matlamat
utama iaitu makrifat Allah.
-jika ada org yang menolak Rasulullah dan mencari ajaran lain, dia akan
membawa
kesesatan dan kehancuran apatah lagi jika ajaran tersebut berpandukan
akal semata-mata
kerana akal mempunyai kemampuan terbatas dan mustahil dapat
mencapai hakikat yang
sebenar.
-mereka yang mengingkari Rasulullah akan terjerumus ke lembah taklid
dan adat yang sesat
yang akan membawa kepada kelemahan dan kemunduran
Sumbangan 1. Kewartawanan
al-Maududi -memulakan kerjaya tersebut sejak berumur 16 tahun
-beliau bekerja di akhbar harian Taj sebelum menjadi pengarang
-1921M : beliau dilantik sebagai ketua pengarang akhbar harian Muslim
lidah rasmi
Jemaah ulama al-Hind.beliau byk menulis artikel2 ilmiah yang mengajak
manusia kembali
kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah
-1933M : ditugaskan memimpin majalah bulanan Turjuman al-Quran di
Haidrabad.
majalah ini menjadi bacaan utama bagi mereka yang berbahasa
urdu.majalah ini bertujuan
menyampaikan pendapat dan pandangan terhadap idea falsafah, sains,
politik dan ekonomi
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
2. Hasil karya
-semasa bertugas dgn akhbar Muslim al-Maududi menterjemah buku
tafsir dan falsafah
drpd bahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Urdu. Antaranya:
Al-Hikmah al-Mutaaliah fi al-Asfar al-aqliah
Dijadikan sumber pembelajaran di universiti Uthmaniyah di
Haidrabad
-1930M : menterjemahkan buku pertamanya al-Jihad fil Islam yg
menghuraikan ttg
konsep jihad yg dikaitkan dgn undang2 antarabangsa
-1932M : menghasilkan buku al-Risalah ad-Diniah. Buku ini
diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa yg menjadi bacaan umum dlm dan luar negara.
-1961M : menerbitkan edisi Turjuman al-Quran yg terkenal dgn
tulisannya Mansob al-
Risalah.
-1972M : menghasilkan buku Tafhim al-Qurandlm bahasa urdu yg
ditulis selama 30 tahun
-1976M : menghasilkan kitab sirah an-nabi yg mendapat
penghargaan drpd Rabithah al-
alam al-islami
3. Gerakan Islam
-menyebarkan pandangan dan pemikirannya melalui penulisan, ceramah
melalui radio dan
Televisyen
-tajuk syarahan beliau merangkumi aspek ekonomi, politik, dan
pendidikan.
-Abu al-ala al-Maududi telah menubuhkan Jamaah islami di Lahur.
-usaha beliau ini dipandang serong oleh glgn tertentu dan dituduh sbg
musuh negara.beliau
dipenjara selama 2 tahun bermula dari 4 Oktober 1948M hingga 28 Mei
1950M
-1953M : sekali lagi al-Maududi dipenjarakan kerana kandungan bukunya
THE QADIANI
PROBLEM dianggap mengutuk dasar kerajaan
-pada mulanya beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi
diubah kepada
penjara 14 tahun.pada 25 Mei 1955M beliau dibebaskan dan meneruskan
usaha dakwah
dan mengembangkan ajaran Islam
-ketokohan beliau sebagai ulama pada abad ke-20 amat ketara
berdasarkan latar
belakangnya yang penuh dengan cabaran dan ujian dalam hidup.
UNIT 4: SHEIKH MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWI ra

Latar Nama penuh : Sheikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf


belakang Dilahirkan di Makkah al-mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313H
bersamaan 1892M
Sejak kanak2 beliau banyak menimba pengalaman dan pengetahuan
agama daripada semua peringkat sehingga dikenali sebagai ulama
melayu yang pertama di Mesir
Ketika berumur 10 tahun beliau Berjaya menghafaz 16 juzuk al-Quran di
samping menghafaz beberapa kitab yang lain.ini membuktikan beliau
mempunyai daya ingatan yang kuat
Meninggal dunia pada pagi Jumaat bersamaan dengan 13 Oktober 1989M
Sifat peribadi Ulama besar Nusantara
Terkenal sebagai ahli bahasa dan mahir dalam bidang hadith, tafsir dan
Fiqh
Sangat menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat
Berhemah tinggi dan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan di dalam
dan luar negeri
Pendidikan Mendapat pendidikan awal di sekolah melayu kampung Lubuk Merbau,
Kuala Kangsar, Perak
Setelah tamat belajar di sekolah rendah, beliau belajar di pondok Wan
Muhammad, di Bukit Candan, Kuala Kangsar. Beliau meneruskan
pengajian di pondok Tuan Hasin al-masudi di Kedah selama beberapa
tahun.beliau melanjutkan pelajarannya di pondok Sheikh Ahmad Fathani
di Bukit Mertajam, Seberang Perai dan seterusnya meneruskan pengajian
di pondok Tok Kenali, Kelantan
1924M : beliau dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran ke
Mesir.Beliau merupakan anak Melayu pertama belajar di peringkat tinggi
di universiti al-Azhar,Mesir
Kejayaan Idris Berjaya menghasilkan kamus Arab-Melayu yang dinamakan Kamus al-
al-Marbawi Marbawi dan diikuti dengan Kamus al-jaib.kedua-dua kamus ini banyak
dalam bidang membantu pelajar melayu menguasai bahasa Arab
pendidikan Walaupun sibuk menyusun kamus namun beliau tetap gigih dan tekun
dalam pelajarannya sehingga beliau Berjaya memperoleh ijazah al-aliah
drpd universiti al-azhar. Beliau merrupakan pelajar melayu pertama yang
mendapat sijil tesebut.
Setelah tamat pengajian beliau terus menetap di Mesir
Sumbangan Kemahiran beliau dalam menguasai bahasa Arab dan bahasa Melayu
membantu beliau dalam penulisan utk menghasilkan kitab dalam bahasa
Arab dan Melayu. Kitab2 yang dihasilkan merangkumi bidang hadith, fiqh,
tafsir dan kamus
Kejayaan beliau menghasilkan kamus pada tahun 1937M mendorong
beliau menghasilakn kitab bahrulmadzi sebanyak 22 jilid, kitab hadith
yang pertama pernah diterbitkan dalam bahasa melayu tulisan jawi.
Walaupun al-Marbawi bermastautin di Mesir berpuluh-puluh tahun, namun
beliau tetap menggunakan bahasa melayu dan tulisan jawi sebagai
bahasa ilmiah. Banyak kitab ditulis dalam bahasa melayu dgn tujuan
kitab2 tersebut akan menjadi bahan bacaan orang melayu di tanah airnya
dan Nusantara
Beliau kemudiannya menulis kitab Bulughal-Maram iaitu kupasan hadith
drpd sahih Bukhari. Daripada kupasan hadith, al-Marbawi menerokai
bidang tafsir al-Quran dalam bahasa melayu.
Dalam bidang fiqh beliau menulis kitab pati hokum ibadah dan usul islam.
Ketokohan Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi ra sukar ditandingi oleh
ulama melayu yang lain dalam bidang bahasa dan persuratan melayu
Beliau dianugerahkan ijazah kehormat doktor persuratan oleh universiti
kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980M.
Pada 1 Muharram 1408H bersamaan dengan tahun 1987M, beliau
menerima anugerah tokoh Maalhijrah daripada kerajaan Malaysia.

UNIT 1 : AL-IMAM ABU HUNAIFAH ra

Latar Nama sebenar: Numan bin Thabit ra


belakang Dilahirkan di Bandar Kufah,Iraq pada tahun 80H bersamaan 699M
Keturunan: Parsi. Bapanya telah berpindah dari Parsi dan menetap di
Kufah
Beliau digelar Abu Hunaifah kerana seorang daripada anak lelakinya
bernama Hunaifah.Ada yang mengatakan Hunaifah bermaksud org yang
taat dan ahli ibadah.pendapat lain mengatakan Hunaifah dalam bahasa
Parsi bermaksud dakwat.
Imam Abu Hunaifah meninggal dunia di Baghdad pada bulan Rejab tahun
150H bersamaan 767M ketika berusia 70 tahun
Sifat peribadi Berperibadi mulia, bercita-cita tinggi, berani dan pintar
Petah bercakap tetapi pendiam, warak, peramah, tenang, sabar,
berpakaian bersih dan kemas
Seorang hartawan, berilmu, kuat beribadah, dermawan, beramanah dan
zuhud
Seorang ahli perundangan dan digelar al-Imam al-Azhom
Pendidikan Mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil sehingga ke peringkat
yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana, beliau mendapat semua
kemudahan yang diberikan oleh bapanya yang kaya di Kufah.
Belajar pelbagai ilmu seperti bahasa Arab, ilmu tauhid, al-Quran,as-
Sunnah dan fiqh.setelah mendalami setiap bidang ilmu itu beliau
menumpukan minat yang lebih dalam dalam bidang ilmu fiqh dan
perundangan islam.
Berguru dengan ulama yang sezaman denagnnya seperti al-Imam Hamad
bin Sulaiman yang menjadi guru beliau selama 18 tahun.
Berkesempatan berguru dengan sahabat nabi seperti Anas bin Malik,
Abdullah bin Abi Aufa, Sahlu bin Saad as-Saididan Abu Tufail bin Abbas
Sumbangan Penulisan -imam Abu Hunaifah menghasilkan pelbagai karya seperti
1.al-Fiqh al-Akbar 5.Kitab al-Jamias-Soghir
2.Kitab al-Furaidh 6.Kitab al-Mabsut
3.Masail al-Usul 7.as-Sairul Kabir
4.Kitab al-Jami al-Kabir 8.as-sairul soghir.
Pengasas -al-Imam Abu Hunaifah merupakan pengasas mazhab
mazhab Hanafi. Beliau
banyak menggunakan qias dalam mengeluarkan hukum
Pemikiran -menggunakan beberapa kaedah menyelesaikan masalah
terutamanya
kaedah qias
-melarang bertaklid kepadanya jika tidak mengetahui
daripada mana
pendapatnya itu
-jika suatu hukum itu tdk terdapat dalil dalam al-Quran, as-
Sunnah dan
fatwa sahabat, beliau akan berijtihad
-melarang umat islam beramal dengan perkara2 bidah
Melahirkan -al-Imam Abu Yusuf, Yakub bin Ibrahim al-Ansari
ramai murid -al-Imam Hasan bin Zaiyad al-lulua
-al-Imam Muhammad bin al-hasan as-Syaibani
-al-Imam Zufar al-Hudzail bin Qais al-Kufi
Ketokohan
-Terkenal dgn kepintaran mengeluarkan hukum
-ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap al-Quran dan as-Sunnah
membolehkan beliau
menggunakan akal fikiran untuk membuat sesuatu kesimpulan atau
keputusan
-berjaya menyelesaikan masalah semasa berada di Kufah atau pun di
Baghdad
-menurut imam Abu Yusuf, Imam Abu Hunaifah terkenal dengan seorang
yang hidup dgn
berdikari dan tidak tamak
UNIT 2 : AL-IMAM MALIK ra

Latar Nama penuh: Malik bin Anas bin Amir al-Asbahi


belakang Dilahirkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun 93H bersamaan 712M
dan dibesarkan di sana
Meninggal dunia pada tahun 179H bersamaan 798M ketika berusia 86
tahun dan disemadikan di perkuburan al-Baqi, Madinah al-Munawwarah
Sifat peribadi Sangat menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru
Bersifat sopan santun, suka menziarahi org sakit dan mengiringi jenazah
ke kubur
Pendiam dan bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja
Suka berpakaian bersih dan kemas serta memakai bau-bauan yang harum
Pemurah, dermawan dan suka memberi pertolongan
Suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Pendidikan Mendapat pendidikan di Madinah al-Munawwarah dan memulakan
pengajian al-Quran dan tafsir
Sebelum baligh beliau dapat menghafaz keseluruhan al-Quran
Beliau mempelajari hadith sehingga menjadi seorang tokoh hadith dan
ahli hukum yang terkenal
Mendalami ilmu pengajian fiqh dengan mengkaji pendapat ulama2 yang
mempunyai aliran pemikiran yang berlainan untuk dirumuskan menjadi
pendapat dan aliran pemikirannya
Al-imam Abdullah bin Yazid ( Ibn Hurmuz ) tokoh ulama di madinah
merupakan guru pertama kepada al-Imam Malik ra.beliau tinggal di rumah
gurunya beberapa tahun utk mempelajari ilmu agama
Ketokohan Sejak berumur 17 tahun, al-Imam Malik ra sudah diiktiraf sebagai ulama
dan pendirian Majlis ilmu yang dipimpin olehnya mendapat sambutan yang
menggalakkan termasuklah dari kalangan ulama semasa
Dengan memiliki ilmu yang mendalam dalam bidang ilmu hadith beliau
telah mengumpulkan hadith dan menyelidikinya selama 40 tahun.dalam
kajian tersebut beliau menilai dan memastikan kesahihan hadith2 tersebut
Menggunakan qias dan Musolihul mursalah sebagai sumber hukum
Menentang perbuatan bidah dan bertaklid
Menggalakkan cendekiawan islam berijtihad dalam masalah yang
memerlukan hukum sekiranya tidak terdapat nas al-quran dan as-Sunnah
serta ijma
Ketika memberi fatwa beliau sangat teliti dan sedia mengaku tidak tahu,
jika tidak yakin atau tidak mempunyai alas an yang kuat
Ketokohannya diakui oleh imam Abu Hunaifah yang telah menyatakan
saya belum pernah menemui seorang pun yang alim melainkan Imam
Malik
Imam Syafie pula berkata apabila disebut ulama hadith maka Imam
Malik adalah tokohnya dan tiada seorang pun yang aku lebih percaya
tentang hadithnya melainkan daripada Imam Malik
Imam Malik bersikap tegas dan berani menyatakan kebenaran dan
keadilan
Banyak menerima ujian pada zaman khalifah Abu Jaafar al-Mansur, al-
Mahdi dan ar-Rasyid
Menolak jawatan ketua hakim kerana tidak sesuai dgn jawatan tersebut
Sumbangan Penulisan -menghafaz seratus ribu hadith dan memilih lima ribu
sahaja untuk ditulis
dalam kitab al-Muatto
-kitab ini amat bernilai dan mengandungi hadith2 sahih
sahaja
-kitab al-Muatto menjadi rujukan utama dalam kajian ilmu
hadith dan fiqh
-Khalifah Harun ar-Rasyid memberi kedudukan tinggi
terhadap kitab ini
dan mengkehendaki supaya dijadikannya sebagai panduan
disamping al-
Quran

Pengasas -mazhab ini terkenal sebagai mazhab aliran hadith kerana


mazhab asas pegangannya banyak berdasarkan aliran al-Quran dan
Maliki hadith.
-mazhab ini mula lahir di Hijaz dan berkembang di Mesir dan
Sepanyol.
Murid2 1.al-Imam Syafie
imam Malik 2.al-Imam Asyhab bin Abdul Aziz al-Qisi
3.al-Imam Abu Abdullah Abdul Rahman bin al-Qasim at-Taqa
4.al-Imam Abu Muhammad Abdullah bin Wahab al-Qarisyi

UNIT 3 : AL-IMAM AS-SYAFIE ra

Latar Nama penuh: Muhammad bin Idris bin Uthman al-Abbas bin Uthman Syafi
belakang bin al-Saib
Berketurunan Quraisy dan ibu bapanya berasal dari Makkah al-
Mukarramah. Keturunan mereka mempunyai hubungan dengan nabi
Muhammad SAW
Dilahirkan di Gaza, Palestin pada bulan Rejab tahun 150H bersamaan
767M
Ketika mereka melawat Palestin, bapanya meninggal dunia ketika Imam
Syafie masih dalam kandungan ibunya. Beliau dilahirkan di rumah
kerabatnya di Gaza
Ketika berusia 2 tahun beliau kembali ke Makkah bersama ibunya
Digelar al-Syafie bersempena nama moyangnya yang ke-4, Syafi bin al-
Saib
Imam Syafie meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 204H bersamaan
821M di Mesir ketika berumur 54 tahun setelah berada di sana selama 6
tahun
Sifat peribadi Fasih bercakap, suaranya menarik dan seorang qari yang masyhur
Berakhlak mulia, kuat ingatan dan berhemah tinggi
Sentiasa memelihara adab dan disiplin
Pendidikan Ketika berumur 9 tahun beliau telah menghafaz keseluruhan al-Quran
Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan beliau
mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab, adat resam dan kebudayaan
Arab di sebuah kampung badwi bani Huzail.Beliau tinggal di kg tersebut
beberapa tahun hingga mahir dalam bidang penulisan dan menggubah
syair dengan baik dan indah
Kembali ke Makkah utk mempelajari ilmu fiqh drpd al-Imam Muslim bin
Khalid az-Zinji, ulama dan mufti Makkah al-Mukarramah
Mempelajari ilmu hadith daripada Imam Sufyan bin uiyainah, ulama
hadith yang masyhur di Makkah al- Mukarramah. Dalam masa yg sama
beliau mempelajari al-quran di Masjidil Haram
Semasa berumur 15 tahun Imam Syafie diberi pengiktirafan oleh guru2nya
untuk menjadi guru (sheikh) di masjidil Haram dan kebenaran
mengeluarkan fatwa
Disebabkan kemiskinan keluarga, ibu bapa beliau tdk dapat membeli alat2
pembelajaran. Imam as-Syafie sering mengutip kertas di pejabat yang
dibuang ke dalam bakul sampah untuk mencatat pelajarannya. Beliau
tidak berasa hina melakukannya, bahkan menjadi cabaran untuk terus
belajar
Beliau menghafaz kitab al-Muatto karangan Imam Malik sebelum ke
Madinah untuk berguru dengannya
Semasa tinggal di Madinah selama 6 bulan, beliau diakui kebolehannya
oleh Imam Malik dan ulama terkemuka di sana
Selepas itu, Imam Syafie ke Iraq untuk berguru dengan ulama di
sana.setelah beberapa lama di sana beliau ke Parsi dan Palestin untuk
menuntut ilmu di samping menyabarkan ilmu yang dipelajarinya.
Kemudian beliau kembali semula ke Madinah untuk menziarahi Imam
Malik
Setelah beberapa lama di Madinah, beliau pergi ke negeri Yaman, Iraq dan
kembali ke Makkah.17 Tahun kemudian beliau pergi ke Mesir sehingga
meninggal enam tahun kemudian
Perkembanga Walaupun beliau bekas pengikut mazhab Maliki dan Hanafi tetapi beliau
n mazhab as- membuat pengajarannya sendiri yang dikenali sebagai mazhab Syafie
Syafie Mazhab Syafie pada umumnya adalah sbg penyesuaian atau mengambil
jalan tengah antara 2 aliran mazhab iaitu mazhab ahli hadith di Hijaz dan
mazhab ahli al-Raa di Iraq
Pendapat dan hokum yang dikeluarkan semasa beliau di Makkah dan
Madinah dinamakan Qoulun Qadim manakala pendapat yang
dikeluarkan semasa beliau berada di Mesir dinamakan Qoulun Jadid
Pada peringkat awal Mazhab Syafie berkembang di Hijaz iaitu di Makkah
dan Madinah. Kemudian tersebar di Mesir, Palestin dan negeri2 Afrika
Utara.
Ketika di Mesir Imam Syafie telah mengembangkan pengajarannya secara
meluas sehingga ramai pengaikut dan anak2 muridnya menyebarkan
ajaran tersebut ke luar Mesir
Faktor Dakwah -penyebaran islam secara tdk langsung turut
perkembanga menyebarkan aliran mazhab as-Syafie
n mazhab -mereka menyampaikan pengajaran di surau, masjid dan
Syafie istana menggunakan kitab fiqh aliran mazhab Syafie
Perdagangan -apabila pedagang memeluk islam, mereka terus
menjalankan perniagaan di samping menyebarkan
agama islam
-pedagang Arab sebahagiannya bermazhab Syafie dan
berperanan menyebarkannya kepada penduduk
setempat
Pusat -pusat pengajian diasaskan oleh ulama yang bermazhab
pengajian Syafie
-kitab2 agama yang diajarkan di pusat penagjian tersebut
juga adalah dikarang oleh ulama daripada mazhab
Syafie.
-penuntut daripada pondok2 itu akan berkhidmat dalam
masyarakat dan terus menyebarkan islam berasaskan
mazhab tersebut
-penuntut2 asia tenggara yang melanjutkan pelajaran ke
Mesir dan Arab Saudi, apabila kembali ke tanah air akan
mengajar di pondok, sekolah atau pusat2 penagjian
tinggi di Negara masing-masing
Sumbangan Pengasas mazhab: -banyak mendapat pengalaman hasil
al-Imam as- pengembaraannya ke beberapa
Syafie buah negeri tempat perkembangan ilmu dan
mazhab hukum.
-Mazhab beliau merupakan paduan daripada
beberapa mazhab dan
ijtihad sendiri
Hasil kerja: -ar-Risalah (mengandungi usulfiqh )
-al-Ummu ( mengandungi ilmu fiqh )
-al-Musnad ( mengandungi hadith2 Rasulullah )
-Ikhtilaf al-Hadith
-Kitabul Fiqh
-al-Jami al-Kabir
Murid Imam as-Syafie: 1. al-Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani
2. al-Imam al-Rabi bin Sulaiman bin Abdul
Jabbar al-Murawi
3. al-Imam Abu Thaur Ibrahim bin Khalid bin
al-Yamin al-Kalbi
4. al-Imam al-Hasan bin Muhammad al-
Zafarani
5. al-Imam Ahmad bin Hanbal as-Syaibani

UNIT 4 : AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL ra

Latar Nama penuh: Ahmad bin Muhammad bin Hanbal


belakang Dilahirkan di Baghdad, Iraq pada bulan Rabiulawal tahun 164H
bersamaan 780M pada zaman Khalifah Muhammad al-Mahdi yang
merupakan Khalifah kerajaan Abasiyah
Ibu bapanya berasal dari Khurasan. Mempunyai hubungan dengan
keturunan nabi Muhammad pada Madhir, datuk baginda yang ke-18.
Hanbal adalah nama datuknya yang menjadi panggilan masyhur kepada
Imam Ahmad utk menghormati keturunannnya
Meninggal dunia pada hari Jumaat, bulan Rabiulawal tahun 241H
bersamaan 855M di Baghdad ketika berusia 77 tahun
Sifat peribadi Suka berpakaian putih bersih dan kemas
Berperibadi mulia, merendah diri, pendiam dan sangat kuat memelihara
maruah dan agamanya
Suka bergaul dengan org fakir miskin
Berani dan tegas pendirian dalam membela kebenaran
Bertaqwa dan kuat beribadat, khatam al-Quran setiap 7 malam sekali dan
solat sunat 300 rakaat sehari semalam
Bersifat zuhud, warak, pemurah dan berhemah tinggi
Pendidikan Beliau membawa dakwat dan kertas kemana sahaja untuk mencatat
sesuatu
Menghafaz al-Quran dan sebilangan hadith sejak kecil
Mendapat pendidikan awal di Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu
pengetahuan. Beliau dibesarkan di sana dan mempelajari ilmu
pengetahuan agama sehingga menjadi ulama terkemuka
Setelah berusia 16 tahun Imam Ahmad keluar dari Baghdad utk
mendalami ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup
Belaiu mengembara ke Kufah, Basrah, Syam dan Yaman utk mempelajari
ilmu Hadith
Beliau bangga kerana mampu belajar melalui wang yang diusahakannya
sendiri dan tidak menerima bantuan kewangan daripada org lain
Meneruskan pengajian di Makkah dan Madinah untuk mengetahui
kebenaran sesuatu Hadith yang dipelajari
Mempunyai ramai guru dalam pelbagai bidang ilmu fiqh, hadith, usul
tafsir, sejarah dan bahasa
Ketokohan Sanggup mengembara selama beberapa bulan untuk menyelidiki satu
Imam Ahmad atau dua hadith
dalam bidang Belaiu pergi ke Yaman utk mendengar dua hadith sahaja daripada Ibrahim
hadith bin Aqil dan sekali lagi utk mendengar daripada perawi hadith lain
Dengan mencatat hadith2 drpd Abu Yusuf, beliau seterusnya menuntut
selama 4 tahun dengan ulama hadith terkenal Hasyim bin Basir.
Belaiu menemui al-Imam as-Syafie pada tahun 189H semasa lawatan ke
Hijaz dan bertemu sekali lagi di Baghdad
Imam Ahmad mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu hadith sehingga
al-Imam as-Syafie ra sendiri merujuk kepada beliau mengenai kesahihan
hadith tertentu
Beliau menghormati kebijaksanaan Imam Syafie dalam aspek pemahaman
dan cara beliau menggunakan qias
Imam Ahmad belajar fiqh daripada Imam Syafie dan menghuraikannya
sendiri berdasarkan hadith.beliau menjadi ahli fiqh dan usuluddin yang
terkenal
Imam Syafie mengakui ketokohan Imam Ahmad, katanya Saya
meninggalkan Baghdad pada ketika tidak ada orang yang lebih
soleh dan lebih Faqih daripada Ahmad bin Hanbal
Memulakan kaliah hadith ketika berumur 40 tahun
Dalam satu sesi kaliah hadith, 5000 org menghadiri syarahan beliau dan
500 orang mancatat huraiannya
Seorang ulama ahli hadith terkenal, Ibrahim al-Hirbi menghargai keilmuan
Imam Ahmad, katanya Saya pernah menemui Ahmad bin Hanbal.
Nampaknya seolah-olah dia berupa khazanah segala ilmu yang
diberi kepada manusia dulu dan sekarang. Beliau mengeluarkan
apa yang dikehendaki dan menahan apa yang tidak ingin
didedahkan
Sumbangan Bidang -beliau menyusun hadith dengan rapi, tersusun dan
al-Imam hadith sempurna menurut nama sahabat yang meriwayatkan satu
Ahmad bin persatu. Susunan ini dibuat dalam berpuluh-puluh jilid kitab
Hanbal yang dinamakan al-Musnad. Kitab ini mengandungi 40
000 hadith , antaranya 10 000 hadith yang diriwayatkan
berulang-ulang. Menurutnya hadith sahih dan hasan boleh
dijadikan hujah dalam pengambilan hokum
-sangat teliti menyelidiki hadith2 nabi yang dikumpul utk
membersihkannya drpd pemalsuan. Usaha beliau
menyukarkan musuh2 islam mempertikai kebenaran hadith
Rasulullah SAW.
-dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah,
al-Imam Ahmad dianggap sbg pemimpin ahli as-Sunnah
yang menentang penyelewengan golongan mutazilah
Pengasas -pada umumnya mazhab ini lebih mengutamakan al-Quran
mazhab dan as-Sunnah
-Pegangan yang kuat terhadap hukum menjadikan Imam
Ahmad masyhur dalam perundangan Islam. Beliau menolak
pendapat yang tidak sesuai dengan al-Quran dan as-
Sunnah
-melarang umat islam bertaklid dalam urusan agama dan
menggalakkayn menggunakan ilmu pengetahuan dan
kefahaman menurut al-Quran dan as-Sunnah
-dasar hukum mazhab ini ialah:
1.al-Quran 4.Hadith Dhoif yang
boleh dinaikkan
2.as-Sunnah darjat kepada hadith
Hasan
3.Fatwa sahabat 5.Qias
Penulisan 1. tafsir al-Quran
2. al-Musnad
3. Kitab an-Nasikh wa al-Mansukh
4. Kitab Thoatil Rasul
5. Kitab Ilal
6. al-Manasik al-Kabir
7. al-Manasik al-Soghir
Murid al- Al-Imam al-Bukhari
Imam Al-Imam Muslim
Ahmad Al-Imam Abu Daud
Al-Imam Abu Zurah ar-Razi
Al-Imam Abu Bakr al-Athram
Al-Imam Ibn Abi ad-Dunya

Anda mungkin juga menyukai