Anda di halaman 1dari 1

SURAT TAWARAN PEKERJAAN

Merujuk  perkara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan sebagai
______________________ kepada tuan.  Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman anda akan menjadi antara aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke
dalam organisasi ini amat dialu-alukan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:


1.      Tempoh bekerja
Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan.

2.       Gaji dan Elaun


Gaji yang ditawarkan adalah sebnayak RM1200 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1800
sebulan selepas tempoh percubaan.  Anda juga akan diberikan elaun kedatangan sebanyak RM150
sebulan.  Sebarang kenaikan atau percubaan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan
pihak pengurusan syarikat.

3.       Potongan KWSP dan SOCSO


Potongan KWSP dan SOCSO akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan. 

4.       Cuti Tahunan
Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 sehari setahun yang diberi secara pukul rata (prorated).
Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

5.       Hari dan Waktu bekerja


Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat. 
Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, dimaklumkan kepada anda.

6.       Tugas dan tanggungjawab


Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan. 
Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa.  Kami yakin
anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan.   Walau bagaimanapun, jika anada
menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu-alukan untuk merujuka kepada pihak pengurusan.

7.       Penamatan Kerja
                Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan
melalui pemberian notis 3 bulan lebih awal.   Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap         
kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi ini.

TESTING DOKUMEN

Anda mungkin juga menyukai