Anda di halaman 1dari 4

Ruj.

kami: Staf/2024/01(01)
Tarikh : 09 Februari 2024

xxxxxxxxxxxxxxxxxx
No. K.P.: 940702-06-5096
No.11 Jalan Kuantan Pekan,
Taman Sri Inderapura
25150 Kuantan, Pahang

Tuan,

PENAWARAN DAN PERLANTIKAN BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU KEDAI DI BARAKAH REZEKI


MINI MART, CHERAS PRIMA KAJANG

Adalah dengan ini pihak kami menawarkan dan melantik anda sebagai Pembantu Kedai bermula
pada 13 Februari 2024 dan kehadiran anda amatlah di alu alukan di Syarikat kami. Terma dan
syarat-yarat adalah seperti berikut:-

1.0 TARIKH MULA KERJA


Anda akan memulakan tugas di syarikat ini adalah pada 13hb Februari 2024.

2.0 TEMPOH PERCUBAAN


Tempoh Percubaan adalah selama tiga bulan, bermula dari 13hb Februari 2024 sehingga 12hb
Mei 2024.

3.0 GAJI
Anda akan menerima gaji tetap bulanan seperti ketetapan di bawah:-
i. Gaji Bulanan : RM1,500 sebulan

Sebarang kenaikan dan perubahan gaji adalah tertakluk kepada prestasi anda. Kenaikan
pangkat dan bonus adalah hak mutlak keputusan syarikat.

4.0 CARUMAN KEPADA BADAN BERKANUN


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Anda akan mencarum sebanyak 11% dari gaji anda setiap bulan dan syarikat akan mencarum
sebanyak 13% kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

(Caruman KWSP hanya akan dibuat apabila urusan pendaftaran syarikat selesai.)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Anda juga dikehendaki mencarum gaji bulanan Anda kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) mengikut amaun yang telah ditetapkan oleh pihak PERKESO.
5.0 CUTI TAHUNAN
Tiada sebarang peruntukan cuti tahunan diperuntukan kepada mana-mana pekerja yang
sedang dalam tempoh percubaan atau masih belum di sahkan jawatan.

Setelah di sahkan jawatan, anda layak mendapat cuti tahunan mengikut ketetapan di bawah
yang akan dikira secara prorata bulanan.

i. 8 hari kalendar jika tempoh berkhidmat kurang daripada 2 tahun;


ii. 12 hari kalendar jika tempoh berkhidmat lebih 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun;
iii. 16 hari kalendar jika tempoh berkhidmat lebih daripada 5 tahun.

Permohonan cuti hendaklah dilakukan 1 minggu lebih awal.

6.0 HARI DAN WAKTU BEKERJA


Anda akan bekerja 6 hari seminggu dan hari bekerja adalah mengikut jadual kerja mingguan
yang akan dikeluarkan oleh syarikat.

Waktu bekerja adalah dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang

Waktu rehat :- anda diperuntukan 1 jam waktu rehat pada hari anda bekerja.

7.0 KERJA LEBIH MASA


Anda perlu memohon terlebih dahulu sebarang kerja lebih masa sekiranya mahukan ianya
dibayar oleh pihak syarikat. Pengiraan bayaran kerja lebih masa adalah mengikut ketetapan di
dalam Akta Kerja 1955 dan mana-mana pekeliling yang digunapakai. Tuntutan kerja lebih
masa yang disebabkan oleh kecuaian dan ketidakcekapan saudara tidak akan di bayar.

Pada bulan pertama lantikan anda, pihak syarikat menetapkan 1 jam kerja lebih masa wajib
untuk anda. Tuntutan kerja lebih masa perlu dibuat melalui borang permohonan OT yang
disediakan. Peruntukan jumlah jam kerja lebih masa bagi bulan ke-2 dan seterusnya akan
ditentukan oleh syarikat berdasarkan prestasi kerja semasa anda.

8.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Anda dipertanggungjawabkan untuk bekerja sebagai pembantu kedai runcit. Tugas dan
tanggungjawab adalah seperti berikut:-
i. Menjadi juruwang untuk kedai runcit
ii. Menerima dan merekod stok masuk
iii. Menyusun barangan di dalam kedai
iv. Menguruskan sistem tempahan online.
v. Memastikan kedai berada di dalam keadaan bersih dan tersusun(bekerjasama dengan
pekerja yang lain).
vi. Bersikap amanah dan jujur dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
vii. Berurusan dengan semua agensi kerajaan yang datang membuat semakan dan
pemeriksaan di kedai.
9.0 PERLETAKAN JAWATAN
Anda boleh membuat perletakan jawatan dengan Notis satu bulan.

Sekali lagi, syarikat ini amat-amat mengalu-alukan kehadiran puan dan berharap dapat bersama-
sama memajukan syarikat ini demi untuk kepentingan bersama.

Yang benar,

MOHD ZAIRUDIN JOHARI


Pengarah
Barakah Rezeki Sdn Bhd
PENGAKUAN DAN PENERIMAAN TAWARAN KERJA

Saya , No. Kad Pengenalan : ,


Dengan ini menerima Tawaran Kerja oleh pihak syarikat dan bersetuju mematuhi terma dan
syarat yang termaktub di dalam surat tawaran ini

Tandatangan:

Nama:
No. Kad Pengenalan :
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai