Anda di halaman 1dari 2

SINAR SURIA GLOBAL

(MA0179667-V)KM 7.6, Jalan Tebing Tinggi Bukit Katil,


75450, Melaka.

Tel: 012-6227178 / 012-6227078

01 Februari 2022

Muhammad Afif Syafi Bin Muhamad Harith,

Surat Tawaran Pekerjaan.

Merujuk pekara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan
sebagai Krew Perkhidmatan kepada anda. Kami percaya bahawa pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi antara aset kami yang paling berharga
dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan.

Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah:

1. Tempoh bekerja

Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama
sebulan.

2.Gaji

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1200 sebulan. Selepas tempoh percubaan akan
diberi kenaikan gaji mengikut prestasi kerja . Sebarang kenaikan atau perubahan gaji,
jikaperlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat.

3. Potongan KWSP dan SOCSO

Potongan KWSP dan Socso akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan.

4.Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan
syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan
dimaklumkan kepada anda.

5. Hari dan waktu bekerja

Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan
syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan
dimaklumkan kepada anda.
6.Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak
pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa
ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau
bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk
merujuk kepada pihak pengurusan.

7. Penamatan kerja

Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan
melalui pemberian notis 1 bulan lebih awal.

8. Notis berhenti kerja

Anda perlu memberi notis berhenti kerja dalam tempoh 1 bulan kepada syarikat.

Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi
organisasi ini.

Yang benar,

…………………………………………..
Suria Hanim Binti Kahar
Pengurus
Sinar Suria Global

Pengakuan dan penerimaan

Saya …………………………………….................…, nombor IC ......................................... dengan ini


menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………..

Anda mungkin juga menyukai