Anda di halaman 1dari 3

PERJANJIAN PEKERJAAN

Perjanjian   ini   dibuat    pada …………………………………………. diantara ABC SERVICES


yang    beralamat   di   …..

Dan .. No. IC … (selepas ini dinamakan “Pekerja“).

Dengan ini adalah dipersetujui syarat-syarat yang berikut : 

1.         JAWATAN                  :   PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN

(CUSTOMER SERVICE ASSISTANT)

2.         TEMPOH KONTRAK    :   1 TAHUN

Tambahan   tempoh   kontrak  kerja boleh disambung dengan persetujuan majikan


dan pekerja.

3.         TEMPAT KERJA           :

4.         TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

           
a) Pekerja mestilah menunjukan mutu kerja yang baik dan mematuhi segala
arahan yang diberikan oleh majikan melalui pegawai–pegawai yang dilantik dari
masa kemasan.
b) Pekerja mestilah bekerja untuk majikan ini sahaja dan dilarang bekerja di
mana-mana tempat lain ketika dalam waktu bekerja.
c) Pekerja mestilah bersikap bertanggungjawab dan penuh dedikasi di atas segala
tugas yang ditetapkan.
d) Pekerja   mestilah   sentiasa   menjaga   perlakuan  diri, budi  bahasa   dan
senantiasa menghormati majikan atau wakil-wakilnya, teman sekerja,
pelanggan dan masyarakat sekeliling.
e) Pekerja mestilah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh syarikat
mengikut notis atau memo atau pengumuman yang dikeluarkan.
f) Pekerja boleh diambil atau dikenakan tindakan   TATA TERTIB / DISIPLIN
jika didapati melanggar mana-mana peraturan kerja yang telah ditetapkan.

5.         WAKTU BEKERJA ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Pekerja akan bekerja selama 7 (tujuh) jam sehari, tidak termasuk 1 (satu) jam
rehat dan 6 hari dalam seminggu dan jadual kerjanya diatur oleh majikan.

Pekerja perlu bekerja lebih masa di mana terdapat keperluan.

          Peraturan jadual kerja dalam shift adalah seperti berikut :

                       Shift pagi                    Jam 08.00 AM - 04.00 PM


                     Rehat                      1 (satu) jam
                       Shift petang                Jam 11.00 AM - 07.00 PM
 6.         GAJI DAN ELAUN
 Pekerja akan di gaji secara bulanan dengan gaji pokok RM 1200.00 satu bulan
penuh.
 Gaji akan dibayar 1 ( satu ) kali dalam sebulan pada sebelum tanggal 31hb
bulan pada bulan yang sama melalui akaun bank pekerja.
 Caruman KWSP dan PERKESO akan dibuat pada setiap bulan, dengan caruman
pertama berkuatkuasa selepas tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian ini.
 Caruman bagi bahagian pekerja akan ditolak dari gaji pokok setiap bulan
 Elaun/gaji tambahan yang akan diterima pekerja terdiri daripada :

 Kerja lebih masa (bayaran pro-rate mengikut jumlah minit/jam bekerja


lebih masa.
 Pembayaran gaji untuk pekerja yang bekerja pada cuti umum
(satu/dua/tiga kali ganda) mengikut peraturan yang digariskan oleh
Kerajaan Malaysia.

7.         CUTI TAHUNAN

Cuti tahunan sebanyak dua belas (12) hari di pecahkan kepada satu (1) hari sebulan.
Pekerja dibenarkan untuk mengambil cuti rehat tahunan sehari sebulan. Cuti rehat
yang tidak digunakan hanya dibenarkan untuk dibawa ke bulan seterusnya sebanyak 1
(satu) hari. Cuti yang tidak digunakan selepas dibawa ke hadapan akan luput.
Permohonan cuti perlu dilakukan tiga (3) hari sebelum tarikh bercuti.
 
8.      PEMBERHENTIAN KERJA

Pihak syarikat boleh membatalkan kontrak perjanjian pekerjaan ini sekiranya


seseorang pekerjaitu melanggar perkara-kara yang berikut :

a) Tidak mencapai tahap mutu kerja yang dikehendaki majikan.


b) Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh majikan.
c) Kekerapan tidak hadir bertugas dan atau lewat hadir bertugas.
d) Tidak jujur, cuai atau lalai dan tidak bertanggung jawab semasa bertugas.
e) Berkelakuan atau menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh menggugat
keharmonian, kesejahteraan, harta benda syarikat serta pekerja lain.
f) Menyalah gunakan harta benda syarikat atau pun orang-orang perseorangan
tanpa kebenaran.
g) Merakam waktu kerja orang lain atau meminta orang lain merakamkan waktu
kerja anda.
h) Menjalankan apa-apa aktiviti sosial atau aktiviti luar waktu kerja yang boleh
menjatuhkan imej syarikat dan lain-lain pekerja syarikat.

Pekerja perlu memberi notis kepada majikan sekurang-kurangnya (1) bulan sebelum
tarikh akhir bekerja atau perlu membayar satu (1) bulan gaji.

Adapun dengan ini dipersetujui kontrak perjanjian diatas untuk kedua-dua belah
pihak.

               MAJIKAN                                                              PEKERJA

 
 (………………………………..)                                 (………………………………)

Anda mungkin juga menyukai