Anda di halaman 1dari 2

SURAT PERJANJIAN PERLANTIKAN SEBAGAI SUB-KONTRAKTOR

PERJANJIAN INI diperbuat pada 13 Januari 2016 di antara ACALYPHA CCD ENTERPRISE yang


beralamat di PT 577, TAMAN MAKMUR,KUBANG KERIAN,16150 KOTA BHARU,KELANTAN
(selepas ini disebut sebagai “Kontraktor Utama”) di satu pihak dan NDA BERKAT JAYA
ENTERPRISE yang beralamat di KG. HUTAN PASIR, 16450 KETEREH, KELANTAN (selepas ini
disebut sebagai “Sub-Kontraktor”) di pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA :-

1. Kontraktor Utama adalah pemilik bagi kerja-kerja seperti butiran berikut :

KERJA-KERJA LANDSKAP UNTUK PPR KOTA BHARU


   
      JUMLAH BESAR : RM 330,000.00
(RINGGIT MALAYSIA : TIGA RATUS TIGA PULUH RIBU SAHAJA)

(Selepas ini disebut sebagai “Tawaran Tersebut”)

2.   Kontraktor Utama berhasrat untuk menyerahkan Tawaran Tersebut dan Sub-Kontraktor
berhasrat untuk menerima Tawaran Tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan
persetujuan di dalam Perjanjian ini.

1.   ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1.1.   Kontraktor Utama dengan ini bersetuju untuk mengambil sebanyak 5% daripada harga
tawaran iaitu berjumlah RM330,000.00 (Ringgit Malaysia : TIGA RATUS TIGA PULUH RIBU
SAHAJA) dan bersetuju menyerahkan Tawaran Tersebut kepada Sub-Kontraktor sebanyak
95% daripada harga tawaran iaitu berjumlah RM313,500.00 (Ringgit Malaysia : TIGA RATUS
TIGA BELAS RIBU LIMA RATUS SAHAJA) untuk keseluruhan tawaran dan menyerahkan
Tawaran Tersebut kepada Sub-Kontraktor pada tarikh Perjanjian ini dimeteraikan dengan
kebenaran Sub-Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

1.2.   Kontraktor Utama bersetuju memberi bayaran berjumlah RM313,500.00 (Ringgit Malaysia :


TIGA RATUS TIGA BELAS RIBU LIMA RATUS SAHAJA) kepada Sub-Kontraktor.

1.3. Pembayaran sebanyak RM313,500.00 (Ringgit Malaysia : TIGA RATUS TIGA BELAS RIBU LIMA
RATUS SAHAJA) daripada Kontraktor Utama kepada Sub-Kontraktor adalah termasuk semua
perbelanjaan iaitu upah pekerja, belian bahan, jentera dan lain-lain yang bersangkutan
dengan kerja-kerja yang dijalankan.

1.4. Sub-Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja sebagaimana BQ dan kehendak


pelanggan (PPR Kota Bharu).

1.5. Pembayaran akan dibuat secara ‘Back To Back” iaitu setelah pelanggan utama kontraktor
Utama iaitu PPR Kota Bharu membuat bayaran.

1.6. Semua urusan tuntutan bayaran akan dibuat oleh Sub-Kontraktor.


…./-
2.       TERMA DAN SYARAT-SYARAT AM

Adalah dengan ini kedua-dua belah pihak bersetuju :-

2.1. Untuk tujuan perlaksanaan Perjanjian ini, apa-apa perbuatan kemungkiran atau


perlanggaran mana-mana syarat di dalam Perjanjian ini oleh satu pihak-pihak yang satu lagi
bolehlah membuat tuntutan mengikut undang-undang.

2.2. Perjanjian ini hendaklah mengikut waris-waris, wakil-wakil peribadi, pengganti-pengganti


dan pentadbir-pentadbir pusaka kedua-dua belah pihak.

SEBAGAI MENYAKSIKAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN DI ATAS, Pihak-pihak kepada


Perjanjian ini dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari, bulan dan
tahun seperti yang tertera di atas.

Ditandatangani oleh Kontraktor Utama    )


                                                                                  )           …………………………………………………………..
                                                                                  )

Dihadapan Saksi :

Tandatangan : …………………………………………
Nama :
No. K/P :

Anda mungkin juga menyukai