Anda di halaman 1dari 2

SURAT PERJANJIAN PERLANTIKAN SEBAGAI SUB-KONTRAKTOR

PERJANJIAN INI diperbuat pada ( TARIKH ) di antara ( NAMA SYARIKAT ) yang


beralamat di ( ALAMAT ) (selepas ini disebut sebagai “Kontraktor Utama”) di satu pihak
dan ( NAMA SYARIKAT ) yang beralamat di ( ALAMAT ) (selepas ini disebut sebagai
“Sub-Kontraktor”) di pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA :-

1. Kontraktor Utama adalah pemilik bagi kerja-kerja seperti butiran berikut :

(Selepas ini disebut sebagai “Tawaran Tersebut”)

2. Kontraktor Utama berhasrat untuk menyerahkan Tawaran Tersebut dan Sub-Kontraktor


berhasrat untuk menerima Tawaran Tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan persetujuan
di dalam Perjanjian ini.

1. ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1.1. Kontraktor Utama dengan ini bersetuju untuk mengambil sebanyak 10% daripada harga
tawaran iaitu berjumlah RM17,400.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Belas Ribu Empat Ratus
Sahaja) dan bersetuju menyerahkan Tawaran Tersebut kepada Sub-Kontraktor sebanyak 90%
daripada harga tawaran iaitu berjumlah RM156,600.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima
Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sahaja) untuk keseluruhan tawaran dan menyerahkan Tawaran
Tersebut kepada Sub-Kontraktor pada tarikh Perjanjian ini dimeteraikan dengan kebenaran
Sub-Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

1.2. Kontraktor Utama bersetuju member bayaran berjumlah RM156,600.00 (Ringgit Malaysia :
Satu Ratus Lima Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sahaja) kepada Sub-Kontraktor.

1.3. Pembayaran sebanyak RM156,600.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Enam
Ribu Enam Ratus Sahaja) daripada Kontraktor Utama kepada Sub-Kontraktor adalah
termasuk semua perbelanjaan iaitu upah pekerja, belian bahan, jentera dan lain-lain yang
bersangkutan dengan kerja-kerja yang dijalankan.

…./-
2. TERMA DAN SYARAT-SYARAT AM
Adalah dengan ini kedua-dua belah pihak bersetuju :-

2.1.Untuk tujuan perlaksanaan Perjanjian ini, apa-apa perbuatan kemungkiran atau perlanggaran
mana-mana syarat di dalam Perjanjian ini oleh satu pihak-pihak yang satu lagi bolehlah
membuat tuntutan mengikut undang-undang.

2.2.Perjanjian ini hendaklah mengikut waris-waris, wakil-wakil peribadi, pengganti-pengganti


dan pentadbir-pentadbir pusaka kedua-dua belah pihak.

SEBAGAI MENYAKSIKAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN DI ATAS, Pihak-


pihak
kepada Perjanjian ini dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari, bulan
dan tahun seperti yang tertera di atas.

Ditandatangani oleh Kontraktor Utama )

…………………….. ) ……………………………………

Dihadapan Saksi :

Tandatangan : …………………………………………
Nama :
No. K/P :

Ditandatangani oleh Sub-Kontraktor )

…………………….. ) ……………………………………

Dihadapan Saksi :

Tandatangan : …………………………………………
Nama :

No. K/P :

Anda mungkin juga menyukai