Anda di halaman 1dari 2

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No. Ruj : SMKPP16 (1) 800-6 Jld 2


(6)
Tarikh : 20 Februari 2018

Pengarah,
Bahagian Komuniti,
Perbadanan Putrajaya,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

(u:p Encik Marzuan Bin Ismail)

Tuan,

MEMOHON PENGGUNAAN KHEMAH UNTUK KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMK PUTRAJAYA


PRESINT 16 (1) KALI KE-16 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, SMK Putrajaya Presint 16(1) akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan
seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Mac 2018


Masa : 7.30 pagi
Aturcara majlis : Seperti lampiran

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi untuk meminjamkan 4 buah
khemah untuk kegunaan pada tarikh tersebut beserta dengan khidmat pengangkutan dan pemasangan.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(AB AZIZ BIN MAMAT K.M.W)


Pengetua Cemerlang
SMK Putrajaya Presint 16 (1)

s.k Fail

Anda mungkin juga menyukai