Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN OLAHRAGA SMK KARAK SETIA

SMK KARAK SETIA


28600 KARAK Tel : 09-2311018
PAHANG DARUL MAKMUR Fax : 09-2311018
Email : smkksetia@gmail.com

Ruj. Kami : SEMKAS.PIBG.KOKu.03.700-1(2)


Tarikh : 8 Ogos 2022

Kepada;

Yang Berhormat Wong Tack


Ahli Parlimen Bentong,

Melalui dan salinan,


PIBG,
SMK Karak Setia,
28600 Karak,
Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK KONTINJEN OLAHRAGA MSSD BENTONG KE


KEJOHANAN MSS PAHANG 2022.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan kontinjen olahraga MSSD Bentong ingin memohon
sumbangan kewangan daripada pihak Yang Berhormat. Sumbangan ini adalah untuk kegunaan kontinjen
olahraga MSSD Bentong semasa Kejohanan Olahraga MSS Pahang 2022 yang akan berlangsung pada
minggu hadapan.

3. Kontinjen olahraga MSSD Bentong sangat memerlukan sumbangan kewangan untuk menampung kos
penginapan dan perbelajaan makan dan minum atlet-atlet daerah Bentong sepanjang kejohanan dijalankan.

3. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, nombor telefon pegawai dan maklumat Kejohanan Olahraga
MSS Pahang 2022 ini akan berlangsung seperti ketetapan yang berikut :

Kejohanan : Kejohanan Olahraga MSS Pahang 2022


Tarikh Kejohanan : 15-18 Ogos 2022
Tempat Kejohanan : Kompleks Belia dan Sukan Jerantut
Jumlah peserta : 66 orang
Jumlah pegawai : 17 orang
No. Tel Pengerusi Teknik : 017-9769217 (En. Mohd Fitri Bin Saleh)

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengharapkan permohonan tersebut mendapat pertimbangan
yang sewajarnya daripada Yang Berhormat. Bantuan kewangan yang diberikan akan dapat menampung kos
perbelanjaan kontinjen Bentong sepanjang kejohanan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat
kepada mereka untuk terus cemerlang dalam bidang sukan yang mereka sertai.

5. Segala kerjasama dan keperihatian Yang Berhormat amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.


“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah.

………………………………
(MOHD FITRI BIN SALEH)
PENGURUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN,
OLAHRAGA MSSD BENTONG.

Sk.
PPD Bentong.
PIBG SMK Karak Setia.

Anda mungkin juga menyukai