Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Tuan : PPP/CWG(K)/2022(37)

Rujukan Kami : JPK 600-3/2/3 JLD 3 (31)


Tarikh : 2 September 2022

Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Kedah.

Tuan,

MEMOHON MEMBUAT HEBAHAN BAGI PERTANDINGAN KUIZ PANDU PUTERI


REMAJA ( INDIVIDU ) PERINGKAT NEGERI

Surat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kedah, : PPP/CWG(K)/2022(37)


bertarikh 1 September 2022 adalah dirujuk dan dilampirkan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan


Kedah akan mengadakan Pertandingan Kuiz Pandu Puteri Remaja (Individu).
Pertandingan ini melibatkan ahli Pandu Puteri tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

3. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) mengambil


maklum serta tiada halangan atas penglibatan murid berkenaan untuk turut serta dalam
pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak JPNK ingin mengingatkan bahawa
penglibatan dalam aktiviti tersebut hendaklah memenuhi syarat serta mematuhi Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2018, Bil.7/1988 dan Bil.8/2009 serta Standard Operating
Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memberi pelepasan kepada murid


sekolah tuan untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Sebarang tuntutan
berkaitan adalah di bawah tanggungan sendiri atau Pergerakan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Kedah.

5. Sebarang maklumat berkaitan pertandingan boleh merujuk kepada Pn Fadzilah


binti Haron, Ketua Pesuruhjaya Cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Kedah di talian 010-8108894. Pegawai berurusan di Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah, En. Awang Rosnadi bin Awang Rosli, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, di talian 04-7745185 atau
rosnadi.rosli@moe.gov.my

…2/-
Rujukan Kami : JPK 600-3/2/3 JLD 3 (31) Tarikh: 2 September 2022

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p. Pengarah Pendidikan Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k: 1. Pengarah Pendidikan Kedah


2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

Anda mungkin juga menyukai