Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

Jalan 2/23E, Taman Danau Kota


53300 Setapak Tel : 03-4025 1730
Kuala Lumpur Fax : 03-4025 1733
Laman web : www.skdanaukota70@gmail.com
Email : wba0070@moe.edu.my

No. Ruj: SKDK 100-1/5/1 ( )


Tarikh : Ogos 2022
Ibu / Bapa / Penjaga
Murid SK Danau Kota
53300 Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

PROGRAM PEMBUGARAN NILAM 2022 SK DANAU KOTA

Dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pusat Sumber SK Danau Kota akan mengadakan program NILAM pada bulan September
2022. Objektif program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dan membina tabiat membaca
di kalangan murid SK Danau Kota secara berterusan.

3. Bagi menggalakkan lagi penglibatan murid-murid dalam program NILAM ini, pelbagai hadiah
menarik telah disediakan untuk murid yang mencapai target bacaan (200 bahan bacaan). Hadiah
utama merupakan sebuah basikal yang bernilai RM 1,000, hadiah lain seperti smart watch dan
tablet berjenama, diiringi dengan lain-lain hadiah yang menarik.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa
atau penjaga untuk memastikan anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti NILAM dan menggalakkan
amalan membaca di rumah secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAIMUNAH BINTI HJ. MUHAMED)


Guru Besar,
SK Danau Kota

“SEMANGAT DINAMIK KECEMERLANGAN”

Anda mungkin juga menyukai