Anda di halaman 1dari 1

SK TANJUNG ARU II

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


Peti Surat 653, 88858 Tanjung Aru
Kota Kinabalu, Sabah
Tel / Faks : 6088-212837
Portal : jpnsabah.moe.gov.my
Emel : xba4096@moe.edu.my

RUJ. KAMI : SKTA2KK.600-3/1/5 ( )


TARIKH : 04HB SEPTEMBER 2023
Ibubapa/Penjaga Pelajar,
SK Tanjung Aru II,
Kota Kinabalu.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN HARI PENYERAHAN SLIP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SESI 2023/2024
PERTENGAHAN TAHUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Penyerahan Slip PBD juga
dipanggil sebagai Bicara Akademik yang bertujuan untuk membincangkan tentang pencapaian anak-
anak tuan/puan sepanjang awal persekolahan hingga pertengahan tahun bagi sesi 2023/2024.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan/puan hadir pada hari tersebut
seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8 September 2023


Hari : Jumaat
Masa : 7.30a.m – 11.00a.m
Tempat : Kelas masing-masing
Pakaian : Baju Seragam Sekolah

3. Bicara Akademik Sesi Pertengahan Tahun ini melibatkan semua pelajar aliran Perdana Tahap 1
dan Tahap 2 termasuk juga pelajar-pelajar Pendidikan Khas dan Pra Sekolah. Ibubapa/penjaga boleh
hadir bersama-sama dengan anak dan membawa pulang anak masing-masing sebaik sahaja sesi bicara
akademik tersebut selesai.

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(PG SITI NOORSIAH BINTI PG ABDULLAH)


Guru Besar
SK Tanjung Aru II
Kota Kinabalu
Sabah

s.k Fail Sekolah

“SEPAKAT SKTA2 HEBAT”

Anda mungkin juga menyukai