Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPAL,


JALAN PERSIARAN BAYU DAMAI 2/5
TAMAN BAYU DAMAI,
81620 KOTA TINGGI,
JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Kami : JBA3017/700-1/2/1( )


Tarikh : 23 Januari 2024

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Agama Taman Bayu Damai,
81620 Pengerang,
Johor Darul Takzim.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN CUTI MURID DARJAH 1 DAN DARJAH 2 DARI SK SUNGAI KAPAL SEMPENA MAJLIS
AKHIR SESI AKADEMIK 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah SK Sungai Kapal akan mengadakan beberapa majlis
pada akhir sesi akademik 2023/2024 ini. Majlis tersebut melibatkan semua murid bermula dari
Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Berikut merupakan butiran program yang akan diadakan;

Majlis Khatam Al-Quran 30 Januari 2024 ( Selasa )


Graduasi Tahun 6 31 Januari 2024 ( Rabu )
Apresiasi Hal Ehwal Murid 5 Februari 2024 ( Isnin )
Apresiasi Kurikulum dan Kokurikulum 6 Februari 2024 ( Selasa )
Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan/ Pembayaran buku dan 7 Februari 2024 ( Rabu )
Penyerahan Slip Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

3. Oleh itu, pihak kami ingin memohon pengecualian bagi semua murid Tahun 1 dan Tahun 2
dari SK Sungai Kapal daripada menghadiri sesi pembelajaran pada hari tersebut.

4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………………
Tuan Haji Nordin Bin Mohd Rukani
Guru Besar SK Sungai Kapal,
Pengerang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai