Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LINGGI

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


71150 LINGGI, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Ruj.Kami: SKL.600Jld.1(87)
Tarikh : 15 September 2022

Ibu bapa / Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Linggi SKK

Tuan/puan,
MAKLUMAN PROGRAM BIJAK MINDA FASA 1 ( BMI )
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Kurikulum SK Linggi SKK akan mengadakan
Program Bijak Minda Fasa 1 bagi meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid. Program
Bijak Minda Fasa 1 akan dijalankan mengikut ketetapan yang berikut:
Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Masa 7.30 pagi hingga 7.50 pagi
Tempoh Fasa 1 19 September hingga 30 Oktober 2022
Sasaran ( Semua Murid) Pelaksanaan Program Bijak Minda (BMI)
Tahun 1 & Tahun 2 Bijak Membaca dan Aktiviti Pengayaan Bahasa Melayu
Tahun 3 Bijak Mengira (Operasi Tambah,Tolak,Darab Hingga Sifir 9 )
Tahun 4 & Tahun 5 Bijak Mengira (Operasi Tambah,Tolak,Darab Hingga Sifir 12)
Tahun 6 Bijak Mengaji ( Bacaan Al Quran )

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyediakan Jadual Waktu Baharu bagi
menjalankan program tersebut. Terdapat perubahan waktu balik murid-murid. Berikut adalah
waktu balik murid-murid:
HARI WAKTU WAKTU TAMAT/BALIK WAKTU TAMAT/BALIK
MULA SESI PAGI KAFA & KOKO
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 1 TAHAP 2
Isnin 1.40 petang 4.00 petang 4.30 petang
Selasa
Rabu 7.30 pagi 1.10 petang 1.10 petang 4.00 petang
Khamis 1.40 petang 4.00 petang 4.00 petang
Jumaat 12.00 tengah hari
4. Oleh itu, pihak sekolah meminta agar tuan/puan dapat memeberikan kerjasama dan
komitmen dalam memastikan anak-anak tuan/puan hadir ke sekolah dan menjemput anak-anak
balik dari sekolah mengikut masa yang ditetapkan.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(PUTRI YATIMAH BT MEGAT YAHAYA)


Guru Besar,
SK Linggi SKK

Anda mungkin juga menyukai