Anda di halaman 1dari 57

Dalam pemilihan bidang kerjaya, minat menjadi faktor utama.

Bincangkan.
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar
akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi
pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem
pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di
sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun
ini, pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, apakah kerjaya yang anda
inginkan? Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih
gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk
mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara
mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita.
Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang
kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju dalam
hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak menyesal
dengan keputusan yang diambil. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah
doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Apakah faktorfaktor yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang
kerjaya? Hakikatnya, minat merupakan salah satu faktor dominan yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi
kebaikan bersama.
Kita dapat menyaksikan betapa minat merupakan faktor paling
dominan yang mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka.
Dalam konteks ini, minat juga akan menyebabkan seseorang berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Bertitik
tolak daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar haruslah
memberikan tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Kesannya,
pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran dan menjawab
soalan peperiksaan dengan senang. Sikap kesungguhan ini dapat
digambarkan melalui peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Tegasnya, seseorang yang mempunyai minat akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan kerjaya yang diidamidamkannya menjadi kenyataan.

Umum mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi


pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang
akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya yang
akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat persediaan
yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan. Dengan perkataan
yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan

cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran


Malaysia. Dalam zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran
yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek
yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan. Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah jika
seseorang ingin menjadi seorang jurutera, subjek yang mesti dipilih ialah
Lukisan kejuruteraan. Sebagai langkah untuk merealisasikan kerjaya idaman
dan cita-cita yang menggunung tinggi ini, pelajar haruslah memilih subjek
yang seiring dengan kursus yang dipilih
mereka.Sesungguhnya, seseorang pelajar sudah pasti mempunyai idolayang
ingin dicontohi sebelum mereka menentukan kerjaya masadepan. Biasanya,
idola yang dipilih memang dikagumi danmenepati dengan kerjaya yang dipil
ih. Sebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi seorang arkitek, mereka
bolehmenjadikan arkitek negara yang terkenal dan gah namanya dipersada
dunia iaitu Hijjas Kasturi sebagai idolanya. Bukan itusahaja, malah segala ke
tekunan, kegigihan dan kekreatifanbeliau akan dijadikan sebagai teladan dal
am menggapai kerjayaidaman mereka. Impaknya, seseorang yang dijadikan
idolaseharusnya mampu mempengaruhi pemikiran, tindak tandukdalam me
mbuat keputusan serta kesungguhan seseorang untukmemastikan kerjaya y
ang dihasratkan dapatdirealisasikan. Sememangnya, idola dapat mempeng
aruhi seseorang dalam membinasemangat dan motivasi ke arah menjadikan
kerjaya sebagai kenyataan bukannyaomong-omong kosong sahaja.

Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada


kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini
bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat
restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya,
sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun
pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu
bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa
boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi
kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan
dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam
bentuk material mahupun spiritual. Izharlah bahawa ibu bapa juga
berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan
kerjaya masa depan anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai


akhirulkalam, minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu
kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak
mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek
sokongan mental dan spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi
kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka
perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan
menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan
maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih
kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun
demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi
mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan
tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan,
sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan
hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang
dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah
bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan
bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.
PERANAN KELUARGA MENANGANI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN
REMAJA - PENULISAN SPM

Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia isu
kebejatan moral dan keruntuhan akhlak para remaja harapan bangsa yang
semakin meruncing. Sering terpampang di dada akhbar, berita-berita yang
menguris hati melibatkan remaja seperti pergaulan bebas, merokok,
melepak dan membuang anak. Masyarakat menuding jari sesama sendiri
menyalahkan orang lain. Masakan pokok bergoyang, oleh itu pasti terdapat
faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terus membarah dalam masyarakat
majmuk di Malaysia. Namun, ibarat meludah ke langit, terkena batang
hidung sendiri apabila ada yang ingin menyalahkan remaja yang baru
berumur setahun jagung setampuk pinang. Setiap penyakit ada
penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka, jawapan
yang dicari-cari untuk permasalahan ini ialah keluarga memainkan peranan

yang penting dalam menangani masalah yang semakin hari semakin parah
ini.

Antara peranan keluarga dalam menangani polemik ini termasuklah


memperkukuh institusi keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di
dunia seyogianya mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Hal ini berlaku demikian kerana nilai-nilai murni
adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau
unsur-unsur yang negatifnya. Misalnya , seorang remaja yang berbudi
bahasa dan jujur pasti tidak akan merokok kerana kejujurannya dan janjinya
terhadap ibu bapa. Dengan sifat amanah, remaja itu pasti tidak akan terikutikut dengan anasir negatif kerana berpegang pada amanatnya kepada nusa
dan bangsa untuk menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Remaja yang mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
pasti menyedari tanggungjawabnya dalam mendukung dan seterusnya
melestarikan Wawasan 2020. Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan
bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi
bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya. Oleh itu, dapatlah
disimpulkan di sini bahawa nilai-nilai murni merupakan elemen penting
dalam diri setiap insan yang wajar dipupuk dari kecil oleh institusi keluarga
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai murni dapat
menjadi benteng ampuh dan utuh sekukuhTembok Besar China daripada
sebarang anasir-anasir luar yang menerjah.
Selain itu, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan
menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu
bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anakanak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan
dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah
kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini
secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anakanaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik. Oleh itu, ibu bapa dan
ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan teladan yang wajar
diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang ayah tidak wajar
menegur anaknya yang merokok jika mereka sendiri yang menunjukkan
contoh sedemikian. Masakan anaknya mendengar nasihat yang boleh
ditujukan semula kepada bapanya. Namun, itulah realitinya, ayah dan anak

sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu bapa
sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang
unggul dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .

Kasih sayang daripada ibu bapa


Seterusnya, peranan keluarga bagi menangani masalah keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja yang kian membarah dalam masyarakat ialah
memberikan kasih sayang yang secukupnya. Dalam era globalisasi ini, ibu
bapa berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi sehingga mengabaikan
tugasnya sebagai pendidik kepada anak-anak mereka yang belum
mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Selain itu, mereka menyangka
dapat membeli kasih sayang anak-anak dengan material yang mewah
seperti Ipad, Iphone, computer riba dan telefon mudah alih yang tidak
tergambar kecanggihannya. Anak-anak yang hidup dalam bayang-bayang
arus pemodenan yang rancak berlari berasa terabai dan tidak disayangi, lalu
mencari alternatif lain yang boleh mengundang bahaya dan derita. Sebagai
tamsilan, membuli orang untuk melepaskan geram dan mencari perhatian,
rentetan kurangnya kasih sayang yang diperlukan untuk mengharungi hidup
yang penuh mencabar pada era langit terbuka ini. Dengan kasih sayang ibu
bapa yang bagaikanmenatang minyak yang penuh, hidup remaja akan lebih
ceria tanpa mencari alternatif yang lain bagi merawat dan menampal
lubang-lubang kosong di hati anak-anak. Oleh hal demikian, kasih sayang
merupakan eleman yang penting dalam diri anak-anak agar tidak berasa
diabaikan dan tidak disayangi, sesungguhnya, anak ibarat kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin
menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun Yahudi. Ibu bapa
tidak sewajarnya membiarkan anak-anak mereka seperti layang-layang
terputus talinya. Berdampinglah dan lakukan perubahan bersama-sama
dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak yang
sentiasa dahagakan perhatian daripada orang tua mereka.
Dalam pada itu, ibu bapa juga berperanan mengawal perilaku anakanak di samping mengetahui pergaulan anak bersama-sama rakannya. Hal

ini demikian kerana rakan merupakan orang yang sangat berpengaruh


dalam diri remaja. Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang
mujarab serta azimat penting. Begitulah yang dapat digambarkan betapa
besarnya pengaruh insan yang bernama rakan. Pepatah Arab ada
mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa
bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak
wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri kita secara tidak
langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita berkawan
dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik
tetapi sebaliknya jika tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ia ke
kancah yang hina. Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan
sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang
setia kawan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan dalam mengawal pergaulan anak-anak dengan rakannya kerana
menurut seorang cendekiawan, pengaruh rakan sebaya dalam hidup
seseorang remaja ialah 90 peratus, suatu angka yang besar dan dominan.
Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik daripada
merawat kerana mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir
pernah mengatakan bahawabahayanya dadah bukan kepada penagihnya,
tetapi kepada orang di sekitarnya.

Didikan agama yang secukupnya


Selain itu, ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk
menangani masalah kebejatan moral dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku
demikian kerana agama merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan
nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-anasir jahat. Selain itu,
agama adalah perisai yang kuat agar remaja tidak terdengarkan bisikan
syaitan durjana. Sesungguhnya, dengan agama akan melahirkan jati diri
yang kukuh dan akhlak yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan
tidak bermoral. Sebagai contoh, seorang remaja yang mempunyai moral
yang tinggi tidak akan tergengaruh dengan panggilan-panggilan ke arah
kejahatan kerana keyakinannya yang tinggi terhadap balasan perbuatan
yang jahat dan balasan bagi yang berbuat kebaikan. Sesungguhnya, dengan
iman yang tinggi dapat dijadikan benteng landaan ombak besar pengaruh
Barat yang banyak membawa unsur negatif seperti keganasan, pergaulan
bebas, minum arak dan lain-lain. Oleh itu, ibu bapa seyogianya memberikan

didikan agama yang sempurna sama ada secara formal ataupun tidak
formal seperti menghantar anak mereka ke kelas agama agar tidak terjebak
ke dalam kancah yang penuh kemaksiatan.

Peranan keluarga dalam menangani masalah ini juga ialah dari aspek
penyediaan persekitaran yang harmonis. Hal ini demikian kerana tokoh dari
China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa kejadian asal seseorang itu
ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya. Dapatlah
diambil iktibar di sini, persekitaran yang selamat atau tidak selamat
memberikan impak kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya memilih
kawasan perumahan yang selamat daripada masyarakat yang mengambil
enteng isu negatif seperti pergaulan bebas. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa sewajarnya memilih persekitarannya yang kondusif untuk kepentingan
seluruh ahli keluarga.
Natijahnya, semua pihak terutama keluarga memainkan peranan
yang signifikan dalam mendepani masalah dalam dunia yang mencabar ini.
Semua pihak harus bersatu padu bagai aur dengan tebing agar tidak
terhantuk baru tengadahkerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi
kabur, semua pihak harus menyedari dan membuat anjakan paradigma
untuk melahirkan remaja pascamerdeka yang berkualiti ke arah Wawasan
2020. Sasterawan Negara Dato' Dr Usman Awang ada menyebut, kalau ingin
hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya berkata-kata tetapi ke
hadapan maju sekata, maju bersama. Marilah bersama-sama bergabung
tenaga melahirkan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang
disegani dan bersahsiah tinggi.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan


tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini adalah peribahasa yang perlu
kita jadikan pegangan dan panduan dalam usaha untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Permainan

tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai permainan budaya yang


sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh tertentu.
Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan tradisional
semakin ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan masa kini. Pada
masa yang sama, permainan elektronik semakin diagung-agungkan dalam
kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks ini, permainan tradisional
semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh
permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat
seantero dunia. Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk melihat satusatunya warisan daripada nenek moyang kita hilang begitu sahaja secara
perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering yang terbang ditiup
angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh
jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita
sedar atau tidak banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan
bagi seseorang itu sendiri. Persoalan yang sering menerjah dan
menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan pelbagai
pihak untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan
ialah menganjurkan kelab permainan tradisional dan mengadakan kempen
untuk mengangkat martabat permainan tradisional ke satu tahap yang lebih
tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang konkrit, sistematik
lagi pragmatik akan dikupas serta dibugar dengan lebih terperinci demi
kemaslahatan semua pihak yang masih tercari-cari tongkat mereka untuk
dijadikan panduan.
Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa
memainkan peranan yang signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan
permainan tradisional kepada generasi muda khususnya anak-anak.
Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan untuk
anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini adalah kerana,
setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh
membelikan anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah atau buah
tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti
congkak dan gasing. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu
yang dipelajarinya satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa
yang sama, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk
bermain dengan permainan tradisional. Peribahasa yang berkaitan dengan
hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Secara langsung, anakanak dapat mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa mereka
tentang teknik dan cara- cara bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan
peranan mereka maka, permainan tradisional ini akan kekal sepanjang
zaman walaupun sudah berdekad lamanya. Tegasnya, peranan ibu bapa
amat signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional
yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke
generasi.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga
merupakan salah satu usaha yang penting untuk memartabatkan permainan
tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam konteks ini, pelbagai
usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih
mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak kenal maka tak
cinta. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab
permainan tradisional sejak dari awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat
dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam hal ini, untuk menarik minat pelajar
menyertai program-program yang dianjurkan, pihak persatuan boleh
menjemput tetamu dari luar yang mahir dalam permainan tradisional untuk
membimbing mereka tentang cara dan teknik bermain permainan
tradisional yang betul. Secara langsung, para pelajar dapat mendominasi
permainan tradisional dengan lebih baik lagi kerana jauhari juga yang
mengenal manikam. Tambahan pula, pihak sekolah boleh mengadakan
acara dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para pelajar
dan guru. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan lebih
banyak alatan permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah bagi
memudahkan para pelajar untuk menggunakan alatan permainan
tradisional. Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri
dengan permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri
setiap pelajar. Begitu juga halnya dengan pengekalan permainan tradisional
yang perlu ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak sekolah mestilah
memainkan peranan untuk memartabatkan permainan tradisional dalam
kalangan remaja di Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media
massa perlu memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media massa merupakan
satu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan cepat,
tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh
menghebahkan tentang permainan tradisional melalui surat khabar,
majalah,radio,internet dan televisyen. Tambahan pula, media massa boleh
menganjurkan pertandingan melalui program seperti jom heboh dengan
tawaran hadiah yang lumayan. Yang paling nyata ialah apabila media massa
memaparkan iklan-iklan yang menarik mengenai permainan tradisional kita
maka, masyarakat dari negara luar akan tertarik untuk mengetahui dengan
lebih dalam tentang permainan tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita
katakan bahawa media massa mampu mendominasi seluruh masyarakat di
setiap ceruk rantau dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah diangkat sebagai
salah satu acara sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa
iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar seperti
Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan mampu menandingi
Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat
mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat

seantero dunia tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa


dan negara. Jelaslah bahawa, media massa perlu bergerak dengan lebih giat
lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional yang diwarisi
secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi
hingga ke peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia tentang
keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg
penting dalam mengekalkan permainan tradisional. Beritik tolak daripada
itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
dapat mengekalkan permainan tradisional dengan mengadakan pesta
permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan. Sebagai
analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh
peredaran zaman. Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh
memperluaskan permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke
peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata
bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa ke peringkat antarabangsa
dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, permainan wau
dan layang-layang. Tambahan pula, ramai pelancong asing melawat ke
Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang yang dianjurkan oleh
kerajaan Malaysia pada saban tahun. Secara eksplisitnya, rakyat Malaysia
tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di
mata rakyat. Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan
program Cintai Permainan Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan
mempelajari permainan tradisional dengan lebih mendalam. Dengan cara
ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman akan
datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan
tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia
hingga ke tahap antarabangsa.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul
kalam seluruh masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan
Malaysia yang berharga seperti permainan tradisional ini lenyap terus
daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit
sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh
masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan
dari generasi ke generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris
khazanah negara tidak mungkin akan membiarkan permainan tradisional ini
terus menjadi sejarah yang hanya diketahui namanya sahaja dan tiada siapa
pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain permainan
tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang.
Bertitik tolak daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu
mengambil inisiatif yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat
memanifestasikan generasi pewaris negara yang tidak akan melupakan
warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini, generasi
sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat
menyanjungi dan menghargai warisan negara sejak dari rebungnya lagi.

Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh


dalam memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang
ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan diri masyarakat itu
sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada
semua pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam
mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita
masih perlu menjangkau sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah
warisan tinggalan nenek moyang kita yang ulung ini agar tidak dilupakan
terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-sama menjangkau sehabis tangan
untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi
dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan 2020.

FAEDAH MEMPUNYAI HOBI


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hobi dapat didefinisikan
sebagai aktiviti kegemaran yang dilakukan pada waktu senggang dan bukan
merupakan pekerjaan utama. Peribahasa rambut sama hitam tapi hati lainlain menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hobi yang berbezabeza dan tersendiri. Sebagai analoginya, ada yang suka bersukan, ada yang
minat mengumpul setem, ada juga yang gemar mendaki gunung dan
pelbagai hobi yang lain. Persoalannya, mengapakah setiap insan di dunia ini
perlu mempunyai hobi? Sesungguhnya semua orang mempunyai alasan
tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan hobi yang digemari itu.
Menurut pandangan saya, hobi memang sewajarnya dimiliki oleh semua
orang tanpa mengira usia, pangkat dan keturunan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa aktiviti positif seumpama ini banyak memberikan
maslahat dalam kehidupan setiap insan. Tidak terkecuali saya, yang turut
memperoleh kebaikan daripada hobi yang saya lakukan. Oleh hal yang
demikian, faedah-faedah hobi yang mewarnai fokus perbincangan akan
dikupas dengan lebih terperinci.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, saya menjadikan


hobi saya untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Bertitik tolak daripada itu, masa senggang saya digunakan untuk bermain
bola sepak, berjoging dan membaca buku. Hal ini secara tidak langsung
menghindarkan diri saya daripada aktiviti kurang sihat dan bergaul dengan
rakan yang mempunyai masalah sosial. Contoh yang boleh diketengahkan
ialah remaja yang sedang mencari identiti diri dan mengalami kecelaruan

jiwa akan mudah terlibat dalam aktiviti merempit, melepak dan pergaulan
bebas kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup seperti layanglayang yang terputus talinya. Dalam konteks ini, dengan adanya hobi, masa
saya tidak disia-siakan dan tidak terbiar begitu sahaja kerana masa itu emas
yang perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, dengan
mempunyai hobi dapat mengelakkan diri saya daripada berasa bosan dalam
mengharungi kehidupan seharian di alam fana ini. Konklusinya, hobi dapat
memenuhi masa lapang saya dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa hobi juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya yang sedia ada. Sebagaimana yang
kita ketahui, hobi seperti membaca, melayari internet dan menonton
televisyen dapat membantu meningkatkan pengetahuan am seseorang.
Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran dalam melakukan aktiviti
harian seperti memasak dan melukis. Sebagai contoh, aktiviti mengait yang
telah saya praktikkan dari hari ke hari dapat meningkatkan kemahiran saya
lagi dan akhirnya dapat menghasilkan sesuatu karya kreatif yang menarik
seperti peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Bukan
itu sahaja, saya juga dapat menambakan ilmu pengetahuan apabila
menonton rancangan dokumentari di televisyen seperti Majalah 3 dan
Insect War. Bahkan, dalam zaman yang serba canggih ini, saya juga boleh
mendapatkan informasi yang saya perlukan dengan mudah melalui internet.
Maka, jelaslah bahawa dengan mempunyai hobi yang tertentu dapat
membantu saya dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan
penguasaan serta kemahiran diri dalam pelbagai bidang karya kreatif.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah apabila saya


mempunyai hobi, saya dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Hobi yang sering saya lakukan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan
mental adalah dengan mendaki gunung, berjoging dan berenang. Dengan
melaksanakan hobi ini, daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan. Hal

ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan imuniti badan saya daripada
sebarang jangkitan penyakit seperti demam, selesema dan batuk. Hal ini
seterusnya dapat membantu saya melaksanakan aktiviti harian secara
efektif kerana badan cergas, otak cerdas. Lanjutan daripada huraian yang
telah dinyatakan di atas, apabila saya memanfaatkan masa saya dengan
hobi yang saya gemari secara tidak langsung dapat mengurangkan stres.
Hal ini adalah kerana, apabila saya melakukan hobi, saya akan
menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti tersebut dan bukannya
memikirkan masalah kehidupan yang kadang kala membebankan minda
saya. Bagi membuktikan perkara ini, apabila saya membaca novel, saya
akan leka dengan mesej yang ingin disampaikan oleh novelis, sehingga
melupakan masalah yang membelenggu sukma buat seketika. Tegasnya,
dengan mempunyai hobi saya dapat kepuasan diri kerana melakukan
sesuatu aktiviti yang digemari dan membebaskan diri daripada sebarang
masalah yang menghimpit kalbu.

Dalam menelusuri ranjau yang penuh onak dan duri, hobi juga dapat
menjana pendapatan saya. Umum mengatahui, kadar pengangguran di
Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh hal yang demikian, saya
harus merebut peluang keemasan yang ada untuk menjana pendapatan
saya. Sebagai analoginya, hobi yang dapat menjana pendapatan ialah hobi
memasak dan menggubah bunga. Apabila saya mempunyai kemahiran
memasak, saya dapat menjual hasil air tangan saya di kedai-kedai atau di
koperasi sekolah. Dalam konteks ini, hasil jualan tersebut dapat saya
gunakan sebagai wang saku. Sekali gus, aktiviti ini juga dapat
mengurangkan beban kewangan keluarga saya. Selain itu, saya dapat
memanfaatkan wang tersebut untuk membeli bahan-bahan rujukan sebagai
usaha untuk meningkatkan prestasi akademik saya. Tidak kurang penting
juga, sebahagian daripada wang itu dapat saya simpan di dalam bank untuk
kegunaan masa depan bak kata peribahasa sediakan payung sebelum
hujan. Tegasnya, hobi yang kreatif lagi inovatif sebenarnya dapat menjana
pendapatan sekiranya saya memanfaatkan seoptimumnya kelebihan yang
ada dalam diri ini.
Ramai yang mulai sedar bahawa hobi juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara sesama insan. Hobi bukan sekadar dalam lingkungan
dunia individu sahaja malah dapat dilakukan secara berkumpulan. Sebagai
contoh, hobi yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti mengulang
kaji pelajaran, bermain boling dan melancong bersama dengan keluarga.

Melalui komunikasi dua hala, secara tidak langsung bukan sahaja dapat
merapatkan hubungan silaturahim malahan juga dapat mewujudkan
kemesraan lantas memupuk kerjasama antara satu sama lain. Dalam hal ini,
nilai saling membantu dan bekerjasama yang termaktub sebagai nilai yang
ke-35 dalam Pendidikan Moral dapat dipraktikkan. Perpaduan juga turut
dapat dilahirkan apabila masyarakat yang terdiri daripada multietnik terlibat
dalam hobi yang sama, visi kudsi Wawasan 2020 sudah pasti dapat
direalisasikan. Deduksinya, hobi mendatangkan faedah yang amat
bermakna dalam mengaribkan perhubungan antara sesama insan.

Lontaran idea yang seterusnya, sejak kecil lagi saya suka menyanyi. Ibu
bapa telah dapat mengesan bakat yang ada pada diri saya lalu mereka
menghantar saya untuk menghadiri kelas muzik. Hinggalah ke hari ini, saya
masih suka menyanyi dan tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti yang
berkaitan dengan muzik bak kata P.Ramlee, lagu dan irama tidak dapat
dipisahkan. Sambil menyelam minum air, hobi yang saya pilih sebenarnya
dapat mengembangkan dan mengasah bakat saya dalam bidang muzik.
Saya juga akan menggunakan masa terluang untuk bermain alat muzik
seperti piano. Sesungguhnya, hobi ini telah mengembangkan potensi diri
saya yang telah sedia ada. Dengan menyertai sesuatu pertandingan
nyanyian, saya akan memperoleh pengalaman baru. Saya juga berlatih
menyanyi dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya saya dapat
memenangi sesuatu pertandingan kerana saya tahu jika tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya. Meraih tempat pertama dalam
pertandingan yang saya sertai bagaikan orang haus diberi air, orang lapar
diberi nasi. Ibu bapa dan pihak sekolah turut berbangga dengan kejayaan
saya. Kejayaan dalam pertandingan yang disertai dan pengalaman baharu

yang ditimba ini telah memantapkan , meningkatkan kemahiran serta


memberikan keyakinan dalam diri saya untuk mencari nafas baru dalam
kehidupan melalui hobi yang diminati.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam
hobi banyak mendatangkan faedah kepada segenap strata masyarakat.
Oleh itu, saya akan berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung,
rambut tidak putus tepung tidak berselerak dengan menguruskan masa
untuk hobi dan pelajaran saya dengan bijaksana. Selanjutnya, saya juga
akan mengelakkan diri daripada melayari laman sesawang yang berunsur
negatif agar mental dan jiwa saya tidak goyah dek nafsu yang
bermaharajalela . Pada pendapat saya, ibu bapa hendaklah menggalakkan
anak-anak mempunyai hobi sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Hal ini demikian kerana anak-anak umpama sebutir batu
permata yang belum digilap, ibu bapalah yang bertanggungjawab
menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah nan berkilau. Remaja
yang berkembang baik dari psikologi dan fisiologi akan menjadi tulang
belakang dalam memacu kegemilangan negara kelak. Marilah kita memikul
tanggungjawab bersama-sama untuk merealisasikan visi kudsi Wawasan
2020 supaya negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain.
Pendermaan Organ : Anugerah hidup
Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, isu pendermaan
organ sering dipolemikkan sama ada di warung-warung kopi mahupun
dibahaskan di parlimen.Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan
ini,pendermaan organ amat penting dalam kehidupan masyarakat hari ini.
Pendermaan organ merupakan satu proses mendermakan bahagian tubuh
badan seseorang sama ada organ atau tisu untuk tujuan transplantasi.
Transplantasi merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran
organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih
memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.
Dengan cara ini, organ yang diderma dapat digunakan sebagai organ ganti
untuk menyelamatkan pesakit. Ini dapat mengubahkan kehidupan beberapa
orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan
sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Antara
organ dan tisu yang boleh didermakan ialah buah pinggang, jantung, paruparu, mata dan sebagainya.Pada zaman dahulu ,pendermaan organ
merupakan isu yang kurang dipentingkan oleh masyarakat.Namun
begitu,dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini,isu
pendermaan organ amat dipentingkan oleh masyarakat kerana hal ini dapat
membantu ramai orang yang menghadapi masalah.Menurut kajian yang
boleh dipercayai, bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ
semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang
ingin menderma setelah kematian masih rendah.Persoalannya kini ,apakah
pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan ?Persoalan inilah yang
perlulah kita renungkan dan bincangkan bersama-sama.Oleh hal yang
demikian ,pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan yang
mewarnai focus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk
kepentingan bersama.

Pada realitinya ,memang tidak dapat dinafikan bahawa pendermaan


organ bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah
rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Negara kita atas dasar
keperluan, Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Penderma Organ telah
ditubuhkan bagi menggalakkan rakyat di Negara kita mendaftarkan diri
sebagai pengikrar penderma organ sejak tahun 1999. Dengan pertubuhan
ini, rakyat kita dilihat semakin optimis memberi respons terhadap
pendermaan organ yang sebelum ini seringkali menimbulkan ketakutan dan
stigma negatif. Perkembangan positif ini dibuktikan menerusi peningkatan
jumlah individu yang membuat ikrar atau mendaftar untuk menderma
organ. Berdasarkan laporan data dari Pusat Sumber Transplan Nasional,
seramai 205,478 daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, iaitu
28.3 juta mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kardeverik.
Peningkatan ini sebagai satu kerjayaan yang kecil kerana menghampiri
sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah penderma seramai 287,000, iaitu
satu peratus dari bilangan penduduk Negara kita.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, Pusat
Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah
bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat secara tidak langsung memberikan maklumat dan tentang
kepentingan pendermaan organ.Hal ini lantaran masih terdapat segelintir
bilangan rakyat yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu
pendermaan organ dalam masyarakat kita. Jadi, pengetahuan tentang isu ini
perlu disebarkan supaya rakyat kita dapat mengetahui kepentingannya
sekali gus mengubah tanggapan mereka yang masih berada di takuk lama.
Tambahan pula, Semua agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian,
Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai
satu amalan yang mulia. Ringkasnya , rakyat kita hendaklah berjasa kepada
masyarakat kita dengan menghulurkan bantuan terhadap pesakit dengan
menjadi pengikrar penderma organ.
Sebagaimana yang kita ketahui , penderma dibahagi kepada dua jenis
iaitu penderma hidup dan penderma kadaverik. Penderma hidup hanya
boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan tulang
sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu
Pendermaan ada pertalian saudara dan Pendermaan tiada talian saudara.
Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya
rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian
darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri
sahaja. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan kegiatan jual beli
organ berlaku. Sesiapa pun boleh mendaftar sebagai penderma organ.
Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun haruslah mendapat
kebernaran ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, sebagaimana yang kita maklumi, penderma Kadeverik


adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat
digalakkan dan diutamakan di negara kita dan tidak memberikan risiko
kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada dua jenis
iaitu Kematian Otak dan Kematian Jantung Berhenti Berdegup. Mati otak
ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak
yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan
seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat
kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan
dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran
darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk,
barah otak dan sebagainya. Untuk pendermaan organ, seseorang yang
kematian otak tidak akan mempunyai tindak balas dan tidak bernafas.
Dengan bantuan mesin , jantung akan berfungsi seketika. Namun organorgan lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan
berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin. Pengesahan
kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah
melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan
dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan
yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata
dunia. Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan
mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk
pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum
organ diperolehi. Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti
boleh mendermakan semua jenis tisu jika meninggal dunia di hospital. Bagi
mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata. Pihak
keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan
perolehan tisu tersebut di rumah.
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketangahkan
ialah Tee Hui Yee yang berumur 14 telah mendapatkan jantung baru bagi
menggantikan jantung mekanikal yang telah digunakan sejak setahun lalu.
Penderma yang berumur 15 tahun yang maut dalam kemalangan jalan raya
bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-paru,
hati dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan
warisnya. Dengan baik hatinya, Tee Hui Yee dapat hidup sebagai remaja
normal dan juga boleh kembali ke sekolah. Penderma itu telah memberikan
kehidupan yang baru teerhadap orang yang memerlukan bantuan. Namun
begitu, Tee Hui Yee telah meninggal dunia .
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan,pensermaan
organ banyak mendatangkan faedak kepada kita. Kehidupan yang
bermakna adalah kehidupan harmoni yang dapat dikongsikan bersamasama orang lain. Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas
badan sendiri. Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk
mendapatkan pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma
organ, kita dapat mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai
kegagalan fungsi organ. Pada pendapat saya , kita sepatutnya bersimpati

dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan


ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban.Dengan ini ,negara kita dapat
berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan negara gergasi yang lain.
Diharapkan kita dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Marilah kita
memikul tanggungjawab bersama-sama untuk kepentingan semua pihak.
Kempen-kempen untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang
kebaikan membaca perlu diteruskan dan dipelbagaikan kerana banyak
kebaikannya. Bincangkan kebaikan membaca kepada semua lapisan
masyarakat terutamanya golongan remaja.

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat


semakin penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca namun, budaya
membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui pembacaan,
seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak
langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya
membaca dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika
budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk
menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan
budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan
pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat
haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca
Jambatan Ilmu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa


dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan
pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku,
majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan
di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang
sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat
meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan
kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin
berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan
kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan
membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca
supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata


yang kita miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan
pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita membaca bahan bacaan yang
berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau
kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah,
apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka
akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu
juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa dengan mudah. Penguasaan
perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus globalisasi

kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan
menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat
menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.
Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan
keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan
bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu
mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan
pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas
kerana kita akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna
dalam penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan
mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik taraf
dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin
dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan
mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan
mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan
tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh
itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin
harian agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa
senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara
yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita.
Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya
perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang,
namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita
melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan
masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu
tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika
menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa

mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.

Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal


ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita
dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai
contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah
mencipta pelbagai jenis barangan yang berfungsi secara automatik.
Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang
diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu
seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi
negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas
Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara
maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis
buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat
dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam keadaan yang
lebih baik.
Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada
individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja
dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang malah
dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah
dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut
diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab

yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya
membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh
Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri
teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak
kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan
supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga
perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat
dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu,
semua orang wajiblah membaca dan berusaha meningkatkan budaya
membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah
diri yang terpuji.
Karangan Lengkap

Gunakanlah masa yang ada


Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Berikut adalah sebahagian daripada lirik lagu Remajapersembahan
kumpulan nasyid Unic yang menggambarkan signifikannya peranan remaja
pada masa ini. Lagu yang menyuntik semangat ini menyeru para remaja
agar menggunakan masa dengan sebaik-baiknyanya dan mempunyai iltizam
yang kuat demi memajukan diri masing-masing. Melalui usaha yang gigih
dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki
sahsiah yang terpuji, remaja akan menjadi anak watan yang berguna
kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Remaja kini begitu terdedah kepada
pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa,
pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan
masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari
semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.
Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit banyak mempengaruhi

akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri


atau ingin tahu yang tinggi berserta gelodak keinginan untuk mencuba
sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah, Alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke
jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat
mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang
tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah
negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang
mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing
serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang
kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa
mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini
dikaitkan dengan isu keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma,
aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini
dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang
bak kata pepatah, Air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu
hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang
bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk
sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan
negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji,
saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama
merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta
iaitu Allah s.w.t. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia
ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh
dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang
terkenal iaitu Albert Einstein yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa
ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang
yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama
tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Saya
akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-quran,
mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak
Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-quran dan
hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina
pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki
sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan
yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti
memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.
Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia.
Pengajaran daripada Al-quran dan hadis mampu memberikan anjakan
paradigma kepada saya dalam melahirkan segala tindak tanduk berpaksikan
tuntutan agama. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-quran ataupun
hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai
pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang kudsi ini. Saya akan

meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama


kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan
fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin
saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan
memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan
kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang
berlandaskan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya, saya tidak akan
terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja malah menjadi penyumbang
kepada generasi masa hadapan yang memiliki sahsiah terpuji.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah
dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu
bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana
sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya Ditatang bagai minyak yang
penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya
bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya
selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang
bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma
untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa
kepada saya. Saya tidak ingin hidup seperti Si Tanggang atau Si Malim
Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat
kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang
diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika
saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan
meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan
berbincang dengan cara yang paling berhemah atau bertatasusila bagi
menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan
peribahasa, Buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan
kedudukan yang tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat
baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah
dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja
boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan
yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada
perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu
bapa adalah amalan yang wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah
cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa
bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa
berkat. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Sesiapa yang
ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Tegasnya,
mentaati ibu bapa mampu menjadikan diri saya sebagai individu yang
mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada melakukan perkaraperkara yang merosakkan akhlak.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya
laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru. Sepanjang

pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya
akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada
mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya
mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata dengan menjadi insan yang
sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan
ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca,
menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang
saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati
mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, Usah merendahkan diri
seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih
baik. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk
ajar daripada guru sebagai pendorong dan motivasi untuk saya berjaya
menjadi modal insan kelas pertama yang mampu mendaki ke puncak
menara gading. Guru bukan sahaja sebagai ibu, bapa, pengajar, pendidik,
pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segala-galanya
bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik
anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih
payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak
berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi
makhluk termulia di sisi Allah s.w.t. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya
di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga
peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut
iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya
mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri
yang terpuji.

Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan
rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan
meluangkan masa yang lebih bersama-sama rakan-rakannya berbanding
dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga
tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah
perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, saya akan
menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira
sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit.
Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan
menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar
daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa
yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan
kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang
baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan
yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan
bekerjasama dalam semua bidang kerana Yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan
meramaikannya seperti kata-kata pujangga, Berkawan biar seribu tetapi
musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi seseorang yang dapat

memberi manfaat dari aspek dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya


kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila
berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai Buntal
kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan,
masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup saya sejajar
dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguhsungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
tidak berfaedah dan tidak bermoral. Seseorang yang ingin mempunyai
sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara negatif yang mampu
meruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa
dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
yang membisikkan madah berhelah kepada anak Adam agar melakukan
dosa. Saya sentiasa berwaspada dengan ajakan syaitan yang telah berjanji
akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah s.w.t. telah
mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi
Adam. Kesombongan yang merajai di hati syaitan adalah kerana dia
diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan
kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan
perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan hinggakan nilai-nilai murni
dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba
menyesakkan nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai
seorang muslim yang cemerlang dan memiliki sahsiah yang terpuji. Menteri
Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan
pendapat bahawa, para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan
peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej
di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Akhlak yang baik
termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan
gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik
sesama individu di sekeliling kita. Tanggapan pertama orang lain terhadap
kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita
yang sebenar.

Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan


dan meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu
tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya
kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti
kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya
pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang
terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya
menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak
berbelah bahagi, mempunyai nilai kerohanian yang amat tinggi serta
mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah s.a.w. Mutiara kata ulamak
tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini.
Menurut beliau, Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari,

tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya, tidak pernah


mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. Tidak akan saya
lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada
landasan sebenar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan
akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu
keruntuhan akhlak remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan budaya
negatif kepada generasi yang akan datang bak kata peribahasa, Sebab nila
setitik rosak susu sebelanga. Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam
memainkan peranan anda dalam mengekang isu keruntuhan akhlak yang
sangat sinonim dengan golongan remaja!

faktor-faktor kemerosotan mutu sukan negara.


PENDAHULUAN
Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua
perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan
badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolaholah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu
belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki,
olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet
negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam
kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah
ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh
kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada
peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai
langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu
sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Kemerosotan mutu sukan
negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini
dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam
pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang berkenaan haruslah
mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan negara
dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

FAKTOR-FAKTOR
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan
bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak
memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat
pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah
para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain,

ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali


mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita
terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan
yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini
menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani
latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu.
Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. Bukan sahaja
ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti
sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya
sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan
menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau
mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti
mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita
merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan
negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak
kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan
stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan
bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan
menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan
tertentu pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi kejayaan yang
membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai daripada
jaguh yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu kini
masih memegang jawatan penting dalam pentadbiran sukan di Malaysia.
Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Dr Mani
Jegathesan (Rome 1960, Tokyo 1964 dan Mexico 1968), yang juga dikenali
sebagai "Flying Doctor", dan atlet lompat pagar Istiaq Mubarak (Mexico
1968, Munich 1972, Montreal 1976), terus menjadi penanda aras bagi
kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu mencatat kehebatan dalam
acara trek dan padang.Dua jaguh tersebut masing-masing telah mengambil
bahagian dalam tiga sukan Olimpik berturut-turut, manakala kehebatan Dr
Jega diingati hingga ke hari ini kerana kejayaannya melayakkan diri ke
peringkat separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan Mexico). Beliau juga
masih memegang rekod kebangsaan bagi acara itu (20.92 saat yang
dicatatnya di Mexico pada 1968).

Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan
kehadiran Arthur Koh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, V.
Arumugam dan M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita bukan saja tidak
diendahkan oleh Myanmar, Vietnam atau Laos, malah gagal memenangi
pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989 apabila Kuala Lumpur menjadi tuan

rumah kejohanan.
Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga keempat pada
kejohanan Piala Dunia 1975, dengan barisan nama-nama hebat seperti Sri
Shanmuganathan, Ho Koh Chye dan M. Mahendran, kini hampir luput
daripada sebutan peminat sukan itu. Kita gagal melayakkan diri bagi
menyertai kejohanan Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga
kesembilan dalam pusingan kelayakan di Changzhou, China dan yang
menyedihkan ialah Malaysia menduduki tempat tercorot daripada lapan
pasukan yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan Azlan Shah
baru-baru ini.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berbilion
ringgit yang dibelanjakan bagi memajukan bidang sukan selama ini hanya
merupakan pembaziran semata-mata. Satu-satunya peningkatan yang
dapat dilihat ialah jumlah pegawai yang dibayar gaji kerana terlibat dalam
bidang sukan.
Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot, rakyat
Malaysia menyaksikan kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan
bertaraf dunia di merata-rata tempat serta pengaliran dana yang tidak
putus-putus dalam sektor itu selain penubuhan jawatankuasa Kabinet
mengenai Sukan yang membuktikan kesunguhan kerajaan dalam
memajukan bidang berkenaan.Di samping itu, lapan sukan teras dikenal
pasti - hoki, bola sepak, olahraga, skuasy, gimnastik, akuatik, badminton dan
boling - yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta daripada
kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pesertanya.
Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah lama
mungkin terlepas pandang, antaranya kekurangan padang permainan atau
kemudahan untuk orang ramai bersukan, ketiadaan program pembangunan
di peringkat akar umbi, set minda yang tidak betul, tiada kekuatan mental
dan sebagainya. Contohnya, satu dekad lepas, terdapat kira-kira 10 padang
permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat bagi anak muda dan
orang lama bermain bola sepak dan permainan lain.
Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi pelbagai
jenis sukan termasuk bola sepak, bola jaring, tenis dan olahraga. Tetapi, hari
ini, ia sepi daripada kegiatan sukan kerana dikawal ketat oleh Majlis
Bandaraya Petaling Jaya. Padang Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah tiada,
begitu juga padang Kelab Rekreasi China Selangor yang dulunya terletak
bersebelahan terminal bas Puduraya. Dua padang di bekas tapak Kelab KTM
di Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada projek
pembangunan. Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah dan
antara daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud suatu ketika
dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan, turut menyumbang
kepada kemerosotan pencapaian negara dalam bidang berkenaan hari ini.

Sepatutnya, apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah
Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia anjuran Persatuan Penulis Sukan
Malaysia (SAM) pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan oleh semua pihak
di negara ini. Kata beliau: "Bagi membolehkan sukan di Malaysia kembali
maju, perubahan set minda perlu dilakukan." Beliau berkata tanggungjawab
melahirkan ahli sukan yang berkualiti tidak terletak di bahu persatuan,
Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis Sukan
Kebangsaan sahaja."Kanak-kanak mesti digalakkan menyertai bidang sukan
oleh ibu bapa atau guru mereka sejak kecil lagi," katanya.Najib yang
mengetuai jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan turut membuat
perbandingan tentang pencapaian Malaysia dan Ghana, yang turut
mengecapi kemerdekaan pada 1957. "Kita jauh lebih maju daripada Ghana
dalam setiap aspek pembangunan, kecuali sukan, kerana Ghana telah
melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia," kata Najib. Untuk berlaku
adil kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), punca kemerosotan
pencapaian negara dalam sukan itu tidak sepatutnya diletakkan pada
bahunya semata-mata kerana jentera yang diberi tanggungjawab bagi
melahirkan pemain berkaliber telah berhenti daripada beroperasi.
Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui
pertandingan di peringkat daerah dan negeri serta penutupan beberapa
akademi bola sepak yang diusahakan oleh negeri, banyak menyumbang
kepada kekurangan pemain handalan yang dapat mewakili negeri masingmasing atau mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh pemain
kebangsaan pada masa akan datang. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran
supaya menubuhkan bank tanah bagi membina sekolah baru yang lengkap
dengan padang permainan memandangkan ada sekolah yang tidak lagi
mempunyai padang. Bekas setiausaha agung NUTP Datuk N. Siva
Subramaniam berkata padang permainan di sekolah, terutama di bandar
raya, semakin lenyap akibat pembangunan, yang sekaligus menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah.
Beliau berkata banyak aduan diterima daripada ibu bapa dan guru bahawa
anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah
termasuk menyertai acara sukan sepanjang tahun. Menurutnya Kementerian
Pelajaran wajar membeli tanah semasa pasaran hartanah murah dan
menyimpannya untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang.
Beliau berkata sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan
kesatuan itu memandang serius mengenai kurangnya sokongan guru besar
dan pengetua sekolah dalam menggalakkan para pelajar menyertai aktiviti
sukan sepanjang tahun. "Ada sekolah yang menumpukan aktiviti
kokurikulum hanya untuk tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi
memberi tumpuan pada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
manakala ada guru besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan
dengan menggantikan waktu mata pelajar pendidikan jasmani dengan mata
pelajaran lain.

PENUTUP
Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti
sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan
perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan
dalam program sukan negara itu. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan
negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit
sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa.
Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka
lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam
bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negaranegara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya
melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta
mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama
erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia
beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi
kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah
ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta
rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara!
PERANAN PELBAGAI PIHAK MEMBANTU OKU
Sebagai warganegara Malaysia, rakyat dikehendaki menghayati dan
mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk memupuk semangat
perpaduan. Rukun Negara diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia supaya mereka saling menghormati, membantu, memahami dan
bekerjasama. Dengan ini, sebuah masyarakat penyayang dapat diwujudkan.
Walau bagaimanapun, masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan
sekiranya masyarakat yang bersifat individualistik dan materialistik masih
wujud dalam jiwa mereka. Mereka tidak sanggup menghulurkan bantuan
kepada golongan yang lemah dan bersikap mementingkan diri sendiri
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini jelas
diperlihatkan dalam isu Orang Kelainan Upaya (OKU) di negara ini. Terdapat
sebahagian masyarakat memandang rendah golongan OKU dan
menganggap mereka tidak mampu memberikan jasa, sumbangan dan
perkhidmatan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sebenarnya,
golongan OKU ini hanya mempunyai kecacatan dari segi fizikal, akal mereka
masih sempurna dan dapat berfikir dengan matang. Mereka masih berupaya
dan berkemampuan menyumbang jasa dalam pembangunan negara.
Namun, kemampuan mereka telah dinafikan oleh masyarakat. Mereka tidak
mempunyai peluang untuk membuktikan keupayaan mereka. Persoalannya,
mengapakah langkah-langkah yang diambil untuk menjaga kebajikan serta
kedudukan sosial OKU dalam masyarakat cuma bagai mencurahkan air ke
daun keladi atau menampal kersik ke buluh? Walaupun kempen demi
kempen terus dianjurkan namun, kebajikan golongan OKU tetap diabaikan.
Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Sikap menuding jari tidak

akan menguntungkan sesiapa melainkan menambahburukkan situasi yang


semakin parah. Oleh sebab itu, setiap pihak harus memainkan peranan
masing-masing dan menjangkau sehabis tangan dalam melaksanakan
prakarsa-prakarsa yang pragmatik lagi efektif bagi membantu golongan
OKU.
Sebagai mukadimah perbincangan, saya akan memfokuskan perbincangan
saya secara mendalam dan menyeluruh lagi objektif dengan menyelami,
membedah siasat dan mendiagnosis cara-cara yang dapat dilaksanakan
untuk membantu golongan OKU dari perspektif peranan yang dimainkan
oleh ibu bapa. Umum mengetahui bahawa setiap ibu bapa berharap anakanak mereka sihat supaya kehidupan mereka lebih sempurna dan gembira.
Namun, hakikatnya adalah berlawanan daripada apa-apa yang diharapkan
kerana terdapat ibu bapa yang mendapat anak yang cacat dari segi fizikal.
Dalam kalangan ibu bapa ini, terdapat segelintir ibu bapa sampai hati untuk
meninggalkan anak kandung mereka di rumah anak yatim ataupun di rumah
kebajikan. Malahan, terdapat ibu bapa yang mengurungkan anak mereka di
dalam bilik kerana malu memiliki anak yang cacat. Mereka juga tidak
menghantar anak mereka ke sekolah kerana menganggap anak mereka
tidak mampu menerima pelajaran di sekolah. Sebagaimana yang kita
ketahui bahawa anak-anak merupakan anugerah yang terbaik dikurniakan
oleh Tuhan kepada ibu bapa. Jadi, di bahu ibu bapa tergalas amanah yang
sangat besar untuk memastikan anak-anak mempunyai kehidupan yang
bahagia tanpa mengira anak itu cacat atau sempurna. Sebagai ibu bapa,
mereka patut melindungi anak yang kurang upaya dan menghantar mereka
ke sekolah untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya
mereka boleh berdikari dan menyara kehidupan pada masa akan datang.
Selain itu, ibu bapa juga patut menghantar anak-anak kurang upaya ke
sekolah atau kolej yang menawarkan kursus kemahiran agar mereka
mempunyai kemahiran untuk kerjaya masa depan mereka. Bagi ibu bapa
yang memiliki anak yang sihat, mereka tidak boleh bersifat berpeluk tubuh
malah seharusnya menghulurkan bantuan kepada OKU. Peribahasa Melayu
ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa
perlu mendidik anak mereka supaya bersimpati akan nasib malang yang
menimpa OKU. Ibu bapa sepatutnya bersedia membantu golongan OKU
tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang. Sekiranya ibu bapa
terjumpa orang buta melintas jalan raya, ibu bapa hendaklah membantu
mereka agar mereka dapat melintas jalan raya dengan selamat. Daripada
peristiwa itu, ibu bapa telah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka.
Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak
umpama sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan
menggilap dan mencanainya sehingga menjadi berlian yang indah dan
berkilat. Pada masa lapang, ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke
pusat kebajikan untuk melakukan kerja amal bagi membantu OKU. Dengan
melakukan kerja-kerja amal, ibu bapa dan anak-anak dapat membantu OKU
di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga persis
peribahasa sambil menyelam minum air.

Jika kita bersedia memerah otak dan berikhtiar berhempas pulas, jalan
penyelesaian yang berkesan tentu ada dan tentu bukan satu sahaja
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pihak kerajaan harus
melakukan sesuatu untuk membantu OKU. Statistik yang sahih lagi tepat
telah dikeluarkan oleh Pusat Kebajikan Masyarakat pada tahun 2009
menunjukkan bahawa kadar kemiskinan semakin meningkat disebabkan
tiang keluarga tidak dapat bekerja dan mencari rezeki akibat cacat. Oleh hal
yang demikian, kerajaan bukan sahaja perlu menyediakan tabung bagi
membantu keluarga yang miskin malahan perlu menyediakan tabung untuk
keluarga yang mempunyai ahli yang cacat supaya dapat meningkatkan
kualiti kehidupan mereka. Tidak dapat menafikan bahawa pertambahan
rumah setinggan di negara kita disebabkan oleh cara penyelesaian yang
tidak sempurna.Ada angin ada pokoknya, kebanyakan golongan OKU tidak
mendapat peluang pekerjaan dan menganggur dalam jangka masa yang
panjang malah mereka juga tidak mampu membiayai perbelanjaan
perubatan yang besar. Segelintir daripada mereka tidak mempunyai tempat
perlindungan. Dalam konteks ini, pihak kerajaan sepatutnya mewujudkan
khidmat perubatan kepada OKU supaya mereka mendapat rawatan percuma
di hospital kerajaan atau di pusat kesihatan kerajaan. Pihak hospital swasta
juga harus bertimbang rasa dengan memberikan keistimewaan kepada
golongan OKU melalui pemberian diskaun. Perkhidmatan Kebajikan Am dan
Jabatan Kesihatan Negeri harus melipatgandakan usaha mendaftarkan OKU
melalui bantuan alat-alat pemulihan seperti kerusi roda dan menyediakan
latihan perusahaan dan vokasional. Kerajaan harus memperbanyakkan
rumah murah dan memberikan keutamaan kepada mereka supaya mereka
dapat membeli rumah dengan kos yang rendah. Pihak kerajaan harus
mengalakkan golongan OKU belajar di sekolah teknik yang boleh
membekalkan mereka ilmu kemahiran seperti kemahiran menghasilkan kraf
tangan. Secara tidak langsung, pengusaha kraf tangan tidak perlu bimbang
lagi bahawa tiada generasi muda yang ingin mewarisi malah kemahiran ini
akan diwarisi serta dipelajari oleh generasi akan datang. Pihak kerajaan
patut menganugerahkan penghargaan seperti pingat dan sijil kepada
golongan OKU yang berjaya dan berjasa dalam sesuatu bidang. Agensiagensi Bukan Kerajaan (NGO) secara sukarela hendaklah menyediakan
beberapa kemudahan bagi OKU seperti penubuhan Persatuan Kusta dan
Rumah Amal Cheshire yang sejajar dengan cogan kata Kebajikan Adalah
Tanggungjawab Bersama. Pihak kerajaan tidak harus mengamalkan
sikap memekakkan telinga yang tajam, menutup mata yang
celik dan membutakan hati yang insaf dalam peranan membantu OKU.
Sebagaimana kita maklum, media massa juga memainkan peranan yang
sangat penting dalam membantu golongan OKU. Media massa merupakan
wahana yang dominan dalam mempengaruhi minda seseorang dengan
cepat dan berkesan. Generasi kini terutamanya golongan remaja tidak dapat
menjauhkan diri daripada pengaruh media massa. Media massa telah
berkembang dengan pesat dan bilangannya tumbuh dengan begitu cepat

bagaicendawan tumbuh selepas hujan. Media massa terbahagikan kepada


dua iaitu media cetak dan media elektronik. Media massa merupakan pihak
yang dapat memberikan maklumat lanjut tentang golongan OKU dan cara
untuk membantu mereka. Media cetak merupakan media yang
menggunakan kaedah tulisan seperti surat khabar, majalah dan buku. Media
elektronik pula merupakan media yang menggunakan teknologi terkini yang
menggunakan kaedah elektronik dan elektrik seperti radio, televisyen dan
internet. Media massa harus menekankan keprihatinan masyarakat
terhadap golongan OKU dan menghormati mereka sebagai insan ciptaan
Tuhan. Iklan yang berkaitan dengan sumbangan yang perlu diberikan oleh
golongan OKU harus diuar-uarkan supaya semua masyarakat mengetahui
dan menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Media massa juga
boleh bertindak dengan menyeru masyarakat memberikan sumbangan
kepada golongan OKU yang memerlukan bantuan dari segi kewangan.
Masyarakat harus diberitahu bahawa golongan OKU berhak mendapat
peluang pendidikan dan juga bersosial dengan masyarakat serta tidak
dipisahkan daripada aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat harus
memberikan layanan yang saksama kepada golongan OKU. Artis-artis
tempatan yang terkenal sepatutnya memberikan sokongan sepenuhnya
kepada golongan OKU dengan menyeru masyarakat memberikan perhatian
dan sokongan kepada OKU dengan menggunakan pengaruh mereka yang
kuat terhadap masyarakat. Media massa harus bekerjasama bagai aur
dengan tebing bersama-sama artis-artis tempatan menekankan bahawa
kecacatan bukan penghalang dalam memberikan sumbangan yang
bermakna kepada produktiviti dan kemajuan negara. Banyak individu
cemerlang telah berjaya meningkatkan nama baik negara dalam aspek
sukan, pertandingan dan juga keputusan yang baik walaupun mereka
mempunyai kecacatan dari aspek fizikal.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja sekarang tidak mempunyai
pegangan agama dan didikan moral yang kuat. Hal ini menyebabkan
mereka memandang rendah terdapat sesiapa yang lemah daripada mereka
terutamanya golongan kurang upaya yang cacat dari segi fizikal. Didikan
agama dan moral mampu membentuk jati diri remaja. Dalam hal ini, pihak
sekolah yang bertanggungjawab mendedahkan nilai murni kepada pelajar.
Dengan mempunyai nilai murni yang baik, remaja generasi kini akan
mempunyai kesedaran untuk menghormati hak golongan OKU. Remaja
haruslah dididik oleh pihak sekolah tentang kesusahan yang dialami oleh
OKU dan mereka sepatutnya menghulurkan bantuan dan tidak harus
menghina mereka lagi. Hal ini adalah kerana golongan OKU juga merupakan
makhluk yang diberi peluang untuk menjalani kehidupan biasa seperti
manusia normal. Didikan agama juga sering mengajar manusia agar berbuat
baik kepada semua orang tanpa mengira paras rupa, bentuk badan mereka
sama ada mereka normal atau sebaliknya. Setiap individu memerlukan
pengiktirafan daripada masyarakat bahawa mereka masih diterima oleh
semua orang. Guru sendiri harus memainkan peranan yang penting dengan
menjadi teladan baik kepada pelajar seperti membantu pelajar yang cacat

dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Pelajar digalakkan


membantu rakan mereka yang cacat semasa mereka dalam kesusahan
supaya mereka tidak berasa tersisih. Guru harus memberikan layanan yang
adil dan saksama kepada semua pelajar. Pihak sekolah sepatutnya
menyediakan kemudahan khas untuk pelajar kurang upaya seperti tandas
khas. Perlindungan juga harus diberi dalam bentuk biasiswa dan bantuan
kewangan kepada pelajar kurang upaya. Tindakan sedemikian adalah untuk
menggalakkan mereka terus berusaha dan bersemangat gigih serta
memastikan mereka dapat melanjutkan pelajaran pada masa akan datang.
Melalui sekolah yang merupakan rumah kedua pelajar, pelajar akan
menghormati golongan OKU dengan sepenuh hati. Hari Orang-orang Cacat
Sedunia boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mengiktirafkan
sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara. Pelajar
harus diberi kesedaran tentang pentingnya menghormati hak-hak golongan
OKU.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak harus bekerjasama untuk
memberikan kesedaran kepada semua masyarakat tentang golongan OKU
dan cara untuk membantu mereka. Golongan OKU harus dihormati dan
dipandang tinggi kerana mereka mampu mencapai kecemerlangan yang
tinggi walaupun cacat. Sejarah telah membuktikan bahawa kecacatan bukan
penghalang untuk berjaya dalam hidup dan menyumbang bakti kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Bagi membuktikan perkara ini,
contoh yang boleh diketengahkan ialah Beethoven yang merupakan seorang
pemuzik terkenal yang cacat pendengaran serta Professor Ismail bin
Mohd.Salleh yang cacat penglihatan tetapi mendapat kejayaan dalam
bidang akademik . Masyarakat dan pihak lain harus memberi galakan
kepada golongan OKU supaya mereka akan terus berusaha dalam bidang
yang diminati sehingga mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. PBB juga telah mengisytiharkan
sumbangan golongan OKU yang termaktub dalam Hak Orang Kurang Upaya
1975. Mereka mendapat hak serasi dengan semua manusia. Masyarakat
harus menghargai golongan OKU dengan memahami mereka kerana
kelahiran, keturunan, kemalangan atau penyakit menyebabkan kita lebih
faham dan berasa bersyukur kepada Tuhan tentang diri sendiri. Golongan
OKU harus diberi penghargaan dan diumumkan kejayaan oleh pihak
kerajaan sebagai satu simbol kejayaan dan semangat dedikasi mereka
dalam pembangunan negara. Janganlah menghina golongan OKU ini
memandangkan mereka juga mempunyai ciri-ciri keperibadian yang
istimewa. Marilah kita bersama-sama membantu golongan OKU dan
bersama-sama menyahut seruan kerajaan dengan mencapai Wawasan 2020
yang bertujuan untuk mewujudkan kelompok masyarakat yang sama taraf
dan bantu-membantu.
KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui


pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris,
Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu
diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak
semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum
amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara
asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun
1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang
pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir
Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris
pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan
pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat
Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan
ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu,
perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang
mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama
dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan
agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan
seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnyaperlulah dipraktikkan
dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak
kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati
Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka
dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan
hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya
bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing
untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang
hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk
mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan
lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia
turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi
perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan
tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan
kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan
adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada
pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang
tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak
H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi
dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa.

Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan


pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti
peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat.
Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat
patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan
majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan
penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada
tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13
Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan
rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu,
semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum
dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan
kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana,
masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati
kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang
Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat.
Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat
antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya
kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara
sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan
kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan
dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi
kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat
bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang
positif agar tidak berlaku permusuhan.
Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak
dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang
sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan
rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara
menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum

yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar.


Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat
Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi
konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan


ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan
memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana
Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun
1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat
mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta
membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang
hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak
langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua
memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan
semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan
daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk
menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini
berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya
melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan
peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara
terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara,
hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang
permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua
rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi,
bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak
daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah
kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk
sama rendahdengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat
dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat
dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut?
Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikapmembutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan
untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia?
Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut
walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat
ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus

lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya


membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih
awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita dengan
memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah
terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk
perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita
sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada
masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh
itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa
depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa
malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah.
Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan
memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina
impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua
rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi
negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.
PERANAN IBU BAPA DALAM
BARANGAN BUATAN MALAYSIA

MENGGALAKKAN

ANAK-ANAK

MEMBELI

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara


maju menjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan
mengeluarkan berbagai-bagai barangan dan produk sendiri. Pada masa
silam, negara kita tidak begitu maju menyebabkan barangan dan produk
yang dihasilkan oleh negara kita tidak dapat bersaing dengan barangan
import. Oleh sebab itu, rakyat kita mengagung-agungkan barangan luar
negara khususnya generasi muda begitu gila mengejar fatamorgana seperti
produk elektronik yang canggih yang diimport dari luar negara. Namun
begitu, kini kita berada dalam zaman ledakan maklumat, barangan keluaran
tempatan sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita lebih berkualiti daripada barangan
import. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ramai
lagi yang tidak mengetahui atau menyedari kebaikan dan kualiti sebenar
barangan buatan negara kita. Persoalannya kini, apakah peranan ibu bapa
dalam menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia? Oleh
hal yang demikian, peranan ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan
akan dikupas secara terperinci.
Lontaran idea yang pertama, ibu bapa sewajarnya menerangkan kelebihan
pembelian barangan buatan negara kepada anak-anak mereka supaya
mereka dapat memahami manfaat-manfaatnya dan membeli barangan
buatan Malaysia. Hal ini disebabkan generasi muda menganggap kualiti
produk negara kita tidak setanding dengan produk-produk yang diimport
dari luar negara. Dengan menjelaskan kebaikan pembelian barangan buatan

Malaysia kepada anak-anak, sikap prejudis dan prasangka serta


memandang rendah terhadap barangan tempatan dari sudut pemikiran
anak-anak akan dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa. Contoh yang paling ketara
dengan kita ialah ibu bapa menunjukkan sokongan terhadap kempenkempen yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan seperti Kempen
Beli Barangan Buatan Malaysia kepada anak-anak mereka untuk
memastikan anak-anak mengetahui secara mendalam tentang produkproduk Malaysia agar mereka menyokong produk negara kita. Selain itu, ibu
bapa juga boleh membawa anak-anak mereka menghadiri ceramah tentang
kepentingan pembelian barangan buatan Malaysia supaya anak-anak sedar
akan manfaat yang diperoleh negara kita sekiranya mereka membeli dan
menggunakan produk Malaysia. Tegasnya, kebaikan pembelian barangan
buatan Malaysia sepatutnya diterangkan oleh ibu bapa kepada anakanaknya agar mereka bijak memilih barangan yang lebih berkualiti dengan
harga yang lebih rendah.
Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa seyogianya
membawa anak-anak mereka ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Hal
ini akan memberikan pendedahan kepada anak- anak tentang pelbagai
barangan tempatan yang terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan
keunikannya yang tersendiri jika ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
pameran tersebut. Biar kita ambil contoh, ibu bapa boleh membawa anakanak berkunjung ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelancongan Malaysia yang melibatkan premis perniagaan di
seluruh negara. Impaknya, karnival sebegini akan mencelikkan minda anakanak agar mereka mengetahui kualiti dan kelebihan produk Malaysia
sehingga berminat untuk membeli barangan buatan Malaysia dan
menggunakannya. Hal inilah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta.
Sekiranya ibu bapa tidak membawa anak-anak ke pameran barangan
ciptaan anak watan Malaysia, anak-anak akan terus menganggap barangan
buatan Malaysia tidak berkualiti dan enggan menggunakan barangan
Malaysia. Jelaslah bahawa ibu bapa perlulah membawa anak-anak
mengujungi pameran ini untuk menyedarkan anak-anak tentang barangan
buatan Malaysia dan ibu bapa berpeluang untuk membeli barangan Malaysia
yang menawarkan potongan harga yang berpatutan. Hal ini bersesuaian
dengan peribahasa sambil menyelam minum air.
Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa perlu menjadi role model kepada
anak-anak disebabkan anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak langkah
kedua-dua orang tua mereka kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Ibu bapa perlu berbuat demikian kerana mereka merupakan guru pertama
kepada anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang
belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga
menjadi berlian yang indah dan bersinar. Dalam konteks ini, anak-anak yang
meniru perbuatan ibu bapa akan menjadikan barangan buatan Malaysia
sebagai pilihan utama ketika membeli-belah di kompleks beli belah kerana
ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai analoginya, ibu bapa
haruslah membeli barangan elektrik buatan Malaysia seperti Philips dan
Panasonic, kereta buatan Malaysia seperti kereta seperti Myvi, Preve dan
Viva serta barangan buatan Malaysia di kedai Satu Malaysia. Oleh hal yang

demikian, ibu bapa sepatutnya menunjukkan suri teladan yang baik kepada
anak-anak mereka dengan menyokong produk Malaysia yang berkualiti ini
dan ibu bapa jangan bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan
betul.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ibu bapa
selayaknya memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak
mereka sejak di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini berlaku kerana semangat patriotik perlu diterapkan ke
dalam sanubari anak-anak agar mereka terpanggil untuk membeli barangan
buatan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, ibu bapa
boleh menyuburkan minat anak-anak terhadap barangan buatan Malaysia
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan Bahasa Malaysia. Secara tidak langsung, anak-anak
yang disuntik dengan nilai cinta akan negara, sanggup berkorban untuk
negara dan taat setia kepada raja dan negara akan membeli serta
menggunakan barangan buatan Malaysia dengan perasaan bangga. Izharlah
bahawa semangat patriotik seyogianya diterapkan ke dalam jiwa anak-anak
oleh ibu bapa supaya produk Malaysia laris di pasaran antarabangsa dan
ekonomi negara kita dapat dimajukan serta dapat menjadi negara kita
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang
lain.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, ibu bapa memainkan
peranan yang sangat signifikan dalam menggalakkan anak-anak mereka
membeli barangan buatan Malaysia kerana ibu bapa merupakan insan yang
terdekat dengan anak-anak mereka. Jika ibu bapa melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan sempurna, sudah tentu generasi muda akan
berminat untuk membeli dan menggunakan produk Malaysia. Oleh itu,
usaha-usaha yang efektif lagi pragmatik ini perlu dijalankan oleh ibu bapa
untuk menggalakkan anak-anak mereka membeli barangan buatan Malaysia
supaya dapat membantu pembangunan ekonomi negara kita. Persis kata
orang tua-tua dahulu, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih
tidak akan datang melayang. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020,
marilah kita bersama-sama bersinergi dalam menjadikan impian ini bukan
sekadar omong-omong kosong malah sebagai rakyat yang mempunyai jati
diri yang utuh mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai
suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.
Siapalah kita tanpa ibu? Siapalah yang menjaga kita sejak kita belum lagi
dilahirkan jikalau bukan ibu? Siapalah yang sanggup mencuci najis kita kala
kita masih kecil sekiranya bukan ibu? Ibu, satu perkataan yang cukup
ringkas tetapi amat bermakna buat semua individu. Ibu merupakan insan
yang paling banyak berjasa dalam hidup setiap orang. Sejak daripada hari
ibu mengetahui tentang kandungannya itu, sejak itulah dia menjaga kita
bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun belum pernah bersua muka,
namun ibu menjaga kita seperti dia mengandungkan sebakul berlian. Ketika
kita di dalam perut ibu, ibu mengambil pemakanan yang seimbang untuk
memastikan janinnya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak terdedah
kepada penyakit. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anaknya.
Namun, terdapat juga sesetengah manusia yang tidak tahu menghargai

pengorbanan seorang ibu yang sungguh besar untuk bertarung nyawa demi
melahirkan mereka. Sesungguhnya, seorang ibu itu perlulah dihargai
hingga ke akhir hayat mereka.
PERANAN ANAK-ANAK KEPADA IBUBAPA
Kita perlulah menghargai ibu kita sejak kecil lagi kerana ibulah yang
sentiasa memberikan semangat kepada kita unutk meneruskan kehidupan.
Kita hendaklah mematuhi segala kata ibu dan sebagai seorang anak, kita
tidak seharusnya melawan atau membantah arahan mereka. Sekiranya
mereka memarahi kita, kita tidak sepatutnya menarik muka atau
menyimpan dendam kerana setiap kali seseorang ibu itu marah, itu
menunjukkan bahawa dia sayang kepada kita dan dia tidak mahu kita
melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kita juga mestilah bercakap
dengan sopan dan lemah lembut kepada mereka kerana hati seorang ibu itu
sungguh sensitif dan sesungguhnya kita akan mendapat dosa setiap kali
hati ibu terguris disebabkan oleh perbuatan atau percakapan kita.
Selain itu, jika sudah bersekolah, kita mestilah belajar dengan
bersungguh-sungguh dan tekun untuk mencapai kejayaan dengan
cemerlang. Hal ini disebabkan oleh kejayaan anak merupakan kebanggaan
ibunya. Kejayaan yang kita kecapi dapat menggembirakan hati ibu sekali
gus menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepada ibu kita. Kajayaankejayaan di sekolah seperti mendapat tempat pertama dalam peperiksaan
mahupun mendapat markah tertinggi dalam sesuatu subjek merupakan
detik-detik indah bagi seorang ibu kerana perkara ini menunjukkan bahawa
dia telah membimbing dan mendidik anaknya dengan baik. Kita juga
perlulah menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya untuk melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi dengan memperoleh keputusan yang cemerlang
agar ibu kita dapat berbangga dengan kejayaan yang kita kecapi. Di
samping itu, kita haruslah menjaga kelakuan dan percakapan kita di sekolah
dan mengingati pesan ibu untuk menjaga nama baik keluarga. Hal ini dapat
mengelakkan daripada ibu untuk datang ke sekolah berjumpa dengan guru
dan berasa malu atas sikap buruk kita di sekolah. Oleh hal yang demikian,
kita perlulah mengingati pesan ibu dan belajar dengan bersungguh-sungguh
agar dapat menyejukkan hati mereka.
Seterusnya, kita juga boleh menunjukkan penghargaan atas jasa dan
pengorbanan ibu melalui sambutan hari istimewa seperti hari lahir dan Hari
Ibu. Hari-hari istimewa hanya datang sekali dalam setahun, oleh itu, kita
hendaklah menggembirakan hati ibu serta menghiburkannya pada hari yang
cukup bermakna itu. Kita boleh memberikan hadiah yang isitimewa kepada
ibu sebagai simbol penghargaan kita kepadanya seperti bunga, rantai
ataupun barang-barang yang disukai olehnya. Hadiah-hadiah akan disimpan
oleh ibu dan semestinya akan membuatkan anaknya berasa dihargai. Kita
juga boleh membeli kek berperisa kegemaran ibu pada hari lahirnya dan
menyanyikan lagu selamat hari lahir untuknya seterusnya menikmati kek itu
bersama-sama keluarga tercinta.
Perkara-perkara kecil seperti ini
sememangnya dilihatkan seperti upacara biasa tetapi besar maknanya bagi
seorang ibu.

Di samping itu, kita mestilah menjaga ibu kita dan membalas jasa mereka
sehingga kita dewasa. Walaupun sudah mempunyai kerjaya dan sibuk
menguruskan hal duniawi, kita tidak patut mengabaikan ibu kita. Kita
hendaklah sentiasa menghormati ibu kita dan bercakap dengan sopan
terhadapnya walaupun dia sudah tua dan tidak bermaya lagi. Kita
sepatutnya menjaga ibu kita dengan penuh kasih sayang seperti mereka
menjaga kita ketika kecil dengan berbakul-bakul rasa cinta. Perbuatan
menempatkan ibu sendiri di rumah orang tua dengan alasan sibuk bekerja
adalah tidak patut sama sekali. Ibu juga sibuk bekerja ketika kita masih kecil
tetapi masih ada masa untuk menjaga dan melayan karenah kita, mengapa
pula kita tidak begitu? Tanggungjawab anak tetap ada untuk menghargai
jasa ibu selagi hayat dikandung badan. Tiada alasan sibuk bekerja patut
diberikan dalam menjaga ibu kita sendiri. Konklusinya, kita tidak seharusnya
mengabaikan ibu kita walau betapa padatnya jadual harian kerana itu
merupakan satu amanah sebagai seorang anak.
Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan agar kesihatan
ibu terjamin serta kehidupannya lebih sejahtera. Penghargaan kepada jasa
dan pengorbanan seorang ibu tidak semestinya ditunjukkan secara terangterangan, berdoa untuknya juga merupakan tanda menghargai jasa ibu kita.
Kita hendaklah berdoa dengan ikhlas agar doa itu dapat dimakbulkan. Kita
juga boleh menghargai jasa ibu setelah dia meninggal dunia. Sebagai
contoh, sebagai umat Islam, kita hendaklah menyedekahkan surah Yasin
dan surah Al-Fatihah kepada arwah ibu kita agar jasadnya berada dalam
keadaan yang aman. Kita juga boleh menggunakan wang peninggalan ibu
untuk bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin serta mendoakan
kesejahteraan ibu di alam akhirat supaya rohnya tenang dan aman.
Tuntasnya, pengorbanan dan jasa seorang ibu amat besar dalam
kehidupan kita. Tanpa ibu, kita tidak akan berada seperti kita sekarang.
Sesungguhnya, jasa ibu itu wajib dikenang dan dihargai selagi kita masih
bernyawa.
Pengabaian
dan
penderhakaan
terhadap
ibu
hanya
menyumbangkan dosa besar kepada kita. Oleh hal yang demikian, kita
perlulah sentiasa menjaga dan menyayangi ibu kita dengan sepenuh hati
selama kita masih dikandung hayat agar ibu kita rasa dihargai atas
pengorbanannya dalam menahan sakit ketika mengandungkan kita,
bertarung nyawa demi melahirkan kita serta berkorban masa, tenaga dan
wang untuk membesarkan kita. Maka, ternyatalah bahawa jasa seorang ibu
itu amatlah besar dan benarlah peribahasa yang mengatakan bahawa,
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah


diri yang terpuji.
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara
Berikut adalah sebahagian daripada lirik lagu Remajapersembahan
kumpulan nasyid Unic yang menggambarkan signifikannya peranan remaja
pada masa ini. Lagu yang menyuntik semangat ini menyeru para remaja
agar menggunakan masa dengan sebaik-baiknyanya dan mempunyai iltizam
yang kuat demi memajukan diri masing-masing. Melalui usaha yang gigih
dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki
sahsiah yang terpuji, remaja akan menjadi anak watan yang berguna
kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Remaja kini begitu terdedah kepada
pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa,
pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan
masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari
semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.
Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit banyak mempengaruhi
akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri
atau ingin tahu yang tinggi berserta gelodak keinginan untuk mencuba
sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah, Alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke
jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat
mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang
tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah
negara yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang
mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing
serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang
kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa
mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini
dikaitkan dengan isu keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma,
aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini
dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang
bak kata pepatah, Air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu
hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang
bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam membentuk
sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan
negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji,
saya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama

merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta


iaitu Allah s.w.t. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia
ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh
dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang
terkenal iaitu Albert Einstein yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa
ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang
yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama
tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Saya
akan mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-quran,
mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak
Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-quran dan
hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina
pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki
sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan
yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti
memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.
Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia.
Pengajaran daripada Al-quran dan hadis mampu memberikan anjakan
paradigma kepada saya dalam melahirkan segala tindak tanduk berpaksikan
tuntutan agama. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-quran ataupun
hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai
pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang kudsi ini. Saya akan
meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama
kerana di perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan
fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin
saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan
memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan
kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang
berlandaskan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya, saya tidak akan
terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja malah menjadi penyumbang
kepada generasi masa hadapan yang memiliki sahsiah terpuji.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan
adalah dengan menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya.
Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana
sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya Ditatang bagai minyak yang
penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya
bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya
selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang
bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma
untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa
kepada saya. Saya tidak ingin hidup seperti Si Tanggang atau Si Malim
Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat
kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang
diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika
saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan
meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan
berbincang dengan cara yang paling berhemah atau bertatasusila bagi

menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan


peribahasa, Buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan
kedudukan yang tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat
baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah
dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja
boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan
yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada
perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu
bapa adalah amalan yang wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah
cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa
bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa
berkat. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Sesiapa yang
ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Tegasnya,
mentaati ibu bapa mampu menjadikan diri saya sebagai individu yang
mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada melakukan perkaraperkara yang merosakkan akhlak.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya
laksanakan
adalah
dengan
menghormati
guru-guru.
Sepanjang
pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya
akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada
mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya
mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata dengan menjadi insan yang
sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan
ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca,
menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang
saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati
mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, Usah merendahkan diri
seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih
baik. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk
ajar daripada guru sebagai pendorong dan motivasi untuk saya berjaya
menjadi modal insan kelas pertama yang mampu mendaki ke puncak
menara gading. Guru bukan sahaja sebagai ibu, bapa, pengajar, pendidik,
pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segala-galanya
bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik
anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih
payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak
berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi
makhluk termulia di sisi Allah s.w.t. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya
di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga
peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut
iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya
mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri
yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan
rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan

meluangkan masa yang lebih bersama-sama rakan-rakannya berbanding


dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga
tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah
perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, saya akan
menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira
sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit.
Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan
menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar
daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa
yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan
kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang
baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan
yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan
bekerjasama dalam semua bidang kerana Yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan
meramaikannya seperti kata-kata pujangga, Berkawan biar seribu tetapi
musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi seseorang yang dapat
memberi manfaat dari aspek dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya
kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila
berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai Buntal
kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan,
masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup saya sejajar
dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguhsungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
tidak berfaedah dan tidak bermoral. Seseorang yang ingin mempunyai
sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara negatif yang mampu
meruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa
dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
yang membisikkan madah berhelah kepada anak Adam agar melakukan
dosa. Saya sentiasa berwaspada dengan ajakan syaitan yang telah berjanji
akan menyesatkan umat manusia dek sebab Allah s.w.t. telah
mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi
Adam. Kesombongan yang merajai di hati syaitan adalah kerana dia
diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan
kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan
perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan hinggakan nilai-nilai murni
dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba
menyesakkan nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai
seorang muslim yang cemerlang dan memiliki sahsiah yang terpuji. Menteri
Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan
pendapat bahawa, para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan
peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej
di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Akhlak yang baik
termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan
gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik
sesama individu di sekeliling kita. Tanggapan pertama orang lain terhadap

kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita
yang sebenar.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan
dan meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu
tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya
kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti
kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya
pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang
terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya
menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak
berbelah bahagi, mempunyai nilai kerohanian yang amat tinggi serta
mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah s.a.w. Mutiara kata ulamak
tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini.
Menurut beliau, Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari,
tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya, tidak pernah
mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. Tidak akan saya
lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada
landasan sebenar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan
akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu
keruntuhan akhlak remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan budaya
negatif kepada generasi yang akan datang bak kata peribahasa, Sebab nila
setitik rosak susu sebelanga. Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam
memainkan peranan anda dalam mengekang isu keruntuhan akhlak yang
sangat sinonim dengan golongan remaja!

Terangkan kebaikan-kebaikan sektor industri kepada rakyat dan negara.

Penggubalan dasar perindustrian di Malaysia adalah lebih menjurus ke arah


untuk meningkatkan sumbangan dan prestasi sektor perindustrian negara.
Memetik kata-kata daripada mantan Perdana Menteri Ke-4, Tun Mahathir
Mohamed, 1989 yang berbunyi, "usaha-usaha untuk menjadikan sektor
perindustiran, terutamanya sektor pembuatan punca utama pertumbuhan

ekonomi negara berjalan dengan lancar. Sektor perindustrian bagi sektor


pembuatan akan menjadi tulang belakang ekonomi negara pada masa
hadapan, kerajaan akan membuat pengubahsuaian segala dasar dan
strategi serta berusaha memperluaskan asas perindustrian dalam sektor
pembuatan". Nah, Sudah terang lagi bersuluh,Malaysia telah melalui
proses penekanan ketara dalam meningkatkan tahap industri negara sejak
awal tahun 80-an lagi. Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamed dalam mentadbir negara bermula pada tahun 1981 sehingga
2003 telah menyinarkan cahaya keilmuan yang hampir padam. Pada
Februari 1991, beliau telah mengemukakan Wawasan 2020 sebagai
matlamat jangka masa panjang untuk menjadikan negara Malaysia sebagai
negara yang membangun dan mempunyai nilai kualiti tinggi. Pendekatan ini
telah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental. Menurut beliau lagi, matlamat kesembilan
daripada Wawasan 2020 ini semestinya menjadi keutamaan masyarakat
Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Seiring dengan dasar
tersebut, melalui agenda sektor perindustrian sudah pasti aspirasi negara
maju menjelang 2020 akan dapat direalisasikan. Malahan, peranan sektor
perindustian tidak perlu lagi dipertikaikan kerana banyak membawa
kebaikan sama ada kepada rakyat mahupun negara.

Sebagai pembuka kata dan bicara , kebaikan yang dibawa oleh sektor
perindustrian terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara
kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu. Sebagai
bukti, import pada bulan Oktober 2009 menurun sebanyak 2.3% berbanding
September 2008 disebabkan kemerosotan import barang pengantara
sebanyak 10% terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E)
sebanyak 8.5% dan produk besi dan keluli sebanyak 28%. Pengurangan
import ini berupaya dilakukan kerana sektor perindustrian negara telah
berjaya menghasilkan produk yang sama terutama barangan elektrik dan
elektronik pada harga yang lebih murah. Selain itu, kalau dahulu negara
kita pada era 70-an terpaksa mengimport kereta dari negara Jepun atau
negara barat tetapi kini keadaannya amat berbeza sekali seperti langit
dengan bumi kerana negara kita sekarang sudah mampu berdiri di atas kaki
sendiri dalam menghasilkan kereta buatan sendiri iaitu Proton mahupun
Perodua. Situasi ini turut memberikan kesan terhadap kadar imbangan
perdagangan luar negara kerana kurang wang yang mengalir ke luar
negara untuk membayar barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut

mampu digunakan untuk pembangunan sektor-sektor lain. Jadi, sumber


kewangan negara yang berlebihan itu dapat digunakan untuk meninggikan
taraf hidup rakyat. Tegasnya, kemajuan dalam sektor perindustrian berjaya
mengurangkan import negara yang dulunya negara kita terlalu bergantung
kepada barangan import tersebut.
Ekoran daripada pengurangan import negara terhadap barangan tertentu,
memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sektor perindustrian juga dapat
meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah di negara ini.
Pertumbuhan pesat dalam sektor perkilangan sudah tentu membawa
peningkatan dalam permintaan terhadap bahan mentah umpama cendawan
tumbuh selepas hujan. Seterusnya, menjadi antara intipati perindustrian
untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat di
seantero dunia. Sebagai analogi yang sudah diketahui umum, negara kita
pernah ditakluki oleh kuasa asing untuk menguasai sumber bahan mentah
negara kerana harganya yang tinggi dan permintaannya meluas dalam
pasaran antarabangsa. Berdasarkan perangkaan terkini, sumber bahan
mentah seperti getah, petroleum dan kelapa sawit masih mempunyai
pasaran yang meluas di peringkat globalisasi. Berdasarkan Perangkaan
Perdagangan Luar Malaysia pada tahun 2012, didapati pengeluaran minyak
kelapa sawit meningkat sebanyak 7.9% kepada RM4.5 bilion. Keadaan ini
tentunya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kerana negara
mengeksport sumber-sumber ini ke luar negara. Di samping itu, sumber
bahan mentah seperti petroleum diperlukan dalam proses pengetinan
makanan dan minyak petrol bagi sektor perindustrian di negara kita.
Malahan, minyak masak dan sabun yang dihasilkan turut menggunakan
kelapa sawit sebagai sumber bahan mentah. Secara tidak langsung, harga
komoditi negara sudah pasti meningkat dengan mendadak dan memberi
keuntungan
kepada negara.
Izharlah, kepesatan dalam sektor
perindustrian sudah ketara dapat meningkatkan permintaan terhadap
sumber bahan mentah negara.
Dalam pemilihan bidang kerjaya, minat menjadi faktor utama. Bincangkan.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar


akal dan minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi
pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem
pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di
sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun

ini, pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, apakah kerjaya yang anda
inginkan?
Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih
gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat mereka untuk
mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara
mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita.
Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang
kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju dalam
hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak menyesal
dengan keputusan yang diambil. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah
doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Apakah faktorfaktor
yang
mempengaruhi
dalam
pemilihan
sesuatu
bidang
kerjaya? Hakikatnya, minat merupakan salah satu faktor dominan yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi
kebaikan bersama.

Kita dapat menyaksikan betapa minat merupakan faktor paling dominan


yang mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Dalam
konteks ini, minat juga akan menyebabkan seseorang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Bertitik tolak
daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar haruslah
memberikan tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Kesannya,
pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran dan menjawab
soalan peperiksaan dengan senang. Sikap kesungguhan ini dapat
digambarkan melalui peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Tegasnya, seseorang yang mempunyai minat akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan kerjaya yang diidam-idamkannya
menjadi kenyataan.

Umum mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus


memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh
mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih
mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah
mengetahui dan membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung
sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil
subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam zaman yang serba canggih ini,
bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang
cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut
diberi keutamaan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah jika seseorang ingin menjadi seorang jurutera, subjek
yang mesti dipilih ialah Lukisan kejuruteraan. Sebagai langkah untuk
merealisasikan kerjaya idaman dan cita-cita yang menggunung tinggi ini,
pelajar haruslah memilih subjek yang seiring dengan kursus yang dipilih
mereka.

Sesungguhnya, seseorang pelajar sudah pasti mempunyai idolayang ingin d


icontohi sebelum mereka menentukan kerjaya masadepan. Biasanya, idola
yang dipilih memang dikagumi danmenepati dengan kerjaya yang dipilih. S
ebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi seorang arkitek, mereka boleh
menjadikan arkitek negara yang terkenal dan gah namanya dipersada dunia
iaitu Hijjas Kasturi sebagai idolanya. Bukan itusahaja, malah segala ketekun
an, kegigihan dan kekreatifanbeliau akan dijadikan sebagai teladan dalam m
enggapai kerjayaidaman mereka. Impaknya, seseorang yang dijadikan idola
seharusnya mampu mempengaruhi pemikiran, tindak tandukdalam membua

t keputusan serta kesungguhan seseorang untukmemastikan kerjaya yang d


ihasratkan dapatdirealisasikan. Sememangnya, idola dapat mempengaruhi
seseorang dalam membinasemangat dan motivasi ke arah menjadikan kerja
ya sebagai kenyataan bukannyaomong-omong kosong sahaja.

Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada


kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini
bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat
restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya,
sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun
pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu
bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa
boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi
kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan
dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam
bentuk material mahupun spiritual. Izharlah bahawa ibu bapa juga
berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan
kerjaya masa depan anak-anak mereka.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam,
minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam
konteks ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya
anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka memerlukan
sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental,
spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak,
manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan
kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan menghantar
mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak
ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana
mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika
seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka
bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada
semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti
segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur
umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di
atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keraskeras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya
impian akan menjadi lebih jelas lagi.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah


sektor perindustrian memberikan kebaikan kepada rakyat dari segipeluang
pekerjaan yang luas. Kilang-kilang yang dibina di kawasan pedalaman
mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Contoh pekerjaan
yang biasa ditawarkan kepada penduduk berdekatan seperti operator
kilang, jurutera kilang, pengurus kilang dan sebagainya. Peluang pekerjaan
yang ditawarkan ini seharusnya dimanfaatkan oleh rakyat bagi menampung
keperluan hidup mereka. Sektor perindustrian mampu menawarkan
pelbagai peluang pekerjaan yang luas dari pelbagai peringkat. Antaranya
ialah peringkat pengeluaran, pemprosesan, pemasangan, pembungkusan,
pemasaran. Pada tahun 2001 sahaja, seramai 2.2 juta rakyat terlibat dalam
sektor perindustrian iaitu bersamaan 22% daripada jumlah tenaga kerja
yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam kalangan rakyat. Sesungguhnya, sektor
perindustrian mampu menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada
rakyat khususnya dalam bidang perkilangan.
Pada realitinya,
kepesatan dalam sektor perindustrian juga telah
berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini juga
dapat dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti
pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada
rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu
membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat
untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana upah atau gaji
hasil daripada titik peluh sendiri dapat menjamin masa depan diri dan
keluarga. Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa masyarakat yang
hidup susah, kini dapat meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka.
Bertitik tolak daripada itu, kita akui bahawa kemajuan sektor perindustrian
yang pesat ini telah memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat
sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat. Taraf hidup rakyat juga
sebenarnya dapat diukur melalui pendapatan per kapita sesebuah negara.
Situasi ini dapat dibuktikan berdasarkan data World Development Indicators
oleh Bank Dunia pada 1 Julai 2009, Malaysia berada pada kedudukan ke-79
dengan pendapatan per kapita sebesar US$ 13.740 per tahun. Sedangkan,

Indonesia berada pada kedudukan ke-146 dengan pendapatan per kapita


sebesar US$ 3.830 per tahun. Berdasarkan perangkaan ini, taraf hidup
rakyat negara kita jauh lebih baik daripada Indonesia secara
perbandingannya 3.5 kali ganda. Jelaslah bahawa semua ini terhasil
daripada perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian di Malaysia.
Intihanya, sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif
kepada rakyat dan negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa
kejayaan dalam bidang ini, semua pihak harus menyedari impak negatif
yang turut mampu terhasil akibat mengutamakan sektor ini. Mungkin kita
harus merenung secara mendalam penekanan kita dalam bidang ini
sebelum
impak
yang
buruk
menjadi
ketara
menjelang
alaf
mendatang. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum retak menjadi parah,
kepentingan sektor pertanian di negara kita juga tidak seharusnya
dipandang sebelah mata. Hal ini disebabkan hasil pertanian merupakan
sumber bekalan makanan kepada rakyat ini. Oleh itu, pihak kerajaan
melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sewajarnya
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan menggembleng tenaga untuk
memajukan sektor pertanian dan perindustrian di negara kita. Hal ini
kerana sektor pertanian dan perindustrian di negara kita perlu bergerak
seiring, bahu-membahu, lengkap-melengkapi
bak seni kata lagu
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bagai irama dan lagu yang tidak boleh
dipisahkan. Dalam erti kata yang lain, sektor perindustrian tidak boleh
dipisahkan dengan sektor perindustrian. Selari dengan itu, Malaysia
berupaya menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
serta dapat berdiri megah dengan negara-negara maju yang lain umpama
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
USAHA MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA
Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi
sesebuah negara.Hal ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil
dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek
pendapatan negara. Daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelancongan, jumlah pelancong ke Malaysia dari Januari hingga
Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang. Pelancong Asia Barat menunjukkan
peningkatan pada tahun 2006 berbanding tahun 2005. Jumlah pelancong
yang melawat ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun tersebut
meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta dalam tempoh
yang sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau yang
kurang memuaskan kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti
perlu dijalankan untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.
Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta
perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata
dunia. Kerajaan hendaklah menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti
pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi
pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh
dilaksanakan
dengan
komitmen
yang
padu
bukan
hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam.

Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi


kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan di
Arab Saudi. Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui
penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan
maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat
memastikan semua pelancong memperoleh maklumat yang tepat mengenai
destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia.
Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat
pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan
pelancong. Hal ini demikian juga mampu menjadi daya tarikan pelancong
untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
diminati. Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat bersinar dan
terserlah ke seluruh dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara lain.
Selain itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak
kerajaan membuka pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia agar industri
pelancongan negara kita dapat bersaing dengan negara-negara lain di
dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak
pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan
diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong . Sebagai
analoginya, tindakan yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia
memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional
tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel
tersebut. Bagi membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh
diketengahkan ialah pertambahan ketibaan pelancong antarabangsa dan
pertumbuhan pelancongan domestik yang kukuh telah menyumbang
kepada peningkatan kadar penginapan hotel purata daripada 59.2 peratus
pada tahun 2000 kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata,
sekiranya langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik dijalankan secara
berterusan sudah tentu kedatangan pelancong ke Malaysia bagaikan di
mana ada gula di situ ada semut.
Selain itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah dan
peranan ibu bapa dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia.
Memang diakui bahawa peranan sekolah dan ibu bapa amat penting dalam
pendidikan anak. Ibu bapa yang menjadi guru di rumah haruslah mengasuh
anak dengan sikap melentur buluh biarlah dari rebungnya tidak harus kita
ketepikan kerana api tatkala kecil menjadi kawan apabila besar menjadi
lawan. Hal ini supaya anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti
vandalisme yang menjatuhkan imej negara kita semasa pelancong dari luar
negara datang ke negara kita. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah
berperanan dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Oleh itu,
subjek yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi dan Sejarah harus
banyak diperkenalkan oleh guru Sejarah. Kelab Pelancongan boleh
ditubuhkan bagi memupuk minat pelajar untuk melancong. Seterusnya,
pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti seperti lawatan sambil
belajar dan pertandingan membuat folio tentang tempat pelancongan untuk
mendalami ilmu pengetahuan pelajar tentang tempat pelancongan tersebut.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampilkan filem tentang adat resam
dan keistimewaan berkaitan tempat pelancongan seperti di Sabah dan di
Sarawak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk
membawa anak mereka melancong supaya mereka tidak menjadi katak di
bawah tempurung. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara
keluarga tetapi juga dapat merehatkan minda sekeluarga. Oleh itu, peranan
ibu bapa dan sekolah penting dalam menggalakkan pelancongan di
Malaysia.
Ketika negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu
kemajuan, kita sebagai masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar
wang negara. Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk
pelancongan diperolah semula oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan.
Sekiranya melancong ke luar negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh
rakyat dan kerajaan negara asing. Perkara ini akan merugikan diri sendiri
serta negara. Di samping itu, melancong dalam negara dapat
menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Dengan mengunjungi
tempat-tempat yang belum pernah dilawati, kita dapat menambahkan
pengetahuan dan mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan
khazanah warisan bangsa di tanah air kita. Tambahan pula, kita dapat
mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di
negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong di dalam negara,
kita akan mengetahui apa-apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di
tempat berkenan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian
menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negara. Kita harus
melancong di negara sendiri demi menghayati warisan khazanah bertaraf
dunia yang masih belum dilawati.
Deduksinya, pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiat
untuk menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita.
Rentetan itu, sinergi daripada semua pihak sangat penting bagi memajukan
industri pelancongan di negara kita. Pihak kerajaan, pihak swasta, agensi
pelancongan dan rakyat negara kita perlu berganding bahu bagi
meningkatkan martabat industri pelancongan. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah Melayu iaitu hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Sekiranya rakyat dan pelbagai pihak tidak bekerjasama, sudah tentulah
matlamat untuk memajukan ekonomi negara kita tidak akan tercapai. Oleh
itu, kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita dapat direalisasikan
sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan kerana
peribahasa ada mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

Anda mungkin juga menyukai