Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN PANJANG (5@6 PERENGGAN) (180 PP KE ATAS)

SOALAN : Kerjaya merupakan perkara penting dalam kehidupan individu.Huraikan kepentingan


kerjaya kepada remaja.

JAWAPAN:
Dalam meniti arus kemodenan ini,sektor pekerjaan semakin mencabar.Hal ini dikatakan
demikian kerana banyak orang yang dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatannya hasil daripada
ekonomi negara yang tidak menentu.Malangnya,masih ramai remaja yang tidak menyedari betapa
pentingnya pemilihan kerjaya dalam kehidupan mereka.Persoalannya,apakah faktor pemilihan kerjaya
remaja di Malaysia?

Pada pendapat saya, faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan
remaja adalah berdasarkan minat dan cita-cita.Hal ini dikatakan demikian kerana minat menjadi
pendorong utama dalam pemilihan kerjaya adalah kerana induvidu tersebut mempunyai semangat dan
keterujaan untuk melaksanakan tugas yang memberikan kebahagiaan kepada diri mereka.Sebagai
contoh, Allahyarham Sudirman Bin Haji Arshad yang merupakan penyanyi terkenal dan penghibur
tersohor negara pada suatu ketika dahulu. Beliau merupakan graduan undang-undang tetapi
meninggalkan bidang guaman untuk memilih bidang seni sebagai kerjaya
pilihannya.Jelaslah,disebabkan minat dan cita-cita seseorang menyumbang kepada pemilihan kerjaya
di Malaysia.

Di samping itu, pengaruh dan sokongan daripada ibu, bapa dan ahli keluarga juga menjadi
faktor dalam pemilihan kerjaya remaja.Saya berkata demikian kerana kebanyakan ibu bapa mengambil
bahagian dalam menentukan kerjaya dan juga memberikan sokongan utama terhadap minat kerjaya
anak-anak mereka.Tamsilnya/Misalnya, atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang tidak akan berjaya
menjadi atlet yang bertanding di peringkat dunia sekiranya ayah beliau tidak menghadiahkan sebuah
basikal sebagai ganjaran kecemerlangan beliau di sekolah. Bermula daripada dorongan itu, beliau
meneruskan cita-cita dalam menjadi atlet berbasikal negara dan berjaya merangkul pingat emas di
kejohanan peringkat dunia. Siapa sangka, anak kelahiran Dungun, Terengganu bersaiz fizikal yang
kecil berbanding atlet di Eropah dan Amerika mampu bersaing dan menjadi juara dunia dalam acara
yang dikuasainya. Jelaslah/Natijahnya, sokongan ibu dan bapa adalah faktor yang mustahak dalam
pemilihan kerjaya para remaja.

Seterusnya,pada kaca mata saya faktor lain yang mendorong para remaja dalam memilih
kerjaya mereka adalah faktor latar belakang akademik.Hal ini demikian kerana, kemampuan akademik
selama bertahun-tahun remaja di sekolah rendah sampai menengah mempengaruhi sebilangan besar
para remaja dalam membuat pilihan kerjaya mereka. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang dalam
bidang sains kemungkinan besar akan memilih kerjaya seperti doktor,ahli kimia,bioteknologi makanan
dan sebagainya.Oleh itu, latar belakang akademik yang remaja peroleh di sekolah nyata memberikan
kesan kepada pemilihan kerjaya mereka.

Tuntasnya, pelbagai faktor yang telah dikupas menjadi pemangkin kepada pemilihan kerjaya
dalam golongan remaja hari ini. Setiap pihak yang berkaitan terutamanya ahli keluarga seharusnya
memberikan bimbingan dan panduan yang tepat agar remaja hari ini membuat pilihan yang baik.
Sokongan dalam bentuk fizikal, mental dan kerohanian wajar diberikan kerana para remaja hari ini perlu
bersaing dan membentuk diri mereka dengan kemahiran dan kelayakan yang tinggi bagi merebut
peluang kerjaya yang semakin terhad. Semoga generasi muda hari ini tabah dan dikurniakan
kebijaksanaan dalam mencipta peluang kerjaya serta mengembangkan kerjaya mereka agar kemajuan
negara diteruskan dengan jayanya. Peribahasa melayu berkata di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Kata mutiara ini sesuai untuk dijadikan sebagai pedoman para remaja dalam menempuh dugaan
dan cabaran sebelum berjaya mencapai cita-cita dan kerjaya impian mereka.

Anda mungkin juga menyukai