Anda di halaman 1dari 9

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam muhibbah dan salam satu Malaysia diucapkan

kepada semua hadirin dan hadirat yang hadir pada hari ini.
Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta oleh itu, moleklah kiranya saya perjelaskan
dahulu tajuk forum yang bakal kita kupas pada hari ini. Isu yang ingin kita bincangkan dan
ulas pada hari ini adalah berpaksikan pendidikan. Yakni isu ketaksamaan peluang
pendidikan pada peringkat pengajian tinggi dari sudut gender. Trenda kebanjiran pelajar
wanita di institut pendidikan tinggi ini telah seringkali menjadi bahan bualan hangat setiapkali
enrolemen pelajar baharu dilakukan ,fenomena ini telah seolah oleh menjadi amalan
dalam sistem pendidikan tinggi negara.
Para hadirin yang dihormati sekalian ,
Saya sebenarnya agak tertarik dengan sebuah artikel yang telah diterbitkan oleh berita
harian pada keluarannya edisi 26 Jun 2014 yang lalu. Artikel ini adalah bertajuk pelajar
perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki di IPTA. Artikel ini telah merakamkan rasa
bimbang yang berhormat menteri pengajian tinggi , Datuk seri Mohamed Khaled Nordin
yang menyatakan bahawa perbezaan ketara jumlah pelajar perempuan berbanding lelaki di
IPTA dikhuatiri boleh menggagalkan pembangunan sumber manusia terutama dalam
menjayakan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi
(ETP).
Oleh itu , bagi membincangkan topik kita yang cukup menarik pada hari ini , bersama
sama saya , tidak lain dan tidak bukan panel panel yang bijaksana dalam memberi idea
dan komentar berkenaan isu ini agar isu ini boleh kita fahami dengan lebih jelas dan terang.
MEMPERKENALKAN TETAMU JEMPUTAN
Eloklah kiranya kita bertaarufan dengan ahli ahli panel kita pada hari ini.
Di sebelah kanan saya , seorang mahasisiwi yang bersuara lantang , saudari Rafidah Agus.
Saudari Rafidah merupakan seorang mahasiswi yang berada dalam jurusan pendidikan seni
visual.( panel 1 )
Seterusnya, di sebelah kiri saya pula ,Saudari Norzila Abdu Salam yang cantik manis
orangnya.Saudari kita ini juga memilih jurusan pendidikan seni visual sebagai subjek
utamanya di Institut pendidikan guru kampus Sarawak .( panel 2 )
Tetamu seterusnya ialah seorang siswi pendidik yang tidak lagi asing bagi kita , iaitu saudari
Lau Mee Chung, siswi pendidik ini agak berbakat dalam bidang seni halus. ( panel 3 )
Tetamu istimewa kita pada hari ini yang kelihatan segak lagi tampan ialah saudara Abdul
Samad Bin Johari dari kumpulan pengajian pendidikan seni visual. ( panel 4 )
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli ahli panel kerana sudi
untuk bersama sama kita pada hari ini.
Faktor ketaksamaan jantina di IPT
Berbalik kepada artikel yang telah disebutkan tadi , fenomena jurang dalam nisbah pelajar
lelaki dan pelajar perempuan yang berlaku di IPT telah mula meresahkan banyak pihak.

Soalan 1 ( panel 1 )
Jika dahulu anak perempuan ditatang bagai mniyak yang penuh dan seringkali dilatih untuk
menjadi ibu dan isteri yang baik , golongan ini seolah olah dinafikan dan disekat haknya
dalam mendapatkan pendidikan secara formal yang sempurna. Walaubagaimanapun
peredaran zaman dan permodenan telah berjaya mengubah sikap dan persepsi ibu bapa
mahupun keluarga terhadap pendidikan. Pada pendapat saudari adakah faktor ini
menyumbang kepada fenomena jurang nisbah jantina yang tidak seimbang di IPT?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis ,
ahli ahli panel dan para hadirin sekalian.
Jika kita lihat ya saudari pengerusi majlis, pelajar perempuan kelihatannya lebih menyerlah
prestasinya dalam bidang akademik. Perkara ini dapat kita lihat daripada nisbah di antara
pelajar perempuan dan lelaki di IPT . Bagi kemasukan pelajar baru sesi September
2011/2012, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya nisbah ialah 30:70,
manakala di UPM pula 33:67.
Dorongan keluarga amat penting dalam memupuk minat belajar dalam kalangan anak
anak. Ibu bapa moden pada zaman ini tidak lagi berfikiran seperti generasi terdahulu yang
beranggapan bahawa anak perempuan hanya layak duduk di dapur sahaja. Sebaliknya
mereka membuka peluang yang luas kepada anak - anak untuk mencapai kelulusan
akademik yang lebih tinggi tanpa mengira jantina anak tersebut.Hasilnya ramai golongan
perempuan berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.
Ibu bapa zaman ini juga tidak lokek untuk melaburkan wang bagi membiayai pelajaran anak
anak. Anak- anak diberikan galakan untuk belajar , ibu bapa seringkali menghantar anak
anak mereka ke kelas kelas tuisyen untuk mengasah kemahiran akademik .tidak cukup
dengan itu ibu bapa juga berusaha untuk membekalkan anak anak dengan bahan
pembelajaran tambahan yang cukup banyak dari pelbagai sumber. Sebagai contohnya buku
buku rujukan , majalah ilmiah , bahan multimedia interaktif dan sebagainya. Seawal dari
usia bayi lagi ibu bapa telah mula mendedahkan anak anak dengan bahan yang
berunsurkan pelajaran seperti buku buku cerita dan program televisyen yang bermanfaat.
Oleh itu tidak hairanlah jika , anak anak pada zaman ini lebih cepat berkembang kognitif
ataupun inteleknya. Sebagai kesimpulannya keluarga memainkan peranan yang amat
penting dalam membentuk budaya pembelajaran yang positif .
Soalan 2 ( panel 2 )
Terima kasih saudari atas ulasan yang telah diberikan sebentar tadi.
Mengulas isu gender dan hubungkaitnya dengan peluang pendidikan , masyarakat semakin
sedar akan pentingnya pendidikan kepada lelaki mahupun perempuan,Pendidikan di
anggap sebagai agen yang mampu melonjakkan status sosioekonomi seseorang itu. Oleh
itu tidak hairanlah jika para pelajar kita pada hari ini berlumba lumba untuk mendapatkan
keputusan akademik yang cemerlang.Namun persoalannya di sini adakah faktor pencapaian
akademik menyumbang kepada fenomena jurang nisbah di antara pelajar lelaki dan
perempuan di IPT.

Terima kasih saudari pengerusi majlis atas soalan yang cukup menarik untuk saya jawab
dan kupaskan. Dewasa ini sememangnya prestasi akademik yang cemerlang adalah amat
dititikberatkan oleh guru, ibu bapa mahupun pihak sekolah. Hal ini kerana sistem meritokrasi
yang diamalkan oleh pihak universiti menetapkan syarat kelayakan kemasukan yang agak
tinggi. Jika seorang pelajar itu tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan
sudah tentulah dia akan gagal untuk menempatkan diri di IPT yang dikehendakinya. Hal ini
kerana pihak universiti ingin mengekalkan prestij dan kualiti pelajar mereka.
Sistem meritokrasi ini sebenarnya telah membuka peluang yang luas kepada pelajar
perempuan untuk menempatkan diri di universiti. Hal ini kerana pelajar perempuan yang
mempunyai kelayakan akademik akan diterima untuk meneruskan pelajaran di
universiti.Sikap gigih dan tekun pelajar perempuan adalah merupakan penyebab yang
menyumbang kepada keputusan akademik yang cemerlang ini.
Kadangkala kita perhatikan pihak universiti menggunakan sistem kuota dalam pengambilan
pelajar.Hal ini bermakna jumlah pengambilan pelajar wanita adalah dihadkan kepada jumlah
atau nisbah yang tertentu. Tindakan ini diambil atas dasar ingin merapatkan jurang nisbah di
antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Walaubagaimanapun pada pendapat saya
sistem kuota ini tidaklah begitu efektif . Hal ini kerana tindakan ini hanya akan menyekat
peluang pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai
contohnya seorang pelajar perempuan yang mempunyai kelayakan akademik yang cukup
cemerlang ditolak permohonannya untuk mengikuti pengajian di universiti atas alasan kuota
untuk pelajar perempuan telah penuh, tidakkah hal ini akan membawa kepada pembaziran
sumber manusia yang berpotensi.Sebaliknya pelajar lelaki diterima dengan lebih mudah
untuk memenuhi kuota khas untuk golongan mereka, hasilnya graduan yang dilahirkan nanti
adalah tidak mempunyai kelayakan atau kualiti yang diharapkan.
Disamping itu , dapat kita perhatikan bahawa sistem kurikulum yang diamalkan dalam
sistem pendidikan di Negara kita adalah lebih bercorak akademik dan penilaian berdasarkan
peperiksaan semata mata. Sistem kurikulum ini sebenarnya merupakan satu kelebihan
kepada pelajar perempuan kerana sistem sebegini memerlukan penumpuan dan ketekunan
terhadap bahan bacaan dan bahan lisan.Sifat wanita yang cenderung ke arah pembelajar
yang pasif merupakan kelebihan yang diperlukan dalam pendidikan bercorak ini. Sebaliknya
pelajar lelaki yang bersifat aktif akan dianggap sebagai menggangu perjalanan kelas.
Sepertimana yang kita ketahui gaya berfikir dan belajar pelajar lelaki biasanya adalah lebih
berfokus kepada pembelajaran berasaskan aktiviti dan visual. Mereka lebih suka kepada
aktiviti amali berbanding aktiviti mendengar secara pasif sahaja.
Pengerusi majlis
Terima kasih kepada ahli panel kita yang kedua atas pendapat dan kupasan yang cukup
bernas dan jitu tadi . Soalan yang seterusnya ingin saya tujukan khas buat ahli panel kita
yang seterusnya iaitu saudari Lau Mee Chung
Soalan 3 ( panel 3 )
Saudari Lau , pada masa kini kita lihat ya , pelbagai pembagunan dilakukan secara pesat
dinegara kita. Banyak syarikat dan firma asing yang berminat untuk menjalankan operasi
mereka di sini. Situasi ini sekaligus telah merancakkan lagi pembangunan ekonomi Negara
di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan kita. Peluang

pekerjaan ini adalah merangkumi pekerjaan kolar putih dan pekerjaan kolar biru.Jadi ingin
saya tanyakan di sini adakah hal ini dianggap sebagai salah satu faktor yang menyumbang
kepada fenomena jurang nisbah pelajar perempuan dan pelajar lelaki di universiti .Mohon
saudari jelaskan .
Terlebih dahulu salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada saudari
pengerusi majlis dan hadirin sekalian. Sepertimana yang kita ketahui , pada masa kini lelaki
mahupun wanita masing masing berlumba untuk meningkatkan taraf sosioekonomi
masing masing.Untuk membolehkan mereka meningkatkan taraf sosioekonomi ini kerjaya
yang tetap dan stabil adalah amat diperlukan.
Nilai gaji bagi sesuatu perekrjaan lazimnya adalah bergantung kepada kelayakan akademik,
maksudnya di sini semakin tinggi kelayakan akademik seseorang itu maka semakin tinggilah
gaji yang diberikan,
Misalnya pada masa kini kelayakan pada peringkat SPM hanya boleh digunakan untuk
memohon pekerjaan yang berkolar biru sahaja. Pekerjaan yang berbentuk separa mahir dan
mahir memerlukan calon yang memiliki kelayakan akademik sekurang kurangnya pada
peringkat diploma ataupun ijazah walhal kadangkala lebih tinggi lagi.
Gaya hidup moden masa kini yang memerlukan sumber pendapatan yang tetap juga
menyumbang kepada penceburan diri dalam alam pekerjaan. Tanpa wang yang cukup
adalah sukar untuk meneruskan kehidupan dengan selesa pada masa kini. Kos hidup yang
semakin meningkat hari demi hari membuatkan ramai orang mengeluh. Terdapat segelintir
individu yang terpaksa melakukan dua hingga tiga kerja sekaligus untuk menampung
perbelanjaan harian keluarga mereka.
Walaubagaimanapun hal ini telah menjadi salah satu bentuk motivasi kepada para pelajar
kita untuk mendapatkan kelayakan akademik yang lebih tinggi. Ini kerana mereka menyedari
bahawa tanpa kelayakan akademik adalah sukar untuk mendapatkan jawatan yang
menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Kesannya para pelajar kita akan belajar dengan lebih gigih dan tekun bagi memperoleh
keputusan akademik yang cemerlang , terutamanya pelajar pelajar wanita . Hal ini kerana
mereka menyedari bahawa mereka tidak mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk bekerja
dalam sektor yang memerlukan tenaga fizikal, contohnya seperti sektor pembalakan dan
galian petroleum yang menjanjikan pendapatan yang agak lumayan walaupun kelulusan
akademik yang diperlukan tidaklah begitu tinggi.
Nampaknya saudari Lau begitu bersemangat dalam mengulas persoalan yang telah
diutarakan tadi , terima kasih saya ucapkan .
Soalan 4 ( panel 4 )
Seterusnya kita beralih kepada persoalan yang berikutnya yang saya kira molek untuk
dikupaskan oleh panel jemputan kita pada hari ini iaitu saudara Abdul Samad Bin Johari.
Saudara, pada pendapat saudara adakah jenis kursus dan jurusan yang ditawarkan di IPT
menjadi faktor penolak minat pelajar lelaki untuk meneruskan pengajian mereka. Kerana jika
kita lihat ya , jurusan yang ditawarkan di universiti adalah kebanyakkannya bercorak
akademik contohnya jurusan undang undang , jurusan perakaunan , jurusan pentadbiran

awam dan pelbagai lagi jurusan yang lainnya.Silakan saudara kupaskan dan kongsikan
dengan lebih lanjut.
Terima kasih saudari pengerusi majlis.Sememangnya terdapat kelainan dalam
kecenderungan minat seseorang pelajar itu. Minat dan kecenderungan ini lazimnya adalah
berkait rapat dengan jantina pelajar. Hal ini boleh diperhatikan di sekolah sekolah
vokasional dan institusi kemahiran kebanyakkan pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar
lelaki. Hal ini kerana minat pelajar lelaki adalah lebih kepada sesuatu yang berbentuk amali
dan kemahiran yang praktikal.
Misalannya kursus perladangan yang memerlukan pelajar untuk turun padang bagi
melaksanakan kerja kerja amali perladangan.Pelajar lelaki akan berasa lebih mudah untuk
turun padang berbanding pelajar perempuan yang bimbang dengan dengan pelbagai
perkara seperti terkena selaran matahari dan sebagainya. Disini dapat kita perhatikan
bahawa minat dan kecenderungan pelajar adalah banyak bergantung kepada faktor jantina
mereka
Kadangkala terdapat pelajar lelaki yang sebenarnya berkelayakan untuk meneruskan
pengajian di IPT namun menolaknya kerana lebih suka untuk memilih pusat pusat
kemahiran dan kolej vokasional untuk meneruskan pengajian mereka. Pelajar lelaki juga
lebih berminat untuk mempelajari kemahiran kerana peluang pekerjaan bagi pelajar lepasan
pusat kemahiran dan kolej vokasional adalah lebih luas lagi, misalanya mereka boleh
memulakan perniagaan sendiri sebaik sahaja habis pengajian dan tidak perlu untuk
menunggu kekosongan jawatan yang kita tahu persaingannya amat sengit sekarang
Realitinya , golongan lelaki adalah lebih fleksible dan mudah untuk mendapatkan pekerjaan
berbanding wanita. Mereka tidak perlu risau mengenai jumlah jam kerja yang banyak
ataupun kerja yang memerlukan pertukaran shif sehingga lewat malam.Sifat majikan yang
lebih gemar untuk mengambil pekerja lelaki juga memudahkan lagi pelajar lelaki memasuki
alam pekerjaan tidak kira sebagai buruh mahir, separa mahir mahupun buruh tidak mahir.
Hal ini kerana adalah dianggap lebih mudah untuk menguruskan pekerja lelaki kerana
mereka tidak mungkin memerlukan cuti yang amat panjang seperti cuti bersalin , pemberian
cuti yang panjang sudah pastinya akan merugikan pihak majikan.
Situasi ini telah menjadi faktor penolak bagi pelajar lelaki meneruskan pengajian mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.Hal ini kerana majikan tidak hanya meminta kelayakan akademik
semata mata tetapi juga mengambil kira faktor pengalaman berkerja.Begitulah kiranya
saudari pengerusi majlis ya .
Terima kasih kepada saudara abdul samad diatas kupasan yang saya anggap amat relevan
dengan situasi semasa yang benar benar berlaku terutamanya di alam pekerjaan.
Para hadirin yang dihormati sekalian ,
Sebentar tadi telah di jelaskan dan dikupaskan kepada kita mengenai faktor faktor yang
menyumbang kepada fenomena ketaksamaan peluang pendidikan dari segi gender di IPT,
jadi kini eloklah kiranya kita mengetahui implikasinya pula. Fenomena ini sudah pastinya
akan memberikan impak kepada individu , keluarga , masyarakat dan negara secara
keseluruhannya. Impak ini boleh jadi merupakan impak yang positif mahupun impak yang
negatif.

Persoalannya adakah fenomena ini memberikan impak kepada individu? Moleklah kiranya
kita minta ahli panel kita yang pertama untuk mengupaskannya. Saudari Rafidah
Impak 1 ( panel 1)
Fenomena jurang nisbah yang berlaku dalam kalangan penuntut universiti sebenarnya
merupakan satu rahmat kepada golongan wanita. Hal ini kerana dengan adanya peluang
pendidikan tinggi kepada golongan wanita , mereka akan dapat meningkatkan status dan
taraf sosioekonomi mereka. Dengan latar belakang akademik yang mantap , wanita boleh
berdikari dan bebas untuk memilih jalan hidup mereka tanpa perlu bergantung harap kepada
lelaki semata mata .
Jika kita lihat ya sekarang , peratus kes kes penceraian adalah agak tinggi. Menurut rekod
yang dikeluarkan oleh jabatan kehakiman syariah Malaysia, kes penceraian yang
didaftarkan di mahkamah syariah seluruh Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak 581,
505 kes. Jumlah kes yang cukup banyak ini telah menggerunkan banyak wanita yang telah
berumah tangga. Sepertimana yang kita fahami , apabila berlakunya kes penceraian hidup
seorang wanita itu akan mula menjadi terumbang ambing. Jadi dengan adanya kelayakan
akademik yang mantap golongan wanita akan menjadi lebih mudah untuk menyara hidup
mereka sendiri setelah bercerai setidak tidaknya.
Walaubagaimanapun impak negatif fenomena ini kepada individu tidaklah boleh kita
pandang sepi sahaja.Impaknya ini akan dirasai oleh kaum lelaki terutamanya. Sedikit
sebanyak ego mereka akan tercalar apabila menyedari bahawa kelayakan akademik
mereka lebih rendah berbanding rakan wanita mereka.Kaum lelaki akan berasa tercabar
dan seterusnya situasi ini boleh membawa kepada persepsi kendiri yang negatif dalam
kalangan lelaki. Golongan lelaki juga mungkin berasa kurang yakin untuk memilih wanita
yang lebih tinggi akademiknya sebagai pasangan hidup, mereka seringkali bimbang akan
jumlah hantaran yang bakal diminta oleh pihak perempuan.Kesannya wanita yang
berpendidikan tinggi semakin sukar untuk mendapatkan pasangan hidup mereka.Kembali
kepada pengerusi majlis
Impak 2 ( panel 2 )
Taraf pendidikan sudah pastinya merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting
dalam budaya dan gaya hidup sesebuah keluarga itu. Namun adakah keluarga juga akan
merasai kesan akibat fenomena yang kita bincangkan ini , bagi menjawab persoalan ini saya
ingin menjemput ahli panel kita yang kedua untuk mengulas mengenainya dengan lebih
lajut.Dipersilakan saudari Norzila .
Terima kasih saudari pengerusi majlis atas persoalan yang menarik untuk saya kupaskan.
Sebenarnya fenomena jurang nisbah di antara pelajar IPT telah membawa impak yang
positif dan juga impak yang negatif .
Antara impak positif yang boleh kita lihat dengan jelas sekarang ialah kemunculan golongan
wanita berkerjaya yang berada dalam sektor awam mahupun swasta.Golongan wanita
bekerjaya ini adalah merupakan hasilan daripada IPT - IPT di Negara kita. Mereka telah
berjaya memperoleh pendidikan tinggi dan seterusnya membina kerjaya masing masing.
Golongan wanita bekerjaya ini sudah pastinya mampu menyumbang dalam meningkatkan
pendapatan perkapita keluarga masing masing. Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh

mereka akan digunakan untuk membantu meringankan beban suami dalam menyara
pendapatan keluarga, dengan itu beban suami akan berkurangan berkat bantuan dan
sokongan dari si isteri.Hasilnya kehidupan berumahtangga akan menjadi lebih selesa.
Dengan adanya sumber pendapatan yang stabil mereka mampu untuk membeli aset
peribadi disamping berpeluang untuk membuat simpanan untuk masa hadapan. Tambahan
pula mereka dapat menyediakan kehidupan yang lebih berkualiti dan selesa untuk anak
anak , sebagai contohnya ibu bapa yang lebih berkemampuan akan mampu untuk
menyediakan kemudahan perubatan yang lebih baik untuk anak anak mereka.
Namun demikian terdapat juga isu negatif yang mungkin timbul apabila wanita mula
mengorak langkah dalam kerjaya.Sebagai contohnya situasi dimana sang suami seolah
olah harimau hilang taring dalam keluarganya. Anak anak mungkin hilang rasa hormat
terhadap bapa mereka kerana menganggap kedudukan ibu lebih tinggi dari bapa lantaran
kelulusan akademik yang dimiliki.Kedudukan bapa sebagai ketua keluarga yang seharusnya
dihormati akan tergugat.Terdapat juga situasi dimana suami bersifat tunduk kepada isteri
kerana kuasa ekonomi yang dimiliki oleh isteri , hal ini seringkali terjadi apabila pendapatan
isteri adalah lebih tinggi berbanding suami, kesannya sumber pendapatan keluarga yang
utama adalah disumbangkan oleh isteri. Suami sebaliknya akan bergantung kepada isteri
dari segi ekonomi. Apabila situasi ini berlaku sudah pastinya sesebuah institusi keluarga itu
akan menjadi pincang.
Sememangnya banyak kesan rantaian akan berlaku pada keluarga disebabkan oleh
fenomena jurang nisbah antara jantina di IPT.
Soalan 3 ( panel 3)
Sungguh mantap nampaknya ulasan yang telah kita dengar daripada ahli panel kita
sebentar tadi. Sememangnya fenomena yang kita bincangkan ini membawa impak yang
cukup besar kepada sesebuah institusi keluarga itu. Tetapi bagaimana pula halnya ke atas
masyarakat kita, apakah maasyarakat kita turut menerima tempias daripada fenomena ini.
Untuk merungkai persoalan ini kita jemput saudari Lau untuk mengulaskan lebih lanjut
mengenainya , dipersilakan saudari Lau.
Sememangnya , apabila apa- apa pun peristiwa atau fenomena yang berlaku masyarakat
kita turut sama akan merasakan kesannya. Kesan yang dapat kita perhatikan lantaran
fenomena ini ialah berlakunya sumbangan tenaga kerja yang banyak dari golongan wanita
yang terpelajar.Jika dahulu kaum wanita hanya berkhidmat untuk suami dan anak anak di
rumah tetapi kini khidmat golongan wanita adalah lebih besar kesannya kepada masyarakat
kita. Kini terdapat wanita yang memegang jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan
mahupun swasta. Sebagai contohnya yang berhormat Datuk noriah kasnon yang
memegang portfolio sebagai timbalan menteri perusaahaan, perladangan dan
komoditi.Pelantikan wanita untuk memegang jawatan yang tinggi ini menunjukkan
kepercayaan tampuk pemerintahan Negara kepada keupayaan golongan wanita.
Namun kemasukkan ramai tenaga kerja wanita dalam sektor ekonomi kita mungkin
membawa kepada masalah kekurangan tenaga kerja buruh. Hal ini kerana batasan
kemampuan fizikal wanita dalam melakukan kerja kerja berat seperti dalam sektor
pembinaan dan perladangan. Kesannya kita terpaksa bergantung harap dengan tenaga
buruh asing. Kebanjiran buruh asing di Negara kita akan membawa kepada berlakunya
pelbagai gejala sosial yang negatif.

Soalan 4 ( panel 4)
Telah kita dengar tadi ulasan dari ahli panel kita yang ketiga. Kini ingin kita dengarkan pula
pendapat dan ulasan dari ahli panel kita yang terakhir . Apakah kesannya fenomena
ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina ini kepada Negara kita ? saudara Samad
dipersilakan
Sebagai sebuah Negara yang ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
Negara maju yang lainnya kerajaan kita telah melakukan banyak usaha . Salah satu
daripadanya ialah dengan cara membangunkan sumber manusia yang produktif dan
berkualiti. Untuk merealisasikan usaha kerajaan ini pelbagai program dan kursus ditawarkan
di IPT. Kesannya banyak graduan yang berkelayakan tinggi berjaya dilahirkan baik dari
golongan lelaki mahupun perempuan.
Dengan adanya sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi ini hasrat Negara kita untuk
mencapai wawasan 2020 akan lebih mudah untuk dicapai. Kita tidak perlu lagi bergantung
dengan tenaga pakar dari luar kerana kita telah memiliki golongan bijak pandai dari
kalangan rakyat tempatan kita sendiri. Dengan adanya sumbangan tenaga mahir ini
pelbagai bentuk industri dapat dijalankan di Negara kita. Apabila hal ini berlaku margin
keuntungan Negara akan bertambah , hasilnya pembangunan Negara kita dapat dilakukan
dengan lebih pesat lagi.
Walaubagaimanapun terdapat juga kesan yang negatif yang terhasil apabila berlakunya isu
ketaksamaan peluang pendidikan di Negara kita. Misalannya sistem kuota yang diamalkan
di universiti kini telah menyekat kelahiran tenaga kerja yang berpotensi.Perkara ini tidak
seharusnya berlaku kerana pelajar yang berpotensi haruslah digilap dan diasah bakatnya
supaya menjadi tenaga kerja yang berkualiti suatu hari kelak.
Kegagalan dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti merupakan satu bentuk kerugian
kepada Negara sebenarnya , hal ini kerana jika kita perhatikan tenaga kerja yang berkualiti
adalah amat penting dalam membangunkan Negara kita baik dari segi ekonomi , politik
mahupun sosial. Golongan ini akan berupaya menjadi agen transformasi yang berupaya
memacu Negara kita ke puncak pembangunan.
Ingin saya simpulkan disini fenomena ketaksamaan peluang pendidikan dari sudut jantina
akan membawa kesan yang signifikan terhadap Negara kita.
Pengerusi forum
Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua ahli ahli panel dan juga ahli panel
jemputan kita.Adalah diharapkan agar dikusi sebentar tadi telah berjaya menjernihkan yang
keruh dan menerangkan yang kelam, adalah diharapkan juga diskusi sebentar tadi mampu
untuk membuka minda dan hati para hadiri yang hadir bersama kita pada hari ini,
insyaallah.Ingin saya labuhkan tirai kita pada hari ini dengan serangkap pantun.

Perahu mudik dari kangsar ,


Mudiknya pula dari tenggara ,

Pemuda harapan bangsa,


Pemudi tiang Negara .

Anda mungkin juga menyukai