Anda di halaman 1dari 7

TEKS FORUM REMAJA BAHASA MELAYU

TAJUK FORUM : SUKAN DAN REAKREASI DI NEGARA KITA

PENGERUSI : MAWAR NUR HAZWANI BINTI NORHAN


AHLI PANEL PERTAMA : NUR AIN ELIZA BINTI NORSHAM
AHLI PANEL KEDUA : SOPHIA NUR ALEEYA BINTI MOHD ZAKI
AHLI PANEL KETIGA : NIK AILYN ZAHIRAH BINTI MOHD ZAHARUDIN

PEMBICARA SKRIP
Pengerusi Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi teraju kebenaran,
Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melolontarkan idea.
Sidang hadirin yang dihormati

Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam forum Satu Malaysia,

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala


kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
bersua dalam forum pada pagi yang bening lagi ceria ini. Saya
Mawar Nur Hazwani akan bersama-sama warga dewan sekalian untuk
mempengerusikan forum kita pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang cantik jelita


lagi menawan bergaya, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu mauduk bual bicara forum remaja kita pada hari ini.

Mauduk forum kita berkisar tema Sukan dan Reakreasi di negara kita.

Sukan reakreasi memainkan peranan

Saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini.

Baiklah sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi


menelusuri lebih mendalam topik perbincangan, molek kiranya kita
berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.
Di sebelah kanan saya, saudari Nur Ain Eliza yang
merupakan ahli panel yang pertama, tampan dan murah dengan
senyuman. Selamat datang saudari Ain, apa khabar saudari?

Ahli Panel Terima kasih saudari pengerusi. Alhamdulillah, khabar baik. Saudari
Pertama bagaimana?

Pengerusi Alhamdulillah, saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan
cukup bersemangat untuk berbicara tentang Sukan dan Reakreasi di
negara kita ini.

Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, Nampak yakin dan


tenang berada di sebelah kiri saya iaitu saudari Sophia Nur Aleeya.
Selamat datang saudari Sophia.
Apa khabar saudari?

Ahli Panel Kedua Alhamdulillah, sihat sejahtera saudari pengerusi. Datang ke sini
dengan semangat yang membara seperti saudari juga.

Pengerusi Ya, sudah pasti saudara Sophia, topik bual bicara kita pada hari ini
memang menarik menjadikan kita sunggul terpanggil untuk
membincangkannya.

Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli
panel kita yang ketiga iaitu saudari Nik Ailyn Zahirah cantik bergaya
orangnya. Walaupun Nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa
khabar saudari?

Ahli Panel Ketiga Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya
berada di sini bersama-sama saudari dan para hadirin. Salam forum
buat semua.

Pengerusi Forum Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada
topik forum kita iaitu Sukan dan Reakreasi di Negara Kita.

Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati sekalian.

Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan
soalan pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama.
Saudari Ain, mohon saudari memberikan penjelasan
tentang ciri-ciri keistimewaan Sukan dan Reakreasi di negara kita.
Ahli Panel Terima kasih saudara pengerusi, saudari Mawar.
Pertama
Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati.

Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh saudara pengerusi


tentang keistimewaan Sukan dan Reakreasi di Negara Kita ini.

Bermimpikah kita? Apakah istimewanya Sukan dan Reakreasi


berbanding aktivti-aktiviti yang lain?

Saudari Pengerusi, ahli panel dan sidang hadirin sekalian,

Kita tidak bermimpi di siang hari kerana Sukan dan Reakreasi


sebenarnya sudah sekian lama menjadi aktiviti utama rakyat di negara
kita.

Sidang hadirin yang dihormati

Kepentingan aktviti sukan dan reakreasi dapat menyihatkan tubuh badan.


Sebagai contohnya, apabila bersukan tubuh badan kita akan berpeluh dan
perkara ini secara tidak langsung dapat menyingkirkan garam mineral yang
tidak diperlukan oleh badan kita.

Selain itu, sukan dan reakreasi juga dapat menyihatkan tubuh badan, dapat
mengawal emosi sendiri, sosiolisasi dan dapat mempelajari banyak nilai murni.

Yang pertama, dapat menyihatkan tubuh badan iaitu apabila sesorang itu mula
melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini
akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan
menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

Yang kedua, dapat mengawal emosi sendiri iaitu apabila sesorang individu
mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan reakreasi maka dia akan
dapat mengawal emosi dia dengan baik. Contohnya, apabila sesorang berasa
marah atay hatinya tidak tenteram, pastinya bahawa setelah dia mengambil
bahagian dalam sukan dan reakreasi dia dapat menenangkan fikirannya dan
membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya.

Yang ketiga, sosiolisasi iaitu melalui sukan dan reakreasi, dapatlah membantu
seseorang untuk mengembangkan kemahiran sosiolisasi mereka dengan
berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa
sebarang masalah.

Yang terakhir, dapat mempelajari banyak nilai murni iaitu seseorang individu
boleh mempelajari nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil
bahagian dalam aktivti sukan reakreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai
salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

Terima kasih. Kembali semula kepada saudari pengerusi forum, saudari


Mawar.
Pengerusi Forum Sidang hadirin,

Terima kasih saudari ahli panel pertama, saudari Ain.

Hadirin sekalian.

Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua, saudari


Sophia untuk memberitahu dan menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai nilai-nilai sukan dan reakreasi yang diulas oleh saudari Ain
ahli panel kedua sebentar tadi.

Ahli Panel Kedua Terima kasih saudari pengerusi majlis.


Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin.
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia.

Persoalan daripada saudari pengerusi tentang nilai-nilai sukan dan


reakreasi. Sebenarnya terdapat banyak nilai-nilai sukan dan reakreasi
yang kita perlu ketahui seperti nilai psikologi, nilai sosial reakreasi,
nilai intelek reakreasi dan nilai fizikal reakreasi.

Yang pertama, nilai psikologi iaitu semua bentuk reakreasi mempunyai nilai
psikologi. Bagaimanapun, sama ada sesuatu pengalaman reakreasi memberi
kesan negatif atau positif adalah bergantung kepada persepsi individu tersebut.
Sebagai contohnya, sesorang mungkin boleh mendapatkan manfaat daeri
kegiatan reakreasi manakala seseorang yang lain akan merasakan sebaliknya.

Yang kedua, nilai sosial iaitu sukan dan reakreasi boleh memberikan individu,
terutamanya remaja peluang untuk berhubung secara sihat dengan individu
lain. Contohnya, dalam aktiviti-aktiviti Rakan Muda, para remaja berpeluang
untuk bergembira bersama-sama rakan sebaya mereka dengan melakukan
aktiviti-aktiviti sihat lagi manfaat.

Yang ketiga, nilai intelek iaitu aktiviti berbentuk sukan dan reakreasi
sebenarnya pelbagai kebaikan dan berpotensi tinggi. Sekiranya ia dirancang
dan dilaksanakan dengan baik, ia boleh memberikan pulangan seimbang dari
segi pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar.
Yang terakhir, nilai fizikal iaitu sukan dan reakreasi boleh mengurangkan risiko
sakit jantung dan pertambahan berat badan berlebihan melalui aktiviti seperti
berjoging, menari, berbasikal dan banyak lagi. Semua aktiviti ini boleh
membantu meningkatkan stamina dan menyihatkan sistem pernafasan
sesorang.

Sekian, saya kembalikan kepada saudara pengerusi forum. Terima


kasih.

Pengerusi Forum Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada saudari ahli
panel kedua, saudari Sophia.

Soalan saya yang seterusnya buat ahli panel ketiga mungkin agak
bertentangan dengan kupasan daripada ahli panel pertama dan kedua.
Saya ingin bertanya kepada ahli panel ketiga, saudari Ailyn tentang
permasalahan dan kekangan sukan dan reakreasi di negara kita.

Ahli Panel Ketiga Terima kasih saudari pengerusi forum.

Rakan ahli panel dan hadirin yang dihormati.

Antara cabaran sukan dan reakreasi di negara kita ialah deviasi dalam
sukan iaitu seseorang atlet melakukan penyelewengan untuk mencapai
hasil atau kepuasan dirinya. Contohnya, rasuah, perjudian dan
penyalahgunaan dadah.

Selain itu, rasuah dalam dunia kesukanan iaitu rasuah satu Tindakan
pemerasan ayang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan mendapatkan
pertolongan. Al-Risywah daripada Abu Hurairah R.A ia telah berkata
Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka menerima rasuah
dalam soal hukum menghukum.

Setakat ini sahaja sidang hadirin saya serahkan kembali saudari


pengerusi forum, saudari Mawar.

.
Pengerusi Forum Terima kasih kepada ahli panel ketiga, saudari Ailyn yang
telah mengupas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara kita
mengenai sukan dan reakreasi.

Hadirin sekalian.
Selain membicarakan cabaran, saya juga ingin meninjau lebih lanjut
pandangan ahli-ahli panel kita tentang prakarsa-prakarsa yang boleh
dilaksanakan untuk mengatasi cabaran sukan dan reakreasi terutama
pada era globalisasi ini di negara kita.

Saya mulakan dengan soalan pertama buat ahli panel pertama iaitu
saudari Ain tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk meletakkan sukan dan reakreasi pada kedudukan yang
betul.

Ahli Panel Terima kasih kepada saudari pengerusi forum.


Pertama
Menjawab persoalan saudari, kita harus mengakui kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk meletakkan sukan dan reakreasi
sebagai aktiviti utama.

Pengerusi Forum Terima kasih saudari Ain sungguh besar peranan yang dimainkan oleh
pihak kerajaan ya saudari Ain.

Sebagai penghujung bicara, saya mohon ahli panel membuat rumusan


perbincangan kita pada hari ini.

Ahli Panel Saudari pengerusi, sahabat panel dan sidang hadirin


Pertama Bahasa Jiwa Bangsa,

Sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, ayuh kita lestarikan


perjuangan memartabatkan sukan dan reakreasi ke takhtanya.

Ahli Panel Kedua Akhir kalam daripada saya, hasrat mengantarabangsakan sukan dan
reakreasi bukanlah angan-angan Mat Jenin atau impian di awang-
awangan. Dengan izin Allah, iltizam padu dan komitmen jitu semua
pihak, kerajaan, rakyat termasuk kita generasi muda, walau masih
setahun jagung, darah setampuk pinang, mari kita usahakan yang
terbaik buat sukan dan reakreasi di negara kita.

Ahli Panel Ketiga Sebagaimana sahabat ahli panel yang lain, pendirian dan rumusan saya
juga serupa walau tidak sama. Membujur lalu melintang patah, sekali
kita mara, pantang kita berundur. Perjuangan memartabatkan dan
mengantarabangsakan sukan dan reakreasi ialah perjuangan luhur dan
suci demi kesinambungan warisan bumi tercinta.
Pengerusi Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan
beriltizam

Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita
tentang sukan dan reakreasi di negara kita.

Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat,


kata sepakat yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu, kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, maka hasrat
menjadikan sukan dan reakreasi sebagai aktiviti utama di negara kita.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan isu sukan dan reakreasi di negara kita ini . Semoga
forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-
isu bahasa, selanjutnya membantu meletakkan sukan dan reakreasi di
persada antarabangsa. Harapan saya forum ini juga mampu
memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati.

Kalau berkayuh dan sampai ke pulau


Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah kata salah tutur Entah


maksud salah sampai

Terimalah salam, salam bersantun,


Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan
Forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini


selanjutnya mohon mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah


matullah dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai