Anda di halaman 1dari 10

SOLAT BERKUALITI , MASYARAKAT TERPUJI

MODERATER                                  :  Arif Hakimi bin Abdullah

AHLI   PANEL PERTAMA               :  Fatimah Zahra binti Zainuddin

AHLI   PANEL  KEDUA                   :  Nurul Ainnatasha binti Shahril

AHLI   PANEL KETIGA                  :  Nur Jannah Safaah binti Syafie

PEMBICARA SKRIP

PENGERUSI CUBAAN SATU/DUA ! Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri

AHLI PANEL  CUBAAN SATU/DUA ! Forum Remaja Jendela Kematangan Minda


1

AHLI PANEL CUBAAN SATU/DUA ! Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani


2

 AHLI PANEL CUBAAN SATU/DUA ! Forum Remaja Membentuk Insan Insani


3

SEMUA FORUM REMAJA PEMANGKIN GENERASI BERAKHLAK , TERPUJI

Pengerusi Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirahmannirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin

Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin

Wa ala alihi wasohbihi ajmain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam ukhwah, salam kasih sayang, salam smac Bahagia

Yang saya hormati barisan panel hakim yang bijaksana , yang saya sayangi , penjaga masa
yang setia dengan randiknya , barisan ahli panel saidina Umar Al Khattab yang luas
pemikirannya seterusnya sidang hadirin yang dirahmati allah sekalian
Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerna dengan limpah kurnia  dan
izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja peringkat
sekolah menengah agama chenor pada tahun 2023 bertempat di dewan aspuri Bersama
saya Arif Hakimi bin Abdullah pada pagi nirmala  yang bening lagi ceria ini.

Hadirin yang dihormati

    

    Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak eh. Maafkan saya
Yang cantik-cantik lagi menawan pada hari ini, izinkan saya  untuk mengupas terlebih
dahulu mauduk  forum remaja kita pada hari ini.

Sidang hadirin sekalian

Maudu’ forum kita berkisar tentang solat berkualiti , masyarakat terpuji

         Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang
mukmin. Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah
syahadah.Ia adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf.
Pendidikan solat bermula dari zaman kanak-kanak yang berusia tujuhtahun dan dipukul
pada umur sepuluh tahun jika tidak melakukan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat dia
ibarat merobohkan agama. solat tersebut boleh didapati melalui banyak dalil daripada Al-
Quran dan Al-Hadith. Perintah untuk menjaga solat amat-amat dititik beratkan
sebagaimana firman Allah S.W.T dalm surah al bayyinah ayat ke 5 :

Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah

Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di

atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta

memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

Daripada maksud ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa solat adalah satu

ketetapan yang mesti dilakukan dan diambil perhatian serius oleh setiap mukallaf.

Tambahan pula, ia merupakan amalan yang pertama sekali dihitung di akhirat kelak.

Baiklah sidang hadirin, tak kenal maka tak cinta dah kenal jangan jatuh cinta sebelum kita
menelusuri  lebih mendalam topik perbincangan kita pada pagi yang ceria ini , molek
kiranya kita berkenalan  dengan  ketiga-tiga ahli panel  kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudari Fatimah Zahra binti Zainuddin yang merupakan ahli panel
yang pertama, selamat datang saudari, apa khabar  ?

Ahli panel 1 Terima kasih saudara moderator. Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .

Pengerusi Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, iaitu saudari Nurul Ainnatasha binti Shahril

selamat datang saudari

Saudari apa khabar ?

Ahli panel 2 Alhamdulillah, khabar baik saudara moderator .

Pengerusi Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga
iaitu saudari Nur Jannah Safaah binti Syafie. Walaupun nampak pemalu, namun petah
bicaranya. Apa  khabar saudari?

Ahli Panel 3 Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik.  Salam forum buat semua.

Pengerusi Usai salam perkenalan dengan semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum kita iaitu
SOLAT BERKUALITI MASYARAKAT TERPUJI

Sidang hadirin yang dihormat

Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh lagi, eloklah kiranya kita menelusuri apakah
sebenarnya  yang dimaksudkan SOLAT BERKUALITI MASYARAKAT TERPUJI ? Bagi
menjawab persoalan ini, izinkan  saya  mengajukan soalan pertama  kepada ahli panel
pertama. Saudari fatimah, mohon saudari merungkaikan persoalan ini kepada semua.

Ahli panel 1 Awal Bismillah pembuka bicara,


Terima kasih saudara moderator

Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati,

RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat,
sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat,
sesungguhnya ia meruntuhkan agama.

Berbalik kepada soalan sebentar tadi, pengertian soalat menurut Bahasa adalah doa.
Manakala dari segi istilah pula beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan
takbir dan disudahi dengan salam berserta syata-syarat yang telah ditetapkan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, mendirikan solat 5 waktu merupakan salah satu
rukun islam yang wajib dilaksanakan oleh semua umat manusia yang beragama Islam.
Solat yang diwajibkan adalah subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak.

Seterusnya, berkualiti menurut kamus bahasa melayu dewan Bahasa dan Pustaka
merujuk kepada kemutuan sesuatu perkara yang dilakukan untuk melahirkan insan yang
baik keperibadiannya dalam menjalani kehidupan beragama.

Manakala masyarakat ditakrifkan di dalam kamus dewan edisi ke 4 ialah kumpulan


manusia yang hidup bersama dengan aturan dan cara tertentu.

Namun, maksud sebenar masyarakat terpuji didalam perbahasan kita pada pagi yang
mulia ini ialah masyarakat yang sering diperkatakan tentang kebaikannya, sebagai contoh
menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah di masjid mahupun di surau.

Jelaslah disini bahawa mendirikan solat dengan menepati semua syarat-syaratnya


merupakan titik utama ke arah pembentukan tingkah laku dan akhlak yang baik.

Terima kasih daun keladi

Saya serahkan kepada moderator kembali.

zxPengerusi Sidang hadirin,     demikian tadi penjelasan tentang takrif solat berkualiti masyarakat
terpuji yang pada pandangan saya merupakan penjelasan terperinci   dan menarik
daripada saudari ahli panel pertama.   Seterusnya, saya mohon  penjelasan daripada ahli
panel kedua,saudari AINNATASHA apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat
meninggalakn solat . silakan saudari
Ahli panel 2 Terima kasih Saudara moderater .

Assalamualaikum dan salam KASIH SAYANG BUAT WARGA SMA CHENOR YANG
DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

Sidang hadirin yang dihormati.

        

 Hasil kajian yang telah dibuat memaparkan kepada kita semua terdapat beberapa punca
yang berlakunya pengabaian solat dalam kalangan masyarakat di Malaysia .

Punca yang pertama tidak lain tidak bukan datang daripada diri mereka sendiri . Mereka
secara sengaja melengahkan solat sehingga terlepas waktu solat terutamanya pada waktu
subuh dan waktu asar .

Allah juga telah memberi peringatan yang tegas kerana adanya perkataan ‘Celakalah
kamu’ kepada golongan yang sengaja melewat-lewatkan solat sehingga terlepas waktu.
Firman Allah yang bermaksud: Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-
orang yang lalai solatnya (Surah Al-Maa’un: 4 & 5)

Punca yang kedua disebabkan sifat malas yang mempengaruhui diri mereka. kajian
menyatakan bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia yang meninggalkan solat ini
berpengetahuan tentang solat serta mengetahui tentang kefardhuan dan kewajipannya ,
tetapi mereka sengaja mempengaruhi jiwa dan diri mereka. disebabkan itu , hilang segala
keinsafan dan kesedaran sekaligus tidak memperdulikan tentang akibat dan balasannya
jika meninggalkan solat.

Selain itu , Kita boleh lihat juga perumahan golongan bangsawan tidak dititik beratkan
tentang aktiviti kemasyarakatan dan juga aktiviti keagamaan . sekali gus ini juga punca
masyarakat meninggalkan solat.

Akhir sekali , punca yang menyebabkan mereka masih lalai dan alpa dalam melakukan
solat ialah disebabkan jiwa jiwa remaja mereka masih ada didalam diri mereka. golongan
ini beranggapan bahawa solat itu adalah “pakaian” orang-orang tua dan pakaian yang
tidak gemar kepada dunia lagi. Mereka beranggapan usia muda haruslah dipergunakan
untuk mencapai segala keinginan syahwat dan nafsu semata-mata. Setelah tua barulah
bertaubat dan melakukan solat.

Itu sahaja buat masa kini sebelum saya serahkan kepada saudara moderater izinkan saya
menyampaikan serangkap pantun .

Buah kelapa dimakan ulat ,

Ulat masuk ke batang tomat ,


Marilah kita dirikan solat ,

Kelak hidup terasa nikmat.

Saya serahkan kepada moderater Kembali .

. Pengerusi Terima kasih saudari atas penjelasan tentang punca-punca yang menyebabkan masyarakat
meninggalakn solat.

Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang  dihormati.

Apakah kesan jika masyarakat meninggalkan solat ?

Saya tujukan soalan ini kepada ahli panel ke tiga , saudari Jannah . silakan saudari…

Ahli panel 3 Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam smac gemilang

Terima kasih Saudara moderater .

Kesan yang akan diaalami jika mereka meninggalkan solat ialah hidup mereka tidak akan
tenang. Walaupun dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa disisi dan rakan rakan baik namun
ia tidak mampu menangkis hati yang tidak cukup dan tidak Bahagia. Begitu juga dengan
nikmat kesenangan yang diperoleh. Sebesar mana pun harta yang dikurniakan, tetapi jiwa
mereka terasa seolah-olah ada sesuatu yang kurang.

Seterusnya , mereka tidak akan sama sekali memperoleh kejayaan didunia mahupun
diakhirat kerana tidak mendapat redha Allah swt . Kesan yang boleh kita lihat kepada
sesorang individu yang meninggalkan solat ini ialah mereka seperti tidak terurus dari segi
jadual harian mereka , aktiviti mereka dan lain lain lagi. Mereka juga akan sering berasa
gelisah dan tidak tenteram kerana hati mereka tidak dekat dengan Allah SWT.

Kesan kepada masyarakat yang boleh kita lihat menggunakan pancaindera kita ialah tiada
toleransi & tiada kesefahaman antara masyarakat di sekeliling kita.

Sekian daripada saya. . Kembali semula kepada saudara moderater

Pengerusi Terima kasih saudari Jannah . ahli panel ketiga bagi kumpulan saidina umar alkhattab.

         sidang hadirin yang  dihormati dan dirahmati  Allah.  Kita masih lagi berada dalam
pertandingan Forum  remaja tahun 2023 di  SMA CHENOR yang ceria dan indah  ini. Pada
ketika  dan saat ini, kita masih lagi mengupas topik yang sungguh hangat iaitu Solat
berkualiti masyarakat terpuji.

    Selamat datang kepada   saudara dan saudari yang baru saja mengambil tempat di
dewan ini.  Kita teruskan bual  bicara kita pada  hari yang berbahagia ini.  Saya  percaya,
topik yang kita bincangkan pada hari ini dapat menambah ilmu pengetahuan kita yang
sudah berada didada.

  Saya teruskan soalan saya kepada ahli panel kita yang pertama saudari Fatimah Zahra.
soalan saya, apakah langkah untuk kita tangani masalah seperti ini . silakan saudari.

Ahli panel 1 Terima kasih saudara moderater.

Langkah yang seharusnya kita ambil ialah sentiasa mengingatkan diri bahawa kesusahan
di dunia ini tidak terbanding dengan kesusahan pada hari akhirat kelak. Jika susah di dunia
hanya untuk bangun dan mendirikan solat, susah di akhirat adalah dengan siksaan pedih
bertahun-tahun lamanya di neraka kerana meninggalkan solat. Ini bermaksud kesusahan
di dunia hanyalah sementara, sekadar ujian bagi menentukan keimanan manakala
kesusahan pada hari akhirat adalah balasan atas kegagalan menghadapi ujian berkenaan.

Orang bijak ingat mati,

Semasa hidup muhasabah diri;

Di dalam kubur tidak sendiri,

Amal ibadat peneman diri.

Itu sahaja daripada saya sekian .

Kembali semula kepada saudara moderator .

Ahli panel 2 Saudara moderater, izinkan saya menyuarakan buah fikiran tambahan  berdasarkan ulasan
saudara ahli panel yang pertama tadi.

Pengerusi Silakan saudari. Kita masih lagi membicarakan tentang langkah-langkah yang boleh kita
tangani untuk individu atau masyarakat yang meninggalkan solat .

Ahli  Panel 2 Terima kasih saudara moderater.

Bak kata saudara moderater sebentar tadi ahli panel saidina umar ini , luas pemikirannya.

Jadi disini terdapat buah fikiran tambahan daripada saya yang ingin saya sampaikan
kepada sidang hadirin semua. Langkah yang boleh kita tangani dalam masalah masyarakat
yang meninggalkan solat ialah memberikan Pendidikan tentang ibadat solat.

Seperti mana yang kita sedia maklum disekolah telah pun bermulanya pendedahan
tentang ibadat solat. Contohnya seperti Perlaksanaan Perkara Asas Fardhu Ain
(PAFA) ,Kem Bestari solat , program amali solat , dan banyak lagi yang sedikit sebanyak
dapat melahirkan generasi yang konsisten dalam melaksanakan perintah Allah swt .

Bila berkata soal Pendidikan , bukan golongan remaja & kanak – kanak sahaja… wal hal
Pendidikan ini kepada semua manusia.

Bak kata Mutiara : Carilah (tuntutlah) ilmu daripada buaian (iaitu dari lahir) hingga ke liang
lahad”.

Pendidikan tentang ibadat solat buat masyarakat pula ialah adakan majlis ilmu di masjid
mahupun di surau mengenai solat . dengan adanya program seperti ini bukan sahaja kita
dapat memberikan Pendidikan kepada masyarakat tetapi secara jelas kita dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara manusia.

Itu sahaja buat fikiran tambahan dari saya , sekian , terima kasih .

Kembali kepada saudara moderater

Pengerusi Terima kasih ahli panel yang kedua.  Ahli panel ke-3 pastinya mepunyai buah fikiran yang
tidak kurang hebatnya. Silakan saudari ,

Ahli panel  3 Terima  kasih saudara moderater

Ahli panel dan sidang  hadirin yang dihormati,

Institusi masjid dan surau merupakan kompenan utama dalam menangani masalah ini. Ia
ibarat enjin di sebuah kenderaan. Cuba anda bayangkan jika sebuah kenderaan tanpa
enjin ? Pastinya ia takkan dapat bergerak . Jadi dengan bantuan institusi masjid dan surau
dapat kita menyelesaikan masalah tersebut daripada ia berlaku.

peranan masjid dan surau bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi ruang lingkup
fungsinya sebagai pelantar meningkatkan kesejahteraan, perpaduan dan taraf kehidupan
ummah.

Seterusnya, dalam aspek pengurusan kewangan juga perlu diberi penekanan oleh institusi
masjid dan surau. Duit kutipan dan sumbangan perlu diurus sebaiknya untuk
dikembalikan manfaatnya kepada masyarakat, duit sumbangan dan zakat bukan sekadar
untuk ditayang dan dibanggakan kepada umum tapi untuk dihabiskan dan dikembalikan
kepada masyarakat. Begitulah besarnya peranan masjid dan surau kepada masyarakat.

Saya juga mahu masjid dan surau menyuburkan majlis-majlis ilmu dan pengisian agama.
Selain itu juga, masjid dan surau perlu sentiasa berinovasi untuk menarik masyarakat
dekat dengan masjid khususnya golongan belia. Sebagai contoh mewujudkan seksyen
belia untuk mereka menarik orang muda dengan masjid dan surau.

Firman Allah swt maksudnya :

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman


kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan
tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka
termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.

(At-Taubah: 18)

Sekian. Terima Kasih.   

 Pengerusi Terima kasih saudari Jannah saffah,

      

     Demikian  perbincangan daripada semua ahli panel kita tentang topik yang telah kita
bincangkan sebentar tadi iaitu Solat Berkualiti Masyarakat Terpuji . Sebagai
kesimpulannya, ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihitung di hari
kiamat nanti. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melaksanakan ibadat ini dengan
sempurna kerana ia bukan sahaja dapat mendekatkan diri kepada Allah bahkan dapat
membentuk peribadi yang mulia serta memastikan keluarga dan masyarakat dapat hidup
dalam suasana yang harmoni.

Sebagai penutup, renungi firman Allah SWT di dalam surah al-Kausar ayat 1 hingga 3
Sidang hadirin yang dihormati.

Bunga dedap di atas para

Anak dusun pasang pelita

Kalua tersilap tutur bicara

Jemari disusun maaf dipinta

Entah sireh salah sarung,

Entah kata salah tutur,

Entah maksud salah sampai

Terimalah    salam, salam bersantun,

Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel saidina umar alkhataab mengucapkan  setinggi-tinggi
terima kasih  kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan forum
remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini. Mohon mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam


sejahtera, salam kasih saying salam dari rumah saidina umar

Anda mungkin juga menyukai