Anda di halaman 1dari 21

HKR 113

SOLAT

DEFINISI
Kata solat berasal dari bahasa Arab yang bererti doa. Perkataan solat dalam Bahasa Arab bererti doa memohon kebajikan dan pujian, Sedangkan secara hakikat mengandungi Definisi, berhadap hati (jiwa) kepada Allah dan mendatangkan takut kepada-Nya, serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran dan kesempurnan kuasa-Nya. Menurut istilah fiqh solat adalah bentuk ibadah yang terdiri atas gerakan-gerakan, ucapan-ucapan, yang bermula dengan takbiratul ikram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Pelaksanaan solat hukumnya wajib bagi setiap muslim dan muslimah sehari semalam lima waktu, iaitu zuhur, asar, maghrib, isya, dan subuh yang kelimanya disebut solat fardu.

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun filiyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

TARIKH KEFARDUAN
SEWAKTU Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.

SYARAT WAJIB SOLAT


Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut: 1. Beragama Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Suci daripada haidh dan nifas. 5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak. 6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLAT


Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut: 1. Suci daripada hadath kecil dan besar. 2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan. 3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya. 4. Menutup aurat. 5. Menghadap ke arah qiblat (Kabah).

HUKUM SOLAT
WAJIB SUNAT HARAM

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


1. Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut: 1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Quran, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya. 2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan. 3. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf. 4. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami. 5. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

6. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya: a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius. b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tamaninah yang paling minima. c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta. d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar. e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

7. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut: a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara. b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan. c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak. d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan itidal sebelum sempurna ruku secara tamaninah. e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku atau sujud. f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

SEJARAH SOLAT
Solat dalam Syariat Nabi Terdahulu

Allah S.W.T. mengutuskan para Nabi bermula dari Nabi Adam a.s. sehingga ke Nabi Muhammad s.a.w. membawa misi menegakan konsep tauhid dan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tuhan yang Maha Esa. Sementara syariat pula dari Nabi ke Nabi mengikut reality persekitaran kaum masing-masing. Namun begitu, ibadah solat telah disyariatkan dalam setiap risalah para nabi, semenjak dari dahulu sehingga zaman ini. Ibadah solah merupakan kefardhuan amali pertama dalam setiap risalah, untuk membenarkan akidah keimanan dan merealisasikan perngertian pengabdian kepada Allah S.W.T.. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Al-Sunnah yang menerangkan mengenai pensyariatan ibaadah solat dalam syariat para nabi terdahulu. Antaranya ialah, firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Kami telah perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: Bersihkanlah rumahku untuk orang-orang tawaf, orang (mereka) yang iktiqaf, (mereka) yang ruku dan yang sujud. (surah al-Baqarah ayat 125)

Firman Allah S.W.T lagi yang membawa maksud : Kami telah menjadikan mereka itu (Ishaq dan Yakub) sebagai pemimpin yang memberi petunjuk kepada perintah Kami dan telah kami wahyukan kepada mereka yang mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdikan diri. (surah al-Anbiya ayat 73)

Lagi firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Ceritalah wahai Muhammad kepada mereka, kisah Ismail yang tersebut di dalam AlQuran, sesungguhnya dia adalah rasul dan nabi. Dia menyuruh para ahlinya mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan dia adalah seorang yang diredhai disisi TuhanNya. (surah Maryam ayat 54 55)

SOLAT JAMAAH
Definisi Solat Berjemaah Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Ia biasanya dilakukan di masjid, rumah dan sebagainya. Dalil Saranan Solat Berjemaah Diriwayatkan dari Ibn Umar, Rasullulah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:Solat berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

HUKUM
Hukum Solat Berjemaah Fardhu ain (Mazhab Hambali) Fardhu kifayah (Mazhab Syafie) Sunat muakkad (Sebahagian ulama Mazhab Syafie, Mazhab Hanafi & Maliki) Apabila dalam satu kawasan terdapat sekumpulan muslim dan mereka tidak mendirikan solat secara berjemaah maka berdosalah mereka semuanya. Wajib Imam memerangi mereka. Namun solat berjemaah boleh ditinggalkan sekiranya terdapat keuzuran

SEBAB TIDAK PERLU BERJAMAAH


Keuzuran Meninggalkan Solat Berjemaah Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali sekiranya terdapat keuzuran, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak hadir maka tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan keuzuran. (Riwayat Ibn Majah) Sebab-Sebab Keuzuran Hujan Lumpur yang banyak di jalan Angin kuat / Ribut Kegelapan yang bersangatan Udara telalu sejuk atau telalu panas Terpaksa membuang air besar / kecil Lapar / Dahaga yang bersangatan Takut orang zalim pada diri dan harta Sakit

SYARAT SAH IMAM


Syarat Sah Menjadi Imam Islam Berakal Mumayyiz Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki Bersih daripada hadas dan kekotoran Baik bacaannya dan mengetahui rukun- rukunnya Imam Yang Terbaik Orang yang paling faqih dan alim (afqahuhum) Orang yang paling baik bacaan dan tajwidnya (aqra'uhum) Syarat Sah Mengikut Imam Berdiri di belakang imam. Makmum hendaklah mengetahui perpindahan imam. Mengikut imam dalam segala perbuatannya. Berniat berjamaah atau mengikut imam Hendaklah solat imam itu sah. Hendaklah jarak antara imam dengan makmum tidak melebihi 300 hasta (135 meter) kecuali di dalam masjid

KEDUDUKAN MAKMUM
KEDUDUKAN imam dan makmum dalam solat jemaah seperti yang dipraktikkan dan menurut sunnah Nabi Muhammad ialah imam ke hadapan sementara makmum sama ada lelaki atau perempuan di belakang imam. Menurut hadis, apabila baginda bangun untuk bersolat, kalangan sahabat bangun di belakangnya. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud) Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Anas: Bahawa Nabi s.a.w bersolat di rumah Umm Sulaim lalu aku dan Yatim berdiri di belakangnya sementara Umm Sulaim di belakang kami. (al-Zuhayli, 1985: II: 245; trj. II: 261-63)

Itulah kedudukan suami sebagai imam dan isteri sebagai makmum dalam solat berjemaah. Kedudukan imam dan makmum juga ditentukan berdasarkan bilangan makmum dan jantinanya. Antaranya: 1) Apabila terdapat hanya seorang makmum lelaki, lebih mustahab (sunat) berada di sebelah kanan imam dengan membelakangkan sedikit tumitnya. 2) Jika makmum hanya seorang lelaki dan perempuan, lelaki hendaklah berdiri di sebelah kanan imam sementara perempuan pula di belakang lelaki itu. 3) Jika terdapat dua makmum lelaki, kedua-dua hendaklah berada di belakang imam. 4) Jika hanya terdapat seorang perempuan atau beberapa orang perempuan, dia atau mereka hendaklah berdiri di belakang imam dengan tidak diselangi antara mereka jarak tiga hasta.

Anda mungkin juga menyukai