Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CTU 101 PRINSIP PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK:
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
KUMPULAN:
9 (SEMBILAN)
DISEDIAKAN OLEH:
NURIQMAL HAFIDZ BIN ZAMBRI(2019434184)
WAN HAZIM BIN MASHOR (2019443376)
MOHD THAQIF BIN ABDUL MALEK(2019257932)
IZZAT HAKIMI BIN AMIN(2019409226)
NAMA PENSYARAH:
USTAZAH AAINAA SHAHIRAH BINTI RASIDI
PENDAHULUAN

» Ibadah adalah salah satu daripada tiga asas utama Islam, aqidah, ibadah dan tasawwuf atau
akhlak.
» Allah SWT menjadikan dan menempatkan manusia di muka bumi ini adalah untuk
menyempurnakan tiga tugas iaitu ibadah, khalifah dan pemakmur di muka bumi ini.
» Ibadah merupakan tugas yang paling utama sekali diantara dua tugas yang lain.

DEFINISI IBADAH

Ibadah berasal daripada perkataan arab abada, ya’budu


Dari segi bahasa beerti :
 tunduk, patuh atau taat.

Dari segi istilah:

 Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah
pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

ASAS-ASAS IBADAH

» Ibadah hanyalah kepada Allah SWT


» Dilakukan secara langsung tanpa sebarang perantaraan dengan makhluk lain sama
ada manusia, jin mahupun malaikat.
» Memelihara keseimbangan antara rohani dan jasmani
» Ibadat dalam Islam adalah bersifat mudah, ringan dan dalam kemampuan
manusia melaksanakannya.

SYARAT SAH IBADAH

 Dilakukan mengikut cara, rukun dan syarat yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT di dalam Al-Quran atau yang diajar oleh Rasulullah SAW
 Dilakukan dengan ikhlas hanya kepada allah, iaitu yang lahir dari
kecintaan kepada allah SWT.

2
SKOP IBADAH

Ibadah dalam islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek kehidupan


manusia, semua perkara yang tidak bertentangan dengan syara’ termasuk adat
akan dikira sebaga ibadat. Secara umumnya keluasan

Skop ibadah dalam Islam boleh dilihat menerusi perkara berikut.

 Masa: dalam islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan ada
yang tidak terikat, ada ibadah harian, mingguan,bulanan dan
tahunan
 Tempat: terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid, mekah
dan lain-lain lagi. Ada yang tidak dikhususkan tempat.
 Cara: ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada yang
secara berjemaah.
 Bentuk: ada ibadah yang khusus dan umum

PEMBAHAGIAN IBADAH

Ibadah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut sudut tertentu:

Dari segi hukum:

 Fardhu ain: iaitu ibadah yang dituntut (wajib) ke atas setiap individu
mukallaf untuk menunaikannya. Sesiapa yang melakukannya mendapat
pahala dan sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa.

 Fardhu kifayah: iaitu ibadah yang dituntut (wajib) ke atas sebahagian


dari kalangan umat islam untuk melakukannya. Di mana apabila ada
sebahagian yang sudah melakukannya, maka terlepaslah orang lain
daripada dosa.

Dari segi umum dan khusus:

 Ibadah khusus: ialah ibadah yang telah dinyatakan jenis,rukun dan


syaratnya oleh syara’. Seperti solat dan puasa, manusia tiada hak untuk
meminda atau melaksanakannya mengikut sesuka hati mereka.

 Ibadah umum: ialah ibadah yang tidak ditetapkan oleh syara’ cara-cara
melaksanakannya, ini terpulang kepada seseorang untuk
melaksanakannya. Ibadah ini meliputi seluruh kehidupan manusia di
dunia seperti belajar, bekerja, makan, minum dan sebagainya.

3
HIKMAH BERIBADAH

Begitu banyak sehingga tak terhitung kelebihan beribadah ni.

Diantaranya ialah:
 Ibadah merupakan makanan rohani bagi manusia. Jika makanan dan
minuman menyuburkan jasad, ibadah pula menyuburkan roh dan jiwa\
 Ibadah dapat membersihkan jiwa manusia daripada fahsya’ dan munkar
 Dengan beribadah manusia sebenarnya kembali kepada fitrah
 Dengan beribadah kepada allah manusia menjadi mulia berbanding
makhluk yang lain

KESAN BERIBADAH

Kesan ibadah terhadap individu

 Melahirkan individu yang berdisiplin, menepati waktu, bersabar,


bermaruah dan sebagainya.
 Menjadikan seseorang itu taatkan perintah allah swt dalam semua
keadaan sama ada terang terangan mahu pun bersembunyi.

Kesan ibadah terhadap masyarakat

 Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara satu


sama lain. Orang tua mengasihani yang muda dan yang muda
menghormati yang tua
 Dapat mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata.
Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan.

KESIMPULAN

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui


serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan oleh islam. Ibadah
merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada allah, mengamal serta
mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehnya sepanjang masa.
Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan. Secara
keseluruhannya, ibadah dalam islam memberi kesan positif kepada diri insan
untuk kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara. Sesungguhnya islam
adalah agama yang sempurna kerana ia mencakupi segenap aspek kehidupan.
Agama islam mendidik umatnya untuk tidak memisahkan dunia dan akhirat
tetapi memastikan keduanya berjalan seiringan dan seimbang.

4
RUJUKAN
https://www.academia.edu/28291144/Bab_4_IBADAH_DALAM_ISLAM
https://medium.com/@pengajianislam/bab-3-konsep-ibadah-dalam-islam-ab0ff4d26c9a
http://belajaribadat.blogspot.com/2008/11/konsep-ibadah-dalam-islam.html?m=1
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Ibadah

Anda mungkin juga menyukai