Anda di halaman 1dari 15

1

TAᶜRIF DAᶜWAH

Oleh: Ahmad Amran bin Hj. Mohd Rodi

1. PENGENALAN

Setiap Muslim yang komited dengan ajaran Islam adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
suatu tugas yang suci dan paling mulia iaitu berdakwah. Tugas ini adalah merupakan warisan
para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin serta dengan segala
keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Keagungan dan kegemilangan umat Islam pada
zaman silam hingga muncul sebagai khaira ummah ketika itu, adalah berpunca daripada
kejayaan mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah dengan berkesan. Mereka
berusaha dengan penuh kegigihan mengajak manusia ke jalan Allah, menyeru melakukan
kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran.

Daᶜwah Islam adalah seruan kepada ajaran agama Islam yang telah diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai kesinambungan daripada usaha Baginda s.a.w. menyampaikan
kandungan Islam kepada umat Baginda, para pendakwah sepanjang zaman
dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah s.w.t. ini sesudah kewafatan Baginda
s.a.w.

Sesungguhnya melaksanakan tugas-tugas berdaᶜwah adalah satu amalan yang sangat


mulia. Inilah amalan para rasul dan nabi bermula dengan Nabi Adam a.s. sehinggalah Nabi
Muhammad s.a.w. Tiada amalan lain yang dapat menandinginya. Ini kerana matlamat di sebalik
kehidupan dunia yang sementara ini adalah tidak lain dan tidak bukan melainkan sebagai ujian
untuk mengetahui sejauh mana ibadah seseorang hamba itu kepada Allah s.w.t.

2. PENGGUNAAN PERKATAAN DAᶜWAH DALAM AL-QUR’AN DAN HADITH

Asal penggunaan perkataan “Daᶜwah” ( ‫ ) الدعوة‬terdapat di dalam al-Qur’an sebanyak 212 kali
dalam pelbagai surah. Penggunaan perkataan ini membawa erti atau maksud yang berlainan dan
2

sah serta tulin dari segi bahasa Arab. Antara maksud utama yang digunakan dalam al-Qur’an
ialah seru, panggil, ajak, rayu, mohon, doa, pengaruh dan daᶜwah. Berikut adalah sebahagian
daripada ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan daᶜwah sebagaimana yang dijelaskan tadi:

2.1 Membawa maksud menyeru atau seruan.

Kepelbagaian definisi daᶜwah dari segi bahasa dapat juga dilihat berdasarkan pengertian
yang terdapat di dalam al-Qur’an. Ia membawa maksud menyeru orang lain kepada sesuatu atau
merangsang orang lain untuk mendapatkan sesuatu sebagaimana firman Allah s.w.t.:

   


   
1
   

Ertinya:

Dan Allah menyeru (manusia) ke darussalam2 (syurga), dan menunjuki


orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus (Islam).

Firman Allah s.w.t:

   



 
   
    
   
   
3 

Ertinya:

1
Al-Quran, Yunus 10 :25.
2
Erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah
berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
3
Al-Qur’an, al-Nahl 16:125.
3

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah4 dan pelajaran


yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya,
Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari
jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk.

Firman Allah s.w.t:

  


    
   
   
  
5
 
Ertinya:

Bagi setiap umat, Kami telah menetapkan syari‘at tertentu yang mereka
lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu dalam
urusan (syari‘at) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya
kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus.

Contoh lain berkaitan definisi daᶜwah mengenai seruan ini juga dapat dilihat di dalam
surat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditujukan kepada Hiraqla (Hercules) dan juga pemimpin-
pemimpin agama kafir yang lain:

‫ادعوک بدعاية االسالم‬


Ertinya:
Aku menyeru engkau dengan seruan Islam (iaitu dengan kalimah Al-
Syahadah yang diseru orang-orang yang bukan Islam dengannya).

2.2 Membawa maksud menjemput atau mengundang makan.

4
Hikmah ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.
5
Al-Qur’an, al-Hajj 22:67.
4

Makna kedua dari sudut bahasa pula menjelaskan dengan membawa makna menjemput
atau mengundang makan. Ini dinyatakan sendiri dalam sebuah hadis nabi sebagaimana
dinyatakan di bawah :

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika salah seorang kalian diundang makan (Du’iya) maka datanglah (memenuhi
undangan). jika ia mahu makan ,maka makanlah dan jika tidak mahu makan maka
tinggalkan (tidak menyantapnya).” (HR. Muslim No. 3518)

2.3 Membawa maksud permintaan

Makna daᶜwah yang ketiga juga boleh membawa maksud permintaan. Ia dinyatakan
dalam firman Allah s.w.t:

   


     
  
    
   
  
6

Ertinya:

“Mereka menjawab: Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia


menerangkan kepada kami, sapi betina apakah itu.” Musa menjawab:
“Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina
yang tidak tua dan tidak muda, pertengahan antara itu, maka kerjakanlah
apa yang diperintahkan kepadamu”.

6
Al-Qur’an, al-Baqarah 1 :68.
5

2.4 Membawa maksud doa

Keempat, perkataan asal daᶜwah juga diertikan dengan makna “berdoa” sebagaimana
firman Allah s.w.t:

  


    
7
 
Ertinya :

” Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

2.5 Membawa maksud merujuk kepada kebaikan dan keburukan

Kelima, kalau diperhatikan secara mendalam, maka penggunaan lafaz daᶜwah dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah digunakan dalam banyak hal samada ia merujuk kepada kebaikan dan
juga dalam perkara keburukan. Allah s.w.t. berfirman:

 
 
   
   
   
 
  
   
  
  
  
  

  
 

7
Al-Qur’an, al-A’raff 7:55.
6

 
8


“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka


beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita
musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan
orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka
beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik
walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah
mengajak ke surga dan ampunan dengan izinNya. Dan Allah menerangkan
ayat-ayatNya(perintah-perintahNya)kepada manusia supaya mereka
mengambil pelajaran.”

Daripada contoh-contoh ayat yang kita lihat bagi makna asal perkataan daᶜwah, dapat
disimpulkan bahawa pengertian dan maksudnya yang utama ialah seruan, ajakan, rayuan, mohon
dan doa. Pada asal penggunaan perkataan daᶜwah ini boleh juga dipakai untuk tujuan
mempengaruh dan memperdaya. Perkembangan penggunaan perkataan daᶜwah ini setelah
tersebarnya agama Islam membawa maksud sebagai satu rangkai kata yang dinisbahkan kepada
Islam iaitu “Daᶜwah Islamiyyah” seterusnya menjadi suatu istilah khusus.

Istilah Daᶜwah Islamiyyah” amat penting dalam Islam serta kudus menurut ketentuan
syarak. Justeru, kalimah daᶜwah yang kudus dan penting ini tidak wajar dicemari dengan maksud
atau pengertian yang negatif dan merendahkan maksud pengertiannya yang sebenar seumpama
ungkapan yang sinis dan mempersenda seperti “daᶜwah songsang”. “daᶜwah sesat”, daᶜwah
Kristian dan sebagainya.

3. PENGERTIAN DAᶜWAH

3.1 Pengertian Daᶜwah Dari Segi Bahasa (Etimologi):

8
Al-Qur’an, al-Baqarah 1:221.
7

Asal perkataan daᶜwah adalah ambilan daripada perkataan Arab ( ‫) دعا يدعو دعوة‬yang
memberi erti “seruan”, “panggilan” atau “ajakan”. Kata dasar daᶜwah dalam penggunaan bahasa
Arab menurut Kamus Munjid al-Tullab boleh diterima pakai untuk tujuh belas makna yang
berlainan.

Menurut Kamus Dewan penjelasan mengenai perkataan daᶜwah dinyatakan seperti berikut:

a) Kegiatan menyeru dan membimbing (mendidik) serta meyakinkan secara baik dalam
usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran agama
(lazimnya dimaksudkan agama Islam).
b) Patuh kepada (mengikut) ajaran agama Islam dengan lebih sempurna (sebagaimana yang
kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan dan cara berpakaian) dulu dia selalu bergaul bebas
dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah daᶜwah.
Perkataan daᶜwah yang diterima pakai sebagai bahasa Melayu telah berkembang sejajar
dengan tata bahasa dengan membawa berbagai makna sebagaimana dapat dilihat daripada
contoh-contoh dalam Kamus Dewan:

Berdakwah : Menjalankan kegiatan menyebarkan agama (Islam) dan ajaran-ajarannya.

Mendakwahkan : Menyebarkan dan mengajarkan ajaran agama (lazimnya dimaksudkan ajaran


agama Islam): Rasulullah mendakwahkan Islam sebagai Din yang menjamin tamadun manusia.

Pendakwah : Orang (golongan) yang berdakwah. 9

Perkataan “daᶜwah” berasal daripada perkataan Arab “daᶜwah” (‫ )دَع َْوة‬yang bererti ajakan,
seruan, panggilan, undangan, jemputan kepada sesuatu tujuan.10 Dengan perkataan lain,
perkataan “daᶜwah” bererti menyeru orang kepada sesuatu atau memberangsangkan orang untuk
mendapatkan sesuatu.11

Dalam Mu‘jam Maqayis al-Lughah dinyatakan bahawa huruf dal, ᶜain, dan harf muᶜtal
adalah bermaksud “menarik sesuatu ke arah dirimu dengan menggunakan suara dan kata-

9
Sidang Editor. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat .Cet. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm 305.
10
Prof. Toha Jahya Omar. 1971. Ilmu Da‘wah. Cet. 2. Jakarta: Penerbit Widjaya. hlm 1.
11
Wan Hussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 2.
8

katamu.” Justeru kamu kata, “aku telah menyeru”, “aku akan menyeru”, dan “seruan”.
“Jemputan makan”.

Kesimpulan daripada pengertian daᶜwah dari segi bahasa ini dapatlah diertikan dengan
makna menyeru, mengajak, memanggil, menyampai dan mendorong. Terdapat juga perkataan-
perkataan lain yang seiring dengan perkataan dakwah seperti al-wa’zu, al-irsyad, at-tabligh dan
lain-lain yang seumpamanya.12

3.2 Pengertian Daᶜwah Dari Segi Istilah (Terminologi)

Pelbagai taᶜrif daᶜwah menurut istilah telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh Islam. Sebagaimana
yang diketahui, perkataan daᶜwah adalah diambil daripada perkataan Arab yang bererti seruan,
panggilan, ajakan dan lain-lain. Menurut catatan yang terdapat Encyclopedia of Islam, daᶜwah
mengikut pandangan agama ialah ajakan yang ditujukan kepada manusia oleh Allah melalui para
rasulNya supaya percaya dan yakin kepada agama yang sebenarnya iaitu agama Islam. Tiap-tiap
rasul ada daᶜwahnya yang tersendiri. Risalah Muhammad s.a.w. ialah lanjutan daripada daᶜwah
rasul-rasul sebelumnya. Perkataan daᶜwah ini juga kadang kala digunakan sebagai propaganda
nabi-nabi palsu.13

Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasul untuk membawa hidayah dan agama yang benar
iaitu Islam, menjadi basyir (pembawa berita gembira iaitu syurga kepada orang yang beriman)
dan menjadi nazir (pemberi ingatan azab iaitu azab neraka kepada orang yang tidak beriman)dan
menyeru manusia supaya beriman dengan Allah. Daripada daᶜwah atau seruan Nabi Muhammad
s.a.w. dan kemudiannya diikuti oleh para sahabat, timbullah beberapa definisi daᶜwah,
antaranya ialah:

Pertama, “daᶜwah” ialah memberangsangkan manusia kepada kebaikan dan huda


(petunjuk Allah), dan menyuruh membuat maᶜrūf (kebaikan) dan melarang melakukan munkar
(kejahatan) supaya mereka berjaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

12
Kertas kerja dibentangkan pada Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, 28-30 Mei 2007, Institut
Latihan Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS).
13
M. Canard. 1965. Daᶜwa dlm. Encyclopedia of Islam. Vol. II, New Edition. Leidin: E.J. Brill.
9

Kedua, “daᶜwah” ialah menyelamatkan manusia daripada kesesatan atau kejahatan dan
mengingatkan mereka supaya menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka
mendapat balasan azab Allah.

Ketiga, “daᶜwah” ialah pelaksanaan usaha ulama dan orang-orang yang memahami
agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara agama dan dunia
mereka sekadar kuasa yang ada pada mereka.

Keempat, “daᶜwah” ialah program yang sempurna meliputi semua ilmu pengetahuan
yang diperlukan oleh manusia supaya mereka memahami tujuan hidup mereka dan supaya
mereka dapat mengetahui jalan-jalan yang menghimpunkan (menyatukan) mereka itu dalam
keadaan mendapat hidayat.

Berdasarkan empat definisi di atas, definisi pertama dan kedua menunjukkan berdaᶜwah
hukumnya fardu ain. Sedangkan definisi ketiga dan keempat pula menunjukkan berdaᶜwah
hukumnya fardu kifayah.14

Pengertian daᶜwah di dalam Islam juga membawa maksud yang khusus. Ini kerana
daᶜwah Islam tidak sama dengan daᶜwah yang lain. Ia berbeza sama sekali daripada segi teori dan
praktikalnya. Terdapat banyak pandangan Ulama yang menjelaskan maksud daᶜwah dari sudut
istilah. Walaubagaimanapun pandangan tersebut tidak mengubah maksud asal daᶜwah. Antaranya
ialah:

Pertama, Muhammad Al-Ghazali15 mendefinisikan daᶜwah sebagai “satu program


(barnāmij) yang lengkap, yang semua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang
diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap
petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.”

14
Wan Hussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 3.
15
Beliau bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath Thusi, Abu Hamid Al
Ghazali (Lihat Adz Dzahabi, Siyar A’lam Nubala’ 19/323 dan As Subki, Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/191). Para
ulama nasab berselisih dalam penyandaran nama Imam Al Ghazali. Sebagian mengatakan, bahwa penyandaran
nama beliau kepada daerah Ghazalah di Thusi, tempat kelahiran beliau.
10

Kedua, Dr. Yusuf al-Qaradawi16 pula memberi definisi daᶜwah sebagai “usaha membawa
orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala
ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan
dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada
Allah (taghūt) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh
Allah, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan
dan menegah kemungkaran dan berjihad pada jalan-Nya.”

Ketiga, Adam Abdullah al-Alwari pula menjelaskan bahawa daᶜwah ialah “memalingkan
pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah,
kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang
hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya.”

Keempat, Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa daᶜwah ialah “usaha
golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk
membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada
Allah dengan cara-cara tertentu.”

Kelima, Dr. Ra’uf Syalabi menerangkan bahawa daᶜwah Islamiah itu ialah “gerakan
membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada
keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya, dan daripada keadaan sempit kepada keadaan
lapang, di dunia dan di akhirat.”

Berdasarkan lima pendapat di atas, disimpulkan bahawa daᶜwah ialah usaha yang dilakukan
oleh seseorang atau sesebuah kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia
kepada keredaan Allah.17

16
Dr. Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang
pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau dilahirkan di desa Shafat al-
Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H. Nama penuhnya ialah
Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah
daerah yang bernama al-qardhah dan dinisbahkan kepada keturunannya.

17
Ab. Aziz Mohd. Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Cet. 1. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya. hlm 1-2.
11

Syeikhul Islam Ibnu Taimiah18 telah mendefinisikan daᶜwah dengan berkata “Berdakwah
kepada Allah s.w.t. bererti berdakwah kepada beriman denganNya dan beriman dengan apa yang
telah dibawakan oleh rasul-rasulNya dengan mempercayai apa yang mereka perkatakan dan
mentaati suruhan mereka”.19 Beliau juga berkata “Daᶜwah adalah menyuruh kepada yang maᶜruf
dan mencegah yang munkar. Ini kerana pendakwah itu menyeru dan seruannya adalah suatu
suruhan. Berdaᶜwah kepada Allah s.w.t. bererti mengajak kepada jalanNya dan jalanNya adalah
mempercayai kata-kataNya dan mentaati suruhanNya.20

Menurut Ibnu Manzur21 daᶜwah ialah menyeru kepada sesuatu atau berhajat kepada
sesuatu. Beliau memberi contoh menyeru dan memohon kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan
kebaikan daripadanya, menyeru kepada peperangan, menyeru atau mengajak kepada solat,
menyeru kepada agama atau mazhab dan menggalakkan supaya meyakininya.

Sheikh Ali Mahfuz22 berpendapat bahawa daᶜwah ialah menyeru dan menarik manusia
kepada kebaikan dan petunjuk, melaksanakan al-amru bi al makruf dan mencegah al-mungkar
agar mereka mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.

Ab. Aziz Mohd Zin memetik pandangan H.M Arifin menyatakan bahawa daᶜwah ialah
suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang
dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara
individu mahupun secara kelompok agar timbul dalam dirinya suatu pengertian, kesedaran, sikap
penghayatan serta pengalaman terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan
kepadanya dengan tanpa adanya unsur-unsur paksaan.23

18
Nama penuh Ibnu Taimiyyah ialah Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin
Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abi al-Barakat Abdul Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-
Khadhar bin Muhammad bin Ali bin Abdillah. Nama Taimiyah berasal dari nama datuknya, Muhammad bin Al
khadhar. Ini kerana ketika beliau melakukan haji ke Mekah beliau melalui jalan Taima’. Datuknya seorang yang
faqih dalam mazhab hanbali yang masyhur. Beliau lahir di desa Harran, Palestin pada 10 rabiulawal, 661H. Beliau
seorang yang berbangsa kurdi.
19
Ibnu Taimiyah, Taqiuddin Abu al-Abbas, Ahmad bin Abdul Halim. 2005. Majmuᶜ al-Fatawa. hlm
15/157.
20
Ibid, hlm: 166-167.
21
Ibnu Manzur (1232 – 1311 Masehi) : Pakar bahasa yang berasal dari Mesir. Beliau adalah pengarang
mu’jam (kamus) yang sangat besar bernama “Lisan Al-Arab” [Dialek Arab] – Kamus Lengkap Bahasa Arab.
22
Al-Syeikh ‘Ali Mahfuz semasa hidupnya adalah anggota Pembesar ‘Ulama Universiti al-Azhar
23
Abdul Ghafar Don, Saifulazry Mokhtar. 2009. Kajian Pemikiran Dakwah Muhammad Al-Ghazali Di
Dalam Fiqh Al-Sirah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 2.
12

Kesimpulan daripada pengertian daᶜwah dari segi istilah ini dapatlah kita fahami bahawa
rangkaian perkataan daᶜwah merupakan satu istilah khusus yang penting dalam rangka
penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai “Din” yang diamal dan diterima
pakai menjadi gaya dan tatacara hidup “way of life” bagi manusia. Atas dasar dan prinsip ini,
pengertian atau definisi daᶜwah dapatlah dirumuskan kepada tiga pengertian yang munasabah:

Pertama, menyampai dan menyebar serta mendorong umat manusia supaya beriman
kepada Allah dan mentaatiNya dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya. Makna daᶜwah seperti ini telah dikemukakan oleh pakar-pakar daᶜwah seperti
Syeikh Ali Mahfuz, Syeikh Muhammad Ahmad Kanᶜan, Syeikh al-Bahi al-Khuli, Prof. Dr. Rawf
Shalabi dan Dr. Muhammad al-Sayyid al-Wakil.

Kedua, daᶜwah diertikan juga sebagai al-Din dengan semua ajaran-ajarannya iaitu risalah
terakhir yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. sebagai wahyu daripada Allah s.w.t
dalam bentuk kitab, dengan kalamNya yang bernilai muᶜjizat, ditulis dalam mushaf dipindah
daripada nabi secara mutawatir.

Ketiga, daᶜwah dikatakan sebagai suatu ilmu yang mementingkan penyebaran nilai-nilai
Islam dan menyampaikan kepada umat manusia secara menyeluruh. Daᶜwah mengikut
pengertian ketiga ini ialah satu ilmu pengetahuan dalam Islam yang terterap dengan ilmu-ilmu
Islam lain seperti tauhid, fekah, ilmu tasawuf dan lain-lain.

Berdasarkan kepada taᶜrifan dan rumusan di atas, maka beberapa perkara perlu ditonjolkan
bagi memastikan usaha daᶜwah tersebut bertepatan dengan pengertian daᶜwah:

Pertama, kegiatan ajakan, ia bererti daᶜwah bermula dengan suatu kegiatan, sama ada
secara jelas atau tidak jelas dengan tujuan untuk mengajak dan mempengaruhi sasaran.

Kedua, Bentuk lisan, tingkah laku dan sebagainya. Kegiatan ajakan itu dalam bentuk yang
berbagai-bagai yang boleh disalurkan kepada sasaran.

Ketiga, Secara sedar dan berencana. Segala program yang diatur hendaklah dirancang
dengan suatu kesedaran kenapa dilakukan sedemikian.
13

Keempat, Mempengaruhi orang lain. Segala program yang diatur dilakukan sebaik-
baiknya kerana ia bertujuan untuk mempengaruhi sasaran.

Kelima, Supaya timbul dalam dirinya satu pengertian, kesedaran, sikap penghayatan dan
lain-lain. Kesan daripada usaha tersebut sasaran dapat menikmati mesej dan tujuannya.

Keenam, Tanpa adanya unsur-unsur paksaan. Hasil yang dicapai disebabkan suatu usaha
yang jelas yang dapat mempengaruhi sasaran.24

Pengertian dan kefahaman tentang pengertian daᶜwah seperti yang dihuraikan di atas
adalah menepati dengan gesaan Allah s.w.t. yang telah memberi amanah kepada nabi
Muhammad s.a.w. dan pengikutnya supaya terus berdakwah ke jalan Allah sebagaimana
dalam firmanNya:

  


    
  
  
   
25
 
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata,
Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

4. KESIMPULAN

Berlandaskan pengertian dan pandangan ulama di atas, dapatlah dibuat kesimpulan


bahawa daᶜwah ialah suatu usaha yang berterusan sejak zaman para rasul. Sasarannya adalah
meliputi seluruh umat manusia dan matlamatnya ialah untuk menerima, memahami dan
melaksanakan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t. melalui rasulNya. Bertitik tolak daripada
pengertian-pengertian ini dapatlah dirumuskan bahawa dakwah Islamiah ialah:

24
Ab. Aziz Mohd. Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. hlm
16.
25
Al-Qur’an, Yusuf 12:108.
14

“Seruan mengajak manusia yang belum Islam kepada Islam serta


mempraktikkannya dan juga kepada mereka yang sudah Islam supaya
memahami dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam semua
urusan”.

Ulasan tersebut juga dapat difahami bahawa daᶜwah itu bukan semata-mata laungan
yang tidak menentu, namun ia merupakan satu seruan dan pembawaan hidup yang
terancang untuk mempengaruhi sasaran. Daᶜwah juga bukan semata-mata mengajar ilmu
yang diturunkan melalui wahyu atau selalu disebutkan ilmu agama, akan tetapi ianya juga
mengandungi ulmu-ilmu yang boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia di dunia.

RUJUKAN

Al-Qur’an.
Ab. Aziz Mohd. Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.
Ab. Aziz Mohd. Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Cet. 1. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Abdul Ghafar Don, Saifulazry Mokhtar. 2009. Kajian Pemikiran Dakwah Muhammad Al-
Ghazali Di Dalam Fiqh Al-Sirah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ibn Mandhur, Abu al-Fadhl, Jamaluddin. 1997. Lisan al-ᶜarab. 18 jil. Beirut: Dar Ihya’al-Turath
al-Arabi.
Ibnu Taimiyah, Taqiuddin Abu al-Abbas, Ahmad bin Abdul Halim. 2005. Majmuᶜ al-Fatawa.
Ed. Ke-3. Iskandariah: Dar al-Wafaa’.
Kertas Kerja Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, 28-30 Mei 2007, Institut Latihan
Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor
(ILDAS).
15

M. Canard. 1965. Daᶜwa dlm. Encyclopedia of Islam. Vol. II, New Edition. Leidin: E.J. Brill.

Sidang Editor. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat .Cet. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Toha Jahya Omar. 1971. Ilmu Da‘wah. Cet. 2. Jakarta: Penerbit Widjaya.

Wan Hussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai