Anda di halaman 1dari 18

SOALAN 1 A) JAMIAL-BAYAN FI TAFSIR AL-QURAN. 1.

0 Pengenalan Tafsir al Tabari yang dinamakan Jamial Bayan Fi Tafsir al-Quran merupakan tafsir yang paling besar dan baik susunannya. Ia dikarang oleh Ibn Jarir Al- Thabari setebal 30 jilid dan setiap jilidnya rata-rata 150 halaman.Ia merupakan kitab yang agung dan mesti dimiliki oleh seorang pelajar.Kitab Tafsir al-Tabari merupakan seawall-awal kitab tafsir yang telah sampai ke tangan kita secara lengkap. 2.0 Riwayat Hidup Ibn Jarir Al Tabari Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Khalid bin Khathir bin Ghalib Abu Jaafar al-Tabari. Ibn Jarir merupakan berbangsa Tabaristan dan berasal dari daerah Amol. Beliau dilahirkan pada tahun 224 Hijrah (846 Masehi) dan meninggal dunia di Baghdad pada malam isnin 27 Syawal tahun 310 Hijrah ( 932 Masehi).. Ibn Jarir merupakan seorang yang memiliki wajah yang tampan , berbadan sederhana tinggi, mempunyai dua mata yang hitam, berbadan tegap, serta fasih berbicara dan lancer lidahnya. Beliau juga seorang yang sentiasa menghormati orang dan beliau juga dihormati oleh segenap lapisan masyarakat serta perwatakan dan sifat yang warak, zuhud, taqwa dan mudah tersenyum. Ibn Jarir dapat diistilahkan sebagai pemimpin ilmu yang memiliki ilmu yang banyak dalam segenap jurusan ilmu pengetahuan1.Beliau meriwayatkan hadis dan mampu mentarjihkan hadis beserta riwayat-riwayat serta dapat menguasai ilmu hadis dengan baik beserta sanad-sanadnya, dapat membezakan
1

Pendapat Imam Khatib al-Baghdadi yang mengatakan dimana Ibn Jarir ialah pusat peredaran ilmu seperti : Tafsir, Fiqh, Usul, bahasa Arab, Maani , Balaghah.

antara hadis sahih dengan tidak sahih serta Nasikh dan Mansuhnya. Selain itu Ibn Jarir juga sangat alim dan mahir dalam ilmu Qiraat dan dikatakan telah menulis sebanyak 18 jilid kitab khusus tentang Qiraat. Ibn Jarir telah dikurniakan oleh Allah dengan kecerdasan yang luar biasa serta daya ingatan yang istimewa membolehkan beliau mengingati dan memahami dengan cepat segala ilmu yang dipelajari serta dapat menguasai dengan baik. Beliau telah menunjukkan minat terhadap segala ilmu sejak dari kecil. Mula merantau ketika berusia 12 tahun ke Mesir, Syiria dan Iraq dan akhirnya menetap di Baghdad sehingga akhir hayat beliau.Ibn Jarir telah menjadi ulama besar pada usia muda. Oleh kerana ilmunya yang mendalam , Ibn Jarir dikatakan telah sampai kepada darjat Ulama Mujtahid2. 3.0 Sumbangan Ibn Jarir Ibn Jarir telah menyebarkan ilmunya melalui penulisan dan juga ceramah pengajaran. Beliau menggunakan seluruh hidupnya untuk mengkaji, menuntut ilmu dan meyebarkan ilmu.Sumbangan beliau yang besar ialah menghasilkan kitabTafsir Jamial-Bayan yang menjadi sumber rujukan sehingga ke hari ini. Kitab ini pernah hilang dari simpanan dan kemudian ditakdirkan ditemui semula semasa pemerintahan Amier Haiel iaitu Amir Hamud bin Abd Rasyid raja Nejd. Antara kitab-kitab lain yang dihasilkan oleh beliau ialah : 1. Tarikh al-Umam Wa al-Muluk Wa Akhbaruhum. 5. Tahzib al- Athar 2. Kitab al-Khaliq 3. Kitab al-Taharah 4. Kitab Tarikh al-Rijal 6. Al-Tabsir Fial-Usul 7. Ikhtilaf al-Fuqaha 8. Al-JamiFi al-Qiraat

Disokong oleh Ibn Khalkan dan Syeikh Abu Ishak al- Syirazi.

4.0 Metodologi Penulisan Tafsir al-Tabari Tafsir al-Tabari mengandungi pelbagai pendapat dan beliau telah membuat pentarjihan diantara pendapat manakah yang paling kukuh. Beliau juga menerangkan dalam tafsirnya aspek irab dan istinbat hukum. Kitab tafsir Ibn Jarir merupakan kitab tafsir utama yang dikira paling sahih dalam kategori Tafsir Bi al-Mathur. Ia ditulis dan di disusun dengan menyandarkan kepada pendapat para sahabat, Tabiin dan Tabi al-Tabiin atau dengan erti kata lain , Ibn Jarir telah berjaya mengumpulkan di dalam kitab tafsirnya itu segala riwayat yang berkaitan dengan tafsir daripada kalangan sahabat dan tabiin. Imam Nawawi3 mengatakan kitab Tafsir Ibn Jarir merupakan sebuah kitab yang mana belum ada seorang pun yang menyusun kitab lain standing dengannya. Metodologi penulisan yang digunakan oleh Ibn Jarir di dalam Kitab Tafsir Jamial Bayan ialah :1. Apabila beliau ingin mentafsirkan sesebuah atau sesuatu ayat al-quran , beliau terlebih dahulu akan berkata : Pendapat mengenai tafsir atau takwil untuk firman Allah ini adalah begini dan begitu. Selepas itu beliau akan mentafsirkan ayat dengan berpandukan kepada pendapat para sahabat dan tabiin. 2. Ibn Jarir juga mentafsirkan ayat dengan cara meriwayatkannya dengan mengemukakan sanad yang lengkap atau pun dengan erti kata lain beliau menggunakan Tafsir Bi al-Mathur itu dengan mentafsir sesebuah ayat alQuran dengan jalan riwayat yang bersandar kepada sahabat dan tabiin , serta diyakini tentang kesempurnaan sanadnya. 3. Ibn Jarir akan mengemukakan atau membentangkan kesemua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang beliau hendak tafsirkan. Selepas itu beliau akan membicarakan riwayat-riwayat tersebut dangan dibandingkan

Al-Tahzib

diantara satu dengan yang lain, akhir sekali beliau akan membuat tarjih diantara salah satu daripada riwayat-riwayat tersebut. 4. Dalam penyusunan kitab Jamial-Bayan, Ibn Jarir juga telah mengambil berat dan memberi penumpuan utama tentang permasalahan atau perkara yang berkaitan dengan Qiraat. Beliau juga menyebutkan pelbagai jenis Qiraat serta menghubungkan diantara Qiraat tersebut. Ibn Jarir mempunyai penguasaan ilmu bahasa Arab yang tinggi oleh itu mudah bagi beliau memilih makna-makna yang sesuai dan tepat dengan sesuatu lafaz dan kedudukan lafaz. 5. Ibn Jarir menerangkan aspek Irab serta mengistinbatkan sebahagian hukum serta membuat penelitian terhadap pendapat dan mazhab ilmu nahu yang digunakan secara umum dan meluas. 6. Ibn Jarir juga membuat kritikan sanad-sanad yang merangkumi hal berkaitan dengan periwayatan atau pendapat-pendapat, kemudiannya beliau membuat pentadilan, dengan menetapkan perawi yang adil terhadap beberapa orang perawi serta juga mentajrihkan, iaitu dengan menetapkan sebagai perawi yang cacat terhadap perawi lain yang telah dibukti kecacatannya. 7. Ibn Jarir juga bertindak menolak terhadap segala riwayat yang tidak diyakini kesahihannya. Justeru itu, setiap tafsir yang diterima daripada para tabiin, seperti : Mujahid dan al-Dahhak, beliau jelaskan dengan sanad yang cukup sempurna. 8. Beliau juga ada membincangkan masalah-masalah dengan perbincangan yang padat . Beliau menolak segala pendapat mazhab-mazhab ahli kalam dan banyak menolong pendapat ahli sunnah wal-jamaah. Walaubagaimanapun dalam mentafsir dan mernyusun kitab tafsir itu, sesetenggah ulama berpendapat bahawa Ibn Jarir juga tidak dapat melepaskan diri daripada memasukkan atau mengambil hadis-hadis yang tidak sahih dan juga tanpa membuat penjelasan bahawa hadis itu tarafnya tidak sahih. Namun begitu,

dalam konteks ini sebenarnya Ibn Jarir memang ada menyebutkan sanad hadis itu dengan sempurna, dan beliau sendiri juga akui ada kelemahan dalam tafsirnya itu. Lantaran itulah, ibn Jarir membuka ruang dan memberi peluang kepada ulama lain dan pengkaji serta pembaca untuk membuat penilaian sendiri berkaitan dengan kedudukan hadis tersebut. Ibn Jarir juga dikatakan telah meriwayatkan berita yang diambil daripada Ibn Abbas, Ibn Masud dan Ubai ibn Kaab melalui Juraij dan al-Suddi, hal itu menyebabkan tafsir Ibn Jarir tidak terlepas daripada meriwayatkan kisah-kisah Israiliyat. Namun pun begaitu, hampir kesemua kisah dan berita Israiliyat itu dikemukakan kritikan serta perbahasan daripada beliau. Beliau bertindak begitu kerana ia akan membawa banyak perbincangan dan perbahasan ilmiah yang amat berfaedah bagi umat islam. Kitab tafsir Ibn Jarir itu telah ditahqiq oleh Muhammad Mahmud Syakir. Manakala segala hadis-hadis yang terdapat dalam kitab tafsir tersebut telah dikaji oleh Ahmad Muhammad Syakir. 5.0 Keistimewaan Tafsir al-Tabari Tafsir ibn Jarir merupakan sebuah tafsir yang unggul dan sempurna dan lengkap berbanding kitab tafsir lain4. Diantara keistimewaan Tafsir Ibn Jarir ialah: 1. Tafsir itu disusun dan ditulis mengikut kaedah majoriti ulama salaf. Iaitu dengan melakukan pentafsiran ayat berdasarkan hadis dan Athar. 2. Tafsir ibn Jarir juga akan membentangkan dan menerangkan antara manakah Tawil yang kukuh yang beliau perolehi daripada para sahabat, yang mana menurut penilaiannya ia adalah paling hampir dengan kebenaran. 3. Ia merupakan sebuah kitab tafsir yang bermutu tinggi, di mana di dalamnya mempunyai pendapat yang tepat dari sudut bahasa Arab serta
4

Al-Itqan, 2/190

membentangkan nas secara sempurna melalui sanad yang lengkap dan sempurna juga. 4. Dalam tafsir Ibn Jarir, beliau telah menghuraikan segala sanad itu dengan jelas, mendekatkan apa yang jauh serta mengumpulkan apa yang tidak dapat dikumpulkan oleh penulis tafsir lain. 6.0 Kelemahan Tafsir al-Tabari 1. Memuatkan perkara-perkara Israiliyyat. 2. Memasukkan dongengan 4. Tidak menyeragamkan tafsiran dengan mendahulukan pandangan peribadinya. B) MAFATIH AL-GHAIB TAFSIR AL- KABIR 1.0 Pengenalan Kitab tafsir al-Razi mengandungi 8 jilid yang merupakan salah sebuah kitab Tafsir Bi al-Rayi atau al-Tawil terbesar yang bernama Mafatih al-Ghaib atau dikenali juga dengan Tafsir al-Kabir. Tafsir Fakhruddin al-Razi majoritinya membahaskan tentang ilmu Akli. Antara lain, dalam tafsirnya itu dicampur adukkan diantara perbahasan Tafsir al-Quran dengan ilmu kedoktoran, falsafah juga Mantik. Para pengkritik telah membuat ulasan dimana pendapat yang dibentangkan oleh Fakhruddin al-Razi dalam tafsirnya itu tentang persoalanan ilmu akli, ilmu kalam dan fizik hingga menyebabkan ia keluar daripada bidang dan konsep sebuah kitab tafsir. Selain daripada itu, kitab Tafsir al-Kabir mengandungi hampir kesemua disiplin ilmu dan dianggap sebagai sebuah Ensiklopedia.

2.0 Riwayat Hidup Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Umar Ibn al-Hasan al-Tamimi alBakri al-Tibristani al-Razi Fakhruddin5. Beliau telah dilahirkan di ar-Ray Parsi pada tahun 543 Hijrah dan meninggal dunia di Harah Afganistan pada tahun 606 Hijrah dalam keadan memiliki ilmu yang melaut. Fakhruddin al-Razi lebih terkenal dengan panggilan Ibn al-Khatib yang mengikuti mazhab al-Syafii. Beliau merupakan seorang ulama yang faqih,amat luas ilmu pengetahuannya yang menguasai ilmu-ilmu naqliah dan aqliyah, mempelajari berbagai ilmu pengetahuan yang meliputi ilmu keagamaan atau diniyyah dan akidah. Beliau sangat pakar dalam ilmu mantik, falsafah dan terkenal dalam ilmu al-Kalam. 3.0 Sumbangan dan Karya Fakruddin al-Razi Fakhruddin al-Razi telah menghasilkan banyak kitab iaitu : 1. Tafsir al-Quran Mafatih al-Ghaib 3. Ihkam al-Ahkam 4. al-Muhasal Fi Usul al Fiqh 5. al-Burhan Fi Qiraat al Quran 6. Kitab al-Milal Wa al-Nihal 4.0 Metodologi Penulisan Tafsir al-Kabir Menurut pendapat yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad al-Zahabi, Fakhruddin al-Razi hanya sempat menyiap atau sempat menulis kitab tafsirnya itu sehingga Surah al-Anbiya sahaja, manakala yang selebihnya itu disempurnakan oleh Syihabuddin Ahmad Khalil al-Khaubi yang meninggal dunia pada tahun 637 Hijrah tetapi tidak juga tamat. Kemudian ia disambung oleh Najmuddin alQamuli apa yang baki dari penilisan tersebut. Pendapat yang dinyatakan oleh alZahabi tersebut telah dipersetujui oleh beberapa orang ulama lain. 7. Syarh al-Qanun Li Ibn Sina 9. Risalah al-Jauhar 10. Risalah al Huduth 11. Tajiz al-Falasilah 2. Tafsir Asrar al-Tanzil Wa Anwar al-Tawil 8. Ibtal al-Qiyas

Lihat Wafiatul-Akyan 1/474

Majoriti ulama mengatakan bahawa Tafsir al-Kabir tersebut hampir menyerupai sebuah ensiklopedia yang mana di dalamnya mengandungi segala disiplin ilmu, seperti falsafah, Ilmu tentang alam, Ilmu Tabii, Fizik, Falak, Kedoktoran. Fakhruddin al-Razi telah membahaskan dan menghuraikan ilmuilmu tersebut yang mana ia tidak mempunyai hubungan yang langsung dengan ilmu Tafsir. Selain daripada itu juga, Fakhruddin al-Razi membahaskan ilmu Akidah dan ia dibahaskan secara bercampur aduk dengan ilmu kedoktoran, Mantik dan Falsafah. Beliau juga membahaskan dalam kitab tafsirnya itu dengan memberi penumpuan terhadap Ayat Hukum serta membentangkan pendapatpendapat mazhab ulama Fiqh serta menginstinbatkan hukum yang terdapat di dalam ayat tersebut. Fakhruddin al-Razi telah menetapkan dan menggunakan teknik atau metodologi tertentu dalam penulisan kitab tafsirnya itu,iaitu: 1. Al Razi telah menerangkan munasabah atau hubungan ayat dengan ayat berikutnya. Selain daripada itu, beliau juga telah menerangkan munasabah atau hubungan surah yang lain. 2. Beliau membawa penerangann ulasan yang jelas hingga pembaca dapat memahami penjelasan terhadap susunan ayat-ayat dan surah-surah tersebut . 3. Beliau menerangkan tentang hikmat-hikmat penurunan ayat-ayat al-Quran daripada Allah serta menghuraikannya. 4. Beliau menjelaskan pelbagai disiplin ilmu serta membentangkan pendapat ahli Falsafah dan ahli al-Kalam. Beliau bertindak menolak pendapat ahli Falsafah, khasnya dalam perkara yang berkaitan dengan akidah seterusnya mempertahankan mereka. 5. Beliau membentangkan dan membincangkan pendapat-pendapat ahli fekah yang berkaitan dengan ayat-ayat hukum. Selepas itu beliau akan dan menyokong pendapat akidah ahli Sunnah. Fakhruddin al-Razi bertindak menolak pendapat Muktazilah dan pegangan

mentarjihkan di antara pendapat-pendapat fuqahaitu dengan mengambil pandangan mazhab Syafii yang juga menjadi pengangan beliau dalam perkara ibadat dan muamalat. 6. Beliau akan mengenepikan al-Itnab atau perkataan-perkataan yang panjang,namun pun begitu beliau membincangkan dengan panjang lebar berkaitan dengan Balaghah dan Nahu. Kitab Tafsir al-Kabir tersebut kemudiannya telah diringkaskan oleh Muhammad Abu al-Qasim al Rifi yang meninggal dunia pada tahun 769 Hijrah, yang mana beliau menamakan itu dengan nama kitab Tafsir yang telah diringkaskannya itu dengan nama kitab al-Tanwir Fi al Tafsir.

SOALAN 2 A) PENULISAN , PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN Penulisan , pengumpulan dan pembukuan al- Quran dalam erti kata yang menyeluruhnya ialah dengan merangkumi penghafalan di dalam dada. Semua itu terkandung dalam istilah Jamuu al Quran yang mana gerakan tersebut sudah bermula pada masa Rasulullah s.a.w lagi seperti Abu Abdullah Al- Muhasibi6 menerangkan dalam kitabnya Fahmussunan : Penulisan al-Quran bukanlah perkara baru . Ianya telah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w atas perintah baginda sendiri. Namun begitu kemuncaknya berlansung pada masa pemerintahan Uthman Ibn Affan di atas usaha baginda sendiri. Ia terbahagi kepada empat peringkat zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w, Abu Bakar , Uthman Ibn Affan , Umaiyyah dan Sekarang. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun (22 tahun 2 bulan 22 hari). Nabi sangat mengambil berat terhadap setiap wahyu dan ayat al-Quran yang diturunkan kepada Baginda. 3 Perbezaan Pengumpulan al-Quran antara Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalifah Uthman al Arfan r.a 1. Pebezaan dari segi sebab pengumpulan Setelah Abu Bakar menjawat jawatan khalifah setelah kewafatan Nabi, beliau terpaksa menghadapi berbagai-bagai peristiwa hebat dan persoalan sukar. Diantara peristiwa tersebut ialah gerakan memerangi mereka yang enggan membayar zakat, nabi palsu, golongan murtad dan termasuklah peperangan alYamamah yang berlaku dalam tahun 12 Hijrah diantara orang islam dengan golongan murtad pengikut Musailamah Al-Kaazzab. Dalam peperangan itu kira6

Beliau ialah Al-Haris bin Asad Al-Muhasibi, bergelar Anu Abdullah. Salah seorang ahli sufi yang bterbesar . seorang alim dalam ilmu Usul dan muamalat. Beliau merupakan maha guru bagi kebanyakan ulama Baghdad di zamannya. Meninggal di Bghdad pada tahun 243H.( Al-Aklam oleh Azzarkali 2/153)

10

kira 70 orang para sahabat penghafaz al-Quran telah gugur syahid. Kejadian itu amat mengharukan Saidina Umar, lalu beliau menemui khalifah Abu Bakar dan mencaadangkan al-Quran dikumpulkan ke dalam satu mashaf yang teratur ayat dan surahnya. Cadangan itu dibuat berasakan kebimbangan Umar akan kemungkinan hilangnya al-Quran disebabkan kematian para penghafalnya. Pada mulanya Abu Bakar enggan melaksanakan cadangan Umar, kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah semasa hidup Baginda.Tetapi Umar tidak putus asa, akhirnya Khalifah Abu Bakar dapat diyakini akan manfaat dariapada cadangan beliau itu. Apabila khalifah Abu Bakar dapat melihat kebaikan cadangan Umar tersebut, beliau mengarahkan Zaid ibn Thabit melaksanakan tugas itu. Zaid ibn Thabit dipilih berdasarkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang pemuda yang bijak dan termasuk salah seorang daripada penulis wahyu serta menghafaz al-Quran dan pernah menghadiri majlis Tadarus al-Quran antara Nabi dan Jibril. Manakala sebab pengumpulan pada masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affanpula ialah , Islam telah berkembang luas hingga ke negeri Syam, Kufah dan Iraq. Umat Islam yang berada di berbagai daerah dan negeri membaca dan mempelajari al-Quran menurut kaedah-kaedah yang diterima daripada sahabat yang masyur dikalangan mereka dan diwalayah mereka, seperti: 1. Pendudukan Syam menggunakan dan mempelajari kaedah bacaan yang diterima daripada Ubai bin Kaab. 2. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Masud. 3. Orang-orang islam di tempat lain pula membaca al-Quran menurut bacaan Abu Musa al-Asyari. Antara faktor utama lahirnya perbezaan bentuk-bentuk bacaan itu adalah d dengan berdasarkan perbezaan huruf-huruf yang mana diatasnya al-Quran

11

diturunkan. Ekoran perbezaan bacaan telah menyebabkan timbulnya perselisihan yang hebat di kalangan umat islam dan telah menimbulkan masalah disebabkan tidak ada penyelarasan. Perselisihan yang semakin meruncing itu telah diperhatikan oleh sahabat yang bernama Huzaifah al-Yaman yang mana waktu itu berada di Sham dan Iraq. Lantaran itu, Huzaifah al-Yaman segera kembali ke Madinah dan menceritakan perkara dan permasalahan tersebut kepada khalifah Uthman, serta menyarankan kepada khalifah supaya mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan keadaan itu. Dalam konteks ini, sebenarnya bukan Huzaifah sahaja yang bimbang dan risau, namun sahabat lain juga begitu, tambahan lagi keadaan itu semakin hari semakin menular dan merebak di kalangan orang islam pada waktu itu. Malahan ada diantara mereka sudah sampai tahap kafir-mengkafir di antara satu sama lain. 2. Perbezaan dari segi penulisan Di peringkat permulaan menerima arahan, Zaid sebagaimana yang telah berlaku kepada khalifah Abu Bakar teragak-agak juga untuk menjalankan tugas tersebut,dengan alasan bahawa perkara itu merupakan suatu yang tidak dilakukan oleh Rasulluah semasa hidup Baginda.Tetapi akhirnya beliau juga dapat diyakini sepertimana yang berlaku kepada khalifah Abu Bakar. Dalam melaksanakan tugas berat itu, Zaid telah dibantu oleh sahabat lain dengan bertindak menyalin satu persatu ayat-ayat yang sudah sedia ada tertulis pada pelepah-pelepah tamar, kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan-hafalan para sahabat dan hafalan beliau sendiri. Selain dari itu, beliau tidak akan menulis sebagai al-Quran kiranya tidak ada dua orang saksi yang adil, menyatakan mereka menyaksikan ayat itu diterima daripada Nabi. Dalam erti kata lain, kedua-dua sumber yang ada pada waktu itu, iaitu hafalan dan catatan atau tulisan digunakan dengan teliti oleh Zaid dalam proses melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Khalifah Abu Bakar.

12

Zaid

telah

mengambil

masa

lebih

kurang

satu

tahun

untuk

menyempurnakan tugas beliau itu. Apabila telah selesai penulisannya, naskah alQuran itu diberi nama Mashaf Abu Bakar. Bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan ketujuh-Tujuh Huruf atau al-Ahraf al-Sabah yang mana diatasnya al-Quran diturunkan. Ini bermakna mashaf Abu Bakar ini adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman Nabi. Manakala pada Zaman Khalifah Uthman b Affan berdasarkan cadangan Huzaifah al-Yaman, khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran yang mana ia terdiri daripada empat orang sahabat yang diketuai oleh Zaid bin Thabit, mereka yang tiga lagi ialah Abdullah bin al-Zubir, Said bin al-As dan Abdul Rahman bin Haris bin Hisham. Daripada empat orang Ahli Jawatankuasa tersebut, Zaid bin Thabit sahaja daripada kalangan Ansar dan mereka yang lain adalah kaum Quraisy. Jawatankuasa itu ditugaskan untuk membukukan al-Quran dengan menyalin semula semua ayat daripada al-Quran yang dikumpulkan pada masa Abu Bakar yang masih tersimpan dirumah Hafsah binti Umur. Mereka menyalin semula ke dalam satu naskah dengan menggunakan hanya satu bentuk huruf daripada hurufhuruf yang tujuh. Walaupun Suhuf Abu Bakar dijadikan sumber utama dalam penulisan itu , namun apa yang ada dalam dada para sahabata juga merupakan sumber yang diutamakan7. Jawatakuasa tersebut mulai menjalankan tugas mereka pada penghujung tahun 24 Hijrah dan awal tahun 25 Hijrah. Berkat kegigihan dan kesabaran, mereka telah berjaya menghasilkan

beberapa buah mashaf yang ditulis diatas satu bentuk huruf dengan tujuan untuk menyatukan bentuk bacaan umat islam. Dalam menulis mashaf tersebut, Khalifah Uthman telah menetapkan syarat tertentu kepada jawatankuasa penulisannya.

Husayni Syaykh Uthman (t.t),op.ct.hlm233.

13

1. Menulis al-Quran menurut bacaan para hafiz. 2. Apabila terdapat perbezaan pendapat dan perbezaan bacaan diantara tiga orang ahli komiti daripada kaum Ansar Madinah, mereka mesti menulis mengikut percakapan suku Quraisy, kerana al-Quran diturunkan dalam dialek atau lahjah Quraisy. 3. Semua ayat al-Quran yang diterima daripada Rasulullah s.a.w. secara mutawatir dan tidak mansukh akan ditulis semula. 4. Al-Quran ditulis tanpa menggunakan titik. 5. Mengekalkan tujuh jenis bacaan. Setelah penulisan itu selesai, mashaf asal itu diserahkan kembali kapada Hafsah. 3. Perbezaan dari segi tindakan selepas pengumpulan dan pembukuan Pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a naskhah al- Quran itu disimpan dirumah Khalifah Abu Bakar sehingga beliau wafat selepas itu berpindah ke tangan Khalifah Umar disepanjang tempoh pemerintahannya. Setelah khalifah Umar meninggal dunia, mashaf tersebut diletakkan pula dibawah jagaan anaknya, iaitu Hafsah binti Umar. Sebagai rumusannya, pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Quran di kumpul dan dibukukan adalah demi menjamin ia daripada hilang dan hanya menjadi simpanan .Dengan pengesyoran Umar dan pelasanaan tugas Zaid ibn Thabit, maka terhasillah Mashaf Abu Bakar dalam bentuk penulisannya yang meliputi ketjuh-tujuh huruf yang diatasnya al-Quran diturunkan. Dengan itu juga, terselamatlah dan terjaga ketulinan al-Quran disebabkan kematian para penghafal al-Quran. Manakala al-Quran yang ditulis dan dibukukan pada zaman Khalifah Uthman r.a itu telah disalin pula kepada beberapa mashaf lagi. Mashaf yang ditulis dan disalin itu, telah dihantar ke beberapa daerah dan wilayah islam, dimana pada setiap wilayah atau kota ditinggalkan satu naskah, antaranya Mekah, Syria, Basrah, Kufah.Setelah penulisan mashaf tersebut selesai, khalifah Uthman telah memerintahkan supaya dibakar, samada yang tertulis pada kulit, pelepah tamar,

14

mashaf dan lainnya. Antara lain, khalifah Uthman menghantar mashaf yng disalin beserta guru untuk mengajarnya ke sesuatu wilayah. Selepas mashaf- mashaf yang ditulis di hantar ke wilayah islam, mashaf aslinya ditinggalkan di Madinah untuk simpanan khalifah Uthman dan ia di namakan dengan mashaf al- Imam. Hasil usaha Khalifah Uthman itu, umat islam telah dapat di selamatkan daripada perselisihan dan pertelingkahan akibat perbezaan dalam bentuk bacaan al-Quran. Penjagaan rapi daripada kalangan umat islam terhadap al-Quran, samada dalam bentuk hafalan atau tulisan, maka keaslian al-Quran menjadi terjaga hingga ke saat ini dan ia menepati dengan janji allah didalam al-Quran dalam surah al-Hijr ayat 9 yang bermaksud : Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya. Pembukuan al-Quran pada zaman khalifah Uthman telah memberi faedah yang amat besar kepada umat islam, seperti : a. Dapat menyatukan umat islam tentang bacaan dan tulisan al-Quran dalam satu bentuk mashaf yang selaras dan seragam dari segi ejaan dan tulisnya. b. Menyatukan bacaan. Walaupun masih ada perbezaann bacaan hingga sekarang, namun ia tidak bercanggah dengan ejaan dalam mashaf Uthmani. c. Mana-mana bacaan yang tidak sesuai dengan mashaf Uthmani tidak boleh digunakan lagi. d. Menyatukan susunan menurut tertib seperti kita dapati sekarang.

15

B) TIGA KEBURUKAN YANG MUNGKIN BERLAKU SEKIRANYA PEMBUKUAN AL-QURAN TIDAK BERLAKU PADA ZAMAN KHALIFAH ABU BAKA R.A DAN ZAMAN KHALIFAH UTHMAN R.A Pembukuan al-quran pada Zaman Abu Bakar dan Zaman Uthman mempunyai kebaikan yang tersendiri dan sebab-sebab yang tertentu pada kedua-dua zaman itu. Jika pembukuan ini tidak berlaku ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku : 1. Kemungkinan ayat-ayat al-Quran akan bercampur aduk dengan hadis dan dan berlakunya penyelewengan terhadap ayat al-Quran. Menjadi senjata kepada pihak yahudi untuk menimbulkan keraguan dihati muslimin untuk memahami ayat al-quran yang tidak terkumpul dengan teratur. Ini kerana ayat al-Quran yang ditulis diatas pelepah-pelepah tamar , kulit binatang dan kulit kayu adalah susah untuk disimpan dan dijaga. Apabila tahun berganti tahun bahan-bahan ini akan menjadi reput dan tidak lagi terpelihara. Begitu juga dengan kematian para sahabat yang menghafal alQuran dalam peperangan akan melenyapkan orang-orang yang tahu tentang sebab-sebab turun dan juga bacaan ayat yang sebenar. Semasa pengumpulan dan pembukuan pada zaman Uthman semua ayat al-Quran yang diterima daripada Rasulullah s.a.w. secara mutawatir dan tidak mansukh akan ditulis semula. Ini amat menjamin kesahihannya. 2. Pelbagai Jenis bacaan, tajwid dan ejaan yang bercanggah dengan yang asal menjadikan ayat al-quran berlainan antara satu sama lain dan ini akan menimbulkan kemusykilan dikalangan umat islam . Kefahaman ayat pun mungkin berbeza-beza mengikut guru masing-masing dan tiada panduan kepada umat islam daripada yang asal iaitu yang didengari terus daripada nabi . Perbezaan bacaan juga akan menyebabkan ayat al-Quran berbezabeza dan seolah-olah ia sesuatu yang lain. Begitu juga dengan kefahaman

16

sesuatu ayat mungkin berbeza-beza mengikut keadaan sosial ,ekonomi dan adat sesuatu tempat asalnya pendakwah yang meyebarkan ayat-ayat alQuran itu peringkat awal. 3. Al-Quran pada masa sekarang merupakan sumber rujukan umat islam seluruh dunia. Jika tiada Mashaf yang sebaik Mashaf Uthmani yang di dahului dengan Mashaf pada zaman Abu Bakar mungkin umat islam yang terkemudian tidak akan dapat manafaat daripada ayat-ayat al-Quran keseluruhannya. Ia menjadikan kesukaran kepada pendakwah untuk meyebarkan islam kerana tiada pedoman bagi menjalankan tuntutan itu. Umat terkemudian menjadi umat yang hidup atas khabar-khabar yang tidak jelas dan kabur. Walaubagaimanapun , apa kemungkinan pun yang dikemukakan Allah telah menjamin al-Quran dijamin penjagaannya. Pengumpulan dan pembukuan di zaman Khalifah Abu Bakar dan zaman Khalifah Uthman adalah sesuatu yang memberi banyak kebaikan dan manafat kepada umat islam yang terkemudian. Lahirnya Mashaf yang yang diguna pakai sehingga ke hari ini dengan penambahbaikan dengan meletakkan tanda baca seperti baris , titik dan wakaf serta simbol-simbol yang memudahkan bacaan lebih-lebih lagi golongan bukan arab seperti kita pada hari ini.

17

Bibliografi
1. Abd.Rahman Abd.Ghani(2008).Rasm Uthmani Pelengkap pembacaan AlQuran.Kuala Lumpur .Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 2. Ariffin bin Suhaimi(2007).Kitab Wahyu dan Ahli Kitab.Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islam Malaysia. 3. Asmawi Haji Ehsan(2004).Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid. 4. Dr.Ahmad Najib bin Abdullah Al-Kori(2008).Karya-karya Besar Dalam Bidang Tafsir.Kota Baharu Kelantan.Pustaka Aman Press. 5. Dr Subhi Salleh(1977).Kajian Al-Quran.Kuala Lumpur.Terj.Dewan Bahasa Dan Pustaka. 6. Noraini Abu (2003).Al-Quran Mukjizat Yang Terbesar Nabi Muhammad S.A.W. Kuala Lumpur.Al-Hidayah Publishers. 7. Prof.Madya Dr.Udah bin Mohsin(2002).Jurnal:Beberapa Kekeliruan Mengenai Pengumpulan Al-Quran.Kuala Lumpur. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 8. Rosmawati Ali @ Mat Zin(1997). Pengatar Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn.Bhd. 9. Syeikh Abdul Fattah El-Qadhi(1986). Sejarah Kitab Al-Quran. Kuala Terengganu.Terj.Yayasan Islam Terengganu. 10. Talib Samat(2004). Abu Bakar As Siddiq Khalifah Al-Rasyidin Pertama. Shah Alam. Karisma Publications Sdn Bhd. 11. Ustaz Musthafa(2006).Al-Huda:Kumpulan Artikel Fhardhu Ain dan Ilmuilmu Islam.Batu Caves Selangor.Balai Islam Lantabur Darul Quran Wassunnah. 12. http://almanaar.wordpress.com/2007/10/12/pengumpulan-al-quran-padamasa-utsman/

18

Anda mungkin juga menyukai