Anda di halaman 1dari 16

Vol.

4 [Mei 2006 AL-BAYAN Journal of Al-Quran & al-Hadith (page : 47-62)


/ Rabi'ulawwal 1427] ISSN : 1394-3723

SYEIKH NURUDDIN AL-RANlRI


DAN SUMBANGANNYA KEPADA
PENGAJlAN AL-HADITH

Oleh:
Mohd. Muhiden Abd. Rahman

Abstract
This biographical of the I 7" Centwy Nusan/ara Muslim scholat;
Syeikh Nuruddin al-Raniri allempts to elaborate his conception
of knowledge and contribution to various areas of Is lamic
Studies. A well-known scholar who stands on the same level of
authority as Syeikh Daud al-Fatani and Syeikh Abdul Samad
al-Palimbani, Syeikh al-Raniri has produced masterpieces on
Fiqh, Theology, Taftir and Tasawwuf and a few others in other
areGS. In the study of al-Hadith, aI-Raniri is considered to be the
first Muslim scholar of the region to produce a book in Jawi
script entitled al-Fawii 'id al-Bahiyyah If al-Abiidilh al-
Nabawiyyah.

Pcndahuluan
Kajian mengenai tokob penting dan banyak kelebihannya terutama apabila
melibatkan seorang tokoh yang terkemuka yang telah memberi sumbangan
yang besar kepada dunia ilmu melalui basil karyanya . Vlama' yang
dianggap sebagai ejen kepada perubahan sos ial amat perlu didedab
ketokohan, peranan dan sumbangannya kepada masyarakat dan negara.
Antara tokoh yang termasyhur dan berpengaruh di Nusantara yang
banyak memberi sumbangan kepada dunia ilmu ialah Syeikb Nuruddin al-
Raniri. Beberapa tulisan mengenai Syeikh Nuruddin al-Raniri dibasilkan
oleh ramai sarjana terutama oleh sarjana berbangsa Belanda seperti P.

* Dr. Mohd . Muhiden Abd . Rahman , adalah Pcnsyarah Kanan di Akademi


Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ni lam Puri, Kelantan.

Department of Al-Quran Academy of Islamic Studies


47 University of Malaya
and al-Hadith
AL.,. BAYAN

Voorhoeve,' GW.J Drewes,' C.A.O Van Nieuwenhuijze' dan lain-lain .


terrnasuk juga srujana dari bangsa Indonesia dan juga Malaysia seperti
R.H. Djajadiningrat, Ahmad Daudi, Tujimah dan Syed Muhammad Naquib
al-Attas. Namun, kebanyakannya adalah berkaitan dengan ketokohao dan
pernikiran belialL Hanya sedikit sahaja perhatian diberi dalam konteks yang
lebih luas, iaitu kelokohan beliau sebagai seorang lokoh pembaharuan atau
mlljaddid yang berjaya membawa beberapa perubahan sosial dan agama
di Nusaotara.

Riwayat Hidup Syeikb Nuruddin al-Raniri


Nama lengkap al-Raniri ialah Nuruddin Muhammad b. Ali b. Hasanji b.
Muhammad Hamid' al-Quraysyi al-Syafi'i al-' Asy'ari al-'Aydarusi al-
Raniri.' Beliau yang berasal daripada India adalah berketurunan Arab
HadrarnauL Bapanya dikatakan berasal dati keluarga irnigran Hadrami yang
mempuoyai sejarabnya yang panjang yang berpindah ke Asia Selatan dan
Asia Tenggara. Oleh kerana kebanyakan Arab Hadrami yang mendiami
Arab Selatao suka meoetap di kota-kota pelabuban bagi menjalankan usaha
perdagangan di samping melakukan usaha dakwah, maka kota-kola
pelabuhan menjadi turnpuan mereka. Antaranya ialah kola pelabuhan di
pantai Sarnudcra India seperti Ranir di Gujaral dan kola pelabuhan di

BeHau ialah seorang ah li sejarah Belanda yang paling banyak menulis ten lang
Syeikb Nuruddin al-Raniri . Babkan penulisannya baleh dikatakan paling lengkap
mengenai Syeikh Nuruddin setakat ini. Antara tuli san beliau mengenai Syeikh
Nuruddin ialah "Van en Over Nuruddin ar-Raniri " (195 1), "Korte Medede-
Iingen " ( 1959) dan " Twee Maleische Geschriften van NWlIddill or-Ronir; "
( 1955).
2
Antara karya beliau ialah "De Herkomst Vall NlIruddin or-Ronir; " KBr III
( 1955).
3 Melalui karyaDya "Nllr ai-Din als Beslrijder der Wllgudia" BKI 104 ( 1948).
, Ada yang mernbaca nya Burnayd. Lihat Syed Muhammad Naguib al-Attas
( 1986), A Commentary on the Hu)jat al-Siddiq 0/ Nur ai-Dill al-Raniri, Kuala
Lumpur: Ministry of Culture , h. 3.
Ada yang menyebut al-Randiri al-Surati, iailu nisbah kepada kola Randir yang
terletak dekat dengan Surat di Gujarat. la juga dikenali sebagai dengan nama
Ranir. Lihal 'Abd al- l:Iayy a l-Hasaru ( 1976), Nuzhat al-KhawtiTir wa Bahjal 01-
Mastimi ' wa al-Nowii1ir. j. 5, c . 2, Hyderabad , India : Da 'i rat al-Ma'arif ul-
·Uthmaniyyah. h. 360.

48
NU RUDDI N AL-RAN IRI DAN SUM BA NGANNYA KEPADA PENGAJIAN AL- HAD ITII

Kepulauan Melayu-Indonesia seperti Acheh dan Melaka. Nenek moyang


beliau sebelah bapa kemungkinan terdiri dati keluarga al-l:Iamid dati bani
Zuhra, salah satu dari sepulub keluarga bani Quraisy. Di antara keluarga
Zuhra yang terkenal , ialah ' Abd al-RaJ:tman Ibn ' Awfyang merupakan
sahabat Rasulullah s.a. w. Namun ada juga yang mengatakan babawa
nenek moyang beliau adal ah dari keluarga al-l:Iumayd ya ng sering
dikaitkan dengan Abu Bakr ' Abd Alliih b. al-Zubayr al-' Asadl al-Humaydi
(m. 219H) pengarang kitab Musnad al-/:fu/11aydl yang j uga merupakan
mufti Mekah dan murid kepada Imam al-Syafi ' i. AI-l:Iumaydi pula
dikatakan berasal dati keluarga Asad yang j uga merupakan salah seorang
daripada sepuluh keluarga bani Qurai sy6 Sementara ibunya dikatakan
berketurunan Melayu.'
AI-Raniri dilahirkan di Ranir (Rander), iaitu sebuah daerah yang
terletak dekat Surat di Gujarat, [Odia yang merupakan sebuah pelabuhan
terkenal di paotai India Selatan ketika itu. Mengenai tarikh lahimya tidak
seorang pun dari kalangan abli sejarah yang mencatat tarikh lahir beliau
lenmasuk P. Voorhoeve. Tetapi kemungk.inan besar menjelang ak.hir abad
keenam belas Masihi.'

6
Sepu luh keluarga Bani Qurnsyh yang dimaksudkan , ialah Bani Hashim . Umayya,
Nawfal, Zuhra, Asad, Taym, Makhziim, 'Ad! , Jumah dan Sahm. Rasu lullah s.a.w.
terdiri dati keluarga Bani Hashim. Lihat Ibn Khalikkan (1.1), Wafaytit at-A y {in wa
Anbo ' Abila ' al-Zamall, j. 4, Beirut: Dar Sadir, h. 558 & 6 16.
7
' Abd al-1:I ayy al-1:Iasan; ( 1976), op.e;,. h. 360; Ahmad Daudi ( 1978), Sye;kh
N urndd;1I ar-Ran;ry, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, h. 9 dan (1983), Allah Dan
Manusia Datam KOflsepsi Syeikh Numddin ar-Raniry, Jakarta: C.V. Raj awali, h.
36; K.H. Sirajuddin ' Abbas ( 1975), Tabaqa, al-Shaft ·iyyah. Jakarta: Penerbit
Pu staka Tarbi a h, h. 379; Syed Muhammad Naguib (1986), op.e;,. h. 3-4;
Azy umardi Azra (1995). Jaringan Ulama Tifflllr Tengah dan Kep ulauan
Nusantara Abad XVII dan XVlll. c. 2, Bandung: Penerb it Mizan , h. 169- 170;
Mahayudin Hj. Yahaya ( 1994), Nosk" ah Jaw; Seja,.ah Dan Teks , j . I. c. I, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 44; Sir Ri chard Winsted (1972), A His·
100y o/Classical Literature, c. 5, London: Ox rord University Press, h. 145. Lihat
juga Syed Muhammad Naguib al-Attas (1966), Rani,.; and The Wajudiyyah of
17,h CenwryAcheh.Singaporc: MBRAS , h. 12.
Ahmad Daud ( 1983), op.ci' , h. 36; Mahayudin Hj. Yahaya ( 1994), "p.e;' , h. 44.
Syed Naguib al-Auas ( 1986), op.ci', h. 4; Azyumardi Azra (1995) , op.e;" h. 169;
T. Iskandar ( 1964) , "Nuru ddin ar- Ranir i: Pcngarang Abad ke IT' , Dewall
Bahasa. Jil. Vlll , Bil. 10. Oktober 1964, h. 436.

49
AL-BAYAN

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, tidak ada informasi yang


lengkap tentang sejarah kehidupan awal al-Raniri terulama mengenai
pendidikannya. Cuma secara umumnya beliau mendapat pendidikan awal
di Kampung balamannya, iaitu di Ranir. Di sinilah beliau mula-mula
menuntut ilmu agama khususnya dalam mazhab al-Syafi ' i. Penge-
tahuannya mengenai tasawuf, ilmu usul dan ilmu feqah banyak dipelajari
melalui bapa saudaranya Syeikh Muhammad Jailani b. Hasan yang pada
ketika itu merupakan seorang ulama ' yang kerap ke Acheh untuk
berdakwab dan mengajar ilmu agama. Setengah sarjana berpendapat
bahawa di sini jugalah beliau mula mengetahui dan mempelajarai bahasa
Melayu yang telah menjadi lingua franca di Asia Tenggara pada ketika
itu' Ini kerana Kola Ranir sekitar abad keen am belas Masihi merupakan
sebuah kota pelabuhan terkenal yang dikunjungi dan didiarni oleh pelbagai
bangsa seperti Mesir, Turki, Arab, Persia, Indonesia dan Melayu di
samping bangsa India sendiri. Meskipun Kota Ranir pernah jatuh ke
tangan Portugis pada tahun I040Hl1530M, namun kebanyakan imigran
Hadrami masib telap tinggal di sana. to
Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Tarim, Arab Selatan
yang merupakan pusat kecemerlangan ilmu pada waktu itu. Hubungan
erat yang sedia teIjalin antara kaum imigrall Hadrami dengan Hadramaut
dan Yaman di sarnping Haramayn, iaitu Mekah dan Madinah menjadikan
perantauan ke sana merupakan satu perkara yang perlu dan biasa. Malah
mereka sentiasa menghantar anak-anak mereka ke negeri asal mereka bagi
mempelajari berbagai ilmu agama. Setelah menarnatkan pelajaran mereka
di sini, barulah mereka merantau ke tempat-tempat lain seperti Haramayn
atau pulang ke negara mereka. Di antara ilmu yang dipelajari oleh al-
Raniri di sini ialah ilmu tarika!. Beliau diterima masuk ke dalam tarikat
Rifo'iyyah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Rifii'i (m. 578H). Guru
beliau yang paling terkenal , ialah Abu B ars 'Umar b . •Abd Allah Ba
Syayban al-Tarimi al-Ba(iramJ (m, I066H). Beliaa seperti juga al-Raniri
berasal dari keluarga Arab Hadrami atau lebih tepatnya dari keluarga
Aydarusiyyah, tetapi dilahirkan di Gujarat, India, Beliau pergi ke negara

, Ibrahim Ahmad (1989), "Syeikh Nuruddin ar-Raniri: Ulama' dan Pengarang Islam
Yang Produktif', Pelita Bahasa, April 1989, h. 50; Syed Naguib ai-Atlas (1986),
op.cit.. h. 4; T. Iskandar ( 1964), up. cit.. h. 437.
10 Azyumardi Azra (1995), op.cit., h. 170.

50
NU RUDDI N AL· RA NIRI DAN SU MBANGA NN YA KE PADA PE NO AJi AN AL -HADI TH

Arab khususnya Tarim, Arab Selatan untuk belajar ilmu agama." Menurut
al-Raniri, Sa Syayoon inilah yang telah memperkenalkannya dengan tarikat
Rifo 'iyyah dan melantiknya sebagai khalifahnya dalam tarikat itll yang
bertanggungjawab menyebarkannya ke Kepualuan Melayu. Tidak ada
informasi lengkap tentang guru-guru beliall selain dari Sa Syayban dan
tempoh masa kewujudan beliau di Hadramawt atau Tarim, Arab Selatan.
Segitu juga dengan maklumat sebelum beliau menuju ke Mekah, sama
ada beliau pulang terlebih dahulll ke India atau sebaliknya. "
Selain dari tarikat RifO 'iyyah, al-Raniri juga diperkenalkan dengan
tarikat al-'Aydariisiyyah oleh Sa Syayban. Dalam karyanya Jawahir a/-
'Uliim fi Kasyf a/-Ma 'him, beliau menyatakan si lsilah gurunya bermula
dengan Sa Syayban sehingga kepada Rasulullah s.a.wu
Pada tabun I030H ( 162 1M) beliau menuju ke Mekah dan Madinah
untuk menunai ibadah haji dan ziarah ke makam Nabi . Semasa di Mekah
beliau banyak berhubung dengan orang-orang jawa. An taran ya ialah
Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri, seorang ulama' besar Indonesia bermazhab
Syafi'i yang berasal dari Fansur, Sarus (Sumatera Utara). Akhimya al-
Raniri berguru dengan Syeikh Abdurrauf.14 Selepas berada di Mekah buat
beberapa ketika, beliau kembali ke tanahairnya untuk mengajar ilmu
agama. Namun tiada abli sejarah ya ng meneata t kegia tan beliau
terutamanya kegiatan pengajaran sewaktu beli au berada di India dan
sebelum beliau berangkat menuju ke Acheh. Malah ada dari kalangan ahJj
sejarah yang mengatakan setelah beliau menuntut ilmll dj Mekah, beliau
terus datang ke Pahang yang ketika itu berada di bawah kerajaan Acheh. "
Sebagaimana guru-guru beliau yang tidak dieatatkan dengan jelas, begitu
juga dengan murid-murid beliau. Terdapat sebahagian srujana mencatatkan
bahawa Tun Sri Lanang pengarang kitab Sejarah MelaYli atau Sli/a/al a/-
Sa/alin pernah belajar dan berguru dengan beliau, iaitll ketika menjadi
tawanan kerajaan Acheh yang berjaya menakluk Johor.16 S egitu juga

11 Ibid.. Ahmad Daudi ( 1983), op.cit.. h. 36.


12 Ibid.. h. 171.
\J Syed Nagui b al-Altas ( 1986), op.cit.. h. 14-15.
14
K.H . Sitajuddin ' Abbas ( 1975), op. eit.. h. 379.
1,
Abdul Rahman ai-Ahmadi ( 1966), Penganlar Saslera, Kota Sharu, Ke lantan :
Pustaka Aman Press, h. 145.
I' Zuber Usman ( 1966), op.cit., h. 88.

51
A L-BAYAN

dengan Syeikh Yusuf Makasar atau al-Maqassari (m. 1699M) yang


pemah dianggap sebagai murid beliau yang paling menolljol eli Nusantara.
aJ-Maqassari dalam salah satu karyanya Safina! a/-Naja! mengemukakan
silsi lat tarikat Qadiriyyah dari al-Raniri yang menunjukkan bahawa ai-
Raniri adalah gurunya. 17 1a juga menunjukkan bahawa selain dari tarikat
Rifii 'iyyah dan 'Aydariisiayyah, al-Raniri j uga mempelajari dan menyertai
tarikat Qadiriyyah, iaitu satu tarikat yang eliasaskan oleh Syaykh •Abd ai-
Qadir al-Jaylan;. "
Selain dari pendidikan formal, al-Raniri juga banyak menimba ilmu
pengetahuannya melal ui pembacaan. Ini terbukti melalui karya-karyanya
Yang banyak merujuk kepada tokoh-tokoh dan kitab-kitab ternama
mengikut bidang karyanya. Antaranya ialah al-Ghazall, Ibn ' Arab;, ai-
QunyawI, al-Fairuzabiidl, al-Jili, al-Burhanfuri al-NawawI, Ibn tlajar, ai-
Ranlii dan lain-lain."
Kesimpulannya, sungguhpun tidak ada maklumat lengkap mengena;
pellelidikan aJ-Raniri namun boleh dikatakan bahawa beUau mendalami
ilmu agama bermula dari kampung halamannya, kemudian menuju ke
Tarim, A rab Selatan dan seterusnya ke Mekah dan Madinah sebelum
beliau memulakan kariemya sebagai seorang guru, pendakwah dan penulis
sama ada di tanahaimya ataupun eli N usantara. Beliau juga boleh dikatakan
berpegang kepada mazhab a/-Syafi 'Jdari seg; ilmu fekahnya, a/- 'Asy'ad
dari segi pegangan akidahnya dan Rifii 'iyyah serta 'Aydariisiyyah dari segi
pegangan tarikatn ya yang masyb ur.2. Karya-karya beUau membuktikan
ke luasan ilmu beliau dan pengaruh beliau di Nusantara khususnya dan
umat Islam umumnya.
Kebanyakan ahli sejarah mengatakan baJ,awa al-Raniri mula sampai ke
Acheh pada tahun 1637M. Namun ada juga ahli sejarah yang berpendapat
bahawa beliau pemab sampai ke Acheh sebelum tahun 1637M, tetapi
beliau tidak menetap di sana. Pertentangan fahaman antara beliau dengan
Syeikh Syamsuddin al -Sumaterani ya ng ketika itu menjadi penasi hat
kcpada Sultan Iskandar Muda dikatakan menjadi sebab utama beliau

t7 Azyumardi Azr. (i 995), op.cit.. h. 184.


18 Ibid. , h. 172- 174.
t, Ibid. h. 181 -1 82. Lihat jug. Syed Muhammad Naguib ai-AtlaS ( 1986), op.cit.. h.
16-2 1.
2. Sycd Muhammad Naguib ai-Atlas t 1986), opeit., h. 13.

52
NU RUO DI N Al-RANIR I DAN SUMBANGANNYA KE PADA PENGA Jl AN Al- HADIT H

meninggalkan Acheh untuk melanjutkan pelajarannya ke Semenanjung


Tanah Melayu. Adalah agak sukar untuk menghasilkan karyanya yang lain
yang beljumlab hampir 30 buah dalam masa tujuh tahun semasa beliau
berada di Acheh, iaitu bennula 1637-I644M. Kerana selain dari menulis
beliau juga sibuk dengan tugasnya sebagai mufti kerajaan dan penasihat
kepada Sultan Iskandar Thani . Ini menunjukkan bahawa beliau pemah
menjejak kakinya ke Acheh secara tidak rasmi sebelum tahun 1637M'l
AI-Raniri mempunyai bubungan yang sangat rapat dengan Sultan
Iskandar Thani. Ini kerana baginda yang berasal dari Pahang mungkin
pemah bertemu dengan beliau yang dikatakan pemah ke Semenanjung
Tanah Melayu terutamanya ke Pahang" Hasil dari hubungan yang terlalu
rapat dengan baginda, beliau telah diberi kedudukan istimewa dalam istana
Kerajaan Acheb, iaitu sebagai mufti dan penasihat kepada sultan dengan
gclaran Syaikh ai-Islam . Walaupun jawatan tersebut Icbih bertanggung-
jawab kepada soal agama, telapi beliau juga memain peranan penling
dalam soal politik dan ekonomL Ini Icrbulcti apabila para pedagang Gujarat
yang berusaha menguasai perdagangan Achch tetapi mendapat tcntangan
daripada Belanda, akhimya dengan peranan yang dimainkan oleh al-Raniri,
maka Sultan Acheh ketika itu, iaitu Sultanah Safiyyatuddin ( 1641-1675M)
memberi kebenaran kepada pedagang Gujarat.D
Dengan kedudukan yang istimewa ini serta sokongan yang kual
daripada istana, beliau mula menjalankan gerakan pembaharuannya di
Acheh dengan menyebar dan men gem bang pengaruhnya lerutama dalam
usaha beliau menghapuskan fahaman wujudiyyah yang dipelopori oleh
Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani . Ini kerana menurut
pandangan beliau, Islam di Acheh lelah diccmari dengan doktrin mistik
yang menyimpang, iaitu doklrin wujlidiyyah-" Dengan jawatan dan
kedudukan ini juga, beliau banyak menunai permintaan sultan agar beliau
menu lis kitab-kitab agama terutama yang berkaitan dengan tasawuf dalam
lIsaha beliau menyanggah ajaran dan fal,aman wlifudiyyah. Selain dari itu
beliau banyak mengeluar fatwa yang mengkafirkan pengikut ajaran

21
Ahmad Daud i ( 1983), op.ci l .. h. 38-39.
22
(bid., h. 438.
23
Azyumardi Azra ( 1995), Op.cil .. h. 177.
24
Ahmad Daudi ( 1983), Op .Cil., h. 39; T. Iskandar ( 1966), Op .cil .. h. 3-4; Yahya
Ismail, Op .cil .. h. 98-99.

53
AL·BAyAN

wujiidiyyah, malah betiau pernah mengeluarkan fatwa supaya dibunuh


semua pengikut fahaman wujudiyyah . Bahkan kitab-kitab karangan
Harnzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani diarah supaya dikumpul
dan dibakar di badapan Masjid Baiturrabman!'
A1-Raniri berada di Acbeh selama tujuh tahun ( I 637-1 644M). Dalam
tempob tersebut beliau bukan sabaja merupakan seorang mufti, ulama ',
pengarang, dan penyanggab ajaran dan fahaman wujudiyyah, malah juga
merupakan seorang pujangga istana. Selama berada di Acheh juga, beliau
betjaya menghasilkan 13 buah kitab selain dari kitab Bustan al-Salatin."
Setelab itu iaitu pada tahun I644M bersamaan 1054H betiau meninggal-
kan Acheh secara mengejut menuju ke negara asalnya, iaitu Ranir, India.
Perkara ini dicatat oleh salah seorang murid betiau dalam karyanya yang
terakhir di Acheh , iaitu Jawiihir al- ' Ulul/1 fi Kasyf al-Ma 'IUm ."
Catatannya adalab seperti berikut:
"Maka kitab ini selesai dikarang pada hari Senin, waktu Zuhur,
20 Zulhijjab 1076 . .. Kitab ini telab dikarang pengarangnya dari
awal sampai akhir bab kelima. Setelah selesai bagian ini
datanglah takdir yang tak dapat ditolak. la belayar (kembali) ke
tanahairnya Ranir pada tahuo 1054H dan menyuruh sa lah
seorang muridnya untuk menyelesaikannya.'q,
Setelah empat belas tahun al-Raniri berada di kampung halamannya,
beliau meninggal dunia di sana pada 22 Zulhijjah 1068H bersamaan 21
September 1658M.29

Sumbaogao aI-Ranlri Kepada Pengajian al-f.ladltb


Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa al-Raniri hampir menguasai
kesemua bidang disiplin pengajian ihnu agama. Antaranya ialah akidah,

2S Ahmad Oaudi ( 1983), Op.cil.. h. 40; T. Iskandar (1966), op.cit .. h. 8


26 T. Iskandar ( 1964), Op.cil., h. 440.
27 Ahmad Daudi (1983 ), op.eil .. h. 45: Azyumardi Azra (1995), op.eil., h. 177.
28 Ibid.
" ' Abd al-Hayy al-Hasani ( 1976), Op.cil.. h. 360; Ahmad Daudi ( 1983), Op.cil .. h.
47; K.H. Sirajuddin ' Abbas ( 1975), op.cil.. h. 379; Syed Naguib aI-A lias ( 1986),
op.eil .. h. 12 ; Mahayudin Hj. Yahaya (1994), Op.cil., h. 46: T. Iska ndar (1966).
op.ei/ .. h. 10; Azyumardi Azra (1995), op.eil., h. 180.

54
NU RUDDI N AL·RANIRI DA N SU MBA NGANN YA KEPADA PENG AJlA N AL ·I-IADITH

fekah, tasawuf, falsafah , sejarah, perbandingan agama dan tidak


ketinggalan bidang badith . AI-Raniri seperti ulama lain mempunyai
keyakinan dan pandangan pnsitif terhadap hadith Rasulullah s.a. w. Malah
beliau yang digolongkan sebagai ahli al-Sunnah wa al-lamaah,
sememangnya memahami tentang kedudukan hadith dalam Islam dan
berpegang tegub kepadanya sebagai sumber kedua syariat Islam selepas
al-Qur 'an. Dalam kitab Ifujjat al-Siddlq Ii Da/, al-Zindiq beliau
mentafsirkan maksud dalil syarak sebagai firman Allah s.w.1. dan hadith
Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan maksud dalil naqli iaitu firman Allah
s.w.1. dan badith Rasulullab s.a.w. 30
AI-Raniri juga berpendapat bahawa penerapan syariat kepada urn at
Islam tidak dapat ditin gkatkan tanpa pengetahuan yang mendalam
mengenai hadith Rasulullah s.a.w. Justeru itu, beliau telab memecah tradisi
ulama sezamannya dengan menghasilkan karya sulung dalam bidang
hadith, iaitu kitab al-Fawa 'id al-Bahiyyah. Usa ha beliau ini dianggap
sebagai perintis kepada ularna selepasnya dan sekaligus memberi
garnbaran betapa pentingnya badith dalam kehidupan urnat Islam. Bagi
menggambarkan betapa pentingnya berpegang kepada hadith atau sunnah
Rasulullah s.a.w., beliau telah meletak satu tajuk yang penting dalam kitab
ini yang menyeru umat Islam berpegang kepada badith. Malah beliau
menghukurn kafir mereka yang tidak mengikut syariat Rasulullah s.a.w.
Katanya:
"/ni bab pada menyatakan menggemari Sunnah Rasulul/ah
s.a. w. dan menakut daripada bid'ah. Ertinya mengada-ngada
barang yang lain daripada mazhab ahfi al-Sunnah wa al-
lama 'ah ". Seterusnya beliau berkata: .. Maka barang siapa
tiada mengikut syariat Rasulullah s.a. w. sanya tiadalah ia
mengasih Allah Ta 'ala dan akan RasulNya, bahawasanya ia
jadi ka!;,: " Ji
Bukan itu sabaja, penggunaan sistem silsilah atau sanad dalam
tarikatnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang disebut
dalam karyanya lawahir al- 'Uliim , membuktikan kepentingan sistem

30 Lihat "ijujjat al-Siddlq Ii Dar al-Zindiq" cetakan bersama A Commenlllry on the


HlIjjat al-Siddiq oleh Syed Naguib aJ-Anas ( 1986), op.cit.. h. 55 dan 58.
31
Lihat kitab al-Fawii 'id al-Bahiyyah (t. I), cetakan bersama Jam ' al-Fawiii 'd , t.tp:
Maktabah wa Matba'ah Muhammad al-Nahdi wa Awiadih, h. 172.

55
AL-BAVAN

sanad. Ja menyamai dengan sistem sanad dalam penwayatan hadith yang


menjadi penentu kesahihan sesebuah hadith. Oleh kerana itu dalam karya
hadithnya, beliau menggunakan simbol bagi merujuk kepada sumber asal
setiap hadith, iaitu kitab-kitab yang meriwayat haditb dengan sanad
penulisnya.
Hasil dan keyakinan dan pegangan inilah beliau cukup prihatin
terbadap baditb-baditb Rasulullah s. a.w. Beliau bukan sabaja mampu
berhujab dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur ' an dan hadith-hadith
Rasulullab s.a.w. dengan baik, malah beliau juga mampu mengbasilkan
berpuluh-pulub karya yang mengandungi ayat-ayat al-Qur'an dan juga
hadith yang dijadikan argument bagi menyokong pandangan dan
pendapatnya.
Namun sebagai manusia biasa, al-Ranin tidak terlepas dan kelemahan
dan kekurangan. Kelemahan beliau khususnya dalam ilmu baditb dirayah
menyebabkan berlaku beberapa kesilapan. Antaranya beliau merujuk hadith
kepada sumber yang kurang autonti . lni terbukti apabila beliau banyak
merujuk samada kepada kitab-kitab badith yang kedua atau sekunder
bukannya kitab premier. Malah dalam beberapa keadaan bcliau juga
merujuk kcpada kitab tafsir, tasawuf dan sebagainya yang haditbnya tidak
diriwayat seeara bersanad. Beliau juga sering memetik hadith tanpa
membuat saringan terlebih dahulu mengikut pengkaedahan hadith. Justeru
itu, terdapat juga haditb-hadith yang dijadikan argument terdin dan hadith
mmw,iu' selain dan da' if.
Sikap kurang berbati-hati ketika memetik sesebuah badith ini dapat
dilihat dalam hampir kesemua karyanya tennasuk dalam karya hadithnya
al-Fawa 'id al-Bahiyyah. Sebagai contob beliau memetik sebuah haditb:

~\)r""W\.r5
Hadith ini disebut dalam bab "Pada Menyatakan Menggeman Masjid."
Setelab diteliti ternyata hadith ini adalah maw</u' atau palsu sepertimana
yang dinyatakan oleh Ibn al-Jawzi, al-Kanam dan lain-lain." Begitu juga
dengan hadith:

32 Liha! Ibn al -Jawz! ( 1995), al-Maw(}Jj 'iil, Taufiq !:Iamdiin (ed.),j. 2, Beirut: Dar
al -Kutub al-' IImiyyah, h. 425; al-Kananl (1981), Tanzih al-Syari 'iil al-Marfii 'ail
'an al- 'Ahiidilh al-Marfii 'ah , Abd al-Wahhab Abd ai -Latif el al.(ed .). j. 2. C. 2.
Beirut: Dar al -Kutub al- ' lImiyyah. h. 383.

56
NU RUDDI N AL· RANIRI DA N SU MB AN GANN YA KEPADA PENGA Jl AN AL-UADITIl

<.FJ) :~IJ) ~J \ <$)j.lil Jl.>'- I.. JJI


Hadith ini disebut olch beliau dalam kitabnya Asriir al-Insiin (h. 174)
dan ulama hadith mengatakan badith ini adalah maw<!ll '. Begitu juga
dengan hadith:
-.r flal' J .lit ,J' \;1
Hadith ini disebut eli dalam kitabnya Jawiihir al- 'Uliim (h. 159) dan
badith ini mengikut pendapat ulama hadith seperti al-\:Iiifi7, Ibn \:Iajar dan
lain-lain adalah maw(ftl,.J)
Selain dari hadith-hadith di atas, terdapat banyak lagi hadith-hadith
maw<fii' lain yang dipetik dan dimuatkan di dalam karya-karya beliau
tanpa membuat saringan terlebih dabulu. Sikap kurang berbati-hati ini
kemungkinan berpunca daripada kelemaban beliau dalam ilmu haelith dan
pengaruh situasi semasa yang didominasi oleh ajaran mistik yang scdikit
sebanyak telah mempengaruhi pemikiran dan sikap beliau. Pengaruh
rnistik beIjaya menanam sikap merendah diri dan mengbomlati pendapat
sarjana atau ulama mclebihi dari yang sewajarnya sehingga berjaya
menjadikan pengikutnya menerima apa sahaja tanpa scbarang takwilan
dan kritikan. Mereka juga gagal menjadikan kebenaran sebagai suatu
kriteria dalam menentukan kualiti seseorang saIjana atau ulama. Dalam
keadaan demikian, mereka akan kehilangan kemampuan diri sehingga
mereka lebih cellderung melihat kebenaran dari orang yang mempcr-
katakannya bukan sebaliknya. Gejala inilah yang sangat menonjol pada
abad kemunduran Islam khususnya sejak ajaran mistik diterima dalam
dunia Islam sebagai suatu ajaran yang formal.
Walaupun beliau mempunyai kelemaban khususnya dalam ilmu haelith,
ini bukanlah bermakna beliau langsung tidak mempunyai pengetahuan
dalam ilmu tersebut. Apabila dilihat secara keseluruhan haditb-hadith yang
dipelik oleh beliau sarna ada dalam karya hadith atau lain-lain,
kebanyakannya lerdiri dari hadith sahih ataupun hasan yang sekaliglls
menunj ukkan pengetabuan beliau dalam bidang ini. Begitu j uga dengan
kaedah pengunaan simbol bagi merujuk kepada kitab mukharrij atau
pengeluar sesebuab hadith yang dinyatakan. Rujukan beliau kepada kitab-
kitab hadith yang muktabar dan berautoriti menunjukkan beliau juga

J]
Lihat ai-Hut al-Bayruti (1346H), A,ma al-Ma!iilib fi 'A ~'iidirh Mukhtalcif al-
Mariitib. Mesir: Matba'ah MU$!ala ai-Bah! al-l:ialabi wa Awladih, h. 7 1,

57
AL. BAYAN

mempunyai pengetahuan dalam ilmu hadith.


Sungguhpun a l- Raniri terkenal sebagai seorang pengarang yang
prolifik pada abadnya, namun daripada 30 hasil karya yang dihasilkan,
hanya satu sabaja karya daJam bidang hadith. Karya tersebut ialah Hidiiyat
al-Ifablb fi al-Targh/b wa al-Tarhlb yang lebih dikenali dengan nama al-
Fawa 'id al-Bahiyyah fi al- 'Ahiidlth al-Nabawiyyah.'" Suasana kehidupan
beragama dan kegiatan penulisan pada zaman beliau yang didominasi oleh
ilmu kalam dan tasawuf telah mendorong beliau menumpukan masa untuk
menghasilkan karya-karya dalam bidang tersebut. la bertujuan menangani
persoalao-persoalao semasa dan ia juga selaras dengan bidang kepakaran
beliau. lni ditambah lagi dengan tersebarnya pengarub fahaman
wlljlldiyyah yang memerlukan salu usaha yang serius dan tega s
khususnya dari beliau sendiri yang diberi kepercayaan oleh piha k
pemerintah sebagai mufti dan penasibat Sultan .
Kitab al-Fawii 'id al-Bahiyyah menggambarkan be tapa besar
sumbangan beliau terhadap pengajian hadith. Agak jarang sekali ulama
nusantara yang menghasilkan karya dalam bidang hadith dan beliau
merupakan perintis . In i berdasar kepada kajian yang dibuat yang
menunjukkan bahawa kitab tersebut merupakan kitab haditb yang pertama
yang dibasilkan di Nusantara. Karya yang ditulis dalanl bahasa Melayu dan
bahasa Arab dengan menggunakan rulisan jawi ini dihasilkan pada tabun
1045H (1636M) sewaktu beliau berada di Semenanjung Tanah Melayu,
iaitu di Pahang. Usaha beliau ini diikuti oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel
melalui kitabnya Syarah Ifadllh 'Arba 'ln. Karya beliau ini juga dianggap
karya hadith yang lengkap dalam topik yang dibincangkan iaitu topik
larghlb dan larh/b."
Justeru, kitab ini menjadi rujukan sehingga ke bari ini dan terus
mendapat perhatian termasuk para ulama, sam ada mentashih ata upun
menyalin semula sebelul11 ia diterbitkan. Sebagai bukti kepentingan dan
kemasyhuran kitab ini ialah apabila ia diterbit dan dicetak bersama sebuah
kitab yang masyhur, iaitu kitab Jam ' al-Fawii 'id wa Jawiihir al-Qalii 'id
karya Syeikb Daud al-Fatani dan diuJang cetak beberapa kali termasuk di

Men gikut maklumat yan g diperolehi dari Pusat Manuskrip Me layu PNM
(perpustakaan Negara Malays ia) terdapat satu manuskrip di Belanda yang hanya
dibcri judul "Kilah Hadith Nabi" karya al- Raniri . Tetapi berdasar kepada
spesifikasi manuskrip terbukti ia adalah kitab yang sarna, iaitu Hidiiyaf ai-Habib.
Wan Mohd . Saghir (1991 ). op.cit.. h. 60-61 .

58
NU RU DDI N A L· RA NIRJ DAN SU M BA NG A NN YA KE PA DA PENG AJ IAN AL· l-IADI TlI

Mesir, Mekab dan juga nusantara. Antara penerbit yang pemah menerbit
dan meneetak kitab ini , ialah Maktabah MUslafli al-Bab; al-J:Ialab; dari
Mesir, Maktabah wa Matba ' ah Muhammad al-Nahd; wa Awladih dan
Penerbit Sulaiman Mar'; dari Singapura dan Pulau Pinang. Kesemua
penerbit ini tidak meneatat tarikhnya.

Kitab al-Fawii'id al-Bahiyyah fi al-'A/.tiidlth al-Nabawiyyah


Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini bahawa kitab al-Fawa 'id al-
Bahiyyah ji al- 'AiJMith al-Nabawiyyah merupakan salah satu daripada
basil karya al-Raniri dan ia mcrupakan satu-satunya karya beliau dalam
bidang hadith. Pengesaban kitab ini sebagai hasil karya bcliau merupakan
suatu perkara yang tidak ada kbilaf di kalangan para pengkaji sejarah
kbususnya yang mengkaji tentang sejarah hidup beliau. Rata-rata mereka
menyatakan bahawa antara karya al-Raniri, ialah kitab Hidayat al-f:/ablb
ji al-Targhib wa al-Tarhlb. Antara para pengkaji tersebut, ialah T.
Iskandar (1966), Amad Oaudy (1978), K. H. Sirajuddin ' Abbas ( 1975),
Wan Mohd. Saghir Abdullah (1991) dan (2000), Syed Naguib aI-Atlas
(1986) dan ( 1969), Mahayuddin Haji Yahaya (2002) dan (1994) ,
P. Voorhoeve (1959) dan lain-lain. Malahan perkara ini juga dinyatakan
sendiri oleh aI-Raniri dalam muqaddimah dan penutup kitabnya. Oi dalam
muqaddirnanya, beliau berkata:
"Kemudian daripada itu, maka babawasanya telab aku pobonkan
kebajikan kepada Allah Ta' ala pada menghirnpunkan segala hadith
Nabi Muammad s.a.w. daripada segal a kitab yang sahib lagi
lanjut dan kunamai akan kitab ini "Hall/an akan Nabi s.a.w pada
menyatakan menggemari segala amal kebajikan dan menjal/hi
daripada segala amal kejahatan. " 36
Sementara di akhir kitab pula, beliau berkata:
"Telah selesai faqir daripada mengimpunkan hadith ini pad a
tatkala Hijrah Nabi s.a.w. Seribu Empat Puluh Lima tabun pada
hari Jumaat Enam haribulan Syawal yang penuh dengan dosanya
Syeikh Nuruddin Muhammad b. ' Ali b. Hasan Ji b. Muhammad
Hamid al-Raniri al-Syafi ' i.""

36 Lihat al-Fawa 'id al-Bahiyyah fi al-AbiidJthh al-Nabawiyyah, h. 3.


37 Ibid. . h. 329-33 0.

59
lni disokong dengan kenyataan penyalin salah sebuah manuskrip kitab
ini yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Ma-
laysia. Dalanl muqaddimah, beliau berkata: "Adapun kemudian dari itu,
maka berkata hamba yang muhtaj kepada Allah Yang Maha Kaya lagi Amat
Besar, iaitu Syeikh Nuruddin b. Ali b. Hasanji b. Muhammad Hamid nama
bangsanya.""

Judul dan Tarikh Penulisan Kitab


Judul lengkap kitab sebagaimana yang terlera dalam kitab Jam' al-
Fawii'id ialah al-Fawii 'id al-Bahiyyah ft al- 'Abiidllh al-Nabawiyy ah ,
Namun judul asal kitab ini sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh al-
Raniri di awal kitabnya ialah Hidiiyar al-I:fablb ft al- Targhlb wa al-
Tarhlb. Dalam muqaddimah kitabnya seperlimana yang terlera dalam
manuskrip asal yang disalin oleh Tengku Amar, beliau berkata:
..,...,...rJIJ ~ .rJ1 ~ ~I ~I.a o:..,t:' J
"Dan kunamai kitab ini baluan akan Nabi s.a.w. pada
menyatakan menggemari segala amal kebajikan dan menjauhi
daripada segala amal kejabatan,""
MaJah ahli sejarab bersepakat tentang judul asal kitab ini, iailu Hidiiyar
al-I:fablb fl al-Targhlb wa al-Tarhlb,QMereka juga bersepakat
mengalakan bahawa kitab Hidiiyar al-I:fablbft al-Targhlb wa al-Tarhlb
telah dicetak bersama kitab Jam ' al-Fawii 'id karya Syeikh Daud al-Fatani
dengan memakai judul al-Fawii 'id al-Bahiyyah fl al- 'A!liidllh al-
Nabawiyyah," Perkara ini lebih jelas lagi apabi la dibuat perbandingan
antara isi kandungan naskhahkilab lersebut dengan manuskrip yang
lersimpan di Pusat Manuskrip Melayu Perpuslakaan Negara Malaysia,

J8
Lihat manuskrip salinan Tengku Amar ya ng tersimpan di Pu sa l Manu skrip
Melayu, Perpustakaan NegaIa Malaysia dengan nom baT kelas MS 1042 (MSS
2654) halaman penama.
39 Ibid.
40 Syed Naguib al-A ttas membacanya HadiYYlIt al- /:Iablb, tetapi haeaan Hidiiyat al-
t/ablb lebih tepat sebagai01ana da lam manu skrip . Lihat Syed Naguib .!I-Alias
( 1986), op.ei/.. h. 25.
41
Ahmad Daudi ( 1983), op.eil .. h. 49; Wan Mahd. SaghiT Abdullah (199 1), op.ei/ ..
h. 60.

60
NU RUDD IN AL-- RANIR I DAN SUM BANGANNYA KEPA DA PENGA JI AN AL- Il AD ITII

Isinya didapati sarna sahaja kecuali beberapa perbezaan kecil yang


kemungkinan berpunca dari kesilapan penyalin ataupun pencetak .
Kebenaran ini semakin terserlah apabila dilihat kepada terjemahan kepada
judul kitab. Terjemahan judul kitab yang dibuat oleb al-Raniri tidak
berubah meskipun judul asalnya telah diubah, iaitu " Haluan Akan Nabi
s.a w. Pada Menyatakan Menggemari Segala AmaI Kebajikan dan Menjauh
Daripada Segala Amal Kejahatan." lni membuktikan bahawa judul asal
kitab ini ialah Hidayal al-lfablb fi al-Targhlb wa al- Tarhib sebagaimana
yang diberikan sendiri oleh al-Raniri ." Namun o leh kerana judul al-
Fawa 'id al-Bahiyyah lebih popular, maka penulis akan menggunakan judul
ini sebagai rujukan.
Tarikh kitab ini mula ditulis tidak dinyatakan sarna ada oleh al-Raniri
sendiri atau para pengkaji sejarah. Sebaliknya hanya dicatat tarikh ia
selesai ditulis iaitu pada bari Jumaat 6 Syawal 1045H11635M. Perkara ini
dinyatakan sendiri oleh al-Raniri di akhir kitab ini, katanya:
"Telab selesai faqir daripada menghimpunkan hadith ini pada
tatkala hijrah Nabi s.a.w. Seribu Empat Puluh Lima tahun pada
hari Jumaat Enam haribulan Syawal :~3
Ahli sejarab juga sepakat mengatakan bahawa beliau menulis kitab ini
sewaktu beliau berada di Semenanjung Tanah Melayu, iailu di Pahang.
Kemudian dibawa ke Acheh semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani
pada tahun 1637M."

Kandungan Kitab Secara Umum


Secara umumn ya kitab ini mengandugi hadith-hadith yang berkaitan
dengan larghib dan larhib, iaitu hadith-hadith yang menggalakkan ke
arab membual kebaikan dan menakutkan daripada mclakukan kcjahatan.
Ini selaras dengan judul kitab ini sendiri dan sebagaimna yang dijelaskan
oleh al-Raniri sendiri dalam muqaddimah dan penutup kilabnya. Dalam
muqaddimah, be li au men yatakan : "Kemlldian daripada illl, maka

Libat terjemahan judul dalam kitab a /+Fawii'id al-Bahiyyah h. 3 dan manuskrip


halaman pertama.
43 Lihat al+Fawii 'id al-Bahiyyah}i af-Ab lidJlh al-Nabawiyyah, h. 330.
Lih a! T. Iskandar ( 1966), op.cit., h. 3; Ahmad Daudy, op.cit" hal. 49: Wan
Mohd. Saghir (1991 ), op.cit., h. 60.

61
AL-BAVAN

bahawasanya lelah aku pohonkan kebajikan kepada Allah Ta 'ala pada


menghimpunkan segala hadilh Nabi S.a. w dari segala kilab yang sahih
lagi lanjUl. "" Sementara dalam penutupnya, beliau menyatakan: "Telah
selesai faqir daripada menghimpunkan hadilh ini dan aku terjemah-
kannya kepada bahasa Jawi... "46
lsi kandungannya memuatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang
berjumlah 831 badith. Namun selain daripada hadith-hadith Rasulullah
s.a.w., al-Raniri juga memetik beberapa ayat suci al-Qur'an dan kata-kata
sababat serta ulama bagi rnenguat dan menyokong bujab yang
dikemukakan. Tajuk-tajuk yang dikemukakan merangkumi abwab ai-DIn
bermula dengan "Bab Pada Menyatakan Menggemari Niat" dan berakhir
dengan "Bab Pada Menyatakan Menggemari Meminta Ampun dan
Taubat." Tetapi ia lebih menjurus kepada maw 'i.ah (nasihat) dan galakan
rnelakukan arnalan kebajikan dan menjauhi daripada amalan kejahatan yang
dipanggillargh/b dan larhlb. Ini selaras dengan judul yang diberi oleh
beliau sendiri yang bermaksud: "Haluan Akan Nabi s .a.w. Pada
Menyalakan Menggemari Segala Amal Kebajikan dan Menjal/hi
Daripada Segala Amal Kejahatan. " Oleh kerana itu al-Raniri tidak
menyentuh persoalan hukurn kecuali sedikit sahaja.

Kesimpulan
Berdasar fakta di atas, jelas ketokohan Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
keluasan ilmunya yang merangkumi hampir semua bidang ilmu termasuk
bidang pengajian hadith . Ini terbukti melalui hasil karya beliau yang
rnencakupi hampir semua bidang ilmu, rnalah dalam bidang hadith beliau
dianggap sebagai ulama' pertarna yang menghasilkan karya hadith dalam
tulisan jawi di nusantara. Ketokohan dan keluasan ilmu beliau juga
terbukti melalui pengaruhnya yang begitu meluas di Nusantara
terutamanya di Acbeb sehinggakan beliau dianggap sebagai ejen perubahan
sosial dan agama di Acheh khususnya dan di nusantara amnya.

45 Lihat aJ-Fawii 'id al-Bahiyyah. h. 3.


-1 6 Ibid. , h. 329-330.

62

Anda mungkin juga menyukai