Anda di halaman 1dari 11

Sejarah al-hadis

Disediakan oleh:
Hidayah, Rifqi dan Nazri
Pengumpulan dan penulisan hadis

 Secara fitrahnya, pembukuan hadis berjalan serentak dengan kaedah periwayatan hadis.
Ini adalah kerana untuk membukukan atau menerima sesuatu hadis ia memerlukan
kaedah khusus untuk membezakannya sama ada diterima atau ditolak berpandukan
senarai perawinya. Jika tidak menepati kaedah periwayatan hadis, ia tidak dibukukan dan
tidak diterima sebagai sebuah hadis.

 Pengumpulan, penulisan dan pembukuan hadis dapat dibahagikan kepada tiga period
iaitu:
1) Zaman Rasulullah S.A.W
2) Zaman Sahabat R.A
3) Zaman Tabi’in
1)Zaman Rasulullah S.A.W
 Pada zaman ini, para sahabat menerima hadis daripada baginda secara lisan dan
menghafaznya.
 Namun, kebanyakan hadis2 Nabi s.a.w tidak ditulis pada zaman baginda kerana:
 Rasulullah melarang para sahabat menulis hadis2 tersebut kerana bimbang hadis
akan bercampur aduk dengan ayat Al-quran
 bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat
 ditakuti Al-quran dan hadis ditulis dalam satu lembaran

Tetapi terdapat juga para sahabat yang menulis hadis2 tersebut setelah mendapat
keizinan baginda. Rasulullah S.A.W memberi keizinan kerana alasan berikut:
 ketika Al-quran tidak diturunkan
 sekiranya ia ditulis dalam lembaran yang berasingan
 bagi mereka yang mudah lupa
 Berdasarkan kepada kedua-dua keadaan itu, ulama hadis membuat justifikasi kepada
2 keadaan ini agar tidak timbul kesamaran seperti:
 Larangan mencatat hadis2 baginda adalah di peringkat awal Islam. Ini adalah kerana
pada waktu itu umat Islam masih dalam jumlah yang sedikit, baru mengenal Islam dan
tidak dapat membezakan al-quran dan hadis.

 Menurut Ahmad Muhammad Syakir, hadis riwayat Abu Sa’id adalah diawal
Islam,kerana dikhuatiri timbul kesamaran dan percampuran dengan Al-quran.

 Tegahan mencatat hadis pada zaman Nabi adalah umum dan tidak bersifat mutlak.
Larangan ditujukan kepada mereka yang mencatat hadis dan Al-quran bercampur
aduk dalam satu mushaf. Larangan juga adalah kepada mereka yang lemah dalam
hafalan.
Bentuk perolehan hadis
 Setiap perkataan, perbuatan , ketetapan, sifat2 dan sebagainyayang lahir daripada
Rasulullah adalah dalam perhatian sahabat. Mereka tidak akan melepaskan peluang
mendapatkan sebanyak mungkin hadis daripada Rasulullah. Antara cara sahabat
mendapatkan hadis Baginda ialah:
 Menghadiri majlis-majlis Rasulullah S.A.W
 Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas diri Baginda secara tiba-tiba
 Melalui masalah yang dihadapi oleh masyarakat ketika itu
 Aktiviti Rasulullah S.AW.
2) Zaman Sahabat

 Pada zaman ini, para sahabat masih tidak melaksanakan penulisan dan pembukuan hadis
secara formal.
 Kegiatan para sahabat dalam penulisan dengan cara mengumpul, mencatat, menghafaz
dan ada yang menulis. Namun, ianya tidak dikumpul secara khusus dan belum dibukukan.
 Para sahabat yang terlibat dengan kegiatan penulisan ini ialah mereka yang pandai
menulis seperti Abu Bakar As-Siddiq, Muaz Bin Jabal, ‘Umar al-Khattab, Mu’awiyah Bin Abu
Sufyan dan Abdullah Bin al-Zubair serta lain-lain.
 Mereka adalah kalangan sahabat yang banyak menghafal dan mempunyai catatan
mereka sendiri dan menyebar dan menukil hadis yang mereka peroleh daripada Rasulullah
S.A.W melalui majlis-majlis ilmu seperti belajar, menukil riwayat, mencatat serta mengumpul
hadis Baginda dan dalam masa yang sama mengamanahkan individu tertentu yang
dipercayai serta thiqah menjaga catatan mereka supaya tidak diselewengkan atau jatuh
ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.
Kaedah periwayatan sahabat
1) saksi(syahid) terhadap sesuatu hadis yang disampaikan kepada mereka.
contoh : Saidina Abu Bakar dan Umar tidak mahu menerima sesebuah hadis kecuali yang
ada saksi yang menyokong riwayat yang dibawa oleh perawi tersebut sebagaimana seperti
yang berlaku dalam pembahagian harta pusaka kepada nenek yang diriwayatkan oleh al-
Mughirah dan disaksikan oleh Muhammad Bin Maslamah.

2) Sahabat amat berhati-hati dan mengurangkan aktiviti meriwayat hadis Rasulullah, tidak
mempermudahkan pengambilan atau penukilan hadis. Hal ini untuk mengelak berlaku
kesilapan dan kesamaran dengan Al-quran selepas kewafatan Baginda.

3) Para sahabat akan mengkritik riwayat yang didapati bertentangan dengan nas Al-quran.
Jika mereka dapati hadis tersebut dan tidak akan beramal dengannya.
3) Zaman Tabi’in
 Pengumpulan dan penulisan hadis bermula pada akhir zaman tabiin kurun ke 2 Hijrah
kerana faktor:
 perpindahan ulama hadis ke kota-kota Islam yang lain
 kemunculan hadis-hadis palsu yang direka oleh musuh-musuh Islam atau
penyelewengan yang dilakukan oleh pengikut mazhab Syiah, Khawarij dan Muktazilah.
 kewafatan ulama-ulama hadis yang menyebabkan bilangan huffaz hadis semakin
berkurang.
 terbentuknya kaedah-kaedah tertentu dalam penyusunan hadis
 untuk menyebar dan mengembang serta memperluaskan lagi bidang ilmu hadis, skop
kajian dan pengajiannya.
 Pengumpulan dan penulisan hadis bermula pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Langkah-langkah yang dilakukan oleh Baginda ialah:

o Baginda memerintahkan Abu Bakar bin Hazm, gabenor Madinah supaya menulis dan
membukukan hadis Rasulullah S.A.W.
o Baginda juga mengarahkan pegawai-pegawai di neger-negeri lain dan Muhammad bin
Muslim bin Abdullah bin Syihab al-Zuhri untuk mengumpulkan hadis Rasulullah S.A.W.
Berkat usaha gigih al-Zuhri serta ekoran terdapat bukti peninggalan hasil dan karya beliau,
al-Zuhri adalah orang pertama yang menyusun hadis Nabi. Kesannya, pada kurun ke 3
Hijrah, sebahagian besar hadis telah Berjaya dikumpulkan oleh ulama kecuali sejumlah
kecil daripadanya

pada zaman Abbasiyah yang dipimpin oleh Abu Jaafar al-Mansur , baginda telaH
mengarahkan Imam Malik Bin Anas supaya meyusun kitab hadis. Maka, lahirlah Kitab al-
Muwatta’ yang membawa erti jalan yang mudah.
 Pada awal ke kurun 3 Hijrah, berlaku ledakan pembukuan hadis. Kitab-kitab hadis yag
dihasilkan ialah:

• Al-Jami’ al-Sahih susunan Imam Bukhari


• Al-Jami’ al-Sahih susunan Imam Muslim
Kedua-dua kitab tersebut dikenali sebagai al-Sahihaini.

Selepas kedua-dua kitab tersebut lahir pula empat buah kitab hadis yang dinamakan as-
Sunnan Arbain. Antaranya :
• Sunan al-Tirmidhi susunan Imam Al-Tirmidhi (wafat 271 H)
• Sunan Abi Daud susunan Abi Daud (wafat tahun 275 H)
• Sunan Ibn Majah susunan Ibn Majah (wafat tahun 277 H)
• Sunan an-Nasa’i susunan an-Nasa’I (wafat tahun 303 H)
 Keenam-enam kitab tersebut dikenali dengan al-khutubul sittah atau Sunnah as-Sittah.

 Oleh itu, 6 buah kitab sunan ini antara kitab yang muktabar seta dijadikan rujukan
utama berdasarkan beberapa faktor:

 Hadis yang telah berkumpul dalamnya telah diuji sudut kesasihannya


 Pengarangnya menggunakan prinsip tertentu sewaktu mengkritik serts ketiks mengumpul
hadis dalam kitab mereka.
 Panduan-panduan hadis dan jenisnya yang terkandung dalam kitab tersebut telah
diketahui umum.

Anda mungkin juga menyukai