Anda di halaman 1dari 23

ILMU-ILMU AL-QURAN

ISRAILIYYAT DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN

MUQADDIMAH
Al-Quran adalah kitab yang agung, bersih dari nilai-nilai cemar yang mengoyak kejelasan risalah suci yang terkandung di dalamnya. Al-Quran bukannya buku atau majalah lucu, yang membawa watak khayal dan lucu. AlQuran adalah risalah Allah untuk umat manusia. Namun kesilapan dan kurang memahami manhaj ilmu dengan baik telah menjerumuskan sebahagian penulis, pengarang dan penceramah agama ke lembah kekarutan dalam menggambarkan watak-watak cerita di dalam alQuran. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk membuat satu gerak

kerja bertujuan membersihkan anasir-anasir cemar ini di dalam pemikiran umat Islam. Hakikatnya, entah berapa ribu bentuk dan gaya bercerita yang membabitkan para anbiya dan solihin yang telah dicemarkan dengan kejahilan yang bercampur dengan riwayat Israiliyyat. Maka bergabunglah rekaan pengarang atau ustaz dengan rekaan Yahudi di dalam buku, karya atau kuliah agama. Watak-watak agung yang sebahagian besar mereka disebut di dalam al-Quran telah diolah dalam bentuk yang menghilangkan nilai perjuangan serta tujuan kebangkitan mereka.

Watak-watak mereka dicemari dengan tokok tambah yang akhirnya melucukan sesiapa yang mendengar kisah mereka. Bahkan wajah cerita mereka kadang-kala diperlihatkan begitu kartun sekali seperti mana sebahagian lidah para pendusta agama yang mereka-reka kisah Nabi Sulaiman a.s. dan sang kancil, lalu jadilah cerita ini memenuhi buku-buku jalanan yang mencemar Nabi yang agung itu.

Kisah-Kisah Al-Quran Hilang Fungsi


Kini, kita dapati kisah-kisah al-Quran menjadi sudah tidak indah lagi. Ianya

dicemarkan oleh para penceramah atau penulis yang menghiasi kisah-kisah tersebut dengan watak-watak dan adegan-adegan tambahan yang kadangkalanya memandulkan tujuan kisah-kisah al-Quran.

Nabi Sulaiman a.s umpamanya, telah dicemari kisahnya, hilang peranannya sebagai seorang nabi yang berjuang dan berdakwah seperti yang hendak

ditonjolkan oleh al-Quran. Tinggallah hanya kisah-kisah ajaibnya sematamata. Nabi Yusuf a.s. pula umpamanya, yang berdakwah dalam dan luar penjara kepada tauhid, yang menduduki kerusi kewangan negara dan mentadbir dengan keadilan dan kebijaksanaan, hilang ditelan kisah kekacakannya sahaja. Lebih malang lagi, ada yang membuat petua-petua untuk kacak atau cantik dan berseri dengan jampi-jampi yang menyebut nama Nabi Yusuf. Seolah-olah kisahnya di dalam al-Quran itu khas untuk mak andam

Nabi Nuh a.s. pula, telah berdakwah dengan tidak putus asa kepada kepada tauhid

dalam tempoh yang panjang, bersama dengan pengorbanan dan kesabaran, ini semua hilang dari pemikiran sebahagian umat. Bahkan ada yang hanya mengenang Nabi Nuh a.s. dengan menyedia bubur asyura, dengan dakwaan palsu bahawa demikianlah bubur Nabi Nuh a.s. ketika di dalam kapal. tersebut. Maka robohlah keagungan anbiya ditelan kedangkalan kita terhadap tujuan kedatangan dan pengutusan mereka. Ini semua kadang-kala menjadikan generasi moden yang kurang faham terhadap agama bertambah keliru dan akhirnya mungkin menganggap agama sebagai dongengan semata.

Seakan-akan Nabi Nuh a.s. itu datang hanya sebagai pemberi resipi khayalan

Sebenarnya, dalam al-Quran ada banyak kisah-kisah silam yang dimuatkan. Namun

al-Quran bukanlah sebuah buku cerita yang semata-mata untuk bercerita tanpa arah tuju yang jelas.

Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mujizah al-

Kubra, al-Quran : Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayatriwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah al-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan semata.22

Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mujizah al-Kubra, al-Quran :
Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah alQuran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan semata.22

Kata Abu Syahbah : Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para

rasul (Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Mauduat fi Kutub al- Tafasir. m.s 305)

Seorang tafsir yang terkenal Solah Abd al-Fattah al-Khalidi : Telah berlaku kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah daripada kalangan Muslimin dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi

yang betul dan lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka mempersembahkan kepada para pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai-bagai pendapat, kisah, riwayat dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih daripada kisah-kisah karut, batil, palsu yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah al-israiliyyat dan kisahkisah ahli kitab.( Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Maa Qasas al-Sabiqin fi alQuran 1/31)

DEFINISI ISRAILIYYAT
Hussin al-Dhahabi (al-Israilyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith): Cerita yang diambil dari sumber Bani Israil. Ia adalah kata jamak dari Israiliyyah dan merupakan nisbah kepada keturunan Yaakub dan Ishak bin Ibrahim yang mempunyai 12 keturunan. Hussin al-Dhahabi (Tafsir Mufassirun) : Perkataan Israiliyyat digunakan kerana

berdasarkan kebiasaan dan dominannya penglibatan orang Yahudi dalam menyebarluas berita-berita palsu berbanding kaum lain. Solah Khalidi (al-Israiliyyat Muasarah) : Istilah yang digunakan oleh orang Islam terhadap sebarang perkhabaran, kisah-kisah dan periwayatan yang tidak benar yang didapati, dicipta dan disebarluas oleh Bani Israel. Dalam konteks kontemporari : Ia merangkumi usaha-usaha tidak baik yang direkacipta seperti cerita karut-marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan shubhah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam di kalangan kaum Yahudi, Nasrani dan Parsi dan Rumawi dan sebagainya yang dicampuradukkan ke dalam Tafsir dan Hadith. Abdul Wahab Faied (al-Dakhil fi Tafsir al-Quran al-Karim) : Dinisbahkan

pada Bani Israel yang dinasabkan pada anak-anak Nabi Yaakub a.s dan seluruh keturunannya sehingga zaman Nabi Musa a.s dan seterusnya sehingga zaman Nabi Isa a.s. Dr. Muhamad bin Muhammad Abu Shahbah (al-Israiliyyat wa al-Mawduat fi Kurub al-Tafsir: (Tambahan) Beliau menyatakan bahawa unsur-unsur tidak baik yang dibawa oleh laum Nabi Isa (Masihi) dan kaum Nasrani sangat sedikit juka dibandingkan dengan kaum Bani Israil.

FAKTOR KEMASUKAN ISRAILIYYAT


1.
2.

3.

Sikap para sahabat dan Tabiian dalam membuat pendirian tentang Israiliyyat. Kemasukan para penganut agama lain terutamanya golongan Yahudi dan Nasrani ke dalam agama Islam yang bermotif jahat. Asimilasi dan perkongsian ilmu dalam masyarakat hasil dari pertembungan tamadun dan keilmuan.

Pembahagian Israiliyyat
Merujuk kepada pembahagian ulamak iaitu Syeikh al-Islam Ibnu

Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian: Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir. as-Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh

Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber

Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah

Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut

anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.

HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILIYYAT


Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.
Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi S.A.W: , Maksudnya: Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami... (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485) Hadis ini melarang orang orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56). Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis Nabi S.A.W:

, , .
Maksudnya; Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing

tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut: Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-Ama, Al-Akro dan cerita A-Ghor. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.

1.

2.

3.

4.

KAEDAH MENGECAM ISRAILIYYAAT


Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Namun antara cara yang boleh dijadikan panduan ialah (lihat, Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66.Universiti Islam Madinah) : Pertama: Pengamatan sanad 1. Rijaal / perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat seperti Abdullah Bin Amar Bin al-Ash, Abu Hurairah dan Abdullah Bin Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabiin pula seperti Kaab Bin al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah, al-Hasan al-Basri dan Mujahid manakala dari kalangan golongan tabi tabiin pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih.
2. Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang

disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyaat. kepada sahabat, bukan marfu kepada Nabi S.A.W.

3. Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti mauquf

Kedua: Pengamatan matan 1. Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi serta cerita
2. Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau. 3. Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak

dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa. seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya kesana kemari sehingga Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu. Quran dan as-Sunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat dari azab banjir besar.

4. Matan memperlihatkan keterlampauan ketara seperti cerita salah

5. Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-

6. Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi kesucian `ashamah para Nabi dan malaikat seperti dalam cerita keinginan nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat paling kritikal iaitu menangggalkan seluar.
7. Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita gergasi Aaj bin Unuq dan puak jabbaarin. 8. Matan menceritakan sesuatu yang pelik gharib seperti yang menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu. 9. Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu bani Israil di mana ada yang mengatakan paha, lidah, ekor dan sebagainya.

10.Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari sumber Israiliyyaat samada dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil.
11.Disebut pada matan lafaz-lafaz tadhif atau tamridh yang menjelaskan bahawa ia dianggap lemah.

Ketiga: merujuk kepada ulamak Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti: 1. Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwai Wan Nihal.
2. At-Thobari dalam kitab Jamiul Bayan Fi Tawili Aayil Quran dan

Tarikhul Umami Wal Muluk.

3. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-

Jawabus Sahihu Li Man Baddala Diinul Masih. Nihayah.

4. Al Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan
5. Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam Al-Israiliyyaat Fit Tafsir

Wal Hadits dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirun. Kutubit. Tafsir.

6. Al-Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhuat Fi 7. Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya.

Keempat: Merujuk sumber-sumber Yahudi

Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan perbandingan dengan kitab-kitab warisannya ulamak mutabar kita dalam soal-soal yang berkaitan dengan Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.
Sumber-sumber Yahudi seperti berikut :
1. Kitab Taurat. 2. Talmud. 3. Kitab-kitab Yahudi yang lain.

Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani

yang termuat dalam Kitab Injil tetapi Israiliyyaat di dalam sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi sendiri.

PENSEJARAHAN ISRAILIYYAT ZAMAN NABI SAW


Orang Yahudi dan Nasrani banyak ilmu tentang Agama

kerana Kitab Taurat dan Injil yang ada pada mereka.


Kerajaan Islam Madinah terdapat beberapa penempatan

Yahudi seperti Bani Qainuqa, Quraizah, Nadhir, Khaibar, Tayma dan Fadak. Justeru, terdapat petukaran ilmu dan maklumat.
Yahudi telah lantik Nabi sebagai Hakim sebagai rujukan

dengan pelbagai tujuan antaranya ialah permainkan, prdebatan, melemahkan atau menguji tentang kebenaran kenabiannya.

ZAMAN SAHABAT
Sahabat mula mencari pemahaman sesuatu ayat secara

mendalam tentang kisah-kisah dalam al-Quran.

Mereka telah banyak merujuk pada para sahabat dari

orang-orang Yahudi yang telah masuk Islam seperti Kaab bin Akhbar, Wahab bin Munabbih dan Abdullah bin Salam. dalam kitab Taurat dan tambahannya.

Mereka telah menukilkan apa yang mereka telah perolehi


Ibn Abbas juga didapati banyak bersama Kaab dalam hal

ini.

ZAMAN TABIIN
Tabiin banyak merujuk kepada Ibn Juraij dalam menafsirkan ayat al-

Quran dalam memahami kisah al-Quran.

Di zaman tabiin, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif

disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa. dengan munculnya golongan ( al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab. meriwayatkan untuk menguatkan keterangan dalam menentang Yahudi dan Nasrani, bukan untuk menambah atau mengubah ayat alQuran. Namun yang dikesali ialah unsur Israilyyat ini telah berpindah dari fungsi ijtihad kepada maksud tawil, takhrij dan tafsir dan memalingkan pemahaman ayat kepada makna lain.

Apabila datangnya tabi tabiiin periwayatan menjadi lebih serius

Tujuan asal para sahabat pada awalnya seperti Abdullah bin Umar

Maka dengan ini terbukalah pintu bagi pengkritik Islam

merosakkan makna-makna al-Quran seperti Yuhanna alDimisyqi (Nasrani)

Beliau telah meriwayatkan tentang keinginan Nabi

memperisterikan Zainab kerana melihat Zainab dalam keadaan yang menghairahkan.

Perkara ini telah meresap dalam Tafsir al-Quran seperti yang

telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari. Tabiin juga terlibat dalam mendalami unsur Israiliyyat dan Nasraniyyat. Kebanyakan mereka memasukkan kisah-kisah ini dalam riwayat mereka tanpa mengkajinya terkebih dahulu.
Sebenarnya ini berpunca daripada sikap para Mufassir yang

terlalu berbaik sangka pada golongan ahli kitab yang telah masuk Islam.

KISAH-KISAH ISRAILIYYAT
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Harut dan Marut Dawud bunuh Jalut/Talut Bina al-Kabah Al-Masukh Tabut Kejadian Nabi Adam a.s Golongan Jabbarin Hidangan dari langit utk Gol. Al-Hawariyyun Musa melihat Tuhan Alwah al-Tawrat

14. Kisah Nabi Idris a.s 15. Kisah Nabi Zulkifli dan Yahya dibunuh. 16. Nabi Sulaiman dengan Binatang dan Jin 17. Lembu Samiri 18. Asal kejadian alam 19. Godaan pada Nabi Yusuf 20. Dan sebagainya.

KITAB TAFSIR YANG ADA UNSUR CERITA ISRAILIYYAT


1. 2. 3. 4. 5.
6. 7. 8. 9.

Tafsir al-Kabir : Maqatil bin Sulayman Jami al-Bayan fi Tafsir al-Quran : Ibn Jarir al-Tabari Al-Kasysyaf wa al-Bayan fi Tafsir al-Quran : al-Thalabi Maalim al-Tanzil : al-Baghawi Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Quran al-Aziz : Ibn Atiyyah Al-Kasysyaf An al-Haqaiq al-Tanzil wa Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Takwil : al-Zamakhsyari Lubab al-Tawil fi Maani al-Tanzil : al-Khazin. Ruh al-Maani fi Tafsir al-Quran wa Sab al-Mathani : alAlusi Dan sebagainya .

KESIMPULAN
Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan

Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis. pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat. bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam. diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak memberi faedah. Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran.

Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui

Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas maskut anhu hendaklah

Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat

Anda mungkin juga menyukai