Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: MEMAHAMI DAN MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA HUJJATUL WADA’

Bismillahirrahmanirrahim.

1
MUKADIMAH
Terima Kasih pengerusi majlis, Yang Berusaha para hakim yang arif lagi
bijaksana, para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara dan saudari,

2
DEFINISI
Sebelum lidah menutur baik kata, sebelum bibir rancak berbicara , izinkan saya
terlebih dahulu untuk menefinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu

“memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa hujjatul wada’”

Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah


s.a.w. selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar
Rasulullah s.a.w. akan mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka
berbondong-bondong datang dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab
untuk sama-sama mengerjakan haji hinggakan bilangan mereka (mengikut
sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 90 ribu orang.

Ketika Rasulullah SAW melaksanakan Haji Wada' (perpisahan) turunlah firman


Allah SWT yang artinya:
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamaku, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai islam itu menjadi agama
bagimu." (QS. Al Maidah: 3)

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur iaitu


khutbah hujjatu wada’ terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan
khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf
di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah. Banyak peringatan yang disampaikan oleh
Baginda kepada umat Islam.

3
ISI
Antara peringatan Rasulullah SAW yang pertama ialah hak asasi manusia iaitu :

kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan
sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu
PERTAMA
Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia!
Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan
Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah)
dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”
Yang kedua Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta.

4
ISI
Saudara dan saudari

Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan
kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu
KEDUA lain tanpa persetujuan pemiliknya.

Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak


memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan
tiada riba (lagi diamalkan).”

Yang ketiga Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami
isteri dan masyarakat. Saudara dan saudari

5 Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai


hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
ISI Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin
KETIGA termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita
juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.

Baginda SAW menyambung lagi:

“Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah


membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul
mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan
ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik.

Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah
pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu
mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan
mereka dengan kalimah Allah.”
Yang keempat Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber

6 ISI
utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah.

kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat.

KEEMPAT Baginda SAW bersabda yang bermaksud;

“Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah


menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika
kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya,
(yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”
Yang terakhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara

7 ISI
dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi
sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak
terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.

KELIMA Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang
bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu
bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam
yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”

8ISI
Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata
kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal
meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk
mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi.
KEENAM

Demikianlah keterangan mengenai iktibar dan intipati daripada peristiwa

9
PENUTUP
hujjatul wada’.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita menyemai dalam diri kita tentang


kandungan khutbah terakhir Baginda Rasulullah supaya kita sentiasa mendapat
& keredaan Allah.
KESIMPULAN

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai