Anda di halaman 1dari 19

2.

0 Matlamat Dan Kepentingan


Dakwah

2.1. Definisi Dakwah


2.2. Tuntutan Dakwah
2.3. Hukum Berdakwah
2.4. Matlamat Berdakwah
2.1 Definisi Dakwah
A. Bahasa:

- Berasal drp Bahasa Arab: da’a-yad’u-


da’watan.

- Menurut Lisan al-Arab, dakwah bererti


meminta tolong, beribadat, memandu,
menjemput, mengajak, memanggil,
menyeru atau melaung.
- Kamus Dewan:
i. penyebaran agama (Islam)
ii. mematuhi ajaran Islam dgn lbh
sempurna.
B. Istilah:

i. Muhammad al-Ghazali (1917-1996): ialah satu


kurikulum dan perancangan lengkap yg
kesemua peringkatnya mengandungi semua
ilmu pengetahuan yg diperlukan manusia bagi
menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan
bagi menyingkap petunjuk jalan yg membawa
petunjuk dan hidayah bagi mereka.
• ii. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (1926-kini): bererti
berusaha membawa org lain kpd Islam.,
mengikut petunjukNya, melaksanakan
ketetapan Allah, mengkhususkan segala
bentuk perhambaan diri dan kesetiaan hanya
kpdNya, menjauhi toghut, memberi hak kpd
yg berhak dan amar makruf nahi mungkar.
• iii. Adam Abdullah al-Aluri: ialah
memalingkan pandangan dan pemikiran
manusia kpd pandangan dan pemikiran
akidah. Ia adalah seruan bagi menyelamatkan
manusia drp kesesatan yg blh memusnahkan
mereka.
• Imam Ibnu Taimiyyah dlm al-Fatawa:
- ialah seruan kepada keimanan kpd Allah
Taala dan segala ajaran yg dibawa olh Rasul-
rasulNya dgn cara menerima dan
membenarkan segala ajaran mereka dan
mentaati segala yg telah diperintahkan olh
para rasulNya”
• Tegasnya:
Dakwah adalah usaha yg dilakukan olh
seseorg atau kumpulan utk membawa
manusia kpd Allah SWT dan keredaanNya.
2.2 Tuntutan Dakwah
• Dakwah amat diperlukan kerana:

i. Masyarakat sedang
sakit. (anak luar
nikah: 2000-Julai
2008= 257,000).
ii. Kejahilan manusia.
iii. Amanah Allah SWT.
iv. Pertarungan Iman vs Kufur yg tidak
berkesudahan.
v. Islam tersebar menerusi manusia.
vi. Menghindari kemurkaan Allah SWT.
2.3 Hukum Berdakwah
Ada 2 pendapat utama iaitu:

1)Fardhu Ain

a. Firman Allah Taala:


“Wahai Rasulullah, sampaikanlah apa yang telah diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu dan jika kamu tidak melakukannya
bererti tiadalah kamu menyampaikan perutusannya dan Allah
jualah yang akan memelihara dari kejahatan manusia
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum
yang kafir” (al-Maidah: 67)
b. Firman Allah Taala:
“Kamu (umat Muhammad SAW) adalah
sebaik-baik ummat yg dilahirkan bagi faedah
umat manusia kerana kamu menyuruh kepada
makruf dan menegah mungkar serta beriman
kepada Allah” (al-Imran: 110)
c. Sabda Rasulullah SAW:
“Sampaikanlah drpku walau satu ayat dan
beritahulah mengenai keburukan Bani Israel
tanpa rasa berat. Maka sesiapa yg berbohong
ke atasku maka bersedialah tempat duduknya
drp api neraka”
d. Berdasarkan kaedah qias (analogi):
“ Sesuatu kewajiban yg tidak sempurna kerana
sesuatu perkara lain maka perkara itu turut
menjadi wajib”
2) Fardhu kifayah

a. Firman Allah:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu


kumpulan yg menyeru kpd kebaikan, amar
makruf dan nahi mungkar dan mereka itulah
orang-orang yg beriman” (al-Imran: 104)
b. Firman Allah Taala:
“Dan tidaklah patut org2 yg beriman utk
keluar semuanya (berperang). Kenapa tidak
keluar satu kelompok dari kalangan mereka
utk memahamkan diri tentang agama supaya
mereka dpt memberi peringatan kpd kaum
mereka apabila mereka kembali supaya kaum
mereka beroleh peringatan” (al-Taubah: 122)
Kesimpulan:
- Dakwah adalah wajib ke atas individu dan
fardhu kifayah atas jemaah (Dr. Muhammad
Abu Zuhrah).

- Ini kerana ia berhubungkait dgn matlamat


dijadikan manusia iaitu utk beribadah kpd
Allah Taala. Maka dakwah adalah saluran utk
menjelaskan matlamat tersebut kpd manusia.
2.4: Matlamat Berdakwah
• Mengenalpasti matlamat dakwah adalah satu
persoalan yg penting. Jika tidak, operasi dakwah tidak
akan berkesan.

• Antara matlamat utama dakwah ialah:

1. menyebarluaskan Islam yg mengandungi keadilan


dan jaminan kebahagiaan hidup kpd semua manusia.
2. membaiki dan mempertingkatkan
kefahaman serta penghayatan Islam bagi org
Islam untuk melahirkan kekuatan di kalangan
mereka.
3. menegakkan sebuah negara dan sistem yg
adil dan diredhai Allah Taala.
4. menuju kpd keselamatan dan kebahagiaan.
5. mendapat keredhaan Allah Taala.

Anda mungkin juga menyukai