Anda di halaman 1dari 21

PENGHAYATAN

BUDAYA ILMU
dikongsi oleh:
Mohd Radhi bin Musa
DEFINISI ILMU :
Definisi Ilmu : Kamus Dewan menghuraikan, ilmu adalah
pengetahuan,kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir,
batin dan lain-lain.
Encyclopaedia of Islam mentakrifkan ilmu sebagai knowledge
lawan kepada jahil atau ignorance.
lmu itu dihubungkaitkan dengan makrifah, fikh, hikmah dan
shuur. Ilmu adalah pengetahuan yang tidak dijelaskan sebagai
berlaku secara spontan, yakni berlaku dengan kehendak hati
dan tidak dengan paksaan.
KONSEP ILMU :
Ilmu adalah bermaksud sistem penelitian, cara berfikir yang
sistemetik dan radikal yang mampu untuk merumuskan
jawapan yang aktif dan cekap. Perkataan ilmu adalah asalnya
dari kalimah arab iaitu alima yang bererti mengetahui.
Kata asalnya ialah al-ilm yang membawa erti
pengetahuan. Bagi masyarakat kita mereka telah
mengaitkan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua
makna menjadi ilmu pengetahuan. Namun yang demikian
ianya masih dalam skop makna yang sama.



Maka Kami telah memberi kefahaman kepada
Sulaiman(tentang hukum yang tepat) dan kedua-duanya Kami
kurniakan Hikmah dan Ilmu al-Anbiya : 79]
KONSEP ILMU DALAM ISLAM:
Pengertian ilmu daripada segi bahasa, merujuk kepada
ayat suci al-Quran Ilmu bererti ketahui atau mengetahui
seperti yang dapat dilihat dalam al-Quran surah al-Nahl,
ayat 19 yang bermaksud, Dan Allah mengetahui apa-apa
yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu nyatakan.
Ilmu bererti kebenaran atau keizinan yang terdapat dalam
al-Quran surah Hud ayat 14 yang bermaksud, Ketahuilah
sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan keizinan
Allah.
KONSEP ILMU DALAM ISLAM:
Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah
S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan
sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat
bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin
iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh
terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi
laranganNya.
Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas
tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu,
amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal
Hassan, 1998:19). Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu
surah Al-Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-
Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9).
KONSEP ILMU DALAM ISLAM:
Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah
adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran
itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut
untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk.
Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T, "Sesungguhnya Kami
jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan
manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak
mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi)
tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga
(tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti
binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah
orang-orang yang lengah." (Al-Alaq:179)
MATLAMAT ILMU:
Akal membolehkan manusia berusaha menuntut ilmu
pengetahuan sama ada mencakupi kehidupan duniawi
mahupun berkaitan dengan ukhrawi.
Akal mampu membimbing manusia mengetahui hakikat
kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
Kelebihan orang berilmu bukan sahaja mampu meningkatkan
keimanan, firmanNYA dalam surah al-Mujadalah yang
bermaksud,Allah SWT meninggikan orang-orang yang beriman
dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa
darjat.
BUDAYA :
Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan
latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya
merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.
Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit
dan Melayu yang membawa pengertian :
a) Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal
: kecergasan akal fikiran seseorang
akan menentukan tahap pemikiran
dalam menangani sesuatu
permasalahan dan mencari
penyelesaian kepada
permasalahan tersebut
b) Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
BUDAYA :
Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan
meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan
bukan kebendaan.
Kamus Dewan (2005): budaya ditakrifkan sebagai kemajuan
fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang
diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.
Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan
kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan
warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah
laku yang boleh diwarisi.
BUDAYA ILMU:
Budaya ilmu merujuk kepada amalan mencintai ilmu dan
mencari kebenaran sepanjang hayat, sentiasa dahaga akan
ilmu, keinginan untuk memiliki ilmu, kesungguhan
memperkembangkan ilmu, kepintaran memanfaatkan ilmu,
menghayati ilmu, menggunakan ilmu pada tempatnya serta
meletakkan ilmu sebagai nilai yang paling dihargai dalam
kehidupan.
Ciri-ciri utama budaya ilmu ialah:
a) Pembelajaran sepanjang hayat
b) Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini
c) Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
d) Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
e) Mengamalkan penyelidikan
KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU:
Apabila kita memperhatikan isi Al-Quran dan Al-Hadis, terdapat
beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-
laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong
menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan
kebodohan.
Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat
atau mendengar.
Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi
Muhammad S.A.W. yang bermaksud; "Menuntut ilmu adalah
fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan."
(HR. Ibn Abdulbari)
KEARAH PENGHAYATAN :

Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq dengan


jelas mewajibkan pencarian ilmu.
Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal
Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya.
Perkataan ilmu disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran
melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9).
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Katakanlah: Adakah
sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.
(Az-Zumar:9)
KEARAH PENGHAYATAN :
Firman Allah S.W.T maksudnya: Allah memberikan hikmah
(ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia
telah diberikan kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah:269)
Firman-Nya lagi maksudnya: Hanya sanya orang yang takut
kepada Allah ialah orang yang berilmu. (Al-Faatir:28)
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Barangsiapa
menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia,
wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin
(selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui
ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-
duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula."
(HR. Bukhari dan Muslim)
KEARAH PENGHAYATAN :
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; " Wahai rasul,
sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari
Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka
tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara
kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang kafir". (Al-Maidah:67)
Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan
ilmunya, mereka mendapat ancaman, sebagaimana sabda
Nabi S.A.W.; "Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu,
kemudian menyembunyikan (tidak mahu memberikan
jawapannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya),
kelak di hari kiamat dengan kekangan (kendali) dari api
neraka." (HR Ahmad)
KEARAH PENGHAYATAN :
Mafhum firman Allah s.w.t. :
Dan demikian (pula) di antara manusia binatang-binatang
melata dan binatang ternakan ada yang bermacam-macam
warna (dan jenisnya).
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hambaNya
hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Maha Pengampun. Surah Fatir : ayat 28
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad
Riwayat Muslim
KEARAH PENGHAYATAN :
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
Apabila seorang anak Adam telah mati, maka terputuslah
segala amalannya, kecuali tiga perkara yang dapat
menghubungkan pahalanya, iaitu anak yang soleh, sedekah
jariah dan ilmu yang dimanfaatkan. Riwayat Muslim
Mafhum hadis Rasulullah s.a.w :
Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diri atas
kebodohannya dan tidak wajar orang yang berilmu berdiam
diri dengan ilmunya. Riwayat at-Tabrani
Mafhum firman Allah s.w.t :
... Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu pengetahuan
dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan? Hanya orang yang
menerima peringatan ialah orang yang berakal.Surah az-Zumar :
ayat 9
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU:
IKHLAS NIAT
Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :
.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa
yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya
dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa
melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu
akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap
orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang
benar-benar ikhlas.
TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
MENJAUHI MAKSIAT
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU:
MEMILIH TEMAN YANG SOLEH:
Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang
bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu
sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang
lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W
pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang
diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang
itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
BANYAKKAN ZIKRULLAH
MENJAGA KEHORMATAN
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU:
DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
MENGHORMATI GURU
BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI
Sebarang Persoalan ???
RUJUKAN:
Terjemahan Al-Quran
Majalah Solusi
Majalah GenQ
http://
umarfarouq.blogspot.com/2011/03/penghayatan-budaya-i
lmu.html
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1941.0

Anda mungkin juga menyukai