Anda di halaman 1dari 9

UNIT 1 TARANNUM BAYYATI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menjelaskan tentang definisi dan sejarah tarannum


Bayyati
2. Menghuraikan sifat-sifat dan peranan tarannum
Bayyati dalam bacaan al-Quran
3. Mengenalpasti tarannum Bayyati dan harakahnya
dalam bacaan Al-Quran
4. Mengaplikasi tarannum Bayyati dalam ayat-ayat
pilihan
5.

Sinopsis

Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan seni lagu atau maqam tarannum yang
terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi maqam ini adalah sebagai
pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu persembahan bacaan
al-Quran. Di Malaysia, amalan bacaan para Qari dan Qariah masa kini telah
mempopularkan bacaan al-Quran dengan susunan tarannum yang tertentu di
samping meletakkan tarannum Bayyati sebagai maqam pertama yang bertindak
sebagai pembuka atau permulaan persembahan.

Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai pengenalan


latarbelakang tarannum Bayyati. Fokus utamanya adalah perbincangan
berkenaan pengertian Bayyati dan sejarah perkembangannya. Peranan dan
sifatsifat alunan maqam ini juga akan dihuraikan. Di samping itu juga kaedah
praktikal juga akan dibahaskan dengan menerapkan beberapa contoh potongan
ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Bayyati

1
1.1 Definisi Tarannum Bayyati

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan “Bayyati” adalah berasal
dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal perkataan)
“baytun” yang bermaksud rumah atau tempat kediaman. Manakala dari sudut
istilahnya pula, “Bayyati” bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum
atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari
Mesir.

1.2 Sejarah Perkembangan Tarannum Bayyati

Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia (Tanah Melayu waktu itu) lebih
kurang pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan tarannum
lahjah Arab Misri. Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam
Bayyati di Tanah Melayu ketika itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi
melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir.
Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini
bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka
pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang tarannum al-Quran.
Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu
tersebut kepada masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang.

Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia


menjadikan tarannum ini sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan al-
Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka dirasakan seumpama masakan yang
tidak cukup perisanya. Oleh itu, keistimewaan tarannum Bayyati ini adalah
seumpama menu utama dalam bidang ilmu tarannum dan ia boleh diibaratkan
sebagai pembuka selera bagi pencinta tarannum al-Quran.

1.3 Sifat-sifat Alunan Tarannum Bayyati

Tarannum bayyati adalah satu alunan lagu yang mempunyai nada kelembutan di
samping nada ketegasan yang jelas. Ia juga mempunyai unsur-unsur keharmonian

2
dan ketenangan sesuai dengan tabaqahnya yang bersifat sederhana. Oleh itu,
tarannum Bayyati ini amat sesuai dijadikan sebagai “tarannum pembukaan” dan
“tarannum penutup” dalam sesebuah “tilawah Al-Quran”. Hal ini telah menjadi
kebiasaan kepada kebanyakan qari-qari terkenal dalam mengalunkan tilawah
mereka. Begitu juga dalam sesuatu “perujian tilawah” boleh dikatakan semua qari
akan memula dan menutup tilawah mereka dengan tarannum ini.

Demikian itu, mengenal sifat-sifat alunan tarannum Bayyati ini adalah suatu
perkara yang amat penting. Ini kerana kekurangan ilmu dalam mengetahui selok-
belok bacaan ini akan mengundang kesukaran mengawal dan menyusun harakah-
harakahnya dengan baik dan berkemungkinan besar akan kehilangan punca yang
akan menyebabkan terkeluar daripada asas bacaan tarannum ini.

Rajah 1: Sifat-sifat Alunan Tarannum Bayyati

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Tarannum


Bayyati ini dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut
terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan
dengan rakan-rakan yang lain.

3
1.4 Peranan Tarannum Bayyati

Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai
kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran. Jelasnya,
kepentingan mengetahui peranan tarannum Bayyati akan menerangkan dan
memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan hala tuju dalam sesuatu
persembahan bacaan al-Quran. Di antara peranan dan tugasan tarannum Bayyati
adalah seperti berikut:

i. Memantapkan persembahan tilawah


ii. Menjadikan tarannum pembukaan dan penutup bagi sesuatu tilawah
iii. Menjadi pengukur tarannum yang akan dipersembahkan selepasnya.
iv. Memantapkan kefasihan sebuatan huruf-huruf Al-Quran
v. Melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut tilawah/bacaan.

Rajah 2: Peranan Tarannum Bayyati

4
Pengalaman : Aktiviti 1
Layari Internet 1:

Sebelum anda bersemuka dengan tutor anda serta mendapat


pengajarannya bagi melagukan tarannum Bayyati ini, elok anda
terlebih dahulu melayari internet dan cuba latih diri dengan
tarannum Bayyati tersebut berdasarkan bacaan yang
dipersembahkan oleh Qari Sheikh Radhi Kamarul Hailan.

https://www.youtube.com/watch?v=I4yq9l18vAY

https://www.youtube.com/watch?v=p5hqVgDaczE

https://www.youtube.com/watch?v=OkxT-WGePn4

1.5 Tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Bayyati

Perkataan “waslah” berasal dari perkataan Arab yang bermaksud


susunan yang mempunyai dua tempat sambungan yang bersambung pada satu
tempat. Adapun tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati bermaksud jenis-jenis
tarannum lain selain Bayyati yang selari dan berseiring dengan bacaannya. Dalam
erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama
dengan bacaan Bayyati , seperti bacaan Husayni, Kurdi dan `Iraqi. Lagu-lagu
tersebut boleh saja diwuslahkan kepada Bayyati dalam beberapa keadaan berikut:

a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwuslahkan


kepada tarannum Kurdi atau `Iraqi.
b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwuslahkan
kepada tarannum Husayni dan sebagainya mengikut kemahiran para
Qari dan Qariah itu sendiri.

5
1.5.1 Husayni ( ‫ ) ح س ي نى‬: Pengertian dan Peranannya

Perkataan “husaini” adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas
pertimbangan asal perkataan) Husn yang bermaksud cantik, anggun dan indah.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, “husaini” bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Hijaz (Makkah). Namun, alunannya telah diubah suai oleh para Qari
dari Mesir mengikut perkembangan semasa sehingga sekarang. Tuan Haji
Muhammad Yusuf Kedondong (salah seorang guru tarannum yang berasal dari
Kelantan) berpendapat bahawa:

“Sesungguhnya laungan azan oleh Saidina Bilal bin Rabah r.a. di Masjid Nabawi
adalah melalui alunan tarannum Husayni. Maka bersempena nama keturunan
Saidina Bilal iaitu al-Husayni (Bilal bin Rabah al-Habshi al-Husayni), maka diambil
nama tersebut dan dilabelkan sebagai salah satu jenis-jenis tarannum Al- Quran.”
Mengikut pendapat al-Shaykh Dr. Ahmad Nu`ayna`, salah seorang pakar
tarannum dari Mesir yang menyatakan bahawa tarannum al-Husayni ini adalah
merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati dan boleh diistilahkan
sebagai Bayyati Husaini, seperti juga dengan istilah Bayyati Asli, Bayyati Khiyari
dan Bayyati Suri . Semuanya itu adalah sebagai ragam bacaan yang diwuslahkan
kepada Tarannum Bayyati.

Tarannum Husaini ini kebiasaannya diterapkan pada harakah kelima dan


seterusnya ke dalam Tarannum Bayyati. Ianya amat sesuai diwuslahkan kepada
harakah kelima dan seterusnya ke dalam Tarannum Bayyati kerana sifat
pergerakannya yang aktif lagi bersemangat. Ia juga mempunyai penyesuaian
dengan tabaqat yang tinggi, berunsur ketenangan tetapi tegas serta berunsur
ransangan dan galakan.

Sebagaimana juga Tarannum Bayyati , Tarannum Husaini ini juga


mempunyai peranan memantapkan dan menghangatkan persembahan bacaan,
membantu memantapkan sebutan huruf-huruf al-Quran serta memberangsangkan
tarannum yang berikutnya seterusnya dapat melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari
sudut bacaannya.
6
1.5.2 Kurdi: Pengertian dan Peranannya

Perkataan “kurdi” adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang tinggal
di kawasan yang terletak di Asia Tengah iaitu antara negara Turki, Iran dan Iraq.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, “kurdi” bermaksud nama khusus
bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari
dari bangsa Kurdi mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut. Kemudian,
alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir dan diterima
pakai oleh masyarakat sekarang. Namun kini amalan dan penghayatan melalui
tarannum Kurdi semakin berkurangan.

Sifat-sifat alunan Tarannum Kurdi ini mempunyai pergerakan yang tegas dan
berkesan, mempunyai kelicinan menurun dan menaik, mempunyai kesesuaian dengan
tabaqah sederhana, juga amat sesuai dengan tarannum penutup bagi sesuatu sesi
bacaan.

Peranan dan tugasan tarannum Kurdi juga seakan-akan sama dengan tarannum
Bayyati. Dengan sebab itulah ia amat sesuai diwuslahkan kepada Bayyati. Ia sangat
berfungsi untuk memantapkan persembahan bacaan disamping dapat menenangkan
ketegangan dalam persembahan. Nadanya yang jelas dan mantap membantu meningkatkan
lagi kefasihan sebuatan setiap huruf Al-Quran. Natijahnya tentu sekali dapat menyerlahkan
kemukjizatan Al-Quran dari sudut tilawah/bacaan.

1.5.3 `Iraqi: Pengertian dan Peranannya

Perkataan “ `Iraqi ” adalah nama satu bangsa dari rumpun bangsa Arab yang
terletak di Asia Tengah iaitu bersempadanan antara negara Arab Saudi, Kuwait dan
Iran. Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, “ `Iraqi “ bermaksud nama
khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut yang
mempunyai persamaan dengan budaya para Qari dari Hijaz. Kemudian, alunannya
telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir dan diterima pakai oleh
masyarakat sekarang. Walau bagaimanapun identiti asalnya (rentak alunan `Iraqi)
masih lagi dikekalkan.

7
Sebagaimana tarannum Husayni dan Kurdi, tarannum `Iraqi juga mempunyai
sifat-sifatnya yang tersendiri. Ia mempunyai pergerakan yang agak lambat tetapi
amat berkesan. Sesuai dengan ayat-ayat yang membawa makna permohonan,
penceritaan dan dialog. Dengan sebab itu kelembutan alunan boleh meresap ke jiwa
pembaca dan pendengar. Alunan lagunya juga penuh kesederhanaan dan
ketenangan dan amat sesuai dengan tabaqah sederhana. Sifat-sifat demikianlah
yang membuatkan tarannum Iraqi ini sesuai diwuslahkan kepada Tarannum Bayyati.

Tarannum `Iraqi juga mengambil peranan sebagaimana Husayni dan Kurdi.


Alunan lagunya dapat melahirkan ketenangan jiwa disamping dapat
menyempurnakan mesej Al-Quran. Alunan lagunya pada tobaqat sederhana
membantu pembaca untuk menenangkan ketegangan persembahannya. Nadanya
yang jelas dan mantap membantu meningkatkan lagi kefasihan sebuatan setiap huruf Al-
Quran. Natijahnya tentu sekali dapat menyerlahkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut
tilawah/bacaan.

Pengalaman : Aktiviti 2
Tatbiq 1:
Secara bersemuka dengan tutor, anda akan dilatih bertarannum
dengan tarannum Baiyyati yang merangkumi kefahaman
tentang ciri-ciri Harakat 1,2, 3, 4,5 dan 6 Serta bentuk-bentuk
harakah, qit`ah dan mahattahnya.

Latihan Surah yang bermad aridh lissukun di kepala ayat :


Surah Al-Mu`minun ayat 1-7

             

           

             

1 - 7 : ‫المؤمنون‬     

8
Pengalaman : Aktiviti 3
Tatbiq 2:

Latihan Surah yang tidak bermad di kepala ayat :


SurahAl-Qamar ayat 1-7

            

            

               

            

Refleksi 1
Setelah anda melalui pengalaman kendiri melalui internet dan
perbincangan dengan rakan-rakan serta mendapat penerangan
dan tatbiq/latihan daripda tutor anda mengenai teknik
melagukan Tarannum Bayyati ini, cuba anda rakamkan suara
anda membaca ayat 189-190 Surah Al-A`raf dengan melagukan
Tarannum Bayyati harakah 1-6.

Bandingkan bacaan anda dengan bacaan Sheikh Radhi


Kamarul Hailan sebagaimana dalam link internet yang diberikan
di atas.

              

             

            

189 – 191 : ‫ األعراف‬    

Anda mungkin juga menyukai