Anda di halaman 1dari 11

PERGAULAN

BEBAS
13 MAC 2021

MERUNTUHKAN
UMMAH
USTAZ MOHD GHAZALI (WI04)

AHLI KUMPULAN
NUR SYASYA IWANI BINTI RIZAL
NUR ALIA BINTI AZMAN
ANIS NABILA BINTI MOHAMAD ZAIDI
SOFEA AQUILA BINTI SUZAIRI
TAJUK FORUM : PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH
PENGERUSI : NUR SYASYA IWANI BINTI RIZAL
PANEL PERTAMA : NUR ALIA BINTI AZMAN
PANEL KEDUA : ANIS NABILA BINTI MOHAMAD ZAIDI
PANEL KETIGA : SOFEA AQUILA BINTI SUZAIRI

PANEL SKRIP
PENGURUS Bismillahirrahmanirrahim,
I Assalammualaikum w.b.t dan salam perdana sebagai pembuka bicara.
Bertemu kita dalam arena perdana buat sekian kalinya bagi
mendiskusikan isu global yang sekarang ini yang sedang hangat
diperkatakan. “Aiman kata, Aiman tak kisah. Mawi kata Aduh Saleha”
tetapi masyarakat kita pula berkata “aduh remaja”. Kami akan membawa
mauduk bicara yang berbunyi “MASALAH PERGAULAN BEBAS
MERUNTUHKAN UMMAH”. Tetapi, pada hari ini kita akan mendiskusikan
dengan lebih terperinci masalah ini dalam kalangan remaja. Persoalannya
timbul di ruang legar pemikiran kita, apakah yang menyebabkan masalah
pergaulan bebas terus melanda bagai tsunami di Negara kita ini? Oleh itu,
1 PERGAULAN
segala persoalan akan kita rungkai dan BEBAS MERUNTUHKAN
kita kupas pada hari ini. UMMAH

Hadirin yang dimuliakan.


Bak kata pujangga, “Tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, lebih molek saya
rasa jika saya memperkenalkan setiap seorang ahli-ahli panel kita. Tetapi
sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya
NUR SYASYA IWANI BINTI RIZAL selaku pengurusi forum kita pada hari
ini. Di sebelah kanan saya, iaitu ahli panel kita yang pertama, saudari
NUR ALIA BINTI AZMAN. Seterusnya kita beralih kepada ahli panel kita
yang kedua iaitu saudari ANIS NABILA BINTI MOHAMAD ZAIDI.
Asalammualaikum saudari? Ahli panel kita yang ketiga pula manis berbaju
kurung pada hari ini iaitu saudari SOFEA AQUILA BINTI SUZAIRI...urmm
nampaknya hadirin dibelakang sana sedang senyum- senyum melihat
saudari kita disini. Sebenarnya, tidak menjadi masalah kerana senyum itu
merupakan satu sedekah, dan tidak menjadi masalah sekiranya saudara
di belakang sana ingin berkenalan dengan saudari disini. Tidakkah begitu
saudari CIK SOFEA?
Baiklah, perkenalkan sudah, berjenaka pun sudah. Oleh itu, sebagai
permulaan Mengikut kamus dewan edisi ketiga, REMAJA merupakan
seorang yang mulai meningkat dewasa. Disebabkan itu, golongan remaja
juga tergolong dalam kalangan golongan yang berdarah muda dan mudah
terpengaruh. Oleh itu, sekarang marilah sama-sama kita menelusuri
pendifinisian makna, konsep dan pendapat ahli-ahli panel kita terhadap
gagasan kata pergaulan bebas dalam kalangan remaja.

Baiklah sekarang kita boleh dengarkan pandangan daripada saudari Alia.


Saudari, boleh anda jelaskan apa pendapat anda terhadap maksud yang
tersirat di sebalik lembayung kata masalah pergaulan bebas dari konteks
islam? Sila terangkan.

PANEL Terima kasih pengurusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional
PERTAMA persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat,
rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah
sekalian.

Pergaulan mengikut kamus pelajar edisi kedua ialah hal bercampur atau
2 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH
bergaul dengan orang lain; percampuran: Umumnya, wanita pandai
mencari persesuaian dalam sehari-hari. Manakala bebas menurut kamus
pelajar edisi kedua pula ialah tidak dihalang atau tidak disekat-sekat
melakukan sesuatu.

Pergaulan bebas (ikhtilat) menurut hukum islam ialah merupakan suatu


bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan
perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia
merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga
berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyyah. Bentuk
pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah
SAW yang membawa sistem dan nilai hidup yang dipandu oleh Al-Quran
dan Sunnah.

Pergaulan bebas meliputi pelbagai perkara bukan sahaja antara lelaki dan
perempuan yang akhirnya terjerumus dengan salah laku seks ataupun
zina. Malah, pergaulan bebas remaja juga terjerumus kepada kes buli,
dadah, gejala vandalisme, dan lain-lain lagi.
PENGERUSI Terima kasih diucapkan kepada saudari Alia atas penerangan terhadap
konsep pergaulan bebas sebentar tadi. Sudah terang lagikan bersuluh
bahawa islam telah menggariskan cara pergaulan yang tersendiri dan
saya juga yakin bahawa bukan islam sahaja tetapi agama-agama lain juga
saya rasa juga melarang penganut- penganutnya untuk melakukan
pergaulan bebas secara melampaui batas.

Baiklah kita teruskan lagi forum kita dengan mendengar punca-punca


yang menyumbang kepada peningkatan masalah pergaulan bebas
daripada ahli panel kita yang ke-2 pula. Saudari, bolehkah saudari
terangkan apa yang anda ingin dikongsikan bersama hadirin yang hadir
terhadap topik kita pada hari ini. Silakan.

PANEL Pada pandangan saya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja


KEDUA berpunca daripada kurangnya kawalan dari ibu bapa terhadap anak-anak.
Sejak beberapa bulan yang lalu, masyarakat heboh memperkatakan
tentang segelintir remaja yang berkelakuan tidak sopan di khayalak ramai.
Terbaru ini tersebarnya video yang memaparkan aksi ala-ala “putera raja
melamar kekasihnya” menerima kecaman hebat di sosial media. Video
3 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH
yang diambil dari sebuah laman Facebook ini menunjukkan aksi ‘romantik’
pasangan kekasih yang masih lengkap berpakaian sekolah berpelukan
sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak. Persoalannya
siapakah yang wajar dipersalahkan di atas perbuatan remaja ini?

Kurangnya kawalan daripada ibu bapa ataupun ibu bapa telah


mengabaikan tanggungjawab mereka dikatakan punca utama berlaku
perbuatan seperti di atas. Anak-anak yang tidak berfikiran panjang akan
mudah terpengaruh dengan budaya barat yang bermaharajalela di
Malaysia. Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam
menjaga anak-anak. Ini kerana anak merupakan kurniaan daripada Tuhan
yang dilahirkan dalam keadaan suci. Ibarat sehelai kain putih, terpulanglah
kepada ibu bapa dan penjaganya untuk mewarnakannya. Mengikut kajian
Sapora Sipon (2005), menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa tidak
sedar anak mereka berkelakuan tidak sopan sehingga menerima aduan
daripada guru sekolah. Ibu bapa dikatakan tertipu dengan anak mereka
yang pandai berpura-pura berkelakuan baik ketika berada di rumah.
Dalam kajian Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad menunjukkan mengapa
kebanyakkan ibu bapa terpedaya akan perlakuan anak-anak mereka
adalah disebabkan kesibukan kerja dan terlalu mengejar kesenangan
dunia sehingga mempercayai pengasuhan ‘babysitter’ daripada mereka
sendiri mengasuh anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga berpendapat sekolah sudah cukup bagi
mendisiplinkan anak mereka sedangkan seorang guru hanya dapat
mengawal pelajar pada waktu persekolahan sahaja. Buku Developmental
Psychology Childhood and Adolescence (1996) menghuraikan bahawa
anak-anak yang bermasalah kerap kali datangnya daripada keluarga yang
bermasalah. Seperti contoh, keretakkan rumah tangga ibu bapa. Ada ibu
bapa akan melepaskan geram kepada anak-anak mahupun meninggalkan
mereka kepada pengasuh. Anak-anak akan mula berasa tertekan dan
kurang kasih sayang. Mereka berkemungkinan mencari jalan keluar
daripada kongkongan ibu bapa dan akan mula menumpang kasih pada
orang lain seperti dengan rakan-rakan ataupun teman lelaki. Ibu bapa juga
tidak prihatin terhadap pergaulan anak-anak mereka dan membiarkan
mereka keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira
4 lelaki atau perempuan. Jelas bahawa ibu
PERGAULAN bapa kini
BEBAS bagaikan lepasUMMAH
MERUNTUHKAN tangan
dan bersikap menjadi pengurus iaitu dengan menyerahkan tanggungjawab
membesarkan anak-anak kepada orang lain.

PENGURUS Terima kasih diucapkan atas penerangan yang telah disampaikan


I sebentar tadi. Buat hadirin sekalian sememangnya benar apa yang dikata
sebentar tadi bahawa kini budaya barat sedang bermaharajalela di negara
kita malah budaya ketimuran pula seolah-olah hilang entah kemana jadi
tidak mustahillah sekarang ini Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan
slogan “pandang ke Timur” bukan sahaja pandang kemajuan ekonomi
negara-negara tersebut tetapi juga untuk melihat cara mereka bekerja dan
membentuk sebuah masyarakat yang mapan dan dinamik tidak mengira
usia dan pangkat. Tidak begitu saudari?

Bukan Sukarno sahaja yang pernah bermadah peri penting golongan


muda tetapi tokoh islam tersohor iaitu Prof. Dr Yusuff Al-Qardhawi juga
pernah bermadah yang berbunyi “sekiranya kita hendak melihat wajah
negara kita di masa hadapan, lihatlah generasi muda pada masa kini,
sekiranya golongan muda kita tergolong dalam kalangan baik-baik belaka
nescaya wajah negara kita akan terus bersinar, tetapi jika sebaliknya
bersedialah satu kemungkinan buruk yang akan berlaku.” Kata-kata
tersebut memang jelas menunjukkan kepada kita bahawa golongan
remaja merupakan asset kepada sesebuah negara.

Baiklah, marilah pula kita mendengar pendapat daripada saudari Sofea


mengenai pergaulan bebas. Urmmmm saya lihat saudari dari tadi seolah-
olah tidak sabar untuk melontarkan pendapat. Baiklah saudari bolehkah
saudari perjelaskan apa yang saudari fahami mengenai pergaulan bebas.
Silakan.

PANEL Terima kasih Cik Pengerusi, punca seterusnya adalah disebabkan oleh
KETIGA diri remaja itu sendiri. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan
bebas mempunyai tahap iman yang lemah. Seseorang itu dikatakan telah
dikuasai oleh nafsu apabila mereka kehilangan kesantunan, ketandusan
ilmu dan kurangnya penghayatan agama. Pernyataan ini dapat disokong
dengan model Al Ghazali dalam Tunku Sarah (1997) mengatakan bahawa
hati merupakan bahagian penting dalam diri manusia yang berfungsi sejak
azali lagi. Hati yang jernih akan membawa kita menyelami kehidupan yang
5 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH
positif namun hati yang kotor akan membinasakan kita. Para pelajar tidak
memahami hukum-hukum agama yang akan mempengaruhi sikap mereka
dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Disebabkan kecetekan
amalan beragama, remaja akan kehilangan akal fikiran yang waras dan
mereka berkemungkinan mengambil tindakan yang tidak rasional dan
menyalahi norma masyarakat kita. Remaja tersebut tidak dapat
membezakan yang mana satu intan dan yang mana satu kaca kerana
kurang didikan agama dan moral. Ibnu Jauzi (2000) menjelaskan bahawa
setiap manusia memiliki hawa nafsu. Jadi remaja yang tidak dapat
mengawal kata hati akan bertindak mengikut hawa nafsu sehingga
sanggup merendahkan martabat mereka semata-mata untuk memenuhi
tuntutan nafsu itu.

Seterusnya, punca yang ketiga ialah dunia cinta remaja. Sudah menjadi
kebiasaan untuk para pelajar memiliki pasangan di alam persekolahan
mereka. Perasaan ingin berpasangan ini semakin memuncak ketika
berada pada zaman moden ini. Bercinta sebenarnya tidak dianggap salah.
Seperti contoh, Islam sendiri mengalakkan umatnya untuk saling
mengenali antara satu sama lain tanpa mengira agama namun pelajar
haruslah mengelakkan pergaulan yang melebihi batas seperti contoh
berdua-duaan di tempat sunyi. Dunia cinta remaja ini akan menjadi lebih
bermakna sekirannya kedua-dua pasangan mengetahui batas mereka dan
mengambil peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai
kejayaan bersama-sama.

PANEL Maafkan saya Cik Pengerusi dan panel ketiga, izinkan saya melontarkan
PERTAMA idea pemikiran saya. Bagi pandangan saya, pengaruh Media Massa
merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya pergaulan bebas.

Kemajuan teknologi pada zaman ini cukup berkesan dalam penyebaran


pelbagai informasi terkini. Menurut Supriadi dalam bukunya “Gejala Sosial:
Pandangan dan Penyelesaian Menurut Islam, (1998) halaman 44,
televisyen dilihat kerap kali menayangkan filem-filem yang menyimpang
dengan norma masyarakat timur lalu merangsang kepada perbuatan
maksiat. Kesan penayangan adegan bercumbu, berpelukan serta
pendedahan aurat merangsang minda remaja untuk mencuba perlakuan
6 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH
tersebut. Kebanyakan filem dari negara Barat yang tidak ditapis
dipaparkan di televisyen seperti contoh filem Baywatch. Pakaian pelakon
dalam filem ini sangat menjolok mata dan mempunyai elemen pergaulan
bebas tidak kurang merosakkan minda remaja yang nantinya membentuk
imej mereka melalui perlakuan immoral ini.
PENGURUS Terima kasih saya ucapkan atas lontaran idea-idea yang bernas sebentar
I itu tadi.

Bak kata pepatah “setiap penyakit pasti ada penawarnya” oleh itu dalam
konteks ini jika ada sebab pasti ada kesannya sama ada kesan baik
mahupun kesan buruk. Tetapi saya begitu yakin masalah pergaulan bebas
saya rasa lebih banyak kemudaratan berbanding dengan kemaslahatan
kepada kita semua.
Tanpa membuang masa, marilah pula kita sama-sama mendengar kesan-
kesan sekiranya pergaulan bebas terus menjadi-jadi di negara kita.
Saudari Nur Alia, bolehkah anda terangkan apakah kesan yang akan
berlaku seandainya masalah pergaulan bebas terus diamalkan oleh
golongan remaja kita? Sila perjelaskan
PANEL Terima kasih Cik Pengerusi. Terdapat beberapa kesan yang akan timbul
PERTAMA ekoran daripada pergaulan bebas antara remaja lelaki dan pelajar
perempuan ini. Antara kesan yang paling mengerikan adalah lahirnya
anak-anak luar nikah yang tidak berdosa. Perkara yang amat menyayat
hati adalah apabila terpampangnya berita mengenai bayi dibuang tanpa
rasa belas kasihan. Seperti contoh, bayi dijumpai dalam mangkuk tandas,
mayat bayi digonggong anjing dan sebagainya. Hal ini disokong melalui
pengakuan jujur dan berani seorang gadis dalam rancangan TV9 pada 15
Mei 2008 dalam slot ‘gugur janin” yang beberapa kali mengugurkan
kandungannya dan akhirnya mengambil keputusan untuk melahirkan anak
luar nikah tersebut. Mengugurkan janin oleh remaja sekolah pada usia
muda boleh membuatkan mereka itu terdedah kepada kesakitan pada
saluran pembiakan sekali gus boleh menjurus kepada kemandulan.
Mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000
hingga 2007 dicatatkan bahawa seramai 257,411 sijil kelahiran yang
didaftarkan tanpa nama bapa. Ia adalah kerana anak tersebut adalah hasil
daripada ikatan yang tidak sah.

7 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH


Bukan itu sahaja, perkara ini akan meruntuhkan institusi kekeluargaan,
kerana bagi masyarakat sejenak, melahirkan anak luar nikah merupakan
perkara yang amat memalukan ahli keluarga, seterusnya menyumbang
kepada perbalahan yang berpunca dari lontaran kata-kata perit daripada
mulut sekeliling. Keluarga akan dipandang serong kerana dianggap tidak
tahu mengajar anak supa berkelakuan baik. Maka benarlah pergaulan
bebas tanpa ikatan yang sah ini yang pada dahulunya dianggap sebagai
keji, kini telah hilang dek ditelan arus kemajuan kemodenan teknologi.

PENGERUSI Terima kasih. Ya, memang benar apa yang diperkatakan tadi. Sekiranya
masalah ini dibiarkan begitu sahaja ini akan mengakibatkan runtuhnya
institusi kekeluargaan. Walaupun keluarga merupakan sebuah kelompok
yang kecil tetapi keluarga juga mampu melahirkan seorang insan yang
sempurna jika baik didikannya. Hal ini kerana setiap insan dilahirkan
daripada sebuah keluarga. Terpulanglah kepada keluarga tersebut sama
ada ingin mencorakkan anak-anak mereka ke lembah kemuiaan atau ke
kancah kehinaan.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
Sekarang marilah pula kita mendengar kesan lain sekiranya pergaulan
bebas dalam kalangan remaja terus berlaku di Malaysia daripada ahli
panel yang kedua forum kita pada hari ini. Baiklah sila nyatakan kesan
yang igin anda kongsikan bersama-sama kami di sini. Silakan.

PANEL Apabila remaja menemui kebebasan melalui aktivti pergaulan bebas ini,
KEDUA mereka akan mula berjinak dalam gejala yang lebih berat iaitu pelacuran.
Pelacuran bermaksud penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau
hubungan seks, biasanya untuk wang. Sindiket ini menawarkan ganjaran
yang lumayan. Bagi remaja yang mengalami kesempitan hidup dan
mahukan kesenangan hidup dalam tempoh yang singkat, mereka
terjerumus dalam kegiatan pelacuran ini.

Di samping itu, terdapat pelbagai penyakit yang timbul disebabkan


hubungan bebas. Seperti contoh, penyakit AIDS. Penyakit ini tidak boleh
disembuhkan malah berkebolehan untuk membawa maut. AIDS berupaya
merosakkan sistem pertahanan badan seseorang individu. Setiap penyakit
ada penawarnya namun tidak bagi AIDS. Sehingga ke hari ini, tiada
8 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH
sesiapa pun yang berjaya menemui vaksin untuk melawan dan
menyembuhkan penyakit ini. Kesan yang sangat mengerikan adalah
apabila anak-anak luar nikah yang tidak berdosa itu berkemungkinan
besar dijangkiti HIV melalui ibu mereka. Kaum wanita juga boleh
mendapat kanser serviks dan rahim jika mereka melakukan hubungan
seks pada usia setahun jagung.

PENGURUS Ya, terima kasih kepada saudara Cik Anis atas kesan-kesan yang telah
I disampaikan tadi. Apa yang dikatakan tadi Jika pergaulan bebas tidak
dibendung ini juga boleh menyumbang kepada peningkatan graf pesakit
aids dan pelacuran. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada saudara
atas penerangan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Baiklah, marilah pula kita semua mendengar kesan pergaulan bebas
daripada saudari Sofea pula. Saudari silakan.

PANEL Antara kesan lain yang akan timbul akibat pergaulan bebas pelajar adalah
KETIGA kemerosotan dalam pelajaran. Remaja yang kerap bersosial dan sering
keluar malam bersama pasangan tanpa sebarang ikatan sah akan lebih
leka menghabiskan masa berpacaran daripada menumpukan perhatian
dalam pelajaran. Remaja akan lebih berani untuk memberontak dan
melawan kata ibu bapa dan guru sekiranya kemahuan mereka tidak
ditunaikan.

Apabila remaja berhadapan dengan masalah sosial ini, mereka tidak


dapat membuat keputusan yang matang dan bernas (Krebs, Denton,
&Wark, 1997). Kadangkala, ada anak-anak yang tanpa segan silu mencuri
duit ibu bapa sendiri untuk keperluan diri sendiri dan pasangan mereka.
Remaja tersebut kemudiannya akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat kerana ketinggalan dalam pelajaran disebabkan terlibat dalam
pergaulan bebas. Tidak dapat dinafikan juga kesan pergaulan bebas ini
memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

PENGURUS Begitulah kesannya jika masalah pergaulan bebas di negara ini tidak
I dibendung dengan sebaik mungkin. Seperti yang dikatakan sebentar tadi,
Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi
hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing.

9 PERGAULAN BEBAS MERUNTUHKAN UMMAH


Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar “masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana
berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Kesimpulannya
perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu
perkara yang patut kita pandang remeh. Anak merupakan anugerah
daripada Tuhan. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk melihat
dan menikmati hidup ini. Dalam dunia globalisasi ini, seorang individu
perlu menghadapi pelbagai cabaran dan pilihan dalam kehidupan
seharian. Ia menjadi salah satu cabaran bagi setiap pendidik Pendidikan
Agama Islam dan Moral untuk mengalak dan membimbing seorang
individu dalam domain moral agar mereka dapat menjadi seorang insan
yang bermoral dan berakhlak mulia seperti mana yang terkandung dalam
Rukun Negara kita.
Secara keseluruhannya masyarakat yang bermoral tidak akan melakukan
perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana
perbuatan yang tidak bermoral seperti pergaulan bebas ini sebenarnya
bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah komuniti
di Malaysia. Insan yang bermoral sebenarnya hanya menghayati dan
mempratikkan nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima
secara sejagat sebagai bermoral, yang patut, baik dan benar. Justeru itu,
semua pihak haruslah bergabung sinergi untuk menangani masalah
pergaulan bebas ini dalam kalangan pelajar sekolah Setiap individu
mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada
terus menjadi barah.

Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-
renungkan sejenak.... Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu
Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Sebelum
mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun
yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja
untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta,
dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz
10 yang mulia. Wabillah hitaufiq BEBAS
PERGAULAN Walhidayah Assalamualaikum
MERUNTUHKAN UMMAH
Warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai