Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1114
PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Nama : Wan Nabihan Bin Wan Zairudin


No. K/P : 030910010257
Angka Giliran : 2021242310181
Program : PPISMP
Ambilan : Jun 2021
Unit : X7
Nama Pensyarah : En. Noor Azni Yahya
Tarikh Hantar : 28.2.2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_Bihan_________Tarikh : _28.2.2022____________________

JKA/Jun2019
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

JKA/Jun2019
SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1 : PENULISAN (30% - 1000 PATAH PERKATAAN )

“ Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam


pada abad ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang
berniaga di Kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara
adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan
orang Melayu. Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara
adalah huruf-huruf Arab atau sekarang dikenali dengan nama tulisan
Jawi. Pada abad ke-11 hingga abad ke-14, tulisan Jawi digunakan dengan
meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Orang Melayu yang celik
huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik Jawi”.( Mohd Alwee
Yusoff,2005 )

Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sejarah perkembangan sistem ejaan


Jawi yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau.
1. Penulisan berdasarkan bukti yang kukuh dengan merujuk pelbagai
sumber dan tokoh-tokoh bahasa.
2. Penulisan hendaklah dipersembahkan melalui satu penulisan akademik
yang panjangnya antara 1000 patah perkataan.
3. Penulisan akademik perlu ditulis dalam bahasa Melayu.
4. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.

JKA/Jun2019
TUGASAN 2 : LAPORAN ANALISIS (40%- 1500 PATAH PERKATAAN)

”Pelbagai polemik isu yang timbul dalam kalangan masyarakat mutakhir


ini mengenai pemartabatan tulisan Jawi dan tulisan Rumi yang kian
samar-samar dan lemah tahap kemampuan daya saing. Kebenaran yang
nyata tersebut mendukacitakan nilai martabat sesebuah warisan bangsa.
Hakikat penggunaan tulisan Jawi dan tulisan Rumi pada realiti abad
pemodenan abad ke-21 khasnya dalam era digital amat terhad sekali.
Cetusan isu daripada pelbagai pihak membimbangkan status tulisan Jawi
dan tulisan Rumi di Malaysia khususnya”.

Berdasarkan pernyataan di atas , anda dikehendaki :

1. Menganalisis Sistem Ejaan Jawi


Ejaan mengikut hukum Darlung dan bukan Darlung serta Hukum Ka dan Ga.

2. Menganalisis Sistem Ejaan Rumi


Penulisan unsur serapan kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit.

II

JKA/Jun2019
TUGASAN 3 : TRANSKRIPSI ( 15% )

“Tulisan Jawi digunakan sebagai tulisan utama lebih 1,000 tahun lalu dan
berubah kepada tulisan Rumi akibat pengaruh kedatangan penjajah.Jika melihat
sejarah negara kita, sebahagian besar perjanjian dibuat antara kerajaan
kesultanan di Tanah Melayu ini dan pihak British adalah dengan menggunakan
tulisan Jawi. Malah, dokumen pengisytiharan kemerdekaan turut ditulis dalam
tulisan Jawi.Hal ini bermakna tulisan Jawi mempunyai asas lebih kukuh daripada
sudut sejarah berbanding tulisan Rumi”.

Berdasarkan Seni dan Literasi Menelusuri Kesantunan Bahasa dan Sastera.


Pelajar dikehendaki mentranskripsikan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi .
( penulisan ilmiah,sajak/puisi )

Pelajar dikehendaki menghasilkan karya seni khat dengan memilih kata-kata


hikmah dalam artikel yang dipilih.

Pentaksiran Berterusan ini bergabung dengan kursus BMMB 1114


(Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi) BMMB 1104 (Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu) BMMB 1144 ( Kesantunan
Bahasa ) dan BMMB 1124 (Literasi Bahasa ). Pelaksanaan KPPB ini seiring
dengan idea besar iaitu Seni dan Literasi Menelusuri Kesantunan Bahasa
dan Sastera.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Format penulisan adalah seperti berikut:


 Templat terkini muka depan kerja kursus hendaklah digunakan
dan boleh dimuat turun dari iTEMS.
 Font: Arial
 Saiz huruf: 11
 Langkau: 1.5
 Rujukan: APA ( American Psychological Association)
 Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian
hasil kerja dan sokongan ilmiah.
 Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheran.
 Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan
memenuhi kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya 10
SUMBER yang meliputi buku, sumber internet, jurnal dan
bahan-bahan bercetak yang lain )
 Tugasan adalah secara INDIVIDU.

III

JKA/Jun2019
2. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
3. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh
menjejaskan gred kerja kursus anda.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

______noorazni______________ _______anuar________________
( EN. NOOR AZNI BIN YAHYA ) ( EN. KHAIRUL ANUAR BIN
ISMAIL )
Penyelaras Kursus BMM1114 Pakar Bidang (SME)
Pengenalan Sistem Ejaan Jawii dan Rumi Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh, Perak.
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Disahkan oleh :

_________shamsudin________________
(EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR )
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh
Perak.

IV

ISI KANDUNGAN

JKA/Jun2019
1. Pengenalan………………………………………………………………………………….1
2. Perkembangan Tulisan Jawi Di zaman Kesultanan Pasai………………….…………..1
3. Perkembangan Tulisan Jawi Di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor………
2
4. Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu………………………………………………….3
5. Sistem Ejaan Jawi Lama…………………………………………………………………...3
6. Sistem Ejaan Za’ba…………………………………………………………………………5
7. Sistem Ejaan Dian………………………………………………………………………….6
8. Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan………………………………………………..6
9. Penutup…………………………………………………………………………….………..7
10. Rujukan………………………………………………………………………….…………8

JKA/Jun2019
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Encik Azni Yahya pensyarah bagi mata pelajaran BMMB 1114
 

Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi. Beliau banyak membantu saya sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini. Di samping itu,beliau tidak jemu untuk memberi
penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya supaya saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan lancar.

        Selain itu, sekapur sirih saya sampaikan kepada ahli keluarga saya yang banyak
memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Akhir
sekali,sekalung penghargaan saya sampaikan kepada rakan kelas yang ingin
berkongsi maklumat dan bersama-sama menyelesaikan masalah sepanjang
melakukan kerja kursus ini.

VI

JKA/Jun2019
1.0 PENGENALAN

Perkataan Jawi merupakan kata adjektif bagi perkataan Arab ‘”Jawah” ( Amat Johari,
1996) Tulisan Jawi yang berasal daripada tulisan Arab wujud di Kepulauan Melayu
sering dengan kedatangan agama Islam. Menurut Hashim Hj. Musa ( 2005 ), sejarah
tulisan Jawi sangat berkait-rapat dengan kemasukan agama Islam di seluruh
Kepulauan Melayu amnya. Pada abad ke-10, tulisan Jawi telah berkembang di Tanah
Melayu melalui aktiviti perdagangan oleh orang Arab yang datang berdagang di Tanah
Melayu. Selain itu, penyebaran agama Islam menerusi aktiviti dakwah oleh orang Arab
telah menjadi salah satu faktor munculnya tulisan Jawi ini. Tulisan Jawi ini ditulis dari
kanan ke kiri dan mengandungi 37 huruf. Enam daripadanya ialah huruf jawi dan
selebihnya ialah huruf Arab asli. Enam huruf tersebut ialah ‫ ۏ‬،‫ ڽ‬،‫ ڬ‬،‫ چ‬،‫ ڠ‬dan ‫ڤ‬.

2.0 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI ZAMAN KESULTANAN PASAI

Kesultanan Samudera Pasai merupakan sebuah kerjaan Islam yang terletak di


persisir pantai utara atau dikenali Aceh Utara sekarang. Selain itu, kerajaan Pasai
merupakan sebuah pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang dari Arab,
China, India, Siam dan lain-lain. Keadaan perdagangan di Aceh maju dan juga
tersebar ke pelabuhan-pelabuhan antarabangsa (Al-Attas,1990). Kedatangan orang
Arab bukan sahaja untuk berdagang, malah turut membawa ajaran Islam sekaligus
membawa bersamanya huruf-huruf tulisan Arab iaitu menjadi pununjuk kepada tulisan
Jawi Melayu dan abjadnya. Buktinya, tulisan Jawi yang terdapat pada Batu nisan
Sultan Malik al-Salleh dan Hikayat Raja-Raja Pasai.

Rajah 1. Keratan Hikayat Raja-Raja Pasai

JKA/Jun2019
Rajah 2. Batu nisan Malik as-Salleh

3.0 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


DAN JOHOR.

Pada zaman ini, tulisan Jawi sangat memainkan peranan dalam masyarakat.
Selain itu, tulisan Jawi juga dijadikan perantara dalam semua urusan pentadbiran,
perdangan dan adat istiadat. Tamsilnya, tulisan Jawi digunakan dalam perjanjian
penting antara pihak Raja Melayu dengan pihak Portugis, Belanda dan
British.Tambahan pula, tulisan Jawi juga digunakan sebagai alat perakam untuk aktiviti
seperti pentadbiran, perundangan bahasa dan diplomatik. Penggunaan tulisan Jawi
sangat luas sehinggakan hal-hal perundangan contohnya Hukum Kanun Melaka dan
Hukum Kanun Johor juga ditulis dalam tulisan Jawi. Menurut Ahmad Farid ( 2005),
lahirnya ulama dari Tanah Melayu telah menarik minat masyarakat dari dalam dan luar
negeri untuk belajar tulisan Jawi dan agama.

JKA/Jun2019
4.0 TULISAN JAWI BATU BERSURAT TERENGGANU

Batu Bersurat Terengganu merupakan prasasti tertua yang dalam tulisan Jawi
Klasik yang dijumpai di negeri Terengganu. Sistem ejaan Jawi yang digunakan pada
Batu Bersurat mempunyai beberapa persamaan dengan sistem ejaan Jawi terikini.

Sebagai contoh, penggunaan huruf ‘‫ ’ت‬dan ‘‫’ة‬. Menurut ejaan Jawi kini, bunyi /t/
dalam perkataan Melayu dilambangkan dalam tulisan Jawi ‘‫ ’ت‬dan bunyi /t/ dalam
beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab dilambangkan dalam tulisan

Jawi ‘‫’ة‬.

Rajah 3. Batu Bersurat Terengganu

2.0 SISTEM EJAAN JAWI LAMA

Tulisan Jawi ini mempunyai beberapa peringkat bermula daripada tulisan Jawi
lama sehingga lah tulisan Jawi yang digunakan pada hari ini. Tambahan pula, sistem
ejaan Jawi lama terbahagi kepada 4 tahap. Tahap pertama ialah sistem ejaan Arab
digunakan sepenuhnya iaitu dengan menggunakan tanda baris atau diaktrik. Selain
itu, kitab Al-Quran telah mempengaruhi cara mengeja perkataan-perkataan bahasa
Melayu. Walaupun sistem ejaan Arab ini memudahkan pembaca untuk membacanya,
akan tetapi, pembaca dan penulis akan mengambil masa untuk menulis Jawi mengikut
sistem ejaan Arab ini.

JKA/Jun2019
Pada tahap kedua, baris pada ejaan dimansuhkan. Perkara ini bertujuan untuk
memperbaiki sistem tulisan Arab iaitu tulisan Gundul dimana tanda baris pada ejaan
dihilangkan. Disebabkan ketiadaan baris pada sistem tulisan ini, akan memudahkan
penulis untuk menulis tulisan ini kerana tidak perlu mengambil masa yang lama. Dari
sudut negatif, tulisan ini akan menyukarkan pembaca kerana ketiadaan baris pada
huruf dan satu perkataan boleh membawa maksud yang berlainan jika disalah sebut.

Rajah 2. Tulisan Gundul

Huruf saksi atau huruf vokal diperkenalkan di tahap ketiga untuk memudahkan
masyarakat membaca dan menulis. Huruf saksi yang dimaksudkan adalah Alif, Wau
dan Ya. Walaubagaimanapun, sistem ini juga mempunyai kekurangan apabila
pembaca tidak dapat membaca dengan tepat huruf-huruf vokal tersebut.

Pada tahap yang terakhir huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua telah
diwujudkan. Namun, penambahbaikkan pada tahap ini tidak menyelesaikan masalah
sistem tulisan dan ejaan Jawi pada masa itu. Walaupun penggunaan huruf vokal
dikekalkan, penggunaan huruf vokal berubah iaitu huruf vokal digunakan pada suku
kata pertama dan kedua kerana perkataan dalam bahasa Melayu pada masa itu
kebanyakkannya terdiri daripada 2 suku kata. Di samping itu, kelemahan bagi
menggantikan huruf vokal bahasa Melayu iaitu a, ,e, i, o dan u juga tidak dapat
diselesaikan. Oleh itu, sistem ejaan dan tulisan Jawi pada peringkat yang pertama
masih dianggap tidak sempurna .

JKA/Jun2019
3.0 SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA

Orang Melayu pertama yang menysusun ejaan Rumi dan Jawi ialah Za’ba
( Hashim, 2006). Za’ba telah menulis buku Daftar Ejaan Melayu ( Jawi-Rumi ) pada
tahun 1938 dan telah dicetak pada tahun 1949. Sebenarnya, sistem ejaan Jawi za’ba
mempunyai persamaan dengan sistem ejaan Jawi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan
Buku-Buku Diraja Johor ( P. Bm. P.B Diraja Johor ). Bezanya, huraian Za’ba agak
panjang kerana Za’ba menerangkan sistem ejaan Jawi secara terperinci. Selepas itu,
Za’ba menghurai pula tentang kaedah penggunaan huruf vokal dan tanpa huruf vokal
pada perkataan tertentu dengan menubuhkan 20 undang-undang dan setiap satu ada
pecahannya lagi. Buku teks sekolah Melayu telah menggunakan sistem tulisan Jawi
Za’ba sebagai asas tulisan dan digunakan untuk mengajar di sekolah Melayu.
Tamsilnya, sebuah buku yang bertajuk Suluhan Mubtadi.

Rajah 4. Buku Suluhan Mubtadi

Sistem tulisan Jawi ini telah diolah oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DPB)
bertujuan untuk mewujudkan sistem ejaan Jawi yang kemas disamping menyelaraskan
kaedah penggunaan tulisan Jawi. Kedua, memperbaiki kelemahan yang ada pada
sistem ejaan Jawi Za’ba. Ketiga, memodenkan sistem ejaan Jawi selaras dengan
ejaan Rumi supaya penggunaanya dapat diperluaskan.

JKA/Jun2019
4.0 SISTEM EJAAN JAWI DIAN

Majalah Dian telah mewujudkan satu sistem tulisan Jawi iaitu sistem tulisan Jawi
Dian pada tahun 1973. Sistem ini diwujudkan untuk memperbaiki sistem ejaan Jawi
Za’ba yang mempunyai beberapa kelemahan. Walaupun sistem ejaan Jawi Dian ini
memenuhi cita rasa masyarakat dari segi kaedah penyusunan dan tidak sukar untuk
mengejanya, namun wujud 2 kelemahan pada sistem ejaan Dian ini. Antaranya:-

a) Transliterasi huruf /p/ dan /f/ yang sukar dibezakan dalam tulisan Jawi kerana
kaedah penggunaan huruf ini dalam tulisan Rumi amat berbeza sekali.

b) Padanan huruf ‘V’ dalam tulisan rumi tidak wujud walaupun huruf tersebut sudah
lama wujud.

Agama ‫اڬاما‬

Guna ‫ڬونا‬

Lama ‫الما‬

Jadual 1. Contoh Ejaan Jawi Dian mengikut bunyi.

5.0 SISTEM EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN

Pada tahun 1963, kerjaan telah memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan. Akta
ini menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Hal ini telah
menyebabkan kemerosotan tulisan Jawi pada masa itu. Walaupun pelbagai langkah
telah diambil untuk mempertahankan tulisan Jawi , namun masih ada kelamahan pada
sistem tulisan ini dan memerlukan satu pedoman baharu yang lebih efektif untuk
memenuhi keperluan perkembangan tatabahasa dalam bahasa Melayu.

JKA/Jun2019
Lima perkara penting dalam proses penyempurnaan tersebut ialah mengekalkan yang
sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang
kabur dan mengemaskan yang longgar ( Ismail Dahaman, 1991). Untuk mencapai
matlamat tersebut, DBP telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula
sistem ejaan Jawi. Hasilnya, Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ( PEJYD )
telah diterbitkan. Sistem ejaan Jawi terkini merupakan sistem ejaan yang termuat
dalam buku PEJYD. Pedoman ini dimantapkan daripada kaedah ejaan Jawi Za’ba
( Afiqekie, 2012)

Bakau ‫باكاو‬ Ja
d Gerai ‫ڬراي‬ ual
Pantai ‫ڤتاي‬ 2 .

Contoh Ejaan Jawi Terikini

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, perkembangan tulisan Jawi melalui beberapa fasa


bermula dari sistem ejaan Jawi Kesultanan Pasai, sistem ejaan Jawi Kesultanan
Melayu Melaka dan Johor, sistem ejaan Jawi Lama, sistem ejaan Za’ba, sistem ejaan
Dian dan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Selain itu, terdapat pelbagai
perbezaan kaedah pada setiap peringkat tersebut. Oleh itu, Sekiranya kita hendak
mempelajari ejaan Jawi, kita haruslah mengetahui sejarah dan asal usulnya terlebih
dahulu. Pepatah Melayu ada berkata, manusia yang tidak memahami sejarah akan
negaranya, maka akan mengulanginya kembali. Sebagai penghias bicara akhir, tulisan
Jawi ini hendaklah diangkat ke arah yang lebih tinggi lagi dan kita haruslah membantu
dalam mengambangkan tulisan Jawi dalam kehidupan bukan sahaja dalam
pembelajaran, malah di mana sahaja kita berada.

( 984 Patah Perkataan)

JKA/Jun2019
7.0 RUJUKAN

Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa : Sejarah Aksara Jawi. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Afiqekie. (2012). Topik 6 : Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Diakses pada 23
Februari 2022 dari https ://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/ modul-bm m3113-
topik-6 iankaka.pdf.

Ahmad Farid Abdul Jalal & Yaakob Isa. ( 2005). Tulisan Jawi : Sejarah Seni dan
Warisan. Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Ismail Dahaman. (1991). Kovensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam Malaysia.
Pusat Islam Malaysia.

Hashim Hj.Musa. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di


Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu. 16.88. Dicapai pada 23 Februari 2022 dari
www.myjurnal.my/filebank/published_aricle/24027/Article_5.pdf.

Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Edisi Kedua. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

JKA/Jun2019
JKA/Jun2019

Anda mungkin juga menyukai