Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 1 : PENULISAN (30% - 1000 PATAH PERKATAAN )

“ Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad
ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di Kepulauan
Melayu. Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran
agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu. Tulisan yang diperkenalkan
kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang dikenali dengan
nama tulisan Jawi. Pada abad ke-11 hingga abad ke-14, tulisan Jawi digunakan
dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Orang Melayu yang celik
huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik Jawi”.( Mohd Alwee
Yusoff,2005 )

1. Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sejarah perkembangan sistem ejaan Jawi


yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau.
2. Penulisan berdasarkan bukti yang kukuh dengan merujuk pelbagai sumber dan
tokoh-tokoh bahasa.
3. Penulisan hendaklah dipersembahkan melalui satu penulisan akademik yang
panjangnya antara 1000 patah perkataan.
4. Penulisan akademik perlu ditulis dalam bahasa Melayu.
5. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.

2
Penghargaan

Pertamanya, saya Muhammad Nabil Firdaus dari Unit A2 ingin mengucapkan Syukur ke
atras hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan pentaksiran
berterusanBMMB1074 ini dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Aznie yang memberikan tunjuk ajar sepanjang
tempoh tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga rakan rakan seperjuangan lain yang turut
membantu secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kesilapan dalam proses
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan buruk itu
dari diri saya sendiri.

Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya dengan rasa hormat. Terima kasih sekali lagi
kepada semua yang telah berperanan dalam sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Semoga Allah SWT selalu memberikan kita petunjuk dan keberkatan kepada kita.

Sekian,

Terima kasih.

3
Isi Kandungan
Bil. Butiran Muka Surat

1. Borang pengesahan pelajar 1

2. Tugasan 2

3. Penghargaan 3

4. Isi kandungan 4

5. 1.0 Pengenalan 5

6. 2.0 Asal usul perkataan jawi 6

7. 3.0 Sejarah perkembangan tulisan jawi 7-8

8. 4.0 Kesimpulan 9

9. Rujukan 10

4
1.0 Pengenalan

Tulisan Jawi ini telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.
Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi.
Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik
lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok tambah dengan 6 huruf yang tiada
dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya. Tulisan Jawi berpunca daripada
kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi
yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu
klasik. Pada abad ke-10 pedagang Arab datang ke tanah melayu untuk meniaga. Dalam
menjalankan perniagaan, pedagang Arab juga menyebarkan dakwah Islam di tanah Melayu.
Tulisan jawi di Nusantara berkembang seiring dengan perkembangan agama Islam yang
menjadi pegangan orang Melayu ( Hashim Hj Musa,1995). Perkembangan ini terjadi seiring
dengan penyebaran agama Islam di nusantara di mana orang Melayu yang memeluk agama
Islam juga mempelajari tulisan Jawi kerana banyak istilah atau perkataan berkait rapat
dengan kebudayaan Islam. Penyebaran dakwah Islam ini memberi kesan seperti
penggunaan huruf-huruf Arab dijadikan sebagai medium pengantara untuk berkomunikasi di
tanah Melayu. Tulisan yang diperkenalkan dikenali sebagai tulisan Jawi, iaitu tulisan yang
menggunakan huruf-huruf Arab. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan Jawi
digunakan secara meluas di seluruh Nusantara ( Mohd Alwee Yusoff,2005). Orang melayu
yang celik huruf pada waktu ini merupakan golongan celik Jawi. Golongan yang celik huruf
pada masa itu kebanyakannya merupakan ulama dan cendekiawan Islam. Mereka juga turut
menyumbangkan kepada pembinaan dan pengembangan sistem ejaan Jawi serta bahasa
Melayu.

5
2.0 Asal usul perkataan jawi

Berdasarkan kajian sejarah bahasa Melayu (Kang Yong Seock,1990). Perkataan


"Jawi" (‫ )ج@@اوي‬berasal dari perkataan Arab "Jawah" (‫)ج@@اوة‬. Pada mulanya, orang Melayu
mengambil kata-kata Arab tersebut untuk digunakan dalam bahasa Melayu. Seiring
berlalunya masa, perkataan "Jawi" kemudian diselaraskan agar sesuai dengan tata bahasa
Melayu. Dalam catatan Sejarah Melayu yang dipaparkan oleh Hashim Hj Musa (1999),
ditegaskan bahawa perkataan "Jawi" diambil dari tulisan Arab oleh bahasa Melayu. Pelbagai
langkah penyesuaian dan perubahan kemudiannya dilakukan untuk memastikan
penggunaan tulisan ini menjadi stabil sebagai medium komunikasi bertulis yang digunakan
pada masa kini.

Berdasarkan penjelasan tentang asal-usul perkataan dalam bahasa Arab, perkataan


"Jawah" atau "Jawi" merujuk kepada semua suku bangsa yang merupakan penduduk asli di
Asia Tenggara. Ini termasuklah pelbagai kumpulan etnik seperti Melayu, Campa, Patani,
Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina, dan negeri-
negeri lain Mohd Alwee Yusoff (2005). Penggunaan tulisan jawi digunakan pada di
kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang
Melayu untuk berbahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain.
Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di
selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain

6
3.0 Sejarah perkembangan tulisan jawi

Menurut kajian Kang Kyoung Seok, teori sejarah perkembangan tulisan Jawi
mempunyai tiga peringkat. Pada tahap pertama, sistem ejaan Arab telah digunakan
sepenuhnya. Perubahan pertama yang telah berlaku menurut beliau ialah tanda-tanda baris
di hapuskan tetapi tasydid masih lagi digunakan. Perubahan pada tahap kedua pula ialah
tasydid dihapuskan tetapi kadang-kadang tanda baris atau tasydid masih dikekalkan.
Seterusnya, unsur-unsur Melayu mula muncul iaitu vokal pada suku kata kedua mula
ditandai dengan abjad-abjad alif( ‫)ا‬, wau ( ‫ ) و‬dan ya ( ‫ )ي‬. Pada tahap perkembangan yang
terakhir pula ialah kemasukan lambang-lambang vokal pada suku kata terakhir tetapi ada
perkataan-perkataan tertentu telah berkembang dengan cepat sehingga sampai kepada
allograf (tahap) yang terakhir. Hal ini disebabkan perkataan tersebut telah terikat dengan
hukum-hukum atau kaedah yang telah dilaksanakan oleh sarjana-sarjana ternama pada
masa itu.

Menurut Amat Juhari Moain (1996), tulisan Jawi telah menjadi aspek penting dalam
berbagai bidang kegiatan penulisan orang Melayu. Bahkan, dalam seni kesenian, tulisan
Jawi digunakan secara luas, terutama dalam seni khat untuk menghiasi mihrab, dinding
dalam masjid, batu nisan, dan berbagai media seni lainnya. Tulisan Jawi juga dapat
dibuktikan dan memegang peranan penting dalam beberapa aspek penting sejarah dan
budaya Melayu, seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu oleh Hashim Musa (1996)
bermula dengan prasasti atau batu bersurat yang ditemukan di Sungai tersesat, Kuala
Berang, Hulu Terengganu, Prasasti ini mengandungi catatan sejarah dan pesan penting
dalam tulisan Jawi yang memberi wawasan tentang zaman dahulu. Prasasti Terengganu ini
mempunyai tarikh 702 hijrah atau 1303 masihi menandakan bukti penemuan paling awal
tulisan Jawi manakala jika dibandingkan dengan tulisan rumi adalah pada akhir kurun ke-19.
Ini menandakan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi menjadi tulisan rasmi bagi negeri-negeri Melayu tidak bersekutu seperti Perlis,
Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor semasa penguasaan British. Dan kini tulisan ini
digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Seterusnya terdapat juga penemuan prasasti di Pengkalan Kempas, Negeri


Sembilan yang dikenali sebagai Batu Megalitik atau lebih dikenali dengan batu hidup.
Masyarakat tempatan mempercayai ia telah wujud sejak abad ke 2 dan ke 3. Morfologi
megalitik yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan adalah unik kerana ianya
mempunyai megalitik berbentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris). Penggunaan
tulisan Jawi juga meliputi batu nisan, mata wang, surat kiriman antara raja, kitab dan buku,

7
surat-surat perjanjian, catatan pemilikan dan perdagangan, surat khabar dan majalah, serta
piagam dan teks pemasyhuran.

Tulisan Jawi bukan hanya menjadi penghubung komunikasi, tetapi juga memiliki nilai
sejarah dan budaya yang penting bagi masyarakat Melayu. Penggunaannya mencerminkan
kedalaman sejarah dan keberagaman budaya di wilayah Asia Tenggara. Hal ini sejalan
dengan pengertian bahawa kata "Jawi" merujuk kepada berbagai suku bangsa yang
merupakan penduduk asli di kawasan tersebut, termasuk Melayu, Campa, Patani, Aceh,
Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina, dan wilayah-
wilayah lainnya.

Dengan itu, tulisan Jawi bukan hanya merupakan sistem tulisan, tetapi juga simbol
keagamaan dan kekayaan budaya masyarakat Melayu serta kawasan Asia Tenggara secara
keseluruhan. Oleh kerana itu, usaha untuk melestarikan dan mengembangkan penggunaan
tulisan Jawi merupakan bahagian penting dari usaha untuk mempertahankan warisan
budaya dan identiti bangsa Melayu.

8
4.0 Kesimpulan

Hasil catatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan tulisan Jawi pada zaman
itu amat meluas dalam urusan-urusan penting, hingga dianggap sebagai satu bentuk tulisan
yang sangat penting di wilayah Tanah Melayu dan Nusantara secara keseluruhan.
Kepentingan penggunaannya telah menarik minat penulis tempatan dan asing, seperti W.G
Shellaber yang pada tahun 1925 menulis buku bertajuk "Evolution of Malay Spelling", dan
R.J. Wilkinson serta Winstedt yang menerbitkan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901, 1903,
1913, 1939) yang masih mengamalkan ejaan Jawi lama.

Hingga kini, penyelarasan tulisan Jawi terus dilakukan oleh tokoh terkemuka dalam
bidang ini, seperti Ahmad bin Mathlob yang lebih dikenali sebagai Pak Mathlob. Sumbangan
besar beliau dalam memartabatkan tulisan Jawi telah memberikan impak yang besar,
terutamanya ketika kerajaan Malaysia semakin tekun dalam usahanya untuk memulihkan
penggunaan tulisan Jawi, bahkan sejak peringkat pendidikan rendah.

(1088 patah perkataan)

9
5.0 Rujukan

Abdullah, B. (2012, January). Sejarah penulisan jawi di terengganu sebelum 1957. ResearchGate.

Hj Hashim, & Adi Yasran. (2009). Pemerkasaan kembali tulisan jawi. Jurnal Aswara, 159–176.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kyoung Seock Kang. (1993). Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu. Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Lembaga Muzium Negeri Pahang. (2005). Tulisan jawi : Sejarah, seni, dan warisan. Lembaga

Muzium Negeri Pahang.

Moain, A. J., & Pustaka, dan. (1996). Perancangan bahasa: Sejarah aksara jawi. Dewan Bahasa

Dan Pustaka

Musa, H. (2006). Sejarah perkembangan tulisan jawi (2nd ed., pp. 22–30).

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa melayu I. Shah Alam Oxford Fajar.

Yusoff, M. A. (2005). Perkembangan tulisan jawi dan aplikasinya dalam masyarakat islam di

malaysia. Jurnal Usuludin, 23.

Zakaria Stapa et.al. 2012. Islam asas pembentukan jati diri bangsa Melayu-muslim. Jurnal Hadhari

Edisi Khas.

10

Anda mungkin juga menyukai