Anda di halaman 1dari 8

MEMBINCANGKAN MENGENAI PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

MELAYU.
BAHASA MELAYU KUNO.
Bahasa Melayu kuno telah mula berkembang di Nusantara antara abad ke
tujuh sehingga abad ke tiga belas. Bahasa Melayu Kuno wujud selepas bahasa
Melayu purba mula menggunakan aksara dan perkembangan sistem tulisannya.
Menurut Ismail Hussein, pengaruh bahasa Sankrit telah merevolusikan bahasa
Melayu daripada bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu
pengetahuaannya kepada bahasa sarjana yang mampu meenyampaikan idea-idea
yang bernas. Antara jenis-jenis tulisan yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno
adalah tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi. Tulisan-tulisan ini telah dipengaruhi oleh
budaya Hindu.
Penemuan beberapa buah batu bersurat pada zaman Srivijaya serta catatancatatan daripada para pengembara dan rahib Buddha seperti I-Tsing dan Wu-hing
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno telah digunakan sebagai bahasa
rasmi kerajaan Srivijaya dan bahasa Melayu kuno juga turut digunakan sebagai
bahasa pengantar untuk berkomunikasi secara umum dan dalam perdagangan.
Terdapat pelbagai bukti bertulis yang telah membuktikan kewujudan tulisan
bahasa Melayu Kuno dan kebanyakkan bukti tersebut telah dijumpai di batu bersurat.
Antaranya adalah batu bersurat yang bertarikh sekitar abad ke tujuh. Misalnya, batu
bersurat Kedudukan Bukit yang dijumpai di kaki Bukit Siguntang yang terletak di
barat daya Palembang pada 29 November 1920. Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun
saka dan merupakan batu tertua. Batu bersurat ini juga menggunakan tulisan Palava
dan mengandungi 10 baris ayat keseluruhannya.
Batu bersurat Talang Tuwo juga telah dijumpai oleh Residen Jambi yang
bernama L. C. Wettenenk pada 17 November 1920 di Talang Tuwo bahagian barat
daya Bukit Siguntang kira-kira lapan kilometer daripada Palembang. Batu bersurat
ini bertarikh 606 tahun saka bersamaan dengan tahun 684 Masihi. Batu bersurat ini
telah dijumpai setahun selepas penemuan batu bersurat Batu Kedudukan Bukit. Batu
bersurat ini menggunakan huruf Palava dan mempunyai 14 baris ayat.
Batu bersurat Kota Kapur telah ditemui oleh J.K Van Der Meulen di Kota
Kapur , sebuah pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Batu bersurat ini agak
berbeza daripada dua batu bersurat sebelum ini kerana ia dijumpai jauh dari
Palembang. Tulisan yang digunakan juga adalah menggunakan tulisan Palava. Batu
bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana jenis batu tersebut tidak
terdapat di Pulau Bangka. Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun saka (686 masihi)
dan mengandungi 10 baris ayat.

Batu bersurat Karang Brahi mempunyai isi kandungan yang lebih kurang
sama dengan batu bersurat Kota Kapur yang berbeza hanyalah batu bersurat Kota
Kapur ini mengandungi teks tambahan. Batu bersurat ini juga menggunakan sistem
tulisan Palava. Batu bersurat ini dijumpai di Meringin, daerah hulu Jambi oleh
seorang inspektor benama L. Berkhout pada tahun 1904. Iaitu pada 614 tahun saka
(692 masihi) dan mempunyai 16 baris ayat.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
1. Sistem tulisan dan ejaan.
Keempat-empat batu bersurat yang ditemui pada abad ke tujuh itu
menggunakan sistem tulisan Palava. Tulisan ini mula diguna pakai di Kepulauan
Melayu pada abad ke tujuh sehingga abad kelapan masihi. Skrip Palava ini pada
asalnya skrip kepada Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian
untuk menulis kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit. Skrip Palava Awal menggunakan
aksara besar-besar , manakala tulisan Palava Kemudian menggunakan aksara yang
sama tinggi, seolah-olah tertulis di antara dua garis lurus.
Bahasa Melayu kuno juga menggunakan tulisan Kawi. Menurut Jensen, nama
Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit kavi yang mempunyai makna pensyair .
tulisan Kawi berbentuk Kursif pada peringkat awal ditulis pada daun lontar.
Kemudian telah diubahsuai dan diukir pada batu. Tulisan Kawi ini digunakan pada
batu bersurat Joreng (bertarikh 1179) terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
2. Kosa kata dalam bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit bukan
sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu malah melaluinya bahasa Melayu
mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana(bahasa ilmu). Bahasa Melayu Kuno
mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana adanya pengaruh agama Hindu-Buddha,
merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi, dan kekurangan
kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep-konsep baru.
Beberapa ciri-ciri yang jelas dalam Bahasa Melayu dapat di kesan berdasarkan
bentuk-bentuk kosa kata. Dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi dan
makna. Dari segi fonologi,terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem
yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa
Melayu moden.
BAHASA MELAYU KLASIK DAN PRA KLASIK
Bahasa Melayu klasik terbahagi kepada dua iaitu pra-klasik dan klasik.
Zaman melayu pra klasik ini bermula pada abad ke 11 dan berterusan hingga abad ke

14. Pada zaman pra klasik ini pengaruh Islam atau Arab terhadap bahasa Melayu
amat ketara. Ia juga merupakan campuran daripada kebudayaan India dan Arab
menghasilkan bahasa Melayu yang bercampur aduk. Aksara yang digunakan masih
menggunakan skrip Kawi tetapi bentuknya sudah mempunyai campuran cirri-ciri
kearaban iaitu kursif dan bundar.
Daripada zaman transisi ini, bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua
sehingga akhirnya mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi. Bahasa Melayu
yang ditulis dalam aksara jawi ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik. Zaman
bahasa Melayu klasik ini bermula pada abad ke 14. Bahan bukti pertama ditemui
pada Batu Bersurat Kuala Berang, Terangganu. Menurut Syed Mohammad Naquib
al-Attas tarikh yang tercatat pada bersurat itu ialah Rejab 702 Hijrah bersamaan
dengan 22 Februari 1303.
Bahasa melayu klasik ini digunakan pada abad ke 14 sehingga 19 , iaitu
bermula pada Batu Bersurat Kuala Berang Terangganu sehingga zaman karya
Abdullah Munsyi. Bahasa Melayu klasik ini mencapai zaman kegemilangan pada
zaman kerajaan Melaka, Acheh, dan Johor- Riau. Bahasa Melayu berkembang pesat
di Melaka kerana pengaruh politik dan bahasa Melayu juga digunakan sebagai
bahasa penyebaran agama islam yang tinggi kebudayaannya serta perkembangan
tulisan jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab.
Pada zaman Melayu Klasik ini juga mengekalkan peranannya sebagai bahasa
perantaraan (lingua franca) di kepulauan Melayu. Hal ini telah dibuktikan oleh
Daftar Kata Melayu-Itali yang disusun oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521.
Penyusunan itu dilakukan untuk memudahkan hubungan perdagangan antara orang
Barat dengan penduduk tempatan. Kata-kata yang didaftarkan dalam daftar kata itu
berdasarkan pada bahasa Melayu yang diujarkan oleh penduduk Pulau Tidore. Pulau
terletak jauh daripada asal usul bahasa Mealyu dan ini menunjukkan bahawa
penyebaran yang agak luas.
Bukti lain yang menunjukkan pengaruh bahasa Melayu Klasik pada abad ke
16 terdapat pada cacatan Jan Huyghen Van Linschoten merupkan orang Belanda dan
pernah menetap di Indonesia sekitar tahun 1586 hingga 1592. Beliau berpendapat
bahawa pada masa itu bahasa Melayu harum namanya tetapi juga dianggap sebagai
bahasa yang dihormati antara bahasa negeri Timur.
Bahasa Melayu klasik juga digunakan dalam sistem pentadbiran atau bahasa
rasmi. Sebagai bukti, bahasa Mealyu klasik telah digunakan dalam uruas suratmenyurat antara raja kepulauan Melayu, pedagang asing dna raja-raja negara asing.
Perkembangan bahasa Melayu klasik juga dapat dilihat di Acheh iaitu
keintelektualan Melayu. Di Acheh bahasa Mealyu diguunakan dalam sistem
penulisan sastera, syair, tasawuf dan lain-lain. Bahasa melayu juga berperanan
sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK.


1. Sistem tulisan dan ejaan.
Sistem tulisan bahasa Melayu klasik masih memperlihatkan pengaruh daripada
kebudayaan India, contonya Batu Bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356
masihi) yang masih menggunakan huruf India. Apabila kebudayaan Islam mula
bertapak di kepulauan Melayu , tulisan tersebut mula berubah sedikit demi sedikit
pada tulisan batu bersurat yang telah dijumpai. Pada mulanya, bahasa yang
digunakan pada batu bersurat tersebut adalah menggunakan bahasa arab dan
menggunakan Tulisan Arab berbentuk kufi, contohnya, batu nisan Sultan Malik alSalleh yang bertarikh 1297 masihi yang ditulis dalam bahasa Arab dengan kaligrafi
niski yang popular di India sekitar pertengahan abad ke 13.
Bukti pertama yang ditemui dalam penggunaan bahasa Arab ini adalah pada Batu
Bersurat di Terangganu. Tulisan yang digunakan untuk mengeja teks berbahasa
Melayu dikenali sebagai tulisan jawi. Tulisan jawi ini menggunakan tulisan abjad
arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri, tulisan ini
ditulis dari kiri ke kanan dan tidak mempunyai huruf kecil atau besar. Dalam Daftar
Ejaan Melayu oleh Zaba , jumlah huruf yang terdapat adlah 33 huruf , dalam
Pedoman Ejaan Jwi yang disempurnakan (1986) jumlah huruf 35. Manakala Daftar
Ejaan Rumi-Jawi (1988) mempunyai bilangan 37.
2. Kosa kata.
Kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya dengan istilah-istilah yang dipinjam
daripada bahasa Arab. Sebagai contoh, kata syurga berubah daripada konsep syurga
dari Hindu kepada konsep yang didukung oleh Islam iaitu Al-Jannah. Demikian juga
dengan konsep kata-kata seperti dosa, pahala, dan puasa diubahsuai mengikut konsep
islam yang terdapat dalam Al-Quran.
3. Tatabahasa
Bahasa Melayu klasik menggunakan bahasa-bahasa istana seperti santap, beradu,
gering dan lain-lain. Begitu juga dalam kosa kata klasik contonya, masyghul,
berahi,ceritera dan lain-lain. Penggunaan kata pangkal ayat dalam bahasa Melayu
klasik pula dapt dilihat melalui penggunaan kata-kata Alkisah, hatta, maka,
arakian,dan lain-lain.
Perkembangan aksara jawi.
Berkait rapat dengan kedatangan islam ke kepulauan Melayu. Aksara jawi
merupakan tulisan Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu . dari segi etimologi,
terdapat pendapat yang menerangkan asal usul istilah jawi iaitu berasal daripada

perkataan Jawa. Namun pendapat itu kurang dipersetujui oleh pengkaji-pengkaji lain.
Omar Awang menegaskan bahawa perkataan jawi berasal daripada perkataan arab
iaitu Al-Jawah dalam catatan Arab bermaksud Pulau Jawa. Menurut Raffles pula,
perkataan jawi merupakan kacukan daripada ungkapan anak jawi iaitu campuran
daripada Arab, Parsi, dan Melayu.
Bahan bukti penggunaan bahasa Melayu Klasik.
1. Batu Bersurat Terangganu.
Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Terasat, dekat Kuala Berang, Terangganu
kira-kira pada tahun 1899. Syed Naquib Al-Atas menetapkan bahawa tarikh batu
bersurat itu 4 Rejab 702 Hijrah. (22 februari 1303 masihi). Melalui tarikh ini dapat
dikatakan bahawa orang Melayu di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia
sudah memeluk agama islam terlebih dahulu. Tulisan pada batu ini juga menggunkan
tulisan jawi. Kosa kata percampuran kata asli bahasa Mealyu dengan kata pinjaman
bahasa Sanskrit, Jawa, dan Arab.
2. Surat awal dalam bahasa Melayu Klasik.
Raja Melayu telah mengirim surat kepada raja-raja Melayu lain, pedagang
Eropah dan raja negara asing. Surat-surat awal ini ditulis dengan tulisan jawi. Surat
yang ditulis oleh Sultan Ternate kepada Raja Portogal ( 1521 masihi dan 1522
masihi) terdapat dua pucuk surat yang telah ditulis. Terdapat juga surat yang bukan
ditulis oleh raja-raja Melayu iaitu surat perjanjian jual beli yang bertarikh 1600
masihi.
3. Karya-karya sastera dalam Bahasa Melayu Klasik.
Bahsa Melayu Klasik berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka
(1403-1511). Antara karya sastera yang penting dan berkaitan adalah Sejarah
Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah dan lainlain.
BAHASA MELAYU MODEN.
Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke 19. Permulaan
zaman bahasa Melayu modn ditandai oleh hasil karangan Abdullah Munsyi. Ada
pengkaji berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi merupakan zaman peralihan.
Bahasa Melayu moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
Tahap perkembangan bahasa Melayu moden.

Tahap perkembangan bahasa Melayu moden dibahagikan kepada dua iaitu zaman
bahasa Melayu pramerdeka dan zaman bahasa Melayu pascamerdeka.
Bahasa Melayu Moden Pramerdeka.
Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
perantaraan , pentadbiran, kesusteraan dan bahasa penghantar di pusat pendidikan
Islam. Pada awal pemerintahan British kedudukan bahasa Melayu masih tidak
tergugat namun selepas perang kedua kedudukan bahasa Melayu mula terancam
kerana British telah mengubah dasar Pendiidkan dengan menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
Terdapat beberapa tokoh penting dalam bahasa Melayu moden pramerdeka
ada empat iaitu Mohd. Said bin Haji Sulaiman, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi,
Raja Ali Haji dan Zainal Abidin Ahmad (1895-1973). Bagi Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi (1796-1854). Beliau telah memperlihatkan pembaharuan daripada segi
pemikiran dan menandakan zaman permulaan bahasa Melayu moden dan juga
menghasilkan karya berdasarkan penngamatan dan pengalaman yang dilalui,
contohnya, beliau mengkritik golongan raja dan pembesar yang menindas rakyat.
Antara karya beliau Syair Singgapura Terbakar.
Selain itu, Raja Ali Haji (1809-1870) telah mencipta karya bahasa yang
penting iaitu Bustanul Ktibin Lissubyanil-mutaalimi (Kitab perkebunan Jurutulis
bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar akan Dia) dalam buku ini beliau
telah menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.
Karya beliau yang diianggap penting juga ialah kitab Pengetahuan Bahasa. Kitab ini
tergolong dalam kategori kamus walaupun dalam erti sebenarnya buakn kamus.
Kitab ini terbahagi kepada dua iaitu tatabahasa dan kamus. Raja Ali juga dianggap
tokoh bahasa yang penting kerana karya beliau meletakkan asas pembinaan dan
pembakuan bahasa Melayu. Sumbangan beliau lebih tertumpu kepada puisi dan syair
antara syair yang dihasilkan oleh beliau ialah syair Gurindam Dua Belas .
Terdapat beberapa pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan dalam
bahasa Melayu Moden Pramerdeka antaranya Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (PBmPB atau Pakatan ) kumpulan ini ditubuhkan untuk
mengadakan majlis ceramah dan perbincangan tentang aspek ilmu bahasa Melayu
seperti ejaan dan perkataan. Kegiatan utamanya menerbitkan buku, membentuk
istilah dan memberi ceramah.
Selain itu, pertubuhan lain adalah Pejabat Karang Mengarang tujuan
pertubuhan ini untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan di sekolahsekolah Melayu. Oleh itu, kegiatannya meliputi penerbitan buku-buku sekolah
Melayu dan bahan-bahan bacaan . Buku-buku teks yang diterbitkan mencakupi

bidang ilmu penulisan, ejaan, tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab, ilmu
alam, dan kesihatan.
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan
persaudaraan dan menggalakkan penulisan dan pembacaaan. Ia juga menggubal
perkataan Melayu Baru daripada perkataan Inggeris.
Angkatan Sasterawan 50 pula, bertujuan untuk mengembangkan bahasa dan
kesusteraan Melayu disamping menjaga kebajikan. Ia juga berperanan
memperkembangkan ejaan dan peristilahan.
Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka
Perancangan di Malaysia untuk memupuk bahasa Melayu ke arah taraf yang
lebih maju, adalah dengan mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penubuhan dan
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran.
Antara matlamat Dewan Bahasa adalah memajukan dan memperkaya bahasa
kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan,terutama bahasa kebangsaan,
menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai
dalam bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa
kebangsaan.
Perancangan bahasa Melayu merujuk kepada usaha untuk memupuk,
membaiki, dan mengembangkan sesuatu bahasa kearah bahasa yang moden. Usaha
ini termasuk denagn membuat keputusan dasar tentang bahasa, menyeragamkan
variasi bahasa dan memupuk usaha pengembangan bahasa, meninjau semula hasil
dan kesan aktiviti perancangan bahasa dan mengumpulkan data serta menyusun
strategi untuk memajukan bahasa.
Dalam perancangan bahasa Melayu terdapat aktiviti yang dijalankan iaitu
perancangan taraf bahasa yang bertujuan meluaskan dan meningkatkan taraf
penggunaan atau peranan bahasa dalam masyarakat. Melibatkan usaha pemilihan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan pengantar dalam sistem
pendidikan negara.
Selain itu, perancangan korpus bahasa juga terdiri daripada aktivivti
perancangan bahasa Melayu. Perancangan korpus ini adalah satu perancangan bahan
bahasa dan melibatkan kerja-kerja pembinaan bahasa. Iaitu melibatkan usaha
menetapkan kosa kata, ejaan, istilah, tatabahasa dan sebutan.
Perancangan bahasa Melayu jugga dipecahkan kepada peerancangan strategi.
Dalam perancangan strategi ini terbahagi kepada tiga antaranya, memberikan nilai
kepada bahasa Melayu iaitu nilai sentimen, nilai pentadbiran, dan nilai sosial.
Menubuhkan jentera-jentera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka,penerbit akhbar dan

majalah, MABBIM dan sebagaianya dengan matlamat untuk melaksanakan dasardasar bahasa. Ia juga mendorong rakyat menggunakan bahasa Melayu melalui
kempen Cintai Bahasa Kita dan pembelajaran bahasa Melayu seperti Anugerah
Sastera Negara.

Anda mungkin juga menyukai