Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU KUNO

1. Asas kepada Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Sanskrit. BMK dapat dikaji kerana pada zaman inilah terdapatnya bukti konkrit pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu. Bukti ini diperolehi dari batu-batu bersurat yang dijumpai sejak tahun 683 M. Batu-batu bersurat ialah bukti catatan tertua tentang bahasa Melayu. 2. Perihal kewujudan kerajaan Sriwijaya dan hal ehwal yang berkaitan dengan kehidupan di bawah naungan kerajaan itu dibuktikan oleh penemuan batu-batu bersurat pada abad ke-7 di Sumatera, iaitu i. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) ii. Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 M) iii. Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) iv. Batu Bersurat di Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686M) ( Perkataan-perkataan yang digunakan bercampur di antara perkataan Melayu kuno dengan perkataan Sanskrit. Perkataan itu ditulis dalam huruf Palawa, sejenis tulisan India Selatan purba. ) 3. Selain dari itu terdapat juga batu bersurat dan patung yang terhasil dalam zaman Sriwijaya ditemukan juga di tempat lain, seperti di i. Gandasuli, Kedu, Jawa Tengah 832M ii. Bangkahulu 1000M iii. Padang Lawas, Tapanuli 1029M iv. Padang Rocore, Batanghari ( Perkataan yang ditulis di permukaan prasasti, patung yang dijumpai di Padang Rocore juga masih dalam keadaan campur aduk antara Melayu kuno dan Sanskrit. Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli ditulis dalam huruf Nagiri, nama sebuah daerah di India Utara. ) 4. Kajian ke atas batu-batu bersurat itu akhirnya membawa kepada rumusan ciri-ciri bahasa Melayu Kuno iaitu 1. Bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. 2. Bahasa Melayu telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca. 3. Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana.

4. Bahasa Melayu kuno bersifat kosmopolitan, menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

Bahasa Melayu Kuno


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Malaysia.

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Pengaruh Sanskrit dan Hindu o 1.1 Awalan ni- menjadi dio 1.2 Awalan mar- menjadi bero 1.3 Akhiran -na menjadi -nya o 1.4 Ringkasan 2 Batu bersurat dan candi 3 Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu 4 Lihat juga 5 Pautan luar

[sunting] Pengaruh Sanskrit dan Hindu


Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab. Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Vulan Nasyik Nayik Mangalap Mamava bulan asyik naik mengambil membawa

Saribu Dangan Vanakna Sukhacitta Ko Samvau Datam

seribu dengan banyaknya sukacita ke sampan datang

[sunting] Awalan ni- menjadi diPenggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Nimakan Niminumna Niparvuat dimakan diminumnya diperbuat

[sunting] Awalan mar- menjadi berAwalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kun Bahasa Melayu Marvanum Marvuat Marlapas berbangun berbuat berlepas

[sunting] Akhiran -na menjadi -nya

Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Vinina Vuahna bininya buahnya

[sunting] Ringkasan
Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya Bunyi b ialah w dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan ialah wulan Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan Awalan ber- ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)

[sunting] Batu bersurat dan candi


Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.

Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)

Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.

Anda mungkin juga menyukai