Anda di halaman 1dari 10

KOD & NAMA KURSUS

SKMP 1043 PENGANTAR PENGAJIAN MELAYU

SEMESTER 1 2022/2023

TUGASAN

PERKEMBANGAN DAN ASAL USUL BAHASA MELAYU MENGIKUT ZAMAN

PENSYARAH

DR. SA’ADIAH BINTI MA’ALIP

AHLI KUMPULAN

ALIA NUR SYAIRAH BINTI MAT NASIR (A178666)

NOOR ALIYA BINTI AHMAD ASZAHAR(A193703)

NUR SYAFIKAH BINTI MAT SHA’ARI (A197344)

SAYIDATINA KHADIJAH BINTI ZAINAL ABIDIN (A197395)

SITI NAZEEHA BINTI MOHD NOR (A195607)


1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan sistem yang terdiri daripada pembangunan, pengambilalihan, penyelenggaraan


dan penggunaan sistem komunikasi yang kompleks, terutamanya keupayaan manusia untuk
melakukannya dan bahasa adalah contoh yang khusus sistem sedemikian. Bagi maksud bahasa
Melayu pula merupakan pertuturan umum bagi orang Melayu dan juga bukan orang Melayu seperti
kaum Cina, India dan lain-lain kaum di negara Malaysia.

Dialek Melayu Brunei dalam Salasilah Bahasa Melayu Purba (2003:17) dialek melayu ini
bukan sahaja dituturkan di kepulauan Melayu, malah di seluruh Nusantara, yakni dari persisiran
barat Pulau Sumatera hingga ke teluk dan pantai terpencil di Irian Jaya dan dari wilayah Negeri
Thai di daratan Asia di utara hingga ke Pulau Cocos-Keeling di bawah pentadbiran Australia
(Collins 1996a).

Bahasa melayu dalam jurnal Drama dan Perkembangan Bahasa Melayu (1954:183)
mengatakan bahasa Melayu ini sebagaimana yang sedia diketahui dan mashor kepada semua
orang. Ia terpakai oleh orang Melayu menjadi bahasa sendiri dari semula jadi terutamanya oleh
orang Melayu ini dan orang Melayu di pulau-pulau Riau dan hingga yang berhampiran ke sebelah
selatannya dan juga oleh orang-orang Melayu Minangkabau, Jambi dan Palembang yang
mendiami di bahagian timur dan barat dan selatan pulau Sumatera.

Bahasa Melayu ini dapat dipisahkan melalui tiga zaman iaitu zaman Melayu Kuno, zaman
Melayu Klasik dan zaman Melayu Moden. Setiap perkembangan bahasa Melayu ini berbeza tahun
dan ada yang masih kekal sehingga ke harini seperti Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu
Moden. Walau bagaimanapun perkembangan Bahasa Melayu melalui zaman hampir pupus dalam
kalangan orang Melayu.

2.0 ZAMAN MELAYU KUNO

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu Bahasa yang digunakan oleh
masyarakat Melayu ialah Bahasa Melayu Purba. Setelah bahasa Melayu mendapat pengaruh
selepas kedatangan India, bahasa ini kemudiannya ditukarkan kepada bahasa Melayu Kuno. Dalam
konteks ini, bahasa Melayu Kuno telah mendapat pengaruh daripada bahasa Sanskrit yang
merupakan bahasa komunikasi masyarakat India. Pengaruh bahasa Sanskrit yang ditambah dalam
bahasa Melayu adalah dari segi kosa kata. Melayu merupakan bahasa yang digunakan dalam
hubungan perdagangan, sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu. Pada abad ke-7 sehingga
abad ke-13, bahasa Melayu Kuno telah diiktiraf sebagai bahasa lingua franca dan dijadikan bahasa
pentadbiran semasa pemerintahan kerajaan Sriwijaya. Bahasa Bahasa Melayu Kuno diangkat
menjadi bahasa komunikasi terutamanya di kepulauan Tanah Melayu, kepulauan Riau dan
Sumatera.

Bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa lingua franca kerana sifatnya yang sederhana serta
mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno mempunyai sistem ejaan yang lebih mudah
jika dibandingkan dengan bahasa Jawa yang lebih kompleks sistem ejaannya. Selain itu, penemuan
batu bersurat sekitar abad ke-7 kebanyakan menggunakan tulisan daripada pengaruh tulisan India
seperti Pallava, Kawi, Jawa Kuno dan Devanagi. Menurut Nik Safiah Karim (1996), terdapat juga
bekas-bekas tulisan telah dijumpai dan dipercayai bertarikh sejak tahun 450 Masihi ditemui di kaki
gunung dekat Bogor dan daerah Tanjung Periuk, Jakarta yang ditulis dalam bahasa Jawa Kuno
atau Sanskrit. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa buah kerajaan penting terutamanya
kerajaan Hindu telah bertapak sejak abad pertama tahun Masihi. Perkembangan Bahasa Melayu
pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh pedagang yang datang ke kepulauan Nusantara seperti
budaya India.

Sebelum abad ke-7 terdapat ramai pedagang dari Barat yang bertukar barang perniagaan
dengan pedagang dari Timur yang kemudiannya singgah di kepulauan Nusantara. Pedagang dari
Barat ini terdiri daripada pedagang India manakala pedagang dari Timur pula merupakan pedagang
China. Kemasukan pedagang dari Timur dan Barat ke Tanah Melayu telah mempengaruhi
perkembangan Bahasa Melayu terutama dari aspek percambahan kosa kata. Menurut Ismail
Hussein (1966), melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang
pertama iaitu dari bahasa yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya ke arah bahasa
sarjana. Dalam konteks ini, bahasa Melayu telah mengalami evolusi dengan menerima perkataan-
perkataan baharu yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dari india. Bahasa Sanskrit telah
mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan masyarakat melayu sama ada dalam aspek kebudayaan,
kesenian mahupun keagamaan.
Pinjaman kosa kata yang banyak dalam bahasa Melayu adalah kerana bahasa Sanskrit
dianggap mempunyai status yang tinggi serta bahasa bagi golongan bangsawan. Antara pengaruh
bahasa Sanskrit yang ketara dalam bahasa melayu ialah perubahan awalan ‘di’ menjadi ‘ni’.
Seterusnya, pengaruh awalan ‘ber’ kepada ‘mar’ seperti perkataan ‘marlapas’ dalam Bahasa
Melayu Kuno dan ‘berlepas’ dalam bahasa Melayu moden. Selain itu, bunyi huruf ‘b’ ialah ‘w’
dalam bahasa Melayu Kuno. Tamsilnya, perkataan ‘diperbuat’ dalam bahasa Melayu moden
diubah menjadi ‘niparvuat’ dalam bahasa Melayu Kuno. Terdapat juga akhiran ‘nya’ diubah
menjadi ‘na’ seperti perkataan ‘buahnya’ kepada ‘vuahna’. Selanjutnya terdapat bunyi konsonan
yang diambil dari pengaruh bahasa Sanskrit seperti konsonan ‘bh’, ‘th’, ‘ph’, ‘dh’, ‘kh’ dan ‘h’
serta bunyi e pepet tidak wujud dalam bahasa Melayu Kuno.

Pengaruh bahasa Sanskrit begitu berkesan dek kerana bahasa Melayu pada waktu itu
kekurangan kosa kata dalam mengungkapkan sesuatu konsep baharu. Bahasa Melayu bersifat
mudah dilentur dengan disesuaikan mengikut keadaan. Dalam hal ini, bahasa Melayu dilihat
bersifat luwes, mudah lentur dan mudah menerima istilah dan konsep dari pengaruh bahasa asing
yang lain. Tambahan lagi, tulisan seperti Pallava, Kawi dan Devanagiri yang digunakan di atas
batu bersurat. terbukti berasal dari India. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh bahasa
Arab sama ada dari segi kosa kata mahupun dari aspek tulisan. Bahasa Melayu Kuno diyakini
tersebar pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti Kerajaan Campa dan Empayar Funan di
Vietnam Tengah dan Selatan, Thailand Tengah dan Selatan, Kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan
Empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan semenanjung Tanah Melayu
hingga ke Segenting Kra.

3.0 ZAMAN MELAYU KLASIK

Selepas bahasa Melayu Kuno , muncul dua zaman iaitu zaman peralihan atau zaman praklasik .
Zaman bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-13 hingga 14 Masihi. Menurut Ismail Hussein
(1984), abad ke 13 dan 14 merupakan zaman peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan
kedatangan agama Islam dan mula menerima pengaruh bahasa Arab yang menyebabkan kosa kata
sanskrit bercampur aduk dengan bahasa Arab. Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal
abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad 18 Masihi. Bahasa Melayu klasik berada pada tahap ketiga
dalam periodisasi bahasa Melayu selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno . Pada
masa itu, tulisan jawi (Arab) telah wujud dan mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada
bahasa Arab dan Parsi . Hal ini juga dikaitkan kerana kedatangan dan pengaruh agama Islam yang
semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu. Sejak itu, bahasa Melayu pada zaman ini turut
mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan bentuk tulisan .

Selain itu , terdapat bukti-bukti sahih kewujudan bahasa Melayu klasik dengan penemuan
beberapa batu bersurat atau prasasti yang terletak di beberapa daerah Asia Tenggara dan Tanah
Melayu . Penemuan ini dapat menguatkan lagi fakta tentang bahasa Melayu klasik ini. Antaranya
ialah batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi), batu bersurat di Minye Tujuh,
Aceh (1380 Masihi) dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387 Masihi) yang
ditulis dalam tulisan jawi .Kegemilangan zaman melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga
zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka , zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-
Riau . Fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik pada ketiga zaman ini adalah sebagai bahasa
persuratan. lingua franca, bahasa pentadbiran, bahasa ilmu dan undang -undang. Peranan tersebut
terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa Melayu. Karya - karya
klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat contohnya didalam peperangan.
Pada abad ke 16 pula dapat dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali yang dapat memudahkan
urusan perdagangan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu klasik juga boleh dikatakan bahasa yang
paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain.

Bahasa Melayu klasik juga dikatakan berfungsi menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran
kerajaan. Kebanyakkan kerajaan menggunakan bahasa Melayu klasik bagi tujuan surat menyurat
dalam kalangan raja di Kepulauan melayu dan digunakan dalam surat menyurat keizinan
perniagaan kepada pihak asing khususnya kepada para pedagang. Semasa zaman kerajaan Aceh
cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa Melayu klasik dan digunakan
dalam penulisan tasawuf dan falsafah islam. Tokoh penulis pada zaman itu adalah Hamzah Fansuri
dan Syamsuddin al-Sumatrani bahasa undang-undang pada ketiga zaman digubal oleh penulis di
istana atas arahan raja. Antara naskah undang - undang yang ditulis dalam tulisan Melayu klasik
adalah undang - undang Melaka, undang - undang Pahang, undang -undang Perak dan undang -
undang Johor. Dalam naskah undang - undang ini juga turut dibicarakan tentang aspek
perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan pembesar, jenayah , perdagangan dan pertanian .
Zaman Melayu klasik agak panjang. Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu ini
turut mengalami perubahan dengan kepesatan teknologi yang yang telah memodenkan bahasa
melayu ini sehingga zaman bahasa melayu yang seterusnya.

4.0 ZAMAN MELAYU MODEN

Perkembangan bahasa Melayu moden telah dikatakan bermula pada abad ke-19 iaitu sebelum
Malaysia memperoleh kemerdekaan, menerusi karya yang bertajuk Hikayat Abdullah (1849) yang
ditulis oleh Abdullah Munsyi. Dalam karya tersebut, Abdullah menunjukkan kekesalannya
terhadap orang Melayu yang enggan mempelajari bahasa mereka sendiri, ini adalah hasil
pemerhatian yang beliau lakukan kepada orang-orang Melayu yang menetap di negeri-negeri selat.
Pakar-pakar bahasa dan sejarah berpendapat bahawa, bahasa Melayu moden adalah berasal
daripada bahasa Melayu manakala bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu
kuno. Bahasa Melayu moden berkembang dengan lebih meluas selepas merdeka.
Perkembangannya dibincangkan melalui dua tahap sebelum merdeka (pramerdeka) dan selepas
merdeka (pascamerdeka)

4.1 Bahasa Melayu Moden Pramerdeka

Bahasa Melayu masih diguna pakai sebelum Perang Dunia Kedua untuk urusan-
urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan di jabatan polis di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Para pegawai Inggeris diwajibkan untuk mempelajari Bahasa
Melayu dan lulus peperiksaan sebelum disahkan jawatan dan bertugas di negeri-negeri
Melayu. Ramai pegawai Inggeris yang menguasai dan fasih bahasa Melayu dengan baik.
Antaranya R.O. Windstedt, J.R. Wilkinson, W. Marsden, W.G. Shellabear, J. Crawfurd,
C.C. Brown, dan W.E. Maxwell. Setelah berlakunya Perang Dunia Kedua, British
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sekolah, hal ini telah menggugat
kedudukan bahasa Melayu, kelulusannya menjadi satu asas bagi mendapatkan tempat atau
kedudukan yang tinggi dan menjadi bahasa pentadbiran. Dengan menguasai bahasa
Melayu, pegawai-pegawai British telah menyumbangkan pengembangan bahasa Melayu
pada zaman Pramerdeka. Mereka menghasilkan penulisan tentang system bahasa Melayu,
kesusasteraan Melayu, sejarah, politik dan geografi.
4.2 Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka

Perkembangan bahasa Melayu bermula sebelum negara Malaysia merdeka lagi.


Paksaan untuk memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu wujud dalam tiga Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu (1952, 1954 dan 1958). Bahasa Melayu dijadikan mata
pelajaran yang wajib bagi semua sekolah rendah dan menenengah turut dicadangkan dalam
Laporan Razak (1956) yang telah tergubal pelbagai akta yang menyentuh tentang hal
kedudukan bahasa Melayu pada masa kini. Malahan institusi yang bertanggungjawab juga
telah diwujudkan bagi mengembangkan bahasa kebangsaan.

(a) Akta-akta yang berkaitan dengan Pelaksanaan bahasa Melayu

(i) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan persekutuan Malaysia melalui Perkara 152 (1) menetapkan bahawa


bahasa Meayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan ialah bahasa
Melayu, hendaklah ditulis dalam apa jua tulisan pun sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

Peruntukan ini tidak menghalang penggunaan bahasa lain secara tidak rasmi
atau pengajaran dan pembelajaran. Ia juga tidak menyentuh hak kerajaan Negeri
atau Persekutuan untuk terus menggunakan dan meneruskan pengajian lain-lain
bahasa kaum lain. Maksud rasmi dalam perkara 152 (1) ialah ditujukan kepada
urusan kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri dan pihak
berkuasa awam. Pemaktuban bahasa Melayu telah menunjukkan kedudukan bahasa
yang jelas statusnya yang tinggi dan istimewa.

(ii) Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen (1959), pada mulanya dikenali sebagai
Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dibawah ordinan itu, Lembaga pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diwujudkan untuk membentuk dan
melaksanakan dasar-dasar untuk mencapai matlamat DBP. Akta tersebut telah
menjadikan DBP berkuasa untuk menggubal dasar yang khusus sesuai dengan
matlamat. Semakan telah dilakukan ke atas Akta DBP 1959 dibuat pindaan dan
peluasan pada tahun 1995, kini dikenali sebagai Akta DBP 1995

(iii) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Akta ini terbentuk hasil penggabungan antara akta 1963 dan akta 1967. Akt aini
berkuat kuasa m ulai 1 Julai 1971, telah dipinda pada tahun 1983. Mengikut seksyen
2, bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Seksyen
8, segala prosiding di mahkamah mestilah menggunakan bahasa kebangsaan atau
dalam bahasa Inggeris ataupun sebahagian-sebahagian. Manakala seksyen 9,
tulisan bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi namun tulisan jawi tidak dilarang
untuk penggunaannya. Kesimpulannya, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Pindaan
1983 telah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan penting.

(iv) Akta Hasutan 1970

Akta ini diluluskan pada tahun 1948, dan dipinda pada tahun 1970. Akta ini juga
mengatakan bahasa perbuatan mempersoalkan kedudukan mana-mana bahasa akan
dikira sebagai perbuatan menghasut dan boleh didakwa. Perkara 10(4)
Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi kukuh dan akan terjamin kedudukannya.

(v) Akta Pendidikan 1996

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan


kecuali sekolah yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana institusi
pendidikan lain yang telah dikecualikan oleh kerajaan. Jika bahasa Kebangsaan
bukan bahasa pengantar, hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib bahasa
Kebangsaan.

(b) Penubuhan Badan yang bertanggungjawab mengembangkan Bahasa Kebangsaan

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (22 Jun 1956) ditubuhkan di Johor Bahru
hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III. Badan ini terletak di
bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat DBP P (Semakan 1978,
Pindaan dan Perluasan 1995) ialah :

I. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang


termasuk sains dan teknologi
II. Mengembangkan bakat sastera dalam bahasa kebangsaan
III. Mengeluarkan atau mencetak buku-buku majalah dan bentuk-bentuk lain
dalam bahasa kebangsaan.
IV. Membetulkan ejaan dan sebutan
V. Membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
VI. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul supaya
digunakan dengan meluas mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bahasa Melayu dapat ditegaskan telah mengalami proses evolusi. Proses
ini dapat dilihat seiring dengan peredaran zaman. Perubahan dalam bahasa Melayu yang berlaku
dari zaman kuno ke zaman moden. Kesan daripada perubahan ini telah menaikkan martabat bahasa
Melayu menjadi lebih mantap dan dipandang tinggi oleh seluruh negara dunia. Tidak dapat
dinafikan akan kedatangan pengaruh luar yang sekaligus telah meninggalkan impak positif
terhadap perkembangan bahasa Melayu seperti pengaruh barat iaitu Belanda dan Inggeris.
Kedatangan pengaruh ini secara langsung meresap dan memberikan sumbangan yang amat besar
terhadap bahasa Melayu dengan adanya perluasan kosa kata, tatabahasa, dan istilah-istilah lain
dalam bahasa Melayu. Pertengahan abad ke-19 dan abad ke-20 adalah penting dalam sejarah
perkembangan bahasa Melayu kerana menjadi titik tolak dalam menjadikan bahasa Melayu
sebagai lingua franca dan bahasa ilmu pada abad ini.
6.0 RUJUKAN

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1996)
Tatabahasa dewan. edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Faizha Asmaa, (2013). Definisi Bahasa Melayu Kuno. https://definisi-bahasa-melayu-
kuno/fallback/. Diakses pada 30 Disember 2022.
Shamsul Aizuwani. (2019). Bahasa Melayu Kuno: Suatu Pengenalan.
https://www.academia.edu/BAHASA_MELAYU_KUNO_SUATU_PENGENALAN.
Diakses pada 25 Disember 2022.
Ghani Abbas, (2017). Perkembangan Bahasa Melayu. https://perkembangan-bahasa-melayu/.
Diakses pada 27 Disember 2022.
Abdullah Hassan, (1982). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar Bakti SDN.
BHD.
Zainal Abidin Bin Ahmad (1965) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Kuala Lumpur.
A.H. Edrus (1954) Drama Dan Perkembangan Bahasa Melayu Geylang Road Singapore 14

Anda mungkin juga menyukai