Anda di halaman 1dari 27

TAMADUN BAHASA

BERDASARKAN ZAMAN

DR. ROHAIDAH HARON


JABATAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
• Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, meluahkan perasaan, pemikiran tetapi juga berkaitan dengan
tamadun
• Bahasa sebahagian budaya
• Bahasa dikaitan dengan pendidikan – bangsa yang berpendidikan merupakan bangsa yang memiliki
ketamadunan tinggi
• Pendidikan muncul serentak dengan wujudnya manusia
• proses pendidikan pada masyarakat merupakan proses pewarisan kebudayaan daripada satu generasi
kepada satu generasi.
• Pada peringkat individu pula, pendidikan bererti pengembangan potensi-potensi yang ada pada diri
seseorang. Ketiga-tiga hal itu berkaitan secara langsung dengan soal pertalian antara bahasa dan
pendidikan bahasa
• Pertama, hakikat bahawa pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia berkaitan
dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak munculnya manusia
pertama di dunia, iaitu Nabi Adam a.s. Ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia
sebagai hayawan natiq (rational animal), dengan kata natiq itu, selain merujuk kepada akal, sebenarnya
turut merujuk juga kepada pertuturan atau bahasa (al-Attas 1991).
• Jadi haiwan natiq atau haiwan rasional itu ialah makhluk yang kewujudannya ditandai oleh adanya akal
dan adanya ciri atau kemampuan “berbahasa”.
• Menurut ajaran Islam, Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama yang diciptakan Allah s.w.t telah diberi
ilmu bahasa oleh Allah dalam bentuk pengenalan tentang nama sekalian kejadian alam. Menurut
kupasan al-Attas (1992) pula, nama-nama yang diajarkan Allah itu merujuk kepada ilmu tentang segala
sesuatu (al-‘ilm al-ashya’): (rujuk al-Baqarah 2: 31)
• bahasa sebagai suatu cabang ilmu dan sebagai wahana penyerapan ilmu ke dalam diri manusia.
 Bahasa dan budaya Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai
bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau
Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya.
 Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad 13 hingga abad 19, bahasa Melayu mencapai
puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa
pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa
perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi (Awang Sariyan 2002a, 2002b).
• Kebudayaan Melayu secara langsung pula telah menjelma menjadi kebudayaan yang definitif di rantau
ini sehingga rantau ini dikenal sebagai Kepulauan Melayu atau Alam Melayu kendatipun pola demografi

rantau ini pada hakikatnya menunjukkan kerencaman


komposisi penghuninya. Jika berdasarkan hakikat wujudnya beratus-ratus bahasa yang dikelompokkan
dalam keluarga bahasa Nusantara di rantau ini, ternyata bahawa bangsa Melayu sebagai satu kumpulan
etnik hanya merupakan satu daripada ratusan kumpulan etnik tersebut. Namun kebitaraan tamadun
Melayu, terutama disebabkan adanya kekuatan kuasa politik dan ekonomi telah memungkinkan
identifikasi rantau ini dengan citra Melayu.
• Kini digunakan juga istilah dunia Melayu untuk merujuk kepada rantau yang diwakili oleh Malaysia,
Indonesia, Brunei dan beberapa wilayah negara serantau yang mewarisi tamadun Melayu, misalnya Thai
selatan, Singapura, Filipina selatan, Kemboja, Vietnam, dan Myanmar.
BACAAN LANJUT:
•Awang Sariyan. (2009). PERANAN BAHASA DALAM PEMBINAAN INSAN DAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT HADHARI http://journalarticle.ukm.my/232/1/1.pdf
ASAL USUL BAHASA MELAYU

• 2 hipotesis asal bangsa rumpun Melayu:


• Kawasan pesisir laut di selatan China / Taiwan – dianggap paling munasabah dan pendapat yg paling
berpengaruh sepanjang abd-ke20 (1870-an dan 1980-an)
• Kepulauan Melayu
• G.W. Grace – pakar bahasa pada tahun 1960-an berpendapat bahasa-bahasa Melayu (atau Bahasa-
bahasa Austronesian) telah byk beranak-pinak atau bercambah akibat tuanya bangsa rumpun Melayu
• Grace meletakkan Tarikh bermulanya BM yg pertama dlm lingkungan 3000 tahun SM – 2500 tahun SM
(iaitu, seawal 4500 – 5000 tahun dahulu)
BENTUK AWAL BAHASA MELAYU

• Rujukan: Nik Safiah Karim. 2010. Panorama Bahasa Melayu Sepanjang zaman. Bab 2 (Bentuk awal Bahasa Melayu)

• Bahasa Melayu telah wujud sejak zaman purba lagi, iaitu zaman prasejarah. Tetapi oleh sebab tiada bukti nyata berbentuk bahan bertulis, tidak
dapat dikesan bagaimana bentuk bahasa Melayu pada zaman itu.
• Ahli-ahli bahasa cuba merekonstruksi bentuk Bahasa melayu Purba berdasarkan maklumat tentang bahasa dan dialek-dialeknya. Namun hasilnya
dalam bentuk andaian sahaja.
• Bahasa (BM) dan bangsa (bangsa Melayu) adalah sama

• BAHASA MELAYU PURBA


• BM terawal digunakan oleh kelompok manusia yg mendiami Kawasan Nusantara.
• Kelompok Melayu-Deutro
• Tiada sebarang bukti sejarah berkaitan bahasa tersebut, yg hanya wujud dlm bentuk lisan
• Berakhir apabila wujudnya tulisan dalam BM
BM KUNO & BATU BERSURAT ABAD KE-7
• BM kuno dalam bentuk bahasa Campa kuno bermula pada abd ke-4 M – berdasarkan penemuan
sebuah prasasti atau batu bersurat yang menggunakan aksara (tulisan) BM, di Dong Yen Chan, di Teluk
Tourin, Vietnam (dahulunya Campa), bertarikh abd ke-4 M
• Aksara yg digunakan merupakan penyesuaian drpd huruf Pallava bahasa Sanskrit.
• Terdapat beberapa lagi batu bersurat ditemui di Sumatera dan Jawa. Kebanyakan batu bersurat ini
bertarikh pada abd ke-7 M dan selepasnya ditulis menggunakan tulisan-tulisan dari India.
• 4 batu bersurat dari Sumatera kerap disebut-sebut memperlihatkan contoh sifat-sifat BM Kuno.
• BM kuno – BM yg berkembang di alam Melayu antara abad ke-7 hingga abad ke-13 (zaman peralihan
Hindu – Islam)
• Pada waktu itu,kerajaan yg berkuasa ialah Sriwijaya dan besar kemungkinan BM telah menjadi bahasa
pengantar kerajaan tersebut – buktinya 4 buah batu bersurat di Sumatera yg ditulis dlm BM kuno.
• Perkembangan BM pada abad ke-7 amat dipengaruhi oleh budaya luar yg datang ke alam Melayu,
misalnya budaya India.
• Sebelum abad ke-7 ramai peniaga dan pedagang India (dari barat) bertukar-tukar barang perniagaan
dengan pedagang Cina (dari Timur). Lazimnya, mereka singgah di kepulauan Melayu untuk tujuan ini,
dan menyebarkan budaya mereka.
• Kesan pengaruh India – penggunaan bahasa Sanskrit – bahasa kebudayaan yg penting di India segala
hasil kesusasteraan klasik, ilmu pengetahuan dan hal ehwal agama ditulis dlm bahasa Sanskrit.
• Melalui bahasa Sanskrit, BM telah mengalami evolusinya yg pertama. Bahasa Sanskrit bukan sahaja
dipinjam utk mengatakan sesuatu yg berkaitan dgn bidang kebudayaan, kesenian, atau agama tetapi
bahasa itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan orang Melayu (Ismail Hussien, 1966).
BAHASA MELAYU PADA BATU BERSURAT

• Batu-batu bersurat terawal yg dijumpai menggunakan BM dipercayai ditulis pada kira-kira abad ke-7. 4 batu
bersurat yg penting;
1. Di Kedukan Bukit, Palembang (683 M),
2. Di Talang Tuwo, Palembang (686 M),
3. Di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M),
4. Di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M).
• Batu bersurat Kedukan Bukit – batu bersurat tertua bertarikh 605 tahun saka (683 M) dan telah diperoleh
drpd sebuah keluarga Melayu yg menetap di kampung Kedukan Bukit pada 29 Nov 1920. Kampung ini
terletak di tebing Sg. Tatang dlm wilayah Musi di bahagian barat daya Palembang. Megandungi 10 baris ayat
diukir pada batu bujur. Tulisan pada batu ini terpelihara dgn baik, kecuali 3 baris terakhir kerana terserpih.
• Tulisan pada batu bersurat ini telah ditransliterasi berhuruf Rumi dan transliterasinya
• Batu bersurat Gandasuli – bukti luasnya BM dilihat pada batu bersurat yg dijumpai di Jawa tengah,
tempat bernama Gandasuli (832 M) – bahasanya amat dekat dgn bahasa yg terdapat pada batu-batu
bersurat yg dijumpai di Sumatera, walaupun terdapat sedikit perbezaan yg bersifat dialek.
• Keempat-empat batu dari Sumatera ditulis dgn huruf Pallava, yg berasal dari India Selatan, sementara
batu dari Gandasuli ditulis dgn huruf Nagiri yg berasal dari India Utara.
• Dari segi BM – batu Gandasuli memperlihatkan betapa jauhnya tersebar pengaruh BM pada Ketika itu
sehingga ke Jawa Tengah.
BAHASA MELAYU PRAKLASIK
• BM yg digunakan antara zaman kuno dgn zaman klasik disebut BM Praklasik

• Zaman peralihan drpd pengaruh Hindu kpd pengaruh Arab.

• Zaman ini diandaikan bermula pada abad ke-11 dan berakhirpada abd ke-14.

• Bahasa yg digunakan bercampur aduk – bukti BM masih terdapat pada batu-batu bersurat

• Penggunaan bahasa Arab berlaku disebabkan kedatangan Islam – Tarikh kedatangan Islam tidak diketahui dgn tepat

• Berdasarkan catatan sejarah orang Arab dan Parsi , Islam telah berada di pantai barat Sumatera dan Jawa sejak tahun 674 M

• Dgn kedatangan Islam, Bm mengalami proses perubahan

• Perkataan baharu perlu utk menyampaikan ilmu-ilmu yg berkaitan dgn ajaran Islam – kosa kata Arab dan Parsi telah dipinjam masuk – aksara Arab diubah suai utk
mengeja perkataan-perkataan tertentu dlm BM

• Antara batu bersurat yg menunjukkan bentuk BM pada zaman peralihan;

• Batu nisan makam Raja Fatimah di perkuburan Sultan Abdul Jalil, Kg. mengkasar, pekan, Pahang yg mangkat pada 900 H

• Batu nisan Puteri Sultan Brunei (903 M) dijumpai di Jln. Residensi , Bandar Sri Begawan, Brunei DS.

• Batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1279 M)ditemui di Pasai, Sumatera

• Batu nisan Sheikh Ahmad Majanu (1464 M) di Sungai Udang, Melaka.

• Batu bersurat Terengganu yg dijumpai di Kuala Berang, Hulu Terengganu (antara tahun 1303 dan 1397 M)
BM ZAMAN KERAJAAN SRIWIJAYA
• Batu-batu bersurat tersebut dikaitkan dgn zaman kerajaan Sriwijaya – Tarikh 684, 684 & 686 yg tercatat
pada batu tersebut amat penting kerana Tarikh zaman mula naiknya keraja Sriwijaya – kerajaan
tempayan yg berkembang luas mempenaruhi hampir seluruh Kep. Melayu.
• Keempat-empat batu bersurat dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isinya menunjukkan tulisan itu
dibuat atas perintah raja.
• Bukti BM telah digunakan sbg bahasa perantaraan kerajaan – Bahasa rasmi sebuah kerajaan yg besar
dan luas jajahan takluknya
• Selain 4 batu bersurat, bahan lain yg menjadi bukti kewujudan BM:
• Batu bersurat (832M) di Gandasuli, Jawa Tengah.
• Batu bersurat (1000M), di Daerah Bangkulu
• Patung Gangsa (1029M), di Padang Lawas, Tapanuli
• Patung (1286M) di Padang Roco, daerah Batanghari – pertama kali Perkataan “Malaya” atau “ Melayu”
pada bhgn belakang patung.
• Kira-kira abad ke-7 – abad ke-13 – zaman bermulanya kegemilangan BM
• Wlupun Kerajaan Sriwijaya kuat dipengaruhi budaya Hindu-Buddha – tidak menyingkirkan BM malah
menerima BM sbg Bahasa utk kegiatan pentadbiran, perdagangan, dan perhubungan umum
• Sesuai dgn sifat kerajaan tua yg cenderung kpd kegiatan meluaskan kerajaannya, maka peluasan
kerajaan Sriwijaya bererti penyebaran BM ke daerah yg ditaklukinya
• Wlupun bahasa Sanskrit turut mendapat tempat, namun ia lebih sesuai utk bahasa agama (dalam
kalangan cerdik pandai atau sami Buddha & Hindu)
• BM turut tersebar ke daerah-daerah sekitar – menapak & memperkukuh peranan sbg lingua franca
BM DALAM ZAMAN MELAKA

• Zaman penting bagi BM – zaman kerajaan Melaka zaman keagungan kerajaan Melayu – tergambar
dalam Sejarah Melayu
• Bermula abad ke-13 – zaman peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya.
• Agama Islam mula bertapak serentak dgn kebangkitan kuasa kerajaan Melayu Melaka
• BM menjadi alat penyebaran Islam – dijalankan dgn mudah melalui pengaruh politik Melayu
• BM – mendapat satu bentuk tulisan baharu – tulisan Jawi – perbendaharaan katanya bertambah
dengan pesatnya – terbit drpd keperluan utk memperkatakan idea baharu yg dibawa oleh peradaban
Islam – perkembangan BM dlm bidang sastera, bidang penggunaan BM sbg alat penyampaian seni
• Batu bersurat menunjukkan sifat & perkembangan BM
1. Di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M) – ditulis dgn tulisan dari India & pengaruh Bhs Sanskrit)
2. Batu nisan di Minye Tujuh, Aceh (1380M) – masih huruf India tetapi bahasa telah bertukar corak –
terdapat beberapa perkataan Arab
3. Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu (dipercayai ditulis pada 1303 M) – huruf Jawi dan BM
4. Batu-batu bersurat ini merupakan bukti tulisan batu yg terakhir – selepas abad ke-14 muncul zaman
kesusasteraan Melayu bertulis dlm bentuk manuskrip
5. Kedudukan BM tetap kekal wpun kerajaan Melayu Melaka tewas ke tangan Portugis (1511)
• 1521 – Pigafetta (kelasi bansga Itali) dlm pelayaran Bersama-sama Magellan singgah di Pulau Tidore dan
menyusun satu daftar kata drpd Bahasa yg dituturkan oleh orang di pelabuhan tersebut – inilah daftar
kata Melayu-Eropoh (Itali) yg tertua.
• Pulau Tidore amat jauh dari tempat asal BM – menggambarkan betapa luas tersebarnya Bahasa kita
• Catatan Jan Huyghen Van Linschoten (orang Belanda yg tinggal di Indonesia antra tahun 1586 – 1592) –
“BM pada masa itu bukan sahaja sgt harum namanya tetapi juga dianggap sbg bahasa yg paling
dihormati antara Bahasa negeri Timur dan Bahasa orang yang tidak tahu BM di Kep. Melayu dapatlah
dibanding dgn orang yang tidak tahu akan Bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu”
• Hal yg sama turut diakui oleh Francois Valentijn – pendeta dan ahli sejarah Bangsa Belanda yg banyak
menulis sejarah tentang wilayah Kepulauan Melayu.
• Bukti martabat tinggi BM - surat-menyurat antara pentadbir dgn raja-raja di Kepulauan Melayu
1. Surat Sultan Aceh kpd James Lancester (kapitan Inggeris) – 1601
2. Surat sultan Alauddin Shah dari Aceh kpd Harry Middleton – kira-kira 1602
3. Surat Sultan Aceh kpd King James (raja Inggeris)
• Surat ini tersimpan di perpustakaan Bodleian, London.
• BM mendapat perhatian utama sarjana Eropah
• Abad ke-17 byk usaha utk menyusun kamus dan daftar kata yakni bentuk usaha yg tertua dlm bidang
penyelidikan terhadap Bahasa
• Usaha ini diteruskan kpd bidang-bidang lain spt. Sintaksis, morfologi & fonologi
• BM menjadi semakin kukuh – tersebar luas
• Kegiatan penulisan, keintelektualan & persuratan berkembang di Nusantara – spt. Aceh, Palembang
• Acheh – tokoh penulis spt. Sheikh Nuruddin al- Raniri, Hamzah Fansuri, Shamsuddin al- Sumatrani’
• Palembang – tertumpu kpd usaha pengarang spt. Abdul Samad al-Falambani hasilkan Kitab Hidayat al-
Salikin
• Brunei – menulis kitab agama dan sastera, karya Pengiran Syahbandar Muhamad Salleh (Syair Rakis)
• Banjarmasin – penulisnya Arshad al-Banjari hasilkan kitab Sabil al Muhtadin
• Pattani – penulisnya Mohd. Ismail Daud Pattani menulis Matla’al-Badrain dan Furu’al-Masail
• Kemuncak persuratan Melayu melalui BM dan tulisan Jawi di Penyengat, Kepulauan Riau yg menjadi
sebahagian drpd kerajaan Johor-Riau
• Di sinilah (abad ke-19 – awal abad -20) tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan
perkembangan BM selanjutnya
• Lahirnya kitab penting & terkenal;
1. Bustan al-Katibin (1857)
2. Pengetahuan Bahasa (1859)
3. Salasilah Melayu dan Bugis
4. Tuhfat al-Nafis (1865)
5. Hikayat Negeri Johor
6. Kitab Pemimpin Johor
BM DLM ZAMAN PEMERINTAHAN BELANDA
& INGGERIS
• sebelum Inggeris bertapak – BM satu-satunya Bahasa perantaraan bagi penduduk di negara ini – Bahasa
pentadbiran di semua pusat pemerintahan (istana) Bahasa pengantar di institusi Pendidikan yg ada pada
ketika itu (pusat pengajian Islam, kelas-kelas agama), Bahasa perhubungan antara rakyat termasuk di
pusat perniagaan, hasil kesusateraan
• Selepas Inggeris bertapak - sebelum Perang Dunia ke-2 - BM terus digunakan utk tujuan rasmi di
NNMTB & NNMB
• Pegawai Eropah (Inggeris) yg bertugas di NNM – dikehendaki belajar BM dan mesti lulus dlm
pepriksaan BM sebelum dpt disahkan dlm jawatan – mereka turut berminat terhadap BM
• Cth; R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J.
Crawfurd
• Selepas PD Ke-2 – keadaan BM dlm keadaan terancam apabila masuk pegawai tadbir Inggeris (tentera)
yg jahil BM – pengaruh pentadbiran pegawai Inggeris membawa tekanan pada seluruh aspek kehidupan
rakyat
• Orang Inggeris jadi “tuan” dan segala yg bersangkutan dgn mereka diberi nilaian tinggi – termasuk
Bahasa
• Dasar penggunaan BI sbg Bahasa pengantar sistem Pendidikan, kelulusan utk mendapat pangkat dsb.
• Dalam kalangan orang Melayu lahirlah satu golongan yg tidur bangun bersama-sama BI - kedudukan
BM merosot (Bahasa pengantar pada peringkat persekolahan yg paling rendah & perhubungan
golongan bawahan)
• Hanya di beberapa buah negeri, iaitu yg tidak termasuk NNMB BM digunakan dan mendapat kedudukan
tinggi
• NNMB –BI menjadi Bahasa rasmi, bhs pentadbiran, Bahasa pengantar
BM DALAM ZAMAN BAHARU

• Awal abad ke-20 semangat kebangsaan bergema orang Melayu mula mengorak langkah
memperjuangkan Bahasa Ibunda mereka
• Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu & ahli politik – berganding bahu – perjuangan
BM serentak perjuangan politik
• Medium: akhbar & majalah
• Lahir banyak pertubuhan Bahasa dan sastera
• Kejayaan: Artikel 152 dlm Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu “Bahasa kebangsaan negara ini
adalah BM …” – bermula era baharu bagi BM
• Sbg Bahasa kebangsaan negara baharu yg berdaulat – BM memikul tugas baharu – Bahasa rasmi,
Bahasa pentadbiran, Bahasa perhubungan umum, Bahasa pengantar & Bahasa ilmiah
• Pembinaan dan pengembangan Bahasa turut dirancang juga untuk menjadikannya satu media
komunikasi yg lengkap & sempurna, sesuai, dan berkeupayaan utk memperkatakan segala aspek baharu
dalam kehidupan masyarakatnya.
• BM dan perancangannya – usaha-usaha untuk memupuk bahasa ke arah taraf yg lebih maju. Usaha ini
biasanya dijalankan pada peringkat negara, oleh badan-badan yg ditubuhkan khas utk matlamat ini –
Dewan Bahasa dan Pustaka
• Pengekodan BM – penyeragaman – proses menghasilkan satu variasi Bahasa standard yg sempurna dan
seragam dari aspek-aspek tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan
• Pemupukan BM – menumpukan perhatian pada usaha-usaha utk mengembangkan bahasa supaya
tercapai keadaan saling terjemah dgn beberapa Bahasa moden lain – dilaksanakan terutamanya dgn
pemupukan istilah-istilah baharu – khususnya istilah dlm bidang teknikal
BACAAN LANJUT:
NIK SAFIAH KARIM et.al (Bab 1 – Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)

Anda mungkin juga menyukai