Anda di halaman 1dari 35

Ucap Utama

Historiografi Melayu: Membina Kesinambungan


Kegemilangan Zaman Bahari dengan Zaman Kini

Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan


Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka)

@ Awang Sariyan
ASAL USUL MELAYU
• Berdasarkan Teori Peradaban Pentas Sunda (The Sundaland
Civilization Theory) yang dikemukakan oleh Stephen Oppenheimer
(1999) dan Arysio Santos (2011), antara 14,000 hingga 30,000 tahun
lalu, Pentas Sunda telah dihuni oleh pendukung peradaban Zaman
Ais (Ice-Age civilization).

• Orang Melayu dipercayai menjadi penduduk asal Pentas Sunda


sejak 15,000 tahun silam.

@ Awang Sariyan
• Menurut Ibn Athir al-Jazari, pengarang buku Al-Kamil fi Tarikh, orang
Melayu bernasab Nabi Ibrahim a.s. melalui perkahwinan baginda
dengan Siti Qanturah (dipercayai daripada keturunan Melayu
Kemboja).

• Bani Jawi (dipercayai daripada Ji ‘satu’ dan wi (widhi) ‘Tuhan’).


Sejarah dan Tahap-tahap Tamadun Melayu
● Tamadun Melayu purba (S.M. – awal M.)

● Tamadun Melayu kuno (Abad 4 M. – 13 M.)

● Tamadun Melayu klasik (Abad 13 M. – 19 M)

● Tamadun Melayu baharu (Mulai abad 20 M.)

@Awang Sariyan
Cerita Fasal Pertama

Tamadun Melayu Purba

• Tamadun prasejarah sebelum ada tulisan.

• Bahasa Melayu anggota keluarga


BahasaAustronesia/Malayo-Polinesia.

@Awang Sariyan
(Collins, J. T. Malay, World Language A Short History, 1998)
CERITA FASAL KEDUA

Tamadun Melayu Kuno

• Bahasa pada abad Masihi hingga ke-13 Masihi.

• Pengaruh bahasa Sanskrit dalam kosa kata, aksara (tulisan) dan tatabahasa

• Terdapat pada batu bersurat (prasasti, inskripsi)

• Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa pengajian agama dan Bahasa
perhubungan (lingua franca)

@ Awang Sariyan
Kedatuan Asas Kesulanan
Kadatuan Asas Kesultanan
Kadatuan; (Jawa: Kedaton) ialah negara kota bersejarah separa bebas atau
pemerintah berdaulat di seluruh Maritim Asia Tenggara kuno yang pada

hari ini melibatkan kawasan di Indonesia, Malaysia, dan sedikit bahagian Filipina.

Dalam konteks Malaysia dan Brunei Darussalam, kedatuan dapat digambarkan


sebagai pemerintahan beraja atau sebuah entiti politik. Catatan rekod bertulis terawal yang
menyebut istilah kadatuan ialah Telaga Batu dan Prasasti Kota Kapur abad ke-7 Masihi.
KEDATUAN ASAS KESULTANAN
• Batu bersurat Kota Kapur

Batu bersurat Telaga Batu


2. Batu bersurat Talang Tuwo, bertarikh 606 Tahun Saka
(tahun 684 M. di Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi
ditulis dalam huruf Nagiri.

● Catatan sejarah China zaman Dinasti Tang oleh Yi Jing –


Bahasa Melayu kuno digunakan sebagai bahasa
pengajian agama Buddha di Jambi/Palembang semasa
Kerajaan Sriwijaya.

● Bangsa dan bahasa Melayu disebut Moloyu.

@ Awang Sariyan
Raja-raja Melayu Jati Diri Negara
• Institusi kesultanan Melayu merupakan antara institusi yang
tertua di dunia, telah menjangkau lebih 800 tahun (jika
berdasarkan kewujudan kesultanan Samudera Pasai pada abad
ke-13 hingga abad ke-16).

• Antara kesultanan Melayu yang wujud di alam Melayu:


Samudera Pasai, Melaka, Demak, Sulu, Aceh, Riau, Banten,
Manguindanao, Patani,Brunei (Borneo). Kesinambungannya
berlangsung di Malaysia bagi sembilan buah negeri, dengan
Yang di-Pertuan Agong sebagai puncak sistem beraja.

• ‘Ke-raja-an’ : bererti pemerintahan yang diketuai oleh seorang


raja Melayu. Sistem pemerintahan Malaysia berasaskan sistem
demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Bahasa Melayu pada Tahap Kedua Tamadun Melayu

• Batu bersurat ditemukan di sekitar Sumatera dan Jawa pada abad


ke-7 M. dengan penggunaan bahasa Melayu kuno.

• Tulisan yang digunakan ialah aksara Palava, sejenis tulisan yang


berasal dari selatan India.

• Antara batu bersurat tersebut:

1. Batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 tahun


Saka (683 Masihi), bertulisan Palava.
(Collins, J. T. Malay, World Language A Short History, 1998)
Batu Bersurat Kedukan Bukit
Swasta Shri
Shakawarsatita 605 ekadashi
Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta
Siyang naik disambu mengalap siddhayatra
Di Saptami Shuklapaksa Wulan
Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamwan
Mawawa jang bala dua laksa
Dangan…dua ratus
Tsyara disambau dangan jalan
Saribu tlu ratus sapuluh
Dua banyaknya datang
Di Matajap
Sukaharshitta
Di panatshami shuklapaksa Wulan
…laghu mudik datang
Marwuwat maua…Syriwijaya
Jayasiddharyatra subhiksa
CERITA FASAL KETIGA

Tamadun Melayu Klasik

Tamadun pada abad ke-13 M. hingga abad 19 M. di bawah kesultanan Melayu.

Bahasa Melayu digunakan di seluruh pusat tamadun Melayu di alam Melayu

(Kesultanan Pasai, Melaka, Aceh, Brunei, Patani, Kalimantan, Johor-Riau-Lingga)

Proses pengislaman dalam sistem kepercayaan dan aspek kehidupan lain (seperti
ketatanegaraan dan undang-undang).

Muncul nasionalisme Melayu mahawangsa.


• Kemunculan bahasa Melayu klasik

• Pengaruh bahasa Arab dalam kosa kata, aksara dan


tatabahasa

• Bahasa baku dan bahasa persuratan (peranan tulisan


Jawi)

• Bahasa pelbagai ranah tamadun (agama, sejarah,


undang-undang, ketatanegaraan, perubatan,
persenjataan, diplomasi, susastera prosa dan puisi)
Batu
Bersurat
Terengganu(
1303 M.)
Bahasa Melayu Batu Bersurat Terengganu

1. Rasul Allah dengan yang orang… (bagi) mereka

2. Ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam.

3. Dengan benar bicara darma merkesa bagi sekalian hamba Dewata


Mulia Raya.

4. Di benuaku ini agama Rasul Allah salallahu ‘alaihi wassalam raja

5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam


6. behumi. Penentua itu fardhu pada sekalian raja mendalika Islam.

7. Menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.

8. Bicara berbajiki benua penentua itu maka titah Raja Paduka.

9. Tuhan mendudukkan tamwa ini di benua Terengganu di pertama


ada.

10. Jumaat di bulan Rajab pada tahun Syartan di sasanakala.

11. Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.


B

1. Le iarga du bernua jauh…kan…ul

2. (Datang) berikan keempat darma barang orang berpihutang.

3. Jangan mengambil ke…ambil bilangkan emas.

4. Kelima darma barang….merdeka.

5. Jangan mengambil tugal buat tamsanya.

6. Jika ia ambil hilangkan emas, Keenam darma barang

7. Orang berbuat balacara laki-laki perempuan setitah


8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujan palu

9. Seratus rautan. Jika merdeka beristeri

10.Atawwa perempuan bersuami ditanam binggan

11.Pinggang dihembalang dengan batu matikan

12.Jika inkar balacara hembalang jika anak mandalika


Ceritera Harumnya Bahasa Melayu
pada zaman Kesultanan Melayu
Van Linschoten (abad ke-16):

“Bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja sangat


harum namanya tetapi juga dianggap bahasa yang
paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur,
dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa
Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan
dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis
di negeri Belanda pada zaman itu.”

@ Awang Sariyan
Francois Valentijn (abad ke-17):

“Bahasa mereka, bahasa Melayu (pada abad ke-16), bukan


sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga
digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala
negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di
mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti
bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai
bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas
tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak,
kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan
lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga
Kepulauan Filipina.”

@ Awang Sariyan
Keutuhan Sistem Pemerintahan Kesultanan
• Institusi kesultanan Melayu merupakan antara institusi yang tertua
di dunia, telah menjangkau lebih 800 tahun (jika berdasarkan
kewujudan kesultanan Samudera Pasai pada abad ke-13 hingga
abad ke-16).

• Antara kesultanan Melayu yang wujud di alam Melayu: Samudera


Pasai, Melaka, Demak, Sulu, Aceh, Riau, Banten, Manguindanao,
Patani,Brunei (Borneo). Kesinambungannya berlangsung di
Malaysia bagi sembilan buah negeri, dengan Yang di-Pertuan
Agong sebagai puncak sistem beraja.

• ‘Ke-raja-an’ : bererti pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja


Melayu. Sistem pemerintahan Malaysia berasaskan sistem
demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

@ Awang Sariyan
CERITERA FASAL KEEMPAT
Tamadun Melayu Baharu

• Tamadun pada abad ke-20 dan sesudahnya

• Kesinambungan daripada tamadun Melayu klasik dalam sistem


kehidupan – agama, pemerintahan, bahasa, budaya

• Pengaruh bahasa Barat (terutamanya Inggeris di Malaysia dan


Belanda di Indonesia) dalam kosa kata, aksara, tatabahasa dan
wacana

• Bahasa pelbagai ranah tamadun (ilmu kemanusiaan dan ilmu sains


tabii serta susastera seperti novel, cerpen, sajak, drama)

@ Awang Sariyan
Kesinambungan Sistem Kehidupan

● Agama Islam menjadi agama Persekutuan

● Raja menjadi ketua negara dan negeri

● Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

● Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan hak sah


kaum-kaum lain
Perancangan Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara

• Perancangan taraf bahasa (status planning)

• Perancangan korpus atau sistem bahasa (corpus


planning): ejaan, sebutan, kosa kata, tatabahasa, laras
bahasa)

@Awang Sariyan
Perancangan Taraf Bahasa Melayu

● Bahasa Kebangsaan
(Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 (1):

“Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah


dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang
oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada


menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada
mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;

@Awang Sariyan

Anda mungkin juga menyukai