Anda di halaman 1dari 17

2 2.

BAHASA MELAYU KUNO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KUNO


Bahasa Melayu Kuno berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13. Sebelum wujudnya bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu yang digunakan dikenal sebagai bahasa Melayu purba.Bahasa Melayu purba tidak memiliki tulisan tetapi hanya wujud dalam bentuk lisan. Namun, disebabkan pengaruh budaya Hindu, bahasa Melayu purba akhirnya memperoleh aksara untuk disampaikan dalam bentuk tulisan. Kemasukan budaya Hindu ke Alam Melayu melalui para pedagang dan penyebar agama Hindu yang singgah di Nusantara sejak abad pertama Masihi lagi, telah menggalakkan penggunaan bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu purba. Menurut Ismail Hussein, melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Daripada bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana yang berupaya menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi. Selain itu, budaya Hindu memperkenalkan tulisan dalam bahasa Melayu kuno, iaitu tulisan Palava, Nagiri dan Kawi yang mengevolusikan bahasa Melayu purba menjadi bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu kuno memainkan peranan yang penting dan berkembang pesat pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada zaman tersebut, bahasa Melayu mencapai kegemilangannya yang pertama. Penemuan beberapa buah batu brsurat pada zaman Sriwijaya serta catatan-catatan daripada para pengembara dan rahib Buddha seperti I-Tsing dan Wu-Hing membuktikan bahawa bahasa Melayu kuno digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya. Pada masa yang sama, bahasa Melayu kuno juga digunakan sebagai bahasa perantaraan untuk perhubungan umum dan perdagangan. Selain itu, catatan I-Tsing menyatakan bahasa Melayu kuno digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajarkan tatabahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha. Zaman bahasa Melayu kuno berakhir pada abad ke-13 apabila kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa didirikan pada akhir tahun 1293. Pada masa itu, bahasa Jawa memainkan peranan yang utama. Namun demikian, pengaruh

politik kerajaan Majapahit tidqak mampu memalapkan kedudukan bahasa Melayu di rantau ini. Di beberapa daerah di pesisir Sumatera, khususnya di Jambi, masih terdapat negeri Melayu yang mengekalkan kebudayaan dan bahasa Melayu walaupun ditakluki oleh Majapahit. Malah, bahasa Melayu kuno terus kekal berperanan sebagai lingua franca (bahasa perantaraan) mengatasi bahasa Jawa kuno kerana bahasa Melayu kuno bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar serta tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat. Di samping itu, bahasa Melayu kuno mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa kuno.

2.2

BAHAN BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KUNO


Perbezaan yang ketara antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu purba ialah bahasa Melayu kuno memiliki tulisan sementara bahasa Melayu purba hanya wujud dalam bentuk lisan. Oleh hal yang demikian, kajian tentang bahasa Melayu purba tidak dapat dilakukan kerana tidak mempunyai bukti sejarah yang konkrit. Bagi bahasa Melayu kuno, bukti bertulisnya terdapat pada beberapa buah batu bersurat. Yang berikut ini ialah empat buah batu bersurat yang menjadi bukti penting kewujudan bahasa Melayu kuno. Batu-batu bersurat yang bertarikh sekitar abad ke-7 itu ialah: Batu Bersurat Kedudukan Bukit, Palembang (683 M) Batu Bersurat Talang Tuwo, dekat Palembang (684 M) Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) Batu Bersurat Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi (692 M)

Batu Bersurat Kedudukan Bukit


Batu bersurat ini dijumpai di Kedudukan Bukit, di kaki Bukit Siguntang yang terletak di barat daya Palembang pada 29 November 1920. Batu bersurat ini bertarikh 605 Tahun Saka (Zaman Saka bermula pada tahun 78 Masihi) dan merupakan batu bersurat yang tertua menyebut nama kerajaan Sriwijaya. Bahasa yang terkandung dalam batu bersurat ini ialah bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Sanskrit. Batu bersurat yang menggunakan tulisan Palava ini mengandung 10 baris ayat. Batu bersurat ini menyatakan bahawa pada tahun Saka 605, seorang raja telah naik kapal untuk mendapatkan siddhayatra (kuasa sakti atau kejayaan). Kira-kira empat minggu kemudian, baginda berangkat dari muara Tamwan, menggerakkan tenteranya sebanyak 20 000 orang, sebahagiannya naik kapal manakala sebahagian lagi mengikut jalan darat. Baginda dengan sukacita memberikan siddhayatra menjadi milik Sriwijaya dan menjadikannya makmur. Tulisan pada batu bersurat ini telah ditransliterasikan ke dalam huruf Rumi dan transliterasinya adalah seperti berikut: Baris 1 Baris 2 Swasti sri sakawarsatita 605 ekadasi su klapaksa wulan waisakha dapunta hiyang nayik di

Baris 3 Baris 4 Baris 5 Baris 6 Baris 7 Baris 8 Baris 9

samwau mangalap siddhayatra di saptami suklapaksa wulan jyestha dapunta hiyang marlapas dari minanga tamwan mamawa yang wala dualaksa dangan ko duaratus cara di samwau dangan jalan sariwu tluratus sapulu dua wanakna datang di mataa jap sukhacitta di pancami suklapaksa wula{n} laghu mudita datang marwuat wanua

Baris 10 sriwijaya siddhayatra subhiksa [*perkataan berhuruf tebal dalam petikan di atas ialah perkataan Melayu] Terjemahan teks tersebut dalam bahasa Melayu moden adalah seperti yang berikut ini: Selamat bahagia! Pada tahun Saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan Waisaka, baginda naik perahu mencari kuasa sakti. Pada hari ketujuh bulan terang bulan Jyesta, baginda berlepas dari muara Tamwan membawa askar dua laksa (dua puluh ribu), dua ratus menaiki perahu dan seribu tiga ratus dua belas mengikut jalan darat, datang di matada dengan sukacita. Pada hari kelima bulan terang bulan Asada dengan lega datang, membuat negeri Sriwijaya yang bahagia, berjaya dan makmur.

Batu Bersurat Talang Tuwo


Batu bersurat ini ditemukan oleh Residen Jambi yang bernama L.C.Westtenenk pada 17 November 1920 di Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu kira-kira 8 kilometer dari Palembang. Batu bersurat ini bertarikh 606 tahun Saka bersamaan dengan tahun 684 Masihi, iaitu setahun terkemudian daripada Batu Bersurat Kedudukan Bukit. Batu bersurat yang menggunakan huruf Palava ini mempunyai 14 baris ayat. Batu bersurat ini menyatakan bahawa Raja Jayanasa telah membuat sebuah taman dan berjanji bahawa segala yang diusahakan akan memberikan kebahagiaan kepada semua makhluk. Selain itu, batu bersurat ini turut menyampaikan doa agar rakyat akan memperoleh hasil yang banyak daripada tanaman dan ternakan mereka serta dapat hidup dalam keadaan bahagia dan sejahtera. Setelah ditransliterasikan, teks Rumi batu bersurat itu adalah seperti yang berikut ini: Baris 1 swasti sri sakawarsatita 606 dim dwitiya suklapaksa wulan caitra sana tatkalana parlak sriksetra ini niparwuat Baris 2 parwan dapunta hiyang sri jayanasa ini pranidhanan dapunta hiyang sawanakna yang nitanam di sini niyur pinang hanau ru Baris 3 mwiya dngan samisrana yang kayu nimakan wuahna tathapi haur wuluh pattung ityewamadi punarapi yang parlak wukan Baris 4 dngan tawad talaga sawanakna yang wuatku sucarita parawis proyojanakan punyana srawwasatwa sacaracara waro payanatmu Baris 5 sukha di asannakala di antara marrgga lai tmu muah ya ahara dngan air niminumna sawanakna wuatna huma parlak mancak mu Baris 6 ah ya manghidupi pasu prakara marhulun tuwi wrddhimuah ya jangan ya niknai sawanakna yang upasargga pidanu swapnawighna warang wua Baris 7 tana kathamapi anukula yang graham naksarta parawis diya nirwyadhi ajara kawuatanana tathapi sawanakna yam bhrtyana Baris 8 satyarjjawa drdhabhakti muah dya yang mitrana tuwi janan ya kapata yang winina mulang anukula bharyya muah ya waram stha

Baris 9

nana lagi curi ucca wadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra marwwangun wodhicitta dngan matre

Baris 10 dhari di dang hyang ratnatraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnatraya tathapi nityakala tyaga Marsila ksanti marwwangun wiryya rajin Baris 11 tahu di samisrana silpakala parawis samahitacinta tmu ya prajna smrti medhawi punarapi dhairyyamani mahasattwa Baris 12 wajrasarira anupamasakti jaya tathapi jatismara awikalendrinya mancak rupa subhaga hasin halap ade Baris 13 yawakya wrahmaswara jadi laki swayambhu puna[ra]pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmawasita karmmawasita klesawasita Baris 14 awasana tmu ya anuttarabhisamyaksam wodhi Setelah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu moden, tulisan pada Batu Bersurat Talang Tuwo adalah seperti yang berikut ini: Selamat bahagia! Pada tahun Saka 606 hari kedua bulan terang bulan Caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat dengan arahan Dapunta Hiyang Sri Jayanasa. Ini harapan Dapunta Hiyang: semuanya yang ditanam di sini: nyiur, pinang, enau, rumbia dan pohon lain yang boleh dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu; demikian juga taman-taman lainnya dengan empangan, telaga dan semua perbuatan baik yang kuperbuat, adalah untuk kebahagian semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Mudah-mudahan usaha ini merupakan usaha terbaik untuk mereka mendapat kegembiraan pada kemudian hari. Mudah-mudahan mereka mendapat makanan dan air sekiranya mereka lapar di perjalanan. Mudah-mudahan semua lading dan kebun yang ditanami mereka subur. Mudah-mudahan pelbagai jenis binatang yang diternak dan para hamba abdi yang dimiliki mereka sihat. Jauhkanlah mereka daripada segala bencana, seksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Apa jua usaha mereka hendaklah berhasil baik. Mudah-mudahan mereka dihindarkan daripada penyakit dan terus awet muda. Tambahan lagi, diharapkan hamba abdi mereka setia dan berbakti kepada mereka, sahabat mereka tidak curang dan isteri mereka tetap setia. Di mana jua mereka berada, hendaklah janganlah berlaku kecurian, kecurangan, pembunuhan atau perzinaan di situ. Mudah-mudahan

mereka menemukan (mendapat) sahabat yang bijaksana (kalyanamitra). Mudah-mudahan mereka membangun bodhicitta dengan maitri, menjadi pertapa di Dang Hiyang Ratnatraya dan jangan berpisah dengan Dang Hiyang Ratnatraya,melainkan sentiasa teguh bersila, senang membangun dengan tenaga, keuletan (ketabahan hati), memperoleh pengetahuan tentang perbezaan semua silpakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan mereka mendapat pengetahuan, ingatan dan kecerdasan. Mudah-mudahan mereka tegas dan memiliki badan berlian mahasatwa, yakni memiliki kuasa sakti yang tiada tandingan, kemenangan, ingatan kepada kehidupan terdahulu, semua pancaindera dan anggota badan lengkap, kebahagian, kegembiraan, ketenangan, suara lunak, suara Brahma. Sekiranya mereka dilahirkan sebagai lelaki, mudah-mudahan mereka memiliki kekuatan sendiri. Mereka rela menjadi wadah kepada kuasa kelahiran (janmawasita), kuasa karma (karmmawasita), kuasa kejahatan (klesawasita). Mudah-mudahan akhirnya mereka memperoleh kesedaran yang lengkap dan tertinggi (anuttarabhisamyaksam wodhi).

Batu Bersurat Kota Kapur


Batu bersurat yang menggunakan huruf Palava ini ditemukan oleh J.K.van der Meulen di Kota Kapur, sebuah pecan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Bebeza daripada dua buah batu bersurat yang terdahulu, batu bersurat ini dijumpai jauh dari Palembang. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka. Hal ini demikian kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut. Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 M) dan mengandung 10 baris ayat. Transliterasi teks Batu Bersurat Kota Kapur adalah seperti yang berikut ini: Baris 1 siddha titang hamwan wari awai kandra kayet ni {2} paihumpaan namuha ulu lawan tandrun luah makamatai ta {3} ndurn luah winunu paihumpaan hakairu muah kayet nihumpa u {4} nai tunai Baris 2 umenteng bhakti niulan haraki unai tungai kita sawanakta de {5} wata mahar [d] dhika sannidhana mangraksa yang kadatuan sriwijaya kita tuwi tandrun {6} luah wanakta dewata mulana yang parsumpahan Baris 3 parawis kadaci yang urang {7} di dalamna bhumi ajnana kedatuan ini parawis drohaka hangun samawuddhi la {8} wan drohaka mangujari drohaka niujari drohaka tahu ding drohaka tida {9} ya Baris 4 marppadah tida ya bhakti tida ya itatwarjjawa diy aku dngan di iyang nigalarku sanyasa datua dhawa wuatna urang inan niwunuh {10} ya sumpah nisuruh tapi ya mulang parwwang dan datu sriwi Baris 5 jaya talu muah ya dngan {11} gotrasantanana tathapi sawanakna yang wuatna jahat makalangit urang makasa {12} kit makagila mantra gada wisaprayoga upuh tuwa tamwal Baris 6 saramwat kasi {13} han wasikarana ityewamadi jangan uah ya siddha pulang ka iya muah yang dosa {14} na wuatna jahat inan tathapi niwunuh ya sumpah tuwi mulang yang manu Baris 7 ruh marjjahati yang marjjahati yang watu nipratistha ini tuwi niwunuh ya sumpah talu muah ya mulang sarambhana urang drohaka tida bhakti tida tatwarjjawa diy aku dhawawu

Baris 8

tna niwunuh ya sumpah ini grang kadaci iya bhakti tatwarjjawa diy aku dngan di yang ni {15} galarku sanyasa datua santi muah kawuatana dngan gotrasantanana

Baris 9

samrddha {16} swastha niroga nirupadrawa subhiksa muah yang wanuana parawis sakawarsatita 608 ding pratipada suklapaksa wulan waisakha tatkalana

Baris 10 yang mammam sumpah ini nipahat di welana yang wala sriwijaya kaliwat manapik yang bhumi jawa tida bhakti ka sriwijaya [ * Bahagian yang berhuruf tebal menunjukkan teks yang tidak terdapat dalam Batu Bersurat Karang Brahi. Tanda { } pula menandakan baris-baris ayat yang terdapat dalam Batu Bersurat Karang Brahi.] Terjemahan teks Batu Bersurat Kota Kapur itu adalah seperti yang berikut ini: Bahagia (diikuti perkataan jampi) hai kamu sekalian dewa yang mulia yang hadir menjaga kedatuan (kerajaan) Sriwijaya dan kamu juga sekalian dewa yang menjadi permulaan segala sumpah. Apabila ada orang di bumi di bawah kedatuan ini berpakat dengan orang jahat, menegur orang jahat, mendengar kata orang jahat, mengenali orang jahat, tidak menghormati, tidak tunduk, tidak setia akan daku dan akan dia, yang kuberi kedudukan (menjadi) datu, sangat (busuklah) perbuatan orang itu, biarlah mereka ini dibunuh sumpah. Rombongan di bawah perintah datu Sriwijaya akan dihantar ke padang untuk menghukum mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka. Begitu juga sekalian orang yang berbuat jahat, seperti mengganggu (merosakkan) fikiran orang, membuat orang menjadi sakit, membuat orang menjadi gila, menggunakan mantera guna-guna dan racun, upas, tuba, sirih setangkai (yang telah dibubuh guna-guna), pengasih, paksaan dan lain-lain. Semoga perbuatannya yang jahat itu gagal dan pulang kembali kepada yang berdosa berbuat jahat itu. Tambahan lagi biar mereka yang menyuruh berbuat jahat itu dibunuh sumpah. Sesiapa yang menyuruh orang memusnahkan atau mereka sendiri memusnahkan batu yang dipasang ini, maka mudah-mudahan mereka pula dibunuh sumpah dan dihukum segera. Mereka yang membunuh,

memberontak, tidak setia akan daku, sangat (busuklah) perbuatan mereka. Semoga mereka dibunuh sumpah ini. Tetapi jika mereka tunduk, setia akan daku dan akan dia yang kuberi kedudukan menjadi datu, perbuatan mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka ini direstui. Untunglah mereka, selamatlah mereka. Mereka tidak ditimpa penyakit dan bencana, makmur pula seluruh negeri mereka. Pada tahun Saka 608 hari pertama bulan terang bulan Waisaka sumpah ini telah diumumkan dan telah dipahat di perbatasan sewaktu tentera Sriwijaya dihantar untuk menakluk bumi Jawa yang tidak tunduk kepada Sriwijaya. Secara ringkasnya, Batu Bersurat Kota Kapur menyeru dewa-dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain supaya melindungi kerajaan Sriwijaya dan memberikan kebahagiaan kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada kerajaan itu dan mengutuk mereka yang tidak setia. Menurut Chhabra dan Slametmuljana, batu bersurat ini merupakan piagam persumpahan daripada pemerintah Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya melakukan operasi serangan ke atas kerajaan tersebut.

Batu Bersurat Karang Brahi


Batu bersurat bertulisan Palava ini mempunyai kandungan yang lebih kurang sama dengan Batu Bersurat Kota Kapur. Yang berbeza ialah Batu Bersurat Kota Kapur mengandung teks tambahan. Batu bersurat ini dijumpai di Meringin, daerah hulu Jambi oleh seorang inspektor bernama L.Berkhout pada tahun 1904. Tarikh pada batu bersurat ini ialah 614 tahun Saka (692 M) dan terdapat 16 baris ayat pada batu bersurat ini. Sama seperti Batu Bersurat Kota Kapur, Batu Bersurat Karang Brahi menyeru dewa-dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain supaya melindungi kerajaan Sriwijaya dan memberikan kebahagiaan kepada mereka yang mengabdikan diri kepada kerajaan itu dan mengutuk mereka yang tidak setia. Batu bersurat ini juga merupakan piagam persumpahan daripada pemerintah Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.

Bahan-bahan Bukti Lain pada Zaman Sriwijaya


Selain empat buah batu bersurat tersebut, terdapat beberapa buah batu bersurat atau prasasti lain yang dapat dijadikan bahan bukti kewujudan bahasa Melayu kuno pada zaman kerajaan Sriwijaya. Antara bahan bukti tersebut termasuklah: batu bersurat di Gandasuli, Kedu, daerah Jawa Tengah yang bertarikh 832M. Batu bersurat ini menunjukkan bahawa penyebaran bahasa Melayu kuno bukan sahaja berlaku di kawasan berbahasa Melayu (Sumatera) bahkan menjangkau kawasan berbahasa Jawa, iaitu di Pulau Jawa batu bersurat di Bangkahulu yang bertarikh 1000 M sebuah patung gangsa di sekitar Padang Lawas, Tapanuli yang bertarikh 1029 M. Patung ini mempunyai tulisan pada kaki alasnya batu bersurat di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara yang bertarikh 1179 M batu bersurat di Padang Lawas, Tapanuli, Sumatera Utara yang bertarikh 1213 M. Batu bersurat ini bersifat dwibahasa, iaitu ditulis dalam bahasa Melayu kuno dan bahasa Tamil sebuah patung di Padang Rocore, daerah Batanghari yang bertarikh 1286 M. Pada patung tersebut terdapat, untuk pertama kalinya, perkataan Malaya atau Melayu, iaitu pada bahagian belakang patung tersebut.

2.3

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO


Daripada empat buah batu bersurat yang dijumpai pada abad ke-7 itu, beberapa aspek bahasa yang berkaitan dengan bahasa Melayu kuno telah dikaji. Daripada kajian yang dilakukan, para pengkaji dapat mengenal pasti beberapa ciri bahasa Melayu kuno. Ciri-ciri tersebut dapat ditinjau daripada sistem tulisan dan ejaan serta kosa kata.

Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno


Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh, iaitu batu bersurat di Kedudukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi menggunakan tulisan atau skrip Palava. Menurut Casparis, tulisan Palava pada batu-batu bersurat tersebut merupakan jenis Palava Kemudian yang digunakan di Kepulauan Melayu dari abad ketujuh sehingga bahagian separuh pertama abad kelapan Masihi. Skrip Palava ini pada asalnya ialah skrip Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian untuk menulis kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit di India Selatan. Casparis mengistilahkan skrip ini sebagai skrip Palava kerana skrip India ini digunakan pada zaman raja-raja Palava sekitar abad keempat Masihi. Berbeza dengan skrip Palava Awal yang menggunakan aksara besar-besar, tulisan Palava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi, seolah-olah tertulis di antara dua garis lulus. Selain tulisan Palava, bahasa Melayu kuno juga ditulis dengan tulisan Nagiri yang berasal dari utara India. Tulisan Nagiri ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Satu lagi tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi. Menurut Jensen, nama Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit kavi yang bermaksud pensyair. Jensen berpendapat bahawa skrip Kawi ini bersumberkan skrip Pali Kyoktsa yang berasal daripada skrip Brahmi Purba di India. Tulisan Kawi yang berbentuk kursif ini pada peringkat awal ditulis pada daun lontar. Kemudian, tulisannya diubahsuaikan dan diukir pada batu. Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (bertarikh 1179 M) dan

di Padang Lawas (bertarikh 1213 M), yang kedua-duanya terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.

Kosa Kata dalam Bahasa Melayu Kuno


Daripada 50 baris teks bahasa Melayu kuno yang tertera pada batu-batu bersurat abad ketujuh, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri kosa kata bahasa Melayu kuno. Salah satu aspek yang paling ketara ialah bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu, malah melalui pengaruhnya, bahasa Melayu mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana (bahasa ilmu). Bahasa Melayu kuno mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana adanya pengaruh agama Hindu-Buddha serta kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep-konsep baru. Di samping itu, bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi juga menyebabkan bahasa Melayu kuno mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata, beberapa ciri yang jelas dalam bahasa Melayu kuno dapat dikesan. Ciri-ciri ini dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi dan makna perkataan tersebut. Ditinjau daripada segi fonologi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dengan fonem yang ada dalam bahasa Melayu moden. Penggunaan bunyi separuh vokal dua bibir /w/ untuk letupan dua bibir bersuara /b/. Contohnya adalah seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno wulan wunuh wuat watu wuah wala wuluh tuwa Bahasa Melayu Moden bulan bunuh buat batu buah bala buluh tuba

Tidak ada bunyi e pepet atau vokal tengah dalam bahasa Melayu kuno. Bunyi ini biasanya digantikan dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja. Contohnya adalah seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno wanua talaga sariwu dngan niknai nigalar Bahasa Melayu Moden benua telaga seribu dengan dikenai digelar

Penggunaan bunyi sengauan gusi /n/ untuk sengauan lelangit keras /ny/ dalam bahasa Melayu moden. Contohnya adalah seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno sawanakna tatkalana mulana wuatana winina wanuana dalamna wuahna Bahasa Melayu Moden sebanyaknya tatkalanya mulanya buatannya bininya benuanya dalamnya buahnya

Terdapat konsonan yang dihembuskan atau dieja dengan aspirasi seperti bh, th, kh, dh sebagai akibat pengaruh bahasa Sanskrit. Sebagai contoh, perhatikan jadual yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno bhakti tathapi sukhacitta dhawa Bahasa Melayu Moden bakti tetapi sukacita -

Bunyi /h/ pada perkataan tertentu dalam bahasa Melayu kuno telah hilang dalam bahasa Melayu moden. Perhatikan contoh yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno hanau haur Bahasa Melayu Moden enau aur

Daripada segi morfologi, terdapat beberapa imbuhan dalam bahasa Melayu kuno yang telah mengalami perubahan dalam bahasa Melayu moden. Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno marlapas marwuat marsila Bahasa Melayu Moden berlepas berbuat bersila

Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno telah berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno nitanam nimakan niminumna nisuruh niwunuh nipahat Bahasa Melayu Moden ditanam dimakan diminumnya disuruh dibunuh dipahat

Awalan rangkap nipar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi diper- dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno niparwuat Bahasa Melayu Moden diperbuat

Apitan par--an berubah menjadi per--an dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno parsumpahan Bahasa Melayu Moden persumpahan

Kata kerja aktif ditandai awalan ma- dan mang- dalam bahasa Melayu kuno seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno mawawa mangujari Bahasa Melayu Moden membawa mengujari

Terdapat akhiran -i yang sama dengan bahasa Melayu moden dan lazimnya hadir bersama-sama dengan awalan seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno manghidupi niujari Bahasa Melayu Moden menghidupi diujari

Terdapat dua imbuhan dalam bahasa Melayu kuno yang sudah tidak dipakai dalam bahasa Melayu moden, iaitu awalan maka- dan akhiran -a seperti yang berikut ini: Bahasa Melayu Kuno makasakit makagila datua wuata Bahasa Melayu Moden menjadi sakit menjadi gila tanggungjawab menjadi datu perbuatan

Terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang sudah tidak dipakai dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut ini: Perkataan Bahasa Melayu Kuno tuwi dhawa inan saramwat tlu wela parlak marsarak mawuddhi makalangit marhulun Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden dengan sangat, terlalu itu setangkai tiga batas kebun berpisah menghubungi mengganggu fikiran memiliki hamba abdi

Terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang sudah mengalami perubahan makna dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut: Bahasa Melayu Kuno kita sapuluh dua Bahasa Melayu Moden kamu dua belas

Antara perkataan bahasa Melayu yang masih digunakan sehingga kini termasuklah: aku banyak benua bukti dalam di gelar jahat keliwat laksa mengalap nyiur pulang sakit sukacita tanam tetapi aur barang beri bulan datu dosa gila jangan kita lawan minum orang puluh seribu sumpah tatkala ujar bala batu buah bunuh dengan dua ini kayu lagi lepas mula pahat ratus sini suruh telaga yang bangun bawa buat curi derhaka enau jadi ke laki makan naik perkara rumbia suka tambal temu

Anda mungkin juga menyukai