Anda di halaman 1dari 68

1

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


PENGENALAN
Sekian lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa
berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan
lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya
hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang
sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan
mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-
masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di
Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.
Sebelum ditemui bukti sejarah berbentuk tulisan pada batu bersurat
sememangnya bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana
didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun
pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga
orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan
aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama
pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang
India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang
Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok,
Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman.Dari Sumatera hasil yang paling utama
mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi
orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM).Pelabuhan di
Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang
sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.
Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam
kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum
munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang
disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama
2

tempat) di Pulau Sumatera. Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar
ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju
India.Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka.Lama-
kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat
persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti
yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.Di samping itu juga para mubaligh
terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan
agama Hindu.Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan
bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru.Bahasa Melayu Purba ini kemudian
dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul
penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga
kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan
Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar
tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok
Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang
kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan
akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
Bangsa yang terawal menduduki negara ini merupakan bangsa yang melahirkan
orang asli di Semenanjung, papua New Guinea dan Australia.Kumpulan ini dikenali
sebagai Melayu-Proto. Mereka datang pada tahun 2500 sebelum Masihi(SM) dan
mengembara ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Golongan ini juga dikenali sebagai
Indo-Melayu.Golongan ini menggunakan Gua Cha (Kelantan) dan Gua Niah (Sarawak).
Pada tahun 1500 SM, golongan kedua dari Yunan pula datang dengan
kebudayaan yang lebih tinggi serta menduduki daerah-daerah subur di persisiran pantai
dan kuala sungai. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutro.Kumpulan ini
membawa tamadun yang lebih maju daripada kumpulan Melayu Proto.Golongan ini
mahir dalam bidang pelayaran dan kedatangan mereka ke serata Asia Tenggara
3

dikaitkan dengan teori Gelombang.Mereka datang ke Asia Tenggara pada zaman
logam. Ini menyebabkan golongan Melayu-Proto lari ke kawasan-kawasan lain seperti
ke hutan belantara, lembah dan kawasan gunung. Golongan Melayu Deutro ini juga
mahir dalam ilmu pelayaran dan mereka belayar ke pulau-pulau di seluruh kepulauan
melayu dan membuka penempatan yang menyebabkan perkembangan bangsa
Indonesia dan bangsa Melayu hingga kini. Lama-kelaamaan bangsa ini semakin maju
dan kehidupan bermasyarakat mereka semakin berkembang.
Kumpulan Melayu-Proto dan Melayu Deutro dikenali sebagai Austronesia.Oleh
sebab, kawasan yang didatangi luas dan terpisah-pisah maka berkembang pelbagai
bahasa di daerah masing-masing.
Rumpun Dan Salasilah Bahasa Melayu
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum
bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China.
Pembahagian keluarga bahasa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah.


Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang iaitu;
i) Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu(Nusantara)
ii) Bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii,Moari,Tonga, dan Moari)
iii) Malenesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia)
iv) Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan
Marianna)


4

Rumpuan bahasa Austronesia dapat digambarkan dalam rajah di bawah.

Bahasa_bahasa Austronesia tersebar luas meliputi kepulauan Lautan Teduh dari Pulau
Easter di sebelah timur dan kepulauan Asia Tenggara di sebelah barat. Bahasa Melayu
merupakan subkeluarga daripada keluarga Indonesia.
Cabang-cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200 hingga 3000 bahasa yang
tersebar di Kepulauan Melayu dan boleh dibahagikan kepada 16 golongan bahasa
iaitu Golongan Filipina, Golngan Sumatera, Golongan Jawa, Golongan
Kalimantan, Golongan Tomini, Golongan Toraja, Golongan Gorontalo, Golongan
Bali-Sasak, Golongan Loinang, Golongan Muna-Butung, Golongan Sulawesi,
Golongan Bungku-Laki, Golongan Bima-Sumba, Golongan Ambon Timor,
Golongan Sula-Bacon dan juga Golongan Halmera Selatan Irian Jaya.
Bahasa Melayu Kuno menjadi salah satu daripada bahasa Austronesia telah
mengalami banyak perubahan. Fenomena ini biasa berlaku dalam proses
perkembangan sesuatu bahasa. Bahasa Melayu kuno telah melahirkan banyak bahasa
baru yang tinggal dalam satu kawasan tertentu. Maka timbullah batas georgafi yang
bersifat linguistik.Penduduk di kawasan geografis linguistik ini bertutur dalam beberapa
variasi bahasa yang disebut dialek.Dialek-dialek ini berkembang dan digunakan dalam
pertuturan sekelompok masyarakat. Kelompok masyarakat lain akan mengalami
kesukaran untuk memahami dialek kerana perubahan bunyi dan pembentukan
perkataan baru.



5

Fenomena ini boleh dilihat daripada rajah di bawah.

1.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Menurut Amat Juhari Moain (2006:27), terdapat lima zaman perkembangan
bahasa Melayu. Pernyataan ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan
berkembang mengikut tahap iaitu dari zaman ke zaman. Lima zaman tersebut ialah
zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan
Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman
perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan
mempunyai sejarah penyebarannya.
1.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba
6

Bahasa Melayu yang telah wujud pada zaman prasejarah dikenali sebagai
zaman Bahasa Mewlayu Purba.
Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan kerana mereka
menggunakan bahasa Melayu dalam bentuk lisan sahaja. Bahasa Melayu Purba
dikatakan digunakan oleh kelompok Melayu-Deutro, ini dinyatakan oleh Asmah
Hj. Omar.
1.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah
golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7
hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, Bahasa
Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat
bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan
mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit ketika itu
kerana pada ketika itu agama Hindu menjadi pegagang orang Melayu yang
menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan)
Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan
digunakan oleh bangsawan.Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut
keadaan dan keperluan.
Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu
bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:




Batu bersurat di Kedukan
Bukit, Palembang (683 M)

Batu bersurat di Karang
Brahi, Meringin, daerah
Hulu Jambi (686 M)
Batu bersurat di Kota
Kampur, Pulau Bangka
(686 M)
Batu bersurat di Talang
Ruwo, dekat Palembang
(684 M)
7




Berdasarkan pada catatan pada batu tersebut, penulisan di batu bersurat
itu dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar
meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri
Lanka. Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan
penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada
batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh
Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.
Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun
644 dan 645 Masehi.Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang
mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi
keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan
tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi,
Sumatera.Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di
Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.







8


a) Bahasa Melayu kuno memiliki beberapa ciri iaitu





















C
I
R
I

Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit

Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

Tidak wujud bunyi e pepet
(Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh:
berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh:
diperbuat - niparwuat)

. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph,
dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-
samuha, saya: sahaya)
9


c) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Oleh kerana pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara
pada abad ke-13 turut sama memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa banyak perubahan dalam sistem
bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.


Krom (1912) mengkaji batu
bersurat Pagar Ruyung
Bosch (1941)
mengkaji inskripsi
Melayu Bogor.
Westenak (1920)
mengkaji batu
bersurat Talang
Tuo.
Von Ronkel (1942)
mengkaji syair
Melayu di
Sumatera
bertulisan
Sumatera Tua.
Coedes (1930)
mengkaji inskripsi
Palembang.
De Casparis (1956)
mengkaji inskripsi abad ke
tujuh.
b) Pengkaji-pengkaji bahasa Melayu Kuno

10

Terdapat tiga batu bersurat yang penting. Pertamanya ialah batu bersurat Pagar
Ruyung, minangkabau(1356). Batu bersurat ini ditulis dalam huruf india dan turut
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Namun
bahasanya agak berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat pada abad ke-7.
Keduanya ialah batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380). Tulisan pada batu
bersurat ini masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan
kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
Ketiganya ialah batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berat, Terengganu (1303-
1387). Batu bersurat ini ditulis dalam tulisan jawi dan membuktikan tulisan Arab telah
digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan.

1.2.3 Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa.
Antaranya menurut Asmah Hj.Omar (1985:33),
Bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa
Melayu Klasik.

Ismail Hussein (1984:24) pula menyatakan,
Pembahagian yang dibuat adalah atas pertimbangan sejarah
perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut
zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh
kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan
yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India,
tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik
Srivijaya, masyarakatnyayang beragama Hindu dan Buddha,
menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh
11

cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-
kata Sanskrit.

Bahasa Melayu Klasik telah bermula pada tahun 1400 M , iaitu zaman
Melaka. Bahasa ini menjadi lingua franca di seluruh alam Melayu ketika itu.
Dalam bahasa Melayu klasik, pembendaharaan katanya mengandungi
Pinjaman bahasa Sanskrit, menerima kata-kata asing (Arab, Parsi, Tamil,
China), menerima kata-kata dalam bahasa-bahasa Nusantara (Jawa, Sunda,
Aceh, Batak, Bugis dll). Hasil-hasil karya dalam bahasa Melayu Klasik,
termasuk karya-karya Sejarah, Agama, Undang-undang, Hikayat dan Cerita-
cerita sastera (termasuk karya terjemahan).
Tulisan bahasa Melayu Klasik adalah tulisan Jawi, iaitu askara Arab
yang di sesuaikan dengan penambahan huruf-huruf baru menurut sebutan
yang ada dalam bahasa Melayu.
Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik memiliki ciri-cirinya yang tersendiri. Antara ciri-ciri yang
ada pada Bahasa Melayu Klasik ialah menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau
aksara ini dipinjam daripada bhsa Arab, kemudian ditambah dengan huruf-huruf
baru seperti pa (), nga (), ga ( ), nya ( ) dan ca ( ).
Namun begitu, tulisan Jawi ini telah menerima beberapa fonem Arab, kh () ,
seperti Khamis, z ( ) seperti zakat, sy ( ) seperti pada syarat dan lain-lain.
Tulisan bahasa Melyu klasik juga telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab
dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu, keagamaan,
undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan,
falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
Selain itu, bhasa Melayu klasik memiliki frasa dan ayat pengaruh Arab
terutama dlm kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari
terjemahan 1lam), maka kemudian daripada itu (dari Amma badu): atau pada
12

ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain . Frasa dan ayat bentuk ini wujud
hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
Bahasa Melayu klasik juga telah dipngaruhi dengan unsur-unsur falsafah
Islam wujud dlm beberapa banyak tulisan Melayu spt. Dalam bidang ilmu Kalam.,
Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu
zaman kuno atau Hindu. Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam
bahasa Melayu seperti syair, nazam, rubaI, tamsil, ibarat dan lain-lain.
1.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa
Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah melalui kedatangan
pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara. Pendatang
bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik.
Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji
bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat
pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu.
Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah, budaya dan
sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.
Dalam masa yang sama, perkataan-perkataan daripada bahasa barat
seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini
berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah
mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana
raja seperti dalam zaman bahasa Melayu Klasik ke dalam masyarakat
umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula
memasyarakat dan merakyat.
Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan
seperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.
Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab agama di Asia
Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa
13

berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan
budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak, serta
perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu
terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini
bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur
Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu.

1.2.5 Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil
karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu
moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk
bahasa Melayu klasik. Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai
Abdullah Munshi (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.
Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut
melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya
buku nahu bahasa Melayu.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus
peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa
dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan
tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan
kerana kepentingan tertentu.Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang
ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa
14

mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.Antara
karyanya ialah Syair Singapura Terbakar 1843,Hikayat Kalilah Wa Daminah
(Terjemahan Tamil 1835),Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala
Negeri (1837),Dawai-Kulub (1838),Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan
(1838),Hikayat Abdullah (1843),Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah
(1854),Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai
ke Kelantan (1838) dan Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari
Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9).

Antara tokoh Bahasa Melayu Moden lain yang terkenal ialah Prof. Diraja
Ungku Aziz dan Pendeta Zaba.Zaaba adalah seorang yang gemar membaca
dan memiliki bakat dalam bidang penulisan.Kebanyakan hasil penulisannya
muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan
Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah.Beliau telah
menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa
Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita
Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
.
Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan
bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.Selepas Perang Dunia Kedua,
15

British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan.Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah
Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang Parlimen.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa
Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua
urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan
berkanun).Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat
utama perpaduan antara kaum.
Oelh itu satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini
ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah
Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah
untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan
meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris, meningkatkan kualiti
guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan
kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian dan juga Mencadangkan apa-apa
sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan
Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang
sama.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar.Apabila
salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka
bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes
yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk
perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi
pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan
komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan
16

kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan
kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua
kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina
yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina.Ini membawa kepada
pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di
Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes.Laporan
ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan
menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan
yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-
Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana
kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang
bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian.Laporan Fenn-Wu
dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu
jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada
cadangan yang dikemukakan.
Ordinan Pelajaran 1952
Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga
Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada
susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran
1952 adalah untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran
dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
17

Ordinan Pelajaran juga ditubuhkan untuk menggalakkan dan
membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang
bangsa di negara ini di samping untuk berusaha membentuk warganegara yang
bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar
dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata
adalah menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang
mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa
Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan
Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
Keduanya ialah sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara
Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau
lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan
masing-masing dan Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun
dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga
12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi
peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut
kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk
E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk
mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan
"vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan
dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri
Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah
mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa
Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa
cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi
18

Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata
Razak 1956, 2008) ialah sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang
kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan
Cina untuk terus maju dan juga menyediakan sukatan pelajaran yang sama bagi
semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah
Melayu.
Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan
guru-guru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua
Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-
guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai
Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-
sekolah.Oleh itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima
bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua
sekolah.Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk
melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa
yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya.
Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi
seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan
supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab
mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan
mutu pelajaran sekolah-sekolah.Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya
mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran
dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua
sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur
semula serta memajukan pelajaran teknik.
Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata
Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap
kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran
19

yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi
memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu
pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan
Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan
satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju
kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah
pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun,
selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang
menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah
menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem
pendidikan.








Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca,
menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-
unsur disiplin yang diingini

Cadangan Pendekatan Dan Strategi Baru
20









Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi
memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini
menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk
pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab
perguruan sejak tahun 1957.Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar tunggal dalam latihan perguruan.
Pada tahun 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap
untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah
menengah.Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun
1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi,
kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek.
Pertamanya Bahasa Melayu sebagai mata kursus, kedua Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian
dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa
Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah
dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah
atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu
pelajaran keseluruhan

21

Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti
pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa Melayu pada
tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua
pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu.
Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam
pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan
universiti terlaksana dengan lancar.

2.1 Kronologi Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
(rujuk rajah di sebelah)
22






11

1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan Bahasa Melayu akan
menjadi bahasa rasmi sepenuhnya selepas 10 tahun berlalunya tarikh kemerdekaan.

12
1958, kelas menengah Melayu yang pertama dimulakan dengan menumpang di
sekolah menengah Inggeris.

13
Kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustacka
serta beberapa badan institusi di seluruh negara mulai 1960-an.
14
1960 Penyata Rahman Talib mengemaskinikan serta melaksanakan Penyata Razak
dengan Pelajaran Kebangsaan.
14
Hasil usahasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan panitia Kebangsaan Indonesia
telah melahirkan sistem ejaan baru yang standard pada tahun 16 Ogos 1972.
15
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit, guru, universiti
serta dasar kerajaan sendiri telah membawa kepada kewujudan Bahasa Melayu baku
sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa yang dapat merentasi kurikulum
bagi semua sistem pendidikan.
16
Pegawai-pegawai Inggeris berminat mempelajari serta menjalankan penyelidikan ke
atas Bahasa Melayu, antaranya R.O Winstedt, WG Shellabear, RJ Wilkinson, OT
Dussek.
23

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu : Daripada Pbmpb Hingga Penubuhan
Dbp.
(dipetik daripada rencana Dewan Bahasa dan Pustaka sempena J ubli Emas)

1849 - Benih kesedaran untuk mempelajari bahasa Melayu dan semangat meng-
gunakannya berdasarkan peraturan-peraturan mula disemai oleh Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi melalui Hikayat Abdullah.

1888 - Kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara ber-
kumpulan bermula apabila tertubuhnya Pakatan Belajar - Mengajar Pengetahuan
Bahasa (PBmPB) di Johor Bahru, diasaskan oleh Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman
Andak dan putera Abdullah Munsyi, Dato Muhammad Ibrahim Munsyi.

1917 - Kodifikasi atau pengekodan bahasa Melayu dipercayai telah bermula sejak awal
abad ke-20 lagi dengan terbitnya kamus yang diberi judul Kitab Benih Bahasa susunan
Fadhil Jaafar.

1936 - Sejumlah buku penting bahasa meliputi bidang perkamusan, tatabahasa dan
penggunaan, ejaan dan penyediaan daftar kata seperti Buku Katan, Jalan Bahasa
Melayu dan Penokok dan Penambah lahir antara 1936 hingga 1947. Jawatankuasa isti-
lah turut dibentuk dan dianggotai oleh Dato Onn Jaafar, A. Rahman Kajai, Zaba dan
Ibu Zain.

1949 - Dasar Pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan untuk men-
daulatkan bahasa Melayu.

1950- Untuk mendapatkan maklum balas tentang dasar pelajaran tersebut Pesuruhjaya
Tinggi Persekutuan Tanah Melayu melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat
pelajaran anak-anak Melayu yang menghasilkan Penyata Barnes. Angkatan
Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura. Kesatuan Guru-
guru Melayu Singapura (KGMS) pula menubuhkan Lembaga Bahasa Melayu pula ditu-
24

buhkan pada 1 September 1950 untuk mengawal, memperbaiki, memperluas dan mem-
perkaya bahasa Melayu.

1952 konferensi Sasterawan Setanahair yang diadakan pada 12 April 1952 yang
menghimpunkan 20 buah persatuan bahasa, sastera dan budaya dari Singapura dan
seluruh Tanah Melayu akhirnya melahirkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
(KBPM) Pertama yang menanam tekad dan iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.

1953 - ASAS 50 telah menghantar memorandum yang menyentuh soal kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan pendidikan kepada Suruhanjaya
Perlembagaan Rendell pada 15 Disember 1953.

1954 - KBPM Kedua diadakan di Seremban pada 28 Disember 1953 hingga 2 Januari
1954. Kongres menerima usul daripada KGMS untuk mengiktiraf tulisan Rumi sebagai
tulisan rasmi bahasa Melayu agar potensi bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan
tercapai. Persidangan Persuratan Melayu Sa-Malaya Kali Kedua diadakan di Sekolah
King George V, Seremban pada 1-2 Januari 1954 mengusulkan agar tulisan Rumi
dijadikan tulisan rasmi bagi memodenkan orang-orang Melayu.

1955- Atas desakan KPGMS dan Pertubuhan Persuratan Melayu. Menteri Pelajaran
Tanah Melayu, Abdul Razak Hussein, telah menghantar rombongan yang terdiri dari-
pada wakil pelbagai pertubuhan bahasa dan persuratan Melayu ke Jakarta pada 13
November 1955 untuk meninjau pengurusan dan struktur Balai Pustaka di Jakarta,
Indonesia.

1956- Pada 11 Jun 1956, Memorendum mengenai Penyata Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu 1956 dihantar kepada pihak kerajaan. Matlamat memorandum tersebut
untuk memastikan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun (mulai 1957), bahasa Melayu
akan menjadi bahasa kebangsaan yang sebenarnya. Justeru, Balai Pustaka ditubuhkan
pada 22 Jun 1956 bagi memperbanyak buku-buku Melayu, mengumpul perkataan
25

Melayu, memberi makna dan mencipta istilah, serta gelanggang perjuangan
memartabatkan bahasa Melayu dan mengekalkan sastera peribumi. Bagi mencapai
integrasi dan perpaduan bangsa peletakan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ilmu mula disarankan dalam Laporan Razak 1956. KBPM Ketiga diadakan
pada 16-21 September 1956 di Johor Bahru dirasmikan oleh Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Kongres
mengisytiharkan nama Balai Pustaka ditukarkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).

1957 - Apabila Tanah Melayu diisytiharkan merdeka dengan termeterainya
Perlembagaan Persekutuan 1957, status bahasa Melayu semakin kukuh dan fungsinya
bertambah berdasarkan Perkara 152 yang termaktubnya bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara. Jawatankuasa Istilah Kerajaan ditubuhkan di Bukit
timbalan, Johor Bharu untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan. Pada bulan
Mac 1957, DBP telah menerbitkan risalah yang pertama, iaitu Kaedah Ejaan Rumi
Bahasa Melayu. Pada 12 Julai 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur, iaitu di sebuah
bekas wad yang terletak di Jalan Young. Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu,
Dato Abdul Razak, segera menggabungkan Pejabat Karang- Mengarang yang
diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran yang bertujuan memperbanyak buku-buku
baharu dan mencetak buku-buku lama untuk keperluan sekolah Melayu, dengan Balai
Pustaka pada 15 September 1957.

1959 - Rang Undang-undang Perbadanan DBP telah dikemukakan dalam Majlis
Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada 23 April 1959 oleh Menteri Pelajaran,
iaitu Muhammad Khir Johari. Buat kali pertama, rang undang-undang dibentangkan
dalam bahasa Melayu dan diluluskan serta dikenali sebagai Ordinan DBP 1959. DBP
dinaikkan tarafnya menjadi Badan Umum diisytiharkan pada 1 Ogos 1959 berdasarkan
Memorandum Mengenai Rang Undang-Undang DBP kepada kerajaan pada 15 April
1959. KBPM Ketiga memberikan perhatian penting terhadap penyatuan sistem ejaan
Rumi di Tanah Melayu dan Indonesia.
26

Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah DBP, Syed Nasir Ismail
dengan pihak Indonesia diketuai oleh Dr. Slametmuljana ditubuhkan dan menghasilkan
Sistem Ejaan Malindo meskipun gagal dilaksanakan kerana pergolakan politik.
1960 - Gerakan psikologi telah dilancarkan oleh DBP melalui kempen bahasa. Gerakan
Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan di seluruh negara pada setiap tahun
selama tujuh tahun (1960-1966). Peletakan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ilmu diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960.
1963 - Berdasarkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Akta 10), bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi yang tunggal, tetapi masih tertakluk kepada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan 1957.
1966 - Muafakat kedua pada 7 September 1966 antara Syed Nasir Ismail dan Kolonel
Wahju Sukatjo memutuskan agar Ejaan Malindo yang dipersetujui pada tahun 1959
dilaksanakan segera. Kajian semula untuk memperbaiki Ejaan Malindo diadakan pada
20-25 September 1966 di Jakarta. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang diberikan
perhatian yang cukup besar oleh DBP sehingga tertubuhnya 24 buah jawatankuasa
untuk 24 bidang yang melibatkan 264 orang sarjana dan profesional dalam bidang
masing-masing. DBP berjaya menghasilkan 560836 istilah dalam 300 bidang/subbidang
dengan menggunakan kira-kira 1479 orang pakar setempat.
1967 - Rombongan Team Ahli Bahasa K.O.T.I. dianggotai oleh Ali Murtopo dan D.B.
Sjaf, manakala Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia
dipengerusikan oleh Syed Nasir Ismail dan beberapa orang ahli jawatankuasa
mencapai keputusan untuk mewujudkan satu Sistem Ejaan Baru Bersama pada 27 Jun
1967. Perbahasan Rang Undang-undang Bahasa di Parlimen yang membenarkan
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa kaum lain telah menimbulkan reaksi
bantahan sehingga mencetuskan peristiwa bersejarah mengusung Keranda Fasal 152
yang ditunjangi oleh Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK). BBBK mendesak
kerajaan melaksanakan Fasal 152 yang termaktub dalam Perlembagaan. Dasar
Pelajaran Kebangsaan pula dilaksanakan secara tegas dengan menukarkan bahasa
27

Melayu kepada bahasa Malaysia. Isu bahasa tidak lagi boleh dipermainkan atau
dipersoalkan kedudukannya apabila Akta Hasutan disemak pada tahun 1969.
1968 - Gesaan agar bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pendidikan
tinggi mendorong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.
1970 - Penerbitan Kamus Dewan pertama pada tahun 1970 merupakan usaha
pembakuan bahasa Melayu.
1971 - Jawatankuasa Istilah Pusat yang dipengerusikan Pengarah DBP ditubuhkan
pada 25 September 1971 supaya istilah yang dibentuk oleh universiti dapat
diselaraskan.
1972 - Pernyataan Bersama Indonesia dan Malaysia pada 23 Mei 1972 yang diwakili
oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Indonesia, Bapak Mahsuri S.H. bersetuju untuk mewujudkan sistem ejaan
baharu yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia di Malaysia
dan Ejaan yang Disempurnakan di Indonesia. Kedua-dua Sistem tersebut dilancarkan
serentak secara rasmi pada 16 Ogos 1972 oleh Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur dan
Presiden Suharto di Jakarta. Bagi menyelaraskan sistem ejaan, istilah dan kerjasama
kebahasaan peringkat serantau, Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia (MBIM) ditubuhkan
pada tahun 1972. Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Tetap
Bahasa Melayu (JKTBM) yang menganggotai MBIM pada 23 Jun 1972.
1975 - Untuk memudahkan kerja penciptaan istilah dan penggunaan ejaan baharu,
pelbagai pedoman telah diterbitkan seperti Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia
dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia.
1977 - Perbahasan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
pengajaran di pusat pengajian tinggi menjadi usul utama Persidangan Keempat Asian
Association on National Languages (ASANAL) yang berlangsung pada 25-30 April 1977
di Universiti Malaya.
1979 - Bagi menggalakkan penterjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, Kamus
Dwibahasa (Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu) telah berjaya diterbitkan.
28

1981 - Pembakuan ejaan Rumi diperkukuh dengan lahirnya Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) bertukar nama menjadi Majlis
Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (Mabbim) apabila negara Brunei
Darussalam menganggotai majlis ini.
1986- Sistem Ejaan Jawi pula disempurnakan dengan terbitnya Pedoman Ejaan Jawi
yang Disempurnakan.
1987- Usaha pembakuan tatabahasa terlaksana dengan terbitnya Tatabahasa Dewan
Jilid I: Ayat. Bagi memperkukuh kesedaran rakyat tentang pentingnya peranan bahasa
kebangsaan dan kecekapan berbahasa, Gerakan Cintailah Bahasa Kita dilancarkan
oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada 11 Disember
1987.
1989 - Usaha pembakuan tatabahasa diperkukuhkan lagi dengan terbitnya Tatabahasa
Dewan Jilid 2 : Perkataan yang diterima sebagai tatabahasa pegangan dalam sektor
pendidikan.
1990 - Era 1990-an merupakan zaman pemantapan bahasa Melayu secara lebih
menyeluruh dalam pelbagai sektor.
1996 Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang bertindak
menyelaraskan pelaksanaan bahasa kebangsaan ditubuhkan pada 11 April 1996. Bagi
memperluas penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor swasta pula, Gerakan
Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) dilancarkan pada 19 Ogos 1996.
2000 - Usaha menyelaraskan kegiatan mengembangkan bahasa dan persuratan
Melayu melalui penubuhan, pengukuhan Pusat Pengajian Melayu, pertukaran pakar
dan penyelidik di peringkat antarabangsa dilaksanakan dengan tertubuhnya Majlis
Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) pada 21 Ogos 2000.
2003 - Peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan yang
termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 sedikit tergugat apabila pelaksanaan Dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
dilaksanakan.
29

2006 - Penubuhan Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan merupakan
suatu usaha bersama untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran
Malaysia, Y.B. Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan, Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ini turut dianggotai oleh
Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Dato Dr. Firdaus Haji Abdullah serta perwakilan
beberapa institusi bahasa, sastera dan penerbitan negara.



















30

2.0 Aspek Bahasa Pada Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu
2.1 Sejarah Batu Bersurat Terengganu

Rajah 1
Batu
Bersurat
Terengganu
Ditulis pada hari Jumaat
22 Februari 1303 Masihi
bersamaan 4 Rejab 702
Hijrah
Kedatangan Islam
sebelum tahun 1326 atau
1386.
prasasti tertua dalam
tulisan jawi klasik
Berat 215 kilogram dan
berukuran tinggi 84
sentimeter, bukaan atas
53 sentimeter dan 27
sentimeter bukaan
bahagian bawah. Berasal
daripada batu granit
yang keras dan tidak
mudah pecah
31



Rajah 2

Batu ditemui berlumpur dan separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat,
Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.
Penduduk kampung bersepakat untuk memindahkan batu ini ke tangga surau di kampung
tersebut kerana saiznya yang besar dan sesuai untuk dijadikan alas tempat membasuh kaki
sebelum naik ke atas surau.
Seorang peniaga dari Riau-Lingga, Saiyed Hussein bin Ghulam al-Bukhari bersama Engku
Pangeran Anum menjumpai batu ini ketika beliau membasuh kaki di tangga surau. Saiyed
Hussein meminta pertolongan Penghulu Ali dan orang kampung untuk mengangkat dan
meletakkan batu tersebut di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu.

Beliau berhasrat untuk mengadap dan mempersembahkan batu tersebut kepada ke bawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ketika itu iaitu Sultan Zainal Abidin III. Batu
bersejarah ini kemudiannya diltempatkan di atas Bukit Puteri selama beberapa tahun
kerana tiada sesiapa yang memahami tulisan jawi yang tertulis pada batu tersebut.
Pada tahun 1922, gambar Batu Bersurat dihantar ke bahagian Kajian Bahasa di Singapura
dan London untuk dibuat pembacaan. Sarjana tempatan dan barat turut bersetuju dengan
teori kedatangan Islam ke alam Melayu adalah dari negara China. Penemuan Batu Bersurat
Terengganu merupakan satu bukti yang Islam telah sampai dari arah Timur, dan sarjana
bersetuju menyatakan ia datang dari China, Hainan atau Champa.
Batu ini mencatatkan nama Raja Mandalika yang telah memerintah dan melaksanakan
hukum-hukum Islam. Selain daripada itu dicatatkan juga Islam sebagai agama rasmi dan
menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.
Batu Bersurat Terengganu menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Daftar
Memori Antarabangsa pada tahun 2009.
32

2.2 Kandungan dan Aspek Bahasa pada Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu





Batu bersurat ini mengandungi
empat permukaan yang
menunjukkan catatan dalam
tulisan jawi pada keempat-empat
muka batu tersebut.
Catatan yang terkandung pada
batu ini menyebut Islam sebagai
agama rasmi dan menerangkan
hukum-hukum Islam tentang
maksiat dan segala kemungkaran.
Tulisan yang dipahat pada batu
bersurat tersebut telah
menggunakan tulisan Jawi yang
berbahasa Melayu dan Sanskrit.
Tulisan Jawi yang terdapat pada
Batu Bersurat Kuala Berang
memperlihatkan bahawa tulisan
Jawi telah mengenal abjad bahasa
Melayu secara agak lengkap.
Pada batu itu terpahat huruf Arab-
Melayu dianggap tulisan jawi
tertua di Asia Tenggara. Inti batu
bersurat itu bertulis pengumuman
sepuluh fasal syarat undang-
undang.
33

Muka Pertama














Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata
Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

34

Muka Kedua















Keluarga di Benua jauh kan
Datang berikan.keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
Kelima derma barang orang....(mar)dika.
Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

35

Muka Ketiga
















Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

36


Muka Keempat

















..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku
atawa keluarga ku atawa anak.
..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini
laknat Dewata Mulia raya.
...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

37

2.2.1 Analisis Aspek Bahasa Pada Batu Bersurat Terengganu
Tulisan pada batu bersurat Terengganu yang bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah
bersamaan 22 Februari 1303 M ini (Al-Attas 1970) sebenarnya merupakan
sebuah piagam undang-undang Islam berbahasa Melayu dan bertulisan Jawi
yang terawal di dunia sekali gus membuktikan Terengganu adalah negeri terawal
di Malaysia yang menerima Islam. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa yang
digunakan pada tulisan Jawi di permukaan batu bersurat ini adalah bahasa
Melayu.
Walaupun begitu, penggunaan bahasa Melayu pada piagam batu bersurat ini
tidak sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu yang asli sebaliknya turut
dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain contohnya daripada bahasa Arab, Sanskrit
dan Jawa. Pengaruh bahasa Melayu dan bahasa asing ini dapat dilihat daripada
beberapa aspek. Dalam analisis aspek bahasa pada batu bersurat ini, analisis
telah dipecahkan kepada beberapa aspek untuk memudahkan kajian iaitu dari
segi morfologi, sintaksis, dan tulisan .
2.2.1.1 Aspek Morfologi
Penerangan aspek pertama iaitu morfologi, batu bersurat Terengganu ini
jelas menunjukkan kosa kata yang pelbagai melalui tulisan Jawi yang diukir di
permukaan batu ini. Secara kasarnya, isi kandungan batu bersurat ini
memperlihatkan perihal undang-undang Islam yang perlu dipatuhi dan ditaati
selain hukuman yang akan diterima jika sesuatu undang-undang itu dicabuli.
Mengenai aspek kosa kata pula, ianya telah dibuktikan terdapat campuran kosa
kata pada batu bersurat ini. Kosa kata ini meliputi kosa kata daripada bahasa
Melayu, Arab, Sanskrit dan Jawa. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan pengaruh
yang diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut bukan sahaja dipengaruhi
oleh pengaruh bahasa Melayu sahaja sebaliknya turut menerima tempias
daripada kebudayaan bahasa lain di rantau ini.

38

Bagi kosa kata bahasa Melayu, bahasa Melayu dapat dilihat penggunaannya
yang ketara pada batu bersurat Terengganu ini. Namun demikian, kosa kata
bahasa Melayu yang digunakan banyak menggunakan kosa kata Melayu klasik
contohnya balabicara dan tahil pada permukaan ketiga batu bersurat ini.
Terdapat juga penggunaan kosa kata bahasa Melayu yang sama dengan kosa
kata pada masa kini contohnya tiada,dapat,perempuan,sepuluh,mereka,penentu
dan banyak lagi. Kosa kata yang ada pada batu bersurat ini jelas menunjukkan
kosa kata bahasa Melayu pada zaman tersebut telah berkembang dan menuju
ke arah satu sistem bahasa yang kompleks dan tersusun.
Bagi kosa kata Arab yang terdapat pada batu bersurat ini pula, penggunaan
kosa kata ini jelas dilihat pada kata yang memperincikan soal undang-undang
Islam yang menjadi teras utama kepada isi kandungan batu bersurat ini. Sebagai
contoh, kosa kata Rasulullah dan Rajab pada muka pertama batu ini jelas
menunjukkan pengaruh bahasa Arab. Sehubungan dengan itu, ia membuktikan
pengaruh bahasa Arab yang tinggi pada penulisan batu bersurat ini selain
daripada tulisan Jawi yang digunakan dan isi kandungan yang menyentuh soal
undang-undang Islam.
Selain itu, dalam aspek kosa kata juga terdapat kosa kata daripada bahasa
Sanskrit pada batu bersurat ini. Penggunaan kosa kata Sanskrit ini agak jelas
kelihatan pada tulisan batu bersurat ini. Kata seperti santabi (sahabat), asa
(amanah), Dewata Mulia Raya (Allah), derma maraksa (benda betul), mandalika
(pembesar), ahumi (agama), Raja Manda (Raja dunia), Lika (jika),
setitah(firman), berbajika (setelah faham), tamra (undang-undang),
saratan(disuratkan) dan sasankala (tahun yang berlalu) adalah antara contoh
kosa kata yang menerima pengaruh Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit pada
batu bersurat ini turut membuktikan bahawa bahasa Sanskrit masih lagi
mempengaruhi sistem bahasa pada zaman tersebut meskipun batu bersurat
Terengganu dikatakan dihasilkan pada zaman bahasa Melayu Klasik. Tetapi
penggunaan bahasa Sanskrit ini tidak terlalu banyak dan kompleks. Selain
39

daripada kosa kata bahasa Melayu, Arab dan Sanskrit, terdapat juga kosa kata
daripada bahasa Jawa yang ditemui pada batu ini.
Selain daripada aspek kosa kata, analisis menerusi bidang morfologi ini juga
mencakupi aspek bentuk kata. Bentuk kata yang terdapat pada batu bersurat ini
ialah bentuk kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk.
Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami
sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal
juga merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang
mendirikan perkataan tersebut. Sebagai contoh ayat tunggal pada batu bersurat
ini ialah arwah, mereka, beri, hamba, benar, tahun, lalu, tugas, ambil dan lain-
lain.
Bentuk kata terbitan pula ialah bentuk kata dasar yang menerima imbuhan.
Contoh kata terbitan pada batu bersurat ini ialah kata dasar yang menerima
imbuhan awalan seperti beristeri, bersuami, berbuat, ditanam, berpiutang,
dihambalang, penentu dan menurut. Contoh kata terbitan akhiran pula ialah
hinggakan, jauhkan, berikan, hilangkan, dan matikan. Bentuk kata terbitan lain
pula ialah kata terbitan berapitan iaitu pada perkataan menduduki yang
menggunakan imbuhan apitan men- dan i.
Seterusnya ialah bentuk kata majmuk. Kata majmuk ialah kata yang wujud
apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis
yang membawa makna tertentu. Terdapat bentuk kata majmuk rangkaian kata
bebas iaitu Raja Manda muka pertama batu bersurat Terengganu ini.




40

2.2.1.2 Aspek Tulisan
Aspek kedua dalam analisis bahasa batu bersurat Terengganu ini ialah dari
segi tulisan. Seperti yang telah dinyatakan di atas, batu bersurat Terengganu
menggunakan tulisan Jawi yang merupakan pengaruh dari Arab. Analisis aspek
tulisan ini lebih menjurus kepada ejaan yang digunakan dan dibahagikan kepada
dua iaitu ejaan konsonan dan ejaan vokal.
Pengejaan huruf konsonan dalam batu bersurat Terengganu pada dasarnya
mengikut sumber kata, terutamanya kata Melayu asli dan kata pinjaman Arab
yang mempunyai sistem ejaan yang berbeza. Oleh itu, analisis ejaan konsonan
ini akan menumpukan perhatian kepada tiga aspek konsonan yang berkaitan
dengan sumber kata dan yang signifikan kepada batu bersurat tersebut. Aspek-
aspek tersebut ialah penggunaan huruf ta marbutah (tertutup) dan ta maftuhah
(terbuka), penggunaan huruf qaf pada akhir suku kata akhir tertutup, dan
penggunaan kata nya.
i. Penggunaan huruf Ta Marbutah () dan Ta Maftuhah ()
Dalam mengenal pasti perbezaan penggunaan ta marbutah dan ta
maftuhah, hanya ta pada akhir kata sahaja yang dianalisis kerana ta
marbutah tidak dapat hadir pada posisi yang lain dalam kata. Bunyi
konsonan /t/ pada posisi lain hanya dieja dengan menggunakan ta
maftuhah. Dalam batu bersurat Terengganu, terdapat lima perkataan yang
mengandungi huruf ta pada posisi tersebut seperti yang digambarkan
dalam jadual di bawah;







41

Ejaan Rumi Ejaan Jawi Batu
Bersurat
Ejaan Jawi
Sekarang
menurut




Jumaat


keempat






buat




dapat





Jadual di atas menunjukkan bahawa ejaan ta marbutah dan ta maftuhah
di abut bersurat Terengganu menyamai ejaan Jawi sekarang. Bagi ejaan
sekarang, Daftar Kata Bahasa Melayu-Rumi telah menetapkan bahawa
bunyi /t/ dalam kata Melayu asli hendaklah dilambangkan dengan ta
maftuhahdalam tulisan Jawi, manakala bunyi /t/ dalam kata pinjaman Arab
hendaklah dikekalkan bentuk asalnya kecuali kata umum yang telah lama
terserap masuk dan telah mantap penggunaannya dalambahasa Melayu
seperti rakyat, nikmat, hikmat, berkat dan sebagainya. Perkataan Jumaat
tidak berubah kerana ia merupakan kata pinjaman Arab dan kata nama
khas. Penggunaan ta maftuhah bagi kata Melayu asli seperti dalam
perkataan menurut, buat dan dapat yang terdapat pada batu bersurat
didapati mematuhi prinsip ejaan Jawi Zaba, iaitu kepastian atau mudah
dibaca kerana iahanya boleh dibaca dengan bunyi [t] sahaja berbanding
dengan ta marbutah yang boleh dibaca dengan [t] atau [h] seperti
rahmat/rahmah syahadat/syahadah, syariat/syariah dan sebagainya.

42

ii. Penggunaan huruf Qaf () pada akhir suku kata tertutup
Dalam sistem ejaan Jawi Zaba, kata Melayu asli yang berakhir dengan
huruf k atau bunyi hentian glotis akan berakhir dengan tiga cara, sama ada
dengan qaf, kaf atau hamzah seperti dalam contoh kata anak (), baik
() dan pokok () iaitu mengikut cara mengeja Jawi yang biasa
digunakan pada waktu itu. Bagi konsonan /k/ yang berada pada awal suku
kata, ia tidak menjadi masalah kerana semuanya dieja dengan huruf kaf
dalam ejaan Jawi.
Ejaan Rumi
Ejaan Jawi Batu
Bersurat
Ejaan Jawi
Sekarang
meraksa

mendudukkan



anak






masuk





hendak





Jadual di atas jelas menunjukkan penggunaan huruf qaf pada akhir suku
kata tertutup pada batu bersurat menyamai ejaan Jawi sekarang. Semua
bunyi hentian glotis pada akhir suku kata tertutup bagi kata Melayu asli dieja
dengan qaf sahaja dalam ejaan Jawi, manakala bunyi konsonan /k/ pada
akhir suku kata tertutup bagi kata pinjaman Inggeris diedja dengan kaf.

43

iii. Penggunaan kata nya
Berdasarkan bunyi konsonan yang terdapat pada batu bersurat
Terengganu, didapati sudah terdapat bunyi konsonan Melayu asli yang
tidak terdapat dalam huruf Arab. Huruf-huruf tersebut beserta contohnya
ialah ca dalam acara (), nga dalam dengan (), pa dalam pada (),
ga dalam bagi () dan nya dalam dendanya (). Bagaimanapun, satu
keistimewaan pada batu bersurat ini ialah penggunaan huruf nya yang
telah ditulis secara sempurna dengan tiga titik di atas yang kemudiannya
diteruskan sehingga sekarang. Penulisan nya ini amat penting kerana
huruf-huruf yang lain belum menampakkan perbezaanya dengan huruf
Arab. Dengan adanya huruf nya yang telah ditulis dengan sempurna ini,
maka dakwaan yang mengatakan bahawa batu bersurat ini merupakan
tulisan Jawi tertua yang pernah dijumpai di dunia ini sukar untuk dinafikan.


Sehingga buku Daftar Kata Bahasa Melayu-Rumi (edisi kedua) diterbitkan
pada tahun 2008, didapati ejaan vokal bagi tulisan Jawi masih mengalami
perubahan. Hal ini berlaku kerana terdapat dua sistem ejaan bagi bunyi vokal,
iaitu ejaan yang menggunakan huruf vokal (sistem pengabjadan vokal) dan ejaan
yang tidak menggunakan huruf vokal (sistem baris). Bagi menyelesaikan
masalah ini, prinsip ejaan Jawi Zaba masih digunakan sehingga sekarang, iaitu
prinsip ekonomi (menggunakan huruf yang minimum), kepastian (mudah dibaca)
dan ramai pengguna.Prinsip ini agak umum dan fleksibel, dan sesuai diterapkan
pada sistem tulisan Jawi batu bersurat Terengganu bagi tujuan analisis.







44

i. Penggunaan Huruf Vokal Alif ( )

Ejaan Rumi Ejaan Jawi Batu Bersurat Ejaan Jawi Sekarang

agama






pada

raja

paduka

kelima

denda


Berdasarkan jadual perbandingan di atas, didapati bahawa ejaan
Jawi pada Batu BersuratTerengganu lebih banyak menggunakan
huruf alif bagi melambangkan bunyi vokal [a] berbanding dengan ejaan
Jawi dalam DKBM. Ejaan Jawi yang menggunakan huruf alif secara
meluas ini tentunya mematuhi prinsip kepastian dan ia bersifat lebih
mesra pengguna dan lebihmudah dipelajari. Misalnya, ejaan bagi
perkataan danda yang dibubuh alif pada suku kata pertamanya
membolehkan pembaca membacanya sebagai danda dan bukannya
denda.



45

ii. Penggunaan Huruf wau () dan ya ()

Ejaan Rumi Ejaan Jawi Batu Bersurat Ejaan Jawi Sekarang
ini


mulia


beri

bagi


sekalian

Islam



.
Berdasarkan data perbandingan di atas, didapati bahawa terdapat
percampuran sistem ejaan bagi bunyi vokal /i/, /e/ (taling), /u/, dan /o/.
Bagaimanapun ejaan bunyi /i/ dan /u/ padasuku kata tertutup seperti
dalam kata baginda, mengambil, tahil, menurut, tujuh, ratus, sepuluh, dan
masuk adalah konsisten dalam BBPT, iaitu dengan menggunakan sistem
baris.





46

2.2.1.3 Aspek Sintaksis

Aspek berikutnya dalam analisis bahasa batu bersurat ialah sintaksis.
Analisis sintaksis pada batu bersurat ini merangkumi binaan ayat. Batu
bersurat Terengganu memiliki ciri-ciri bahasa Melayu Klasik pada struktur
binaan ayatnya.
Salah satu aspeknya ialah binaan ayat yang berbentuk songsang.
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula
terletak pada hujung ayat. Pada batu bersurat ini, terdapat ayat yang
mempunyai bentuk songsang. Misalnya, Tiada dapat bersuami, jika ia
berbuat balabicara di muka ketiga batu bersurat ini. Ayat ini menunjukkan
predikat ayat tersebut iaitu tiada dapat bersuami dikedepankan dan subjek
ayat, jika ia berbuat balabicara diletakkan di belakang ayat. Ayat ini
merupakan ayat songsangan daripada ayat biasa iaitu jika ia berbuat
balabicara, tiada dapat bersuami.
Selain itu, batu bersurat ini juga mempunyai aspek ayat yang panjang dan
berbelit-belit. Terdapat beberapa ayat sedemikian di batu bersurat ini
contohnya Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku
atawa keluarga ku atawa anak dan tamra ini segala isi tamra barang siapa
tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. Kedua-dua contoh ayat di
muka keempat batu bersurat ini panjang dan berbelit-berbelit. Aspek ini
adalah salah satu ciri yang terdapat pada bahasa Melayu Klasik. Ayat yang
berbelit-belit seperti contoh yang dinyatakan, amat menyukarkan pembaca
untuk memahami apa yang cuba disampaikan.
Di samping itu, terdapat juga bentuk ayat pasif pada batu bersurat ini.
Ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga
subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.
Contoh ayat pasif pada batu bersurat Terengganu ialah pada muka keempat
iaitu di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini. Ayat ini
merupakan ayat pasif yang mana Dewata Mulia Raya selaku subjek pelaku
tidak dipentingkan.
47

Terdapat juga ragam ayat aktif pada batu bersurat Terengganu ini. Ayat
aktif ialah ayat yang menekankan objek. Dalam batu bersurat ini, ayat aktif
tidak begitu jelas oleh sebab struktur ayatnya yang berbelit dan sukar untuk
difahami. Sebagai contoh, Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba
meneguhkan Agama Islam merupakan ayat aktif yang terdapat pada muka
pertama batu bersurat ini. Ayat ini diklasifikasikan sebagai ayat aktif kerana
terdapat imbuhan men- pada perkataan meneguhkan.
























48

3.0 Konsep Teknik Terjemahan dan Penterjemahan
3.1 Terjemahan
Perkataan terjemah berasal dari bahasa Arab, iaitu tarjama (), yutarjimu
(), dan tarjamatan () (Louis Maluf, 1986: 60). Menurut Az-Zarqoni dalam
Ainin (2003: 54), secara etimologinya, perkataan terjemah digunakan boleh
membawa makna, pertama menyampaikan pembicaraan kepada orang lain yang
pembicaraan tersebut tidak sampai kepadanya. Kedua, terjemahan bererti
mentafsirkan perbualan dengan bahasa yang sama dengan bahasa perbualan itu.
Makna ketiga pula, Az-Zarqoni menyatakan bahawa terjemahan adalah perbualan
dengan bahasa bukan bahasa yang digunakan. Dan yang keempat, bererti proses
pengalihan dari satu bahasa ke bahasa yang lain.

Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan
daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan
proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil
percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi
kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan
ialah aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan.Mat Taib bin Pa
merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu
bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh
melahirkan persamaan reaksi.
Pendapat daripada Abraham Cowley (1656) mengatakan terjemahan sebagai
tiruan. Dryden (1680) pula berpendapat terjemahan melibatkan tiga jenis iaitu:
i. Metafrasa
- Penterjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi baris.
ii. Parafrasa
- Terjemahan yang mengikuti karya asal dengan rapat, tetapi yang diikuti
ialah maknanya bukan perkataannya.
49

iii. Tiruan
- Penterjemah mengambil sikap bebas, bukan setakat mengubah perkataan
dan ayat, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan hal itu perlu demi
kepentingan semangat teks tersebut.
Alexender Fraser Tytler (1790), melalui bukunya berjudul "The Principle of
Translation", Tytler mengemukakan tiga prinsip terjemahan:
i. Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang
terkandung dalam teks asal.
ii. Stail dan gaya bahasa terjemahan mestilah sama sifatnya dengan stail
dan gaya teks asal.
iii. Kesan terjemahan itu mesti dirasakan seolah-olah sebuah karya asli.
Selain itu Tytler telah memperkenalkan teknik-teknik yang moden yang
dapat digunakan hingga ke hari ini.
Oleh itu, berdasarkan tokoh-tokoh di atas yang membicarakan tentang topik ini,
terjemahan dapat dirumuskan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu
bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna (isi kandungan teks
sumber).
3.2 Penterjemahan
Penterjemahan pula berbeza dengan terjemahan, perkataan penterjemahan
membawa maksud proses alih pesan, sedangkan terjemahan adalah hasil dari
suatu terjemahan (M. Rudolf Nababan, 2003: 18). Menurut Rochayah Machalli
(1993: 4) penterjemahan adalah :
the replacement of textual material in one language (SL) by equivalent textual material in
another language (TL).
50

Yang bermaksud penggantian material teks dalam suatu bahasa (bahasa
sumber) dengan material teks yang setara (ekuivalen) dalam bahasa lain (bahasa
sasaran).
Newmark (1993: 4) pula menyatakan penterjemahan sebagai :
rendering the meaning of a texs into another language in the way that the author intended
the text.
Yang bermaksud menterjemahkan makna suatu teks ke dalam bahasa lain
sesuai dengan yang dimaksudkan pengarang teks.
Definisi ini hampir sama dengan yang dikemukakan Asad M. Hakim (1989: 75)
yang menyatakan bahawa penterjemahan adalah usaha menggantikan teks dari
suatu bahasa ke bahasa lain dengan tetap menjaga keutuhan makna. Pada tahun
1789, George Cambell telah menyatakan dalam bukunya bahawa secara
ringkasnya, terdapat tiga prinsip dalam kaedah penterjemahan :
i. Penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang terkandung dalam teks
asal dan mengekalkan unsur-unsur seperti perkataan, struktur ayat dan stail
kepengarangan penulis asal.
ii. Penterjemah juga mesti mengekalkan sifat-sifat teks asal tetapi dengan cara
penterjemah menggunakan ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada bahasa
penerima.
iii. Penterjemah hendaklah memastikan supaya penterjemahan itu terasa
seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca, senang difahami serta gaya
bahasa yang bersahaja.

Larson (1984: 26) telah mengatakan dengan lebih kompleks lagi tentang
penterjemahan yang meliputi aspek-aspek dari segi bentuk dan makna. Bentuk
(struktur) perkataan disebut sebagai struktur luar, yang mencakup struktur leksikal,
51

gramatikal, dan fonologi. Struktur makna atau semantik disebut struktur dalaman.
Struktur luar berkaitan dengan maklumat ekspilisit, manakala unsur dalaman pula
berkaitan dengan informasi implisit yang tidak memiliki bentuk, tetapi mempunyai
makna dan maklumat yang dimaksudkan oleh penulis dalam teks bahasa sumber.
Enam aspek penterjemahan yang dikemukakan oleh Eugene E.
Nida menghasilkan empat pedoman untuk memandu para penterjemah memilih
apa yang wajar dalam situasi-situasi tertentu. Pedoman-pedoman tersebut ialah :
1) Keselarasan konteks lebih diutamakan daripada keselarasan cara sesuatu
maklumat
2) itu dikemukan, atau keselarasan perkataan demi perkataan.
3) Persamaan dinamis hendaklah lebih diutamakan daripada keselarasan
formal.
4) Bentuk - bentuk bahasa yang didengar hendaklah lebih diutamakan daripada
bentuk-bentuk yang ditulis.
5) Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk-
bentuk bahasa.









52


3.2.1 Prinsip Penterjemahan
Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan
kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh
akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah
faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu,
penerjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip
yang tertentu.


Tidak mengubah
maksud pengarang
teks asal.


Menterjemah Makna
Bahasa bukan
menterjemah bentuk
bahasa.


Menghormati
tatabahasa
penerima.


Menghasilkan
terjemahan yang
mudah difahami
pembaca.

53

Konkulisinya, berasaskan prinsip-prinsip yang telah dinyatakan, seseorang
penterjemah diharapakan dapat menghasilkan satu karya yang mampu untuk
dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang
boleh difahami serta selesa untuk dibaca.
3.3 Teknik terjemahan
Terdapat pelbagai teknik terjemahan yang wujud untuk menterjemahkan
pelbagai bidang ilmu dalam perbincangan ini, tiga teknik utama terjemahan akan
diterangkan iaitu pertama terjemahan terus,terjemahan struktural dan terjemahan
global.

3.3.1 Terjemahan terus
Terjemahan terus atau turut dikenali sebagai terjemahan harfiah adalah
terjemahan yang menterjemahkan perkataan demi perkataan. Terjemahan ini cuba
untuk mengembalikan bentuk bahasa sumber serta isi kandunganya.

Teknik
terjemahan
Terjemahan terus

Terjemahan struktural
Terjemahan global
54

Diantara unsur yang cuba dikekalkan meliputi unit-unit nahu, persamaan
pengunaan perkataan,makan seperti teks asal,rima,rentak dan sebagainya. Oleh
demikian,untuk mengekalkan terjemahan seperti teks yang asal,penterjemah
melakukan pekara-pekara seperti berikut :










Dalam usaha untuk mengekalkan pengunaan perkataan,penterjemah
lazimnya akan mencari istilah yang membawa erti yang sama antara bahasa
sumber dan bahasa penerima iaitu terjemahan satu perkataan dengan satu
perkataan. Untuk mengekalkan makana sebagaimana yang terkandung dalam
teks sumber,penterjemah akan menyesuaikan semula bentuk-bentuk idiom
seperti simpulan bahasa,peribahasa dan istilah tetap mengikut bahasa penerima.





Menterjemah kata nama
dengan kata nama dan kata
kerja dengan kata kerja
Mengekalkan semua frasa
danayat seperti dalam teks
asal dan tidak akan
memecahkan unit itu dan
menyusunnya semula.

Mengekalkan semua tanda-tanda karangan formal seperti
tanda baca,nokhtah,huruf besar dan sebagainya.
55

Dibawah adalah contoh teknik terjemahan terus
Bahasa sumber Bahasa sasaran
senja di bukit bentong

sunset on bentong hill

jalan raya samar dan the highway dim and
My brothers and sisters: I am sure
that the most presistent and
restless desire of my life is to be
fully human and fully alive.

Abang-abang dan kakak-kakakku: saya
percaya bahawa hajatku yang paling
utama dan meresahkan ialah untuk
menjadi manusia yang sepenuhnya
dan hidup sepenuhnya.


3.3.2 Terjemahan struktural
Terjemahan struktural merupakan terjemahan yang menterjemahkan teks
asal dalam bahasa sumber secara terpisah atau dipecahkan kepada ayat-ayat
dan frasa. Kaedah ini dilakukan dengan menterjemah ke atas pecahan-pecahan
ayat itu. Terjemahan ini juga memberi keutamaan terhadap bahasa sumber.
Antara perkara yang penting dalam kaedah terjemahan ini adalah bentuk ayat,
struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber
mesti dikekalkan.
Selain itu,terjemahan perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah
serupa dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran (tidak boleh
diterjemahkan secara sepadan). Contohnya: peribahasa Until cows come home
diterjemahkan sebagai sehingga lembu-lembu datang pulang, bukan dipadankan
dengan peribahasa Melayu Menanti kucing bertanduk.


56

Dibawah adalah contoh terjemahan struktural
Bahasa sumber Terjemahan
perkataan
Bahasa sasaran
Industrialized
countries lead the
way in collection and
preservation of
cultural treasures
that belong to the
developing world.

Industrialized
countries lead
the way
Negara-negara
industri mendahului
jalan
In the collection
and preservation
dalam mengumpul dan
memelihara
Cultural
treasures that
belong to the
developing world
harta kebudayaan itu
kepunyaan kepada
dunia membangun.



3.2.3 Terjemahan global
Terjemahan ini juga turut dikenali sebagai terjemahan bebas. Terjemahan
ini tidak terlalu terikat kepada teks asal. Selain itu juga terjemahan ini
mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan
perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran.
Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa
sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa
sasaran. Namun demikian, makna atau maksud asal petikan atau teks masih
kekal dan terpelihara.Kaedah terjemahan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
terjemahan dinamis dan terjemahan adaptasi atau saduran.



57












i. Terjemahan dinamis
Istilah terjemahan dinamis diperkenalkan oleh Eugena A Nida dalam buku
Toward a Science of Translating. Mengikut Nida,terjemahan dinamis adalah
terjemahan yang menyalin semula maklumat ke dalam bahasa penerima daripada
bahasa sumber dalam bentuk persamaan terdekat dan bersahaja. Berdasarkan
kepada penyataan tersebut,dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa yang
ditekankan oleh terjemahan dinamis iaitu :






Penyalinan semula maklumat
Salin semula maklumat
dalam teks asal ke dalam bahasa
penerima
Persamaan lawan keserupaan
Salin semula maklumat dan
bukannya salin bentuk bagaimana
maklumat itu di ungkapkan.

Eugena A Nida
Terjemahan
dinamis

Terjemahan yang
terlalu bebas
terjemahan
adaptasi
atau saduran
58














ii . Adaptasi/saduran
Terjemahan adaptasi atau saduran merupakan terjemahan yang terlalu bebas.
Terjemahan ini dibuat tanpa sebarang kongkongan asalkan ianya dapat mengekalkan
isi kandungan dan semangat karya asal. Dalam hal ini penterjemah hanya mengambil
isi penting sahaja dan kadang-kadang menokok tambah dalam penterjemahan.
Terjemahan ini banyak digunakan dalam puisi,cerita dan sebagainya. Walaupun
terjemahan ini berupa bebas,terdapat beberapa faktor yang yang mempengaruhi
terjemahan ini iaitu





Persamaan yang bersahaja
Terjemahan hendaklah dibuat
dengan mengunakan ciri asli bahasa
sasaran dan jangan memaksa bahasa
sasaran mengambil bentuk tatabahasa
bahasa sumber

Persamaan terdekat
Penterjemah hanya boleh
menterjemah dengan mengunakan
persamaan yang paling dekat
maknanya .

Kepentingan gaya
Penterjemah hendaklah
menterjemah sesuatu teks itu
mengikut gaya penulis asal.
Keutamaan makna
Isi utama atau maklumat
penting yang terkandung dalam
teks asal haruslah mendahului atau
diutamakan.
59
























Faktor-faktor
Jenis teks yang perlu
diterjemah

Penanda stilistik teks bahasa
sumber
Setakat mana penterjemah
boleh memahami dan
menghayati teks bahasa
sumber

Pembaca sasaran
Kecenderungan gaya
penterjemah serta
kemampuanya mengenali laras
stilistik.
60

3.4 Perbezaan Dan Perbandingan Antara Teknik Terjemahan







TERJEMAHAN
SECARA
TERUS

i ) Menterjemah ayat secara terus satu persatu perkataan dan
menurut susunan yang sama.
ii) Menyebabkan konteks makna dalam teks asal tidak dikekalkan.
iii) Dapat mengekalkan gaya bahasa dalam teks sumber.
TERJEMAHAN
SECARA
STRUKTURAL
i) Mengubah struktur ayat bagi mendapatkan makna yang serupa
dalam teks sumber.
ii) Aspek gaya bahasa dalam teks sumber tidak dapat dikekalkan.
iii) Sesuai untuk menterjemah karya deskriptif bukan kreatif.
TERJEMAHAN
SECARA
GLOBAL
i) Mengubah secara keseluruhan struktur ayat atau susunan ayat.
ii) Idea asal dikekalkan tapi menggunakan perkataan lain tidak sama
dengan perkataan yang terdapat dalam bahasa sumber.
iii) Aspek gaya bahasa dalam teks sumber dapat dikekalkan.
iv) Sesuai untuk menterjemah karya kreatif.
61

4.0 Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kerja kursus ini dapat dihasilkan
dengan jayanya. Dengan penghasilan kerja kursus ini, saya dapat menimba ilmu dan
meneroka bidang ilmu yang amat berguna. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan dan Terjemahan nyata ialah bidang ilmu bahasa yang menkaji sejarah
bahasa Melayu, sistem ejaan jawi bahasa Melayu, perkamusan, dan penterjemahan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini, saya telah menerima
banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah
membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih
mengenali serta memahami tentang sejarah bahasa Melayu secara lebih terperinci.
Terdapat beberapa kelemahan dalam menyiapkan tugasan kerja kursus projek
ini. Masalah yang pertama ialah dari segi sumber. Kumpulan kami kerap kali
menggunakan perpustakaan institut untuk mencari maklumat. Walaubagaimanapun,
jumlah buku untuk kami jadikan rujukan amatlah terhad. Masalah yang kedua ialah
kekangan masa. Kami mengalami masalah untuk mengadakan perbincangan antara
ahli kumpulan kerana masa yang terluang yang kami ada sangat terhad. Tambahan
pula, tempoh masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah pada
minggu praktikum. Perbincangan tidak dapat dijalankan dengan kerap kerana kekangan
ini.
Walaupun terdapat kelemahan dalam menyiapkan tugasan ini, terdapat kekuatan
yang dapat kami banggakan. Kekuatan yang boleh dilihat dalam menyiapkan tugasan
ini ialah ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang baik.Pendapat ahli
kumpulan dapat dibincangkan dengan baik.
Daripada segi pandangan saya, terdapat beberapa cadangan yang boleh
dilakukan untuk menjadikan kerja kursus projek ini lebih bermutu. Cadangan yang
pertama ialah dari segi pengumpulan maklumat. Pengumpulan maklumat hendaklah
dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kekangan masa. Sumber maklumat perlulah
dipelbagaikan seperti mencari maklumat di perpustakaan di luar daripada institut
sebagai contoh di perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu,
kita dapat membandingbezakan dan menganalisis maklumat yang diperolehi dengan
62

lebih berkesan. Cadangan yang kedua ialah mengadakan satu perbincangan dengan
pensyarah secara formal. Perbincangan ini perlu kerana pensyarah mungkin terlupa
sesuatu perkara yang penting yang ingin disampaikan ketika waktu kuliah. Melalui
perbincangan, kita akan dapat berbincang dengan pensyarah tentang tugasan dengan
lebih mendalam.
Saya juga mula merasai kepentingan sejarah perkembangan, perkamusan dan
penterjemahan terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua
ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru
yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah
rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah
fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran ini, sedikit sebanyak telah membantu saya
dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya telah perolehi,
dengan izin Allah S.W.T, saya akan praktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah saya
banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat
kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek ini di mana dengan
hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai
guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan kelas pertama.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini yang saya
laksanakan bersama rakan telah membuat hubungan silaturrahim antara kami semakin
rapat. Sikap toleransi dan kerjasama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat
ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal
ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan
bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
63

tugasan kerja kursus projek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Pada pendapat saya, ilmu ini akan memberikan manfaat kepada saya ketika
saya berada di sekolah kelak. Untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, setiap
guru perlu mengambil berat tentang kepentingan perkamusan dan penterjemahan untuk
mengajar di sekolah kelak.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus projek ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang
mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama dan negara. Kita sebagai bakal guru perlu sedar tentang perkara sebegini.
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Penterjemahan amat
berguna dalam bilik darjah di sekolah kelak. Harapan saya, diharap bakal-bakal guru
dapat mengaplikasikan subjek ini ketika berada di sekolah kelak.


Disediakan oleh:

.............................................
(Mohd Hafiz Izzudin B.Zulkiflee)








64

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya masih lagi
diberikan kesempatan untuk melaksanakan tugasan ini sebagaimana yang dirancang
walau sedikit kelewatan masa menyiapkannya telah dihadapi saya.
Penghasilan kerja kursus BMM 3112 ( Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan dan Terjemahan ) ini merupakan tugasan berpasagan. Banyak
pengorbanan serta usaha yang perlu diberikan untuk merealisasikan penghasilannya.
Tidak dinafikan, terdapat pelbagai dugaan serta rintangan yang terpaksa ditempuhi
sepanjang saya menghasilkan tugasan ini.
Rintangan yang pertama adalah dari segi pengurusan masa.Oleh kerana pada
semester ini para pelajar semester 6 diwajibkan hadir ke sekolah untuk sesi praktikum
selama dua bulan, maka aspek pengurusan masa untuk menyiapkan tugasan
merupakan perkara serius yang perlu ditangani. Masa yang ada perlu digunakan
dengan sebaiknya. Keadaan ini telah mengajar saya untuk membuat satu pengurusan
masa yang lebih efisyen dan terancang agar tidak timbul masalah kekangan masa
keran sememangnya masa sentiasa mecemburui kita..
Masalah seterusnya yang saya hadapi adalah pengumpulan maklumat mengenai
tugasan yang amat sukar untuk diperolehi. Oleh kerana ini merupakan kali pertama
saya mempelajari subjek ini, maka saya masih lagi terkial-kial untuk mengerahkan
fikiran saya memahami tajuk ini. Walaubagaimanapun, masalah ini berjaya juga saya
atasi hasil perbincangan lanjut bersama rakan seperjuangan serta pensyarah.Ternyata,
masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menambahkan pengetahuan saya
mengenai subjek ini.
Selain masalah-masalah di atas, terdapat juga beberapa masalah kecil lain yang
saya hadapi contohnya penyesuaian hasil kerja dengan format tugasan yang baru,
kekeliruan dalam memilih grafik untuk tugasan, pengetahuan kosa kata yang cetek
serta pelbagai masalah lain. Alhamdulillah, semua masalah ini Berjaya saya atasi
dengan baik.
Penghasilan tugasan ini secara tidak langsung banyak memberikan manfaat
kepada saya.Antara faedah yang saya perolehi adalah penambahan ilmu bahasa yang
65

belum pernah saya ketahui. Contohnya, cara-cara penterjemahan. Sebagai seorang
guru Bahasa Melayu, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa merupakan satu
keperluan yang perlu ada supaya maruah sebagai guru bahasa sentiasa terpelihara.
Pengetahuan ini juga penting agar kita sedar mengenai asal usul kita.
Melalui tugasan ini juga mendidik saya agar lebih banyak kolaborasi dengan
rakan kerja dan juga pensyarah agar keputusan dan tindakan yang bakal diambil tidak
akan membelakangkan mana-mana pihak di samping mendapatkan keputusan yang
terbaik buat semua.
Kesimpulannya, penghasilan tugasan ini merupakan satu perkara yang
mencabar tetapi mampu mendatangkan kepuasan jika ianya dihasilkan atas usaha
gigih kita sendiri. Disebalik setiap masalah yang timbul, terdapat pelbagai kelebihan
yang tersembunyi. Benar kata-kata orang bijaksana, di sebalik hujan, terdapat pelangi
indah yang bersembunyi.
Sekian,terima kasih.

_______________
( Mohd Sharif Bin Rashid )
( 900420-11-5669 )








66

BIBLIOGRAFI
BUKU
Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid. ( 2009 ).Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,
Perkamusan dan Terjemahan. Open University Malaysia. Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dan Esei-Esei Lain.
Shah Alam : Penerbitan Fajaar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (2006). Tatabahasa Dewan, (edisi baharu).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz.(2008). Bahasa Melayu 1. Selangor:
Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Jilid 1 . 1994. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar.Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan . 1986. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.






67

Laman Sesawang

http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/bbm3401.htm
http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=211
http://eduframe.net/UM/Texts%5CKELAYAKAN%20MENTERJEMAH.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penterjemahan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu. Dilayari pada 3 September 2012.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Klasik. Dilayari pada 5 September 2012.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu. Dilaayri 5 September 2012.
http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/02/perkembangan-bahasa-melayu-bukti.html.
Dilayari pada 5 September 2012.
http://www.scribd.com/doc/65051045/KONSEP-TERJEMAHAN-DAN-
PENTERJEMAHAN Dilayari pada 30 Ogos 2012.
http://www.slideshare.net/MohdRainie/terjemahan dilayari pada 30 Ogos 2012.
http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html Dilayari
pada 2 September 2012.
http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm Dilayari pada 2 September 2012.
http://www.scribd.com/doc/33307761/Sejarah-Perkembangan-Bahasa-Melayu. Dilayari
pada 2 September 2012.




68

Anda mungkin juga menyukai