Anda di halaman 1dari 10

TOPIK 1: ASAL USUL BAHASA MELAYU

Pengenalan

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan kerana
pengkajian terhadap bahasa ini amat rumit dan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu masih
belum ditemui. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul
bahasa Melayu. Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada Asia tengah di bahagian selatan
China dan kawasan Nusantara.

Bahasa Melayu melalui pelbagai peringkat dalam perkembangannya bermula daripada bahasa
Melayu kuno kepada bahasa melayu klasik hinggalah kepada bahasa Melayu moden yang
diguna sehingga ke hari ini. Peringkat perkembangan ini banyak dipengaruhi oleh bahasa-
bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa
Eropah lain.

Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi Negara Malaysia
yakni dijadikan sebagai bahasa yang perlu difahami dan diketauhi oleh semua rakyat serta
digunakan dalam pentadbiran dan pemerintahan negara. selain itu bahasa Melayu berperanan
dalam menyemarak perpaduan antara rakyat, sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa
1 penghantar dalam pendidikan
PENGENALAN SEJARAH dan urusan rasmi.Perkembangan
PERKEMBANGAN BAHASAbahasa Melayu
MELAYU dapat dilihat
(BMM1014)
secara jelas dan keadaan ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan dan status bahasa
Melayu.  

Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa
yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa
yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem von
Humboldt, van der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-
lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji
Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini
berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern,iaitu seorang
ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah
berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua
tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze
yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan
bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama
dengan bahasanya sekali.

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa
bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan.
Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat
juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga
mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap bahasa Melayu
mendapati bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Pendapat
yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud
bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi
menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. kawasan Nusantara.
Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia
Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.

1.1 Konsep Melayu


a. Takrif awal istilah Melayu

Sebelum kita membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, elok kita
terlebih dahulu tentukan pengertian Melayu. Konsep Melayu merupakan konsep yang luas
dan memerlukan ruang masa yang panjang untuk diungkaikan akibat daripada keluasan dan
2 PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (BMM1014)
bilangan penuturnya.

Pada peringkat awal, istilah Melayu dikaitkan dengan kerajaan. Konsep ini diutarakan
berdasarkan bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa perkataan Melayu sebenarnya
merujuk kepada kawasan atau kerajaan dan bukanlah merujuk kepada sesuatu bangsa
tertentu.

Menurut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan “Himalaya” yang telah
disingkatkan kepada “Malaya” dan kemudian berkembang menjadi melayu. Perkataan
“Himalaya” berasal daripada perkataan hima dan alaya dimana “hima” bererti salji atau salju
dan “alaya” bererti tempat. Terdapat juga pengkaji yang menyatakan bahawa perkataan
melayu itu berasal daripada perkataan “Malaiyur-pura” berdasarkan bukti yang terpahat
pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Malaiyurpura bererti kota malaiyur atau kota
gunung. Dari situ timbul perkataan malayiur  yang menjadi malaiyu, malayu dan
seterusnya melayu.

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan, namun
terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu dimana 
terdapat catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-
yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Orang Mo-lo-

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


yeu  dikatakan  mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil
bumi kepada raja China.

Terdapat juga catatan seorang rahib Buddha bernama I’tsing yang menggunakan kata mo-lo-
yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Berdasarkan catatan ini.
I’tsing telah mengubah nama mo-lo-yu kepada bhoga dan sribhoga. Dipercayai Bhoga ialah
Palembang, iaitu ibu negeri sriwijaya dan Bhoga ialah tanah jajahan takluk sriwijaya,
termasuk mo-lo-yu.  Menurut catatan I’tsing, terdapat sejenis bahasa iaitu bahasa Kun Lun
dituturkan oleh orang tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi di Sriwijaya. Keadaan
ini menunjukkan bahawa perkataan melayu sememangnya diambil daripada nama kerajaan
dan bukan merujuk kepada sesuatu bangsa pada dasarnya.

Ada juga yang mempercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi,


Sumatera, iaitu berdasarkan kepada sebatang sungai yang deras alirannya yang terdapat di
situ, iaitu Sungai Melayu. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “mlayu”  bermaksud berlari
atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang
bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.

Istilah melayu dvipa telah ditemui dalam sebuah kitab hindu purba, iaitu  purana yang ditulis
sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500M. dalam kitab tersebut, dijelaskan
3 PENGENALAN SEJARAHtanah
bahawa Dvipa bermaksud PERKEMBANGAN
yang dikeliilingiBAHASA
air danMELAYU (BMM1014)
dikatakan Dvipa tersebut
mengandungi banyak lombong batu yang berharga. Para pengkaji beranggapan
bahawa Malaya dvipa yang dimaksudkan ini adalah pulau sumatera.

Istilah “Melayu” yang merujuk kepada bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan
Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. Berdasarkan
kepada teks-teks yang berhubungan dengan Melaka klasik, istilah Melayu hanya merujuk
kepada keturunan yang “berbangsa” dan “berasal” iaitu merujuk kepada keturunan raja-raja
melayu dari Sumatera. Bagaimanapun, bermula pada abad ke-17, penggunaan bahasa
Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin meluas dan dikatakan pada ketika itu, Melayu
merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara. Seorang pengkaji bernama Collin
mengusulkan bahawa bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu berdasarkan kepada
kesamaan dalam bentuk badan, pakaian, adat resam dan kebudayaan.

b. Takrif dari segi Etimologi

Etimologi ini bermaksud kajian tentang asal-usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna
perkataan tersebut. Menurut Mohd Rashid (2007), mengatakan bahawa ‘Melayu’ itu terbit
daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil ‘Malai’ yang
bererti bukit atau tanah tinggi. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malayo. Berdasarkan

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


sejarah, bangsa yang bernama Melayu itu menempat dengan sunyi di sebuah kawasan anak
sungai yang bernama Sungai Melayu di Hulu Sungai Batang hari atau kini terkenal dengan
nama Sungai Jambi. Manakala di kawasan hulu Sungai Jambi itu terdapat sebuah kerajaan
Melayu semasa sebelum terkenalnya Kerajaan Srivijaya atau Palembang Tua.

Istilah ‘Melayu’ ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai sebuah suku bangsa
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Bagaimanapun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah ‘Melayu’ hanya merujuk kepada
seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Merujuk kepada kata lain,
bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah ‘Melayu’ yang digunakan untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu
perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu
Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah ‘Melayu’ yang
merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah ‘Melayu’ hanya
merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah ‘Melayu’ muncul buat pertama kali pada kira-kira 100 hingga 150 Masihi
dalam karya M. Ptolemy, Geographike Sintaxis yang menggunakan istilah ‘maleu-kolon’. G. E.
Gerini menganggap bahawa istilah tersebut berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu
‘malayakom’ atau ‘malaikurram’, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung
4 PENGENALAN
Malaysia. SEJARAH
Sebaliknya, Roland PERKEMBANGAN
Bradell menganggap BAHASA
tempat itu MELAYU (BMM1014)
merujuk kepada Tanjung
Penyabung. Istilah ‘Malaya dvipa’ muncul dalam kitab Purana, iaitu sebuah kitab Hindu purba
yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud ‘tanah
yang dikelilingi air’ dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab tersebut, para
pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa merupakan sebuah Pulau Sumatera.

Istilah ‘Mo-lo-yu’ juga ada dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada
sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasting Tang. Para pengkaji bersependapat
bahawa perkataan ‘Mo-lo-yo’ yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di
Pulau Sumatera serta Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Penakrifan orang Melayu
merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu,
penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia dan sebahagian dari
negeri Thailand dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya
sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum atau suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga
Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri
mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia.
Walaupun sedemikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama
ada seseorang itu orang Melayu, iaitu:
i. Penakrifan undang-undang
ii. Penakrifan antropologi

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


Manakala di Malaysia pula, Perlembagaan dalam perkara 160 (2), mentakrifkan orang Melayu
sebagai:
i.  Seorang yang beragama Islam
ii. Bertutur Bahasa Melayu
iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu

Bukan itu sahaja, malah orang Melayu ini dikatakan lahir sebelum Hari Merdeka sama ada di
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada Hari Merdeka, dia
bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan
demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, takrifan adalah dianggap tidak
menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar
Persekutuan Malaysia. Misalnya, di Selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang
bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakrifan ini
dikatakan tidak sesuai digunakan untuk takrifan kepada kaum Cina yang berbeza pertuturannya,
sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dalam kalangan suku-suku kaum yang
berlainan.

c. Takrif berdasarkan bangsa

5 PENGENALAN
Istilah Melayu dapatSEJARAH PERKEMBANGAN
diberikan kepada dua pengertian,BAHASA MELAYU
iaitu pengertian yang (BMM1014)
luas dan juga
pengertian yang sempit.

i. Pengertian yang Luas


Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung
Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan Kepulauan Melayu. Berdasarkan ‘The Malay
Culture Study Project’ (1972), konsep Melayu ini merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung
Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan
Madagaskar. Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk
kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai
Timur Sumatera dan beberapa tempat yang lain di Nusantara.

ii. Pengertian yang Sempit


Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu dalam
Perkara 153 yang telah mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu
apabila mereka memiliki ciri-ciri seperti berikut:
 Lazimnya berbahasa Melayu
 Berkebudayaan Melayu
 Beragama Islam (Tukar kewarganegaraan: taraf Melayu hilang, yang murtad)

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk yang paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka
diperkirakan ada di sini sejak abad 1000 Sebelum Masihi berdasarkan penerokaan arkeologi
di Gua Cha, Kelantan. Menerusi orang Negrito inilah telah diperturunkan orang Semang yang
mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung

lebar, berbibir penuh serta memiliki bentuk saiz badan yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada tahun 2500
Sebelum Masihi. Mereka pada masa itu telah memiliki peradaban yang lebih maju berbanding
orang Negrito, iaitu ditandai dengan kemahiran yang pandai bercucuk tanam. Terdapat satu
lagi persamaan antara Melayu Proto di mana golongan ini dikenali sebagai Melayu Negosiddek
di mana kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu
Negosiddek ini dikatakan mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang

Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro pula merupakan gelombang lanjutan daripada perpindahan
6 PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (BMM1014)
orang Melayu kuno yang kedua, iaitu Melayu Proto yang berlaku pada tahun 1500 Sebelum
Masihi. Mereka merupakan antara manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran
berlayar.

1.2 Salasilah bahasa Melayu


a. Hipotesis tempat asal bahasa Melayu

Bahasa seringkali dikaitkan dengan bangsa. Orang melayu dikatakan berasal dari induk
Austronesia dan dipercayai induk Austronesia ini menuturkan bahasa Austronesia. Oleh itu,
bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa melayu. Bahasa-bahasa rumpun
Austronesia tersebar luas dari farmosa (di utara) hingga ke New Zealand (di selatan) dan dari
Madagaskar (di barat) hingga ke Kepulauan Easter (di timur). Bahasa Austronesia yang
menjadi induk kepada bahasa melayu melahirkan bahasa-bahasa yang seterusnya yang
diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Berdasarkan rajah salasilah
bahasa, para pengkaji menentukan perkembangan bahasa berdasarkan faktor usia, dimana
konsep bahasa dibahagikan kepada filum, rumpun dan keluarga bahasa.

Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas.
Rumpun ialah kelompok bahasa yang berusia sekitar 2500-5000 tahun dan keluarga

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


bermaksud kelompok bahasa yang berusia kurang dari 2500 tahun. Keluarga bahasa ini
dipecahkan pula kepada beberapa subkeluarga. Pembahagian rumpun bahasa Austronesia
ditunjukkan dalam rajah 1.

7 PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (BMM1014)

              Rajah 1: Salasilah bahasa Austronesia

Berdasarkan rajah 1, didapati bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum
bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Rumpun
bahasa Austronesia termasuklah keluarga Melanesia, Mikronesia, Polinesia dan Nusantara.
Nusantara dibahagikan pula kepada beberapa subkeluarga iaitu Sumatera, Filipina, Jawa,
Kalimantan dan Bali-sasak. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan
Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias,
Lampung dan Orang Laut.

Menurut ahli arkeologi dan ahli linguistik, terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bahasa
Melayu iaitu dari Kawasan Asia Tengah dan Nusantara

Bahasa Melayu berasal dari  kawasan Asia Tengah iaitu dari bahagian selatan China tetapi
tidak dapat dipastikan di mana tempatnya kerana pelbagai nama digunakan untuk merujuk
kepada kawasan tersebut. Ada yang mengatakan di Yunan, Barat daya China, Indo-China, Pantai

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan ada yang mengatakan tempat tersebuat
adalah Burma.
Antara bukti yang mengukuhkan hujah ini ialah:
i. Terdapat persamaan dari segi kosa kata, fonologi, morfologi, sintaksis: konsep yang berbeza
antara “kami” dan “kita”, sistem bilangan, gender dan lain-lain.
ii. Persamaan dari segi adat resam dan trait kebudayaan seperti kepercayaan kepada
semangat, pertanian, adapt makan sirih dan adat kelahiran bayi.
iii. Persamaan dari segi sistem sosial, susunan keluarga, sistem perkahwinan
iv. Persamaan dari segi perkakas dan peralatan seperti kapak batu, kapak persegi bujur, pasu,
tempayan dan takar.
v. Perpindahan dari utara (bahagian selatan China) menuju ke selatan melalui pelbagai tujuan.
Perpindahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat. Terdapat dua perpindahan terbesar yang
menurunkan kelompok Melayu.

Perpindahan pertama
Perpindahan pertama berlaku di selatan negeri china, pada kira-kira 3000-2500 tahun sehingga
1500 sebelum masihi. Perpindahan ini dilakukan oleh satu puak yang diberi nama proto-
malayas atau Melayu proto. Namun tidak dapat dipastikan mengapa mereka berpindah.
Kelompok ini dikenali sebagai orang asli dan masih wujud sehingga ke hari ini. Antara yang
masih wujud di Malaysia ialah orang asli Negrito, Senoi, Jakun dan temuan.
8 PENGENALAN
Mereka SEJARAH
berpindah dari kawasan PERKEMBANGAN
pergunungan di Barat BAHASA MELAYU
Daya China (BMM1014)
melalui beberapa laluan
seperti dari hulu sungai-sungai di Myanmar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan
hujung utara Pulau Sumatera yang sekarang terkenal dengan nama Acheh. Dari situ terus ke
selatan dan ke pulau-pulau yang lain di di Asia Tenggara.
Laluan kedua ialah dari hulu sungai di utara Thailand menuju ke selatan  hingga ke Segenting
Kra. Dari sana terus ke semenanjung tanah Melayu, sumatera, jawa dan pulau-pulau yang lain.
Laluan ketiga ialah dari hulu-hulu sungai di Vietnam dan Laos ke selatan dan menyeberang ke
Kalimantan dan kemudian ke pulau-pulau lain.
Laluan keempat ialah dari farmosa atau Taiwan ke pulau-pulau Filipina dan terus ke selatan dan
pulau-pulau lain. Hipotesis tentang perpindahan ini dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin
pada tahun 1892 dan diperkukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. berdasarkan kajian
Geldren terhadap beliung bersegi panjang yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze,
Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawadi dan sungai Brahmaputra, beliau mendapati
bentuk dan jenis beliung adalah sama seperti yang ditemui di Nusantara. Oleh itu, beliau
membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut dibawa dari Asia Tengah ke Nusantara.

Perpindahan kedua
Perpundahan kedua berlaku kira-kira 1500 tahun sebelum masihi hingga 300 selepas masihi.
Mereka ini dikenali sebagai Deutero-malays atau Melayu Deutero, iaitu melayu kedua. Tidak
dapat dipastikan sebab-sebab perpindahan mereka. Mungkin untuk mencari makan yang lebih

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


mudah, mugkin untuk berpindah ke tanah yang rendah atau mungkin terdesak oleh bangsa lain.
Walau apa pun alasannya, melayu deutero telah berpindah ke selatan melalui jalan dan laluan
yang pernah dilalui oleh melayu proto. Apabila mereka sampai ke selatan, mereka yang lebih
tinggi tamadunnya telah mendesak dan mengasak Melayu Proto ke daerah pinggiran, ke hulu
sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat terpencil. Sedangkan orang Melayu Deutero
tinggal di kawasan pamah, tanah rendah, kawasan di pinggir sungai dan di tepi laut seperti orang
melayu, aceh, sunda, jawa, bugis, makasar, madura dan Filipina.
Orang Melayu deutero lebih tinggi kebudayaan dan tamadunnya berbanding Melayu Proto,
walaupun masih menggunakan batu untuk membuat alatan seperti kapak dan beliung. mereka
mahir dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Namun terdapat masalah yang timbul daripada teori ini iaitu yang pertama, sekiranya orang
Melayu proto dan Melayu deutero ini baru sampai di kepulauan Asia tenggara pada 2000 hingga
5000 tahun yang lalu, bangsa apakah yang tinggal di kepulauan Asia Tenggara? Kerana
mengikut temuan arkeologi dan tinggalan sejarah, terdapat manusia yang  telah lama tinggal di
kepulauan Asia tenggara. Masalah kedua ialah, selain orang Melayu proto dan Melayu deutero,
terdapat manusia yang datang dari kumpulan manusia Melanesoid yang tidak sama dengan
orang Melayu proto dan Melayu Deuteron. Contohnya ialah penduduk di Nicobar, orang Negrito
di semenanjung dan Maluku serta Irian Jaya dan Melanesia. Masalah ketiga ialah terdapat
kerencaman jenis bahasa di Kalimantan serta Pulau Irian. Keadaan ini membuktikan bahawa
9 PENGENALAN
kedua-dua SEJARAH
tempat ini menjadi PERKEMBANGAN
kawasan BAHASA
dua jenis barang yang MELAYU
berlainan. (BMM1014)
Ini bermakna tempat ini
adalah daerah induk bahasa yang berlainan dan masalah keempat ialah daripada bukti sejarah
yang menunjukkan bahawa lama sebelum orang Melayu proto dan deutero wujud, telah ada
petempatan manusia yang telah mantap. Bahkan, makhluk purba seperti manusia telah wujud
dalam alam Melayu sejak ratusan ribu tahun.

Bahasa Melayu Berasal dari Kawasan Nusantara. Berdasarkan hipotesis ini, orang Melayu
dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang wujud di
Nusantara. Homo eretus ialah jenis makhluk yang yang telah lama wujud di Asia
Tenggara. Makhluk ini jauh kebih tua daripada peking man (china man) yang ditemui di
china. Homo eretus dikenali sebagai java man yang berumur lebih daripada 1,400,000 tahun.
Bahkan ada juga tulang rangkanya yang berumur 1,900,000 tahun yang ditemukan di pulau jawa.
Manusia jawa ini terdiri daripada beberapa jenis seperti meganthropus palaeojavanicus,
pithecanthropus Robustus, pithecanthropus Erectus , homo soloensis, homo wajakensis dan lain-
lain. Tinggalan-tinggalan daripada mereka ini ditemui di pelbagai tempat terutamanya di jawa
tengah dan jawa timur seperti di kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombong dan Sangira. (C.AA
Mees, 1967;Widjiono Wasis, 1991). Makhluk-makhluk purba bukan sahaja ditemui di pulau jawa
malah ditemui di soppeng, sulawesi selatan, yang berumur kira-kira 100 000 tahun; gua niah di
Sarawak berumur kira-kira 40 000, di Sabah terdapat homo sapiens, kira-kira 40 000 – 30 000
S.M; manusia perak  yang berumur 35 000 dan banyak lagi.

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI


Manusia purba inilah yang kemudiannya menurunkan manusia lain yang ada di Asia tenggara
seperti Australoid, Melanesoid, Austro-Melanesoid dan lain-lain. Kemudian terdapat juga bangsa
manusia dari kelompok Palaeo-Mangoloid dan seterusnya Mangoloid. Akhirnya, daripada titisan
keturunan mereka ini lahirlah manusia yang dikenali sebagai the Malay Stock atau Rumpun
Melayu yang mendiami daerah yang sangat luas, iaitu dari madagaskar hingga ke Irian jaya
bahkan sampai ke timur  hingga ke polinesia. Rumpun bahasa ini juga yang memiliki keluarga
bahasa yang terkenal dengan nama Melayu-polinesia atau Austronesia, yang tersebar luas di
separuh bahagian dunia. Daripada bahasa induk Melayu-Polinesia ini lahirlah pelbagai bahasa
seperti jawa , bali, sunda, bugis, madura, aceh, batak dan juga termasuk bahasa melayu yang
menjadi lingua franca di asia tenggara dari sri lanka sampai ke pantai utara Australia dan dari
Champa hingga ke bali selama beberapa abad.

Pada zaman pertumbuhan kebudayaan di asia tenggara kawasan daratannya masih luas kerana
pada masa itu, pelantar sunda (sunda shelf) masih belum terendam lagi.  Ini bermakna Tanah
Semenanjung, Sumatera, Kalimantan dan Jawa masih bercantum manjadi sebuah daerah
daratan yang luas dan dikenali sebagai tanah sunda (sundaland) (H.D Tjia, 1991). Di sinilah
tercanainya kebudayaan Asia Tenggara dan menjadi asas bagi rumpun bahasa Melayu-polinesia
terutama Melayu. Namun apabila berlaku kenaikan paras permukaan air laut., pelantar sunda
mula ditenggelami air, sehingga kempat-empat daerah tadi terpisah menjadi pulau dan tanah
10 PENGENALAN
semenanjung. PerkaraSEJARAH PERKEMBANGAN
ini disebabkan BAHASA
oleh air beku di kutub MELAYU
utara dan (BMM1014)
selatan cair disebabkan
cuaca yang bertambah panas. Peristiwa ini berlaku pada 18 000 – 17 000 tahun dahulu,
kemudian 14 000 tahun dahulu, selepas itu pada 12 500 tahun dahulu dan seterusnya pada 8000
tahun dahulu (Gatra, 9 julai 2005). Oleh sebab itu, daerah induk atau kawasan inti bahasa Melayu
sekarang ini terletak di suatu kawasan yang sempit, iaitu di pesisir  timur pulau sumatera, tanah
semenanjung, kepulauan riau dan sekitarnya dan pesisir pantai Kalimantan. Di tempat inilah
sekarang ini terdapat penutur asli bahasa Melayu atau the native speakers of the malays
language. 

1.3 Perbincangan
a. Perbincangan 1
Huraikan dengan ringkas sejarah asal usul kata “Melayu”

b. Perbincangan 2

Bincangkan konsep rumpun dan keluarga bahasa Melayu

Oleh:HJH. NORMI MOHD DALI

Anda mungkin juga menyukai