Anda di halaman 1dari 39

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Tugasan Huraikan Sejarah Perkembangan bahasa Melayu di Malaysia dengan merujuk khusus kepada perkembangan tulisan jawi,perkamusan, dan penterjemahan .

1.0 Pengenalan Penulisan ilmiah ini adalah merupakan tugasan projek bagi BMM3112 iaitu Sejarah Bahasa Melayu ,Perkamusan dan Terjemahan. Penulisan ilmiah ini mempunyai beberapa fasa. Fasa 2.0 akan membincangkan tentang asal-usul bahasa Melayu dan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Manakala fasa 3.0 pula akan membicarakan tentang sejarah perkembangan tulisan jawi. Dalam fasa 4.0 pula akan mengupas sejarah perkembangan pengistilahan.Perkamusan pula akan dibincangkan dalam fasa 5.0. Sejarah perkembangan penterjemahan akan dibincangkan dalam fasa 6.0. Manakala fasa yang terakhir 7.0 akan merumus perkaitan antara aspek aspek yang telah dibincangkan dalam fasa sebelumnya terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu serta cadangan untuk

memantapkan lagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. 2.0 Asal Usul Bahasa Melayu Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
1

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

2.1.1 Bahasa Melayu Berasal Dari Nusantara Menurut Nik Safiah Karim (1986 : 1), terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Golongan manusia ini datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia.Buktinya ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto.Gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Secara ringkasnya terdapat perkaitan antara pergerakan gelombang manusia dengan bahasa kerana

masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Nik Safiah Karim ( 1986 : 2 ) juga telah mengatakan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang demikian bahasa-bahasa ini dapat dibahagikan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera dan banyak lagi. Gorys Keraf ( 1984:184-201) pula berpendapat bahawa bangsa Melayu memang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah Indonesia dan Filipina. J.Crawfurd ialah seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera atau bahasa Melayu. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. Sehubungan itu, J.Crawfurd juga telah menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami
2

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau telah merumuskan bahawa Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.Manakala Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. Mengikut Harry Judge (1991 :18), bahasa Melayu telah wujud sejak abad kedua Masihi.Buktinya ialah kewujudan Kerajaan Melayu Campa yang terletak di Vietnam Tengah. Secara logiknya,kerajaan ini wujud kerana ada bangsa menetap di kawasan ini. Kewujudan bangsa telah membuktikan bahawa wujudnya bahasa untuk berkomunikasi.Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa bangsa yang

mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang berkenaan.Sehubungan itu, terdapat beberapa penemuan penggunaan bahasa Melayu seperti prasasti.Prasasti yang ditemui bertarikh pada abad ke-4

Masihi.Prasasti ini menggunakan bahasa Melayu Kuno Campa. Sumber ini ditemui di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan. Berdasarkan bahan bukti yang dijumpai,dapat dikatakan bahawa pendiri Kerajaan Melayu Campa ialah bangsa Melayu iaitu Melayu Campa dan begitu juga bahasanya. 2.1.2 Bahasa Melayu Berasal Dari Asia Tengah R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua. Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia ke tanah Kepulauan Melayu. Seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau ialah J.H.C. Kern. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina,
3

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antaranya ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern telah merumuskan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. Manakala W. Marsden (1812) pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik adalah merupakan bahasa yang serumpun. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

Menurut J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam yang terdapat di daerah Burma dan Tibet. Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana ( 11-28) dan Asmah Haji Omar (2829) juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat

penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar (1985:395) pula telah membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu
4

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Induk

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Klasik

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Kuno yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Purba. 2.1.3 Kesimpulan Asal-Usul Bahasa Melayu Berdasarkan pendapat Geldern tentang hasil kajiannya iaitu kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Berbeza pula dengan kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah.Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
5

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Pendapat Marsden (1812) bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur iaitu Lautan Pasifik, pantai barat, dan Selatan Asia di kawasan Nusantara sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara,dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia. 2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman

perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya. 2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman

prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu.

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa

Melayu

Purba

dipercayai

dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. 2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno. 2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, katakata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab. 2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava. Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf

Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya. Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh

bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk

memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit. 2.2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang

digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.
9

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan

kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti alHadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara. 2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab.

10

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda. Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong
dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.
11

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali. Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan. Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi. 2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. 2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.

12

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa. Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan",

"maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian. Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan

dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pundan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya dalam Sejarah Melayu.

13

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala,dan raja . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat. Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.

Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan. 2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-

perpustakaan barat ini. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara
14

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat,

perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu. 2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini
15

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda. Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara. Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua. Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan. Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

16

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah. 3.0 Sejarah Kedatangan Islam dan Tulisan Jawi Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama

(Hamdan 1999: 1). Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yang menyatakan bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada penempatan orang Islam di Sumatera Timur.Beliau menyatakan sedemikian kerana kemungkinan perpindahan orang Islam yang sudah bermastautin di negeri China sejak abad pertama akibat daripada kekacauan politik yang berlaku di China pada zaman Raja Hi-Tsung. Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. alAttass (1969 :11) orang Islam yang

berpindah dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan di Kalah Kedah pada sekitar tahun 878 Masihi dan di

Palembang.Penempatan yang sama berlaku di tempat lain seperti yang dibuktikan oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di Champa,Kampuchea bertarikh 431 Hijrah 1039 Masihi . Othman Mohd.Yatim dan Abdul Halim Nasir (1990:12-16) juga telah menyatakan terdapat penemuan inskripsi bertarikh 419 Hijarah 1020 Masihi di Permatang Pasir Pekan Pahang dan 440 Hijrah 1048 Masihi di Brunei. Sehubugan itu Omar Bin Awang (1985:189) juga bersetuju tentang kehadiran orang Islam di Asia Tenggara pada abad kelapan Masihi lagi dengan memetik G.R Tibbets (1957: 37) yang mengatakan bahawa kehadiran pedagang-pedagang Islam di pelabuhan-pelabuhan China,tentu sekali menunjukkan bahawa mereka juga telah
17

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

melawat dan berdagang di Asia Tenggara.Selain itu ialah bukti kedatangan Islam ialah penemuan tiga duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil di Kedah,membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di Kepulauan Melayu, ( Omar Awang, ibid:190) Menurut Wan Azmi ( 1980 : 144) di Kelantan telah ditemui wang emas yang tertulis tarikh 577 H/116 M dan tulisan Arab al-julus Kelantan yang bermaksud menduduki Kelantan dan tertulis al-Mutawakkil pada satu muka lagi iaitu gelaran rajanya yang bermaksud yang bertawakal kepada Allah, menunjukkan sudah tertubuh satu kerajaan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan yang kedua abad ke-12 M. Secara ringkasnya,kedatangan Islam bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu berubah,tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Implikasi yang amat besar dalam perkembangan bahasa Melayu akibat daripada proses pengislaman ialah penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga menjadi skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu. 3.1 Asal Usul Kata Jawi Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama Jawi itu berasal daripada kata nama bahasa Arab Jawah. Apabila dijadikan kata kata adjektif Jawah menjadi Jawi.Perkataan Jawah atau Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya alRihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata Java sahaja yang diambil, sedangkan dwipanya ditinggalkan. Kata Jawa ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata itu juga, atau dalam bentuk kata adjektifnya menjadi Jawi. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang
18

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

lain. Oleh sebab inilah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al- Fatani al-Jawi dan lain-lain. Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17). 3.2 Kemunculan Skrip dan Istilah Jawi Istilah tulisan Jawi hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Negara Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama tulisan Melayu Huruf Arab atau tulisan Melayu Arab. Penggunaan jawi digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain. Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18). Manakala menurut Russels Jones ( 1983:125) skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat selepas abad ke-7 H. Buktinya ialah berdasarkan kajian Fatimi (1963:50) yang membuktikan penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks bahasa melayu terdapat pada batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H/1303 M. Mengikut Omar Awang (1985:190), skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenal dengan nama skrip jawi.Tidak diketahui siapa yang memberikan nama jawi kepada skrip itu, namun Omar Awang telah memetik keterangan dalam kamus R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras

19

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

pulut serta makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau. Ringkasnya pendapat ini langsung tidak menyebut perkaitan nama Jawi dengan tulisannya. Omar Awang seterusnya menegaskan kemungkinan perkataan Jawi berasal daripada perkataan Arab al-Jawah. Beliau mengatakan sedemikian kerana kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14 M untuk menamakan Sumatera. Contohnya ialah Yaqut dalam Mujam al-Buldan, Abu al-Fida dalam Taqwin al-Buldan dan Ibn Batutah dalam Rihlat Ibn Batutah. Fakta ini mempunyai perkaitan iaitu menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahawa skrip ejaan yang digunakan oleh orang Sumatera, iaitu penduduk alJawah yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu. Pendapat yang terakhir ialah Jawi itu bermakna Melayu, misalnya dalam ungkapan Jawikannya yang bermaksud terjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu tentunya dalam tulisan jawi, Wilkinson. 3.3 Penggunaan Tulisan Jawi Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan.Tulisan jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan.Manakala bagi batu nisan pula terdapat di berbagai-bagai tempat bekas beridirnya kerajaan kerajaan Islam pada zaman silam. Penggunaan tulisan semakin meluas. Buktinya ialah pada mata wang. Tulisan jawi yang digunakan pada mata wang terutamanya wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,Mansur Shah dan lain-lain.

20

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi digunakan dalam penulisan surat rasmi.Contohnya ialah surat kiriman antara raja. Kaedah ini bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja lain.Penggunaan tulisan jawi termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu. Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bentuk manuskrip yang bertulis tangan dan cap batu. Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke tanah Melayu.Bagi urusan perniagaan dan perdagangan ini bahasa dan tulisan yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi. Bukti ialah beberapa catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan. Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di tanah Melayu. Antara ialah kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke tanah Melayu.Contohnya ialah pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi mencetak.Dengan mengaplikasikan teknologi ini maka berkembanglah bahasa dan tulisan.Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam. 4.0 Sejarah Perkembangan Pengistilahan Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah

Melayu. Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514 istilah baru. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula pada tahun 1975. Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus
21

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

dipertanggungjawabkan

untuk

mengumpul,

membentuk,

menggubal,

memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan

profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara. Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM. 4.1 Peristilahan Bahasa Melayu Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal. Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang

berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan. Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada

perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri. Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh.
22

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

4.2 Konsep Dasar Dalam Pembentukan Istilah Dalam pembentukan istilah terdapat beberapa konsep dasar yang perlu diteliti sebelum membentuk sesuatu istilah baru. Antaranya ialah takrif istilah,tataistilah dan tatanama,istilah dan kata umum,morfem dan proses peristilahan.Istilah baru akan wujud jika menepati konsep dasar tersebut. Ringkasnya pembentukan istilah bukanlah sesuatu yang sewenang-wenangnya sebaliknya berdasarkan konsep yang tertentu dan ini membuktikan pembentukkanya berkualiti dan diterima sejagat. 4.2.1 Takrif Istilah Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan,pekerjaan atau kesenian. Manakala dalam Buku Bahasa Melayu Tinggi pula mengatakan bahawa istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Berdasarkan maklumat yang diakses,istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis, dan lain-lain lagi. Manakala dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, istilah ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. 4.2.2. Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ini termasuklah

kumpulan istilah yang dihasilkannya.Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matemtik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

23

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu iaitu termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan. 4.2.3. Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.Secara logiknya kata istilah itu sendiri membawa pengertian penggunaan dalam konteks khusus,tetapi ada juga istilah yang digunakan dalam konteks umum.Keadaan ini berlaku apabila istilah tersebut digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa.Contohnya ialah kata taqwa merupakan istilah bida ng keagamaan Islam,tetapi sekarang ini kata berkenaan sudah digunakan secara am dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. 4.2.4 Morfem dan Proses Peristilahan Menurut Nik Safiah Karim ( 2004:43) morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah, Abdullah Hassan ( 1986;191). Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan,

penggandaan dan penggabungan atau pemajmukan. 4.2.5 Bentuk Prototaip Peristilahan Menurut Abdullah Hassan (1986:192) bentuk prototaip peristilahan ialah bentuk yang dijadikan acuan atau dasar dalam pembentukan istilah. Bentuk prototaip yang berasal daripada bahas aklasik seperti Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan di antara beberapa bahasa.Contohnya seperti Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan di antara beberapa bahasa.Contohnya ialah derhaka:bahasa Malaysia, drohana :bahasa Sanskrit dan druhaka:bahasa Jawa Moden.

24

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

4.3 Syarat Syarat dalam Pembentukan Istilah Berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu,terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam pembentukan istilah. Antaranya ialah kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu. Sehubungan itu, kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang sama.Dalam masa yang sama haruslah mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama,norma suku kaum dan hubungan antara bangsa. Lantaran itu,dari aspek bunyi pula, kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang sedap di dengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata dan frasa tersebut adalah dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima. Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain. 4.4 Sumber dan Inventori Istilah Melayu Jika dilihat semula sejarah bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan penyerapan bahasa asing dalam bahasa Melayu. Boleh dikatakan bahawa sejak dahulu lagi bahasa Melayu merupakan satu sistem yang dalam pertumbuhan dan perkembangannya mengambil manfaat daripada bahasa-bahasa lain sebagai sumber. Oleh yang demikian istilah bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber iaitu koasat kata umum bahasa Melayu, kosa kata umum bahasa serumpun, dan kosa kata bahasa asing. Kosa kata umum bahasa Melayu termasuklah bahasa Indonesia serta dialek-dialek Melayu dan juga bahasa Melayu Klasik yang telah menyerap perkataan daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-lain.Manakala sumber bahasa bahasa serumpun pula merujuk kepada bahasa Melayu seperti bahasa Iban,KadazanDusun,Jawa dan sebagainya.
25

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Merujuk kepada sejarah kedatangan pendatang ke tanah Melayu ,ketika itu penduduk di tanah Melayu turut menggunakan istilah bahasa asing seperti istilah bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Oleh yang demikian, bahasa bahasa ini juga dijadikan sebagai sumber peristilahan. Bahasa Arab penting dalam pembentukan peristilahan keagamaan, manakala bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi. Kesimpulannya, dalam pembentukan istilah terdapat konsep dan syarat yang tersendiri bagi memastikan istilah yang dibentuk sesuai dan tidak memberi implikasi negatif terhadap mana-mana pihak, serta mempunyai perkaitan dengan sejarah bahasa Melayu iaitu sumber istilah adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Ini adalah berikutan kemasukan pendatang ke tanah Melayu pada zaman dahulu. 5.0 Sejarah Perkembangan Perkamusan Berdasarkan sejarah perkembangan perkamusan, terdapat tiga jenis kamus yang telah dihasilkan iaitu kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu. Kemudiannya hasil usaha penambah baikkan telah wujud kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa bahasa Melayu dan kamus yang terakhir ialah kamus yang dibentuk seperti yang terdapat pada masa kini. Menurut Ibrahim Ahmad (1994 : 3), senario perkamusan Melayu boleh dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu berdasarkan jenis kamus yang dihasilkan.Beliau menyatakan bahawa kamus pertama adalah kamus bahasa Inggeris-Melayu yang disusun oleh Marsden pada tahun 1812. Marsden (1812) dikatakan telah membawa perubahan dalam dunia perkamusan Melayu kerana beliau telah mengaplikasikan penyusunan kamus secara sainstifik dengan tujuan untuk kesedaran mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Mengikut Yusuf Hitam (1961:155) kamus yang disusun oleh Marsden adalah kamus yang pertama disusun secara saintifik dengan sistem ejaan rumi yang bentuknya berasaskan kerangka bahasa barat. Marsden juga telah menngunakan konsep sejarah dalam penyusunan kamusnya.

26

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Sehubungan itu, terdapat juga sarjana barat yang turut menyumbang dalam sejarah perkamusan.Beliau ialah John Crawford. John Crawford (1852) telah menyusun A Grammar and Dictionary of Malay Language. Perkamusan terus berkembang. Buktinya ialah pada tahun 1875, IAbbe P.Favre telah menghasilkan Dictionaire Malais-Francais. Inilah satu-satunya kamus bahasa Melayu-Perancis yang disusun oleh orang Perancis bertujuan untuk membawa kesinambungan usaha-usaha Marsden dari aspek penerapan prinsip sejarahnya. Pada abad ke-20 dunia perkamusan telah mencapai kecemerlangan akibat bermulanya perkembangan dunia percetakan pada awal abad ke -20 sehinggalah sekarang yang telah menghimpunkan pelbagai genre dan bidang ilmu.Beberapa jenis kamus telah diterbitkan kerana penemuan mekanisme kerja yang lebih canggih dan berkesan ini. 5.1 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu Berdasarkan catatan sejarah,bentuk daftar kata bermula dengan penyusunan kamus daripada jenis dwibahasa sebagai akibat keperluan golongan orientalis dan pedagang melakukan aktiviti penyebaran agama dan perdagangan. A.Teeuw (1964) mendapati bahawa penyusunan kamus dwibahasa bermula dalam bentuk daftar katabahasa Sanskrit-Melayu Kuno pada abad ketujuh Masihi.Buktinya ialah penemuan 482 daftar kata bahasa Melayu-Cina pada tahun 1403 hingga 1511.Jelas dan nyata berdasarkan bukti ini, menunjukkan bahawa perkembangan kamus ekabahasa Melayu tentunya lewat sedikit selepas bermulanya penyusunan kamus dwibahasa. Penyusunan kamus ekabahasa telah dimulai oleh sarjana Barat dengan penyusunan Dictionary of the Malay Tongue as Spoken in the Peninsula of Malacca,the Island of Sumatra ,Java,Borneo,Pulo Pinang, susunan J.A Howison pada tahun 1801.Kamus ini lebih awal daripada Onverp van een Maleisch Woordenbook eene Malaeische Spraakkunst susunan H.Von de Wall pada tahun 1857. Sehubungan itu, anak tempatan juga tidak ketinggalan dalam penyusunan kamus. Raja Ali Haji telah menyusun Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu kamus longhat Melayu-Johor-Pahang-Riau-Lingga Penggal yang Pertama. Kamus ini merupakan
27

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

kamus ekabahasa pertama yang pernah disusun oleh anak tempatan berbangsa Melayu pada tahun1858.Kamus ini juga dianggap oleh para sarjana dan pengkaji bahasa sebagai kamus ekabahasa Melayu yang tertua pernah dihasilkan oleh orang Melayu. 5.2 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu di Malaysia Sejarah perkembangan perkamusan Melayu ekabahasa yang seimbang berlaku di Malaysia. Buktinya ialah Kitab Benih Bahasa susunan Fadhil Jaafar pada tahun 1917 dianggap kamus yang pertama pernah dihasilkan pada abad ke-20.Ini diikuti oleh penyusunan Kamus al-Mahmudiah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadiralhindipada 1925. Pada tahun 1935, Shamsuddin Yunos al-Haj juga telah menyusun kamus Melayu.Perkamusan di Malaysia terus berkembang. Terdapat banyak lagi kamus yang dihasilkan.Contoh kamus lain adalah seperti Kamus Angkatan Baru,Kamus Am Bahasa Melayu dan Buku Katan . Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan. Kesan penubuhan ini telah menerbitkan beberapa buah kamus ekabahasa.Contohnya ialah Kamus dewan pada tahun 1970 dan dicetak semula dengan edisi pertama dan kedua pada tahun 1984 dan 1989.Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pula diterbitkan pada tahun 1975.Ini diikuti Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun 1987. DBP juga telah menerbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989. Selain usaha perbadanan sebagai usaha agen bahasa Melayu, usaha persendirian terus menambah jumlah kamus ekabhasa. Contohnya ialah Kamus Umum Bahasa Malaysia, susunan Yang Kui Yee pada tahun 1972,Kamus Pelajar Federal oleh Mohd.Salleh Daud pada tahun 1973 dan banyak lagi. Ringkasnya, penyusunan kamus ekabahasa menjadi penting dengan semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaya saing dengan bahasa-bahasa maju yang lain sebagai bahasa ilmu.

28

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

5.3.Kamus Awal Penerbitan kamus awal adalah terhad.Buktinya ialah kamus ini hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah yang tertentu sahaja. Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina. Manakala senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi. Penerbitan kamus terus berkembang, namun mengambil masa yang lama, buktinya tempoh dan jarak tahun penerbitanya. Contohnya ialah Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan MelayuBelanda pada tahun 1622. Ringkasnya penerbitan kamus awal adalah bergantung kepada istilah dan kata yang hanya diketahui oleh ahli bahasa.Pelbagai bahasa yang digunakan dalam penerbitan kamus yang menunjukkan bahawa penyerapan antara bahasa. Contohnya ialah kamus Belanda-Melayu, Melayu-Latin dan Melayu-Cina. 5.4 Kamus dan Tatabahasa Berdasarkan pola perkembangan perkamusan,penghasilan kamus mula giat pada tahun 1521. Buktinya ialah William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521. Kamus ini penting kerana dianggap sebagai kamus

pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi. Pada tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa. Usaha ini berterusan dan pada tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language. Manakala Winstedt iaitu seorang tokoh tatabahasa Melayu tradisional telah

menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada
29

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

tahun 1927. Seterusnya David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931. Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi. 5.5 Kamus Moden Penerbitan kamus moden adalah setelah wujudnya jawatan kuasa dan badan yang telah dipertanggungjawabkan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.Penghasilan kamus moden ini membuktikan usaha yang giat oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Buktinya ialah terdapat tiga jenis kamus moden yang telah diterbitkan iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus pancabahasa. Kamus ekabahasa adalah kamus yang disediakan dalam satu bahasa sahaja. Contohnya ialah kamus bahasa Melayu. Manakala kamus dwibahasa pula ialah kamus yang memuatkan 2 bahasa. Contohnya ialah kamus bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Berdasarkan contoh kamus yang telah diterbitkan dapatlah disimpulkan bahawa penjenisan kamus adalah berdasarkan bahasa. 5.6 Definisi Kamus Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain. Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad ,Harimurti Kridalaksana, (1982:73).

5.7. Konsep Dasar dalam Perkamusan


Perkamusan merupakan bidang yang menerangkan makna sesuatu istilah dan kata. Bidang ini penting kerana hasilnya dijadikan panduan dalam bahasa. Oleh yang

30

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

demikan terdapat tiga

konsep penting dalam penciptaan kamus,iaitu tipologi,

leksikologi, dan leksikografi. 5.7.1.Tipologi Dari sudut bahasa tipologi bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah, Hartmann, (1972:243). 5.7.2.Leksikologi Manakala leksikologi pula ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan makna dengan bantuan bidang etimologi iaitu kajian tentang asal-usul kata tersebut. 5.7.3.Leksikografi Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya

mencakupi teknik dan metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna. 5.8. Kesimpulan Perkembangan Perkamusan Berdasarkan sejarah perkamusan ,dapatlah dirumuskan disini bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka adalah pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini. Justeru itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak sewenang-wenangnya dalam menghasilkan kamus, namun terdapat beberapa konsep yang perlu dipatuhi agar kamus sesuai dengan jenisnya dan pengguna. 6.0 Sejarah Perkembangan Penterjemahan Sejarah penterjemahan dikatakan bermula selepas penemuan bahan sejarah. Buktinya ialah penterjamahan dilakukan selepas menemui batu bersurat dua bahasa di Mesir iaitu ketika zaman Mesir Tua 3000 Masihi. Pada abad ke-12 bersamaan 1100 Masihi, telah lahirnya kerajaan Moor di Sepanyol. Kelahiran kerajaan ini berikutan kejayaan Tariq bin Ziyaid menakluki Sepanyol.Ketika
31

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

zaman kerajaan ini aktiviti penterjemahan telah giat dijalankan.Buktinya ialah bahan bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah. Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa Greek. Dalam masa yang sama, turut ditubuhkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol . Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk menterjemah idea Islam ke bahasa Greek. Penterjemahan ini adalah meliputi ilmu sains yang diperolehi daripada Islam serta ilmu falsafah Islam. Pada tahun 1522,penyebaran agama kristian turut berkembang.Ketika ini,ilmu penterjemahan telah diaplikasikan untuk aktiviti keagamaan. Contohnya ialah Martin Luther (1522) telah menterjemah kitab Injil ke bahasa Afrika. Penterjemahan ini adalah untuk memudahkan penganut Kristian yang berbahasa Afrika memahami agama tersebut. Kegiatan penterjemahan kitab agama ini berterusan sehinggalah penterjemahan kitab Injil ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis. Tyler (1790) berpendapat, Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah- olah karya itu karya asli. Sehubungan itu,Benjamin (1923) telah menamakan terjemahan yang dihasilkan sebagai penyalinan semula . Beliau juga mengatakan bahawa tahun 1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula.Pendapat Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961) menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan. Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan perkataan (1813/14), demi perkataan.Antaranya ialah Noralis (1798), Goethe

Humbold

(1816), Schleievmacher

(1813), Schopenhaner

(1851), danNietzsche (1882). Pada awal tahun 1900 telah berlakunya perubahan kaedah penterjemahan berikutan perkembangan pengaplikasian teknologi. Oleh yang demkian, padan tahun 1990 sehinggan 1990, pemindahan teknologi telah memesatkan lagi proses terjemahan bahasa.Penterjemahan bahasa berlaku disetiap negara. Ini membuktikan bahawa taraf negara tidak mendiskriminasikan proses terjemahan bahasa sama ada negara miskin,sedang membangun atau negara membangun. Keadaan sedemikian kerana kegiatan penterjemahan peting lantaran setiap negara mempunyai Kebangsaan.
32

Bahasa

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Berdasarkan Encyclopedia Britannica (1911),ada menyiarkan rencana menyatakan bahawa kebanyakan tepat. Mutu terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak rendah sebab kerjaya dibuat tidak

terjemahannya

profesional. Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan. Oleh yang demikian telah di laksanakan proses basmi penyelewengan terjemahan. Sejajar dengan peredaran zaman,Badan Antarabangsa mula menubuhkan

perdagangan antarabangsa, kemajuan maju.

Sains dan Teknologi bercambah dan

Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan

komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi. Oleh itu,peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut. Penterjemahan semakin

mustahak. Di Malaysia sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan melaksanakan penterjemahan. Manakala, Kesatuan Ekonomi Eropah (1967) pula telah mencatat bahawa mereka mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam bidang ekonomi, jurnal dan lain-lain.Menurut Spitzbart (1972) ,terdapat 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun.Ini adalah kerana Eropah memerlukan terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial. 6.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu. Sejarah penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan bermula ketika zaman kegemilangan Melaka. Sejarah penterjemahan dikatakan bermula di Melaka kerana ketika itu kedatangan kuasa asing ke alam Melayu.Bagi memenuhi keperluan kuasa asing ini di tanah Melayu, maka penterjemahan dilakukan. Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut membawa agama mereka. Oleh yang demikian,pada zaman kemasukan agama Hindu,Buddha dan Islam, mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya secara lisan. Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya
33

untuk

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

masalah dalam berkomunikasi. Keadaan ini telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi

kepentingan pentadbiran. Kesimpulannya,kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah memberi kesan dalam perkembangan bahasa akibat pertembungan bahasa penjajah dan bahasa penduduk pribumi.Namun, tanpa kedatangan penjajah,kita kemungkina tidak menerima bahasa lain malah hanya menguasai bahasa pribumi

sahaja.Tuntasnya,sejarah perkembangan penterjemahan di Tanah Melayu adalah sama dengan dengan keadaan di Tanah Melayu iaitu sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. 6.1.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Sebelum Merdeka Sebelum Merdeka, penterjemahan di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada bukubuku agama. Buktinya ialah apabila terbitnya buku tauhid, usuluddin, dan tasauf. Pada awal tahun 1930-an, anak watan Tanah Melayu telah menjalankan kerja penterjemahan iaitu Sheikh Idris al-Marbawi.Penterjemahan juga telah dilakukan pada karya Arab.Contoh karya Arab yang telah diterjemah kepada bahasa Melayu ialah Al-Islam dan novel. Menurut Kasim Ahmad (1991), dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu, banyak cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam Seruan Al-Azhar yang merangkumi pengetahuan am dan

bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin. Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Menurut Norizah Ardi (2000), pada tahun 1924 ,O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk
34

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

menubuhkan Badan Menterjemah yang ditukar nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM). PKM melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya terjemahan. PKM terus berusaha menterjemah sehingga pada tahun 1936 telah berjaya menghasilkan 32 buku teks. Buku teks ini terbahagi kepada lima kelompok, iaitu buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak, buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh. Dalam masa yang sama telah lahir seorang tokoh bahasa iaitu Zaba. Beliau memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan bahasa Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Beliau banyak menterjemah karya bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Contohnya ialah karya prosa drama Shakespeare. Kesimpulannya, kedatangan kuasa asing mempunyai perkaitan dengan

perkembangan penterjemahan sehinggakan telah ditubuhkan badan Pejabat Karang Mengarang bagi memantapkan lagi kegiatan penterjemahan melalui penterjemah yang terlatih seperti Zaba. 6.1.2 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Selepas Merdeka Kemerdekaan di Tanah Melayu telah memberi ruang kepada bahasa untuk berkembang dengan lebih meluas. Buktinya ialah penubuhan beberapa badan badan khas yang telah dipertanggungjawabkan dalam bidang bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan selepas Tanah Melayu merdeka.Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan sebelum merdeka telah dipindahkan ke DBP dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Oleh yang demikian, tugas menterjemah telah diambil alih oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.Tokoh bahasa iaitu Zaba terus memberi sumbangan kepada pihak DBP.Pihak DPB telah menerbitkan majalah bulanan Dewan Bahasa.

35

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Jika dilihat dari aspek bidang tugas, sememangnya tidak dinafikan bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dalam penterjemahan. Selain itu, DBP juga menyemak dan menterjemah borang serta surat-surat rasmi yang diperlukan sesetengah kementerian dan jabatan kerajaan. Selaras dengan itu pihak Dewan Bahas dan Pustaka telah banyak mengeluarkan buku terjemahan oleh Sharifah Haji Malek (1995). Dalam masa yang sama,kajian tentang penterjemahan juga telah dilaksanakan. Kajian ini telah diterajui oleh Abdullah Sanusi Ahmad. Melalui latihan yang telah diterimanya, beliau telah menghasilkan penulisan ilmiahnya yang bertajuk Peranan Pejabat Karang Mengarang pada tahun 1966. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menggunakan alternatif lain untuk memperbanyakkan karya terjemahan. Salah satunya ialah mengadakan Peraduan Menterjemah Novel pada tahun 1978.Lantaran itu, sejak tahun 1980, penterjemahan telah menjadi satu disiplin akademik yang semakin berkembang maju. Selain daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat persatuan lain yang turut menyumbang kepada penterjemahan. Antaranya ialah Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM).Persatuan Penterjemah Malaysia telah ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan penterjemahan dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama antara para penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai kaum dan latar akademik yang berbeza. Sehubungan itu,permintaan terhadap buku terjemahan telah meningkat kerana pada tahun 1983 bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Bahan dan sumber dalam bahasa Inggeris perlu diterjemah untuk memenuhi keperluan pelajar. Implikasi daripada keadaan ini, maka pihak Majlis Tindakan Negara telah mewujudkan semula Bahagian Penterjemah pada 1 Mac 1986. Pada tahun 1985 ,telah ditubuhkan Biro Terjemahan.Biro Terjemahan ditubuhkan untuk mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat terjemahan. Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin.

36

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Biro ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk industri seperti badan kerajaan, sekor swasta dan penerbit antarabangsa. Biro ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai bentuk teks, termasuk buku, laporan, skrip, dokumen, ucapan, perjanjian, surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya. Biro ini juga membantu pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi. Badan yang akhir sekali ditubuhkan ialah Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, pada 14 September 1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan daripada Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara rasmi dan menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus dan menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat berbilang bangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ringkasnya, perkembangan penterjemahan semakin meluas selepas kemerdekaan dengan penubuhan badan badan penterjemah serta implikasi daripada bahasa Melayu yang telah dijadikan bahasa pengantar telah mencabar pihak penterjemah dalam menyediakan bahan rujukan. 7.0.Perkaitan Perkembangan Penterjemahan. Berdasarkan bahan maklumat yang diperolehi,didapati perkembangan tulisan jawi, pengistilahan dan perkamusan dan penterjemahan merupakan bukti perkembangan bahasa Melayu.Perkaitan ini juga boleh dikatakan sebagai implikasi daripada sejarah bahasa Melayu telah mencetuskan sistem tulisan jawi,pengistilahan,perkamusan dan penterjemahan. Setelah meneliiti sejarah bahasa Melayu dan sejarah tulisan jawi, pengistilahan, perkamusan dan penterjemahan, terdapat persamaan faktor yang menyebabkan tercetusnya sejarah perkembangan ini. Faktor yang pertama ialah kedatangan penjajah ke alam Melayu.Manakala faktor kedua pula ialah aktiviti perdagangan di Tanah Melayu. Faktor kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah mencetuskan Sejarah Tulisan Perkembangan Jawi, Bahasa Melayu dan dengan Sejarah serta

Pengistilahan

Perkamusan

perkembangan bahasa dari aspek pengistilahan dan perkamusan.Pengistilahan dan perkamusan diwujudkan bagi memudahkan pihak penjajah berkomunikasi dalam
37

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

mengurus Tanah Melayu serta dijadikan panduan dalam urusan dengan penduduk pribumi. Catatan istilah bahasa ini telah dijadikan sumber untuk pengistilahan dan perkamusan.Disini secara langsung penterjemah diperlukan untuk memahami dan menterjemah istilah bahasa tertentu. Manakala dari faktor perdagangan pula,jelas perkaitannya dengan sistem tulisan jawi berdasarkan bahan bukti seperti duit syiling yang ditemui.Para pedaganga yang datang ke Tanah Melayu telah membawa 2 elemen baru dan diserap ke Tanah Melayu. Elemen ini adalah agama Islam dan bahasa Arab.Penyebaran agama Islam sekaligus telah menyebarkan bahasa Arab sehinggakan penduduk pribumi turut tulisan jawi. Tuntasnya, perkembangan tulisan jawi, pengistilahan dan perkamusan dan penterjemahan merupakan impak positif daripada kemasukan penjajah dan pedagang ke Tanah Melayu. 7.1 Cadangan untuk Memantapkan Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia Berdasarkan kajian terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu Purba sehingga bahasa Melayu moden, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memantapkan lagi perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia. Pertama adalah melalui badan yang telah dipertanggungjawabkan iaitu pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka harus mempunyai strategi untuk memperkembangkan bahasa. Contohnya ialah mengadakan seminar atau bengkel penulisan di institusi dan sekolah. Tujuannya adalah untuk menyedarkan golongan generasi tentang bahasa dan sekaligus boleh memantapkan penguasaan bahasa Melayu serta penghasilan karya baru yang sejajar dengan perubahan zaman. Langkah kedua pula adalah pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan terutamanya dalam dunia pendidikan. Maksudnya ialah pihak kerajaan menegaskan penggunaan bahasa Melayu tanpa sempada dalam bidang akademik.Impaknya adalah kepada kegiatan penterjemahan. Kegiatan penterjemahan akan terus dilakukan kerana pelajar memerlukan sumber dalam bahasa Melayu. menggunakan bahasa Arab dan wujudnya

38

PENULISAN ILMIAH

BMM3112

Sehubungan itu, langkah yang terakhir adalah peranan masyarakat itu sendiri dalam menentukan hala tuju bahasa Melayu. Buktinya ialah penggunaan bahasa rojak dan tidak baku sudah cukup menggusarkan kita. Ini merupakan salah satu cabaran untuk memastikan masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Oleh yang demikian, pihak media massa harus bijak memainkan peranan. Pihak media sememangnya menjadi tumpuan masyarakat kerana berupaya memberi informasi. Maka tidak salah jika peluang ini dimanfaatkan untuk mengajak dan menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama memantapkan bahasa rasmi negara kita. 8.0 Kesimpulan Tuntasnya seperti pepatah ringan sama dipikul,berat sama dijinjing.Begitulah juga ibaratnya usaha dalam memantapkan bahasa Melayu di Malaysia. Semua pihak bertanggungjawab dalam merealisasikan bahasa Melayu tanpa sempadan.Namun jika asyik menunding jari kepada pihak tertentu,maka adalah mustahil untuk kita memantapkan perkembangan bahasa Melayu. Ringkasnya,kerjasama semua pihak rahsia kemajuan masyarakat.

39

Anda mungkin juga menyukai