Anda di halaman 1dari 3

Childhood Memories: Permainan Teng Teng a.k.a.

Jengket
Assalamualaikum w.b.t.

Sesiapa yang lahir pada tahun lewat 60an, 70an atau mungkin 80an pun tahu akan permainan yang
dipanggil teng teng a.k.a. jengket. Di kampung saya, lebih dikenali sebagai jengket. Teringat lagi
waktu kecil dulu, tak kira pagi ke tengahari ke ataupun petang, sibuk nak main jengket. Kitaorang
bermain di atas pasir di halaman rumah ibu saudara, dan bila habis jer bermain, tapak
kaki....masyaallah......kotor ya amat.

Ha, gambaran permainan jengket macam gambar di atas tu. Ia biasanya dilukis di atas tanah (macam
gambar sebelah).

(gambar ihsan google)
Ada juga yang lukisan kekal dilukis dengan cat di atas simen atau padang rumput. Tapi saya dulu
menggunakan kayu dan lukis atas tanah saja. Tiap kali nak main, kitaorang akan lukis.

(gambar ihsan google)
Permainan jengket ini memerlukan lebih dari seorang. Paling banyak pun 3-4 orang. Kang kalau
ramai sangat, lambat pulak nak sampai turn kita. Jadi setiap orang akan mempunyai serpihan kaca,
digunakan untuk membaling pada rumah-rumah yang bernombor 1-7 itu.

Permainan bermula dengan undian siapa yang akan mula dahulu, samada melalui one o som
ataupun cabut lidi. Siapa dapat lidi paling panjang, dia akan mula dulu & yang paling pendek pula
tempat terakhir. Kaca/tudung botol akan diletakkan di rumah no. 1, peserta pertama akan melompat
terus ke rumah no. 2 dgn sebelah kaki, lompat ke rumah no. 3 dan seterusnya sampai rumah no. 7.
Di rumah no. 7 perserta dapat merehatkan kaki dengan meletakkan kedua-dua tapak kaki di rumah
no. 7 (untuk ambil nafas). Kemudian sambung menjengket semula ke rumah no. 3 & 2. Dari rumah
no. 2, peserta kena membongkok dgn sebelah kaki untuk mengambil kaca di rumah no. 1, dan
seterusnya melompat keluar, tidak boleh memijak garisan, kalau terpijak, batal dan terus ke giliran
peserta ke2 pula.

Sekiranya berjaya, kaca akan dilempar ke rumah no. 2 pula dan begitulah seterusnya. Perlu
diingatkan yang mana rumah yang ada kaca/tudung botol, kita kena melompat rumah tersebut.
Begitulah sehingga habis (rumah no. 7). Rumah no. 7 agak penat sedikit, sebab kita tidak boleh
merehatkan kaki. Dari rumah no. 6 kita akan membongkok mengambil kaca di rumah no. 7 dan terus
melompat kerumah no. 3, 2 & 1.

Setelah habis semua rumah, kita akan membawa kaca di atas kepala dan berjalan sampil memejam
mata melalui setiap rumah tanpa memijak garisan. Selepas itu kita akan melompat keluar garisan
rumah no. 5 & akan membaling kaca tersebut ke mana rumah. Sekiranya kaca betul masuk ke
dalam mana rumah, rumah itu akan menjadi miliknya (rumah itu akan ditanda). Jadi peserta lain
dikehendaki melompat rumah tersebut. Permainan diulang sehingga habis rumah ditanda oleh
peserta. Siapa yang paling banyak mendapat hakmilik rumah, maka dialah pemenangnya.

Saya dulu kalau main ni sampai tak ingat nak balik makan tengahari. Seronok...dan menyihatkan.
Tapi sekarang, kat kampung pun jarang ada dah. Tapi di sesetengah sekolah masih
dipraktikkan...Sekurang tak pupusla permainan teng a.k.a. jengket ni.

Childhood Memories: Permainan Teng Teng a.k.a.
Jengket
Assalamualaikum w.b.t.

Sesiapa yang lahir pada tahun lewat 60an, 70an atau mungkin 80an pun tahu akan permainan
yang dipanggil teng teng a.k.a. jengket. Di kampung saya, lebih dikenali sebagai jengket. Teringat
lagi waktu kecil dulu, tak kira pagi ke tengahari ke ataupun petang, sibuk nak main jengket.
Kitaorang bermain di atas pasir di halaman rumah ibu saudara, dan bila habis jer bermain, tapak
kaki....masyaallah......kotor ya amat.

Ha, gambaran permainan jengket macam gambar di atas tu. Ia biasanya dilukis di atas tanah
(macam gambar sebelah).

(gambar ihsan google)
Ada juga yang lukisan kekal dilukis dengan cat di atas simen atau padang rumput. Tapi saya dulu
menggunakan kayu dan lukis atas tanah saja. Tiap kali nak main, kitaorang akan lukis.

(gambar ihsan google)
Permainan jengket ini memerlukan lebih dari seorang. Paling banyak pun 3-4 orang. Kang kalau
ramai sangat, lambat pulak nak sampai turn kita. Jadi setiap orang akan mempunyai serpihan
kaca, digunakan untuk membaling pada rumah-rumah yang bernombor 1-7 itu.

Permainan bermula dengan undian siapa yang akan mula dahulu, samada melalui one o som
ataupun cabut lidi. Siapa dapat lidi paling panjang, dia akan mula dulu & yang paling pendek
pula tempat terakhir. Kaca/tudung botol akan diletakkan di rumah no. 1, peserta pertama akan
melompat terus ke rumah no. 2 dgn sebelah kaki, lompat ke rumah no. 3 dan seterusnya sampai
rumah no. 7. Di rumah no. 7 perserta dapat merehatkan kaki dengan meletakkan kedua-dua
tapak kaki di rumah no. 7 (untuk ambil nafas). Kemudian sambung menjengket semula ke rumah
no. 3 & 2. Dari rumah no. 2, peserta kena membongkok dgn sebelah kaki untuk mengambil kaca
di rumah no. 1, dan seterusnya melompat keluar, tidak boleh memijak garisan, kalau terpijak,
batal dan terus ke giliran peserta ke2 pula.

Sekiranya berjaya, kaca akan dilempar ke rumah no. 2 pula dan begitulah seterusnya. Perlu
diingatkan yang mana rumah yang ada kaca/tudung botol, kita kena melompat rumah tersebut.
Begitulah sehingga habis (rumah no. 7). Rumah no. 7 agak penat sedikit, sebab kita tidak boleh
merehatkan kaki. Dari rumah no. 6 kita akan membongkok mengambil kaca di rumah no. 7 dan
terus melompat kerumah no. 3, 2 & 1.

Setelah habis semua rumah, kita akan membawa kaca di atas kepala dan berjalan sampil
memejam mata melalui setiap rumah tanpa memijak garisan. Selepas itu kita akan melompat
keluar garisan rumah no. 5 & akan membaling kaca tersebut ke mana rumah. Sekiranya kaca
betul masuk ke dalam mana rumah, rumah itu akan menjadi miliknya (rumah itu akan
ditanda). Jadi peserta lain dikehendaki melompat rumah tersebut. Permainan diulang sehingga
habis rumah ditanda oleh peserta. Siapa yang paling banyak mendapat hakmilik rumah, maka
dialah pemenangnya.

Saya dulu kalau main ni sampai tak ingat nak balik makan tengahari. Seronok...dan
menyihatkan. Tapi sekarang, kat kampung pun jarang ada dah. Tapi di sesetengah sekolah
masih dipraktikkan...Sekurang tak pupusla permainan teng a.k.a. jengket ni.

Anda mungkin juga menyukai