Anda di halaman 1dari 119

MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

MPW 2113 : BAHASA


KEBANGSAAN A

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asal-usul bahasa Melayu,
dasar dan kedudukan bahasa Melayu, status dan fungsi bahasa Melayu, bahasa
dan budaya. Sebutan dan intonasi serta isu ejaan dan tatabahasa diperjelaskan
kepada pelajar agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan mahupun
tulisan, serta memahami teks prosa dan puisi.

Objektif Kursus

Untuk mempertingkatkan kecekapan berbahasa, sesuai dengan intelek pelajar


untuk berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan tulisan dalam konteks
rasmi, kreatif dan bukan kreatif.

Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti mata pelajaran ini, pelajar dapat:

Menggunakan bahasa dengan berkesan dari segi lisan dan tulisan;


Berkomunikasi secara lisan dengan berkesan dari segi sebutan dan
intonasi, tatabahasa, kosa kata, ungkapan dan laras;
Memahami bahan bertulis yang beraneka jenis dan gaya, dan seterusnya
mengungkapkan fikiran secara lisan dan tulisan dengan bahasa yang betul
dan berkesan;
Merumuskan butiran dan memperluas sesuatu idea dengan cara yang
tersusun, padat, dan berkesan secara lisan dan tulisan;
Berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan sopan, di samping
mengekalsuburkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

_______________________

Catatan:

1
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Aspek kesopanan dan tatabahasa digabungjalinkan dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran.

Bab 1 - PENGENALAN

Halaman
1.1 Asal Usul Bahasa Melayu 3
1.1.1 Rumpun bahasa Melayu 7
1.1.2 Bahasa Melayu sebagai lingua franca 8

1.2 Dasar dan Kedudukan Bahasa Melayu 9


1.2.1 Asas pemilihan bahasa Melayu 9
1.2.2 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 9
1.2.3 Akta Bahasa Kebangsaan 11
1.2.4 Akta Pendidikan 12

1.3. Status dan Fungsi Bahasa Melayu 12


1.3.1 Bahasa Kebangsaan 12
1.3.2 Bahasa rasmi 12
1.3.3 Bahasa perpaduan 13
1.3.4 Bahasa ilmu 14

1.4 Bahasa dan Budaya 15

2
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

1.1 Asal-Usul Bahasa Melayu

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan
adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara
bangsa-bangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari,
Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu
sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi
etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit
"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah
yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di
Jambi.
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan.
Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini,
tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Berdasarkan fakta sejarah
dan pakar-pakar bahasa, terdapat beberapa teori tentang asal-usul orang Melayu.
Geldern, R.H. seorang ahli sejarah yang membuat kajian tentang asal usul
bangsa Melayu mendapati bahawa kapak-kapak tua yang diperbuat daripada batu
yang ada di sekitar sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan
Hwang adalah sama bentuk dan jenisnya seperti yang terdapat di beberapa tempat
di Nusantara. Beliau membuat kesimpulan bahawa kapak-kapak tua yang ada di
Nusantara telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
J.H.C. Kern berpendapat bahawa perpindahan itu bermula kira-kira 1500
S.M. Pendapat beliau ini diasaskan kepada perkataan-perkataan yang digunakan
dalam kehidupan harian seperti padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, ubi,
tebu, timun, tuba dan mengkuang manakala binatang pula ialah nyamuk, lalat,
kutu, langau, tupai, tikus, anjing, babi, ayam, kerbau dan monyet. Beliau

3
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat


juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.
Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa
bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
Menurut Asmah Haji Omar, ahli bahasa yang membuat penyelidikan
perbandingan bahasa berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan
Asia ke Nusantara ini adalah secara berperingkat-peringkat dan melalui pelbagai
laluan. Ada yang melalui daratan dan ada juga melalui laut iaitu Lautan Hindi dan
Laut China Selatan.

Sebelum berlakunya perpindahan penduduk dari Asia, Kepulauan Melayu


atau Nusantara telah didiami oleh penduduk asli. Ada ahli sejarah berpendapat
bahawa mereka ialah orang Melayu Negrito yang tinggal di Semenanjung Tanah
Melayu semenjak tahun 5000 S.M. Mereka tinggal di dalam gua dan bekerja
sebagai pemburu binatang. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang
Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting,
bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Perpindahan bangsa Melayu dari daratan Asia berlaku secara berperingkat-


peringkat. Teori perpindahan ini kebanyakannya dibuat berdasarkan penemuan
artifak-artifak dan barangan purba.
Kumpulan pertama dipercayai berpindah pada sekitar tahun 2500 S.M.
Kumpulan ini dinamakan Melayu Proto. Kumpulan ini terdiri daripada orang
Jakun, Mah Meri, Jahut dan Biduanda. Penduduk asal Kepulauan Melayu ialah
orang Melayu Negrito yang tinggal semenjak 5000 tahun S.M.
Kumpulan kedua pula dipercayai berpindah pada kira-kira 1500 S.M. Kali
ini mereka bergerak dalam kumpulan yang lebih besar. Kumpulan ini dinamakan
Melayu Deutro. Perpindahan orang Melayu Deutro menyebabkan orang Melayu
Proto berpindah ke kawasan pedalaman, sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah randah.

4
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Terdapat perbezaan yang ketara antara Melayu Proto dengan Melayu Deutro.
Antaranya ialah:
(a) Melayu Deutro hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di
sesuatu tempat manakala orang Melayu Proto suka berpindah
randah.
(b) Melayu Deutro lebih bijak, cekap dalam pelayaran dan menguasai
ilmu bintang. Mereka menjadi petani dan pemburu yang mahir serta
pandai mencipta alat perburuan dan pertanian.
(c) Mereka pandai hidup bermasyarakat dan memilih ketua agama.
Agama yang dianuti mereka ialah animisme.
(d) Tamadun Melayu Deutro lebih tinggi daripada Melayu Proto dan
bilangan mereka lebih ramai.
Pada peringkat awal, mereka mempunyai bahasa yang sama untuk berkomunikasi.
Bagaimanapun bahasa tersebut berkembang menjadi bahasa yang berlainan
kerana:
(a) Mereka terpisah di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
menyebabkan bahasa yang asal itu berkembang dalam daerah masing-
masing.
(b) Bahasa mereka yang asal itu telah mengalami perubahan disebabkan
keperluan setempat dan corak ekonomi.
(c) Bahasa yang asal itu menerima pengaruh luar yang berbeza-beza di
antara satu tempat dengan tempat lain.

Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:


Bangsa Melayu Berasal daripada Yunan (Teori Yunan)

Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)

5
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Teori Yunan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R
Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara
keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di
Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada
Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan


lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan
dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke


Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan
perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir
Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-
alasan seperti di bawah:

Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada
abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan
budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari
mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

6
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa


Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya,
persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"

Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau


Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya
kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni
berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang


ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

1.1.1 Rumpun bahasa Melayu


Sumber yang menurunkan bahasa bahasa-bahasa di daratan dan di pulau-pulau
diberi nama filum Austrik. Filum Austrik menurunkan 3 rumpun iaitu rumpun
Austroasia, Austronesia dan Tibeto-China. Austro bermakna selatan dalam bahasa
Latin. Jadi Austroasia bermakna Asia Selatan. Perkataan nesia diambil daripada
perkataan nesos dalam bahasa Yunani yang bermakna pulau. Oleh itu Austronesia
bermaksud Pulau-pulau Selatan.

Terdapat sekurang-kurangnya 200 bahasa daripada cabang bahasa Melayu


Kuno di Kepulauan Melayu. Bahasa-bahasa itu adalah pecahan daripada rumpun-
rumpun bahasa Austronesia. Rumpun Austronesia pula menurunkan 4 keluarga
iaitu keluarga Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia.
Keluarga Nusantara meliputi kepulauan dari Madagaskar di barat hingga
ke Mikronesia di timur dan Formosa di utara. Antaranya ialah bahasa Formosa,
Filipina, Sulawesi, Nusa Tenggara, Ambon, Jawa, Kalimantan, Sumatera, Malaya,
Madagaskar, dan Cham di Kemboja.

7
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Daripada keluarga Nusantara, bahasa Melayulah yang paling pesat


perkembangannya dan dijadikan bahasa kebangsaan bagi Malaysia, Indonesia,
Singapura dan Brunei. Peranannya sebagai bahasa pengantar hingga ke peringkat
pengajian tinggi merupakan faktor utama yang mendorong perkembangannya.
Selain itu, lokasi yang strategik telah menyebabkan pedagang-pedagang
menjadikannya sebagai kawasan persinggahan terutama pedagang-pedagang dari
India, Arab dan negara-negara Barat. Kerajaan yang besar ialah kerajaan
Srivijaya, Melayu Jambi, Majapahit, Brunei, Melayu Melaka dan Melayu Johor.

1.1.2 Bahasa Melayu sebagai lingua franca


Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara
masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan bahasa Melayu diterima umum sebagai lingua franca.
Antaranya ialah:
(a) Sifat bahasa itu sendiri yang sederhana dan mudah menerima unsur luar.
Bahasa itu dapat dibentuk untuk sebarang keperluan dan lebih senang
dipelajari.
(b) Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
(c) Mempunyai sistem yang lebih fleksibel dan mudah menerima pengaruh
asing.
Bahasa Melayu telah dipengaruhi pelbagai bahasa lain. Antara bahasa yang
banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa
Arab dan bahasa penjajahan seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sejarah
perkembangan bahasa Melayu bermula sejak zaman awal kedatangan manusia
Melayu dari Yunan pada 2500 sebelum Masihi hingga 1500 sebelum Masihi
sehinggalah bahasa Melayu diletakkan sebagai bahasa kebangsaan apabila negeri-
negeri di Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

8
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

1.2 Dasar dan Kedudukan Bahasa Melayu

Kedudukan dan taraf bahasa Melayu dapat dilihat dengan mengkaji


perkembangannya melalui pendidikan. Pada tahun 1950, Pesuruhjaya Tinggi
Inggeris telah membentuk sebuah suruhanjaya untuk mengkaji soal pelajaran di
Malaysia. Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang dibuat selepas itu lebih
jelas menentukan kedudukan bahasa Melayu. Penyata ini menjadi asas bahasa
pengantar yang tunggal dalam sistem pendidikan Malaysia.
Selepas tahun 1970, dasar ini dijalankan dengan lebih giat dan teratur,
maka semua sekolah rendah aliran Inggeris telah menjadi aliran Melayu pada
tahun 1975 dan seterusnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah menengah.

1.2.1 Asas Pemilihan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan atas dasar bahasa Melayu
merupakan
(a) bahasa kaum majoriti negara ini
(b) bahasa yang menjadi alat komunikasi antara kaum
(c) bahasa kaum pribumi yang telah meluas penggunaannya.
Tujuan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan ialah untuk mencapai
integrasi nasional dan mewujudkan identiti nasional dengan bahasa Melayu.

1.2.2 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa kebangsaan ialah


bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Antara perkara-perkara
penting yang termaktub dalam Perkara 152 ialah pertimbangan sewajarnya untuk
mewujudkan satu bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu. Pertimbangan
sewajarnya untuk memelihara bahasa ibunda kaum lain yang tinggal di negara ini

9
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

supaya tidak ditindas, iaitu bahasa ibunda kaun masing-masing boleh digunakan
dalam hal tidak formal dan pembelajaran bahasa ibunda tidak dihalang.
Penukaran bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kepada bahasa Melayu
dilakukan dilakukan secara beransur-ansur untuk membolehkan bahasa Melayu
berkembang sebelum dapat mengambil tugas bahasa Inggeris tersebut secara
beransur-ansur.

1.2.3 Akta Bahasa Kebangsaan

Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal pada tahun 1963 dan akta ini berkuat
kuasa mulai 11 April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen iaitu:
1. tulisan bagi bahasa kebangsaan
2. bentuk angka
3. bahasa dalam borang rasmi kerajaan.

Pada tahun 1976, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula
dikuatkuasakan pada 1 September, 1967 di Semenanjung Malaysia. Akta ini
kemudian disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta
ini dengan jelas memperuntukkan bahawa selepas 1 September, 1967 bahasa
kebangsaan digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Walau bagaimanapun, Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
untuk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris bagi sebarang maksud rasmi
sekiranya difikirkan perlu dan patut. Pada tarikh yang sama, Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan perintah
membenarkan penggunaan bahasa Inggeris untuk maksud rasmi dalam bidang-
bidang tertentu.
Berdasarkan pernyataan di atas, jelas bahawa bahasa Melayu telah
didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak kita mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957 dan telah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Sepuluh tahun
kemudian, pada tahun 1967 bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi

10
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

tunggal di Semenanjung Malaysia dan ini telah termaktub dalam Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris masih digunakan
dalam urusan-urusan rasmi tertentu sebagaimana yang diizinkan oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan
Malaysia.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memberi erti yang besar kepada status
bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang telah dimandatkan menjadi bahasa
kebangsaan, digunakan pula sebagai bahasa rasmi dalam urusan-urusan rasmi
negara. Dengan demikian bahasa-bahasa lain tidak boleh dipakai untuk urusan-
urusan rasmi, sebaliknya hanya boleh dipelajari dan digunakan bagi tujuan-tujuan
tidak rasmi.

1.2.4 Akta Pendidikan

Secara amnya Akta Pendidikan 1961 digubal berdasarkan kepada cadangan-


cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Asas utama yang
dikemukakan oleh laporan tersebut ialah pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan
masyarakat majmuk yang bersatu padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk
mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan memberi
tumpuan atau penekanan kepada penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dan penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah serta
pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid. Tujuan utama
Sistem Pendidikan Kebangsaan menekankan perkara-perkara tersebut adalah
untuk mewujudkan satu bentuk identiti kebangsaan yang menyumbang ke arah
perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Walaupun dari segi dokumen, Akta Pendidikan 1961 merupakan satu


risalah perundangan pendidikan yang komprehensif, namun akta tersebut perlu
disemak semula. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, akta tersebut

11
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

telah menampakkan kekurangan dan didapati banyak kelemahan khususnya untuk


menangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan
negara. Oleh itu, kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan mendapati akta
tersebut memerlukan semakan, pemansuhan dan peruntukan-peruntukan baru
selaras dengan keperluan dan cabaran pendidikan semasa.

1.3 Status dan Fungsi Bahasa Melayu

1.3.1. Bahasa Kebangsaan.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama dalam sesebuah negara.


Bahasa ini juga digunakan di media massa, pusat pengajian tinggi, pemerintahan,
parlimen, majlis konvokesyen, upacara rasmi kerajaan dan lain-lain. Bahasa
kebangsaan menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara. Bahasa
Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Malaysia kerana sikap positif penduduk
Malaysia. Bahasa kebangsaan juga menggambarkan bahawa sesebuah negara itu
telah merdeka dan berdaulat serta menunjukkan jati diri atau identiti sesebuah
negara. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana mempunyai
jumlah pemakai yang paling banyak dan merupakan bahasa bumiputera. Bahasa
Melayu juga pernah menjadi bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak
beratus-ratus tahun lalu.

1.3.2 Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan urusan-urusan
rasmi dalam sesebuah negara. Contohnya adalah untuk kegunaan dalam media
massa, surat-surat rasmi kerajaan seperti borang permohonan, dokumen-dokumen
peribadi seperti surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat rasmi, urusan pos
dan lain-lain. Bahasa rasmi dalam sesebuah negara boleh dipilih lebih daripada
satu. Penetapan bahasa rasmi biasanya berdasarkan kemudahan penggunaan
dalam negara berkenaan.

12
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

1.3.3 Bahasa Perpaduan

Dalam sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses
ketamadunan. Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan
budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu
bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum
utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini
bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-
berzaman. Begitulah sepatutnya. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal
abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu
disebut sebagai bahasa pasar kerana sifatnya sebagai lingua franca ekonomi
perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari
hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan,
wajib mempelajari Bahasa Melayu.

Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi


bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673 Sebelum Masihi di mana Pendeta I
Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha telah menuntut di Sriwijaya dan
perlu mempelajari Bahasa Melayu untuk tujuan itu.

Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang


bersatu padu. Untuk mencapai matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional,
kerajaan telah melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan
satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu sistem penilaian
dan peperiksaan yang seragam. Sekolah dijadikan sebagai tempat memupuk
perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik
dan bukan akademik. Perlu diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan
fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga
dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara

13
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah,
maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.

1.3.4 Bahasa ilmu

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab,
politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan
kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai
bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan
ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu. Ratusan
tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam
bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan
syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam bahasa Melayu. Semua perkara ini
tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang
menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu telah
membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana
ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Dalam konteks ini juga, kita telah melahirkan ribuan pelajar, pensyarah, dan
penyelidik yang fasih berbahasa Melayu, yang dapat mengungkap ilmu yang
tinggi-tinggi dalam bahasa Melayu, di samping petah pula berbahasa Inggeris.
Kita turut melahirkan siswazah yang menerima pendidikan melalui bahasa
Melayu, yang telah memasuki dunia pekerjaan dan memegang pelbagai jenis
jawatan, daripada guru dan pentadbir kepada eksekutif, usahawan, peguam dan
ahli politik. Bahkan, begitu berjaya sistem pendidikan kita dari segi penguasaan
bahasa Melayu sehingga jika kita mendengar seseorang bercakap tanpa melihat
mukanya, kita tidak dapat memastikan asal-usul keturunannya. Kadangkala
penguasaan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu lebih baik daripada pelajar
Melayu sendiri, yang dipengaruhi oleh ciri dialek dan bahasa basahan.

14
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Oleh sebab itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan
moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, bahasa
Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak
bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan
pelajar yang dwibahasa sifatnya. Itulah sebabnya bahasa Inggeris diperkenalkan
sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah. Seseorang pelajar yang
telah mengikuti sekolah rendah dan sekolah menengah melalui sistem pendidikan
kebangsaan dijangka telah menerima pendidikan bahasa Inggeris selama 11 tahun
dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.
Jelaslah bahawa bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa
ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan bahasa Melayu dalam tugas ini
amat bergantung pada kesediaan pengamal bahasa Melayu untuk menggunakan
bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Jika rasa megah terhadap bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan
bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan
berkurangan. Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya,
berdasarkan kejayaan bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada
bagi bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

1.4 Bahasa dan Budaya

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan


satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam
sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya"
yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang
meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang
meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan
sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada

15
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang
penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu
masyarakat yang lain.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil


ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang
menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Edward
B. Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

"...kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi


ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam
dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyarakat."

Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia.


Keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik.

1.4.1 Laras Bahasa

Laras bahasa ialah gaya atau cara bahasa digunakan untuk menyampaikan
maklumat, maksud, dan tujuan sama ada secara lisan atau tulisan. Laras tidak
sama dengan dengan gaya bahasa. Laras merujuk kepada penggunaan, sedangkan
gaya pula merujuk kepada cara penyampaian fikiran, matlamat yang hendak
dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan dan suasana yang menjadi latar
penggunaan bahasa berkenaan. Terdapat dua perkara penting dalam laras bahasa
iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik.
Laras bahasa boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu:
1. Laras bahasa biasa
2. Laras bahasa perniagaan

16
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3. Laras bahasa akademik


4. Laras bahasa perundangan
5. Laras bahasa media massa
6. Laras bahasa sastera
7. Laras bahasa agama

Laras Bahasa Biasa

Laras ini tidak melibatkan penggunaan istilah bidang-bidang tertentu dan biasa
digunakan dalam semua jenis media massa. Ciri-ciri laras bahasa biasa ialah kosa
kata mudah difahami, tiada istilah teknikal dan tidak banyak menggunakan istilah
pinjaman. Ada dua bentuk laras bahasa biasa iaitu formal dan tidak formal.
Bentuk formal digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam majlis persidangan
parlimen dan majlis konvokesyen manakala bentuk tidak formal digunakan dalam
percakapan umum atau perbualan seharian. Berikut disertakan contoh laras bahasa
biasa formal.
Kita tidak boleh membiarkan alam kita terus tercemar. Kalau begitulah sikap kita,
pada suatu hari nanti bumi ini akan menjadi planet yang tidak dapat didiami.
Sebagai anggota masyarakat yang sama-sama mendiami bumi ini, kita mesti
bersatu tenaga dan berkongsi idea untuk menjaga alam sekitar supaya sentiasa
bersih.

Laras Bahasa Perniagaan

Laras ini digunakan dalam iklan untuk mempromosi, menjual, atau melariskan
barang-barang keluaran sesebuah syarikat atau sesuatu jenama supaya barang-
barang dapat dijual denga nbanyak dan memberi keuntungan yang besar kepada
pengeluar dan pengedar. Laras bahasa perniagaan digunakan untuk membentuk
persepsi para pengguna dan mengubah sikap mereka daripada negatif kepada
positif. Contoh laras bahasa iklan ialah:

17
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Tiada yang lebih hebat tanpa kesempurnaan yang diidam-idamkan. Myvi direka
penuh gaya dan anggun serta bentuk aerodinamik yang merembeskan keyakinan
mantap.

Laras Bahasa Akademik


Laras bahasa akademik ialah laras bahasa yang digunakan dalam bidang ilmiah
untuk membincangkan perlbagai disiplin ilmu seperti ekonomi, komputer,
kejuruteraan, sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Laras bahasa akademik
disebut juga sebagai laras bahasa ilmiah kerana gaya bahasanya menunjukkan
kematangan dan keintelektualan yang tinggi dari segi susunan ayat yang kemas,
padat dan mempunyai makna yang tepat dan jelas.
Ciri-ciri laras bahasa akademik ialah:
(a) Kematangan dan keintelektualan.
(b) Nota kaki, nota hujungan dan bibliografi.
(c) Istilah-istilah tertentu seperti kelenjar tumus, antioksidan, pendebungaan.
(d) Sukar difahami oleh orang biasa kerana mempunyai gambar rajah, jadual,
graf, formula dan simbol.
(e) Banyak kata nama, kata kerja berbanding dengan kata adjektif.
(f) Bersifat formal dan objektif.
(g) Menggunakan sudut pandangan orang ketiga yang biasanya dibantu oleh
ragam ayat pasif.
(h) Mengutamakan wacana pemaparan, penghuraian dan perbincangan.

Contoh laras bahasa akademik:


Manusia tidak perlu bimbang tentang gas karbon dioksida yang dikatakan
memberi kan kesan kepada perubahan iklim. Peningkatan kandungan gas karbon
dioksida di udara ialah akibat pembakaran arang batu, gas asli dan minyak. Iklim
dunia masih dapat dikawal oleh manusia.

18
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

1.4.2 Gelaran Warisan


Gelaran warisan ialah gelaran yang diturunkan daripada bapa kepada anak dan
seterusnya kepada cucu dan cicitnya hingga ke bawah. Gelaran warisan boleh
dibahagi kepada empat jenis, iaitu:
a. Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang mmerintah seperti Raja
yang terdapat di Perak dan Selangor; Tunku di Johor dan Negeri Sembilan;
Tengku di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah, serta Pangeran,
Pangeran Anak dan Pangeran Muda di Brunei Darussalam.
b. Gelaran warisan daripada keturunan oarang-orang besar seperti Megat dan
Puteri di Perak, Tuan dan Nik di Kelantan, Wan di Kelantan dan
Terengganu, Tan di Kedah, Tun di Terengganu, Abang dan Dayang di
Sarawak, Datu di Sabah serta Awangku dan Dayangku di Brunei
Darussalam.
c. Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Mohammad s.a.w. seperti Syed
Sayid dan Syeikh bagi lelaki serta Syarifah dan Siti bagi perempuan.
d. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sutan (Minangkabau), serta Teuku
(Aceh)

1.4.3 Gelaran Kurniaan


Gelaran kurniaan diperoleh melalui pencapaian yang cemerlang dalam
perkhidmatan. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gelaran
kurniaan pemerintah, gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas, dan gelaran
kurniaan pertubuhan atau badan orang ramai.
Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh
kerajaan negeri dan Persekutuan kepada mereka yang telah berjasa dan memberi
sumbangan yang besar kepada negara.

19
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Contohnya:
a. Tun, iaitu gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang
dianugerahkan kepada orang lelaki dan perempuan. Toh Puan ialah gelaran
untuk isteri kepada Tun.
b. Tan Sri, iaitu gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada
orang lelaki dan perempuan.
c. Puan Sri, iaitu gelaran untuk isteri kepada Tan Sri.
d. Datuk, termasuk Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia iaitu gelaran yang
dikurniakan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada orang lelaki dan
perempuan.
e. Datuk, termasuk Datuk Patinggi atau Datuk Amar, iaitu gelaran yang
dikurniakan oleh kerajaan Sarawak.
f. Datin Paduka iaitu gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh
kerajaan negeri Selangor.
g. Toh Puan iaitu gelaran isteri kepada Datuk di Terengganu.

Gelaran kurniaan ikhtisas ialah gelaran yang diberi oleh kerajaan kerana kejayaan
dalam bidang akademik atau ikhtisas. Gelaran tersebut ialah seperti berikut:
a. Profesor Diraja ialah gelaran untuk profesor lelaki atau perempuan yang
sudah mencapai kemuncak bidang akademik.
b. Profesor ialah gelaran untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai
pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya.
c. Profesor Madya ialah gelaran untuk lelaki dan perempuan yang sudah
mencapai taraf akademik satu tingkat di bawah Profesor.
d. Doktor ialah gelaran untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan
Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan
veterinar (haiwan).
e. Cikgu ialah gelaran untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.

20
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Selain gelaran kurniaan pemerintah dan ikhtisas, gelaran kurniaan juga diberikan
oleh pertubuhan atau badan orang ramai sama ada dalam upacara rasmi atau tidak
rasmi kepada seseorang yang sangat berjasa dalam bidang-bidang tertentu seperti
pembangunan, pendidikan, dan sosial.Contohnya Bapa Kemerdekaan kepada
Tunku Abd Rahman Putra al-Haj dan Bapa Pembangunan kepada Tun Haji Abd
Razak bin Hussein.

1.4.4 Gelaran Keagamaan


Gelaran keagamaan ialah gelaran yang diberikan kepada seseorang yang telah
menunaikan rukun Islam yang kelima, iaitu fardhu haji. Gelaran untuk orang
lelaki ialah Haji dan Hajah untuk wanita.

21
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Latihan

1. Lengkapkan ciri-ciri tentang sifat dan bentuk bahasa Melayu kuno.

Dari segi tulisan, bahasa Melayu kuno menggunakan huruf w pada perkataan
yang menggunakan huruf b dalam bahasa Melayu moden.

Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu kuno yang menggunakan awalan
w.

a) .................................

b) .................................

2. Dalam sejarah perkembangannya, bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh


bahasa asing akibat daripada pertembungan dengan masyarakat luar.

Nyatakan dua faktor yang menyumbang kepada berlakunya pengaruh unsur


asing dalam bahasa Melayu.

a) ..................................

b) ..................................

3. Senaraikan empat ciri-ciri laras bahasa biasa.

a) ..................................

b) ..................................

c) ....................................

d) ....................................

22
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Bab 2 SEBUTAN DAN INTONASI

Halaman
2.1 Sebutan
2.1.1 Prinsip Sebutan 24

2.2 Intonasi
2.2.1 Komponen intonasi 29
2.2.2 Intonasi pelbagai jenis ayat 29

23
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

2.1 Sebutan

A. Abjad

Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang
berikut. Sebutan huruf disertakan di sebelahnya.

Huruf Sebutan Huruf Sebutan

Aa e Ss es
Bb bi Tt ti
Cc si Uu yu
Dd di Vv vi
Ee i Ww dabliu
Ff ef Xx eks
Gg ji Yy wai
Hh ec Zz zet
Ii ai
Jj je
Kk ke
Ll el
Mm em
Nn en
Oo o
Pp pi
Qq kiu
Rr ar

24
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

B. Huruf Vokal
Huruf Vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.

Huruf Contoh Penggunaan


Vokal di depan di tengah di belakang
a api padi bola
e* enak petak sate
emas kena sosiolisme
i itu simpan murni
o oleh kota pidato
u ulang bumi ibu

*e dalam enak, petak, sate ialah e taling; dan e dalam emas, kena, sosiolisme ialah
e pepet.
C. Huruf Diftong

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi
luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja
dengan gabungan huruf vokal sebagai berikut: ai, au, dan oi.

Gabungan Contoh Penggunaan


Huruf Vokal di depan di tengah di belakang
ai aileron ghairah gulai
au aurat saudara harimau
oi oidium boikot amboi

25
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

D. Huruf Konsonan

Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf b, c, d, f,


g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z.

Huruf Contoh Penggunaan


Konsonan di depan di tengah di belakang
b bahasa sebut adab
c cakap kaca Mac
d dua ada abad
f fakir hafaz maaf
g guna tiga beg
h hari saham buah
j jalan manja kolej
k kami akar kakak
l lekas alas kesal
m maka kami demam
n nama anak pesan
p pasang apa siap
q Quran Furqan Tariq
r raih bara putar
s sampai asli lemas
t tali mata rapat
v variasi universiti -
w wanita hawa -
x xenon - -
y yang payung Quraisy
z zaman lazat lafaz

E. Gabungan Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng,
ny, dan sy, yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan.

Gabungan Contoh Penggunaan


Huruf Konsonan di depan di tengah di belakang
Gh ghairah maghrib mubaligh
kh khurafat akhirat tarikh
ng ngilu bangun pinang
ny nyata hanyut -
sy syabas asyik arasy

26
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

F. Persukuan

Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah huruf vokal. Huruf vokal itu
dapat didahului atau diikuti oleh huruf konsonan. (Pada contoh berikut, V = huruf
vokal, K = huruf konsonan).

1. Bahasa Melayu mempunyai empat jenis pola umum suku kata:

a. V a-nak, e-kor, ka-I-dah, ba-u.


b. VK er-ti, om-bak, ma-in, ga-ul.
c. KV ra-kit, to-lak, tem-ba-kau, i-bu.
d. KVK pin-tu, pe-ker-ti, hi-lang, be-lum.

2. Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai pola suku kata yang berikut:

a. KKV pra-ja, kri-ket, in-fra, ga-tra.


b. KKVK blok, trak-tor, prak-tis, stan-dard.
c. VKK eks.
d. KVKK teks, kon-teks, am-bu-lans, bank.
e. KKVKK kom-pleks.
f. KKKV stra-te-gi, skru.
g. KKKVK struk-tur, in-struk-tur, skrip.

3. Pemisahan suku kata pada kata dasar adalah sebagai berikut:

a. Kalau di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan, pemisahan
tersebut dilakukan di antara kedua-dua vokal itu. Contohnya:

ma-in, sa-sat, bu-ah, liar.

b. Kalau di tengah kata ada huruf konsonan, termasuk, termasuk gabungan


huruf konsonan, di antara dua huruf vokal, pemisahan tersebut dilakukan
sebelum huruf konsonan atau gabungan huruf konsonan itu. Contohnya:

a-nak, ba-rang, su-lit, la-wan, a-syik, ke-nyang, a-khir, i-sya-rat, sa-ngat.

c. Kalau di tengah kata ada dua huruf konsonan yang berurutan, kecuali
gabungan huruf konsonan, pemisahan tersebut terdapat di antara kedua-
dua huruf konsonan itu. Contohnya:

man-di, som-bong, swas-ta, mut-lak, Ap-ril.

27
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

d. Kalau di tengah kata ada tiga konsonan atau lebih, pemisahan tersebut
dilakukan di antara huruf konsonan yang pertama (termasuk gabungan
huruf konsonan) dengan huruf konsonan yang kedua.

kon-tra, ul-tra, sang-gul, ang-klung, ikh-las, isy-tihar, magh-rib.

4. Imbuhan termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan partikel


yang biasanya ditulis serangkai dengan kata dasarnya, dalam penyukuan
kata dipisahkan sebagai satu kesatuan.

ma-kan-nan, me-me-nuh-i, bel-a-jar, mem-ban-tu, per-gi-lah.

5. Apabila sesuatu kata terdiri lebih daripada satu unsur dan salah satu unsur
itu dapat bergabung dengan unsur lain, pemisahan sukunya dilakukan
dalam dua tahap: (1) di antara unsur-unsur itu, (2) di antara suku-suku
dalam masing-masing unsur itu sesuai dengan kaedah 3a, 3b, 3c, dan 3d di
atas. Contohnya:

kilo-gram, ki-lo-gram
kilo-meter, ki-lo-meter
foto-grafi, fo-to-gra-fi

Keterangan

Nama orang, badan undang-undang dan nama diri lain disesuaikan dengan
ejaan bahasa Melayu kecuali apabila ada pertimbangan khusus yang
menyebabkan penyesuaian itu sukar dibuat atau tidak sesuai.

_______________________

Rujukan:

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur..

28
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

2.2. Intonasi
2.2.1 Komponen Intonasi

Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan
iaitu pola v-v yang menerbitkan v-vk, kv-vk. Contohnya:

Pola Suku Kata Kata Pemenggalan Suku Kata Sebutan

V-KV ubi u-bi [u-bi]


utara u-ta-ra [u.ta.ra]

V-KVK ikan i-kan [i.kan]


adinda a-din-da [a.din.da]

VK-KV inci in-ci [in.ci]


umpama um-pa-ma [um.pa.ma]

VK-KVK angkat ang-kat


[ang.kat]
al-mar-hum al-mar-hum [al.mar.hum]

KV-KV lama la-ma [la.ma]


selasih se-la-sih [se.la.sih]

KV-KVK dalam da-lam [da.lam]

serampang se-ram-pang [se.ram.pang]

KVK-KV tampi tam-pi [tam.pi]


tengkujuh teng-ku-juh [teng.ku.juh]

KVK-KVK canggih cang-gih [cang.gih]


gelanggang ge-lang-gang [ge.lang.gang]

2.2.2 Intonasi pelbagai jenis ayat.

Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila bercakap. Dalam
percakapan kita sehari-hari, nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam
percakapan sehari-hari, nada suara kita jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya
berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Ciri utama
pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang

29
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

mencerminkan maksud isi percakapan kita, dan keadaan emosi kita kita ketika
bercakap. Contohnya:

a. Nama saya Maaroff.


b. Sila masuk ke dalam kereta ini.
c. Adik, jangan berlaku curang di belakang suami.
d. Jangan bergerak. Jika tidak, aku tembak!
e. Amboi, cantiknya baju itu!
f. Keluar!
g. Aduh, sakitnya kakiku ini!
h. Siap juga, tugasan itu.

Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu. Oleh sebab peranannya
dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam
empat pola ayat dasar bahasa Melayu, hanya satu sahaja yang mengandungi kata
kerja, iaitu pola FN+FK; yang tiga lagi tidak memerlukan kata kerja sama sekali
pada predikatnya. Dalam hal ini intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek
dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.

Contoh: Pemain itu penagih.

Ayat di atas dapat dipisahkan dengan intonasi yang sesuai, menjadi Pemain itu
(subjek) dan penagih (predikat). Lihat contoh berikut:

Contoh: Irfan menulis surat itu.

Ayat di atas dapat dibezakan intonasinya dengan mengasingkan subjeknya, Irfan,


daripada predikatnya, menulis surat itu.

Tingkat nada dalam intonasi biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3, dan 4. Angka
1 merupakan nada yang paling rendah dan angka 4 nada yang paling tinggi. Nada
2 merupakan nada permulaan dalam ujaran sesuatu ayat, manakala nada 3
dianggap sebagai nada tekanan. Contohnya:

4 3
Pemain itu penagih
2 2

30
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Demikian juga ayat

4 3
Irfan menulis surat itu.
2 2

Di bawah ini diterangkan beberapa intonasi ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:

a. Ayat penyata
b. Ayat tanya
c. Ayat perintah
d. Ayat songsang
e. Ayat pasif

a. Ayat penyata

Dalam ayat Pemain itu penagih mempunyai pola intonasi ayat penyata iaitu 2-4-
2-3. Frasa subjek Pemain itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala frasa
predikat penagih ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan subjek daripada predikat
menjadi nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4 pada suku kata akhir
frasa subjek ke tingkat 2, iaitu nada permulaan pada frasa predikat. Tingkat nada 3
pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat.

b. Ayat tanya

Intonasia ayat tanya dalam bahasa Melayu mempunyai tingkat nada 2-4-3-4,
dengan nada 3 yang terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai
penutup ayat. Contohnya:

4 3 4
Pemain itu penagih?
2

Intonasi ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk
dijawab oleh orang yang ditanyakan. Ayat tanya dapat dibentuk dengan partikel
kah yang diletakkan pada predikat yang kemudian mengalami penjudulan, dan
dipindahkan ke hadapan ayat oleh sebab predikat yang disertai partikel kah itu
dipentingkan. Daripada ayat biasa Pemain itu penagih, ayat tanya dalam partikel
kah berbentuk:

31
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Penagihkah pemain itu?

Maka intonasi ayat di atas adalah seperti yang berikut, iaitu 2-3-1-4:

3 4
Penagihkah pemain itu?
2 1

c. Ayat Perintah.

Dalam ayat perintah, predikat lebih dipentingkan daripada subjek. Contoh:

Keluar!

Sebenarnya terbit daripada ayat, Kamu keluar!


Perkataan kamu iaitu ganti nama diri kedua, telah digugurkan dan meninggalkan
predikat keluar. Sebagai frasa predikat, keluar diucapkan dengan nada 2-3 seperti
berikut:

3
Keluar
2

Ayat perintah seperti yang di atas dianggap agak keras. Untuk melembutkan
perintah itu maka partikel lah dapat disertakan, lalu ayat menjadi seperti berikut:

Keluarlah.

Dalam ucapan, intonasi ayat ini ditandai dengan tingkat nada 2-3-1 seperti
berikut:

3
Keluarlah
2 1

32
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

d. Ayat songsang

Ayat songsang ialah ayat yang mempunyai predikat mendahului sugjek. Ayat yang
mempunyai susunan Predikat + Subjek ini disebut ayat songsang. Contohnya:

Susunan biasa: Kereta itu mahal.


Ayat SongsangMahal kereta itu.

Intonasi ayat penyata ialah 2-4-2-3

Apabila ayat ini menjadi ayat songsang, intonasinya berubah menjadi 2-3-1
seperti berikut:

3
Mahal kereta itu
2 1

Tingkat nada untuk predikat 2-3 tidak berubah bagi ayat biasa dan ayat songsang.
Yang berubah ialah tingkat nada pada subjek, iaitu menurun kepada tingkat 1.

e. Ayat Pasif

Intonasi bagi ayat pasif sama dengan ayat aktif iaitu 2-4-2-3. Contohnya:

4 3
Ikmal sudah membeli kereta itu
2 2

4 3
Kereta itu sudah dibeli oleh Ikmal
2 2

Dalam kedua-dua ayat di atas, bahagian pertama merupakan subjek dengan nada
2-4 dan bahagia nkedua predikat dengan nada 2-3.

Percambahan Idea:
1) Apakah yang dimaksudkan dengan sebutan baku?
2) Adakah matlamat sebutan baku telah terlaksana?

33
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Bab 3 ISU EJAAN DAN


TATABAHASA

Halaman
3.1 Ejaan 34
3.2 Pengimbuhan 44
3.3 Apitan 45
3.4 Struktur Ayat 50
3.5 Penghubung Ayat 54

34
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3.1 Ejaan
Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan
kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan
dengan huruf dan pada umumnya tidakada huruf-huruf yang senyap. Walau
bagaimanapun, satu prinsip yang digunakan dalam pengejaan istilah-istilah
pinjaman ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing seboleh yang mungkin,
terutama sekali perkataan-perkataan yang baharu sahaja diserapkan. Perkataan
yang sudah lama masuk ke dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut
kelazimannya.

Prinsip pengekalan ejaan perkataan asing melibatkan kemunculan ciri-ciri bunyi


dan juga bunyi-bunyi yang baharu dalam bahasa Melayu. Dalam buku Pedoman
Umum Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) menggabungkan
dua kumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaannya, iaitu:

a. kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa


Melayu,
b. kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah
sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu.

3.1.1 Kata Asing yang Belum Sepenuhnya Terserap

Ada beberapa kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa
Melayu sama ada kerana ketiadaan padanannya yang sesuai ataupun kerana
keinginan mengekalkan bentuk asal atas dasar sifat keantarabangsaan
penggunaannya. Perkataan tersebut dieja dan disebut seperti kata asalnya.
Contohnya:

35
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

landrover qadi
ad hoc qari
de facto hadith
in vitro protein
overdraf diesel

3.1.2 Kata Asing yang Sepenuhnya Terserap

Kata asing yang sepenuhnya terserap dari segi sebutan dan ejaannya, umumnya
dieja dengan mengutamakan bentuk visualnya. Perkataan sedemikian masuk ke
dalam bahasa Melayu melalui penciptaan istilah. Penulisan kata serapan itu dibuat
menurut kaedah-kaedah seperti pengekalan atau perubahan abjad.

a. abjad a tetap a

race - ras
abstract - abstrak
plate - plat
b. abjad ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae.

aerial - aerial
aerograph - aerograf
aerobe - aerob
c. abjad ae jika bervariasi dengan e menjadi e.

aesthetics - estetika
haemoglobin - hemoglobin
haematite - hematit

d. abjad ai tetap ai

aileron - aileron
caisson - kaison

36
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

e. abjad au tetap au

automatic - automatik
automobil - automobil
tautology - tautologi

f. abjad c di hadapan a, u, o, dan konsonan menjadi k

carbon - karbon
classic - klasik
corpus - korpus

g. abjad cc di muka e dan i menjadi ks

accent - aksen
vaccin - vaksin

3.1.3 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Terdapat dua sistem pengejaan baru bahasa Melayu iaitu Sistem Keselarasan
Huruf Vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan Sistem
Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal yang digunakan untuk pengejaan kata
pinjaman.

3.1.3.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal.


Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terdapat lapan belas (18) pola
keselarasan huruf vokal.
Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata
praakhir dan pada suku kata akhir tertutup.
Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan prinsip:
a. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak
melibatkan pengimbuhan.

37
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

b. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak
melibatkan suku kata akhir terbuka.
c. Bagi kata yang lebih daripada dua suku kata , yang termasuk dalam
sistem keselarasan huruf vokal ini hanyalah daripada dua suku
kata yang terakhir sahaja.

18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.

Pola Contoh Penggunaan

1) a - a = asah, balak, halaman


2) a - i = alih, balik, sumbangsih
3) a - u = asuh, datuk, lembayung
4) e pepet - a = emas, kelam, cemerlang
5) e pepet - i = lebih, betik, sembelih
6) e pepet - u = telur, tempuh, temenggung
7) e taling - a = elak, dewan, belerang
8) e taling - e taling = leceh, gelek, selekeh.
9) e taling - o = esok, telor, selekoh.
10) i - a = ingat, kilang, selinap
11) i - i = intip, sisih, belimbing
12) i - u = riuh, tidur, periuk
13) o - a = otak, borang, sekolah
14) o - e taling = oleh, boleh, celoteh.
15) o - o = obor, borong, kelompok
16) u - a = ubat, tumpang, ketupat
17) u - i = usik, kuih, gerusih
18) u - u = untuk, tunduk, tengkujuh.

38
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3.1.3.2 Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV)

Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang ada sekarang terdapat beberapa
perkataan yang dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal. Hukum ini
dilaksanakan kepada beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa
Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris. Hukum ini dikenali
sebagai Hukum Kekecualian Keselarasan Vokal (HKKV).

Terdapat sejumlah perkataan daripada bahasa Jawa yang sering digunakan


dalam bahasa Melayu, namun pengejaannya dikecualikan daripada hukum
keselarasan vokal yang digunakan. Perkataan-perkataan tersebut ialah aneh,
perabot, lancong, lakon, calon, lapor, tulen, pamer, kaget, gembleng.

Dalam hal ini ramai yang masih keliru dengan pengejaan perkataan-perkataan
yang disebutkan itu. Cara terbaik untuk itu ialah dengan menghafazkannya, ia
merupakan salah satu langkah terbaik.

Hukum kekecualian keselarasan vokal melibatkan pasangan vokal berikut:-

i. a - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a -i .


Misalnya dalam perkataan /aneh/ dan /kaget/ polanya ialah a-e
bukan dieja sebagai /anih/ dan /kagit/ yang menggunakan pola a - i
seperti dalam perkataan balik, kalis, masin yang terdapat dalam sistem
keselarasan vokal

ii. a - o yang sepatutnya keselarasan vokal ialah a -u .

39
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Misalnya dalam perkataan /calon/ dan /lapor/ polanya ialah a-u


bukan dieja sebagai /calun/ dan /lapur/ yang menggunakan pola a - u
seperti yang digunakan untuk mengeja kata kasut, amuk dan anjung
dalam sistem keselarasan vokal.

iii. u - e (t) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah u - i.

Misalnya dalam perkataan /tulen/ dan /ulet/ polanya ialah u - i bukan


dieja sebagai /tulin/ dan /ulit/ yang menggunakan pola u - i seperti
dalam perkataan kuih, tumis, kudis, bunyi yang terdapat dalam sistem
keselarasan vokal.

iv. e (p) - e (p) yang sepatutnya keselarasan vokal ialah e (p) - i.

Misalnya dalam perkataan /pepet/ dan /demdem/ polanya ialah e (p) -


e (p) bukan dieja sebagai /pepit/ dan /demdim/ yang menggunakan
pola e (p) - i seperti dalam perkataan kecil, degil, yang terdapat dalam
sistem keselarasan vokal.

Rumusan: Kekecualian hukum ini untuk perkataan yang berasal daripada bahasa
di Nusantara khususnya bahasa Indonesia.

3.1.3.3 Ejaan Gugus Konsonan

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa Melayu
dengan beberapa penyesuaian.
Penulisan Gugus Konsonan di Awal Kata
Contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

40
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

bl- block jadi bl- blok


br- brake jadi br- brek
cl- clinic jadi kl- klinik
pr- practical jadi pr- praktis
st- stable jadi st- stabil
sc- script jadi sk- skrip

*** Sebagai kekecualian bagi peraturan mengenai gugus konsonan seperti yang
disebut di atas, beberapa kata tertentu telah diterima menurut ejaan lama yang
menggunakan huruf e pepet. Kata-kata yang telah ditetapkan ejaannya adalah
seperti berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

class jadi kelas


club jadi kelab
glass jadi gelas
grant jadi geran
plan jadi pelan
stamp jadi setem

Penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata:

Contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

-lf golf jadi -lf golf


-nce science jadi -ns sains
-ps forceps jadi -ps forseps
-rd standard jadi -rd standard
-rt consert jadi -rt konsert

41
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

-x complex jadi -ks kompleks


-xt text jadi -ks teks
Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris disesuaikan dengan
penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu.
Contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
-ct fact jadi -kta fakta
-gm paradigm jadi -gma paradigma
-ism nationalism jadi -isme nasionalisme
-sm plasm jadi -sma plasma

3.1.3.4 Penulisan Kata

Kata Terbitan:

Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis
serangkai dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk
terikat lain yang tidak dapat berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung
dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk akarnya.

A. Kata Terbitan Berawalan:


Awalan Bentuk Dasar Kata Terbitan

Anti- karat antikarat


Auto- carta autocarta
Dwi- fungsi dwifungsi
Eka- bahasa ekabahasa
Juru audit juruaudit
Ke kasih kekasih
Maha- siswa mahasiswa

42
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Panca- indera pancaindera


Poli cakera policakera
Pra- sejarah prasejarah
Pro- kerajaan prokerajaan
Sub- golongan subgolongan
Supra- golongan supragolongan
Swa- tenaga swatenaga
Tata- negara tatanegara
Tri bulan tribulan
Tuna karya tunakarya

*** Bentuk awalan yang boleh ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk
dasar yang mengikutinya hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:
a) Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar
selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan ganti
nama Tuhan atau nama khas yang lain. Contohnya:

Maha Mengetahui
Tuhan Yang Maha Bijaksana
Duli Yang Maha Mulia.
b) Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan
pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contohnya:
se-Nusantara
se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia)
se-Tanah Melayu (Parti Islam Se-Tanah Melayu)
c) Bentuk terikat anti, pro dan kontra dapat juga ditulis terpisah
sebagai kata bebas seperti yang berikut:

43
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Bersikap anti
Pro dan kontra.

B. Kata Terbitan Berakhiran


Akhiran Bentuk Dasar Kata Terbitan
-ah sultan sultanah
-at muslim muslimat
-isme nasional nasionalisme
-nita/ita biduan biduanita
-wan bangsa bangsawan
-wati seni seniwati
-wi dunia duniawi
C. Kata Terbitan Berapitan
Apitan Bentuk Dasar Kata Terbitan
Ke--an rai keraian
Menge--i syak mengesaki
Pel--an ajar pelajaran

D. Kata Terbitan Bersisipan


Sisipan Bentuk Dasar Kata Terbitan
-el- tunjuk telunjuk
-em- serbak semerbak
-in- sambung sinambung
-er- gigi gerigi

3.2 Pengimbuhan

44
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar,


iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan, atau bentuk
terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi
melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan unit-unit
bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan
perubahan makna nahunya.Termasuk dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan,
akhiran, sisipan, dan apitan.

3.2.1 Awalan
Awalan ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar,
misalnya, ter dalam terjatuh dan me- dalam menulis. Contoh lain adalah seperti
ber dalam beranak, se dalam sejenis, ke dalam kekasih, dan pem dalam pembeli

3.2.2 Akhiran
Akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar,
misalnya an dalam makanan dan kan dalam tuliskan. Contoh lain adalah seperti
man dalam budiman, -wan dalam cendekiawan, dan wati dalam seniwati.

3.2.3 Sisipan
Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar, misalnya
em dalam kemuning dan kemuncup, -er dalam seruling dan serabut, dan el
dalam telunjuk dan kelabut.

3.2.4 Apitan
Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada
belakang kata dasar, misalnya ke- ...an dalam kezaliman dan kesenangan, pe-...an
dalam pesisiran dan peperangan.
3.3 Pemilihan Kata

45
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri
daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai
dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Perkataan mempunyai pelbagai bentuk
yang dapat dijeniskan sebagai berikut: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk,
dan kata ganda.

3.3.1 Kata Tunggal


Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis
kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata
tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang
mengandungi dua suku kata atau lebih.

3.3.1.1 Kata tunggal satu suku kata


Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad,
iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa
asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah
seperti berikut :
1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
Contohnya :
1. KV

46
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

yu, ru, ya
2. VK
Am
3. KVK
cat, bah, tin, bin, sen, lap, roh, dan.
4. KKVK
stor, pruf, dril, gred, skel, brek, krim, trak, draf, dram, skor, skop.
5. KVKK
teks, bank, volt, harp, kord, seks, zink, golf
6. KKKV
skru.
7. KKKVK
skrip, straw, strok, skrin.

3.3.1.2 Kata tunggal dua suku kata


Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua
suku kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti
yang berikut :

1. V + KV 7. KV + VK
2. V + VK 8. KV + KV
3. V + KVK 9. KV + KVK
4. VK + KV 10. KVK + KV
5. VK + KVK 11. KVK + KVK
6. KV + V

Contoh :
1. V + KV

47
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

aku (a+ku), apa (a+pa), itu (i+tu), ubi (u+bi).


2. V + VK
air, aur, ais.
3. V + KVK
adik, emas, ubat, ikan, izin, ulat, ekor.
4. VK + KV
undi, erti, inti, unta, asli, abdi.
5. VK + KVK
ambil, umpan, empat, indah, embun, ombak, iblis.
6. KV + V
Dua, doa, tua, dia, bau.
7. KV + VK
Jauh, buah, kuil, diam, buih, kuih, liar.
8. KV + KV
Jala, pasu, buku, guru, kita, saya, rata.
9. KV + KVK
Kapal, telur, sikat, hiris, pukul, jarum, bakul, mulut.
10. KVK + KV
lampu, janji, sendi, pintu, tentu, jumpa, jambu.
11. KVK + KVK
Jemput, sandar, bantal, pintal, bandar.

3.3.1.3 Kata tunggal tiga suku kata


Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. Perkataan-perkataan tiga
suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya
ialah :

1. KV + V + KV 11. KV + KV + KV

48
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

2. KV + V + KVK 12. KVK + KV + KV


3. V + KV + V 13. VK + KV + VK
4. KV + KV + V 14. V + KV + VK
5. KVK + KV + V 15. KV + KV + KVK
6. KV + KV + VK 16. KVK + KV + KVK
7. KVK + KV + VK 17. KV + KVK+ KV
8. V + KV + KV 18. KVK + KVK+ KV
9. V + KV + KVK 19. KV + KVK+ KVK
10. VK + KV + KV

3.3.2 Kata Terbitan


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

3.3.2.1 Kata Terbitan Berawalan


Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan.
a. Awalan kata nama
b. Awalan kata kerja
c. Awalan kata adjektif

a. Awalan kata nama


pe - pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai.
pem - pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu.

49
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

pen - pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir.


peng - penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh.
penge - pengecat, pengebom, pengetin.
ke - ketua, kekasih, kekanda.
juru - juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat.
maha - mahasiswa, maharaja, mahaguru.
tata - tatabahasa, tatacara.
pra - prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti.
eka - ekabahasa, ekawarna.
dwi - dwibahasa, dwifungsi.

b. Awalan kata kerja


me - melihat, melawat, merawat, merebus, melombong,
mem - membaca, membesar, membawa, membilang.
men - mendayung, mendaki, mencari, mencuri.
meng - menghijau, mengambil, mengkritik, mengkaji.
menge - mengebom, mengecat, mengelap, mengekod, mengetin.
memper - mempersuami, memperisteri, memperlebar, memperhamba.
ber - berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara.
be - bekerja, berasa, beraja.
ter - termakan, tersepak, terambil, terminum.

c. Awalan kata adjektif


ter - terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus.
se - sehodoh, secantik, senipis, setebal.

3.4 Struktur Ayat

50
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang
sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim,
1986)

3.4.1 Pola Ayat Dasar


Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu
: Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Contoh :
Pola 1 : Encik Ikmal + pengurus syarikat.
Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Baju itu + merah.
Pola 4 : Rumah saya + di Negeri Sembilan.

3.4.2 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat
aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

3.4.3 Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang
diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur
penyambutnya.

51
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3.4.4 Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Contoh :
Fuad membaca buku. (aktif transitif)
Harimau itu menerkam kijang. (aktif transitif)
Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif)
Teksi itu menuju ke utara. (aktif tak transitif)

3.4.5 Ayat Pasif


Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:

4.1 Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.


4.2 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri
kedua.
4.3 Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

3.4.6 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata
kerja pasif di- dan ter-.

Contoh :
Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin.
Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi.

52
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Basikal itu terlanggar oleh bas pada bahagian tayarnya.


Universiti Multimedia terbina oleh pekerja dalam masa dua tahun.

3.4.7 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja
dasar disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata
kerja dengan imbuhan pasif di-.

Contoh :
Rumah itu sudah saya catkan semalam.
Bola itu saya sepak.
Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya.

3.4.8 Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena


Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang
tidak menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan.

Contoh :
Perompak itu kena tangkap oleh polis.
Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa.
Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.

3.4.9 Ayat Tunggal


Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Contoh :
Ibu Fatimah doktor.
Mereka membaca majalah itu.

53
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Ahmad ke pasar petang semalam.

3.5 Penghubung ayat


Kata penghubung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan
dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis, yang
dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk,
iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan
dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan
dihubungkan dengan kata hubung pancangan.

3.5.1 Kata hubung gabungan


Kata hubung gabungan ialah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau
lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata
hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Berikut disenaraikan
beberapa contoh kata hubung gabungan.

dan lalu
atau malahan
tetapi sambil
serta kemudian
Contoh:
1. Sarinah membasuh baju dan ibunya menggoreng ikan.
2. Irfan berdiri lalu berjalan ke halaman rumah.
3. Ammar mungkin membeli kereta Toyota atau Honda.
4. Faridah memakai baju merah tetapi suaminya memakai baju biru.

54
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3.5.2 Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan ialah sejenis kata hubung yang menyambung klausa-
klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
a. kata hubung pancangan relatif
b. kata hubung pancangan komplemen
c. kata hubung pancangan keterangan

a. Kata hubung pancangan relatif


Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa
utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah
yang.
Contoh:
1. Gadis yang bijak itu telah memenangi hadiah utama pertandingan itu.
2. Pelajar yang sedang menulis itu anak saya.
3. Majalah yang dibeli Irfan itu majalah hiburan.
4. Saya membeli baju yang berwarna biru.

b. Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang
menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata
komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk.
Contoh:
1. Pensyarah itu memaklumkan bahawa peperiksaan akan bermula esok.

55
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

2. Penduduk mengetahui bahawa Encik Abu Talib peniaga makanan.


3. Sungguh mustahil untuk kami mempercayai cerita itu.
4. Pelajar-pelajar harus peka bahawa kejayaan akademik sangat penting
dewasa ini.

c. Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang
menjadi keterangan pada satu klausa utama. Berikut disenaraikan beberapa contoh
kata hubung pancangan keterangan.

kerana agar meskipun


sekiranya semoga supaya
kalau andai kata semasa
hingga jikalau semasa
sementara setelah sewaktu
Contoh:
1. Sarinah itu selalu mendapat hadiah kerana kecemerlangannya.
2. Pertandingan itu akan ditangguhkan sekiranya hujan turun.
3. Mereka bermain bola hingga lewat senja.
4. Penulis itu mengarang novel ketika anaknya sudah tidur.

Latihan
Tandakan () bagi ejaan yang betul dan (x) bagi ejaan yang salah.

Betul Salah

1. kafeteria ( ) ( )

2. persaraan ( ) ( )

56
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3. personel ( ) ( )

4. Yang di-Pertuan Agong ( ) ( )

5. kolesterol ( ) ( )

6. bufet ( ) ( )

7. landskap ( ) ( )

8. kuat kuasa ( ) ( )

9. kemas kini ( ) ( )

10. brosur ( ) ( )

11. barbeku ( ) ( )

12. coklat ( ) ( )

13. merbahaya ( ) ( )

14. bilik acu ( ) ( )

15. jualan perabis ( ) ( )

16. penggembala ( ) ( )

17. temu duga ( ) ( )

18. prosedur ( ) ( )

57
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Bab 4 KOMUNIKASI LISAN

Halaman
4.1 Bentuk-bentuk Pengucapan 59

4.1.1 Ucapan 59
4.1.2 Syarahan 71
4.1.3 Temu ramah 71
4.1.4 Pengacaraan majlis 71
4.1.5 Taklimat 72
4.1.6 Pidato 72
4.1.7 Forum 72
4.1.8 Bahasa 73
4.1.9 Ulasan dan komentar 73
4.1.10 Pengendalian mesyuarat 73

58
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

4.1 Bentuk-bentuk pengucapan

Walaupun terdapat pelbagai bentuk pengucapan secara individu dan berkumpulan,


kita hanya akan meninjau beberapa jenis yang popular sahaja dan akan lebih
memberi tumpuan dalam ucapan dan pengendalian mesyuarat.

Penggunaan nada yang betul akan menjadikan komunikasi anda berkesan dan
menarik. Oleh sebab itu anda perlu kuasai nada pengucapan dengan baik.
Sekiranya anda diminta untuk memberikan ucapan di depan khalayak, janganlah
membaca terus daripada teks. Membaca terus membuatkan anda tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya kepada kumpulan sasar anda.

4.1.1 Ucapan

Beberapa aspek penting dalam ucapan, iaitu:


1) Definisi
2) Taraf hadirin
3) Format / Binaan teks ucapan
4) Kemahiran memulakan ucapan
5) Kemahiran melahirkan pendapat
6) Penyampaian yang menarik

1) Definisi:
Ucapan bermaksud penglahiran idea-idea secara lisan dan diujarkan secara
sehala di hadapan audien.

59
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Ucapan menggambarkan seseorang bercakap tentang sesuatu perkara di


hadapan khalayak ramai.
Ucapan biasanya disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi,
sambutan istimewa, perayaan umum, majlis perpisahan, majlis mengenang
jasa, majlis pelancaran projek, majlis penutupan projek, majlis alu-aluan
dan upacara-upacara lain yang seumpamanya.
Lazimnya ucapan dikemukakan berdasarkan tema dan agenda sesuatu
majlis yang melibatkan ucapan berkenaan.

2) Taraf Hadirin:
Taraf hadirin bermaksud tingkatan kedudukan, martabat atau darjat
seseorang yang hadir dalam majlis.
Dalam penyediaan teks ucapan, taraf hadirin harus diketahui supaya
protokol atau salutasi disusun berdasarkan kehadiran tetamu. Dengan itu,
aspek kesantunan berbahasa dapat dipelihara dengan sempurna. Umumnya
terdapat 2 jenis taraf kehadiran, iaitu:
a) Satu taraf hadirin
b) Dua taraf hadirin

1. Satu taraf hadirin


Tetamu yang hadir dalam majlis seumpama ini terdiri daripada pemimpin-
pemimpin yang berperingkat menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-
pegawai tinggi kerajaan atau swasta, ketua-ketua jabatan dan lain-lain.
Contohnya:
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Yang Amat Berhormat Menteri Besar/ Ketua Menteri
Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet
Yang Berusaha Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan / Swasta

60
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan


dan para hadirin sekalian
2. Dua taraf hadirin
Tetamu yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada dua peringkat.
i) Peringkat pertama terdiri daripada raja-raja yang memerintah dan Raja
Muda/ Tengku Mahkota.
ii) Peringkat kedua pula terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat
menteri, orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai tinggi kerajaan/ swasta,
ketua-ketua jabatan dan sebagainya. Contohnya:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehudin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum
Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj, Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Selangor.
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri dan Datuk-Datuk.
Dif-dif kehormat.
Tuan-tuan dan puan-puan

3) Format / Binaan Teks Ucapan


Teks ucapan merupakan sejenis karangan yang berformat.
Pada umumnya format teks ucapan satu taraf hadirin adalah sama dengan
teks ucapan dua taraf hadirin kecuali protokol/ salutasi adalah berbeza
berdasarkan kehadiran tetamu.
Berikut merupakan dua contoh format ucapan mengikut taraf hadirin.

i) Format ucapan satu taraf hadirin


- Tajuk.

61
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

- Kata hormat/ salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat kedudukan


tetamu/ hadirin.
- Isi kandungan ucapan yang bersesuaian dengan tajuk, audien, masa dan
mesej.

Contoh Ucapan Perasmian Majlis oleh Menteri:

1) Pendahuluan
Ucapan syukur ke hadrat Allah.
Ucapan penghargaan kepada pihak penganjur kerana dijemput
untuk merasmikan majlis yang berkenaan.
2) Isi
Menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan majlis seperti
objektif, tema, aktiviti yang dijalankan, kepentingan majlis dan
sebagainya.
Menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan majlis.
Isi-isi sokongan untk menjelaskan isi-isi utama supaya saling
melengkapi
3) Penutup
Ucapan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis.
Harapan kepada hadirin.
Lafaz perasmian.
Terima kasih.

Dari aspek kebahasaan, teks ucapan satu taraf hadirin harus menggunakan
bahasa yang sesuai dengan taraf audien dan mesej.

62
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Pemilihan kata, peristilahan, pembentukan kata, struktur kata, struktur


ayat, laras bahasa dan sebagainya harus tepat dan sesuai.
Gaya bahasa formal dan tegas hendaklah digunakan dalam ucapan.
ii) Format ucapan dua taraf hadirin.
- Tajuk
- Kata hormat/ salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat tetamu atau
hadirin.
- Isi kandungan ucapan yang sesuai dengan tajuk, audien, masa dan mesej.

Contoh Ucapan Menteri di Majlis Perasmian:

1) Pendahuluan
Ucapan menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dan puji-
pujian kerana sudi berangkat hadir ke majlis.
Memohon keizinan untuk menyampaikan ucapan kepada
hadirin.
Ucapan syukur ke hadrat Allah.
2) Isi
Menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan majlis seperti
objektif, tema, dan kepentingan majlis.
Menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan majlis.
Isi-isi sokongan untk menjelaskan isi-isi utama supaya saling
melengkapi
3) Penutup
Ucapan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis.
Harapan kepada hadirin.
Ucapan menjunjung kasih
Terima kasih

63
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Dari aspek kebahasaan, laras bahasa yang sesuai dengan taraf audien dan
mesej harus digunakan.
Daripada segi penggunaan kata ganti nama diri, ucapan menjunjung kasih
dan memohon keizinan untuk menggunakan ganti nama patik harus
dilakukan.
Namun demikian, apabila ucapan itu ditujukan kepada hadirin umum,
ganti nama diri saya patut digunakan.
Selain itu, pemilihan kata, peristilahan, pembentukan kata, struktur ayat
hendaklah tepat dan sesuai.
Gaya bahasa hendaklah bersifat formal dan tegas.

4) Kemahiran Memulakan Ucapan.

Kemahiran memulakan ucapan terdiri daripada dua peringkat iaitu,


i ) Peringkat persediaan.
ii) Peringkat permulaan ucapan.

i) Peringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau


keberkesanan sesuatu ucapan. Di peringkat ini, pemberi ucapan perlu
melakukan persediaan seperti yang berikut:
a) Mengetahui tujuan ucapan.
b) Menganalisis audien dan majlis daripada aspek-aspek yang berikut:
Apakah jenis dan tujuan majlis?
Siapakah bakal pendengar atau audien majlis?
Berapa ramaikah audien?
Apakah minat mereka?

64
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan


mereka?
Bagaimanakah agaknya sikap audien terhadap pidato nanti.
Jantina audien
Umur audien
c) Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis
audien.
d) Menyusun maklumat dan mengelompokkannya kepada 3 kategori
iaitu:
Fakta yang wajib disampaikan untuk mencapai tujuan ucapan.
Fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan ucapan.
Fakta yang boleh dimasukkan jika perlu atau masa mengizinkan.
e) Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan
ucapan.
f) Meneliti tempat ucapan, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan,
ada rostrum atau tidak, dan mengenal pasti kemudahan-kemudahan

65
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

lain.

Meneliti Mengetahui
tempat tujuan
ucapan ucapan.

Menganggarkan Menganalisis
masa audien
yang Persediaan dan
diperlukan majlis

Menyusun
maklumat Mengumpul
dan maklumat
mengelompokkannya

ii) Peringkat permulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien.
Kemahiran-kemahiran yang perlu ada ialah:
Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis.
Menyampaikan alu-aluan mengikut protokol.
Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui;
a) Pernyataan fakta yang merangsangkan.
b) Soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu di
kalangan audien. Contohnya, Tahukah anda bahawa

66
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

c) Petikan atau data yang sesuai.

5) Kemahiran Melahirkan Pendapat:


Ucapan yang berkesan harus mengandungi idea atau pendapat yang jelas
dan disesuaikan pula dengan aras kefahaman audien.
Kejelasan idea atau pendapat bermaksud penyampaian isi yang terang,
nyata dan dapat difahami dengan mudah.
Penglahiran pendapat yang jelas juga menampakkan pernyataan yang
konkrit dan spesifik supaya audien dapat memahami dengan tepat.
Sebaliknya idea yang tidak jelas adalah kabur, sukar difahami dan gagal
menyampaikan mesejnya serta tidak melakukan komunikasi dengan
audien.
Dalam melahirkan pendapat atau idea dan sesuatu ucapan perlu
dititikberatkan daripada segi:
- Pemilihan kata
- Pemilihan ayat
- Penyusunan fakta
Pemilihan kata dan ekspresi merupakan salah satu faktor yang penting
bagi melahirkan pendapat yang jelas.
Penggunaan perkataan yang tepat membolehkan pemidato menyampaikan
pendapatnya dengan tepat dan berkesan.
Oleh itu, elakkan penggunaan perkataan-perkataan yang tidak perlu seperti
pengulangan perkataan tertentu secara sewenang-wenangnya.
Hal ini akan menyebabkan kebosanan.
Penggunaan perkataan yang lebih konkrit dan spesifik serta perkataan-
perkataan yang membawa konotasi yang sesuai dengan maksud yang
hendak disampaikan digalakkan.

67
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Ayat-ayat yang pendek dan mudah boleh membantu audien memahami


maksud buah fikiran pemidato tetapi ia harus juga mempertimbangkan
bahawa kadangkala ayat yang pendek tidak dapat menggambarkan
kumpulan idea yang mantap.
Sementara itu, ayat-ayat yang terlalu panjang pula menyukarkan
kefahaman audien.
Ayat-ayat yang tidak gramatis sering menimbulkan kekeliruan dan tidak
dapat menyampaikan pendapat pemidato dengan jelas, Oleh itu, ayat yang
meleret-leret dan tidak gramatis harus dielakkan.
Dalam melahirkan pendapat atau idea, pemidato perlu memelihara unsur-
unsur penyusunan fakta iaitu:
a) kesepaduan,
b) koheren,
c) pertautan,
d) ringkas dan tepat
Unsur kesepaduan iaitu:
1) Pokok persoalan diketengahkan dan diberi penekanan.
2) Hujah-hujah mesti berhubung kait dengan pokok persoalan tersebut.
3) Hujah yang tidak berkaitan atau menyeleweng dielakkan.
4) Hujah-hujah penting disusun untuk memantapkan pokok persoalan.
5) Sekiranya pokok persoalan tidak diketengahkan, idea-idea sokongan
haruslah disusun dalam bentuk yang membolehkan audien mencapai satu
kesimpulan secara inferens.

Ucapan yang baik harus bersifat koheren, iaitu setiap hujah atau fakta
mempunyai pertalian antara satu sama lain sehingga menampakkan satu
pola atau corak keseluruhan ucapan.

68
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Hujah yang mengandungi unsur pertautan memperlihatkan idea-idea


utama didukung dengan bukti, contoh dan fakta sokongan yang bernas
serta ada kaitan dengan pokok persoalan. Hujah sedemikian boleh
meyakinkan audien. Pemidato yang kurang mahir sering memasukkan
perkara-perkara yang tidak berkaitan dan perbuatan ini menjejaskan kualiti
pertautan ucapannya.

Salah satu ciri hujah yang berkesan ialah ringkas dan padat.
- Setiap hujah atau mesej harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang
kecuali untuk penegasan di peringkat rumusan atau kesimpulan.
- Untuk memastikan proses melahirkan pendapat dapat dilakukan
dengan berkesan, pemidato yang cekap akan mengehadkan skop
hujahnya dalam masa yang diperuntukkan.
- Hujah yang terlalu luas akan menyebabkan idea-idea penting sering
ditinggalkan dan pokok persoalan menjadi kabur.

6) Penyampaian yang Menarik


Isi dan susunan ucapan yang berkualiti harus disampaikan dengan
gaya yang menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian ucapan
yang berkesan termasuklah;
- kelancaran,
- nada dan intonasi,
- kecekapan berbahasa dan
- gaya penyampaian.
Untuk mendapatkan kelancaran dalam ucpaan, mulakan ucapan
dengan keyakinan yang tinggi dengan pengetahuan yang sedia ada.
Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan ucapan.

69
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada


nota.
Berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau di mana
perlu untuk audien memahami atau mengikuti ucapan.
Kawalan masa, iaitu memulakan ucapan pada waktu yang ditetapkan
dan menamatkannya tepat pada waktunya.
Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti eh, err atau
ya.
Menyampaikan ucapan dalam tempo yang sederhana, elakkan
penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
Semasa memberi ucapan, pastikan suara sedap didengar dan menarik.

Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan


yang tertentu. Misalnya;
- Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian.
- Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
- Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk.
- Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar.
- Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

Ucapan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa


yang tepat dan indah.
Pemidato perlu menguasai bahasa yang baik.
Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut;
- Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang
gramatis.
- Aras bahasa bersesuaian dengan audien.

70
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

- Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam ucapan untuk


menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah
seperti pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
- Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik
simpati.
- Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
- Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab

Dalam gaya penyampaian, gerak tangan, mata dan gerak badan


hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta.
Jangan terlalu kaku atau beraksi berlebihan.
Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum
apabila gembira, sedih apabila gundah, dan marah apabila emosi
tinggi.
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan hubungan mata
yang sesuai.
Pakaian hendaklah sesuai dan bersesuaian dengan majlis.
Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan
idea-ideanya. Oleh itu, pemidato perlu memperlihatkan perwatakan,
sikap dan pandangan yang positif serta penuh dengan keyakinan diri
sendiri sebelum berjaya mendapatkan perhatian dan keyakinan audien.

4.1.2 Syarahan
Syarahan ialah aktiviti yang dilakukan secara individu. Dalam syarahan,
individu akan berucap bagi menghuraikan dan menjelaskan mengenai
sesuatu topik. Kaedah penyampaian syarahan biasanya tegas dan harus
meyakinkan audien. Gaya dan suara juga merupakan elemen yang

71
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

terpenting di sini. Cuba tonton siri syarahan di kaca televisyen atau


mendengarnya di radio.

4.1.3 Temu ramah


Temu ramah ialah proses yang melibatkan dua pihak, iaitu seorang yang
bertanya dan seorang lagi menjawab. Terdapat dua bentuk temu ramah
iaitu:
1. Proses mendengar dan bertutur serta bersoal jawab.
2. Perbualan atau dialog antara dua atau penutur mengenai sesuatu
isu secara spontan atau terancang.

4.1.4 Pengacaraan majlis


Pengacaraan majlis dapat dibuat secara rasmi dan tidak rasmi. Seorang
pengacara majlis harus tahu apa yang akan berlaku dalam majlis tersebut.
Jadual mengenai acara majlis dan siapa yang hadir adalah beberapa
elemen yang harus dikenal pasti apabila anada terpilih sebagai pengacara
majlis. Suara anda haruslah terkawal dan adab haruslah menjadi penduan
ketika mengacara majlis. Apatah lagi sekiranya anda dilantik menjadi
pengacara sesebuah majlis rasmi.

4.1.5 Taklimat
Taklimat ialah suatu proses berucap di depan audien mengenai sesuatu
yang berlaku atau sesuatu yang telah dihasilkan. Misalnya, taklimat
kemasukan pelajar ke tahun pertama di universiti. Taklimat seharusnya
ringkas serta suatu proses komunikasi dua hala. Suara harus terkawal dan

72
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

penerangan harus jelas. Terdapat sesi soal jawab. Oleh itu, seseorang yang
memberi taklimat harus mahir dengan apa yang dibicarakannya.

4.1.6 Pidato
Pidato disampaikan kepada kumpulan sasar secara indivisu. Podato adalah
suatu proses meyakinkan khalayak mengenai sesuatu tajuk. Tentu sahaja
pidato ini suatu bentuk komunikasi sehala dalam suatu tempoh masa yang
telah ditetapkan. Terdapat beberapa ciri pidato iaitu:
Penerangan menjelaskan aspek-aspek penting
Menghebahkan perkara-perkara yang terkini.
Meyakini pendengar dengan memberi justifikiasi serta fakta-fakta
sokongan.
Pemujukan supaya pendengar bertindak dan beribah fikiran selari
dengan idea peserta pidato.

4.1.7 Forum
Forum adalah diskusi atau perbincangan yang dijayakan oleh sekumpulan
kecil peserta dan sekurang-kurangnya seorang pengerusi. Forum terdiri
daripada dua bentuk iaitu suatu konsep yang bebas ataupun secara
gabungan. Pengerusi forum harus pastikan bahawa:
Anda mendapat biodata ahli panel anda.
Mempunyai kepakaran dalam bidang yang dibincangkan.
Menentukan masa yang diagihkan kepada setiap ahli panel agak
sekata.

4.1.8 Bahas
Perbahasan adalah aktiviti antara dua pihak yang bertentangan dari segi
pendapat. Sekiranya perbahasan ini suatu pertandingan, ini bermakna

73
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

setiap kumpulan akan diwakili tiga peserta. Walau bagaimanapun,


sekiranya perbahasa di Parlimen, tentu sahaja melibatkan sejumlah wakil
rakyat yang mewakili parti-parti politik masing-masing.

Sesebuah perbahasa memerlukan beberapa kriteria tertentu iaitu:


Suara atau vokal ketika menyampaikan idea.
Ekspresi muka.
Gerakan badan.
Cara berhujah yang menunjukkan anda mahir dengan topik yang
diperbahaskan.

4.1.9 Ulasan dan komentar


Ulasan dan komentar digunakan dalam kehidupan seharian, misalnya
dalam mengulas sesebuah pertandingan sukan atau buku dan filem.
Banyak juga digunakan untuk memberi pendapat terhadap sesuatu isu.
Dengar dan lihatlah bagaimana ulasan dan komentar menggunakan ruang
dan bahasa serta intonasi dalam radio dan televisyen.

4.1.10 Pengendalian mesyuarat


Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala
antara individu dalam situasi formal. Kebiasaannya orang yang
mengendalikan mesyuarat terdiri daripada mereka yang ada kedudukan
seperti pengurus, penyelia, pengerusi, pengetua dan sebagainya.
Pengendali mesyuarat memerlukan seseorang yang berautoriti. Pengendali
mesyuarat akan menyatakan tujuan mesyuarat.

Mengapakah kita perlu mengadakan mesyuarat?


Bertukar-tukar fikiran & pendapat.

74
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Menyelesaikan masalah berbangkit.


Membuat sesuatu keputusan.
Memberi maklumat.
Mendapat maklumat.

Organisasi Mesyuarat:
Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti.
Hal ini melibatkan:
1) penentuan butiran mesyuarat
2) peranan jawatankuasa pengurusan mesyuarat yang terdiri
daripada pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli mesyuarat.

Penentuan Butiran Mesyuarat:


Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran
Agenda

Tarikh yang sesuai perlulah ditentukan terlebih dahulu dan dimaklumkan


kepada semua ahli yang terlibat supaya mereka sempat membuat persediaan

Masa juga hendaklah sesuai supaya hal-hal yang akan dibincangkan dapat
dijalankan dengan sempurna

Tempat yang selesa memang diperlukan untuk aktiviti mesyuarat.

75
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Jika kehadiran/bilangan anggota mesyuarat tidak ramai, eloklah dijalankan


mesyuarat dalam susunan duduk yang membolehkan interaksi secara terbuka.

Agenda ialah senarai perkara yang dikemukakan untuk perbincangan dalam


mesyuarat.Lazimnya, agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mesti
mengandungi:
a) Ucapan alu-aluan pengerusi
b) pengesahan minit mesyuarat yang lepas
c) perkara-perkara berbangkit
d) hal-hal lain

Peranan Pengerusi
Seseorang pengerusi seharusnya memiliki sifat peribadi yang tenang &
peramah, boleh berfikir secara objektif & jelas, berpengetahuan cukup
tentang tatacara mesyuarat, mesra & berkeupayaan mengawal diri.

Peraturan Asas dalam Mempengerusikan Mesyuarat:


Kuasa pengerusi mengatasi semua yang hadir dalam sesuatu mesyuarat.
Pengerusi mempunyai undi pemutus untuk digunakan apabila keputusan
undi antara yang menyokong & yang membangkang sesuatu ketetapan
adalah seri atau sama.
Pengerusi perlu berhubung rapat & bekerjasama dengan setiausaha.
Pengerusi perlu menegaskan bahawa setiap soalan, komen atau pendangan
yang dikemukakan oleh hadirin atau jawatankuasa mestilah ditujukan
kepada pengerusi dan bukan kepada orang tertentu dalam mesyuarat.
Kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa.
Ahli-ahli mesyuarat hendaklah menggunakan pembuka kata yang betul
untuk memulakan ucapan.Misalnya:

76
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

- Tuan/Puan Pengerusi, izinkan saya mengemukakan pertanyaan


kepada
- Melalui Tuan/Puan Pengerusi, izinkan saya mengemukakan
pertanyaan kepada..
- Tuan/Puan Pengerusi, izinkan saya bertanya
Pastikan mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya dan ditangguhkan
secara rasmi supaya setiap ahli yang hadir tahu bahwa mesyuarat tersebut
telah tamat.

Perkara yang Patut Dilakukan dan Dielakkan:


Bercakap atau berucap dengan ringkas. Terus kepada topik perbincangan.
Menghadapi sesuatu keadaan dengan tenang walaupun boleh menyakitkan
hati. Hindarkan ketidaksabaran atau menggunakan bahasa yang kasar.
Tonjolkan diri dengan air muka yang manis.
Berpakaian kemas dan sopan.
Jangan tunjukkan kegelisahan diri.
Jangan bersandar di meja hal ini akan menyebabkan seorang pengerusi
kelihatan lemah dan menimbulkan rasa kurang yakin di kalangan hadirin.
Keadaan ini juga akan memberi kesan kepada suara seorang pengerusi.

Peranan Setiausaha:
Seorang penyelenggara yang baik, berdisiplin dan kemas kerjanya, jelas
dan tenang pemikiranya serta peramah dan bijak.
Tugas penting:
a) menguruskan sesuatu mesyuarat
b) memanggil setiap mesyuarat

77
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

c) membuat agenda bersama pengerusi


d) mencatat minit mesyuarat
e) menulis laporan tahunan
f) melaksanakan semua arahan jawatankuasanya.
g) memberi maklumat kepada setiap ahli yang memerlukannya

Beberapa cara untuk mencatat minit.


1) membuat catatan semasa mesyuarat sedang dijalankan, kemudian
merekodkannya semula dengan segera.
2) minit harus ringkas dan padat dengan merekodkan keputusan terakhir
mesyuarat itu.
3) setiap patah perkataan tentang ketetapan dan pindaan hendaklah
dicatat sepenuhnya bersama-sama nama pencadang dan
penyokongnya.
4) Setelah rangka minit mesyuarat disiapkan, mesti ditunjukkan kepada
pengerusi untuk disahkan.

Peranan Bendahari:
Tanggungjawab tentang hal-hal kewangan seperti mengutip yuran,
membayar bil, menasihati ahli jawatankuasa tentang kedudukan kewangan
persatuan dan lain-lain.
Sentiasa menyediakan penyata kewangan terkini yang ringkas untuk
dibentangkan pada setiap kali mesyuarat jawatankuasa.

Peranan Anggota Mesyuarat:


Mengambil bahagian terhadap sebarang perkara yang dibincangkan dalam
mesyuarat dengan memberi pandangan sendiri atau menimbulkan
pertanyaan untuk penjelasan lanjut.

78
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Jika melibatkan keputusan, anggota mesyuarat yang hadir perlu mengundi.

Aktiviti:

Kelab Badminton MMU akan menganjurkan Kejohanan


Badminton antara Universiti. Pada 10/12/2008, semua ahli
jawatankuasa dipanggil untuk membincangkan persediaan
yang akan dilakukan untuk menjayakan aktiviti tersebut.
Bincangkan berdasarkan agenda berikut:.

Ucapan alu-aluan oleh pengerusi.


Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Perkara berbangkit.
Membincangkan persediaan yanag akan dilakukan.
Kewangan persatuan.
Hal-hal lain.
Ucapan penutup oleh pengerusi.

Bab 5 KEFAHAMAN

Halaman

5.1 Teks prosa 80

79
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

5.2 Teks puisi 92

5.1 Teks Prosa


Prosa ialah teks yang berkaitan dengan bahan-bahan penulisan biasa atau bahan-
bahan penulisan kreatif. Apa sahaja teks yang lengkap dari segi wacananya adalah
dianggap sebagai prosa.

80
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Prosa terdiri daripada prosa moden dan prosa klasik. Namun begitu, untuk tujuan
sukatan pelajaran ini, kita akan memberi tumpuan kepada prosa moden sahaja.
Prosa moden terdiri daripada bukan fiksyen dan fiksyen.
Bukan Fiksyen
Teks prosa bukan fiksyen terdiri daripada pelbagai bentuk seperti dalam
laras bahasa biasa, perniagaan, akademik, perundangan, media massa,
sastera, agama dan sebagainya. Sila rujuk kembali laras bahasa dalam Bab
1 dahulu.
Fiksyen
Bahan fiksyen yang digunakan dalam bab ini ialah novel, cerpen dan
drama. Bahan-bahan fiksyen lebih mudah difahami sekiranya kita
membaca dengan teliti serta melihat kepada empat perkara penting iaitu
watak, latar, jalan cerita (plot) dan gaya bahasa.
1) Cerpen.
Cerpen ialah akronim untuk cerita pendek. Kebiasaannya cerpen akan
bercerita mengenai sesuatu peristiwa yang menjadi pokok persoalan
(tema). Tema ialah idea atau persoalan pokok yang menyawal sesebuh
karya sastera yang menjadi panduan bagi penulis memilih bahan-
bahan cerita itu dan menyusunnya. Tema boleh terdiri daripada kasih
sayang, kemanusiaan, alam sekitar, ketuhanan dan sebagainya.

2) Novel
Novel ialah cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan
kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan
sosial. Tiada perbezaan yang ketara antara novel dengan cerpen
kecuali dari segi jumlah perkataannya sahaja. Novel lebih panjang.

81
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3) Drama
Perkatan drama berasal daripada perkataan Greek iaitu draien yang
bermaksud to act. Drama ialah karya sastera yang bertujuan
menggambarkan kehidupan, mengemukakan pertikaian dan perasaan
serta pemikiran melalui perlakuan dan dialog. Oleh itu, untuk
memahami drama, elemen-elemen tersebutlah yang kita cari untuk
memperoleh jawapannya.

Meningkatkan Kecekapan Memahami Petikan


Antara cara untuk meningkatkan kecekapan memahami petikan ialah:
1) Mempelbagaikan teknik pembacaan.
2) Mengelak kebiasaan yang menjejaskan kelancaran membaca.
3) Peka kepada maklumat yang tidak berbentuk teks.
4) Memahami maklumat yang tidak bersifat bahasa.
5) Mengenali dan memahami perkataan.
6) Memahami makna teks atau wacana.

1) Mempelbagaikan teknik pembacaan.


Antara teknik yang boleh dipraktikkan untuk mempertingkatkan kecekapan
membaca adalah:
a) membaca pantas
b) scanning
c) skimming

a) membaca pantas
Tidak memerlukan seseorang itu membaca satu demi satu atau setiap
perkataan yang terdapat dalam petikan yang dibaca.

82
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Dapat menggerakkan mata dengan pantas untuk melihat beberapa


perkataan dalam sesuatu baris sebagai satu kumpulan.
Menumpukan perhatian kepada kata kunci yang mendukung maksud
terpenting bagi kumpulan atau himpunan perkataan itu.
Kepantasan pembacaan bergantung kepada tujuan pembacaan dan
kandungan bahan yang dibaca.
Jika untuk membuat tinjuan kasar mengenai isi, bacaan pantas dapat
dilakukan.
Tetapi jika perlu meneliti isi dan bahan bacaan berat (abstrak,
kompleks, ilmiah), bacaan pantas tidak sesuai.
b) scanning
Membaca dengan tujuan mendapatkan maklumat tertentu dan
maklumat itu dapat dikesan dengan mudah, tanpa pembacaan yang
mendalam terhadap petikan.
c) skimming
Membaca untuk mendapatkan intipati yang terkandung dalam teks dan
pembacaan untuk tujuan ini memerlukan tumpuan perhatian yang lebih
mendalam dibandingkan dengan membaca scanning.

2) Mengelak kebiasaan yang menjejaskan kelancaran membaca.


Membaca dengan mengeluarkan suara atau seperti orang yang
berbisik. Keadaan ini mendorong pembacaan kata demi kata dan
menyukarkan mata memandang perkataan mengikut kumpulan unit-
unit yang bermakna.
Membaca sambil menunjuk perkataan atau ayat dengan jari.

3) Peka kepada maklumat yang tidak berbentuk teks.

83
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Tanda-tanda grafik seperti tanda bacaan, simbol dan kelainan bentuk


penulisan kerana mempunyai maksud tertentu. Misalnya tanda 1, 2 @
dan seumpamanya lazim dimaksudkan untuk merujuk nota kaki atau
memberikan maklumat tambahan.
Bentuk-bentuk tulisan seperti huruf condong, HURUF BESAR,
terdapat bahagian tertentu yang dihitamkan atau digarisbawahkan
kerana mendukung kepentingan tertentu- diambil daripada bahasa
asing, definisi, judul, atau istilah teknikal dsb.

4) Memahami maklumat yang tidak bersifat bahasa.


Bentuk graf, carta, jadual, peta, pelan, rajah, selalu digunakan dalam
bahan bacaan untuk membantu memahami dengan pantas dan tepat
akan sesuatu maklumat yang disampaikan oleh penulis.
Bentuk seperti ini dapat mengasah kemahiran mengintepretasi untuk
mengesan maklumat yang tersirat didalamnya.

5) Mengenali dan memahami perkataan.


Berkeupayaan mengenal pasti dan memahami perkataan.
Gunakan bantuan kamus jika perlu. Tetapi perlu diingat, sekiranya ini
dilakukan terlalu kerap, pembacaan akan menjadi lambat dan boleh
mengganggu proses pemikiran yang seharusnya ditumpukan untuk
memahami teks. Selain itu, mungkin sukar untuk memilih makna
mengikut konteks yang paling sesuai daripada beberapa makna yang
disenaraikan dalam kamus.

6) Memahami makna teks atau wacana.


Untuk lebih memahami makna teks atau wacana, pembaca harus membuat
beberapa bentuk interpretasi. Antaranya ialah,

84
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

i) Menginterpretasi kata-kata rujukan dan kata ganti yang


digunakan oleh penulis.
Kata rujukan dan kata ganti (seperti itu, ini, seperti itu, tersebut, ia,
mereka, beliau) digunakan untuk mengelakkan pengulangan
apabila penulis ingin merujuk sesuatu idea, perkara, orang atau
objek yang sama, yang telah disebutnya. Pembaca harus meneliti
konteks penggunaan kata-kata tersebut supaya dapat dikesan
dengan tepat, kepada apa dan siapa kata rujukan atau kata ganti
tersebut ditujukan.

ii) Menginterpretasi unsur penghilangan.


Unsur penghilangan juga sering terdapat dalam sesuatu ayat
dengan tujuan mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu
maklumat yang sebenarnya tersirat daripada pernyataan yang telah
diberikan oleh penulis sebelumnya.
Contoh:
Dia datang petang semalam; ibunya pagi ini. (Yang digugurkan
atau dihilangkan ialah datang pada bahagian ayat terakhir)
Pembaca mestilah berupaya mengenal pasti ayat-ayat yang tidak
mempunyai maklumat yang lengkap dan seterusnya mencari
maklumat yang yang berkenaan daripada ayat itu sendiri ataupun
daripada bahagian lain dalam teks itu.

iii) Menginterpretasi pertalian makna perkataan.


Kadang kala penulis menggunakan perkataan yang
berlainan untuk merujuk sesuatu perkara yang sama. Bahan bacaan

85
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

dalam karya sastera sering menggunakan teknik ini. Sebagai


contoh, untuk merujuk tempat kediaman, penulis mungkin
menggunakan perkataan rumah, tetapi di tempat lain, ia mungkin
menggunakan perkataan istana, pondok, atau teratak untuk
merujuk perkara yang sama.
Oleh tu pembaca harus mengetahui pertalian makna
perkataan berkenaan.

iv) Menginterpretasi maksud penanda wacana.


Penanda wacana digunakan supaya wujud
kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana.
Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog,
bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang memperlihatkan
hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.
Terdapat 5 jenis penanda wacana iaitu penanda
penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda
leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.
a) Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang
menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain
dalam wacana. Ada 4 jenis penanda penghubung iaitu
penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung
musabab dan penghubung tempoh.
i) Penghubung tambahan merupakan penghubung yang
memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara
yang diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana
jenis ini ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-
lebi lagi, di samping itu, dan selanjutnya.

86
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

ii) Penghubung tentangan ialah penghubung yang


menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang
baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam
wacana yang sama. Antara penanda wacana jenis ini ialah
tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, dan walau
bagaimanapun.
iii) Penghubung musabab ialah penanda wacana yang
menunjukkan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda
musabab ini ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal
demikian, dengan itu, dan maka itu.
iv) Penghubung tempoh pula ialah penanda penghubung
yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya
sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah pertama,
seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu dan
akhirnya.
b) Penanda rujukan ialah kata ganti nama. Dalam bahasa Melayu,
kata ganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti nama diri
orang (pertama, kedua, ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini,
itu, sini, sana, dan situ).
c) Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang
menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang
sama. Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama,
frasa kerja atau klausa. Contoh dalam ayat:
- Penagihan dadah merupakan satu masalah besar di negara
kita. Kerajaan sedang menyusun langkah untuk
membanteras gejala ini. (frasa nama)

87
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

- Ayah tidak menggalakkan Ali terlalu kerap menonton


televisyen. Mengikut ayah, melakukan perbuatan itu tidak
membawa manfaat. (frasa kerja)
d) Penanda leksikal pula melibatkan kohesi atau pertautan antara
perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Unsur
pengulangan terdiri daripada pengulangan perkataan yang
sama, pengulangan perkataan yang sinonim, penguangan yang
melibatkan perkataan yang umum maknanya dengan yang
khusus maknanya (hiponim), dan pengulangan perkataan yang
kehadirannya saling berkait (kolokasi). Beberapa contoh:

Pengulangan perkataan yang sama:


- Guru mengucapkan tahniah kepada Ali atas kejayaannya.
Kami juga turut mengucapkan tahniah.

Pengulangan sinonim:
- Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu. Semua orang
bersetuju bahawa tempat itu sungguh indah.

Pengulangan hiponim:
- Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri,
kembung, bawal, dan sepat.

Pengulangan kolokasi:
- Abang suka menonton permainan bola sepak. Babak yang
paling digemarinya ialah apabila berlaku tendangan
percuma dan tendangan sudut.

88
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

e) Penanda elipsis atau pengguguran melibatkan pengguguran


perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat
sebelumnya. Contoh:
- Minggu lalu Kak Esah dan keluarganya berkelah di Port
Dickson. Begitu juga keluarga kami.
- Pagi tadi pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri
menghadiri satu taklimat khas. Kami juga turut sama.

v) Mengenal pasti ayat-ayat yang berfungsi.


Walaupun seseorang pembaca tidak dapat memahami
setiap ayat dalam sesuatu teks namun, kefahamannya terhadap
setiap ayat yang dibaca membantunya memahami keseluruhan teks
tersebut. Ayat mempunyai fungsi yang tertentu, antaranya ialah:
a) Memberi definisi (misalnya, Kajian morfologi adalah
kajian tentang kata)
b) Merumuskan atau membuat kesimpulan (misalnya,
Berdasarkan keterangan tersebut, jelas bahawa kemalangan
jalan raya semakin meningkat setiap tahun)
c) Memberi contoh (misalnya, Sebagai contoh, mereka sudah
menguasai sistem imbuhan bahasa Melayu)
d) Memberi huraian atau penjelasan (misalnya, Keadaan ini
disebabkan kemelesetan ekonomi global)
e) Memperkuat hujah (misalnya, Penyataan ini dapat
disokong oleh perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan)

89
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

vi) Mengesan dan menginterpretasi organisasi penulisan.


Untuk mengesan dengan mudah dan menginterpretasi
dengan tepat akan organisasi sebuah penulisan, kita mestilah
terlebih dahulu meneliti tajuk bahan yang dibaca, tujuan penulis
menghasilkannya dan siapa yang menjadi khalayak. Apabila
kesemua perkara tersebut diketahui, struktur atau organisasi
penulisan tersebut dapat dijangka.
Organisasi sesebuah penulisan dapat ditinjau daripada 3
peringkat:
a) Peringkat ayat. Sesuatu ayat itu seharusnya mendukung satu
idea atau buah fikiran yang lengkap. Seseorang penulis yang
mahir akan dapat mengungkapkan ayat-ayat yang jelas
maksudnya dengan mengorganisasikan perkataan yang tepat
dalam satu susunan yang gramatis. Pembaca pula seharusnya
mempunyai keupayaan untuk memahami struktur ayat tersebut
untuk seterusnya memahami kandungannya dengan tepat.
b) Peringkat perenggan iaitu organisasi yang melibatkan
hubungan antara beberapa ayat yang mempunyai hubungan
idea. Idea utama dan idea sokongan digalurkan untuk
membentuk satu satuan yang bertautan atau berfokus kepada
satu fakta atau buah fikiran sahaja. Di samping itu pembaca
juga perlu mengetahui prinsip yang mendasari penggaluran
ayat-ayat tersebut, misalnya berprinsipkan urutan logik,
daripada umum kepada khusus atau daripada khusus kepada
umum, atau urutan penyataan masalah, diikuti dengan
penyelesaian, urutan kesimpulan bukti, pengelasan ciri-ciri,
sebab-akibat, pengelasan contoh, atau sebagainya. Kebolehan
mengesan organisasi penulisan sesebuah perenggan akan

90
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

memudahkan pembaca mendapatkan maklumat daripada bahan


yang dibaca.
c) Seluruh teks. Ini meliputi organisasi yang terdiri daripada
unit-unit yang membentuk teks tersebut, iaitu yang berupa
perenggan, bahagian, tajuk dan bab yang diolah dan
distrukturkan menjadi sebuah wacana yang lengkap yang
membincangkan tentang sesuatu perkara. Dengan membaca
seluruh teks, seseorang dapat mengenal pasti prinsip yang
diterapkan oleh penulis untuk mengorganisasikan seluruh
penulisannya sama ada berprinsipkan kronologi, pengelasan
mengikut hierarki atau berdasarkan pengelasan mengikut ciri-
ciri tertentu. Memahami seluruh teks akan membantu pembaca
memahami unit-unit teks tersebut.

vii) Mengesan mesej utama yang hendak disampaikan oleh penulis.


Pembaca seharusnya berupaya mengesan pendapat,
pandangan, pendirian dan emosi yang ingin disampaikan oleh
penulis dengan membaca teks itu secara keseluruhan.

viii) Mengesan implikasi dan membuat inferens.


Untuk mengesan sesuatu yang tersirat daripada sesuatu
teks dan membautv inferens (rumusan atau kesimpulan)
memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi. Pembaca mestilah
membaca dan meneliti seluruh teks dan mengesan sesuatu yang
tersirat. Perlu memberi lebih tumpuan sekiranya teks tersebut
bersifat hujahan (argumentatif), yang memerlukan pembaca
membuat inferens sendiri.

91
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

ix) Membuat ramalan atau telahan.


Keupayaan menelah atau meramalkan sesuatu yang akan
dinyatakan atau disampaikan selanjutnya oleh pengarang
(misalnya, selepas suatu ayat atau sesuatu perenggan) akan dapat
membantu pembaca memahami teks yang dibacanya dan ini juga
menunjukkan bahawa pembaca berupaya memberikan tumpuan
perhatian kepada bahan yang dibacanya. Ini disebabkan, seseorang
itu hanya akan dapat menelah atau meramalkan sesuatu dengan
tepat, apabila ia dapat membaca dengan khusyuk dan berupaya
memahami sesuatu yang dibacanya dengan jelas dan tepat juga.
Biasanya apabila membaca novel, cerpen atau fiksyen,
seseorang pembaca itu dapat membuat ramalan yang tepat tentang
peristiwa yang berlaku selanjutnya. Kecekapan meramal bukan
sahaja dari segi meramalkan peristiwa, fakta atau idea pengarang
yang seterusnya, tetapi juga menelah kaedah atau cara yang
digunakan oleh pengarang untuk mengemukakan hujahnya.
Semakin tepat telahan yang dapat dibuat oleh seseorang semakin
besar kemungkinannya memahami teks yang dibacanya itu dan ini
juga secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa ia dapat
menentukan tujuan pembacaannya serta dapat memberikan
tumpuan perhatian yang sepenuhnya.

x) Mengintegrasi dan mengaplikasi.


Seseorang pembaca yang cekap berkeupayaan
mengintegrasi dan mengaplikasi pengetahuannya yang sedia ada
untuk memahami bahan yang dibacanya.
Sewaktu membaca, sama ada disedari atau tidak, kita
mengintegrasi pengetahuan sedia ada kita untuk memahami dan

92
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

menyelesaikan masalah yang kita temui dan ini merupakan suatu


kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh seseorang pembaca.

5.2 Teks Puisi


Puisi Melayu dibahagikan kepada dua komponen berbeza mengikut zaman iaitu
puisi klasik dan puisi moden. Puisi klasik mengandungi pancaran atau gambaran
masyarakat Melayu lama yang terikat dengan kehalusan budi bahasa dan adat
resam seperti yang dapat dilihat dalam pantun, gurindam, seloka, syair dan
banyak lagi. Puisi moden pula memperkatakan tentang sikap dan pemikiran baru
dalam masyarakat.
Puisi klasik
Dalam bab ini kita akan melihat tiga bentuk puisi klasik iaitu pantun,
syair, gurindam dan seloka.
1) Pantun
Pantun terdiri daripada bentuk-bentuk tertentu. Rangkapnya berbentuk
genap antara dua kerat hingga dua belas kerat. Rima bagi pembayang
akan sama dengan rima bagi maksud. Setiap kerat kebiasaannya
mempunyai rima a-b-a-b mengikut jumlah rangkapnya.
Pembayangnya akan sama rima dengan baris maksudnya. Sekiranya
pantun itu mempunyai empat baris, maksud sebenar hanya dapat
ditemui dalam baris ketiga dan keempat sahaja.

2) Syair
Bagi syair, rimanya ditulis sebagai a-a-a-a-. Syair mempunyai nada
(irama) yang tersendiri untuk dilagukan. Kebiasaannya syair akan
menceritakan mengenai sesuatu peristiwa atau perkara. Syair ialah satu
kesatuan yang lengkap mengenai falsafah, agama, pengajaran,
simbolik dan sebagainya.

93
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

3) Gurindam dan seloka


Perbezaan antara gurindam dan seloka tidak begitu ketara kecuali dari
segi isinya. Isi dalam gurindam memberi gambaran sesuatu secara
objektif sedangkan seloka pula isinya lebih ringan danbertujuan
mengejek, bercanda dan menyindir. Bagaimanapun dalalm aspek yang
lain, kedua-dua puisi dianggap tidak mempunyai struktur yang tetap
kecuali sifatnya yang berangkap.

Puisi moden.
Puisi moden atau dikenali juga sebagai sajak mempunyai bentuk yang
lebih bebas dan tidak terikat dengan format tertentu. Bentuk sajak yang
bebas juga menjadikannya tempat para penyair melahirkan idea dan
ideologi.

Memahami isi tersurat dan tersirat dalam puisi.


Isi tersurat ialah isi yang tertulis secara terang-terang atau dengan jelas. Misalnya
disebutkan bunga itu, tentulah berbicara tentang bunga. Sebaliknya kalau dalam
puisi tersirat, bunga itu mungkin memperkatakan tentang seorang gadis atau
perempuan. Sekiranya anda ingin memahami sajak-sajak berbentuk begini, anda
juga harus kenal unsur-unsur semantik yang ada di sekeliling masyarakat Melayu.
Kadang-kadang terdapat juga unsur-usnur analogi yang bersifat sejagat. Misalnya
burung adalah lambang kebebasan untuk semua masyarakat.

94
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Latihan:
Arahan : Bahagian ini mengandungi 2 petikan yang terdiri daripada 10 soalan.
Baca petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan tersebut.

Soalan 1.
Jika dahulu pertanian dikaitkan dengan kemiskinan dan keadaan jumud,
sektor tersebut kini diakui mempunyai nilai tambah dan semakin penting. Sejajar
dengan itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata
bahawa tidak harus wujud anggapan kerajaan berundur ke belakang apabila mahu
pertanian diutamakan kembali. Tidak dinafikan peralihan pergantungan daripada
hanya menjadi pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah, dan sawit
kepada sektor perindustrian memacu pembangunan negara dan menambah
kemakmuran hidup rakyat.
Hari ini, penemuan terkini dalam bidang bioteknologi dan penggunaan
teknologi canggih menyebabkan tidak wujud soal had pertumbuhan dalam
pertanian, selain membolehkan kita menanam lebih banyak padi secara komersial
dan di kawasan sama di tanam hasil pertanian lain sekali gus meningkatkan
produktiviti. Selain itu, melalui kajian bioteknologi, sektor pertanian dapat
menghasilkan benih yang lebih bermutu atau buah-buahan serta hasil ternakan
lebih baik dari semasa ke semasa. Segala kemajuan itu seharusnya digunakan
sepenuhnya oleh petani yang sepatutnya sudah keluar daripada kepompong dan
turut sama dalam arus perubahan itu. Perkara yang perlu dititikberatkan sekarang
ialah anjakan minda petani dan anak mereka yang harus mengambil kesempatan
daripada dasar baru terhadap pertanian bagi meningkatkan taraf hidup dan
menjadi petani berjaya.
Oleh itu, usaha-usaha untuk memartabatkan sektor pertanian negara
memerlukan usaha yang berterusan kerana keupayaan bidang ini memberikan
sumbangan, terutama membekalkan makanan bermutu, selamat, dan mencukupi
demi menjamin kesejahteraan penduduk. Dengan itu, program jangka panjang
perlu disusun untuk menjadikan sektor pertanian diminati golongan muda dan
diusahakan secara komersial supaya pengeluaran hasil pertanian mampu
memenuhi permintaan pengguna dan pengusaha industri. Pada masa ini,
kebanyakan pekebun kecil di luar bandar mengusahakan kegiatan pertanian untuk
cukup makan atau dijual secara sampingan di pekan sehari dan majlis keramaian
bagi menambah perbelanjaan seharian.
Kegiatan pertanian yang berkonsepkan sara diri itu perlu dihapuskan
disebabkan aktiviti jenis ini akan memberikan kesan negatif serta tidak
menambahkan semangat golongan belia. Perkara ini adalah antara kekangan yang
menyekat golongan belia daripada menyertai kegiatan pertanian walaupun mereka
mengetahui pendapatan yang diperoleh daripada sektor itu sangat tinggi. Oleh itu,

95
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

aspek ini menjadi tanggungjawab agensi kerajaan, swasta, serta badan sukarela
yang terlibat dengan punca kegiatan itu tidak diminati.
Oleh itu, usaha untuk menerapkan pengetahuan pertanian dalam
kurikulum perlu dilakukan sebagai tindakan awal bagi memikat golongan belia
lepasan sekolah meminati bidang itu dan dijadikan sebagai sumber pencarian.
Tidak dinafikan kerajaan mendirikan industri pertanian bagi golongan
belia menyertai sektor itu selepas tamat persekolahan, namun usaha itu dianggap
terlambat oleh sesetengah pihak. Usaha menerapkan pengetahuan pertanian
seharusnya dilakukan ketika di peringkat sekolah rendah di samping
menghidupkan semula beberapa projek seperti bumi hijau, persatuan pertanian,
serta mewujudkan kebun di sekolah yang mendidik mereka mencintai bidang
pertanian. Dalam hal pemasaran hasil pertanian, kerajaan boleh meminta bantuan
agensi seperti RISDA, FAMA, dan Jabatan Pertanian serta pihak swasta untuk
membantu para petani. Pelbagai kegiatan pemasaran boleh dilakukan termasuk di
pekan sehari, pasar tani, jualan hasil tanaman setiap minggu serta kempen-
kempen makan makanan tempatan.
Pinjaman bantuan modal boleh disediakan bagi membeli barangan
keperluan pertanian seperti jentera, benih, dan baja menerusi persatuan belia,
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta persatuan keusahawanan peringkat
kampung dan FELDA. Tidak ada alasan kukuh untuk golongan belia
mengetepikan saranan supaya mengusahakan tanah dengan kegiatan pertanian
sedangkan sektor berkenaan mampu memberikan pulangan yang tinggi. Kini,
sudah tiba masanya mereka mempelajari selok-belok kegiatan pertanian supaya
usaha memartabatkan sektor itu di samping membantu untuk meningkatkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Fail Pengarang)

i. Apakah maksud rangkai kata memacu pembangunan negara?


(1 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

ii. Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian yang berkonsepkan


sara diri. Berikan satu contoh.
(2 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

96
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

iii. Huraikan kepentingan sektor pertanian kepada rakyat dan negara kita.
(2 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iv. Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan industri


pertanian?
(2 markah)

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

v. Mengapakah negara kita mula menumpukan bidang pertanian,


sedangkan sebelum ini negara kita mengutamakan sektor perindustrian?
(3 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Soalan II.
Bila pokok-pokok ini akan menjadi besar abang? tanya adik kepada
abang yang sedang mengambus tanah di sekeliling anak-anak getah. Badan sasa
abang terbongkok sedikit menahan berat badan adik yang digendong di
belakangnya.
Hah adik sekarnag berapa tahun? abang tanya kembali.
Ererlima! adik jawab pantas.
Hah nanti apabila umur adik dah jadi dua belas, besarlah pokok-pokok
itu. Ada susunya. Bolehlah kita toreh.
Adik terdiam seketika. Jari-jari kecil yang merangkul leher abang itu
dibuka genggam untuk mengira sesuatu. Tetapi pengiraannya tidak menjadi.
Lima tahun dia tahu. Tahun depan umurnya akan menjadi enam tahun. Itu pun dia
tahu. Emaknya telah mengajarkannya begitu. Tapi dua belas tahun agak berat
untuk dikunyahnya.
Berapa hari raya lagi bang?
Enam, tujuh
Adik tahu satu hari raya, satu tahun. Enam hari raya lagi.
Aduh lamanya lagi, gaduh hatinya.

97
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Pokok-pokok tu kenapa abang potong? dia tanya lagi sambil menuding


jari ke arah batang-batang getah besar yang bertimbun dan masih berasap.
Dah tua, tak ada susu lagi, abang terus melayan dengan sabar. Adik
masih bergayut pada lehernya. Abang membiarkan. Abanglah pengganti ayah. Itu
abang tahu. Dia sengaja membiarkan adik mengayahkannya. Abang tahu benar
betapa intimnya adik dengan ayah. Sejak ketiadaan ayah, abang berazam untuk
tidak membiarkan adik ditenggelami lara. Anak itu terlalu kecil untuk
memahami kuasa takdir, bisik abang dalam hatinya. Adik merupakan cahaya
hidup kami sekeluarga. Abang bertekad untuk menjadi bayang-bayang ayah.
Semua yang dulunya dilakukan oleh ayah, kini dipikulnya dengan rela. Abang
tidak mahu sesiapa pun atau apa-apa pun berubah atau dipaksa berubah kerana
ayah sudah tiada.
Abang terus menggerakkan tangan-tangan perkasanya menimbus-nimbus
tanah di sekeliling anak-anak getah. Pergerakan itu menelurkan ketulan-ketulan
pejal di kedua-dua belah lengannya. Adik cuba mencari-cari ketulan-ketulan itu di
lengan kecilnya pula. Tiada. Kemudian dia menolehkan pandangan ke arah
datuknya yang juga tekun dengan kerja-kerja menimbus akar anak-anak getah.
Pandangannya dijuruskan ke arah lengan orang tua itu. Juga tiada. Pernah juga
sekali dia bertanya kepada datuknya kenapa dilengannya tiada ketul-ketul macam
abangnya. Terkekeh-kekeh orang tua itu menjawab yang dia tidak sekuat cucu
sulungnya itu. Abang cuma tersipu-sipu. Cukup megah adik.
(Diubahsuaikan daripada cerpen Adik, Kathir, 1990)

i. Apakah maksud rangkai kata untuk dikunyahnya?


(1 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

ii. Apakah yang dimaksudkan dengan pengiraannya tidak menjadi?


Apakah yang dilakukan oleh adik untuk mengatasi masalah tersebut?
(2 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iii. Apakah yang menjadi azam abang sejak ketiadaan ayah?


(2 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

98
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

iv. Mengapakah abang melayan segala kerenah adik dengan sabar?


(2 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

v. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada adik sekiranya
abang enggan melayannya dengan baik?
(3 markah)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

99
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Bab 6 PENULISAN

Halaman
6.1 Ciri-ciri penulisan 100
6.1.1 Fakta 101
6.1.2 Gaya dan laras 101
6.1.3 Struktur 101
6.1.4 Bentuk wacana 103

6.2 Jenis teks berformat 106


a) Surat rasmi 106
b) Laporan 110

6.3 Jenis teks tidak berformat 113


a) Rencana 113
b) Ucapan 114
c) Perbincangan 114
d) Perbahasan 115

100
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

6.1 Ciri-ciri penulisan


Berikut merupakan ciri sesebuah karangan yang dikategorikan sebagai baik. Teliti
maklumat berikut sebelum anda mula menulis.
1) Karangan mestilah menepati tajuk, kehendak soalan
serta format yang telah ditetapkan. Terdapat dua bentuk karangan iaitu
berformat dan tidak berformat.
Jenis Berformat Jenis Tidak Berformat
Surat kiriman (rasmi / tidak rasmi), Cereka, imaginasi, fakta,
laporan, berita, ceramah, minit peribahasa, cogan kata, gambaran,
mesyuarat, rencana, dialog, perbincangan, pendapat, cerpen,
wawancara, syarahan, ucapan dan peribahasa dan rencana.
kertas kerja.

2) Karangan mestilah memperlihatkan kematangan


anda. Hal ini dapat dinilai berdasarkan beberapa kriteria.
a) Mentakrif karangan dengan tepat.
b) Menghurai isi dengan jelas.
c) Menggunakan bahasa dengan baik.
d) Memiliki kosa kata dan istilah yang luas dan tepat
penggunaannya.
e) Tiada kesalahan tatabahasa.
f) Tanda bacaan betul.
g) Pemilihan penanda wacana yang sesuai dan tepat.

3) Memperlihatkan pengolahan isi yang menarik dan


penyampaian yang cukup berkesan.

101
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

4) Memperlihatkan pelbagai ragam dan struktur ayat.


Ini akan mewujudkan kelainan dan akan menjadi sangat menarik
sekiranya bijak digabungjalinkan.
5) Pembinaan perenggan yang seimbang, sepadu, dan
berkesinambungan serta penggunaan penanda wacana yang sesuai.
Pelbagaikan penggunaan penanda wacana supaya lebih menarik. (Sila
rujuk penanda wacana dalam Bab 5).

6.1.1 Fakta
Penulisan sebuah karangan mestilah berteraskan fakta-fakta yang tepat dan
relevan. Oleh itu, anda perlu banyak membaca. Dengan pembacaan, fakta akan
diperoleh dan anda boleh menggunakannya dalam penulisan nanti.

6.1.2 Gaya dan laras


Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai gaya atau cara sesuatu bahasa digunakan.
Kebiasaannya sesuatu fungsi bahasa akan berubah-ubah mengikut situasi semasa.
Ini bermakna sesuatu laras mengambil kira latar belakang dan kebudayaan sesuatu
masyarakat. Dapat dikatakan bahawa laras bahasa mengambil kira;
Cara penyampaian.
Hubungan sosial antara penutur
Bahan yang diperkatakan.
Fungsi-fungsi sosial dalam perlakuan manusia.
(Sila rujuk bab 1 1.4.1 Laras Bahasa)

6.1.3 Struktur
Struktur karangan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pendahuluan, isi
dan penutup. Untuk menghasilkan karangan tidak kurang daripada 450 patah

102
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

perkataan seperti yang dikehendaki dalam kursus ini, komponen dalam struktur
tersebut perlu mantap.

A Pendahuluan

Isi
B huraian
contoh

C Penutup

Rajah : Struktur Karangan

Komponen A : Pendahuluan
Pendahuluan sesebuah karangan mestilah memperlihatkan pertalian yang erat dan
rapat dengan judul penulisan. Ini membolehkan para pembaca dapat menangkap
dengan pantas isu yang akan diketengahkan. Pendahuluan yang menarik dan
menjurus kepada topik yang dibincangkan akan membuatkan pembaca terpikat
dan membantu mengikat pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga ke
akhir penulisan.

Komponen B : Isi
Sebaik-baiknya terdapat lima hingga enam isi untuk sesebuah karangan yang
mengandungi tidak kurang daripada 450 patah perkataan. Bahagian ini akan
menguji kepintaran dan kematangan anda bermain dengan idea dan bahasa. Setiap
isi lengkap yang mengandungi huraian dan contoh perlu ditulis dalam satu
perenggan. Setiap perenggan pula harus ada pertalian. Oleh itu, penanda wacana

103
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

yang sesuai perlu digunakan. Segala kekuatan dan kelemahan anda akan terpamer
dalam bahagian ini. Berhujahlah dengan logik, mantap dan berkesan.

Komponen C : Penutup
Penutup dalam sesebuah karangan berfungsi sebagai tali untuk mengikat seluruh
idea anda. Rumuskan segala yang telah dibincangkan dalam sebuah perenggan
penutup yang jitu.

6.1.4 Bentuk wacana


Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat kerana wacana boleh juga
terdiri daripada sejumlah ayat, bab, buku, cerita, novel, siri buku, surat, dan
pelbagai bahan lagi. Wacana harus menunjukkan hubungan dan perkembangan
idea yang berurutan. Oleh itu wacana merupakan suatu penyatuan bahasa yang
lengkap dan sempurna.

Sebuah wacana penulisan harus mengandungi ciri-ciri berikut:


- Ada arah tujuan atau hala tuju.
- Berlandaskan hubungan antara penulis dan pembaca.
- Berlandaskan unsur susun atur, misalnya, mengikut masa, tempat, sebab dan
akibat, keutamaan atau kepentingannya.
- Mempunyai maklumat baru yang belum ditulis dalam ayat sebelumnya.
- Mempunyai maklumat yang setara dan bukannya berlawanan dengan ayat
sebelumnya.

Komponen Wacana
Komponen wacana terdiri daripada kesatuan, pertautan, runtutan (koheran) dan
gaya penulisan.

104
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

a) Kesatuan menggunakan seluruh perhatian dan


tumpuan kepada judul dominan yang menjadi fokus perbincangan dalam
sebuah karangan. Terdapat 3 cara, iaitu:
b) Memuatkan karangan anda dengan memberi pentakrifan yang jelas
dan mantap
c) Menyusun isi-isi yang ada perkaitan agar apa yang ditakrifkan itu
tepat.
d) Menggabung jalin idea-idea yang kurang dominan ke dalam idea-idea
utama untuk tujuan pengukuhan.

2. Pertautan- mencari idea-idea yang setara dan mempunyai hubungan yang


erat sama ada antara ayat-ayat. Mahupun antara perenggan-perenggan.
Dalam kaedah pertautan, anda perlu memperlihatkan hubungan yang logik
antara ayat dan perenggan tersebut. Misalnya, sesuatu bukti tentulah
dileraikan dengan kesimpulannya, sesuatu sebab dikaitkan dengan
akibatnya, sesuatu fakta harus ada ulasannya. Untuk mewujudkan satu
pertautan antara satu pernyataan dengan pernyataan yang lain, penggunaan
penanda wacana yang tepat dapat membantu.

3. Runtutan- menyusun semula unsur-unsur dalam sesebuah penulisan dengan


cara yang paling berkesan, sesuai serta mencapai matlamat yang
diharapkan. Beberapa kaedah disarankan untuk menghasilkan runtutan,
iaitu:
a) menyatakan dengan tegas apa-apa yang anda
ingin tonjolkan untuk perhatian pembaca.
b) Menekankan unsur yang ingin anda
tegaskan pada posisi yang tertentu misalnya pada pendahuluan atau
penutup karangan.

105
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

c) Memberi ruang yang luas kepada unsur yang


ingin anda tekankan.
d) Mengulangi idea yang ingin ditegaskan pada
perenggan kesimpulan.
e) Mengemukakan isi yang ingin anda
tonjolkan pada perenggan yang terpisah atau perenggan yang pendek
yang mendapat perhatian.

4. Gaya penulisan petua menghasilkan gaya penulisan yang menarik.


pemilihan perkataan yang tepat rajin-rajin merujuk kamus.
a) Mengetahui pembaca sasaran anda.
b) Pembentukan ayat yang matang dan menarik

Berikut merupakan lima bentuk wacana yang sering digunakan.


1. Pemerian
Bentuk ini bertujuan untuk memerihalkan sesuatu objek, seseorang atau
sesuatu peristiwa tertentu agar pembaca dapat menggambarkan apa yang
diperihalkan itu dengan jelas. Pemerian biasanya digunakan untuk
menunjukkan peristiwa kemalangan jalan raya, keadaan luka yang dialami
oleh seseorang akibat penderaan, butiran rumah untuk dijual atau disewa
dan pelbagai cerita yang memerlukan penerangan yang terperinci.

2. Pendedahan
Perlu kepada huraian dan penjelasan terperinci. Penggunaan data dan bukti
akan mencantikkan lagi karangan anda. Karangan bentuk ini selalunya
berkaitan dengan pengalaman, pentakrifan (definisi), fakta, proses,
pendapat, sejarah, penjelasan, peristiwa, idea atau perkara-perkara yang

106
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

boleh dihuraikan. Penjelasan biasanya mempunyai perkaitan yang menjadi


asas dalam perenggan seterusnya.

3. Pemujukan
Seharusnya karangan bentuk ini dapat memujuk pembaca bertindak
berdasarkan cadangan yang dikemukakan. Karangan yang ditulis mestilah
menggunakan cara yang mudah untuk difahami. Bentuk penulisan ini
sering digunakan dalam wacana iklan.

4. Penghujahan
Bentuk ini digunakan apabila sokongan atau persetujuan daripada pihak
pembaca tentang sesuatu idea atau fikiran serta pendapat diperlukan.
Penghujahan perlu mengemukakan bukti berdasarkan prinsip-prinsip yang
logik dengan penaakulan (membuat pertimbangan dengan logik) yang
tepat dan betul. Selain itu, bentuk ini juga perlu mengemukakan bukti
secara berurutan ataupun susunan yang khusus.

5. Penceritaan
Selalunya dalam penulisan sejarah, biografi, autobiografi, pengembaraan,
laporan dan fiksyen, bentuk penceritaan digunakan. Penulisan dalam
bentuk ini mengaitkan beberapa peristiwa dalam satu urutan cerita yang
teratur dan kemas.

6.2 Jenis Teks Berformat


Dalam bahagian ini tumpuan akan diberi kepada surat rasmi dan laporan.
a) Surat rasmi
a) Surat rasmi bersifat formal dan ada
beberapa jenis, antaranya ialah surat permohonan, surat aduan, surat

107
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

cadangan, surat bantahan, surat rayuan, surat undangan rasmi serta


surat perniagaan.
Penggunaan bahasa dalam surat kiriman rasmi mestilah mudah, tepat,
padat dan tidak berbunga-bunga. Biasanya bentuk ayat pasif
digunakan untuk menimbulkan suasana formal antara penerima dan
pengirim.
Berikut merupakan contoh surat kiriman rasmi.

108
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Jawatankuasa Penduduk Taman Jaya,


Taman Jaya,
63100 Serdang,
SELANGOR.
_______________________________________________________________

Ketua Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor,
63100 Serdang,
SELANGOR. 30 JUN 2009

Tuan,

Pembakaran Terbuka di Taman Jaya

Berhubung dengan perkara di atas, saya mewakili penduduk Taman Jaya ingin
membuat aduan kepada pihak tuan tentang pembakaran terbuka yang berlaku
di taman kami. Pembakaran ini kerap dilakukan oleh pihak pengurusan sebuah
kilang papan yang beroperasi secara haram di kampung kami sejak lima tahun
lalu. Mereka melakukan pembakaran secara terbuka sebanyak dua atau tiga
kali dalam seminggu. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada para
penduduk. Walaupun kami telah menemui pihak pengurusan berkenaan untuk
melahirkan perasaan tidak puas hati, namun masalah ini masih berlarutan.
Berikut merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh para penduduk sejak
pembakaran terbuka itu dilakukan.

2. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk taman ini ialah masalah
kesihatan. Masalah ini dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang tua.
Mereka kerap mengalami batuk dan sesak nafas sebagai kesan daripada asap
yang berpunca daripada pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak
pengurusan kilang tersebut. Ramai penduduk yang terpaksa mendapatkan
rawatan akibat masalah ini.

3. Selain itu, taman ini juga kerap mengalami masalah jerebu akibat
pembakaran tersebut. Kadangkala masalah ini berlarutan sehingga tiga hari
apabila kilang berkenaan melakukan pembakaran untuk menghapuskan

109
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Laporan
sisa papan yang tidak digunakan lagi. Keadaan ini menimbulkan kesukaran
kepada penduduk untuk melakukan kegiatan harian. Terdapat penduduk yang
3) Wawancara
terpaksa menggunakan penutup hidung untuk melakukan kegiatan harian
4)mereka.
Kertas Kerja Jenis Teks Tidak Berformat

4. Satu lagi masalah utama yang dihadapi oleh penduduk ialah masalah debu
yang berpunca daripada tempat pembakaran tersebut. Debu-debu daripada
kawasan pembakaran tersebut berterbangan ke kawasan rumah penduduk
terutama ketika angin bertiup kencang. Para penduduk terpaksa menutup pintu
dan tingkap rumah untuk mengelakkan debu daripada memasuki rumah. Selain
itu, timbul kesukaran kepada penduduk untuk menjemur pakaian. Kerap kali
pakaian yang dijemur di ampaian bertompok-tompok hitam akibat debu
berkenaan.

5. Bagi mengatasi masalah ini, kami amat berharap agar pihak tuan dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya. Tindakan tersebut diharapkan dapat
menyelesaikan masalah yang kami hadapi sejak sekian lama. Kami bimbang
sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan, semakin banyak masalah lain yang
akan timbul. Kami juga berasa bimbang kerana terdengar ura-ura ada
penduduk yang mahu mengambil tindakan sendiri terhadap kilang berkenaan.
Sebelum berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, kami amat berharap
pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kilang
berkenaan.

6. Tindakan dan kerjasama pihak tuan dalam menangani masalah ini kami
dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, untuk perhatian dan tindakan
pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Ali
(ALI BIN AHMAD)
Setiausaha,
Jawatankuasa Penduduk Taman Jaya.

110
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Penulisan ini memerlukan format yang mesti dipatuhi. Teliti format


tersebut.
a. Alamat pengirim ditulis dengan lengkap di sudut atas sebelah kiri
surat. Pengecualian diberikan kepada surat yang ditulis pada kertas
berkepala (letter head) kerana alamat pengirim biasanya bercetak di
bahagian tersebut.
b. Garis panjang melintang dibuat selang sebaris selepas menulis
alamt pengirim.
c. Nama dan alamat penerima ditulis sejajar dengan alamat pengirim.
Baris akhir pada alamat pengirim perlu digariskan.
d. Tarikh ditulis di sebelah kanan surat sebaris dengan baris akhir
alamat penerima. Bulan ditulis dengan huruf besar. Tarikh yang
lengkap perlu diakhiri dengan tanda noktah.
e. Panggilan hormat penerima mesti ditulis sesuai dengan gelaran
hormat penerima seperti Tuan, Puan, Yang Berhormat dan sebagainya.
f. Perkara atau tajuk surat perlu gunakan huruf besar pada setiap awal
perkataan kecuali kata hubung dan kata sendi. Bahagian ini perlu
digariskan dan tanpa tanda noktah.
g. Isi dan perkembangan isi. Perenggan pertama dan perenggan
penutup tidak diberikan nombor. Perenggan pertama merupakan
perenggan pengenalan yang menyatakan tujuan surat tersebut ditulis.
Perenggan isi yang lain diberikan nombor bermula dengan nombor (2)
pada perenggan isi yang kedua.
h. Perenggan penutup merupakan ucapan terima kasih dan makluman
tentang surat berkenaan.
i) Pengakuan pengirim yang biasa ditulis ialah Yang benar, Yang
menjalankan tugas dan sebagainya. Rangkaian pengakuan ini diakhiri
dengan tanda koma.

111
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

j) Tandatangan pengirim.
k) Nama penuh pengirim hendaklah ditulis dalam kurungan dan
berhuruf besar. Sekiranya pengirim mempunyai jawatan, nama jawatan
tersebut perlu ditulis di bawah namanya.

b) Laporan
a. Tujuan laporan ditulis biasanya untuk melaporkan sesuatu
peristiwa atau kegiatan yang telah berlangsung. Penulisan minit
mesyuarat, kegiatan persatuan, sesebuah syarikat atau organisasi,
laporan kajian, keadaan sesuatu tragedi atau peristiwa dan persediaan
sesuatu acara atau majlis memerlukan penulisan bentuk laporan.
b. Format laporan
i. Tajuk laporan huruf awal setiap perkataan
menggunakan huruf besar kecuali kata sendi dan kata hubung dan
digaris tanpa tanda noktah
ii. Pendahuluan mengandungi tarikh, masa dan tempat.
iii. Isi disusun mengikut urutan kegiatan.
iv. Penutup.
v. Pengakuan pelapor seperti Disediakan oleh, atau
Yang menjalankan tugas, ditulis disebelah kiri selepas perenggan
penutup.
vi. Tarikh ditulis setentang dengan pengakuan pelapor di
sebelah kanan laporan.
vii. Tandatangan pelapor ditulis di bawah pengakuan
pelapor.
viii. Nama pelapor ditulis dengan huruf besar bagi setiap
huruf dalam kurungan.
ix. Jawatan pelapor biasanya ialah setiausaha.

112
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

c. Contoh laporan.

Laporan Minggu Bahasa Persatuan Linguistik Melayu, Universiti Multimedia,


Cyberjaya, Selangor

Pada 6 hingga 9 Oktober 2008 yang lalu, Persatuan Linguistik Melayu,


Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor telah mengadakan Minggu
Bahasa. Minggu Bahasa ini berlangsung selama seminggu. Dalam masa
seminggu tersebut, banyak aktiviti yang dijalankan. Tujuan Minggu Bahasa ini
dijalankan untuk mendedahkan pelajar antarabangsa kepada bahasa Melayu
dan menarik minat mereka untuk mendekati bahasa tersebut. Di samping itu
kegiatan ini dijalankan untuk memupuk minat dan cinta akan bahasa Melayu
kepada pelajar tempatan. Oleh itu, pelbagai aktiviti disediakan supaya dapat
disertai
Pada harioleh parapula
ketiga pelajar.
diadakan pertandingan deklamasi puisi. Pertandingan ini
juga terbuka kepada semua universiti awam dan swasta di Malaysia. Sejumlah
Upacara
40 orang majlis
pelajarperasmian Minggupertandingan
telah menyertai Bahasa ini ini.telah diadakan diini Dewan
Pertandingan terdiri
Serbaguna Universiti Multimedia, Cyberjaya pada jam 9:30 pagi.
daripada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Dalam pertandingan ini, Majlis ini
telah dirasmikan oleh Presiden MMU, Yang Berbahagia Profesor
peserta dikehendaki mengarang puisi yang bertemakan cintai bahasa Melayu Dr. Zaharin
Yusof. Dalam ucapannya,
dan seterusnya mereka beliau menggalakkan
dikehendaki pelajar untuk menyertai
mendeklamasikan setiap
sajak tersebut.
aktiviti yang dijalankan. Semasa majlis perasmian berlangsung,
Pertandingan ini dijalankan di Dewan Besar Universiti Multimedia, Cyberjaya.pantun, seloka,
syair dan gurindam
Pensyarah jemputandipersembahkan berselang-seli
daripada Universiti Malaya, untuk memeriahkan
Universiti majlis
Kebangsaan
tersebut. Sebagai tanda bermulanya Minggu Bahasa, pertandingan
Malaysia dan Universiti Putra Malaysia bertindak sebagai hakim pertandingan. nyanyian
lagu-lagu rakyat
Pertandingan ini dan tarian tradisional
dimenangi telah diadakan.
oleh Kumpulan Zaba yang Hakim jemputan
mewakili terdiri
Universiti
daripada M. Nasir, Noraniza Idris, dan Pak Ngah.Terdapat
Sains Malaysia dalam acara berkumpulan dan Cik Maryam Moeni mewakili lima hadiah telah
disediakan untuk peserta pertandingan ini yang ditaja oleh SN Production.
Kolej Universiti Sains Selangor dalam kategori individu. Hadiah ditaja oleh
Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan.
Pada hari berikutnya, iaitu pada hari Selasa, pelajar mengambil bahagian
dalam pertandingan hadiah
Majlis penyampaian berbalastelah
pantun antara
diadakan universiti.
pada Terdapat
hari Khamis, iaitu tiga puluh
9 Oktober
kumpulan yang bertanding dan tiga kumpulan yang masing-masing
2008, iaitu pada hari majlis penutupan rasmi. Sebelum upacara penutup mewakili
Universiti Putra penyampaian
diadakan, majlis Malaysia, Universiti
hadiah kepadaMalaysia Sabah diadakan.
pemenang dan Universiti
Semua
Multimedia layak keperingkat akhir. Keputusan pertandingan
hadiah telah disampaikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian ini ialah
dan
kumpulan tuan rumah
Warisan Malaysia. iaituucapan,
Dalam Universiti
YangMultimedia diumumkan
Amat Berhormat Datuksebagai juara.
Mohd Shafie
Manakala
Apdal telahpemantun
melahirkan terbaik
rasa ialah Cik Zaitul
bangganya Azma dari
atas kejayaan Universiti
Persatuan Putra
Linguistik
Malaysia.
Melayu, Universiti Multimedia mengadakan minggu tersebut. Beliau
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan minggu
tersebut.

Laporan disediakan oleh: 17 OKTOBER 2008

Nabilah Husna
(Nabilah Husna Mohamed Azizul)
Setiausaha,
Persatuan Linguistik Melayu,
Universiti Multimedia,
Cyberjaya, Selangor.
113
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

6.3 Jenis Teks Tidak Berformat


1) Teks tidak berformat bukan bermakna penulisan tersebut tiada format
langsung. Sebenarnya esei tersebut tidak mempunyai format yang khusus.

114
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Penulisannya lebih bebas dan tidak perlu mengikut kaedah yang khusus
sebagaimana dalam penulisan surat kiriman rasmi. Terdapat empat jenis
karangan yang akan diteliti iaitu rencana, ucapan, perbincangan dan
perbahasan.
a) Rencana
i) Karangan berbentuk
rencana ditulis untuk disiarkan dalam majalah, surat khabar dan
sebagainya. Karangan ini juga dikenali sebagai artikel atau
makalah yang menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan sesuatu
tajuk. Karangan ini bukan bersifat khayalan kerana semua perkara
yang dihuraikan mestilah berdasarkan fakta yang sahih serta hujah
atau huraian yang bernas. Data yang disertakan juga mestilah
berdasarkan sumber yang benar dan dipercayai.
ii) Dari segi format,
karangan berbentuk rencana ini memerlukan tajuk dan nama
penulis. Kemudian, perenggan isi pula mestilah mempunyai
perenggan yang kohesif dan koheren.

Aktiviti

Dapatkan 5 contoh rencana daripada akhbar dan majalah berbahasa


Melayu. Bincangkan tentang ciri-ciri penulisan yang terdapat dalam
rencana tersebut.

b) Ucapan
* Sila rujuk Bab 4

115
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

c) Perbincangan
i) Karangan jenis ini
memerlukan anda menyatakan hujah sama ada menyokong atau
sebaliknya, berdasarkan tajuk yang diberikan. Ada sesetengah
tajuk yeng menghendaki anda mengemukakan pendapat daripada
sebelah pihak sahaja sama ada bersetuju atau tidak. Namun begitu
ada juga tajuk yang memerlukan anda membincangkan pendapat
daripada kedua-dua belah pihak.
ii) Anda perlu memiliki
pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara (berdasarkan tajuk)
sebelum membincangkannya. Hal ini disebabkan karangan jenis ini
memerlukan kemahiran berhujah di samping kemampuan bersikap
rasional dan tidak membincangkan perkara-perkara yang sensitif
dan negatif.
iii) Pelajar perlu
memberikan pendirian berkaitan dengan perbincangan yang
dihuraikan dengan satu kesimpulan yang teguh dan meyakinkan
pembaca.

116
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Aktiviti

Senaraikan enam hingga tujuh isi untuk menunjukkan anda


memahami tajuk yang dikemukakan. Istilah bincangkan dalam
soalan ini bermakna anda boleh memberi kesan negatif dan positif.

Penubuhan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta


membantu negara mempertingkat pendidikan di negara kita.
Bincangkan pernyataan ini.

d) Perbahasan
a) Karangan ini bertujuan mendedahkan teknik mengemukakan
hujah, membidas isi atau fakta dan seterusnya mempertahankan
pendirian sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.
b) Karangan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi
pertandingan dan situasi bukan pertandingan. Lazimnya jika
soalan berbentuk situasi pertandingan, anda hendaklah
menyokong pernyataan atau membangkang pernyataan. Dalam
keadaan ini, anda tidak dibenarkan bersetuju dan tidak
bersetuju dengan tajuk yang dikemukakan. Oleh itu anda perlu
menetapkan pendirian anda sama ada menyokong atau
membangkang tajuk tersebut.
c) Hujah yang dikemukakan mestilah diiringi oleh fakta, contoh
atau bukti yang jelas.
Aktiviti

Anda sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk berikut


selengkapnya.

Semakin maju pembangunan sesebuah negara, semakin runtuh


akhlak moral masyarakatnya. Bincangkan.

117
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Rujukan

Abdul Sukor Shaari et. al (2003) Bahasa Melayu Komunikasi, Bentong:


PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab Rashid dan Yap Kim Fatt (2002) Bahasa Kebangsaan,
Petaling Jaya: Longman Publication.

Halimah Abdul Rahman (2000) Bahasa Melayu Kertas 1 STPM. Selangor,


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Halimah Abdul Rahman (2005) Strategi Menjawab STPM. Shah Alam:


Penerbit Fajar Bakti.

Hamedi Mohd Adnan (2000) Tutorial STPM Bahasa Melayu. Shah Alam :
Federal Publications Sdn Bhd.

118
MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A

Mohd Dahalan Mohd Ramli et al (2005) Bahasa Melayu SPM. Selangor:


Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et al (2008) Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof (2002) Bahasa Melayu STPM. Shah Alam : Cerdik
Publications.

119

Anda mungkin juga menyukai