Anda di halaman 1dari 7

TITAH UCAPAN

D.Y.T.M. TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA


IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
RAJA MUDA PERLIS
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN
WOODBALL TERTUTUP NEGERI PERLIS SIRI 5/2016
PADA 8 MEI 2016
DI ARENA WOODBALL, KOMPLEKS SUKAN SYED
SIRAJUDDIN AREEB PUTRA, UNIVERSITI MALAYSIA PERLUS
(UniMAP), PAUH PUTRA, PERLIS.
____________________________________________________________

Bismillahirahmanirahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taalla Wabarakatuh Dan Salam

Sejahtera.

Alhamdulillah, Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanawa Taala, kerana

di atas limpah kurnia dan Inayah-Nya jua, maka dapatlah kita menjayakan

Kejohanan Woodball Tertutup Negeri Perlis pada hari ini.

1
2
Hadirin sekalian,

2. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan Kolej Komuniti Arau kerana

mengelola Kejohanan Woodball Tertutup Negeri Perlis Siri 5/2016 ini.

3. Sukan woodball kini semakin mendapat sambutan dan begitu meluas

dimainkan oleh semua golongan masyarakat pelbagai usia di dunia. Sukan

ini mungkin tidak sepopular golf, meskipun cara permainannya hampir

sama. Maka kejohanan seperti ini merupakan satu platform yang baik

untuk memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat Perlis khasnya.

Dengan lebih banyak penganjuran kejohanan seperti ini, diharapkan sukan

ini dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Malaysia dalam

sukan woodball di peringkat antarabangsa.


asas permainan woodball juga sangat mudah dan sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat
tanpa mengira usia dan latar belakang termasuk sebagai acara riadah seisi keluarga.Selain itu
permainan woodbal tidak membebankan dari segi fizikal, tenaga, kos dan keperluan lapangan
woodball yang luas kerana ia boleh dimainkan di kawasan lapang seperti taman rekreasi

4. Saya begitu berharap, Woodball ini dimainkan oleh golongan muda

yang merupakan tonggak kegemilangan Negara. Untungnya bermain sukan

ini ia lebih ekonomikal dan tidak memerlukan peralatan yang banyak

berbanding dengan golf. Sukan ini juga mempunyai keistimewaannya yang

tersendiri kerana ianya boleh dimainkan dimana sahaja. Ia bukan sekadar

untuk dimainkan pada waktu-waktu lapang, sebaliknya ia merupakan

sejenis sukan yang berpotensi besar untuk melahirkan atlit bertaraf dunia.

Ini terbukti melalui kejayaan beberapa atlit Malaysia yang telah menjuarai

kejohanan woodball baik di peringkat tempatan mahupun di peringkat

Antarabangsa.

5. Di Perlis sendiri mempunyai kemudahan (lapangan woodball) bagi

sukan woodball yang bertaraf antarabangsa iaitu di Universiti Malaysia

Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan Majlis

Perbandaran Kangar. Saya percaya inisiatif sama perlu diambil oleh semua

IPTA memandangkan ia tidak memerlukan peruntukan dan bajet yang

besar untuk membangunkan sukan ini.


6. Di Perlis sendiri mempunyai kemudahan (lapangan woodball) bagi

sukan woodball yang bertaraf antarabangsa iaitu di Universiti Malaysia

Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan Majlis

Perbandaran Kangar. Saya percaya inisiatif sama perlu diambil oleh semua

IPTA memandangkan ia tidak memerlukan peruntukan dan bajet yang

besar untuk membangunkan sukan ini.

Hadirin sekalian,

7. Dan kenapa pula Saya menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi IPTA

untuk terlibat dalam sukan ini?

8. Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua perkara yang

dilakukan, semuanya berkait dengan hubungan antara diri dan minda. Buat

pengetahuan anda, golongan yang berjaya mencapai matlamat dalam hidup

mereka adalah mereka yang berjaya mengawal dan memperkasakan minda.


permainan woodball yang ringan dan santai sesuai dijadikan sebagai acara sukan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Saya yakin sukan woodball yang mudah dimainkan akan dapat meningkatkan integrasi sosial di
kalangan rakyat,

9. Dan Saya melihat melalui sukan Woodball ini, anda dapat melatih minda

bagi mencetus kejayaan dalam diri. Kekuatan mental dan ketajaman minda

merupakan asas utama untuk mencatatkan kemenangan dalam sukan ini.

10. Sukan ini juga memerlukan pemainnya memberikan fokus dan

penumpuan yang tinggi dalam usaha untuk memasukkan wooden ball ke

dalam gate. Dan sekiranya minda telah kuat, anda pasti akan mampu

mencatatkan kejayaan-kejayaan lain dalam pengajian mahupun kehidupan

anda.

11. Ibarat kata pepatah Pedang yang tajam boleh membunuh beribu

manusia tetapi minda yang tajam dapat menyelamatkan berjuta jiwa.


Hadirin sekalian,

12. Akhir sekali, Saya amat mengharapkan agar semua pihak memainkan

peranan yang sama penting untuk memajukan lagi sukan Woodball ini.

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.

Usaha untuk mempopularkan sukan ini tidak mampu digapai sekiranya

hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh.

13. Akhir kata,

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala

Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai